Ronda punya ronda aku langsung tidak menyedari hari semakin gelap. Aku mula berpatah balik ke rumah nenek Awang. Entah aku lupa atau masih ingat jalan yang aku lalui tadi. Pesanan Encik Ahmad mula bermain difikiranku, macam betul aja apa yang Encik Ahmad cakapkan tadi. Dadaku mulai berdebar. Aku mula mengayuh basikal berhati-hati dan sesekali kepalaku terjenguk-jenguk ke kiri dan kanan mencari-cari simpang jalan yang aku lalui tadi. Aku belum berputus asa, peluh mulai merenek membasahi ketiak dan dahiku. Bau tengit peluh tidak ku hiraukan. Ah takde wangi lagi dah dalam keadaan getir macam ni. Biar busuk asalkan selamat, kalau wangi-wangi nanti karang ada yang mengikut. Ah sudah apa ni dalam keadaan macam ni pun aku sempat lagi bertelagah dengan diri sendiri sempat pula membayangkan benda-benda terbang. Mak Ija nak balikkkkk….Jeritan itu hanya bermukim dihati. Takkan lah aku nak jerit tengah-tengah padang macam ni, nanti karang aku makluk lain pula yang datang. Nak jerit, jerit la tapi kena jerit dalam hati aja tau…
“Macam mana nak balik ni mak..mak..Ija nak mak” rintih hatiku yang mulai merasa cuak. Hari semakin beransur gelap. Burung-burung mulai pulang ke sarang. Sawah yang tadinya kelihatan menghijau kini mulai nampak kelabu asap dimataku. Unggas dan riang-riang mulai menyanyi riang bagaikan sedang berpesta BBQ lagaknya.
“Bismillahhirahmanirahim.. Ya Allah permudahkan jalan pulangku” aku berdoa didalam hati meminta Allah permudahkan segalanya. Aku pasti emak dan semua yang ada sedang menunggu kepulanganku. Aku berusaha sedaya yang mungkin mencari jejak-jejak yang ditinggalkan petang tadi. Alahai sesat la aku kali ni. Itulah sombong sangat dengan Encik Ahmad tadi entah-entah dia yang doakan aku sesat ni. Sempat lagi fikiran jahatku mengata Encik Ahmad.
Diperkarangan rumah Atuk Dasuki semakin riuh. Masing-masing begitu risau memikirkan tentang kehilangan Aliza yang entah ke mana rayaunya. Rosminah resah gelisah, duduknya serba tidak kena sekejap duduk sekejap berjalan. Sesekali Ayu datang menenangkan emaknya.
“Sekejap lagi dia balik la tu mak..mak takkan tak tahu adik tu macam mana dia kan pantang menyerah sebelum berjuang.”
“Kau ingat adik kau pergi medan perang ke nak berjuang bagai..adik kau tu sesat Ayu..sesat..”Rosminah mula mahu menangis. Hati seorang ibu tetap risau akan keselamatan anaknya lebih-lebih lagi anak perempuan yang tak serupa perempuan. Ayu menggaru-garukan kepalanya tidak tahu lagi caranya mahu memujuk emaknya. Makin dipujuk makin mahu menangis pula emaknya akhirnya dia hanya diam.
Zaini menghampiri Awang yang sedang duduk ditangga. Wajah anaknya kelihatan tenang bersahaja kehilangan Ija langsung tidak merisaukannya.
“Is kalau sekejap lagi dia tak balik kita pergi cari dia yea, mama takut la dia semakin sesat, dia tu kan baru lagi jejak kampung kita ni. Mama risau lah Is, kalau apa-apa jadi pada Ija kita juga yang salah kesian makcik Ros kau tu.” Makcik Zaini meminta buah pendapat anaknya, hatinya juga dipalit risau.
“Mama jangan risau sekejap lagi dia balik la tu, tak ke mananya Ija tu mama. Kalau sepuluh minit lagi dia tak muncul juga nanti kita pergi cari dia yea mama.” Pujuk Iskandar menenangkan Makcik Zaini yang turut keresahan. Sementara itu disuatu sudut yang lain Atuk Dasuki sedang memarahi nenek Awang.
“Ha itu lah awak benarkan lagi si Ija tu naik basikal, dia tu bukan tahu jalan-jalan kampung ni, sekarang ni macam mana..”
“Manalah saya tahu bang Aji dia nak sesat macam ni, kalau saya tahu tentu saya dah rantaikan basikal awak tu. dia cakap nak jalan-jalan dekat sini aja.”
“Dah tahu budak tu baru aja sampai kampung, yang awak benarkan dia naik basikal saya tu kenapa, mana lah dia nak tahu jalan kampong kita ni.” Nenek Awang kelihatan muram, ada betulnya apa yang dikatakan suaminya. Rasa bersalah menerjah dihati kerana dia Aliza hilang. Airmata mula bergenang ditubir matanya.
Sebuah kereta BMW masuk ke perkarangan rumah Atuk Dasuki. Mereka berempat mengetahui siapa pemilik kereta tersebut kecuali Rosminah dan Ayu. Dengan segera Rosminah bangkit dari duduknya langkah kakinya dihalakan ke arah kereta tersebut apabila melihat kelibat seorang wanita disebelah pemandu itu.
“Ija….”nama anaknya disebut. Zaini berpaling ke arah Rosminah dia tersenyum kelat. Dia tahu temannya itu masih keresahan.
“Ros itu menantu kak Ani Salmah isteri Ahmad.” Jelas Makcik Zaini pada Rosminah. Rosminah tersenyum kelat. Hampa bukan Ija rupanya.
Encik Ahmad turun dari keretanya dengan wajah tersengih-sengih lalu dia menuju ke arah Atuk Dasuki dan nenek yang masih diam membisu.
“Mak aii..sambut kepulangan saya sampai macam ni..ini sudah bagus ni tok..” Encik Ahmad tersengih-sengih sempat lagi dia bergurau tanpa mengetahui mereka-mereka itu sedang bersedih. Wajah muram dihadapannya mengundang pertanyaan dihati. Lawaknya tidak menjadi. Dia terpandang akan Rosminah dan Ayu yang masih berdiri tercegat. Tertanya Tanya pada diri sendiri siapa mereka berdua itu.
Makcik Zaini melangkah menghampiri anak sulongnya. Iskandar sekadar tersengih.
“Kamu ada terserempak dengan sesiapa tak masa nak datang sini tadi.” Makcik Zaini terus mengajukan pertanyaan itu kepada Encik Ahmad.
“Nampak siapa mama..”
“Budak perempuan naik basikal, ala muda sikit dari Is ni ha..”Pertanyaan Makcik Zaini mengundang semua mata ke arah Encik Ahmad. Salmah disebelahnya saling berpandangan dengan Encik Ahmad. Setahunya semasa pulang ke sini tadi mereka tidak nampak sesiapa.
“Takde pulak mama.. mama tunggu siapa sebenarnya ni.. atuk..” dia berpaling pula pada Atuk Dasuki yang keresahan.
“Mama tunggu anak makcik Ros kamu ni Mad. Dia keluar petang tadi naik basikal atuk tapi sampai sekarang dia tak balik-balik lagi. Kesian makcik Ros tu dari tadi lagi dia risau. Kami semua ni dah risau sangat ni Mad. Jom la kita pergi cari hari makin gelap ni. Sekejap lagi dah nak masuk maghrib.” Makcik Zaini menarik lengan Ahmad supaya anaknya itu mencari Aliza yang masih belum menampakan muka.
Penerangan panjang lebar mamanya membuatkan Ahmad teringatkan Ija. “Sekejap…Sekejap mama..siapa nama anak makcik Ros tu..”Soal Encik Ahmad inginkan kepastian. Seperti pernah dengan nama yang disebutkan mamanya atau mungkin Ija yang ditemui olehnya petang tadi adalah Ija yang sama dicari oleh mamanya.
“Nanti nanti lah kalau Mad nak bekenalan pun, yang penting sekarang kita pergi cari dia dulu” Encik Ahmad menurut apabila makcik Zaini semakin menarik lengannya menuju ke keretanya.
Pin!..Pin!..ke tepi ke tepi break tak makan ni oii…”jeritku sekuat hati. Dek terlalu risau hari semakin gelap aku memecut laju basikal tua atuk, tak sangka pula dipertengahan jalan biawak melintas sempat juga lah aku membreak tapi yang paling tak sangka pula aku membreak sampai putus talinya. Punya lah ganas aku bawak basikal Annuar Manan pun kalah tau kalau bertanding dengan aku ni. Aku dah tak hiraukan mata yang memandang ialah mana lah sempat nak jeling-jeling kecut perut aku bila fakir break tak makan ni. Yang ada difikirkan dan menakutkan aku sekarang ialah kelajuan basikal tua milik atuk yang breaknya tidak dapat berfungsi. Masing-masing ke tepi…agaknya lah. Aku mula menurunkan sebelah kakiku mencecah tanah agar kelajuan basikal dapat dikurangkan pun begitu aku tidak dapat mengimbanginya dan tiba-tiba basikal kesayangan atuk merempuh seseorang. Aku jatuh tergolek manakala dia sudah ditindih basikal atuk. Kan dah kena, tadi aku cakap ke tepi awak tak nak..kata-kata itu hanya mampu ku ungkap dalam hati tanpa memandang siapa yang aku terjah sebentar tadi.
“Astarfirullahalazim cucu aku…”Atuk Dasuki dan nenek Awang beristifar kuat. Aku tekulat-kulat rebah dikaki emak. Dasyat beb!, macam sedang sujud dikaki emak minta ampun aja rupanya. Tak sangka yea sayang juga atuk Dasuki pada aku, siap panggil aku cucunya lagi. Hendak juga aku menjawab Ija tak apa-apa tuk Aku tersengih-sengih. Dalam hati kembang setaman. Aku pandang wajah emak yang kelihatan cemas kak Ayu ketawa terbahak-bahak melihat kejadian tadi langsung takde perasaan kasihannya pada aku atau mangsa yang ku terjah sebentar tadi. Aku tersengih sambil terbaring dihadapan emak, tak ku hiraukan rumput-rumput kering melekat pada badanku. Rasa pedih mula menjalar pada siku ku yang terluka. Darah mengalir perlahan. Aku tahan rasa pedih akibat kesan luka itu diam-diam kalau aku menjerit depan emak sudah tentu emak akan mengamuk dan menambahkan lagi rasa sakit yang ada. Baik aku terus diam.
Aku mula berdiri depan emak sambil memegang siku yang berdarah. Aku memaniskan wajah. Suara keriuhan atuk Dasuki dan nenek jelas kedengaran lagi. Aku cerpat berpaling apabila teringatkan yang aku telah melanggar sesuatu.
“Ya Rabbi!..Awang!…”mataku membulat apabila atuk Dasuki cepat-cepat mengalihkan basikal tuanya yang melekat dibadan Awang. Jantung ku berdebar sakan. Bagaimana tindakan makcik Zaini nanti padaku apabila melihat anaknya aku perlakukan sebegitu. Rasa sebal mula menguasai diri. Aku kembali menatap wajah emak mohon simpati Ternyata emak sudah menyinga.
Dengan kudrat yang ada emak lantas memiat telingaku seperti kanak-kanak ribena didepan semua orang. Aku terjerit kecil tidak menyangka tindakan drastik emak begitu memalukan aku lebih-lebih lagi pada mata yang memandang..
Ada kesan luka dilengan Awang. Aku lihat luka dia lebih teruk daripadaku. Aku jeling Awang yang sedang diubati oleh nenek. Aku hanya diam sedari tadi. Mereka-mereka juga bagaikan tidak menghirau aku lebih-lebih lagi emak. Aku baru perasan seseorang yang merenungku sedari tadi adalah Encik Ahmad. Hairan. Mengapa Encik Ahmad ada disini, dia buat apa yea dah maghrib-maghrib ni masih bertandan rumah orang. Aku hanya menunduk tidak mampu melawan renungan Encik Ahmad yang bagaikan ingin menghemburkan beribu-ribu soalan padaku. Aku juga ada soalan untuk Encik Ahmad sebenarnya. Apa yang Encik Ahmad buat dirumah Atuk Dasuki.
“Ija..mai sini nenek sapukan ubat.. Awang dah sudah tu..Awang langsung beredar. Dia sedikit pun tidak memandangku. Aku tahu dia marahkan aku yang tak sengaja melanggarnya. Aku tak sengajalah Awang..aku jerit dalam hati untuk menyatakan kekesalan aku.
Takpelah nek. Ija dah sapu ubat..jawabku perlahan aku terus beredar meninggalkan nenek Awang tekulat-kulat memandangku.
Aku menyandarkan badan pada kepala katil, sengaja mencari posisi yang sesuai untuk merehatkan diri memandangkan aku sekarang sedang sakit. Sakit yang dicari sendiri. Kak Ayu meuncul bersama seribu senyuman. Entah apa la dalam kepala otak dia tu, susah nak teka.
“Dik..kau marayau ke mana siang tadi.. berani kau yea..” Kak Ayu mengajukan soalan padaku, dia tersengih-sengih merapatiku. Lengannku kini sudah berbalut. Aku berensot sedikit memberi laluan pada kak Ayu yang mula menyibukkan diri menyoal siasat.
“Yang kau tinggalkan aku sesorang kat sini tu kenapa..” Marahku sambil menjeling tajam ke arahnya. Aku masih belum berpuas hati ditinggalkan oleh mereka.
“Mana ada akak tinggal kau sorang-sorang dik, kan nenek ada..”
“Banyak la kau..”
“Betul lah.. takkan lah aku nak tinggalkan kau dengan Awang pulak, nak kena cekup ke…”
“Banyak la loyar buruk kau.” Rengus geram.
“Cepat la kau ke mana tadi.”
“Jalan-jalan lah takkan aku nak duduk terperap dalam rumah yang macam muzium zaman purba ni.”
“Eh! muzium..muzium tu kau slow sikit eh, kalau dengar dek atuk Dasuki tu kau kecil hati orang tua tu.” Kak ayu cuba menekup mulutku dengan tangannya. Aku sempat menepis.
“Biar la..biar…”
“Ni apasal kau angin satu badan ni dik, kau marah sebab mak marahkan kau erk..itu lah kau lain kali jangan buat orang risau. Kau tahu tak semua orang risau bila kau tak balik-balik tadi. Selain mak ada lagi orang yang risau kan kau dik, tapi dia nampak releks jer tau. Akak suka tengok dia macam tu.”
“Iya lah tu nak kena aku lah tu erk..”
“Betul dik, kalau lah akak tak bertunang lagi dah tentu akak sambar dik..” aku pandang muka kak Ayu. Alahai manisnya mulut tu berbicara.
“Orang perempuan zaman sekarang kak, dah bersuami beranak pinak pun boleh lari ikut jantan lain inikan baru bertunang. Kalau kau dah jatuh hati pada si Awang tu baik kau cepat masuk meminang.”
“Eh ke situ pulak kau. Akak tak macam tu lah. Akak kau ni masih boleh fakir lagi yang mana baik yang mana buruk tak macam kau tak pernah nak fikir main redah aja.” Perli kak Ayu selamba. Terkena pula batang hidung sendiri.
Baik sangat ke Awang tu. entah la aku tak pernah terjatuh hari padanya. Takde apa yang istimewa pun tentang dia. Aku biarkan kak At uterus melayan impain-impian yang tak mungkin menjadi kenyataanya.
Tuesday, May 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
haha... kelaku dowh... Best2.. Nak lagi...
hehehe... ija ni sll pedajal Awang. tak pepasal tlanggar Awang, pdhal org tu nk resque dia. he... ;D
sweet ja ija n awang. Hope yg mak dia hajat tcapai.
Post a Comment