Wednesday, December 22, 2010

Hati Ini Milikmu 32

Dadanya mulai berombak perlahan inilah kali pertama dia dikehendaki mengambil minit mesyuarat setelah dia mengambil alih tempat Suriati dan inilah juga pengalaman pertamanya dia duduk di meja bujur itu bersama-sama dengan hampir dua puluh orang staff yang siap sedia untuk melaporkan setiap progres kerja yang mereka sedang laksanakan. Rata-rata semuanya lelaki hanya tiga orang sahaja perempuan. Beberapa orang staff dari Johor Baharu juga turun ke HQ untuk menghadiri meeting yang telah ditetapkan. Semakin kuat pula debarannya apabila memandang wajah-wajah yang memerhatikannya. Setahunya mesyuarat ini bukan sahaja melibatkan kakitangan di ibu pejabat dan juga JB tetapi ianya juga melibatkan kakitangan dibeberapa cawangan yang lain. Laporan minit mesyuarat yang lalu telah diletakkan dia atas meja setiap mereka yang hadir. Ada dikalangan mereka membaca minit mesyuarat dan ada juga yang sedang leka bersembang. Semakin rancak pula kedengarannya.

Beginilah suasana bilik mesyuarat rupanya. Emy melemparkan senyuman kepada beberapa orang rakan sekerja yang belum dikenalinya. Debaran didadanya kian rancak, menggigil juga tubuhnya apabila berada dikalangan mereka. Pen ditangannya tidak pernah lekang, dia sudah bersedia jika Faiz datang dan terus mempengurusikan mesyuarat mereka. Dia masih menunggu kedatangan Hani yang masih belum kelihatan. Baru sahaja memikirkan tentang temannya itu seketika kemudian Hani muncul bersama Faiz suasana kembali sepi sebaik sahaja Faiz mula duduk dibangkunya. Sekali pandang kacak juga bakal abang iparnya. Tapi kenapa gerataran sering hadir dikala pendangan mereka bertembung tidak lagi dirasainya kini. Dia semakin keliru.
“Emy boleh tolong Hani sediakan minuman sebelum saya mulakan mesyuarat kita.” Pinta Faiz berhemah.
Emy tersenyum memandang Hani seraya mengangguk mengiakan permintaan Faiz lalu dia bingkas bangun dan mengekori langkah Hani.

“Nak ke mana tu Emy kan mesyuarat dah nak mula..”tegur satu suara membuatkan gadis itu tersentak. Khayalannya mulai berguguran. Entah berapa lama dia berkeadaan seperti orang kebingungan. Langsung tidak disedarinya Hani telah hilang dari pandangan. Serentak itu dia berpaling ke arah suara yang menegurnya, suara itu tidak asing lagi dipendengarannya Dia terpinga-pinga melihat Faiz tercegat memerhatikannya bersama senyuman yang manis terukir.
“Bukan ke tadi Encik Faiz yang minta saya bantu Hani ..” Dalam kebingungan dia menyoal Ayie. Baru sebentar tadi dia disuruh membantu Hani menyiapkan air, kini ditanya pula mahu ke mana. Tapi aneh rasa dan getaran yang hilang tadi mulai beralun kecil apabila memandang wajah Faiz yang belum lagi berkalih pandang kepadanya. Dia semakin hairan dengan dirinya.

“Oh! Iya ke lupa pulak…Takpelah, Emy pergi sediakan air tu dulu nanti kering pulak tekak bos-bos kita asyik duk bersembang aja dari tadi..” Ujar Ayie, dia tidak mahu membingungkan gadis itu lagi. Sesekali hendak ketawa juga melihat wajah Emy kebingungan. Dia pasti Emy akan terkejut besar apabila melihat mereka berdua nanti dan Tidak sabar pula melihat wajah comel Emy dalam keadaan terkejut nanti. Ayie tergelak sendirian apabila otak nakalnya membayangkan mata Emy terbeliak dan gadis itu akan tersipu malu memandangnya. Teringat dia akan lagu Kuch Kuch Hota Hai. Hatinya berbunga gembira.
Emy mengangguk perlahan tapi belum pun sempat dia melangkah namanya dipanggil lagi.
“Emy!..”Dia berpaling mananti ayat seterusnya menyusul dari mulut Ayie yang disangkanta Faiz.
“Jangan taruk garam tau taruk gula yea…” Usik Ayie bersama alunan ketawa yang mengasyikkan. Emy hanya tertunduk malu diusik begitu. Apabila dia mengangkat wajahnya kelibat Ayie sudah tiada.

“Hei kat sini dia mengelamun yea. Kita penat bercakap sorang-sorang kat dalam tu dia selamba aja curi tulang.” Suara Hani melantun dari arah belakang membuatkan dirinya bagaikan terkena renjatan. Sudahlah perasaan hairannya mulai merajai minda sekarang terjahan Hani secara tiba-tiba menyesakkan dadanya. Nafasnya bagaikan tersekat dikerongkong.
“Saya bercakap dengan Encik Faiz tadi kak..”
“Mana..Mana dia Encik Faiz, bukan ke dia ada kat dalam bilik tu..” kepala temannya itu melilau mencari kelibat Faiz yang diperkatakan Emy bayang-bayang Faiz tiada di situ.
“Tapi kak tadi dia ada kat situ…” Emy menunjukkan dimana tempat Ayie berdiri tadi.
“Dah! jangan nak mengarut Emy, awak ni betul-betul tidur dalam berjalan ni, mari tolong akak bancuh air dari melayan ngigau awak tu..” Usik Hani lalu ketawa halus memecah sunyi. Emy kebingungan. Kalau bukan Faiz yang menegurnya tadi siapa lagi. Dia menampar pipinya perlahan ternyata pipinya terasa sakit. Aku tak mengigau tak bermimpi. Tiba-tiba bulu romanya meremang. Jangan-jangan lelaki itu….. Ah!...Emy cepat-cepat mengekori Hani kepalanya ligat memikirkan siapa lelaki yang menegurnya. Kalau lelaki itu bukan Encik Faiz dia tidak sanggup lagi ditegur oleh makhluk yang menyeramkan itu.

Emy menatang dulang berisi air ke dalam bilik mesyuarat. Air mineral yang telah disusunnya pagi tadi disetiap sisi kakitangan yang bermesyuarat dilihatnya ada yang sudah tinggal separuh. Satu persatu cawan yang berisi air itu diletakkan berhati-hati, dirasakan ada mata yang memandangnya sedari tadi, pun begitu dia tidak berani memandang siapakah yang sedang merenungnya. Malu pula rasanya diri diperhatikan, tidak sanggup nanti ada cawan yang terlungkup dikerjakannya lagipun kebanyakan kakitangan itu masih belum dikenalinya lagi. Mesyuarat akan bermula bila-bila masa sahaja. Sebaik sahaja dia duduk di sebelah Faiz, badannya terkaku. Matanya tidak berkelip memandang jejaka dihadapannya. Kepalanya silih berganti memandang kiri dan kanan. Lelaki itu tersenyum manis membalas renungannya. Malah sempat lagi lelaki dihadapannya itu mengenyitkan mata kepadanya. Emy kepucatan kepalanya pusing. Badannya terasa beku melihat kedua-dua lelaki dihadapanya berwajah hampir serupa yang mana satu Faiz, siapa pula lelaki dihadapannya itu. Emy tidak dapat membezakan. Matanya tunak memandang mereka silih ganti. Dua jejaka itu tersenyum manis kepadanya. Tanpa sempat dia mendapatkan jawapannya siapakah mereka ini akhirnya Emy rebah dikerusinya sebelum mesyuarat dimulakan Faiz. Suasana menjadi kecoh seketika dengan kejadian yang tidak pernah disangka dan terduga oleh mereka lebih-lebih lagi Ayie.

Faiz dan Ayie tergamam melihat keadaan Emy secara tiba-tiba pengsan. Ayie bingkas bangun dan segera mendapatkan Emy. Tanpa berlengah dia mencempung Emy lalu dibaringkan di atas sofa. Beberapa kakitangan yang lain berbisik sesama sendiri mungkin tidak menyangka kejadian ini berlaku ketika baru hendak memulakan mesyuarat. Hani turut panik melihat keadaan Emy, beberapa orang staf wanita dipanggil untuk memberi bantuan kepada Emy. Bilik mesyuarat menjadi gempar melihat keadaan yang tidak disangka itu dan Faiz terpaksa menundakan setengah jam mensyuarat mereka. Ayie sedikit gelisah melihat keadaan Emy. Rasa bersalahnya menerpa mengocak ketenangan, tidak disangka begini pula jadinya. Sungguh. Dialah punca kenapa Emy tiba-tiba pengsan. Masakan tidak gadis itu terkejut wajahnya hamper sama dengan Faiz. Dia merasa kesal kerana tidak memperkenalkan dirinya terlebih awal. Sangkanya tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku tetapi sebaliknya pula. Faiz menepuk beberapa kali bahu adiknya dia tahu kebimbangan hati kembarnya yang sememangnya turut di rasai olehnya. Peluh jantannya mula merenek.

Emy bangun dari pembaringanya. Dia hairan kerana dikelilingi beberapa orang rakan sekerja wanita yang dikenalinya. Hani tesenyum memandang. Lega hati perempuan itu melihat Emy sudah pulih.
“Kenapa dengan Emy kak..”
“Emy pengsan tadi…” Beritahu Hani lalu membantu Emy bangun dari pembaringan.
“Pengsan!..” seakan tidak percaya perkataan yang baru terlucut dibibir Hani. Malunya dia.
“Emy tak makan ke pagi tadi ini tentu perut masuk angin kan.” Soal Ayie sebaik sahaja dia menyedari Emy telah pun sedar. Wajahnya masih kelihatan risau.
“Jom! abang bawakan ke klinik…” tanpa sengaja terpacul perkataan itu dari mulut Ayie. Dia sendiri pun naik hairan senang benar dia membahasakan abang. Beberapa staf wanita berpadangan sesama sendiri, perkataan abang yang dibahasakan Ayie menarik minat mereka. Pasti Emy dan Ayie mempunyai hubungan istimewa. Emy merenung lagi pada kedua-dua wajah lelaki dihadpannya itu.
Bagai mahu pengsan dirinya buat kali kedua..Siapa pula yang bercakap dengannya sekarang, membahasakan dirinya abang pula tu, bila masa pulak mak beranak anak lelaki lebih tua dari kak Nadia, memandai-mandai ajalah dia ni mengaku abang. Gumam hatinya.
“Takpe Emy dah ok ni..” Jawabnya pantas tanpa memandang wajah lelaki yang masih setia berdiri disisinya.
“Mesyuarat macam mana kak..”
“Encik Faiz tangguhkan setengah jam. Emy jangan risau akak boleh take over kerja Emy.”
“Emy nak balik…” pintanya, dia tidak mampu berbuat apa-apa, lagipun perasaan malunya pada staf yang berada di bilik mesyuarat masih terasa.
“Ini semua dia punya pasallah ni. kalau kau ni Syafiq dah lama aku karate, buat malu aja.” Gumam hatinya.
Emy mendongak dia masih keliru melihat dua jejaka dihadapan sedang merenungnya. Kepalanya kembali pusing.
“Biar Fariz hantarkan Emy yea.” Pelawa Faiz lalu mengarahkan Ayie yang menghantar Emy. Dia ingin memberi peluang kepada adiknya untuk menerangkan keadaan sebenar kepada Emy. Biarlah kekeliruan ini terjawab. Emy hendak membantah tapi mulutnya bagaikan terkunci. Dirinya tidak terdaya akhirnya dibiarkan sahaja Faiz membuat keputusan.

Berada di dalam kereta bersama lelaki yang baru sahaja ’memensankannya’ itu rasa bagaikan berada di gunung Fujiyama, seram dan sejuk silih berganti.
“Macam mana keadaan Emy sekarang..” soalnya apabila melihat Emy masih diam membisu.
“Dah ok sikit Encik…. Ayatnya tergantung. Siapa yang bersama dengannya. Faiz atau Fariz.
“Panggil saya Fariz atau kalau nak mesra lagi panggil saya abang Ayie. Abang nak minta maaf dengan Emy, sepatutnya dah lama abang perkenalkan diri pada Emy tapi sayangnya sebab abang suka melihat wajah Emy dalam keadaan macam tu, abang biarkan Emy terus keliru. Abang suka Emy panggil abang dengan gelaran abang Faiz, terasa bagaikan kita telah lama mengenali. Emy terus menyepi. Hujung tudungnya dipntal-pintal. Tidak maynka dirinya dipermainkan.
“Abang dengan abang Faiz kembar seiras, berkongsi rasa yang sama dan seingat abang bukan Emy sahaja yang keliru tentang kami berdua dah ramai dah. Awal penglibatan abang dalam syarikat papa dulu setiap hari pasti ada sahaja perkara lucu yang terjadi. Emy lagi diam membisu. Mengutuk Ayie dalam hati.
“Bukan main manis lagi membahasakan dirinya abang. Tadi bukan kah dia diberikan pilihan untuk memanggilnya Fariz atau abang Ayie…Ayie…dia mengingati sesuatu. Perisiwa dia melarikan diri dari dikejar lelaki yang menungang basikal di kampung dahulu. Emy berpaling mencari persamaan diatara lelaki dikampung itu dengan lelaki yang ada disebelahnya sekarang. Jantungnya berdegup laju. Peluh betina mulai mengasak-gasak keluar dari badannya. Wajah mereka sama. Tidakkkk! Jerit batinya. Kenapa selama ini dia tidak mengesyaki sesuatu. Patutlah lelaki ini juga nampak keliru setiap kali dia memanggil nama Faiz padanya di kampung dahulu.
“Emy..Emy…” Ayie memanggil nama Emy berulang kali, merasa pelik kerana wajahnya direnung lama bagaikan ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh gadis itu. Emy tersedar dari khayalanya. Dia menunduk malu dengan teguran yang tak semena-mena dari Ayie
“Kenapa Emy renung wajah abang macam tu.” Ayie meraba wajahnya berulang kali mencari kalau-kalau ada kecacatan diwajahnya ataupun biji-biji nasi yang melekat dibibirnya. Wajah Emy bertambah panas dengan kata-kata Ayie..
“Hmm atau Emy terpegun melihat wajah abang yang lebih hensem dari abang Faiz..” katanya sengaja mengusik Emy yang masih diam membisu.
“Kepala masih pening lagi ke..”
Emy hanya mendiamkan diri. Ingin bersuara tetapi lidahnya kelu.

“Hai lah tingkap kenapa lah kau takde mulut..kalau tak, boleh la bersembang dengan aku ni..boleh juga hilangkan ngantuk.” Kata-kata Ayie hanya bagaikan air mengalir didaun keladi. Emy tetap begitu. Geram juga dengan penyamaran Ayie selama ini. disangkakan selama ini dia bekerja dibawah abang Faiz rupanya tidak. Malu juga dia pada teman-teman selama ini disebabkan kekeliruanya meraka jadi bingung setiap kali dia memberitahu abang Faiz yang mengarahkannya membuat itu dan ini padahal apa yang mereka tahu abang Faiz pada masa itu berada di Beijing.
“Ok dah sampai pun..” Ayie bersuara. Emy memandang kearah kanan memang betul mereka kini berada dihadpan rumah kak Nadia. Tapi macam mana dia boleh tahu di sini rumah kak Nadia seingatnya dia belum memberitahu lagi dimana dia tinggal atau mungkin dia sudah mengetahuinya daripada abang Faiz.
“Macam mana encik Fariz tahu saya tinggal kat sini…” Soalnya sebelum dia keluar dari kereta majikannya.
Apa yang nak dihairankan Emy..Faiz kan kembar abang, tentu sahaja abang tahu..” Ujarnya selamba sambil menghadiahkan Emy kenyitan mata. Emy buru-buru keluar tidak sanggup berlama dengan Ayie yang bagaikan ulat naik daun. Seram sejuk tubuhnya. Lelaki itu ketawa apabila melihat kegelabahannya.

7 comments:

epy elina said...

hahahha....
klakar lak...
blh lak emy pngsan sbb trkjut....

IVORYGINGER said...

ahaks... mmg lawak la.
nakal betul ayie tu permainkan emy.
skrg ke confiusan emy dah ilang la. leh la tau napa hati dia bdegup kejap xlak. rupanya org bbeza. hehehe...
lgpun dia dah cam org yg kejar dia cam kejar penjenayah ms kat kampung dl.
cik writer plz sambung lg ngan segera la. lama dah menanti ceta ni. ;D

Anonymous said...

best sesgt citer ni..... lain kit dr citer2 yg lain .truskan cpt kit ye...x saba ni...

MaY_LiN said...

amboi..berabang adik lak ayie ni

Anonymous said...

smbung ler cpt x sabo mnuggu dah ni.........

Anonymous said...

sambung la...x sabar nak tahu kesudahannya...

Anonymous said...

sambung please..

 
Copyright 2009 Diari Hati