Pintu bilikku diketuk pelahan. Aku tahu siapa gerangannya lagi kalau bukan Imah. Berbeza benar dengan Acu. Kalau adik bangsuku itu ikut suka hati dia aja main redah tak kira orang tengah buat apa masuk ikut sedap hatinya sahaja. Pernah juga aku memarahi perangai kurang sopannya tapi sesedap rasa aja dia menjawab.
“Ala kak, kalau ketuk pintu tak syok la.. tak suspend. Kalau Acu redah mesti banyak kejutan yang Acu dapat.” Itulah jawapannya
“Masuklah Imah pintu tu tak kunci..”
“Imah dah masuk ni kak..Amboi mengelamun jauh nampak sampaikan orang masuk tak sedar langsung.” Imah memeluk belakangku, begitulah akrabnya kami dari kecil sehingga dewasa.
“Mana ada akak mengelamun, tengok ni akak tengah kira duit ni ha..”
“Kira duit. Banyaknya duit akak sampai empat buku bank sekali simpan. Tak sangka yea Imah punya kakak seorang jutawan.” Usiknya. Kata-kata Imah ku sambut dengan ketawa.
“Banyak lah kakak Imah ni jutawan hutang banyak la.. keliling pinggang tau.”
“Nak buat apa dengan buku-buku bank tu kak.”
“La budak ni tadi kan akak dah bagitahu..”
“Yea la nak kira tu nak buat apa. Nak bayar deposit duit nak beli rumah ke, nak beli kereta ke, atau apa-apa lah..”
“Hmm!..kira duit nak buat majlis kahwin Imah..” ujarku bersahaja.
Imah diam.
“Kenapa senyap pulak ni tadi galak bertanya.” Aku berkalih mengadapnya. Wajahnya sedikit mendung.
“Kenapa Imah ada masalah dengan tunang Imah ke..”soalku. sebelum ini aku tidak pernah bertanyakan tentang bakal adik iparku, siapa namanya, tinggal di mana, kerja apa. Entah aku rasa berat untuk bertanya. Dulu masa nenek bercerita panjang lebar aku buat endah tak endah aja, sekarang takkan aku terhegeh-hegeh nak pergi tanya, risau juga Imah cemburu. Iyalah bukan ke dulu aku yang menolak untuk dijodohkan dengannya sebab itulah aku tidak ambil pusing siapa bakal adik iparku.
“Dia dah balik ke Malaysia kak..”
“Bagus la tu , orang lain kalau tunang dah balik mesti mukanya manis awak ni kecut aja kenapa tak suka dia ada kat Malaysia ke..”
“Bukan macam tu kak…” Imah mendiamkan diri beberapa ketika, aku menunggu penuh sabar apa yang ingin diluahknnya. Pasti ada rasa berkecamuk dalam fikirannya Imah waktu ini, jarang sekali dia meluahkan perasaannya padaku walaupun kami akrab.
“Hmm..Dia tak pernah hubungi Imah.” Aku terdiam. Pelik juga dengan kata-kata si Imah, takkan lah tunangnya tak pernah langsung menghubunginya, kalau tak masakan dia dapat tahu tunangnya dah balik.
“Habis tu Imah dapat tahu dari mana tunang Imah dah balik. Imah dengar khabar angin ni kot..” Teka ku.
“Tak lah kak..mak dia yang bagitahu Imah. Imah ingat dia akan call Imah tapi dah dua bulan dia tak hubungi Imah langsung, masa dia belajar kat luar Negara dulu sesekali ada juga dia hantarkan email bertanyakan khabar tapi sekarang..Hmmm.” Imah menarik nafas dalam mengingati kembali email-email yang dikirim tunangnya. Bertahun dia menunggu dengan sabar dan tidak pernah dia putus memanjatkan doa agar jodohnya berkekalan.
“Kenapa Imah tak hubungi dia..”
“Imah takut la kak, nanti dia cakap apa pulak Imah yang terhegeh-hegehkan dia...” Ada betul juga kata Imah tu. Aku mula memikirkan yang bukan-bukan., entah-entah tunang Imah tidak bersetuju dengan cadangan kedua orang tuanya ataupun dah jumpa minah bermata biru kat sana. Wajah Imah kembali mendung.
Apa yang harus ku katakan lagi. Aku juga tidak memahami situasi mereka.Semasa pertunagan mereka diadakan aku berada di bumi kanggaru menyambung pelajaran disana. Sengaja melarikan diri dari menjadi bahan bebelan yang panjang dari Opah.
“Sabarlah Imah dia sedang menguji Imah tu akak percaya pasti dia akan telefon Imah.” Aku hanya berupaya menyedapkan hati Imah. Ku lihat dia tersenyum kelat.
“Imah nak tanya kak long boleh..”Dia memandang tepat ke wajahku seolah-olah apa yang ingin ditanyakan itu soalan yang boleh membuatkan aku meletup.
“Nak tanya apa..tanya lah. Kak long tak makan Imah kalau soalan Imah tu bakal menjerat leher kak long sekali pun.” Dia tergelak kecil. Baru senang hatiku bila melihat dia tidak monyok seperti tadi.
“Kenapa kak long tak makan Imah kalau soalan Imah tak kena pada kak long.
“La budak ni, soalan tu yang Imah nak tanya..”Usikku.
“Macam mana nak makan Imah badan Imah ni banyak tulang, tak lalu la nanti tercekik kak long dengan tulang temulang Imah yang takde kalsium tu.” Sakatku. Dia kembali ceria. Begitulah adik ku yang seorang ini, sekejap sahaja persaannya berubah kondisi.
“Hmmm..Acu bagitahu Imah yang kak long dah ada pakwe..betul ke..”soalnya takut-takut
“Hah!..Acu cakap macam tu, nak kena lah budak ni pandai-pandai aja cakap macam tu..”
Wajahnya yang ceria tadi kembali muram. Kenapa dengan soalan itu membuatkan dirinya berubah emosi.
“Hmm..Kenapa Imah, kalau kak long takde pakwe lagi kenapa..”
“Takde apa-apa kak.”
“Ha ni mesti Imah dah tak sabar nak beruamhtangga kan..Baik Imah ngaku cepat..”Usikku lalu mengeletek pinggannya. Wajahnya merona merah. Aku tahu perasaan Imah. Dia sudah bersedia menjadi seorang isteri kepada tunangnya yang hanya sekali bersua. Kesian padanya kerana syarat Opah, Imah menjadi mangsa. Sudah banyak kali aku memberitahu kepada emak kahwinkan sahaja Imah jangan tunggu jodohku yang entah bila sampainya. Tetapi Opah berdegil dia tidak mahu Imah melangkah bendul. Aku hanya mampu mendiamkan diri saat opah membebel sakan.
“Macam ni lah Imah. Kak long rasa tak payah la kite ikut syarat opah tu. Tunang Imah pun dah balik ke Malaysia. Takkan dia masih larat lagi nak menunggu. Dah empat tahun kamu bertunang, tak elok bertunang lama-lama”
“Kak long dah ada ke belum.” Lagi soalan itu yang diulangnya..Aku merenung wajah putih bersih milik Imah. Aku sorot pandangan matanya yang bagaikan tersimpan seribu harapan agar aku mempunyai pilihan hati.
“Susah kak long nak cakap dik..” Imah mengerutkan keningnya tanda tidak mengerti dengan apa yang aku tuturkan.
Sebenarnya kak long sendiri pun tak tahu nak ketogorikan bagaimana perhubungan kami. Hendak dikatakan bercinta dia tidak pernah mengungkap kata cinta atau saying, hendak dikatakan sebagai kawan, kami terlalu rapat sehinggakan kawan kak long cakap kami memang bercinta. Pening juga akak sebenarnya dik. Takkan lah kak long nak luahkan pada dia, nanti orang kata apa pulak perigi cari timba. Malu lah akak. “ Imah memegang kedua-dua belah bahuku dia tersenyum. Imah doakan akak berjaya menawan hati dia. Pengakuan kak longnya membuatkan dada Imah sedikit sebanyak terasa lapang.
“Imah jangan bagitahu sesiapa dulu erk..Selagi kak long belum pasti lagi hubungan kami ni Imah simpan rahsia ni dulu. Kalau opah risik khabar dari Imah pun Imah janji dengan kak long jangan bagitahu opah. Imah mengangguk menyetujui syarat-syarat yang aku berikan kepadanya.
“Hoit! Kat sini rupanya dua anak dara emak yea, orang cari keliling kampung tadi rupanya cucuk makde Esah ni melepak kat sini..” Kami sama-sama terperanjat apabila Acu menyergah. Itulah tabiat yang paling payah untuk ditinggalkannya. Kalau tak menyakitkan hati orang sehari memang tak sah. Luruh jantungku ketika ini. Dadaku mulai berdebar apabila melihat Acu tersengih, apakah perkara yang kami katakan tadi didengari oleh si mulut tempayan ini. Aku memandang Imah dia masih mengerutkan dadanya disusuli gelak tawa Acu yang menyakitkan telinga. Kurang sopan betul.
“Ni kenapa masuk bilik orang main redah aja, tak reti nak ketuk pintu dulu ke..” Marahku pada Acu. Adiku ku itu terdiam tanpa kata. Mungkin terkejut dengan suara lengkingannku yang tak pernah lagi didengarinya sebelum ini. Untuk menutupi rasa takut dan terkejut Acu tadi aku ketawa galak, memandang wajah Acu membuatkan aku jatuh kasihan. Acu lega melihat aku ketawa wajahnya mula ceria.
“Itu lah bersembang tak ajak orang, dah la tinggalkan orang sorang-sorang tolong nenek” Jawabnya selamba. Aku membalingkan bantal busuk ku ke arahnya tepat pula mengenai wajahnya.
“Uwekkk!…Bantak apa ni busuknya kak..Ini mesti malam tadi akak mimpikan pakwe sampai tidur terkeluar air liur basi kan..kan..”Acu membaling kembali bantal busuk tadi kearahku. Dengan cekap aku menagkapnya lalu mencium bantal busukku kalau-kalau apa yang dipekatakan Acu itu betul..
“Mana ada bau pun kau kenakan akak kan Acu..”Acu tiba-tiba ketawa melarikan diri. Riuh satu rumah mendengar hilai tawa kami. Opah dan emak tidak mampu berkata apa hanya mampu melihat keletah kami yang semakin menginjak dewasa tapi berperangai kebudak-budakan.
Aku memandang gerak geri emak yang sedari tadi belum sudah-sudah membungkuskan aku dengan pelbagai bekalan, walaupun aku menegah tapi dia tetap berdegil katanya untuk Zie. Aku hanya membiarkan emak dengan halnya, aku tahu jauh disudut hatinya dia risaukan aku. Kata-kata opah malam tadi begitu menyentak hatiku dan aku juga dapat rasakan sebagai seorang ibu, emak juga turut merasa tempiasnya. Kebimbangannya semakin terserlah apabila aku makin hamper pulang.
“Belum ada keturunan aku langkah bendul Maira, selagi aku masih hidup jangan sesekali kau cuba nak buat macam tu. Selagi kau belum kahwin Imah juga takkan kahwin. Aku tak nak orang kampung mengata kau anak dara tua, anak dara tak laku. Apa nak jadi jadilah kalau kau tak bawak juga lelaki untuk kau jadikan suami sampai hujung tahun ni, aku akan terima pinangan sesiapa aja yang masuk meminang kau asalkan Imah tak langkah bendul faham!.”
Tegas kata-kata opah sebelum dia meninggalkan kami empat beranak terkulat-kulat. Jarang sekali aku melihat Opah berubah macam ni. aku akur kata-kata opah ada benarnya, sesekali aku terdengar juga bisikan orang kampung mengenaiku tapi aku hanya memekakkan telinga, tak sangka pula kata-kata itu sampai juga ke telinga opah. Aku memandang wajah sayu emak. Kesian dia. Zaman moden sebegini pun orang kampungku masih lagi kuno. Kalau dah jodoh adik aku sampai dulu biarkan lah. Kahwin kan aja dari dibiarkan dia membuat masksiat sampai melahirkan anak seperti yang terjadi pada anak-anak dara kampung ni. Suka sangat jaga tepi kain orang tapi kain sendiri carik rabak.
“Mengelamun pulak budak ni, kain baju dah kemas ke..pertanyaan emak meleraikan ingatanku pada kata-kata nenek malam tadi. Emak duduk sisiku memandang tepat ke dalam anak mataku. Aku pasti ada sesuatu yang ingin dinyatakan. Dia berkalih pula pada Acu melihat adikku turut serta emak serba salah meluahkan apa yang ingin dikatakannya..
“Maira bukan bawak baju pun mak duduk kat sini pun Maira pakai baju Acu..”
“ Senangkan mak akak ni ikut suka dia aja pakai baju orang.” rungut Acu yang sememangnya cukup aku kenali loket untuk berkongsi barangan miliknya.
“Dah baju Acu cantik-cantik lawa-lawa, ala bukan luak pun akak pinjam nanti kalau dah berlubang akak belikan yang baru.” Usikku. Acu memuncungkan bibirnya. Aku tergelak melihat wajahnya masam mencuka.
Mak nak masak dulu. Acu turun ke dapur tolong mak pulak, jangan ganggu kak long kau tu nanti tak berkemas kain baju dia.” Emak bersuara lalu bingkas bangun diikuti Acu dengan wajah cemberutnya meninggalkan aku sendirian.
Sunday, December 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
alahai..cian nye kak long..
Post a Comment