Sunday, September 19, 2010

Pion oh Pion 11

Badanku terasa sedikit hangat, tidur yang lena mulai terganggu, aku mulai menggeliat kecil pun begitu mata masih memberat, bagaikan digam-gam. Hampir pukul satu pagi juga aku sampai ke rumah setelah dua jam juga Awang melepak bersama kami. Melangkah aja kaki ke dalam rumah tak sangka pula kak Ayu merangkap bodyguard tak bertauliah itu sudah tercegat menanti, tak sempat pun aku nak tutup pintu dia mulai menjalankan kewajibannya menyoal itu dan ini, sehinggakan aku naik rimas ditambah pula bebelan yang panjang kerana aku terlupa belikan apa yang dipesannya. Kesian tapi nak buat macam mana aku terlupa. Ini Awang punya pasal lah ni, bukan aku.

“Hoi Ija bangkit la matahari dah tinggi galah ni.. kau nak melingkar sampai pukul berapa hah, ini lah padahnya balik pagi hari. Kalau kau buat hal macam malam tadi lagi aku bagitahu mak..” ahh! Bebelan kak Ayu masih bersisa rupanya
“Dah nak bangun la ni kak..tak memekak tak boleh ke…”
“Kalau kau tak nak aku memekak baik kau bangun sekarang kang tak pasal-pasal kau tidur atas lantai malam karang.” Ugutan kak Ayu membuatkan aku cepat-cepat membuka mata. Aku tahu apa yang hendak dilakukannya jika aku tak menurut apa katanya. Sudah menjadi kebiasaannya asal aku malas bangun pagi aja pasti basah tilam kesayanganku ini asal aja tilam basah ha lewat bangkit la aku ni, disimbahnya aku bagai membangunan penyangak..kak Ayu ni nampak aja lembut tapi ganasnya mengalahkan aku.
“Yea la..yea la..aku bangun lah ni. Dah tu buat apa tercegat kat situ lagi, tak reti-reti nak keluar..orang nak bukak baju la.. “
“Nampak aja ganas bukak baju depan kakak sendiri pun malu, aku pun tak nak tengok la yang kau punya….” kak Ayu segera keluar sebaik sahaja aku menolaknya.


Aku menjengah ke dapur mengintai menu apa yang dimasak oleh kak Ayu hari ni. bayang-bayang kak Ayu masih tidak kelihatan entah ke mana pula dia menghaibkan dirinya. Aku memanggil namanya berulang kali pun begitu tiada sahutan.
“Eh! mana pulak minah ni pergi, takkan merajuk sebab aku suruh dia keluar tadi…kak!..kak!.” Laungku. Aku menerjah ke bilik kak Ayu, bimbang juga dia terasa hati dengan kata-kataku tadi pun begitu dia tiada. Ke hulu ke hilir aku memikirkan kehilangan kak Ayu tiba-tiba pintu hadapan terkuak perlahan. Tersembul kak Ayu yang sedikit ke merah merahan wajahnya, ditangannya bergantungan plastic-palstik berisi makanan basah. Barulah aku tahu ke mana menghilangnya kak Ayu.

“Ni per sal pandang aku macam tak pernah tengok aku ni..kenapa… Nah! bawak ikan ni ke dapur tercegat macam mandur kau yea.”
“Kak!..”aku memeluk badan kak Ayu yang nyata keletihan.
“Eh! apa mimpi kau ni dik..peluk orang macam tak pernah jumpa..”
“Kak kenapa kau keluar tak cakap..aku ingatkan kau marahkan aku tadi..”
“Ishh! kau ni kan dik, manjanya mengalahkan budak umur 2 tahun..aku pelik lah dengan kau ni sekejap parangai kau macam tu sekejap ganas macam ni..aku baru aja kelaur kejap kau dan macam kucing hilang anak..”
“Kau teruk lah kak, lain kali bagitahu la..”
“Itu lah kau, lain kali bangun lambat lagi. Tak nampak ke aku dah tinggalkan nota tu kat situ. Sah-sah kau tak baca kan..kalau tak.. takdenya kau nak peluk aku macam ni.”
Aku menjuihkan bibirku..kalut sangat aku hari ni, tengok tu kak Ayu dah ambik kesempatan nak kenakan aku.

“Kau beli apa ni kak..macam best aja. Siapa nak datang rumah kita ni..”
“Hari ni duk rumah aja, jangan nak kemana-mana.” Siap ada pesanan penaja pulak, dia terus masuk ke biliknya membiarkan persoalanku begitu sahaja. Sementara menunggu kak Ayu menyalin pakaiannya aku menyumbatkan segala barang yang dibelinya ke dalam peti ais. Cekodok yang dimasak kak Ayu pagi tadi tak sempat ku jamah, iayalah bimbang punya pasal sampai perut lapar pun tak terasa.
Kak Ayu sempat menyambar air milo yang belum ku minum, sampai habis pulak tu. “Mana barang-barang yang aku beli tadi dik..kau letak mana.” Kak Ayu mengagau cari barang dapur yang dibelinya tadi..

“Aku dah sumbat dalam peti ais la kak..”
“Ish! budak ni tak boleh pakai langsung la..semua sekali kau sumbat..”kak Ayu membuka peti ais mengeluarkan kembali semua barang dapur yang dibelinya.
“Kau ni memang la dik..lain kali buka mata tu luas-luas, kau nampak tak apa yang kau sumbat ni dik..paper hari ni tau tak…eeeeee..kau buat aku geram jer la..” Aku tercengang. Nasib baik la tak basah.
“Mana aku tahu ada surat khabar harian metro dalam tu.”
“Apa yang kau tahu..makan.. tido..makan..tido aja kan. Hari ni aku tak kira kau kena tolong aku masak gak..kita ada tetamu.”

“Hah! siapa pulak nak datang ni kak..bakal bapak mentua kau ke..ni yang aku malas ni..” Aku bersungut. Kak Ayu hanya menjeling memang faham benar dia dengan perangai ku tapi kenapa hari ni dia buat-buat tak faham.
“Nah! tolong kupaskan bawang ni.. aku makan pun belum habis lagi, kak Ayu sudah melonggokkan bawang merah, bawang besar, bawang putih dan segala jenis bawang lagi lah di depan mata. Terkebil-kebil la aku melihat tingkahnya. Dah macam nak masak untuk kenduri aja dia ni.. kalau macam ni punya banyak dia nak masak mesti bakal mak mentuanya datang nak menziarah. Mukanya pun makin berseri-seri.

“Kau nak masak apa ni kak…macam nak buat kenduri aja..”
“Bukan aku la yang nak masak tapi kau dik..”
“Eh! kau biar betul kak, kalau kau nak aku masak jugak jawabnya kau makan ikan color hitam la hari ni.” Aku ketawa dengan tuturku sendiri.
“Ketawa la kau dik..macam mana pun hari kau juga yang kena masak, aku cuma tolong perhatikan aja. Bukannya susah nanti aku bagitahu la kau apa nak buat.” Dalam pada itu aku lihat tangan kak Ayu lebih licanh dari gerak ku.
“Pelik la kau ni kak, kau kan tak suka memaksa orang tapi kenapa hari ni kau peras ugut aku pulak..”
“Eh! budak ni kang aku lengsing baru tahu. Bila masa pulak aku ugut kau dik..dah! jangan banyak cekadak kupas bawang tu. Siap nanti aku nak kau siang ikan dengan udang ni pulak..cepat sikit buat kerja tu terhegeh-hegeh.”Kak Ayu berlalu meninggalkan aku sendirian mengupas bawang, berlagak macam mandul pulak dia ni, aku cabut nanti kang baru padam muka dia.
Aku macam dah naik angin dengan tingkah kak Ayu, mak mentua dia yang nak datang kenapa pulak aku yang kena bersusah payan masakkan untuknya.

Hamper 20 minit aku mengupas segala jenis bawang dengan airmata dan air hidung yang mulai berjujuran menahan kepedihan. Kak Ayu datang bersama senyuman. Aku tahu dia bangga dengan kemengannnya hari ini. selalunya sebelum dia suruh buat apa-apa aku dah cabut dulu tapi hari ni tak sempat. Nasib badanlah.
“Dah siap kupas bawang tu siang ikan ni pulak.”
“Hah! yang tu kena jugak ke kak..kau lah siang ikan tu, aku mana reti buat kerja-kerja macam ni.”

“Tak reti inilah masa yang sesuai nak belajar. Kalau kau nak tunggu kau pandai sendiri entah bila dik oii..” malas bertekak dengan kak Ayu. Aku diamkan diri.
“Bawak sini parang..suruh siang ikan pun susah…”aku berlagak pandai, saja mahu eksen dengan kak Ayu yang mengada-ngada tahap cipan.
“Parang!..kau nak buat apa pulak dengan parang tu dik..”
“La nak siang ikan la..tadi kau suruh aku siang ikan..aku nak buat la ni..”
“Kalau yea pun takkan lah pakai parang Ija..”
“Pakai parang la cepat sikit, sekali cantas aja kepala tu dah putus. Jimat masa, kau kan nak cepat”

“Eeee..kau ni kan dik nak aja aku cekik-cekik..kau pernah bagi makan orang ikan takde kepala ke..”
“Ala apa susah karang lepas goreng sambung la balik kepala ikan kau tu..”
“Eeeee..Sakit jiwa aku dengan kau ni Ija..sabar..sabar.” Kak Ayu mengurut dadanya perlahan-lahan, menahan sabar dengan karenahku. Aku hanya mampu bermuka selamba. Nak sangat suruh aku masak hari ni kan, sabar aja lah…

“Lain kali kalau orang suruh duduk didapur tu jangan berat tulang. Tak pernah mak ajar aku siang ikan dengan parang. Bawak sini pisau tu aku tunjukkan cara-caranya.” Aku hulurkan pisau padanya, dia megajarku bagaimana menyiang ikan dengan betul. Hampir terbatuk jugalah aku apabila terbau hanyirnya darah ikan bersama isi perutnya. Makan bukan main lagi sedap tapi nak menyiangnya mak aiii bagai nak terkeluar segala isi perut. Nasib baik kak Ayu datang membantu kalau dibiarkan aku seorang melakukannya sudah tentu ikan siakap kak Ayu dah macam kain buruk gamaknya aku kerjakan.

“Dah siang ikan tu kau siang udang tu pulak..belum sempat aku nak kesat peluh kak Ayu dah mengarahkan aku melangsaikan udangnya pulak.
“Banyaknya kak, kau nak masak untuk berapa orang makan ni..”aku mulai bosan dengan kerja-kerja yang tak pernah aku sentuh.
“Tak ramai pun..dah jangan banyak soal kau buat apa yang aku suruh. Cepat la sikit..ha udang tu jangan lupa potong janggutnya sekali jangan biarkan terjuntai. Potong sikit hujungnya tu.” Aduii la nak aja aku terjun ikut tingkap ni. banyak pulak kerjanya.
“Tak boleh ke kau masak macam tu je kak..”

“Eh budak ni, kalau masak cara kau tu siapa nak makan..kau nak makan ke..dengan tahi-tahinya tak bebasuh..Eeee tak lalu masuk tekak aku.” Lengan t-shirtku dah tersingsing ke bahu. Satu badan berbau hanyir.
Siap segala bahan basah kak Ayu aku mahu segera angkat kaki, tapi belum pun sempat aku hendak melangkah kak Ayu menahan.
“Ha nak lari ke mana tu, kau belum mask lagi ni dik.”
“Aku dah tolong mesinkan bahannya tu, la ni kau kena masak pulak. “
“Hai ada lagi..esok-esok la aku masak kak, penat la.”
“Baru siang ikan dengan udang dah penat. Ija kau tu perempuan tak lama lagi nak berlaki kalau tak nak masak hari-hari pun sekurang-kurangnya sebulan sekali kau kena belajar masak dik..” kak Ayu menghulurkan senduk bersama periuk kepadaku dengan malas aku mengambilnya juga.

“Panaskan periuk tu. Hari ni aku nak ajar kau cara-cara nak masak gulai lemak udang, ikan siakap tiga rasa, sayur kailan ikan masin, telur dadar bersama mayonis, dan sup sayur.”
“Wow…bBnyaknya kak, ini bukan nak ajar aku ni kak, ini macam kau nak dera aku aja…kalau macam ni punya banyak aku kena masak, setahun sekali belajar pun aku tak sanggup.”
“Ala apa yang kau nak risau sangat, aku ajar lah lagipun masakan banyak macam ni hanya untuk hari ni ajalah. Untuk tetamu istimewa kita.”
“Ha’a ialah tu..sepatutnya kau yang masak sebab bakal mak mentua kau yang nak datang, nanti kalau aku masak tak sedap kau jangan nak salahkan aku kak.”

“Kau ni tak berani sahut cabaran lah dik..kau anggap aja kau sekarang ni sedang daki gunung, walau macam mana payah sekalipun kau mesti berjuang untuk tawan gunung tu..cayok..cayok dik..” Kak Ayu memberi semangat. Tapi makin tak semangat pula jadinya. Kata-kata kak Ayu langsung tak menjejaskan rasa tak puas hatiku. Punyalah lama aku kat dapur sedar tak sedar hamper tiga jam setengah aku memasak. Pun begitu kepenatannya tidak terasa apabila aku melihat hasilnya terhidang diatas meja. Kak Ayu bukan main lagi memuji masakanku. Kembang juga lubang hidungku dengan pujian kak Ayu. Harap-harap tetamu yang datang suka lah dengan masakan pertama kali ku masak ni.

1 comments:

Anonymous said...

bila nak smbung ni.... dah lama trgntung citer ni........

 
Copyright 2009 Diari Hati