Wednesday, April 27, 2011

BiDaDaRiKu 6

Razlan duduk bersantai diruang tamu sambil menonton televisyen. Miasarah masih belum menampakkan wajah. Sesekali matanya akan menoleh ke bilik Miasarah mencari sesusuk tubuh yang bagaikan ada dalam tiada didalam rumah mereka, wajahnya hampa apabila Miasarah tidak muncul-muncul walaupun drama bersiri kegemaranya mula bersiaran. Razlan resah sendiri. Sejak mereka balik dari kampung dahulu Miasarah bagaikan mahu menjarakkan hubungan mereka, hanya sesekali dua sahaja dia bertembung dengan Miasarah itupun mereka tidak sempat berbual panjang seperti sebelum ini. Adakah Miasarah berkecil hati dengan sikap emaknya. Tangannya menyapu muka mencari jawapan pada soalan yang tidak mungkin ada jawapan padanya. Razlan memberanikan diri mengetuk pintu bilik Miasarah. Ketukannya tidak bersahut. Razlan cuba memulas tombol pintu bilik Miasarah ternyata pintu biliknya berkunci dari dalam.

“Mia…Mia..”Panggilnya. Dia mahu tahu apa masalah Miasarah. Dia tidak betah melihat Miasarah menangung sendiri masalah yang dihadapinya itupun jika Miasarah mempunyai masalah. Masih tiada sahutan. Pintu diketuk lagi hampir untuk mengetuk pintu untuk sekian kalinya Miasarah terjengul. Razlan tertegun melihat Miasarah angun berpakaian lagak seperti mahu menghadiri majlis penting. Tapi setahunya Miasarah tidak pernah memaklumkan padanya sebelum ini. Razlan merenung Miasarah yang ayu tersenyum memandangnya. Dia terpesona. Miasarah mengetip jemarinya dihadapan Razlan. Lelaki itu tersedar. Miasarah tertawa kecil melihat Razlan seperti baru tersedar dari mimpi.

“Kau pakai lawa-lawa ni nak ke mana..”Soal Razlan hairan melihat Miasarah secantik begitu.
“Aku ada majlis..lupa nak bagitahu kau minggu lepas.” Jawab Miasarah terasa bersalah pun begitu dia masih mampu tersengih.
“Minggu lepas..sekarang nak pergi baru cakap.” Tegur Razlan sedikit geram. Miasarah ditenungnya.
“Terlupa la Lan bukan sengaja.” Pujuk Miasarah. Razlan memasamkan wajahnya. Jam didinding menunjukkan ke angka 8.30 malam.
“Majlis apa dengan siapa kau pergi…”
“Majlis meraikan bos aku naik pangkat..dengan siapa aku pergi adalah…”Sengaja Miasarah merahsiakan lelaki yang akan mengambilnya nanti tetapi Razlan dapat mengagak siapa yang bakal menjadi teman Miasarah malam ini jika tidak lain dan tidak bukan Zamri. Nampaknya Zamri semakin mahu mencari peluang merapatkan diri pada Miasarah.
Razlan mengecilkan matanya. Memerhati senyuman yang masih tersunging dibibir Miasarah.
“Kalau aku cakap kau tak boleh pergi, macam mana…”Senyuman dibibir Miasarah mati serta merta. Dia merenung Razlan yang masih lagi terpaku diwajahnya.
“Lan..”Razlan masih diamkan diri. Sengaja mahu melihat sejauh mana Miasarah akan mentaatinya sebagai suami.
“Kalau kau dah cakap macam tu aku nak buat macam mana, terpaksalah aku batalkan”. Miasarah ingin kembali ke biliknya pun begitu sempat ditahan oleh Razlan tiba-tiba Razlan menarik tangan Miasarah sehingga ke sofa. Miasarah terkebil-kebil memandang Razlan yang berubah sikap.
“Kau telefon kawan kau cakap tak payah datang jemput, kau bagitahu dia kau bawak teman. Aku akan temankan kau malam ni.” Ujar Razlan menambahkan lagi sesak didada Miasarah. Razlan tidak pernah menunjukan sikapnya yang suka mengekor ke mana dia pergi begitu juga dirinya tidak suka mengekor ke mana Razlan pergi. Urusan masing-masing itulah yang dipersetujui oleh mereka dahulu.

“Tunggu sini aku pergi salin pakaian dulu.” Terkebil-kebil Miasarah memandang Razlan hilang ditelan biliknya. Resah gelisah Miasarah disofanya menunggu Razlan. Apa hendak dijawabnya jika teman-teman bertanyakan siapa lelaki itu, terbongkarkah rahsianya nanti dihadapan Zamri. Hanya teman-teman rapatnya sahaja yang mengetahui dia sudah berkahwin.
Razlan muncul dengan persalinan sut yang tampak padan benar dengan gayanya. Cair pula hati Miasarah melihat Razlan berpenampilan begitu.
“Hmm!..tahu lah aku ni hensem tapi jangan lah pandang aku sampai macam tu sekali, nanti kalau kau tak boleh tidur malam siapa yang susah… aku jugak…” Usik Razlan apabila Miasarah menatapnya sebegitu rupa. Terbetik dihati Razlan Miasarah juga mampu ditawannya. Razlan tersengih.
“Perasannya kau. Aku bukan pandang kau lah..aku tengok rekaan sut tu, cantik juga. Nanti boleh la aku hadiahkan pada bakal kekasih aku nanti.” Jawab Miasarah selamba Razlah sekadar mencebik.
“Nak tutup malu lah tu, dah lewat ni tak nak pergi ke..”Ajak Razlan. Miasarah bangkit. Kunci keretanya dicapai.
“Aaa..aaa..”Jari jemari Razlan berkalih kiri dan kanan. Miasarah tidak faham isyarat yang diajukan Razlan.
“Malam ni aku bawak kereta baru..” Miasarah terdiam. Sanggupkah Razlan membuang prinsipnya hanya sekadar mahu menemankan dia ke majlis kenaikan pangkat itu. Miasarah bagaikan tidak percaya. Razlan sengaja terliurkannya.
“Buat lawak la kau ni Lan, saja nak terliurkan aku dengan kereta mewah kau tu kan..” Razlan memutarkan kunci kereta BMWnya dihadapan mata Miasarah. Isterinya tersenyum tawar. Gurauan atau sendaan dia tidak pasti sehingga lah….

Akhirnya kereta BMW 5 siriesnya meluncur laju membelah jalan. Miasarah diam tidak berkata apa. Hatinya bagaikan berdegup kencang. Otaknya masih ligat berfikir. Mengapa Razlan sanggup melanggar prinsipnya hanya semata-mata menemankan dia kemajlis itu. Suasana sepi.
“Amacam best tak kereta baru abang ni.” Miasarah mengerling ke arah Razlan. Tersentak dengan panggilan ‘abang’ yang disebutkan Razlan. Miasarah tersenyum dalam hati. Ini pasti Razlan mahu menduganya lagi. Terbetik juga dihatinya untuk menanyakan soalan ke mana perginya prinsip lamanya itu pun begitu niat itu termati begitu. Tidak mahu dia merosakkan mood Razlan yang adakalanya susah hendak dilayan.
“Biasa aja kereta kau ni, takdelah mewah sangat. Tapi terima kasih lah akhirnya kau bagi jugak aku merasa naik kereta ni yea, takdelah aku kempunan lepas ni.” Miasarah sengaja mengutuk kereta kesayangan Razlan. Miasarah ketawa sendiri dengan kata-katanya. Razlan diam membisu. Bagaikan dia orang asing disebelahnya. Miasarah berfikir-fikir adakah dia sudah tersalah cakap sebentar tadi.
“Sorry Lan kalau aku tersalah cakap. Aku gurau aja kereta kau ni memang cantik, sesuailah dengan harganya tu. Entah bila la aku boleh pakai kereta macam kau ni kan. Simpan duit sampai ke tua pun belum tentu lagi dapat beli kereta mewah macam ni.” Miasarah kembali mencari rentak untuk berbual dengan Razlan. Dia perlu bijak menangani rajuk Razlan. Suami disebelah masih lagi diam membisu. Miasarah buntu dengan kebisuan yang tercipta tanpa sengaja itu.

“Tak perlu simpan duit banyak Mia, hari-hari Mia dapat merasa naik kereta abang ni.” Miasarah tersentak, tidak pernah Razlan bercakap dengannya membahasakan dirinya ‘abang’, tidak pernah seingat Miasarah. Debar didada Miasarah kembali lagi. Terasa dirinya seram sejuk dengan perubahan sikap Razlan yang berubah secara tiba-tiba. Apa maksud dia boleh naik kereta Razlan hari-hari. Razlan sanggup membenarkan dia menggunakan kereta kesayangan dia... Miasarah diam seribu bahasa. Terasa seram pula untuk berbicara dengan suaminya sendiri. Miasarah cuba menepis debaran didadanya. Mungkin Razlan sengaja mahu bergurau dengannya.

“Kau bagi aku pinjam kereta ni Lan. Wahh! satu perkembangan yang baik. Ini yang buat aku semakin sayang pada kau ni Lan.” Miasarah berusaha menceriakan suasana. Dalam hatinya berdoa agar cepat sampai kemajlis yang dituju. Dia tidak sanggup berlama bersama Razlan perjalanan dirasakan terlalu jauh. Bicara Razlan semakin meresahkannya. Dia tidak tahu apa yang ada dibenak Razlan ketika ini. Apa sudah jadi dengan Razlan. Miasarah mencari jawapannya sendiri.
“Bukan aku..bukan kau..tapi mulai sekarang Mia kena pangil abang.. ‘abang’.” Razlan tenang menutur kata tapi lain pula bagi Miasarah, aircond yang terpasang langsung tidak dirasakan kesejukannya. Miasarah memandang sekilas wajah Razlan disebelahnya sedikitpun tiada riak yang menunjukkan lelaki itu bergurau. Miasarah resah, kusyen empuk langsung tidak terasa keempukannya. Untuk menutup debarnya Miasarah ketawa.
“Apa kena ni Lan dah buang tebiat ke kau ni..”

Tangan kiri Razlan mencapai jemari Miasarah. Isterinya tersentak. Cepat-cepat Miasarah melarikan tangannya dari gengaman Razlan pun begitu gengaman Razlan lebih kuat dari daya leraiannya. Miasarah memandang wajah Razlan. Suaminya itu tersenyum manis memandangnya. Semakin kuat rontaan Miasarah untuk terlepas dari gengaman Razlan semakin kejap pula gengamannya.
“Mia…”Akhirnya rontaan Miasarah kendur. Razlan mengelus perlahan-lahan tangan isterinya tiada bicara tercetus hanya getar didada masing-masing yang sedang berirama ketika itu. Satu perasaan aneh menyelinap seluruh jiwa raganya, sungguh damai ketika ini. Perasaan yang belum pernah dia rasai sebelum ini. Miasarah membisu seribu bahasa. Debar, takut dan sebak bersatu dalam satu rasa. Dia membayangkan jika hari ini adalah hari terakhirnya hidup bersama Razlan. Bagimanakah hidupnya nanti. Digelar janda walaupun pada hakikatnya dia masih lagi dara.
“Mia..abang minta maaf pada Mia andai selama kita menjadi suami isteri abang ada melukakan hati Mia. Abang akui abang bukan lelaki terbaik untuk Mia, abang banyak kelemahannya. Abang juga minta maaf mensia-siakan hidup Mia selama ini. Mia sudah banyak berkorban untuk abang, kehidupan Mia, kasih sayang Mia, kesabaran Mia hidup bersama abang … Razlan menarik nafas dalam-dalam. Dadanya mulai dilanda sebak. Sukar untuknya menyatakan kekesalan diri dan dia begitu menghargai setiap pengorbanan Miasarah selama ini.

Miasarah diam tidak terkata. Hari yang dia takuti akhirnya menjelma jua. Dia tidak berani untuk menoleh pada Razlan disisinya. Bicara romantik Razlan membutakn dirinya bagaikan tidak berpijak dibumi yang nyata. Razlan sudah menemui cinta hatinya tiba masanya dia mengundur diri. Air jernih mulai memenuhi kolam matanya. Miasarah masih mampu mengukir senyum walaupun kata-kata itu bagaikan petanda hidupnya bersama Razlan akan berakhir.
“Maafkan abang Mia…”tangan Miasarah dikucupnya sayu. Setitis dua airmata jantannya tumpah. Razlan tetap mengengam kemas jari jemari Miasarah walaupun gengaman Miasarah semakin lemah. Dia melarikan gengaman itu ke dadanya. Miasarah tersedu-sedu dan dia berusaha menahan diri dari terus menjadi tangisan.
“Maafkan kesalahan abang Mia..abang telah temui bidadari cinta hati abang..”Ucap Razlan sambil menoleh ke sisinya memandang Miasarah yang menunduk dan sebuah senyuman kecil tetap tersunging dikedua-dua ulas bibir isterinya itu. Dia tahu Miasarah menangis ketika ini. Seluruh anggotan Miasarah bagaikan lumpuh mendengar ucapan keramat itu.
“Tahniah!..”itulah kata-kata yang mampu diluahkan oleh Miasarah. Walalupun perlahan dapat didengari oleh Razlan. Miasarah cuba menarik tangannya yang masih didalam gengaman Razlan pun begitu ianya tetap kemas digengam oleh Razlan. Miasarah memandang wajah Razlan yang masih berkaca.
“Mia tak nak tahu siapa perempuan tu..” Soal Razlan. Miasarah masih membisu. Senyum tawar menghiasi bibirnya.
“Mia ingat lagi kan abang pernah cakap, wanita pertama yang naik kereta mewah, canggih abang ni dialah wanita yang abang cintai..” Miasarah merenung wajah Razlan, mencari-cari maksud disebalik kata-katanya tadi. Razlan tersenyum menawan dan dia sekadar mengangguk memberi kepastian kepada Miasarah.
“Mia adalah bidadari hati abang…dulu ..kini dan selamanya…”Ucapan kudus Razlan mengundang titisan airmata yang semakin melebat. Sebak!. Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan ucapan syukur bergema dihatinya.

Razlan mengucup lagi tangan isterinya. Benar dia telah buta selama ini. Kebaikan, kesabaran dan kasih sayang Miasarah padanya langsung tidak nampak dimatanya dia masih mencari dan terus mencari sehinggalah dia bermimpikan Miasarah. Dia sedar bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga yang dibina tetapi melihat kesabaran Miasarah melayan emak dan ayahnya serta kesabaran Miasarah dengan kerenahnya dia menjadi kasih rupanya cinta telah berputik. Tidak mungkin dia akan menemui isteri sebaik Miasarah diluar sana. Belum tentu rasa cinta yang ada dihatinya buat wanita misteri itu akan berkekalan dijiwanya tetapi kasih sayang Miasarah yang sanggup berkorban apa sahaja demi melihat dia mencapai impiannya mengejar bidadarinya itu adalah bukti cinta sejati hanya milik Miasarah. Wanita bernama Miasarah sahaja yang mampu mengharungi susah senang bersamanya.
“I love you….” Akhirnya terlafaz juga ungkapan cintanya pada Miasarah. Walaupun lebih dari setahun hidup sebagai suami isteri. Bersama titisan airmata yang turun ke pipi Miasarah tersenyum manis. Airmata menjadi saksi kisah cinta mereka.



TAMAT

2 comments:

puteri ain said...

best2 ! i want more .. hehe

fara said...

tamatttt?????????
unbelievable.... nk lag..
nk lagiiiii.... baby xde???
hehehehe...

 
Copyright 2009 Diari Hati