Tuesday, December 21, 2010

Pion oh Pion 14

Telefon bimbit yang ku matikan sejak malam tadi kini ku buka. Belum pun sampai satu minit peti pesananku menderu-deru masuk. Dah tentu sms dan panggilan kak Ayu yang tak berjawab malam tadi membuatkan inboxku penuh dan padat. Satu persatu ku buka sms dan nombor miss call ku perhatikan. Naik terbelalak mataku apabila nombor telefon rumah di kampung tertera. Ah! sudah dah jadi kes besar pulak kali ni. aku menggaru-garu kepala beberapa kali, apa yang harus aku perkatakan nanti jika emak menyoal. Tak sempat aku nak fikirkan alasannya nombor telefon kak Ayu terpapar di sreen, nasib baik lah aku pegang kemas telefonku, jika tidak dah tentu terhempas ke lantai dek terkejut dengan deringannya. Hendak dijawab atau tidak. Soalan itu berlegar-legar didalam benakku. Akhirnya tanpa sempat aku membuat keputusan deringannya mati tiba-tiba. Dengan hati yang berat dan ragu-ragu aku return call pada kak Ayu. Tak sampai seminit suara kebimbangan kak Ayu menerjah corong telingaku.

“Kau kat mana ni dik, balik la….aku minta maaf pasal hal semalam.” Sayu aja aku dengar suara kak Ayu. Tak patut betul aku buat kak Ayu macam tu. Dialah satu-satunya kakak yang ku ada, dialah penawar duka laraku.
“Ija, ini mak ni..kau kat mana? Dah tak reti nak balik rumah dah..Mak nak kau balik sekarang jugak.” Wajahku pucat lesi apabila suara emak menusuk lubang telingaku. Andai emak ada didepan mataku pasti kepala lututku menggigil. Itu lah kau Ija kalau bagitahu kak Ayu semalam kan senang, nak merajuk sangat konon.
“Aliza..dengar tak mak cakap ni..”suara emak kedengaran keras.
“Yea lah mak orang balik la..”
“Sekarang!..” Talian emak diputuskan. Debaran didadaku semakin kencang apabila mengenangkan emak bagaikan singa lapar. Aku tak salahkan kak Ayu kerana melaporkan aku melarikan diri dari rumah kepada emak. Aku tahu kak Ayu memang serius risaukan aku, ialah mana pernah aku merajuk sampai macam tu sekali. Kami memang akrab walaupun bergaduh kami tetap bertegur sapa dan aku tak pernah menghilangkan diri walaupun kadangkala aku terasa hati dengan kata-kata kak Ayu. Tapi entah kali ini otak aku seperti masuk air pula, disebabkan si Awang aku menjadi sekalut dan semarah ini.


Agak lama juga aku berdiri dihadapan pintu sebelum aku mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan emak dan kak Ayu. Lima belas minit berlalu begitu sahaja, bagaikan patung cendana aku di luar rumah..
“Dari tadi lagi makcik perhatikan kamu ni berdiri kat depan pintu ni, kenapa. Tak bawak kunci ke..” tegur jiran sebelah rumahku. Dengan wajah orang bersalah aku hanya tersenggih kecil tak sangka pula ada orang perhatikan apa yang aku lakukan sedari tadi.
“Kamu lupa yea. Takpelah meh masuk rumah makcik dulu.” Pelawa jirakku itu. Aku serba salah. Takkan aku masih nak menyorok lagi dari kak Ayu dan mak. Kan tak pasal-pasal aku kena sembur oleh mak depan rumah jiran aku pulak. Kalau mak dah marah takkan sesiapa pun boleh lawannya.
“Tak lah makcik..Kak Ayu ada kat dalam tu..saja nak ambik angin luar. Bohongku.
Makcik jiran sebelah rumah memandang serius wajahku. Aku tahu dia perasan aku berbohong. Entahla aku bukannya reti berbohong.
“Ija masuk dulu yea makcik.” Tidak mahu dialog kami bertambah melarat aku buka pintu dan memberi salam perlahan. Mak sudah menanti kepulanganku diatas sofa. Kecut juga aku pandang wajah emak yang merenung tajam ke arahku.

“Assalamualaikum mak..lama dah mak sampai..” Aku memberi salam. Suaraku kedengaran perlahan walaupun aku rasakan suara yang terkeluar dari kerongkongku itu sudah kuat.
Emak mendiamkan diri. Wajahnya dikalihkan ke lain. Kak Ayu tidak kelihatan. Ke mana pula orang tua tu pergi. Aku meletakkan helmet dengan perlahan. Kebisuan emak menambahkan lagi debaran dihati. Dengan pelahan-lahan aku menghampiri emak dan menyalami tangannya.
“Kak Ayu mana mak”. Sengaja aku mencari isi untuk menghilangkan kebisuan emak.
“Kenapa pulak kau cari dia…”Soalan emak membuatkan aku tersentak.
“Apa nak jadi dengan kau ni Ija, marajuk sikit lari dari rumah..sikit-sikit merajuk nak lari. Apa kau ingat perangai kau tu orang suka. Tak boleh ditegur tak boleh nak dinasihatkan. Kalau kau ni lelaki kami ni tak bimbang sangat Ija, kau tu perempuan, kalau orang lelaki sentuh sikit dah tak laku kau tu.” Emak mula membebel tapi bebelan emak ada betulnya. Orang tua mestilah bimbang kalau anak daranya tak balik rumah lebih-lebih lagi orang cantik macam aku ni.hik!..hik!.
“Kau tengok kak Ayu kau tu. Satu malam tak tidur risaukan kau, sampai bengkak biji matanya, kau nak mata kakak kau terjojol keluar baru kau nak balik Ija. Tak kesian ke pada kak Ayu kau tu. Kalau susah-susah sangat berhenti kerja, balik kampung tinggal dengan mak..Kalau setakat makan pakai dan duit belanja kau tu tak payah risau lah, mak boleh tanggung dengan hasil jualan tapuware mak tu.” Aku tecengang. Tidak mampu berkata-kata.takkan lah sampai macam tu sekali hukuman mak pada aku. Tak sangka pula kak Ayu tak tidur menunggu aku. Jahatnya aku sanggup buat kak Ayu macam tu. Tapi aku tak nak tinggal kat kampung. Tak nak..
“Orang mintak maaf mak..orang janji orang tak buat lagi..orang nak pergi minta maaf dengan kak Ayu..Kak! Kak!.” panggilku memohon simpati.
“Jangan kau nak melalak siang-siang buta ni Ija. Kak Ayu kau baru aja tidur nanti terjaga pulak dia tu..” Aku mengesat airmata setitik dua.
“Melalak bukan main lagi tapi airmata tak keluar pun..”Emak memerliku. Dia tahu agaknya perangai anak bonsunya ini.

“Kau tak kesiankan mak ke Ija, tak kesiankan kak Ayu kau tu. Apa nak jadi lah dengan kau ni mak pun tak tahu lah. Mak bukannya ada harta benda selain kau dua beradik, jangan buat perkara yang bukan-bukan Ija. Dua-dua dah besar panjang dah boleh fikir baik buruknya sampai bila nak mak jaga kau, mak dah tua Ija entah esok entah lusa giliran mak pula ikut arwah ayah kau. Kalau mak dah takde tak tahulah kamu adik beradik macam mana, bercakar macam ni juga ke.” Suara emak bergetar. Aku sendiri sebak mendengar luahan hati mak. Selama ini aku main ikut hentam suka hati aku aja tanpa fikirkan hati dan perasaan orang lain tapi bila mak menitiskan airmata kerana kenakalanku aku rasa berdosa sangat aku hanya mampu menunduk. Terasa kali ni airmata tak sabar-sabar nak keluar tak mampu pula untuk aku menahannya..Kata-kata emak betul-betul menusuk kalbuku.
Tangan mak ku sambut. Aku gengam erat.

“Mak Ija mohon ampun mak..Ija nak mintak maaf ngan kak Ayu. Ija janji Ija tak buat mak ngan kak Ayu susah lagi. Ija janji Ija akan dengar cakap mak, cakap kak Ayu. Mak boleh hukum Ija tapi jangan mak benci Ija. Ija akan berubah sikap mak..Ija Janji.” Tanpa menunggu lama aku melafazkan satu janji. Aku sanggup berubah sikap asalkan mak dan kak Ayu maafkan aku. Dan airmata yang ku tahan kan dari tadi akhirnya meleleh juga.

1 comments:

IVORYGINGER said...

siap ija. dia bjanji nk dgr ckp mak dia n kak ayu. sure punya kena terima awang jd suami dia. ahaks... zsabar nk tau sterusnya. sambung cepat cik writer.;D

 
Copyright 2009 Diari Hati