Monday, June 20, 2011

Dia Yang Terpilih 14

Aku ingin mengecap bahagia seperti mereka-mereka yang ku kenali. Merasai nikmat kasih sayang diantara suami isteri seperti emak dan abah sehingga abah mengehembuskan nafas terakhirnya ketika di ribaan emak. Sungguh ketulusan cinta mereka begitu menyentuh perasaanku. Aku juga ingin dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti abah. Kamil Hakim sebaris nama yang tersemat dihati sanubariku semakin menampakkan kekukuhannya berada di tahta hati. Aku tersenyum lagi tatkala ungkapan lamarannya mengulang tayang dipendengaranku. Manis sungguh saat itu dilamar oleh seseorang yang pernah mengusik pintu hati. Bunga-bunga cinta mula berkembang mekar. Ulas bibirku kini tidak pernah kering dengan senyuman sehinggakan sering menjadi bahan usikan Naziah dan teman-teman yang lain. Beginikah nikmat bahagia orang berkasih.

Aku mengelamun untuk sekian kalinya. Hati berbunga riang. Tidak dapat aku bayangkan hari-hari bahagia kami nanti. Tentu wajah Imah akan berseri-seri. Pernikahanku nanti bakal menoktahkan penantiannya selama ini. Aku harap Imah akan bahagia dengan pasangan pilihan keluarga kami. Opah ya… Aku pasti Opah lah orang yang paling gembiran diantara kami. Hajatnya dan hajat abah akan termakbul. Hujung minggu nanti aku akan perkenalkan Kamil Hakim pada mereka. Tak sabar rasanya melihat wajah emak tersenyum manis menerima kunjungan lelaki pertama yang akan ku bawa pulang untuk diperkenalkan pada mereka. Semoga Allah permudahkan apa yang kami hajati dan kami rancang ini.

“Awak dah bersedia hujung minggu nanti…” Soalku tatkala kami mula mengambil tempat dihujung sudut. Menu malam kami cuma ayam goreng KFC. Penat seharian menjelajah lukisan yang dipamerkan berbaloi melihat pada kepuasan wajah Kamil Hakim serta mulutnya yang seringkali memuji dan kagum dengan bakat-bakat pelukis yang ada. Minat betul dia pada lukisan.
“Bersedia..hujung minggu..maksud awak..” Pertanyaan Kamil Hakim mengundang debar dihatiku. Masakan dia tidak ingat hari yang kami janjikan itu.
“Betul awak tak ingat ni..”soalku mencari kepastian. Kamil Hakim ku renung penuh mengharap agar tidak mendera hatiku. Aku tidak suka dia permainkan perasaanku seperti ini. Wajahnya serius memandang. Aku jadi tidak menentu. Apakah aku tersilap cakap. Serba salah pula aku dibuatnya.
“Hahahaha..bila awak gelabah awak nampak sweet sangat. Saya suka…” Bagai mahu luruh jantung ku saat mendengar pernyataan nakalnya. Pandai dia permainkan perasaanku. Kalau lah perbuatanku tidak salah sudah tentu aku hempuk kepalanya dengan handbag sendiri. Biar padan dengan mukanya yang suka permainkan aku. Kamil Hakim masih ketawa dengan usikannya. Ketawa yang mendamaikan jiwa. Aku suka melihat dia katawa. Bila dia ketawa matanya akan mengecil, pipinya akan mengelembung.
“Sukanya hati awak..perkara macam ni pun awak boleh bergurau lagi..” Marahku apabila tidak dapat menahan diri melihat dia semakin nakal. Geram juga aku dibuatnya. Sudahlah segan nak perkenalkan dia pada isi rumah dia pula boleh buat lawak. Malu aku kalau tak jadi, kesian mak kat kampung tu.
Dia mengangkat tangan sambil mulutnya menahan tawa. Elok juga aku belum khabarkan lagi kedatangan kami. Aku harus berhati-hati, tidak meletakkan 100 peratus kedatangan Kamil Hakim ke kampung ku.
“Ok..sorry..sorry…Mil gurau aja..” katanya sambil menutup sisa-sisa tawanya yang menyakitkan hati.
“InsyaAllah buat masa sekarang ni dalam jadual kerja saya.” Katanya bersahaja.
“What..jadual kerja…” marahku. Dia ketawa lagi.
“Makin manis pulak awak marah Maira. Bertambah jatuh hati saya ni..ok.ok..InsyaAllah. hujung minggu ni saya akan temankan awak balik kampung. Puas hati..” Soalnya mengundang malu padaku.
“Sabar yea Maira. Saya berharap sangat jodoh kita bersatu.” Ucapnya lembut membuai perasaanku. Hilang rasa geram berganti rasa gembira. Aku lah wanita yang rasanya dicintai sepenuh hatinya.
“Zie nampaknya aku dululah makan nasi minyak dari kau.” Ungkapan itu cuma bergema dihati. Naziah yang terlebih merancang untuk mendirikan rumah tangga nampak gayanya aku dulu lah naik pelamin.
“Mil harap keluarga Maira boleh terima Mil.” Aku cuma tersenyum dengan kata-katanya. Begitu juga harapan aku padanya. Aku juga berharap aku dapat diterima oleh keluarga Kamil Hakim seadanya aku. Harapan itu aku sandarkan pada yang Maha Esa. Kami hanya merancang dan kami berharap apa yang dirancang terjadi dengan izinNya. Wajah Kamil Hakim tersenyum manis tatkala mata kami bertentang. Aku menundukkan wajah. Malu menjadi tatapannya.
“Lepas Mil jumpa mak ngan ayah Maira, Mil bawak Maira jumpa mak ayah Mil pula.” Ujarnya. Kami sama-sama melangkah berjalan beriringan melewati deretan kedai yang masih lagi beroperasi. Makin rancak pula kesibukannya. Aku tersenyum memandang gelagat anak-anak kecil yang merengek ibu bapa mereka belikan barang mainan. Entah bagaimana pula anak-anakku nanti.
“Maira nak bawak Mil jumpa mak ngan Opah. Abah Maira dah meninggal selepas Maira tamat sekolah menengah dulu.” Riak di wajah Kamil Hakim sedikit berubah. Aku tahu dari riaksinya tadi jelas dia masih belum mengetahui lagi aku sudah tidak mempunyai bapa.
“Ooo..Maafkan Mil, jadi Maira ni anak yatim lah..”
“Tak lah..Maira anak Abdul Hamid..”kataku bersahaja.
Kamil Hakim tertawa lepas selepas dapat menangkap apa yang aku katakan. Aku turut sama ketawa bersamanya.
“Nakal juga Maira yea. Pandai kenakan Mil.”
“Dah tu asyik Mil aja kenakan Maira..sesekali nak juga test power kan..” kataku berani. Kamil Hakim cuma geleng kepalanya beberapa kali. Aku bahagia saat ini.

Waktu kami hendak pulang tanpa disangka Kamil Hakim terserempak dengan ibunya.
“Mak..” Perlahan sahaja dia menyebut emaknya namun dengan jelas dipendegaranku. Mengelabah juga aku lihat Kamil Hakim waktu itu. Apakah dia belum bersedia lagi untuk memperkenalkan aku pada ibunya. Mungkin juga terlalu awal kerana dia merancang pertemuan kami setelah dia kembali dari mengenali keluargaku terlebih dahulu. Aku melihat wajah emaknya berkerut, ada riak-riak tidak senang pada wajah itu. Aku lemparkan senyuman semanis mungkin pada emak Kamil Hakim walaupun aku sendiri merasakan senyumanku sedikit tawar dan terasa kegugupannya. Senyumaku bersambut pun begitu ada garis-garis terperanjat diwajahnya. Apakah emaknya tidak menyenangiku disisi Kamil Hakim atau mungkin pertemuankan kami yang tidak dirancang ini atau mungkin juga Kamil Hakim langsung tidak pernah menceritakan siapa aku pada emaknya.
“Mil…” sapa wanita separuh umur itu.
“Mak..apa mak buat kat sini ..mana ayah” soal Kami Hakim sambil terteleng-teleng mencari kelibat ayahnya. Ada getar dihujung suaranya. Aku turut mencari baying orang tua Kamil Hakim.
“Ayah kat rumah. Mak datang ngan mak Usu kamu, temankan dia beli barangan bayi tu ha..”
“Ooo..mana mak Usu..tak nampak pun..”
“Ada tu ha..tengah pilih baju baby. Mak penat sangat berdiri itu yang ke sini nak duduk rehat sekejap. Siapa tu Mil..tak nak kenalkan pada mak ke..”
Err…Maira kenalkan ni mak Mil. Wanita yang Mil paling sayang di dunia ni” Ujar Kamil Hakim mengundang gelak ibunya.
“Mak kawan Mil..Maira.”
Aku meghulurkan tangan. Menyalami tangan tua itu. Sejuk membeku tanganku ketika itu. Tidak menyangka aku akan bertemu ednagn emaknya dahulu. Bagaimana pula dengan bapanya nanti. Apakah dia juga terkejut sperti ibunya tadi.
“Kenapa tak bawak ke rumah boleh la kita sembang panjang..” Kamil Hakim tersenyum kelat. Peramah juga ibu Kamil Hakim. Aku cuma tersenyum malu pada diri sendiri.
“Senang-senang datang la ke rumah makcik..tak payah tunggu Kamil ni ajak. Makcik ni kalau ada yang datang nak bersembang makcik lagi suka. Maklumlah Kamil ni takde adik beradik. Nak harapkan dia kahwin entah bila la dia tu.” Ramah ibu Kamil Hakim mengajak aku ke rumahnya walaupun kami baru pertama kali bertemu.
“Mak..malu lah cakap macam tu.”
“Nak malukan apa bukan mak burukkan kamu pun..”
“Mak… Mil minta diri dulu lah..nak hantar Maira balik.”
“Ha elok-elok bawak anak dara orang tu Mil, hantar sampai depan rumah jangan nak melencong ke lain pulak tak manis orang nampak.”
“Baiklah mak, Mil pergi dulu.”
“Maira pergi dulu makcik…” aku menyalami sekali lagi tangan tua itu. Senyumannya nampak tulus.
“Iyalah..senang-senang datang la rumah.” Aku hanya mengangguk. Dia melemparkan senyuman bagaikan merestui perhubungan kami.

“Mak awak nampak muda la Mil, saya ingatkan kakak awak tadi kalau awak tak perkenalkan dia sebagai mak awak sampai ke sudah saya sangka kakak awak.” Ujarku memancing perbualan. Sejak kereta berlalu dia hanya diam bagaikan memendam sesuatu.
“Hahahaha…ialah tu ni nak bodek ke apa.” Lega hatiku tatkala Kamil Hakim ketawa.
“Ish..awak ni ke situ pulak, saya nak bodek apa kalau kita takde jodoh menangis airmata darah sekalipun takkan berjodoh juga kan. Jadi tak perlu lah nak bodek bagai.” Tanpa sengaja aku terlontar kata itu. Wajahnya berubah habis. Aku jadi tidak menentu.
“Mil tak suka Maira cakap macam tu.” ujar Kamil Hakim. Aku memandang wajahnya yang masih tegang. Dia meneruskan pemanduannya.
“Cakap apa..betul lah kan apa Maira cakap kita tak boleh nak lawan takdir..”
“Dah la Maira jangan cakap pasal takde jodoh lagi. Mil tak suka.” Tegas kata itu mematikan apa yang ingin aku luahkan lagi. Apa benarkan aku tersalah cakap hingga membuatkan dia terus diam sepanjang perjalanan kami. Kamil…Kamil..yang itu pun nak marajuk. Aku cuma mampu ketawa dalam hati terus membiarkan dia dengan perasaaannya sehinggalah kami sampai didepan pintu rumahku.
“Mil..maafkan Maira kalau kata-kata Maira tadi menyakiti hati Mil, Maira tak bermaksud…belum pun sempat ku habiskan sebari kata dia sudah memotong
“Takde apa-apa lah Maira Mil tak ambil hati pun pasal tadi. Dah la Zie dah intai tu..” katanya sambil mengangkat tangan kepada Zie. Aku cuma tersengih tatkala melihat kain langsir bagai dilanda ribut. Tentu Zie malu diatas perbuatannya mengintai kami ditangkap Kamil Hakim.
“Ok lah Mil maira masuk dulu. Terima kasih untuk hari ini.”
“Mil pun sama Maira. InsyaAllah kita jumpa hujung minggu yea.” Aku cuma mengangguk kecil lalu menghadiahkannya sebuah senyuman buatnya.


Belum sempat aku menutup pintu utama Naziah sudah menyerbuku dengan pelbagai soalan.
“Kau ke mana. Aku call tak jawab. Amboi dating sakan dengan mata air sampai lupa aku kat rumah ni.” Sembur Naziah membuatkan aku hamper tergelak. Baru setengah hari aku keluar rumah dia sudah seperti cacing kepanasan.
“Aku tak sedar handphone aku berbunyi lah. Apa hal kau telefon ak, tak boleh nak tengok orang senang sikit…” Aku sengaja buat-buat marah. Dia mencebik
“Kau ke mana setengah hari bulan dah timbul baru nampak muka kau ni..”
“Kan aku dah tinggalkan note kat peti ais tu. kau tak baca erk..” Naziah diam. Memang sah la tu dia tak baca nota yang aku tinggalkan tengah hari tadi.
“Aku tak perasan. Tapi kau ke mana setengah hari tak balik rumah,”
“Kau tak perasan..jadi bukan salah aku lah kan..Aku keluar dengan Kamil”
“Itu aku tahu lah memang kau keluar dengan dia..tapi ke mana” Masih mahu mengorek rahsia aku rupanya.
“Aku temankan dia tengok painting exhibition..”
“Sejak bila pulak kau minat seni lukis ni. Setahu aku tak pernah kau jejak kaki ke tempat-tempat macam tu.”
“Nak buat macam mana dah dia ajak aku ke situ. Tapi tak rugi la aku ke sana. Aku pun rasa macam dah jatuh hati aja dengan lukisan. Pandai diaorang melukis.”
“Eleh konon…” Naziah mencebik. Aku hanya tergelak kecil. Letih..penat dua perkataan yang bersarang dibenakku ketika ini.
“Aku nak pergi mandi dulu. Penat la asyik berjalan aja. “
“Hmm..iayalah” Aku berpaling setelah melangkah hamper dengan pintu bilikku.
“Zie minggu ni aku nak balik kampong. Kau nak ikut..”Aku bertanyakan padanya.
“Balik kampong..ada apa. Imah nak kahwin ke..”
“Bukan Imah tapi aku..” kataku besahaja membuatkan Naziah langsung menjerit dan terus bangun bergerak ke arahku dengan wajah yang masih terkejut.
“Main-main kau Maira yea.”
“Takde lah… betul apa aku cakap ni. Kamil nak datang kampong aku hujung minggu ni. Nak kenal bakal mentuanya.” Jawabku malu-malu.
“Waaahhh.best nyer Maira..aku nak ikut..aku nak ikut. Lagipun aku dah lama tak balik kampong.” Sepantas kilat dia membuat keputusan. Buakn main lagi dia ni erk. Dulu ajak balik bukan main lagi liat ada-ada aja alasannya.
“Ok set..jangan tak jadi pulak.” pesanku dengan riang.
“Jadi lah. Comfirm aku ikut kau balik. Eee seronoknya member aku bakal dilamar.”
“Belum lamar lagi lah. Baru dalam proses mengenali lagi ni. Nanti bila mak dan opah aku dah setuju barulah dia nak suruh mak dan ayah dia masuk meminang. Tapi dia cakap pada aku dia tak nak bertunang tau terus nak nikah dalam masa tiga bulan selepas mak ayah dia datang merisik dan tetapkan tarikh nanti.” Kataku
Dah jauh korang merancang. Aku tumpang gembira maira. Tahniah!. Naziah memeluk bahuku erat. Sekukuh kasih sayangnya padaku.

3 comments:

MaY_LiN said...

wah..
suka suka..
lmbt2 lg byk dugaan nya

IVORYGINGER said...

la sian Maira n Kamil. Kamil tu dah jd tunang adik Maira tanpa kerelaan hati dia. Dia nk putuskan hubungan dia takut lak dikata ank derhaka tp lg 1 mslh adik Maira pun baik tgk la asuhan sapa. 2 beradik sama la perangai baik tp sanggup ke kakak nk ambik tunang adik. rela ke??? Kamil pun seharusnya bterus terang la dgn Maira. Nnti tkejut Maira bila bwk Kamil ke rumah. silap2x Kamil di layan sbgai tunang si adik bukan lelaki yg dtg nk kenal family dia. Kesian dia. tpaksa pendam perasaan. keputusan smua ditangan Kamil. Kamil kena btindak dgn bijak. bterus terang dgn tunang dia ttg perasaan sbenar dia tmasuk pd ayah dia. br masalah boleh selesai. klu hiding mmg akan kucar kacir. silap2x Maira cabut lari trs. naya. huhuhu... Hoping Kamil make right decision toward her feeling to Maira.

diarihati said...

suke ngan komen ivoryginger hehehe..penuh satu page. Apa2 pun thanks yer.

 
Copyright 2009 Diari Hati