Friday, April 15, 2011

BiDaDaRiKu 2

“Kau dengan Razlan apa cerita sekarang ni..bila lagi nak tambah ahli keluarga. Sampai bila nak berbulan madu aja ni.” Miasarah tergelak ketika mendengar pertanyaan kakaknya. Beberapa sudu gula dimasukkan ke dalam jug.
“Belum ada rezeki lagi nak buat macam mana kak..”
“Belum ada rezeki..belum ada rezeki..itu la alasan kau kita kena usaha juga Mia. Tak nak cuba berubat cara kampung, akak ada kenal sorang bidan kampung ni tapi dekat kampung abang la, kalau Mia nak kita boleh cuba berubat dengan dia, mana lah tahu kot-kot lepas berubat ada isi.” Saran Salmi memandang tulus wajah adiknya. Miasarah bagaikan tekun membancuh air. Apa yang dinyatakan Salmi hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
“Eh! kau dengar tak ni Mia..”
“Dengar kak tapi Mia dengan abang takde apa-apa masalah.” Jawab Miasarah acuh tak acuh. Biarlah hanya dia dan Razlan sahaja yang tahu apa masalah mereka.
“Itu kata engkau, kau dah periksa dengan doktor..”Soal Salmi masih merenung wajah adiknya. Rumahtangga kalau tak diserikan dengan anak-anak hendak diserikan dengan apa lagi. Dia sendiri pun sudah mempunyai 5 orang anak itupun bakal menimang lagi seorang tahun depan. Rezeki yang dikurniakan begitu bertuah dirasakannya. Dia mahu adiknya turut merasa bagaimana perasaan wanita bila menjadi seorang ibu.
“Dia nak bagi Mia manjakan anak-anak buah dulu la tu..”senangnya jawapan Miasarah pada Salmi. Salmi hanya mampu mengeleng. Hendak dileteri adiknya itu sudah menjadi isteri orang hendak dimarah-marahkan nanti bimbang pula adiknya itu merajuk hati. Akhirnya masalah tentang anak dibiarkan mati di situ namun lain pula disudut hati Miasarah.

Memang nalurinya seorang wanita dan isteri kepingin punyai anak apatah lagi dia sering ditanyakan oleh teman-teman pejabat tapi apakan daya dia sudah terikat dengan peraturan Razlan atau mungkin dia boleh mengubah sesuatu tentang perjanjian itu.
“Ha.. ni kenapa pulak termenung..” sergah Salmi apabila melihat Miasarah bermenung.
“Takde lah kak, Mia teringatkan hal pejabat tadi. “Bohong Mia. Kesian kakaknya itu sudah banyak yang dibohonginya.
“Kita bincang soal anak dia teringatkan hal pejabat pula. Dah! bawak kan air tu ke depan, nanti apa pula cik abang-cik abang diluar tu mengata kita.” Arahan Salmi disambut dengan sengihan mencebik. Salmi menepuk bahu adiknya.

Razlan dan Sulaiman sedang rancak berbual. Kerancakan mereka terhenti tatkala Miasarah menghampiri bangku mereka. Dulang berisi air dan keropok itu diletakkan dimeja bulat. Anak sulong Salmi menjerit ke arahnya.
“Maksu Along nak air…along dahaga sangat ni..” pinta anak sulong Salmi berlari-lari sambil memegang lehernya. Sulaiman geleng kepala. Razlan tersengih lalu memaut bahu Umar berusia sebelas tahun tapi badannya masyaAllah mengalahkan budak berusia 14 tahun. Miasarah ketawa. Lucu melihat gelagat anak buahnya. Salmi mecerlung kepada anak sulongnya.
“Baik sangat la buat perangai macam tu, tak boleh ke minta elok-elok. Mak tuang air panas dalam kerongkong tu kan baru tahu.” Marah Salmi dengan tingkah anak sulongnya. Adam tersengih memohon maaf. Adik-adiknya yang seramai empat orang itu berlari-lari menghampirinya.
“Mak, angah nak air juga..”pinta anak keduanya Fatimah. Nampak sopan sangat dengan anak keduanya itu.
“Nanti-nanti biar maksu tuangkan..”Miasarah suka melayan anak-anak buahnya. Razlan hanya memerhati. Cara dan layanan Miasarah pada anak-anak buahnya menerbit satu perasaan aneh. Makin ralit pula melihat kesungguhan Miasarah melayan mereka langsung tidak kekok dengan karenah dan pelbagai ragam budak-budak kecil.
“Ha Lan, pandang siapa tu, kau tak kesiankan Mia ke kalau kesian cepat-cepat la bagi dia baby. Dia dah teringin tu asyik melayan anak-anak buah aja.” Sempat Miasarah menangkap apa yang dikatakan Salmi pada Razlan. Miasarah memandang wajah Razlan yang turut memandangnya. Razlan melarikan diri dari ditenung Miasarah.
“Bukan tak nak bagi kak, tapi belum ada rezeki lagi.” Razlan menutup rasa bersalahnya.
“Usahalah Lan, kakak dah cakap pada Mia kalau kau benarkan kakak nak cuba berubat cara kampung. Kampung abang kau ada sorang bidan kita cuba mengurut kat sana dulu mana lah tahu ada urat-urat yang tersimpul ke.” Razlan menelan liur. Panjang pula topik perbualan tentang anak. Apa lagi caranya untuk mengelat tentang persoalan anak.
“Belum ada rezeki lagi la tu, awak ni biarlah mereka nak berbulan madu puas-puas tunggulah mereka bersedia dulu.” Tegur Sulaiman pada isterinya. Salmi memuncungkan wajah.
“Awak lelaki bang, apa tahu..”
“Eh apa pulak tak tahu, saya lelaki saya tahu lah.” Sulaiman dan Razlan ketawa kecil sempat Sulaiman mengenakan isterinya.
“Awak kata awak tahu kan..nah! jaga anak awak ni saya dengan Mia ada kerja sikit.” Salmi meninggal anak bongsunya berusia satu tahun setengah itu kepada Sulaiman. Tindakan drastiknya itu membuatkan Sulaiman dan Razlan terpinga-pinga. Salmi menarik tangan Miasarah yang sedang ralit bergurau senda dengan anak-anaknya. Miasarah terpinga-pinga pun begitu dia menurut tanpa membantah. Sempat dia mengerling pada Razlan. Suaminya itu dilihat bagaikan tidak tahu apa-apa.

“Kenapa ni kak..kalau yea pun nak ajak Mia berborak jangan la sampai tarik tangan Mia ni..”Mia cuba melonggarkan pergelangan tangannya dari dicengkam tangan Salmi. Kakaknya itu hanya tersengih.
“Sorry..sorry..kakak geram sangat dengan abang kau tu..”
“Kalau ya pun jangan la buat Mia macam tu.”.Wajah Miasarah mencuka. Tangannya diraba-raba rasa sakit semakin berkurangan. Dia duduk dikerusi rotan. Salmi juga turut berbuat demikian.
“Ada apa hal kak, sampai tarik tangan Mia macam tu sekali.”
“Macam ni. Kalau Mia nak jumpa mak bidan tu hari minggu ni kita pergi nak tak…”
“Ala hal tu aja. Mia ingatkan apa lah tadi, ingatkan kakak nak bagitahu Mia abang ada perempuan lain.” Miasarah tersengih tatkala melihat Salmi menjeling geram.
“Macam mana..” Suaranya kedengaran bersungguh-sungguh.
“Macam mana apanya kak..kan Mia dah cakap belum rezeki kami lagi. Sabar la nanti-nanti ada la tu. Mia tak apa-apa kakak pulak bersungguh-sungguh. Enam tak cukup lagi ke.” Usik Miasarah pada Salmi. Wajah Salmi memuncung. Merajuk agaknya.
“Akak bukan apa Mia, kita ni kan perempuan makin berusia makin susah nak melahirkan anak tau, nanti sakit sana sakit sini, akak ni lain sebab dah pernah beranak, kau tu dah masuk 30-an tak pernah melahirkan lagi” provok Salmi. Mia tertegun.
“Sakit sangat ke beranak tu kak..”
“Sakit tak sakit kalau nak tahu cuba lah beranak..”
“Kalau macam tu tak nak la Mia beranak. Mia ambil anak angkat aja.”
“Issh! budak ni anak sendiri dengan anak angkat tak sama Mia. Kalau kau ambik anak lelaki bila besar nanti kau dengan dia tak boleh bersentuh. Kalau kau ambik anak perempuan kau kena ingat sikit anak perempuan tu boleh kahwin dengan Razlan tu tau” panjang lebar pula Samli berceramah. Miasarah mengangguk-angguk ada benar juga kata-kata Salmi. Tapi dalam soal anak dia kena mengambil kira segala hal. Jika Razlan sudah bertemu gadis yang dicintainya itu bagaimana nasibnya dan anak itu. Miasarah menggeleng kepalanya.
“Apa yang kau gelengkan tu Mia. Tak betul apa yang akak cakapkan”
“Takde apa la kak, nanti Mia balik Mia bincang dulu dengan abang.” Jawab Mia mahu menutup bicara soal anak. Salmi mengeluh sekilas dia terpandang akan susuk tubuh Razlan..
“Ha Lan, buat apa tercegat kat situ..” tegur Salmi lalu mengundang mata Miasarah ke arah Razlan yang entah bila berada di situ. Entah didengar atau tidak perbualan mereka tadi.
“Lan dah nak balik ni kak Mi, malam ni ada annual dinner, nanti tak sempat pula nak bersiap, kak Mi tahu lah kalau Mia bermekap macam mana, berjam-jam lamanya.” Razlan sengaja mengenakan Miasarah yang bagaikan mati kata melihat kehadirannya disitu.
“Bila pulak si Mia ni pandai bermekap. Entah-entah Lan yang bersiap mengalahkan perempuan ni.” Miasarah ketawa apabila Salmi sempat mengenakan Razlan. Suaminya itu tersipu-sipu malu. Memang benar jika Razlan masuk ke bilik air tidak sah kalau tidak sampai sejam duduk didalam. Mereka sudah faham benar dengan tabiat Razlan yang sukar dikikis.
“Dah! jom Mia kita dah lambat ni.” Ajak Razlan lalu dia meminta diri pada Salmi dan Sulaiman. Kakak iparnya itu mengangguk sahaja.
“Mak Su balik dulu. Lain kali kita main lagi yea.” Pesan Miasarah pada anak-anak buahnya.
“Bye Maksu jangan lupa datang lagi.” Umar melaung apabila Miasarah sudahpun masuk ke dalam perut keretanya. Dia melambai tangan pada anak-anak buahnya.


Kereta Mia meluncur laju membelah jalan. Masing-masing membatukan diri tatkala berada diperut kereta. Hanya alunan zikir munajat dari CD yang sedia terpasang sahaja menghilangkan sepi mereka.
“Kak Mi bincang apa tadi.” Soal Razlan memecah kesepian mereka. CD yang sedang mengalunkan zikir diperlahankan seketika.
“Takde apa-apa..” Balas Miasarah bersahaja. Terlakar ingatannya pada perbualan Salmi dengannya tentang anak.
“Aku dengar dia nak bawa kau pergi jumpa mak bidan hari minggu ni.”
“ Haa..Tu kau dah tahu tapi tanya lagi..” Miasarah mencebik. Razlan bersahaja memandang terus pememanduannya.
“Habis kau nak pergi ke..” soal Razlan bagai orang bodoh.
“Buat apa pergi nanti tak pasal-pasal kak Salmi tahu kita tak macam suami isteri. Kau nak mak ngan ayah kau tahu.” Soal Miasarah pada Razlan.
“Aku tanya aja, manalah tahu kak Mi paksa kau dan kau terus setuju.” Miasarah ketawa kecil mengerling seketika pada wajah Razlan.
“Kita kan ada banyak alasan apa nak takut…”
“Bagus la macam tu kalau boleh aku tak nak mereka tahu yang kita ni tak pernah bersama” Sekilas dia memandang wajah Miasarah yang tetap dengan senyuman terukir dibibirnya. Hairan bin ajaib mengapa wanita ini bersahaja. Tiada sekelumit perasaankah Miasarah padanya.
“Kau jangan risau okey, aku takkan tuntut apa-apa dari kau..” Razlan memandang wajah Miasarah. Terasa sinis dengan kata-kata temannya itu.
“Betul ke kau ada annual dinner malam ni..”
“Betul la takkan aku tipu kak Mi pulak..”
“Kau bawak siapa..”
“Adalah..”Miasarah hanya mencebik. Tidak kuasa lagi mengambil tahu tentang hal Razlan. Jika dia hendak berahsia silakan dia tidak berminat untuk mengorek rahsia lelaki itu.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati