Thursday, August 25, 2011


InsyaAllah...SEMARAK CINTA bakal menemui pembaca pada OKTOBER akan datang..Kepada Sesiapa yang berminat silalah berkunjung ke website KAKI NOVEL..Terima Kasih atas sokongan anda selama ini.. Read More..
Wednesday, August 10, 2011

Dia Yang Terplih 18



Kita tak menduga dari kenalan lahir cinta
hingga aku tersungkur dilembah hiba yang kian berdenyut
menyentap segala rasa yang ada
warna-warna bahagia yang semakin pudar hiasannya
bagai menunggu masa menjadi debu berselerakan
dihembus sang bayu tidak berupa

aku sering terleka dengan kemanisan ungkapan cinta
hingga aku terlupa pada madahnya hati yg terluka
segala rasa yang ku ada lenyap kini dibawa buih sepi
hanya pasir nan memutih menjadi saksi
aku tersungkur lagi didada bumi
berbumbungkan langit tidak bertepi
menunggu kasih yang belum pasti…


Begitulah yang dapat kugambarkan hatiku ketika ini. Airmata yang tentunya menjadi temanku saat ini terpaksa ku tahan dari melimpah dihadapan opah dan emak. Inilah ujian terberatku setelah pemergian abah. Kepedihan dan kekecewaan itu sering sahaja menganggu fikiranku pun begitu aku harus tabah menghadapinya. Mengapa Kamil Hakim tidak berterus terang denganku bahawa dia tunangan orang. Tegarnya dia menghancurkan hati tunangan yang setia menunggu sekian lama lebih-lebih lagi tunangnya itu adalah adik kangdungku sendiri. Tentunya aku merasa bersalah dengan keterlajuranku memberi sekeping hati pada tunang adikku sendiri. Aku juga ralat dengan keputusan yang kuambil dahulu, menolak lamaran terlebih dahulu datang kepadaku. Hendak ku undurkan waktu mustahil ianya berlaku. Ah! Untuk apa ku kesali apa yang telah tertulis di loh manfuz segala-saganya telah diatur, aku sebagai hamba tidak layak mempertikaikan setiap apa yang terjadi. Aku beristifar didalam hati mencari kekuatan yang semakin surut. Aku harus redha walaupun sedikit perit jiwaku menaggungnya.

 “Kamil kau bukan milikku, aku lepaskan kau pergi dari hidupku.” Itulah bisikkan hati yang paling ikhlas untuknya. Aku mahu Kamil Hakim menerima Imah seikhlasnya dia. Sempat aku bersembang dengannya sebelum keluarganya pulang petang tadi. Aku tahu dia juga masih tidak menyangka orang yang hendak dijodohkan dengannya dahulu adalah aku. Dia juga meminta aku supaya menyatakan isi hatiku pada kedua orang tua yang kusayangi tapi tahukah dia siapa mereka itu bagiku. Tentu aku tidak sanggup lagi melukakan hati-hati mereka yang kukasihi. Apa akan terjadi kiranya aku meneruskan saranan Kamil Hakim untuk memutuskan pertunangannya dengan Imah dan mengahwiniku, apakah aku tegar untuk menhancurkan lumatkan hati Imah yang sanggup berkorban masa menunggunya. Tidak sama sekali takkan mungkin aku lakukan. Biarlah hatiku yang terluka daripada hati mereka aku calarkan. Kamil Hakim pulang dengan wajah yang sugul aku tahu hatinya teramat kecewa dengan keputusanku.

Biar apa pun yang dirasai Kamil Hakim, dia harus terima suratan ini dengan redha. Biarlah kisah cinta kami berkubur tanpa nisan. Aku percaya Imah mampu membahagiakan Kamil Hakim. Aku nasihatkan pada Kamil Hakim supaya membuka pintu hatin seluas-luasnya menerima Imah sebagai suri hidupnya. Aku yakinkan dia bahawa Imah layak menjadi isteri malah pantas menjadi ibu kepada anak-anaknya. Hatiku menanggis lagi. Menangis pada sesuatu yang telah pasti tidak mungkin aku miliki.
Sempat aku lemparkan sebuah senyuman pengubat lara buatnya. Hanya redup matanya sahaja yang membalas senyumanku. “Pergilah Kamil..pergilah… datangmu nanti sebagai adik iparku. Aku terima kehadiranmu menjadi sebahagian keluargaku walaupun bukan sebagai suamiku.”

Airmata yang jatuh ku seka dari terus membasahi pipi. Aku tidak mahu Imah mengesyaki sesuatu antara kami. Dia masih bergembira dengan kehadiran tunangnya petang tadi. Aku tidak mahu dengan kemurunganku nanti akan menjejaskan kegembiraanya. Hanya Naziah yang mengerti. Dihadapannya aku tewas untuk bertahan. Dia menenangkan diriku dari terus meratapi kekecewaan itu. Aku akui perit yang ku tanggung sekian lama hati ini sering mengingati namanya.

Telefon berbunyi nyaring menyentak lamunanku. Ku sapu air jernih yang adakalanya mengalir tanpa aku sedari. Telah ku kuatkan hati ku bulatkan tekad untuk tidak menangisi tapi apakan dayaku, insan yang lemah Untuk terus kuat dan tabah aku harus ada pendokongnya. Nama Naziah tertera di telefon, rasanya tidak sanggup untuk aku menjawab panggilan itu. Aku mahu terus sendirian melayan perasaan pun begitu tidak sanggup pula aku membiarkan Naziah menunggu panggilannya dijawab. Sesungguhnya aku bersyukur mempunyai sahabat seperti Naziah sanggup berkongsi suka dukaku. Tidak salah aku memilih dia sebagai sahabat.

“Maira..kau ok ke..” suaranya kedengaran risau dihujung talian. Aku tersenyum kelat. “Bagaimana aku mahu ok Zie. Hatiku bagaikan dimamah, disiat-siat.” Jawapan itu hanya bermain dihati.
“Aku ok lah Zie. Kau ni apa risau sangat. Aku cuba menipunya tapi masakan dia tidak dapat mengangak apa aku sedang lakukan ketika ini.”
“Kau nangis kan Maira. Kau jangan bohong aku.”
“Aku ketawa halus menutupi kebohonganku.”
“Sabar Maira kau harus kuat. Aku percaya Allah ambil Kamil lalu Dia gantikan kau dengan seseorang yang lebih baik dari Kamil Maira, kau jangan bersedih.” Naziah cuba memujuk. Ya aku lega dengan pujukanya tapi itu cuma sementara. Hatiku lemah untuk menerimanya kerana rasa kasihku itu telah tertumpah pada Kamil Hakim. Siapakah lelaki yang dapat mengangtikan Kamil Hakim dalam hidupku.

“Siapa yang mahukan aku Zie.”
“Ramai lagi Maira, aku percaya Maira tentu ada lelaki yang lebih baik dari Kamil yang Allah utuskan untuk kau. Sabar yea.” Naziah masih lagi memujukku. Aku menarik nafas dalam. Airmata bagaikan sudah tidak mampu berhenti lagi. Semakin ku tepis semakin laju pula ia mengalir.
“Zie..Dia lelaki pertama yang aku cintai. Selama enam tahun hanya namanya yang aku simpan Zie. Akhirnya dia muncul dan cintaku berbalas tapi saying Zie, dia tunang Imah. Apa yang aku tunggu selama ini terasa sia-sia Aku meluahkan apa yang terbuku dihati. Tidak mampu lagi untuk aku menyimpannya.
“Sabar Maira. Aku paham perasaan kau. Tentu ada hikmah disebalik kejadian ni. Kau harus kuat Maira, kau bukan seorang yang lemah. Aku percaya kau boleh hadapinya dengan tabah.
“Esok kita balik Zie..aku dah tak sanggup tinggal berlama di sini. Aku tak sanggup tengok wajah Imah, wajah mak..opah. aku rasa bersalah Zie. Aku rasa bersalah. Aku merintih mengharapkan Naziah bersetuju dengan permintaanku.

“Maira, kau tak bersalah, jangan letakkan diri kau ditempat yang salah. Semua ni takdir Maira. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kalau kita balik esok apa kata opah, apa kata Imah. Kau nak mereka mengesyaki sesuatu antara kau dan Kamil Hakim.” Aku terdiam. Ada benarnya juga kata Naziah Aku tidak mahu mereka mengetahui sejauh mana hubungan aku dan Kamil Hakim. Biralah Naziah sahaja yang mengetahui kedudukan Kamil Hakim dihatiku. Aku percaya dia tidak akan membocorkan rahsia hatiku.
“Maira..kau kena kuat. Tabahkan hati kau. Aku percaya kau boleh harungi semua ni.” Kata perangsan itu meresap kejiwaku.

“Cubalah kau tanyakan pada Maira tu Nab..baik budak tu mak tengok takde cacat celanya. Sesuai sangat dengan dia. Lagipun budak tu kita dah kenal lama, takkan lah kita tak kenal lagi hati budinya.” Telingaku dapat menangkap sesuatu dari balik tabir dinding yang memisahkan ruang dapur. Aku masih berdiri disitu menanti kata-kata seterusnya. Pasti bicara mereka tentang diriku.
“Nanti lah mak, Nab tanyakan.” Balas emak.
“Nanti..nanti sampai bila, Khalid kan dah datang. Kalau Maira setuju kita nikahkan dia dulu baru kita kahwinkan Imah. Buat kenduri sekali jimat sikit kosnya. Kalau dia dah ada pasangan suruh saja budak tu masuk meminang, berapa lama lagi kita nak ikat Imah tu, tak kesian ke kau pada Imah.” Opah sudah mula bersuara. Aku kira emak tersepit juga hendak memihak kepada siapa. Emak diam tanpa berkata. Aku memunculkan diri, opah terkejut. Aku menarik nafas dalam lalu kukuntumkan senyum buat opah dan emak.

“Apa yang duk sebut-sebut nama Maira ni opah..”sengaja aku memancing opah. Opah berlagak selamba. Cawan kopi ditepinya di hirup perlahan. Emak mangamit aku duduk disisinya.
“Hmm..Maira tak sibuk ke..” Soal emak canggung.
“Sibuk..nak sibuk apa mak.” Aku ketawa dengan soalan emak. Opah hanya memandang. Nampak benar emak serba salah.
“Macam ni lah Maira. Opah nak tanya kamu ni..” Opah mula mengambil alih bicara emak. Aku menunggu dalam debar. Sudah ku jangkakan apa soalan yang bakal disoal opah nanti.

“Kamu dah ada pilihan ke..”
“Pilihan..”soalku bodoh. Opah mengerutkan keningnya tanda hairan dengan soalannya yang kubalas juga dengan soalan.
“Pilihan..orang zaman sekarang cakap pakwe..”kata opah lanjut. Aku gelihati melihat opah menyebut ‘pakwe’ bersungguh sahaja bunyinya. Aku tarik nafas dalam-dalam. Hatiku telah kosong kini. Jadi baik kiranya aku berterus terang daripada terus membiarkan teka teki pada mereka. Biarlah jodohku opah dan emak pilihkan.
“Mak..Opah..” aku tarik nafas dalam-dalam. Aku pandang wajah opah dan emak yang penuh mengharap. Sanggupkah aku mengecewakan lagi hati mereka. Belum puaskah aku membiarkan Imah menanti dirinya disatukan disebabkan kekerasan hatiku. Aku mahu mengalah sahaja. Siapapun pilihan opah dan emak aku akan menerimanya.

“Maira terima sahaja siapa pilihan opah dan  mak..” jujur aku katakan pada mereka. Opah dan emak saling berpandangan aku cuma tersengih. Ya mungkin opah dan emak hairan dengan sikapku, tertanya-tanya dimana kekerasanku hatiku selama ini, mana perginya kepala batuku.
“Betul ke apa yang kamu cakapkan ni Maira..”Soal emak masih belum yakin dengan apa yang baru kusampaikan pada mereka. Aku angguk kepala sebagai jawapan dengan sikap tidak percaya emak dengan pernyataanku sebentar tadi. Opah sudah mampu mempamerkan baris-baris gigi palsunya. Mulutnya terkumat kamit mengucap syukur barangkali.
“Kamu sanggup terima pilihan kami.”
“Yea mak, Maira sanggup terima siapa sahaja pilihan emak dan opah asalkan dia bukan suami orang.” Ucapku tenang. Emak tersenyum hambar bagaikan tidak mempercayai apa yang aku katakan. Biarlah apa yang difikirkan emak aku mahu mereka tersenyum bahagia.

“Alhamdulillah. Kalau macam tu nanti opah suruh pihak lelaki masuk meminang kamu.” Celah opah dengan penuh perasaan gembira. Aku tutup walang hatiku dengan sebuah senyuman.
“Opah kalau boleh Maira tak nak bertunang, kiranya kita langsungkan sahaja majlis pernikahannya. Dan kalau boleh Maira mahu jumpa bakal suami Maira bila hampir dengan waktu menikah.” Ternyata sarananku itu mengejutkan opah dan emak.
“Kenapa Maira.”
“Takde apa-apa mak, maira rasa elok begitu Maira mahu kenal dia selepas bernikah.”
“Tapi..”

“Mak..please mak, permintaan Maira tak sebesar mana pun. Kalau pihak lelaki betul-betul berkenankan Maira tentu dia dapat terima apapun alasan Maira.” Emak dan opah saling berpandangan. Masing-masing keliru dengan apa yang sedang aku katakan. Aku mahu melapangkan dadaku menerima dia sebagai sebahagian dari hidupku jadi aku perlukan waktu untuk menerima dirinya tanpa desakan sesiapa.
“Opah..Maira dah terima siapapun pilhan opah, maira cuma minta kami dipertemukan pada majlis akad nikah sahaja. Bolehkan..atau opah sanggup menunggu lama lagi.” Aku sengaja memprovokasikan opah dan emak. Ternyataka mereka cepat-cepat menyetujui permintaanku. Aku menarik nafas lega walaupun terasa salur darhku menyempit.









Read More..
Saturday, July 23, 2011

Dia Yang Terpilih 17

“Assalamualaikum makcik..” Sapa Naziah saat dia melangkah turun dari kereta menjemput Maira untuk ke Bandar dan terus ke rumah neneknya yang sedang mengadakan kenduri.
“Wa’alaikumussaalam..la Zie rupanya dah tak kenal makcik, lain sangat rupanya.” Zainab menyambut ramah kedatangan Naziah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Naziah ketawa gelihati dengan kata-kata makcik Zainab tetap seperti dulu.
“Lain apanya makcik sama macam dulu juga.” Tangannya dihulur lalu diciumnnya tangan tua itu.

“Maaf makcik semalam Zie tak sempat nak jumpa makcik, nak cepat sangat takut nak lalu lorong dekat simpang tu malam-malam buta sorang diri pulak tu.” Naziah memohon maaf diatas sikap tergesa-gesanya semalam tanpa menemukan makcik Zainab terlebih dahulu sebelum pulang.
“Takpelah Zie, ini pun dah jumpa kan. Makin cantik dan berseri-seri kamu ni makcik tengok, tentu dah ada pasangankan…”teka Zainab sambil menarik tangan Naziah naik ke rumahnya. Naziah ketawa kecil, senyuman semakin lebar.
“Ha kan betul tekaan makcik..” Zainab turut ketawa melihat keceriaan Naziah. Dia juga berharap anaknya Maira juga bertemu pilihan hatinya.
“Ni makcik nak tanya Zie..Maira dah berteman juga ke..” Zainab cuba merisik khabar.
Naziah terpisat-pisat hendak dijawab apa. Jika makcik Zainab sudah bertanya ini pasti Maira belum lagi memberitahu hubungan dia dengan Kamil Hakim.
“Maira tu makcik, berderet yang nak tapi dia tu lah jual mahal sangat.” Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulut Naziah.

Zainab sedikit keruh wajahnya. Dia berharap sangat Maira sudah mempunyai teman lelaki. Susah benar anaknya hendak membuka pintu hatinya pada lelaki.
“Siapalah yang dia tunggu Zie..”ucap Zainab sedikit kecewa.
“Eh! Maira mana makcik.” Naziah cuba menarik perhatian Zainab dari kesdihan. Bukan dia tidak tahu kenap makcik zianab berubah begitu. Tentu memikirkan nasib si Imah dan kedegilan opah yang tidak mahu menikahkan Imah sebelum Maira.
“Maira tengah bersiap-siap. Itulah makcik dah bagitahu dia kalau nak keluar siap lah awal-awal dia tu kamu tahulah degil bukan nak dengar cakap orang..”
“Apa yang mengumpat Maira ni mak..Zie..”
“Tak mengumpat pun mengata aja…” Balas Naziah bersahaja.
“Sama lah tu. mak Maira pergi dulu..” aku menyalami tangan emak, dia menghadiahkan sebuah senyuman.
“Makcik Zie pergi dulu yea..” giliran Naziah pula menyalami emak.
“Hati-hati bawak kereta, jangan lama sangat nanti boleh la kamu kenal dengan tunang Imah..”
“Wah, tunang Imah nak datang yea makcik, ini berita baik ni.” Ucap Naziah gembira. Aku hanya mempamerkan wajah biasa.
“Mak kami pergi dulu.” Aku segera membuka pintu kereta Naziah, lagi lama aku disitu makin lambat pula tibanya. Bukannya dekat rumah nenek Naziah dari sini satu jam perjalanan.

“Pukul berapa keluarga tunang Imah nak datang..” soal Naziah memecah kesunyian. Radio diperlahankan.
“Entah la, lupa pulak aku nak tanya tadi. Kenapa…”
“Apa lah kau ni, macam tak suka aja Imah kahwin dulu. Tapi kenapa diarong datang erk..”
“Nak tetapkan tarikh la tu” aku cuba meneka sendiri. Naziah ketawa kecil.
“Nampaknya Imah kahwin dulu la pada kau kan Maira. Opah macam mana terpaksa la dia menurut kepala batu cucunya yang sorang ni.” Aku ketawa mendengar Naziah mengenakan aku. Memang aku keras kepala tapi cuma hal-hal tertentu sahaja.
“Hmm..entah la Zie. Tapi aku tak rasa opah akan mengalah dengan aku. Kalau kau kata aku keras kepala, opah lagi berganda keras kepala dari aku cuma dia tak tunjukkan lagi keras kepalanya itu.
“Habis tu kau macam mana Maira…”
“Macam mana apa Zie, aku macam ni lah.”
“Kau ni tak faham aku. Dia tak ada telefon kau sampai sekarang.” Aku cuma geleng kepala, tidak mahu Naziah membuka cerita tentang Kamil Hakim yang menyepikan diri.
Sesekali aku mengerling telefon digengaman. Sayu dan terluka aku saat ini mengenangkan Kamil Hakim memungkiri janjinya.

Naziah mencuri pandang pada seraut wajah mendung temannya. Dia memahami perasaan Maira ketika ini, sebagai sahabat dia tidak mahu Maira dipermainkan lelaki yang suka menabur janji walaupun lelaki itu nampak baik sekalipun dimatanya. Dia tidak mahu sahabatnya itu terluka disaat adiknya menunggu hari bahagia untuk disatukan.
“Eh maira..kau nampak tak tu..” Naziah memandang cermin pandang belakangnya. Sebentar tadi dia seperti melihat kelibat Sufian teman sepermainanya sewaktu kecil dahulu.

“Apa dia Zie…” Soalku cemas apabila melihat Naziah seperti kekalutan.
“Tu.. kau nampak tak..” Naziah memuncungkan bibirnya dicermin pandang belakang. Apa yang ingin ditunjukinya padaku, aku jadi bingung.
“Apa Zie…”
“Pian!..” sebaris nama itu terlucut dari bibirnya aku bersuha untuk menoleh.
Aku turut memandang ke belakang tapi ternyata apa yang dikatakan Naziah itu langsung aku tidak dapat melihatnya.
“Mana ada..kau ni merepk aja.”
“Betullah Maira..aku tak tipu.. dia ada balik ke..” Soal Naziah bersunguh.
“Kau ni kalau iya pun rindu kan Pian tu bawak kereta tu elok-elok sikit aku tak nak mati lagi tau, kahwin pun belum ni.” Ujarku. Aku sangkakan Naziah bergurau rupanya dia serius dengan kata-katanya.

“Betullah Maira.”
“Aku tak nampak la.. kau ni pun…. Mana..” Marahku padanya memang betul aku langsung tidak nampak sesiapa dibelakang, kereta Naziah meluncur laju mana sempat aku untuk melihat sesusuk tubuh yang diperkatakan Naziah tadi.
“Kalau betul dia tu Pian kenapa kau tak berhenti aja tadi.”
“Macam mana aku nak berhenti aku sendiri pun tak berapa nak pasti tadi tapi aku rasa dialah Maira..betul aku tak tipu..” Kata Naziah bersunguh-sungguh.
“Hmm..ikut suka kau lah Zie.. kalau kau nak comfimkan lagi nanti petang kita singgah rumah Hj Din erk..”aku ketawa kecil sengaja mahu mengenakan Naziah.
“Kau ni mula la tu nak menyakat aku.”


Pukul empat petang aku sampai ke rumah. Keluarga bakal besan emak masih belum sampai sempat lah aku melihat bakal adik iparku yang tak pernah aku ambil peduli sebelum ini. Aku lihat wajah Imah semakin berseri-seri, sesekali terdengar suara Acu yang mengusik sakan kak ngahnya. Aku tumpang gembira melihat kegembiraannya.
“Dah la tu Acu tak baik sakat kak ngah macam tu..” suara emak melarang Acu terus terusan mengusik Imah. Opah sedari tadi asyik tersenyum. Bagaikan tidak sabar untuk merialisasikan hasratnya. Kueh mueh yang Imah sediakan sudah terhidang dimeja. Wah semuanya sudah nampak teratur. Aku bersama Naziah mengeluarkan juadah yang dibelikan sebelum pulang tadi.

Salam dari luar kedengaran. Imah memandang wajahku lalu dia menundukkan wajah taktakala aku mengeyitkan sebelah mataku padanya.wajahnya mula merona merah. Malu pula bila aku menyakatnya.
Opah berjalan laju ke pintu menyambut kedatangan tetamu yang ditunggu. Aku dan Naziah berlalu ke dapur, Imah mengekor dari belakang. Biarlah urusan itu hanya orang tua yang selesaikan. Aku jadi pelayan sudah.
“Kau rasakan Maira, tunangan Imah tu hensem tak..”Imah disebelahku tersipu-spu malu apabila Naziah sengaja menguatkan suaranya.
“Tentulah hensem..Imah pun cantik sangat, aku tahu jodoh Imah adalah yang terbaik untuk dia.” Ucapku ikhlas.
“Kau dah pernah tengok ke tunang Imah.” Sola Naziah tiba-tiba. Aku tersengih.
“Belum..”jawabku sepatah. Naziah membulatkan matanya. terasa tertipu agaknya dengan kataku tadi.
“Kalau tak hensem takkan lah adik aku boleh tunggu dia sampai tiga tahu Zie.. tiga tahun tau..”usikku menambahkan lagi malunya.
“Pihak lelaki nak minta cepatkan tarikh..diorang nak buat bulan berapa Imah. Eee..tak sabarlah kak Zie nak tengok Imah naik pelamin.”
“Kak Zie dulu la baru Imah..” jawabnya sopan.
“Takde calon lagi..” soal Imah berani.
“Dia dah ada dik tapi itulah liat sangat nak kahwin tunggu apa lagi entah..” “Ehh!.ehh!..sedapnya mengata., aku tunggu kau la..kata nak naik pelamin sekali.” Bidasnya lalu kami sama-sama ketawa.

“Errkk ..bila masa pulak aku nak naik pelamin dengan kau Zie..aku nak naik sorang-sorang la..” balasku sambil menjeling geram dengan sakat tak masuk akal Naziah. Imah ketawa sopan..
“Zie kau ada bau tak..”
“Bau..bau apa kau ni merepek aja lah.” Naziah cuba menghidu.
“Betul kau ada bau tak.”
“Takde pun..kau kentut ke..Ish tak senonoh la..” Naziah cuba menghidu bau yang ku katakana tadi sesekali mukanya berkerut. Aku hamper tergelak tapi aku tahankan juga.
“Bukan itu lah ngok..kau ada bau nasi minyak tak…”kataku sambil menjeling ke arah Imah yang tertunduk malu.
“Hahahaha..apalah kau ni Maira aku ingatkan bau apalah tadi.” Suara Naziah pecah derai, dia cepat-cepat menutupi mulutnya bimbang nanti akan didengari tetamu di luar.

“Kak..kak..mak suruh bawa air ngan kueh ke depan.” Acu terjongol dipintu..Kami bertiga hamper terjerit dengan kelakuan Acu yang tak semonggeh. Bercakap kuat seperti kami bertiga ini pekak.
“Kau sini acu..akak cubit karang..tak boleh sopan sikit ke bercakap tu.” marahku dengan perangai Acu yang takde kesopannan langsung. Adik bongsu ku itu cuma tersengih-sengih.Aku dan Imah membawa air dan kueh yang diminta. Zie turut membantu.

“Makcik Biah apakhabar…” sopan Hj Khalid mula berbicara. Hatinya berdebar-debar, tidak sanggup rasanya menyampai hasrat anaknya itu apabila terpandang wajah makcik Biah yang mengharap.

“Alhamdulilah Khalid makcik macam ni lah..” ucap Opah ceria.
“Dah lama rasanya kami tak jengah makcik, abang Khalid ni asyik sibuk aja dah nak pencen pun sibuknya mengalahkan menteri pulak.”
“Biasalah Rohana, kerja tak pernah habis, makin hari semakin menimbun..”
“Nab macam mana sekarang ni..” Hjah Rohana berkalih pula bertanya khabar pada Zainab. Bukan sehari dua dia mengenali Zainab tapi sejak dari kecil lagi mereka tinggal sekampung tapi selepas berkahwin dengan Hj Khalid dia berpindah ke Kedah.
“Nab macam nilah Ana. Masih sihat…” Hajah Rohana dan Hj Khalid tersenyum.
“Dah lama saya tak berziarah ke kubur arwah Hamid mak Biah..insyaAllah ingatkan petang nanti sebelum balik nak singah sekejap.” Mak Biah Cuma tersenyum. Hj Khalid seperti dulu masih setia berkawan dengan anaknya walaupun arwah telah lama pergi.
“Mana anak kamu, tak nak naik ke rumah ke..”Hajah Rohana dan Hj Khalid saling berpandangan. Kamil Hakim ada bersama mereka sebenarnya.
“Ada kat bawah mak Biah, dia suruh kami naik dulu kebetulan terjumpa kawan lamanya itu yang dia lambat sikit.”

“La kenapa tak ajak naik sekali kawannya tu.. Acu..Acu..pangil abang kamu tu naik. Nak malukan apanya kan dah tak lama nak jadi keluarga juga.” Sekali lagi Hajah Rohana dan Hj Khalid saling berpandangan. Hj Khalid serba salah hendak dimulakan dari mana. Dia menarik nafas dalam. Malu itulah yang dirasakan ketika ini. Sebentar nanti akan berkecailah harapan mereka sekeluarga saat dia menyuarakan hasrat hati Kamil Hakim anak tunggalnya.
“Begini mak Biah..kedatangan kami sekeluarga disini ada perkara yang hendak dibincangkan.” Hj khlaid terasa berat untuk menyudahkan katanya. Mak Biah masih tersenyum menantikan kata seterusnya dari bibir Hj Khalid yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

“Hal ini berkaitan anak kita Nab..” Hajah Rohana membantu suaminya menyatakan hajat kedatangan mereka setelah suaminya itu seakan sukar menyatakannya.
“Elok sangat la tu Lid, Ana, lagipun budak berdua tu dah lama bertunang rasanya memang patut kita bincangkan pasal mereka sekarang ni. Mak Biah takde bantahan kalau kamu nak percepatkan tarikhnya lagipun anak kamu pun sudah habis belajar dah berkerja pun eloklah kita satukan mereka tu.” ujar mak Biah tanpa mengetahui kedatangan mereka sekeluarga. Hajah Rohana dan Hj Khalid saling berpandangan. Bagaimana mereka mahu mengkhabarkan tentang keputusan Kamil Hakim saat ini apabila melihat impian mak Biah dan senyuman pengharapan pada mata tua itu yang akan terlebur saat pernyataan mereka nanti dikhabari.

“Mana airnya Nab…kueh yang bersusun-susun tadi tu mana, hidanglah.” Mak Biah bersungguh. Tidak sampai hati Hajah Rohana dan Hj Khalid membuka bicara.
“Tak payah susah-susah la Nab, mak Biah.”
“Tak susah Ana..Imah yang buatkan. Kamu pun bukan selalu datang, takkan lah kamu datang ni kami tak jamu apa-apa.” Balas Zainab tersenyum meleret.
Imah menatang dulang minuman, wajahnya ditundukkan. Malu dan segan berhadapan dengan bakal mentuanya. Naziah mengekor dibelakang diikuti Maira. Masing-masing melemparkan senyuman tatkala mata Maira melihat sesusuk tubuh lelaki yang baru melangkah masuk dia terpegun. Mata saling bertatapan tanpa bicara hanya hati yang tertanya-tanya.
“Kamil..”hanya nama itu yang mampu terlucut dari bibirku dan Naziah. Piring kueh yang ku pegang bagikan mahu terlungkup ke lantai. Tanganku menjadi lemah, selemah degupan jantungku waktu itu.

“Ha Maira kenapa tercegat kat situ bawa kueh tu ke mari.” Sapa opah membuatkan aku berada dialam sedar. Pandanganku jatuh pula pada makcik Rohana, dia turut memandangku dengan wajah kehairanan. Jantungku mula berdetap laju. Ada sesuatu yang belum kuketahui.. Apakah semua ini penamat sebuah penantian yang begitu panjang bagiku. Kamil Hakim masih berdiri kaku dimuka pintu, apakah dia sudah lumpuh untuk melangkah. Naziah memandang tepat wajahku dia turut merasa yang sama. Aku gagahi diri untuk melangkah walaupun terasa kepala lututku semakin longgar. Diakah ini tungangan Imah, lelaki yang pernah ku tolak lamarannya ketika Opah beria-ia ingin menyatukan kami. “Ya Allah tabahkan hatiku Ya Allah, apakah ini dugaanMu buatku. Kiranya inilah ujian buatku moga kau kukuhkan hatiku dengan keimanan dan ketabahan.”

“Ini anak sulong Nab, Maira…”emak perkenalkan aku pada Makcik Rohana. Aku menghulurkan tangannku pada makcik Rohana, walaupun makcik Rohana mengenaliku tapi aku melihat wajahnya serba tidak kena. sejuk tanganku ketika tangan kami bersambutan. Aku tahu makcik Rohana tidak menyangka pertemuan ini menjadi rumit.
“Yang itu pula Zie teman baik Maira..” Naziah menghulurkan tangan. Menyalami tangan wanita separuh umur itu.
“Cantik anak sulong Nab..”puji Hajah Rohana sambil mengerling pada Kamil Hakim yang duduk bersila disebelahnya. Kamil Hakim masih menatap wajah Maira. Degup jantungnya bertambah kencang apabila sesekali Maira melarikan pandangannya tika pandangan mereka bertembung..
“Kamil..” seru Naziah. Opah dan emak memandang wajah Naziah..
“Err..sebenarnya kami dah kenal Kamil Hakim opah, makcik..Kamil kawan Maira.” Naziah bersuara. Aku tidak mampu menahan Naziah dari membocorkan perhubungan kami.

“Oh..iya ke.. patut la Kamil tengok Maira macam tengok jembalang aja”jawab opah bersama ketawa kecilnya.
“Kenapa tak bagitahu.. itulah tunang adik sendiri pun tak kenal, rupanya kawan sendiri.” Opah seperti memperliku. Aku hanya menukur lantai. Imah mencuit lenganku seakan ingin bertanya lebih lanjut. Jelas wajahnya sedikit berlainan. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Hatiku hancur saat ini.

Kuntum-kuntum senyum tawar Kamil Hakim tidak lagi mampu mengubah hatiku yang terluka. Apakah kedatangannya untuk memutuskan pertunangan adikku. Tidak..Imah tidak akan menjadi mangsa dalam keterlanjuranku menyintai Kamil Hakim. Aku tidak sekali-kali membiarkan Kamil Hakim mengakhiri pertunangan ini dengan jalan perpisahan. Tidak Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menanggani persoalan ini Ya Allah. Kenapa Kamil Hakim tidak menceritakan perihalnya padaku. Dia tunangan orang malahan tunang adikku sendiri..kejamkah aku cuba merampas kebahagiaan Imah”

Hj Khalid merenung wajah anak lelaki tunggalnya, dia sudah mengagak apa sebenarnya yang bergolak difikiran anaknya itu. Melihat isterinya saling tidak menentu dapat mengesahkan lagi tekaannya. Dia masih mengingati wajah anak sulong Abdul Hamid, sewaktu lewat pertemuan Abdul Hamid mengunjunginya dengan membawa anak sulongnya waktu itu, tapi cuma sebentar pertemuan itu kerana dia mempunyai urusan penting dipejabatnya.

“Asstarfirullahhalazim..ampunkan kami Ya Allah..” Hj Khalid beristifar didalam hati. Dia masih berkira-kira untuk meneruskan hajat kedatangannya itu atau menundanya lagi. Tidak sanggup dia melukakann hati Imah bakal menantunya. Tentu hatinya lebih terluka dari yang lain apabila Kamil Hakim mula berubah hati pada kakaknya sendiri.
“Beginilah mak Biah..semua dah ada Maira pun dah kenal Kamil Hakim rasanya eloklah kami nyatakan hasrat kedatangan kami ke sini.” Hajah Rohana memandang wajahku bersilih ganti dengan Kamil Hakim. Saat ini jantungku bagaikan tidak berdenyut lagi.

“Ya Allah tabahkan lah hatiku menerima apa sahaja ketentuanMu Ya Allah. Aku hanya mampu berdoa. Janganlah Makcik Rohana membuat keputusan yang bukan-bukan.”
“Kalau boleh kami mahu menetapkan tarik nikahnya Kamil dan Imah mak Biah..” lancar sahaja Hajah Rohana menutur katanya. Naziah tergaman, apakah temannya itu akan kecewa. Hj Khalid bagaikan tidak percaya apa yang terlucut dari mulut isterinya. Tidak seperti apa yang mereka putuskan lewat malam tadi. Kamil Hakim mengangkat wajahnya terkejut mungkin dengan apa yang baru sahaja disampaikan dia melirik pada wajah Maira yang tersenyum tawar. Tidak..tidak mungkin emaknya tersalah cakap.
“Mak…suara Kamil Hakim perlahan dipendengaran Hajah Rohana. Dia tidak menyangka emaknya beralih arah. Kamil Hakim gelisah sendiri.

“Kamil Hakim dah tak sabar mak Biah sebab itu lah kami cadangkan eloklah kita satukan mereka, tempoh pertunangan tak elok dipanjangkan lagi. Pihak perempuan macam mana..” Lancar Hajah Rohana membuat keputusan dia tidak mahu meneruskan niat Kamil Hakim kerana suatu waktu dahulu dia pernah meminang Maira untuk disatukan tetapi gadis itu menolak lamarannya dengan alasan mahu belajar dan berkerja terlebih dahulu. Dia menerima keputusan yang disampaikan oleh Zainab dengan terbuka kerana Makcik Biah mahu juga meneruskan impian Abdul Hamid dan Hj Khalid untuk merapatkan lagi silatulrahim antara mereka dengan menyatukan Imah dan Kamil Hakim. Dia menerima seikhlas hati. Tapi kini kedatangannya untuk memutuskan pertunangan Imah dan meminang Maira gadis yang pernah dilamarnya untuk Kamil Hakim dahulu.

“Mak Biah takde halangan Ana mak Biah yakin Imah juga takde masalah, Cuma..” Opah sudah mengatakan persetujuannya tapi masih ada hal yang nampaknya menjadi halangan.
“Cuma apa mak Biah..” Hajah Rohana saling berpandangan dengan Hj Khalid.
“Cuma mak Biah harap perkahwinan Imah dilangsungkan selepas kakaknya Imah.” Aku terkejut saat opah menyatakan hasratnya didepan keluarga Kamil Hakim. Apakah aku akan tetap berkahwin walaupun aku tidak lagi mempunyai calonnya. Dengan siapa? Aku gengam tangan Naziah yang setia menjadi kekuatan ketika aku sudah tidak berdaya lagi.
Imah tersenyum manis memandang wajahku. Aku membalas senyuamannya bersama genangan airmata. Berakhirnya sebuah kisah cinta hatiku yang tidak mungkin kesampaian.

“Kami takde halangan mak Biah, tapi kalau Maira dah ada calon elok la kita segerakan.” Ucap Hj Khalid menyentak jantungku.
“Berilah kami masa..InsyaAllah tidak ke mana gunung dikejar. Eh! jemput minum makan lah kueh tu Ana, Khalid..Kamil silakan. Air pun dah sejuk tu.” Pelawa emak ramah. Naziah mengengam erat tanganku. Memberi sedikit kekeutan yang bagaikan sudah tidak bertapak lagi dijiwaku. Apa boleh aku terbangwaktu ini sudah tentu aku terbang pergi dari menjadi saksi kehancuran kasih sendiri yang tidak kesampaian. Read More..
Thursday, July 7, 2011

Dia Yang Terpilih 16

Imah menyambut kepulangaku dengan wajah yang sangat ceria. Aku tahu isi hatinya waktu ini. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat si dia. Aku tahu itu namun aku berlagak selamba didepannya. Dia memandangku apabila hanya aku yang melangkah naik. Naziah hanya sempat menghulurkan tangan didepan tangga rumah sahaja tidak sempat juga menunggu kedatangan emak yang lama tidak berjumpa dengannya. Dia juga mahu segera pulang untuk menjenguk ibunya yang telah lama ditinggalkan.
“Lama baliknya Maira.” Soal ibunda tercinta muncul dengan wajah yang menguntum senyum. Sejuk mata melihat wajah emak yang semakin dimamah usia. Aku tahu kepayahan emak membesarkan tiga orang anak gadisnya. Tangan emak ku cium dalam sebagai melepas rindu dan melepaskan rasa sebalku pada Kamil Hakim. Tangan itulah yang sering membelai rambutku tatkala aku sering dimarahi oleh abah tiap kali katanya ku bantah. Dari raut wajah emak aku yakin Imah belum memaklumkan lagi tentang hasrat kepulanganku itu pada emak dan opah. Lega, itu yang dapat urasakan kini
“Kenapa tak ajak Zie naik tadi, lama sungguh mak tak jumpa dia.” Soal emak lagi setelah soalan pertamanya terlupa ku jawab.

“Zie datang esok aja mak, lagipun dia takut balik sorang-sorang lorong ke rumah dia tu kan gelap.” Jawabku sambil tercari-cari kelibat Opah.
“Hai kak… kak Zie tu dah lama jadi orang Bandar sampai nak balik ke rumah sendiri pun takut. Acu yang kecik ni pun berani tau” Usik Acu yang mula menyelongkar beg pakaianku. Ada benda lah yang dicarinya tu.
“Acu! ..ish budak ni apa yang dibuatnya dengan beg kak long tu.” Marah emak melihat perangai pelik adik bongsuku. Jarang dia berperangai begitu kecuali denganku.
“Acu cari barang Acu lah mak..” Jawabnya sambil dengan perangai selambanya menyelongkar isi beg pakaiaanku.
“Barang apa..kak long tak duduk pun lagi ha, beg dia kau dah selongkar sampai ke isi perut.” Marah mak pada adikku yang berperangai buruk. Pantang Nampak yang pelik mak mesti tegur. Emak mendidik kami dengan sempurna sebagai seorang ibu tapi kami maksud aku hanya aku dan Acu yang suka melawan dan degil.
“Ala mak kak long dah cakap dia belikan Acu tudung..ni Acu carilah barang Acu.”
“Tuannya tak bagi pun lagi kau dah macam ni. Ya Allah. Mak tak ajar kau Acu buat perangai macam tu.” Mak mula bertindak. Sebelum dia meneruskan niatnya untuk meleteri Acu lebih baik aku menyelamatkan keadaan.
“Biar lah mak, bukan ada apa pun dalam beg Maira. Lagipun dia tu kalau tahu ada barang untuknya dia selongkar la, kalau takde tak beraninya dia nak selongkar mak.” Belaku pada perbuatan Acu. Adikku sudah melarikan diri sebaik sahaja barang yang dicarinya berada digengaman.
“Kak..terima kasih daun keladi lain kali beli lagi yerk…” aku ketawa dengan pantun dua kerat Acu. Tudung Arriani warna pink telah berada didalam pelukannya. Riang sungguh Acu mendapat tudung yang dimintanya aku belikan tempoh hari.
“Ajarlah adik kau buat macam tu Maira, nanti melekat sampai ke besar.” Marah emak berjangkit pula padaku.

“Opah mana mak, Maira tak nampak pun.” Aku mula bertanyakan tentang opah, sedari tadi aku menapak di dalam rumah kelibat opah belum kelihatan lagi. Imah datang bersama seteko tea o kegemaranku. Dengan lenggang lenggok berjalannya sesiapa memandang pun boleh jatuh hati. Bukan aku tidak tahu sudah ramai yang masuk meminangnya sebelum dia bersetuju dengan pilihan opah tapi sudah jodoh dia dengan bakal cucu saudara opah nak buat macam mana kan. Bertuah la kau lelaki dapat adik aku yang lemah gemalai ni, nak dibandingkan dengan aku ni, lemah tu ada gemalai itu yang takdenya.
“Opah ke mana lagi kalau tak ke masjid..” terang emak sambil tangannya lincah menyulam baju kurung. Ku kira pasti ada yang menempah sulamannya. Cantik hasil kerja tangan mak.
“Masjid… sorang-sorang…kenapa Imah tak ikut, kan selalunya Imah temankan opah..”
“Imah bendera merah la kak…” jawab Imah tersipu malu. Alahai dik dengan akak pun kau malu apatah lagi dengan orang yang belum kau kenali. Bagaimana ya nantinya Imah bila berhadapan dengan bakal suaminya. Apakah dia akan mengira pasir ditanah sehingga habis baru berani dipandangnya wajah lelaki itu. Mahu ketawa juga aku dengan adikku yang seorang ini, tapi ku akui dia anak abahdan emak yang paling sempurna.
“Opah pergi dengan Hj Din dan kak Min kau tu.”
“Kak Min ada balik mak.” Soalku sedikit teruja apabila mendengar nama kak Min teman sepermainan juga ku kira walaupun dia tidak suka bermain. Cita-citanya hendak menjadi guru tercapai kini. Sedari kecil dia suka ajak kami main cikgu-cikgu. Kami anak murid dan dia cikgunya.

“Dah semingu ada kat kampong. Katanya dah boleh tukar kat sini. Ada baik juga mengajar kat kampung nanti boleh la tengok-tengokkan ayahnya tu, takdelah Hj Din tu sunyi sangat.”
“Iya.Alhamdulillah ada jugak anaknya yang temankan Pakdin tu kan mak..itulah mak Miara suruh mak masuk meminang Pakdin tak nak. Jual mahal. Usikku bersahaja. Emak menjeling keras ke arahku akhirnya aku dan Imah terburai ketawa melihat wajah emak begitu.
“Mengarut aja kamu ni. Baik budak Min tu, lagipun dah lama dia minta tukar ke sini baru sekarang dia dapat. Zaman sekarang kalau tak pakai kabel besar susah yang amat makan masa bertahun-tahun nak dapat.” Wah! Pandai juga emak bercerita yea. Aku hanya mampu ketawa dalam hati melihat cara emak meluahkan perasaannya.
“Bagus la macam tu mak. tak la sunyi sangat Pakdin tu. Mak anak lelaki Pakdin si Pian tu ke mana mak, dah lama tak nampak.” Soalku apabila teringatkan teman sepermainanku dahulu. Sudah lama aku tidak nampaknya walaupun rumah kami jaraknya hanya 50 meter tapi terasa bagaikan 500km.

“Haa..kak Maira merisik anak teruna Pakdin erk..haaaa..ada apa-apa ke, abang Pian tu hensem tau kak, untung la siapa dapat lelaki hensem macam tu.” Tiba-tiba Acu meyampuk. Aku menjengilkan biji mataku padanya. Hiss budak ni kalau nak menyakat tu tak tengok orang. Alahai dik kalau kau tahu hati kakak mu ini telah terisi pasti kau takkan mengusik begitu.
“Apalah Acu ni akak cuma tanya aja, pelik sangat ke soalan akak tu sampai Acu boleh syak macam tu pulak. Dah pandai Acu sekarang ni yea. Kalau tak pass periksa akak kahwinkan dengan abang Pian tu baru padan muka.” Sengaja kuseriuskan kata-kataku, Acu terpisat-pisat. Imah ketawa kecil, itulah yang mampu dilakukan bila kami mula riuh.
“Eleh malu la nak ngaku tu. Abang Pian tu sesuai dengan kak Maira aja…masih mampu dia mengusikku lagi.
“Hiss..budak ni suka masuk campur hal orang-orang tua, kerja sekolah dah siap ke belum..” soal emak. Acu tersengih-sengih bersahaja dengan perlahan dia melangkah meninggalkan kami bertiga.
“Mak Maira minta diri dululah mata dah ngantuk ni, mandi pun belum ni ha. Aku memohon diri apabila usikan Acu tentang Pian mengundang rasa kecewaku pada Kamil Hakim. Dia eterus menyepikan diri tanpa membuat sebarang pabggilan untukku.
“Kamu dah makan, kalau belum nanti mak panaskan lauk.”
“Dah mak..Maira dah makan dengan Zie tadi.”
Mak cuma mengangguk, mengiring langkahku dengan ekor matanya..

Belumpun sempat aku berbaring Imah muncul. Melihat akan aku mahu membaringkan tubuh dia serba salah.
“Maaf kak long, tentu kak long penatkan..tidur lah.” Aku tersenyum melihat budi Imah, sejuk mataku melihat kesopanannya sunguh bertuah siapa yang memiliki dia.
“Takde lah Imah, kak long baring aja mata tak mengantuk lagi.” Bohongku walapun mataku memang sudah layu. Tidak sanggup aku menghampakan adik tersayang demi melihat wajah bahagianya.
“Imah tak ganggu akak ke..”soalnya ragu-ragu. Aku hanya mengganguk. Imah melangkah menghampiri katilku. Dia duduk dihadapanku. Aku mula menpuk bantal dan menegakkan lalu disandarkan ke kepala katil mencari sedikit keselesaan. Aku pandang wajah Imah yang sedikit mendung tidak seperti pertama kami menyambut kepulanganku tadi.
“Kenapa ni Imah.” Aku melihat keresahan pada wajahnya. Resah yang sengaja disembunyikan dibalik wajah lembutnya.
Imah bagaikan takut-takut untuk meluahkan rahsia hatinya.
“Hmm..kalau Imah ada benda nak cakap baik Imah cakap, jangan pendam kan dalam hati nanti hilang serinya.” Imah ketawa lembut mendengar usikanku, cuba menutupi keresahannya barangkali.

“Ada-ada je kak long ni..hmmm..kak long, boleh Imah tanya sikit.” Tuturnya satu persatu. Aku sabar menanti soalannya. Jantungku mula berdegup. Alahai hati sabarlah.
“Imah nak tanya apa tanya ajalah..” aku dapat mengagak apa soalan yang hendak ditanyanya.
“Hmm…mana teman lelaki kak long yang kak long cakapkan tu, Imah tak nampak pun..”
Jantungku berdegup pantas. Imah serba salah jadinya. Aku membetulkan duduk. Mencari sedikit kekuatan untuk bercerita hal yang sebenarnya.
“Imah dah bagitahu mak ngan opah belum pasal ni..”
“Kan kak long pesan jangan bagitahu mak dan opah lagi, kak long dah lupa.”
“Tak..kak long tak lupa nasib baik Imah belum bagitahu lagi”
“Kenapa kak..” Ada kerutan diwajah Imah yang putih bersih itu.
“Hmm.dia tak jadi nak datang dik, tak boleh nak tinggalkan kerjanya tu.” Bohongku. Aku tidak ada cara lain lagi untuk menjawab soalan Imah, moga-moga Imah tidak bertanya lebih dari itu. Apa perlu ku jawab padanya selain mencipta alasan begitu.
“Pelik..”kata Imah sepatah walaupun perlahan namun dapat kudengarinya dengan jelas.
“Apa Imah..”

“Takde apa-apa lah kak. Takpe lah kak mungkin dia banyak urusan tu.” pujuk Imah pula.
“Kak…ehmm…” Imah berhenti kata. Aku masih menunggu dengan penuh sabar. Memang itu perangai Imah pemalunya hanya aku yang tahu jika berkaitan soal hati dan perasaannya.
“Yea Imah..ini tentu pasal tunang Imah kan..kenapa dengan dia..” Imah tersenyum simpul. Manis sungguh wajahnya dihiasi tahi lalat dipipi.
Imah mengangguk kecil. Kesopanan dan malunya terserlah.
“Keluarganya nak datang…”
“Iya..patut la muka Imah nampak berseri-seri bagai bulan purnama rupanya buah hati nak datang.” Usikku bersungguh-sungguh. Aku mahu merawat rasa kecewaku yang semakin tertimbus dengan berita Imah.
“Bila mereka nak datang. Eee..tak sabar akak nak tengok bakal suami Imah tu, tentu hensem kan..” Imah semakin malu diusik begitu. Memang begitu fitrah seorang wanita bila berkaitan hati pasti malu itu datang sendiri.
“Baik Imah pergi tidur dulu besok tentu nak bangun awal kan, jangan sampai tak boleh tidur sudah.” Dia yang tak boleh tidur atau aku yang akan terkebil-kebil mala mini. Imah pasti diulit mimpi indah aku didatangi mimpi gundah.
“Tapi kak..”

“Apa lagi dik.” Tentu ada hal yang merunsingkan Imah aku dapat melihatnya dari airmukanya. Ada keruhan disitu.
“Bagaimana kalau keluarga mereka datang untuk percepatkan tarikhnya kak..”
“Kalau macam tu baguslah kita cepatkanlah. Imah ini bukan cepat tapi dah lambat sangat ni. Tiga tahun Imah tunggu Imah kata cepat lagi. Apalah adik ni.” Imah ketawa kecil.
“Kak long pulak macam mana. Opah tentu takkan benarkan Imah kahwin dulu pada kak long.”
“Imah jangan bimbang pasal itu ok..tahulah kak long macam mana nak buat. Yang peting Imah kena tidur awal. Esok mereka sekeluarga nak datang kan…” Imah mengangguk malu. Dia beredar setelah aku menolak badannya.


Hj Khalid sedari tadi diam membisu sambil membelek buku agama ditangannya. Resah pula Hajah Rohana melihat suaminya begitu. Kamil Hakim pula sejak diberitahu tentang isi hatinya langsung tidak keluar bilik sudahnya hanya Hajah Rohana yang terpaksa memujuk suaminya.
“Macam mana ni bang..apa kita nak buat, Kamil macam dah nekad tu bang..” Hajah Rohana cuba meleraikan kekusutan fikirannya memikirkan kesudahan hubungan anaknya itu. Dia merapati suaminya Hj Khalid.
“Saya malu Ana…mana saya nak letak muka ni. Awakkan tahu amanat tu.”
“Iya bang Ana tahu tapi Kamil tu dah bulatkan hati, kita nak buat macam mana lagi. Takkan kita nak memaksa dia bang. Ana tak nak anak kita salahkan kita pula bila mereka tak bahagia.” Hajah Rohana menghela nafas panjang. Dia terseret sama dalam kancah cinta tiga segi anak terunanya itu.
“Abang percaya Ana, budak tu boleh bahagiakan anak kita. Cuma si Kamil tu dah dibutakan mata dipekakkan telinga tak nak dengar nasihat kita.” Buku ditangan Hj Khalid hanya mampu dibeleknya tanpa sedikit pun dibaca. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada pembacaannya apabila isterinya mula membincangkan soal Kamil Hakim. Buku ditangannya ditutup lalu melangkah dan menyimpannya di rak bukunya.
“Memang betul kata abang tu tapi ini kan rumah tangga yang nak dibina anak kita bang, dia tentu ada hak untuk masa depan dia bang.”

“Habis awak macam mana. Setuju dengan keputusan anak kita tu.” Soal Hj Khalid membuatkan Hajah Rohana terkedu.
“Saya serba salah bang tapi saya dah jumpa budak yang Kamil hendakkan sangat tu..”
“Awak dah jumpa..kat mana, Kamil ada bawak datang sini.”
“Tak bang..kebetulan saya terserempak dia dekat shopping komplek temankan mak Usu dia hari tu. Budak tu kalau dari zahirnya saya tengok takde cacat celanya bang. Sejuk mata memandang, lemah lembut tak jauh beza pun.”
“Awak pun dah terkena penyakit angau si Kamil tu agaknya..”
“Ish awak ni, ke situ pulak, itu pandangan saya lah bang, dari segi sopan santunnya tak kalah dengan budak tu.”
“Hmm..entah la Ana, abang pun tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Pening memikirkan anak teruna awak yang sorang tu.” Read More..
Monday, June 27, 2011

Dia Yang Terpilih 15

Kamil Hakim mundar mandir disudut biliknya. Jiwanya resah tidak menentu, sejak pertemuan itu kepalanya dihujani dengan pelbagai soalan. Apa yang harus dikhabarkan kepada orang tuanya, terlanjur dia menyintai teman sekampusnya dahuu sedangkan dia sudah bertunang dan bila-bila masa sahaja akan menjadi pemimpin pada seorang wanita yang belum cukup dia mengenalinya lagi. Kesejukan penghawa dingin langsung tidak dapat menyejukkan hatinya yang panasaran. Sejak pertemuan itu emaknya langsung tidak membuka mulut bertanyakan padanya, dia tahu emaknya memberi peluang padanya untuk menyatakan isi hati. Emaknya cukup memahani dirinya tapi bagaimana dengan ayah. Ketegasa ayah dapatkan dipatahkan hanya dengan kata-kata. Inilah yang semakin memberatkan akal fikirannya.

Dia rasa bersalah memberi harapan pada Maira sedangkan dia masih belum bersedia untuk menceritakan hubungan mereka pada kedua orang tuanya. Hatinya semakin gelisah tidak menentu. Esok.. ya esok adalah hari yang dirancang mereka, apakah dia akan menarik kembali keputusan yang telah diputuskan sanggupkah dia mengecewakan hati Maira dengan keputusan bodohnya itu. Melamar dikala dirinya hampir menjadi hak orang lain.Ketukan pintu biliknya mematikan anganannya. Pintu ditolak dari luar.
“Mil..mari makan..ayah dah tunggu kat bawah.” Puan Rohana tidak jemu-jemu memanjakan anak tunggalnya. Masih melayannya seperti anak kecil, menjemput makan dikala dia tidak turun-turun ke bawah. Hajah Rohana menapak beberapa langkah menghampiri anaknya memandang wajah mendung anaknya walaupun terukir senyuman. Gerak hati si anak dapat dibacanya pada seraut wajah yang sering menjadi tatapannya. Dia tahu apa yang sedang membelengu jiwa si anak, masakan naluri seorang ibu salah apabila melihat anaknya seperti ayam berak kapur. Terkebil-kebil mencari arah.

“Mil dah buat solat istikharah…” Soal Hajah Rohana mengejutkan Kamil Hakim. Dia berdebar memandang seraut wajah yang dicintainya. Bagaimana emaknya tahu isi hatinya dilanda ribut..ribut perasaan yang datang bertimpa-timpa
“Mak…” Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Bimbang apa yang bakal diluahkan akan mengcewakan hati si ibu.
“Mil mak tahu apa yang ada dihati Mil, mak cuma mahu ingatkan Mil buat keputusan tu biarlah dari jiwa yang bersih hati yang ikhlas panjatkan doa minta ditunjukkan yang terbaik buat Mil. Jangan lupa yang di Atas kala suka atau pun duka, Dia tetap bersama kita Mil. Apa keputusan Mil, yang akan membahagiakan Mil mak akan sokong. Mak mahu lihat anak mak bahagia sebelum mak tutup mata. Takde yang diharapkan oleh seorang ibu melainkan ingin melihat anaknya bahagia.” Tulusnya jawapan emak memabuatkan Kamil Hakim terkesima. Apakah nanti keputusan yang dibuatnya akan mengecewakan ayah dan ibunya. Tergambar harapan pada wajah-wajah tua yang telah membesarkannya. Sanggupkah dia mengewakan sekeping hati yang megharap demi melunaskan rasa cinta yang tersimpan dihatinya. Cinta yang baru berputik akan mekarkah buat selama lamanya ataupun layu dihujung kata.
“Mak maafkan Mil mak..bantulah Mil mak..”

“Mak melihat kesempurnaan seorang wanita diwajah Maira tapi mak juga nampak ketulusan kasih terpancar jelas di wajah dia.” Hajah Rohana bermadah kata menambahkan lagi rasa beban yang terpikul dipundaknya.
“Mil pada Maira ada cinta tapi dia ada amanat yang tergalas dibahu mu nak. Mak tahu berat untuk Mil pikul andai mak ada seorang lagi anak lelaki akan mak jodohkan buat Maira.” Luruh rasa hatinya mendengar luahan emak. Tulus wanita itu mengingatkan dirinya. Dia kini tunangannya orang. Si dia yang telah lama mengharap yang setia menanti kepulangannya untuk menyambung amanat dan wasiat yang telah diakur janji oleh orang tua mereka. Kamil Hakim tersepit diantara dua mengapa dia menjadi mangsa diatas wasiat mereka.

“Mak..Mil belum pernah merasa begini menyintai seorang perempuan, tidak juga dengan dia mak tapi dengan Maira Mil rasa hati dan jiwa Mil terisi dengan kehadirannya mak. Mil tak tahu…kenapa Mil jadi selemah ini setelah mengenali Maira mak.” Mahu sahaja dia menangis diribaan emaknya pun begitu akal warasnya menegah, baru sedikit hatinya diuji dia telah kalah, betulkah dia selemah itu.
“Sabar Mil..banyakkan doa.” Pujuk Hajah Rohana. Membangkang tidak menyuruh pun tidak, biarlah keputusan itu dibuat anaknya sendiri.
“Mak esok Maira ajak Mil jumpa orang tuanya dikampung Mil dah setuju nak ikut.”
Ada riak terkejut pada wajah tua itu. Kamil Hakim tahu emaknya tidak senang dengan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu tanpa pengetahuan orang tuanya. Dia tidak mahu kehilangan Maira, tiadak mahu terus menerus mendera perasaan yang disana dengan penantian yang panjang.
“Bila Mil..”
“Esok petang mak. Mil akan bertolak ke kampong Maira.” Ada keluhan disitu.
“Seeloknya Mil bincang dengan ayah dulu. Tak baik Mil bagi harapan pada orang. Mil masih tunangan orang tak baik Mil” Saran Hajah Rohana. Dia tidak mahu anaknya membuat keputusan yang boleh merumitkan keadaan.

“Mak mil sayangkan Maira mak. Mil betul-betul mahu hidup dengannya. Mil tak harapakan siapa-siapa lagi selain Maira. Teguhnya cinta Kamil Hakim pada Maira tapi sanggupkah dia meranapkan impian mereka-meraka. Dia tidak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi nanti bila diusulkan pada ayahnya.
“Mak faham Mil tapi Mil juga kena faham, situasi Mil berbeza sekarang ini. Mil bukan bujang kosong tapi Mil bujang tunangan orang.” Apa istilah yang emak guna Kamil Hakim tidak peduli. Apa yang dia tahu saat ini dia begitu menginginkan Maira menjadi sebahagian dari hidupnya. Dia ingin melayar bahtera mereka dilautan yang tiada berpenghujung.

Merah benar wajah Hj Khalid tatkala dikhabarkan tentang hasrat Kamil Hakim.
“Huh esok nak pergi hari ni baru diberitahu, kenapa tak dibertahu selepas kamu pergi aja.” Ketegangan jelas terpamer pada wajah Hj Khalid. Nampak kecil masalah ini tapi menjadi besar bila diketahui oleh Hj Khalid.
“Siapa perempuan yang boleh buat kau angau ni Kamil, siapa dui yang sanggup kau musnahkan wasiat kami.” Kecut perut mendengar ayahnya mempersoalkan Maira, bikan dia tidka kenal dengan sifat ayah, ketegasannya membuatkan dirinya tercekik. Dia memandang wajah emak mengharap simpati seorang ibu. Hajah Rohana hanya menunduk, dia memberi peluang sehingga suaminya menyudahkan apa yang patut diluahkan.

“Ayah..perasaan Mil pada dia memang tak terbanding kasih Mil pada ayah dan mak, rasa cinta Mil pada Maira tumbuh tanpa kami sendiri sedar ayah.”
“Cinta konon. Kenapa kau tak wujudkan rasa cinta kau tu pada tunang kau sendiri. Bukan kah dia yang telah kami jodohkan buat kau.”
“Ayah Mil tak bermaksud nak putuskan ikatan tu..”
“Habis kalau bukan itu maksudnya, perginya kau ke kampong dia untuk apa. Bukan untuk menyambung dan merapatkan lagi silatulrahim dan memutuskan ikatan yang dah ada.” Aduh ayah sukar mengerti perasaan Kamil Hakim saat itu. Didada ayah berombak laju, darah membuak buak didadanya. Tidak pernah dia melihat dada ayahnya berombak begitu.
“Abang..Ana tahu Ana tak layak nak masuk campur dalam urusan ni, tapi sebagai emak, Ana mahu lihat bahagia kamil bang.” Tutur Hajah Rohana lembut memujuk hati suaminya.

“Apa dengan perkahwinan yang diaturkan kita tak menjamin bahagia dia. Mana dia nak dapat anak gadis sesopan budak tu, mana dia nak dapat gadis yang kaya dengan budi bahasa seperti dia. Di mana Ana. Kita dah pilih yang terbaik buatnya, apa lagi yang dicari. Abang malu kalau ikatan itu diputuskan sudah la dulu anak sulungnya menolak untuk disatukan, anak kedua menerima dengan ikhlas hati anak kita pula yang buat hal. Abang malu Ana, mana nak letak muka nanti. Kita dah ikat dia tiga tahun Ana..tiga tahun bukan jangka waktu yang pendek tapi sedikitpun budak tu tak bersungut. Mana lagi Kamil nak cari perempuan sebaik itu.” Berkenan benar Hj Khalid pada bakal menantunya. Memang benar siapa yang memandang pasti sejuk matanya.

Hajah Rohana menukur lantai apa yang dikatakan suaminya memang benar. Jika anak itu tidak jadi menantunya sekalipun telah diniatkan untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Tapi dia mengharapan lebih dari itu. Menantu yang akan menemaninya sehingga ke hari tua. Kamil Hakim diam tidak berkutik. Dia yang menjolok sarang tebuan dan sekarang dia juga yang menerima natijahnya. Ada keluhan yang tersimpang direkungnya.
“Fikirlah Kamil. Ayah dan mak sudah tentukan yang terbaik buat kau. Pilihan ditangan kau kalau kau rasa mengecewakan kami akan membuatkan kau bertambah bahagia ayah tidak menghalang.” Hj Khalid beredar dari situ dengan harapan yang semakin menipis. Dia mahu Kamil Hakim memikirkan semasak-masaknya perbuatan dan keputusan yang diambil. Apa yang diharapkan anak itu tidak mengecewakannya.
Hajah Rohana menepuk lembut belakang tubuh Kamil Hakim, meniup sedikit semangat buat sang anak. Dia tahu anaknya dalam dilema. Siapapun yang menjadi menantunya dia akan menerima asalkan anaknya itu berbahagia.


Aku menjeling jam dipergelangan tangan. Sudah mahu masuk waktu asar, kelibat dan bayangan Kamil Hakim masih juga belum muncul. Apakah dia telah melupakan janji-janjinya. Beg pakaian yang telah diisi dengan beberap helai baju kurung ku letakan disebelah pintu. Naziah mempamerkan wajah kelatnya. Aku tahu dia bosan menunggu.
“Maira betul ke kamil janji dengan kau ni datang ambil kita.” Entah soalan untuk yang ke berapa kali aku ditanya. Betullah kata orang penantian itu satu penyiksaan. Kamil Hakim tanpa sengaja telah menyiksa kami. Aku keresahan pun begitu masih mampu mengukir senyum buat si teman yang masih memuncung.
“Betullah apa tak betulnya.”
“Habistu dah pukul berapa ni, batang hidung dia pun tak nampak.”
“Kita tunggulah kejap lagi, tentu dia ada hal la tu.” aku cuba pertahankan Kamil Hakim walaupun sebetulnya aku cuba mengiakan kata-kata Naziah.

Naziah mendengus. Keresahannya tidak sama dengan keresahan yang ku alami. Hatiku rasa tidak enak bila memikirkan kelewatan Kamil Hakim seperti yang dijanjikan lewat hari lalu. Ianya terjadi tidak seperti yang kami janjikan.
Beberapa kali aku melihat handphone yang masih tidak berbunyi hatta pesanan ringkas sekalipun belum menjamah. Naziah sudah terlelap diatas sofa. Aku kejutkan Naziah setelah aku membuat keputusan.
“Zie..Zie bangun..Zie..” Naziah terpisat-pisat menenyeh biji matanya supaya terbuka.
“Kamil dah sampai..” cepat sahaj dia bangun. Aku cuma diamkan diri.
“Mana dia..dah pukul berapa ni.” Soalan Naziah ku jawan sambil menatap permukaan dinding yang tergantung jam bulat.
“Dah pukul 6”
“Hah! pukul 6, mana Kamil..tak jemput dia masuk dulu.” Aku geleng kepala
“Jom lah apa lagi kau tu..” Naziah mengheret beg pakaiannya hingga ke muka pintu.
“Kamil tak datang.” Langkahnya termati di situ. Terkejutnya bukan kepalang.
“Hah..kau biar betul Maira, habis yang kau kejut aku tadi tu kenapa..”
“Aku nak ajak kau balik kampong lah ni. Kita balik dengan kereta kau.” Jelasku mengharap dia mengerti ketika ini hatiku sudah separuh pergi.
“Habis Kamil macam mana.” Aku cuma mampu jungkitkan bahu tidak tahu hendak berkata apa melainkan diam seribu bahasa.

“Ishh!..si Kamil ni pun satu kalau tak jadi cakap la awal-awal menyusahkan orang ajalah.”
“Aku minta maaf Zie.” Pohonku setelah melihat kemarah jelas terpancar pada wajah Naziah. Sungguh tidak ku sangka begini pula jadinya.
“Kenapa pulak, bukan kau yang salahkan tapi dia, dia yang seharusnya minta maaf. Kau dah telefon dia.”
Aku mengangguk perlahan. Aku melarikan pandaganku pada wajah Naziah. Tidak sanggup aku bertentang mata dengannya ketika ini.
“Dah tu..Dapat!”
“Dia off kan telefon dia Zie.”
“Eee..teruk betullah Kamil tu.” Naziah mengeleng kepalanya. Dadaku mula terasa sebaknya, beginikah jadinya perancangan kami. Sedih..ya sedih waktu dan ketika ini aku terasa kesedihannya, dimana perginya janji-janji Kamil Hakim. Jika dia tidak dapat tunaikan sekalipun bukankah lebih baik kalau aku dimaklumi juga.
“Kau tak apa-apa Maira.” Naziah memeluk bahuku tanda memberi semangat ketika hatiku mula dilanda kecewa.
“Tak..tak..jom lah gerak dah lewat ni, nanti dah sampai kampong hari dah gelap.” Naziah hanya mengikut. Dia tidak banyak cakap. Nasib baik la dia memahami aku ketika ini. Jika disoalnya banyak kali sudah tentu empangan mataku pecah berderai. Read More..
Monday, June 20, 2011

Dia Yang Terpilih 14

Aku ingin mengecap bahagia seperti mereka-mereka yang ku kenali. Merasai nikmat kasih sayang diantara suami isteri seperti emak dan abah sehingga abah mengehembuskan nafas terakhirnya ketika di ribaan emak. Sungguh ketulusan cinta mereka begitu menyentuh perasaanku. Aku juga ingin dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti abah. Kamil Hakim sebaris nama yang tersemat dihati sanubariku semakin menampakkan kekukuhannya berada di tahta hati. Aku tersenyum lagi tatkala ungkapan lamarannya mengulang tayang dipendengaranku. Manis sungguh saat itu dilamar oleh seseorang yang pernah mengusik pintu hati. Bunga-bunga cinta mula berkembang mekar. Ulas bibirku kini tidak pernah kering dengan senyuman sehinggakan sering menjadi bahan usikan Naziah dan teman-teman yang lain. Beginikah nikmat bahagia orang berkasih.

Aku mengelamun untuk sekian kalinya. Hati berbunga riang. Tidak dapat aku bayangkan hari-hari bahagia kami nanti. Tentu wajah Imah akan berseri-seri. Pernikahanku nanti bakal menoktahkan penantiannya selama ini. Aku harap Imah akan bahagia dengan pasangan pilihan keluarga kami. Opah ya… Aku pasti Opah lah orang yang paling gembiran diantara kami. Hajatnya dan hajat abah akan termakbul. Hujung minggu nanti aku akan perkenalkan Kamil Hakim pada mereka. Tak sabar rasanya melihat wajah emak tersenyum manis menerima kunjungan lelaki pertama yang akan ku bawa pulang untuk diperkenalkan pada mereka. Semoga Allah permudahkan apa yang kami hajati dan kami rancang ini.

“Awak dah bersedia hujung minggu nanti…” Soalku tatkala kami mula mengambil tempat dihujung sudut. Menu malam kami cuma ayam goreng KFC. Penat seharian menjelajah lukisan yang dipamerkan berbaloi melihat pada kepuasan wajah Kamil Hakim serta mulutnya yang seringkali memuji dan kagum dengan bakat-bakat pelukis yang ada. Minat betul dia pada lukisan.
“Bersedia..hujung minggu..maksud awak..” Pertanyaan Kamil Hakim mengundang debar dihatiku. Masakan dia tidak ingat hari yang kami janjikan itu.
“Betul awak tak ingat ni..”soalku mencari kepastian. Kamil Hakim ku renung penuh mengharap agar tidak mendera hatiku. Aku tidak suka dia permainkan perasaanku seperti ini. Wajahnya serius memandang. Aku jadi tidak menentu. Apakah aku tersilap cakap. Serba salah pula aku dibuatnya.
“Hahahaha..bila awak gelabah awak nampak sweet sangat. Saya suka…” Bagai mahu luruh jantung ku saat mendengar pernyataan nakalnya. Pandai dia permainkan perasaanku. Kalau lah perbuatanku tidak salah sudah tentu aku hempuk kepalanya dengan handbag sendiri. Biar padan dengan mukanya yang suka permainkan aku. Kamil Hakim masih ketawa dengan usikannya. Ketawa yang mendamaikan jiwa. Aku suka melihat dia katawa. Bila dia ketawa matanya akan mengecil, pipinya akan mengelembung.
“Sukanya hati awak..perkara macam ni pun awak boleh bergurau lagi..” Marahku apabila tidak dapat menahan diri melihat dia semakin nakal. Geram juga aku dibuatnya. Sudahlah segan nak perkenalkan dia pada isi rumah dia pula boleh buat lawak. Malu aku kalau tak jadi, kesian mak kat kampung tu.
Dia mengangkat tangan sambil mulutnya menahan tawa. Elok juga aku belum khabarkan lagi kedatangan kami. Aku harus berhati-hati, tidak meletakkan 100 peratus kedatangan Kamil Hakim ke kampung ku.
“Ok..sorry..sorry…Mil gurau aja..” katanya sambil menutup sisa-sisa tawanya yang menyakitkan hati.
“InsyaAllah buat masa sekarang ni dalam jadual kerja saya.” Katanya bersahaja.
“What..jadual kerja…” marahku. Dia ketawa lagi.
“Makin manis pulak awak marah Maira. Bertambah jatuh hati saya ni..ok.ok..InsyaAllah. hujung minggu ni saya akan temankan awak balik kampung. Puas hati..” Soalnya mengundang malu padaku.
“Sabar yea Maira. Saya berharap sangat jodoh kita bersatu.” Ucapnya lembut membuai perasaanku. Hilang rasa geram berganti rasa gembira. Aku lah wanita yang rasanya dicintai sepenuh hatinya.
“Zie nampaknya aku dululah makan nasi minyak dari kau.” Ungkapan itu cuma bergema dihati. Naziah yang terlebih merancang untuk mendirikan rumah tangga nampak gayanya aku dulu lah naik pelamin.
“Mil harap keluarga Maira boleh terima Mil.” Aku cuma tersenyum dengan kata-katanya. Begitu juga harapan aku padanya. Aku juga berharap aku dapat diterima oleh keluarga Kamil Hakim seadanya aku. Harapan itu aku sandarkan pada yang Maha Esa. Kami hanya merancang dan kami berharap apa yang dirancang terjadi dengan izinNya. Wajah Kamil Hakim tersenyum manis tatkala mata kami bertentang. Aku menundukkan wajah. Malu menjadi tatapannya.
“Lepas Mil jumpa mak ngan ayah Maira, Mil bawak Maira jumpa mak ayah Mil pula.” Ujarnya. Kami sama-sama melangkah berjalan beriringan melewati deretan kedai yang masih lagi beroperasi. Makin rancak pula kesibukannya. Aku tersenyum memandang gelagat anak-anak kecil yang merengek ibu bapa mereka belikan barang mainan. Entah bagaimana pula anak-anakku nanti.
“Maira nak bawak Mil jumpa mak ngan Opah. Abah Maira dah meninggal selepas Maira tamat sekolah menengah dulu.” Riak di wajah Kamil Hakim sedikit berubah. Aku tahu dari riaksinya tadi jelas dia masih belum mengetahui lagi aku sudah tidak mempunyai bapa.
“Ooo..Maafkan Mil, jadi Maira ni anak yatim lah..”
“Tak lah..Maira anak Abdul Hamid..”kataku bersahaja.
Kamil Hakim tertawa lepas selepas dapat menangkap apa yang aku katakan. Aku turut sama ketawa bersamanya.
“Nakal juga Maira yea. Pandai kenakan Mil.”
“Dah tu asyik Mil aja kenakan Maira..sesekali nak juga test power kan..” kataku berani. Kamil Hakim cuma geleng kepalanya beberapa kali. Aku bahagia saat ini.

Waktu kami hendak pulang tanpa disangka Kamil Hakim terserempak dengan ibunya.
“Mak..” Perlahan sahaja dia menyebut emaknya namun dengan jelas dipendegaranku. Mengelabah juga aku lihat Kamil Hakim waktu itu. Apakah dia belum bersedia lagi untuk memperkenalkan aku pada ibunya. Mungkin juga terlalu awal kerana dia merancang pertemuan kami setelah dia kembali dari mengenali keluargaku terlebih dahulu. Aku melihat wajah emaknya berkerut, ada riak-riak tidak senang pada wajah itu. Aku lemparkan senyuman semanis mungkin pada emak Kamil Hakim walaupun aku sendiri merasakan senyumanku sedikit tawar dan terasa kegugupannya. Senyumaku bersambut pun begitu ada garis-garis terperanjat diwajahnya. Apakah emaknya tidak menyenangiku disisi Kamil Hakim atau mungkin pertemuankan kami yang tidak dirancang ini atau mungkin juga Kamil Hakim langsung tidak pernah menceritakan siapa aku pada emaknya.
“Mil…” sapa wanita separuh umur itu.
“Mak..apa mak buat kat sini ..mana ayah” soal Kami Hakim sambil terteleng-teleng mencari kelibat ayahnya. Ada getar dihujung suaranya. Aku turut mencari baying orang tua Kamil Hakim.
“Ayah kat rumah. Mak datang ngan mak Usu kamu, temankan dia beli barangan bayi tu ha..”
“Ooo..mana mak Usu..tak nampak pun..”
“Ada tu ha..tengah pilih baju baby. Mak penat sangat berdiri itu yang ke sini nak duduk rehat sekejap. Siapa tu Mil..tak nak kenalkan pada mak ke..”
Err…Maira kenalkan ni mak Mil. Wanita yang Mil paling sayang di dunia ni” Ujar Kamil Hakim mengundang gelak ibunya.
“Mak kawan Mil..Maira.”
Aku meghulurkan tangan. Menyalami tangan tua itu. Sejuk membeku tanganku ketika itu. Tidak menyangka aku akan bertemu ednagn emaknya dahulu. Bagaimana pula dengan bapanya nanti. Apakah dia juga terkejut sperti ibunya tadi.
“Kenapa tak bawak ke rumah boleh la kita sembang panjang..” Kamil Hakim tersenyum kelat. Peramah juga ibu Kamil Hakim. Aku cuma tersenyum malu pada diri sendiri.
“Senang-senang datang la ke rumah makcik..tak payah tunggu Kamil ni ajak. Makcik ni kalau ada yang datang nak bersembang makcik lagi suka. Maklumlah Kamil ni takde adik beradik. Nak harapkan dia kahwin entah bila la dia tu.” Ramah ibu Kamil Hakim mengajak aku ke rumahnya walaupun kami baru pertama kali bertemu.
“Mak..malu lah cakap macam tu.”
“Nak malukan apa bukan mak burukkan kamu pun..”
“Mak… Mil minta diri dulu lah..nak hantar Maira balik.”
“Ha elok-elok bawak anak dara orang tu Mil, hantar sampai depan rumah jangan nak melencong ke lain pulak tak manis orang nampak.”
“Baiklah mak, Mil pergi dulu.”
“Maira pergi dulu makcik…” aku menyalami sekali lagi tangan tua itu. Senyumannya nampak tulus.
“Iyalah..senang-senang datang la rumah.” Aku hanya mengangguk. Dia melemparkan senyuman bagaikan merestui perhubungan kami.

“Mak awak nampak muda la Mil, saya ingatkan kakak awak tadi kalau awak tak perkenalkan dia sebagai mak awak sampai ke sudah saya sangka kakak awak.” Ujarku memancing perbualan. Sejak kereta berlalu dia hanya diam bagaikan memendam sesuatu.
“Hahahaha…ialah tu ni nak bodek ke apa.” Lega hatiku tatkala Kamil Hakim ketawa.
“Ish..awak ni ke situ pulak, saya nak bodek apa kalau kita takde jodoh menangis airmata darah sekalipun takkan berjodoh juga kan. Jadi tak perlu lah nak bodek bagai.” Tanpa sengaja aku terlontar kata itu. Wajahnya berubah habis. Aku jadi tidak menentu.
“Mil tak suka Maira cakap macam tu.” ujar Kamil Hakim. Aku memandang wajahnya yang masih tegang. Dia meneruskan pemanduannya.
“Cakap apa..betul lah kan apa Maira cakap kita tak boleh nak lawan takdir..”
“Dah la Maira jangan cakap pasal takde jodoh lagi. Mil tak suka.” Tegas kata itu mematikan apa yang ingin aku luahkan lagi. Apa benarkan aku tersalah cakap hingga membuatkan dia terus diam sepanjang perjalanan kami. Kamil…Kamil..yang itu pun nak marajuk. Aku cuma mampu ketawa dalam hati terus membiarkan dia dengan perasaaannya sehinggalah kami sampai didepan pintu rumahku.
“Mil..maafkan Maira kalau kata-kata Maira tadi menyakiti hati Mil, Maira tak bermaksud…belum pun sempat ku habiskan sebari kata dia sudah memotong
“Takde apa-apa lah Maira Mil tak ambil hati pun pasal tadi. Dah la Zie dah intai tu..” katanya sambil mengangkat tangan kepada Zie. Aku cuma tersengih tatkala melihat kain langsir bagai dilanda ribut. Tentu Zie malu diatas perbuatannya mengintai kami ditangkap Kamil Hakim.
“Ok lah Mil maira masuk dulu. Terima kasih untuk hari ini.”
“Mil pun sama Maira. InsyaAllah kita jumpa hujung minggu yea.” Aku cuma mengangguk kecil lalu menghadiahkannya sebuah senyuman buatnya.


Belum sempat aku menutup pintu utama Naziah sudah menyerbuku dengan pelbagai soalan.
“Kau ke mana. Aku call tak jawab. Amboi dating sakan dengan mata air sampai lupa aku kat rumah ni.” Sembur Naziah membuatkan aku hamper tergelak. Baru setengah hari aku keluar rumah dia sudah seperti cacing kepanasan.
“Aku tak sedar handphone aku berbunyi lah. Apa hal kau telefon ak, tak boleh nak tengok orang senang sikit…” Aku sengaja buat-buat marah. Dia mencebik
“Kau ke mana setengah hari bulan dah timbul baru nampak muka kau ni..”
“Kan aku dah tinggalkan note kat peti ais tu. kau tak baca erk..” Naziah diam. Memang sah la tu dia tak baca nota yang aku tinggalkan tengah hari tadi.
“Aku tak perasan. Tapi kau ke mana setengah hari tak balik rumah,”
“Kau tak perasan..jadi bukan salah aku lah kan..Aku keluar dengan Kamil”
“Itu aku tahu lah memang kau keluar dengan dia..tapi ke mana” Masih mahu mengorek rahsia aku rupanya.
“Aku temankan dia tengok painting exhibition..”
“Sejak bila pulak kau minat seni lukis ni. Setahu aku tak pernah kau jejak kaki ke tempat-tempat macam tu.”
“Nak buat macam mana dah dia ajak aku ke situ. Tapi tak rugi la aku ke sana. Aku pun rasa macam dah jatuh hati aja dengan lukisan. Pandai diaorang melukis.”
“Eleh konon…” Naziah mencebik. Aku hanya tergelak kecil. Letih..penat dua perkataan yang bersarang dibenakku ketika ini.
“Aku nak pergi mandi dulu. Penat la asyik berjalan aja. “
“Hmm..iayalah” Aku berpaling setelah melangkah hamper dengan pintu bilikku.
“Zie minggu ni aku nak balik kampong. Kau nak ikut..”Aku bertanyakan padanya.
“Balik kampong..ada apa. Imah nak kahwin ke..”
“Bukan Imah tapi aku..” kataku besahaja membuatkan Naziah langsung menjerit dan terus bangun bergerak ke arahku dengan wajah yang masih terkejut.
“Main-main kau Maira yea.”
“Takde lah… betul apa aku cakap ni. Kamil nak datang kampong aku hujung minggu ni. Nak kenal bakal mentuanya.” Jawabku malu-malu.
“Waaahhh.best nyer Maira..aku nak ikut..aku nak ikut. Lagipun aku dah lama tak balik kampong.” Sepantas kilat dia membuat keputusan. Buakn main lagi dia ni erk. Dulu ajak balik bukan main lagi liat ada-ada aja alasannya.
“Ok set..jangan tak jadi pulak.” pesanku dengan riang.
“Jadi lah. Comfirm aku ikut kau balik. Eee seronoknya member aku bakal dilamar.”
“Belum lamar lagi lah. Baru dalam proses mengenali lagi ni. Nanti bila mak dan opah aku dah setuju barulah dia nak suruh mak dan ayah dia masuk meminang. Tapi dia cakap pada aku dia tak nak bertunang tau terus nak nikah dalam masa tiga bulan selepas mak ayah dia datang merisik dan tetapkan tarikh nanti.” Kataku
Dah jauh korang merancang. Aku tumpang gembira maira. Tahniah!. Naziah memeluk bahuku erat. Sekukuh kasih sayangnya padaku. Read More..
Wednesday, June 15, 2011

Rindu Yang Pergi.....BAB 1

“Fir kau nak kemana tu? Tunggu lah aku dulu kalau yea pun..” Zainal berusaha mengejar langkah Nur Afira Laili. Dia tahu temannya itu sedang terbakar hatinya.
“Kau tu jalan terhegeh-hegeh macam mak nenek pulak mengalahkan nenek aku kat kampung tu lah.” Dia langsung tidak meghiraukan jeritan rakannya itu, yang dia tahu dia perlu segera berjumpa Miza, panas membahang bersatu dengan rasa panas dihatinya.
“Nama aja perempuan berjalan macam lelaki aja kau ni. Sopan lah sikit” marah Zainal ketika dia sudahpun sebaris dan dapat mengejar rakan baiknya Fir. Zainal mengesat peluhnya yang menitik ke dagu. Fir hanya memekakkan telinga, biarlah Zainal hendak kata apa pun baginya dia sudah tidak sabar bertemu muka dengan Miza, mebayar harga maruah dirinya yang sedang diperkatakan orang.

“Kalau yea pun kau marah sangat pada dia tu jangan lah tak hiraukan aku.”
“Bang kau tunggu aku kat bawah, jangan gatal-gatal nak naik pulak. Kau tu lelaki tulen nanti tak pasal-pasal kau kena tangkap khalwat pulak.” Zainal hanya membutangkan matanya mendergar kata-kata Fir.
“Tak sayang mulut betul kau ni..”
Fir berlari menaiki tanga, langkahannya panjang sekali dia menlangkau dua anak tangga. Makin cepat lah hilang kelibat gadis itu. Zainal yang masih termanggu dibawah hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Hendak ditegur macam mana lagi temannya itu. Susah makan nasihat.

Fir tiba dimuka pintu bilik Miza dengan tercungap-cungap. Dia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali, mula-mula perlahan oleh kerana terlalu lama menungu dia menghentam pintu bilik sehingga ternganga luas menampakkan penghuninya yang sedang leka menonton cd.. Beberapa orang pelajar yang menghuni blok yang sama itu memandangnya dengan perasaan hairan.
“Apa kena pulak minah ni hari ni. siapa yang jadi mangsanya kali ni.” Bisik beberapa orang gadis yang melintasinya.
“Hoi kenapa dengan kau ni.” Jerkah Watie yang tetiba bangkit disebabkan terkejut melihat aksi Fir yang kurang ajar itu.
“Korang pekak ke aku ketuk sampai bengkak semua jari-jari aku ni kau nak suruh aku ketuk dengan sopan lagi.” Balasnya dengan lantang. Beberapa mata penghuni bilik itu memandang pertelingkahannya itu dengan pandangan terkulat-kulat. Mereka semuanya sudah pun berdiri tercengang-cengang, memerhati darma yang semakin hangat
“Miza mana, hei Miza kalau kau betil-betul anak perempuan keluarlah hoi.. ”jeritnya.
“Eh minah ni ada ke ayat macam tu dijeritnya.” Celah Watie menambahkan rasa marah dihati Fir.

“Kau diam ini urusan aku dengan Miza.” Jerkah Fir lalu mengetuk pintu bilik Miza bertalu-talu. Anisa yang sedari tadinya terkaku mula bersuara.
“Fir kalau yea pun marahkan Miza cuba bersabar dulu. Kita setlekan dengan baik jangan terjerit-jerit macam ni, malu semua orang dengar nanti.” Anisa mengahmpiri Fir yang masih belum berhenti mengetuk pintu bilik Miza. Kata-kata Anisa langsung tidak diendahkan.
“Nak bincang apa lagi, kenapa dia takut sangat nak keluar, dah tahu buat salah kenapa kau takut hah!.

“Sabar Fir. cuba bertenang dulu.” Ani mula mendekati Fir cuba menenangkan tahap kemarahan teman sekuliahnya itu.
“Sabar kau kata, yang dia fitnah aku dengan mamat kepala hijau tu kenapa hah!..”
“Kau percaya dia yang sebarkan fitnah tu.” Sangkal Anisa, dia mula mengelirukan hati Fir yang sedikit hilang darjah kepanasannya. Dia mula meraupkan wajahnya beberapa kali mencari sedikit kekuatan. Ditelinganya masih tergiang-giang lagi kata-kata Mira yang terserempak dengannya pagi tadi.

“Tak sangka pulak aku nampak aja budak Fir tu macam baik tapi dibelakang bukan main lagi... Eee tak sangka betul lah aku, nampak ganas tapi buat kerja terkutuk tu.” Katanya kepada rakannya ketika menuju ke perpustakaan. Kelihatan rakannya itu mengangguk kecil mungkin termakan akan kata-kata Mira yang juga sudah terpengaruh dengan fitnah itu. Fir yang mendengar dirinya diumpat sebegitu mulai curiga patut la beberapa orang yang terserempak dengannya pagi tadi semuanya memandang seakan mengejek. Apa berita yang tersebar tentangnya bebeapa hari lalu tidaklah diketahuinya walaupun dirinya ramai kawan, mungkin rakan-rakannya tidak mahu menyinggung perasaannya dengan berita yang kurang pasti itu. Fir berlari mendapatkan Zainal rakan baiknya itu, dia perlu menyiasat kenapa rakan-rakannya yang lain memandang sinis kepadanya sejak semalam.

“Abang kau kena tolong aku lah..” Dia menarik lengan sasa Zainal yang sedang minum dicafe, hampir tumpah airnya.
“Eh! kalau yea pun tunggulah aku habis minum dulu.” bantah Zainal dengan perbuatan tiba-tiba Nur Afira Laili menariknya.
“Ala lambat lah aku dalam masalah sekarang ni.” Katanya tiada berkompromi.
“Apa dia hal yang penting sangat sampai kau tak boleh tunggu aku habis minum dulu ni.” Soalnya. Fir mula duduk disebelah Zainal cuba mencungkil apa yang dia ter miss seminggu yang lalu.
“Kau ada dengar cerita pasal aku dan mamat hijau tu tak bang.” Fir mula mundar mandir beberapa dihapadan Zainal. Duduknya tidak senang.
Zainal diam seketika, dia cuba menyembunyikan rasa bersalahnya.

“Kenapa kau senyap aja ni, kau dah tahu kan Nal.” terjahnya kerana dia melihat Zainal diam tidak berkutik.
“Bang aku tanya ni kau dah tahu kan.” Tegas nada suaranya mengundang rasa bersalah dihati sahabatanya itu.
“Yea aku dah tahu Fir tapi aku...” jawabnya jujur. Fir mengeluh beberapa kali dia seakan tidak percaya dengan jawapan rakannya itu.
“Kenapa kau tak bagihtau aku Nal.” Soalnya ingin kepastian atas tindakan Zainal yang menymbunyikan hal besar itu dari pengetahuannya.
“Maafkan aku Fir mulanya aku ingat berita tu gosip suka-suka budak yang sakit hati dengan kau, aku tak tahu pula sampai jadi besar begini kes kau.” Suara Zainal kedengaran sedikit kesal.
Fir meraup mukanya beberapa kali kedengaran suara kecilnya mengeluh. Topi yang dipakainya ditanggalkan, dia menggaru kepala yang terasa gatal. Fir memandang wajah temannya yang sedang menunduk itu. Dia tahu perasaan bersalah kawannya.
“Kau dengar dari siapa berita ni bang..” Suaranya mula bergetar, ada nada sedih tersimpan disudut hatinya. Zainal menganggkat wajah. Mencari kesedihan yang terbendung didalam anak mata sahabatnya. Sungguh jika dia lebih prihatin tentang semua itu takkan mungkin Afira jadi begini.
”Aku dengar dari Mira, aku tanya dia dari siapa dia dapat berita ni, dia cakap Miza yang sebarkan berita ni.” Fir memandang tepat wajah Zainal. Dahinya berkerut. Miza yang menyebarkan cerita karut tu tapi apa masalahnya sampai macam tu sekali dia difitnah.
“Aku minta maaf ngan kau Fir bukan niat aku nak rahsia dari kau tapi..”
“Ermm. Takpelah bang nasi dah jadi bubur. Aku pun tak boleh nak buat apa sekarang ni tapi...aku perlu cari Miza.” Dia melangkah laju menuju ke keretanya Zainal turut mengejarnya.


“Miza keluar dengan wajahnya yang selamba, apa sal kau cari aku ni.”
Fir yang melihat tingkah Miza yang hanya bersahaja itu mula naik darah kembali. Dia yang sudah reda dari kemarahan kini timbul kembali rasa yang telah hilang itu. Fir berdiri dari duduknya, Anisa yang berjaya meredakan marah Fir tadi merengus geram dengan tingkah teman serumahnya yang mula menibul kembali kemarahan hati Fir.
“Kau yang sebarkan fitnah tu kan, hei! mana kau dapat semua cerita ni hah!.” Jerit Fir tanpa menghiraukan teman-teman serumah Miza yang turut mengikuti perang mulut diantara Fir dan Miza.
“Berita apa ni minah, aku belum jadi wartawan lagi lah..” Jawapan Miza meledakkan kemarahan Fit, kalau ikutkan hati mahu sahaja dilempangkan hantu jerangkung didepannaya itu.
“Jangan banyak cekadak erk, kau dah sebarkan cerita yang bukan-bukan fasal aku dengan mamat kepala hijau tu senang-senang kau berdalih erk..”
“Hahahaha..siapa pulak mamat kepala hijau tu minah. Aku tak kenal lah. Dah la jangan nak buat kecoh kat sini pergi balik la..”
“Hoit betina kalau tak kerana mulut kau aku tak kena panggil dengan puan Ratna kau tahu..”
“Ooo dah kena panggil ke. Cepat juga berita tu tersebar yea.” Selambanya mulut minah bernama Miza tu. Walaupun nampak berani tapi adakalanya dia nampak sedikit gugup.
“Jadi kau lah yang sebarkan fitnah ni.”
“Kalau betul aku kau nak buat apa..ha nak buat apa.”
“Sial kau Miza.” Fir mahu sahaja lempang mulut Miza tapi sempat dihalang oleh Anisa.
“Kau tepi Anisa, ini antara aku dengan Miza yang lain jangan masuk campur.” Fir cuba menolak Anisa yang cuba menahannya.
”Sabar Fir. Sabar nanti jadi kes lain pulak.” Pujuk Anisa lembut.
“Miza betul ke kau yang sebarkan berita tu..” Miza hanya mendiamkan diri matanya mejeling sinis pada teman temannya yang lain soalan Anisa dibiarkan tanpa jawapan.
“Tak payah kau nak tanya betina macam ni. Siapa nak mengaku kalau dah buat jahat. Tapi aku belum puas hati lagi sebelum kau bersihkan nama aku Miza. Ingat aku bagi kau tempoh sehingga hujung bulan ni kalau kau tak setle kan juga tahulah untung rugi nasib kau.” Fir berlalu meninggalkan mereka dengan amaran dan seribu pertanyaan. Bagaikan tidak percaya yang menyebarkan fitnah itu adalah teman sebilik Anisa Miza masuk ke biliknya bersama hempasan pintu yang mengegerkan jantung teman-temannya.

“Eh Anisa kau rasa kenapa Miza buat macam tu pada Fir erk. Aku tengok Fir tu tak pernah kacau sesiapa pun. Dia dengan dunia dia aja dengan teman baik dia tu si Zainal. Aku tak paham la kenapa dia buat macam tu.” Watie meminta pendapat temannya itu
“Tapi betul ke dia yang buat.” Soal Anisa ingin mencari kepastian.
“Erk eleh kau ni Anisa, nak pertahan apa lagi, kalau bukan dia takkan lah Fir tu sanggup mengamuk kat sini.”
“Betul juga kata kau tu. Tapi aku rasa baik kita tanya dia dulu minta dia jawab dengan jujur dan kalau betullah dia yang sebarkan fitnah tu tapi untuk apa erk. Takkan lah dia cemburu dengan Fir, apa pula yang nak dicemburukan.” Anisa menggaru kepalanya, cuba mencari jawapan pada soalannya sendiri.
“Etah la aku pun tak tahu lah apa yang tak kena Fir tu pada mata Miza.”
“Cop..cop..hmmm..aku rasakan mesti ada sesuatu yang buatkan Miza sakit hati dengan Fir.” Yanti mencelah. Sedari tadi dia asyik mendengar.
“Iayalah itu yang kami fikirkan ni. Kau ni ketinggalan zaman lah.” Ani ketuk kepala Yanti sekali. Gadis lurus bendul itu tersengih bersahaja.
“Fir tu kamcing sangat ke dengan Amir..” Watie menyoal.
“Kalau nak dibandingkan Amir dengan Zainal aku rasa Zainal tu lagi lah kamcing.”
“Maksud kau..”
“Iyalah kau tengok Zianal tu kat mana ada Fir kat situ lah dia ada, kalau Amir tu jarang sangat la aku terserempak mereka berdua.” Anisa menjawab berdasarkan pemerhatiannya selama ini. Nur Afira Laili hanya rapat dengan Zainal Ikram. Teman yang sukar dipisahkan walaupun perhubungan mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan tuduhan.
“Habis tu yang si Miza tuduh Fir dengan Amir kena tanggkap basah apa citer..”
“Itu yang buat aku mushkil kan aku.”
“Malas la aku nak pening kepala fikirkan pasal diorang...layan cd lah wei..” Zana yang sedari tadi membisu bersuara. Dialah yang sukar sekali mengambil tahu hal teman-temannya. Buat hal sendiri aja
“Ini bukan malas atau rajin Zana ini pasal housmate kita ni, takkan lah kita nak biarkan dia terus buat salah. dan kalau betul dia tak bersalah dia perlu terang duduk perkara sebenarnya tapi tadi masa Fir serang dia aku nampak muka dia macam pucat jer. Takut juga rupanya.” kenyataan Anisa mendapat sokongan rakan-rakan yang lain.
“Iayalah siapa tak takut bukan senang Fir nak marah orang tapi kalau sekali dia marah gunung pun boleh hancus kau tahu.” Ucap Watie bersungguh.
“Miza..Miza..dia cuma ada seminggu aja lagi nak bersihkan nama Fir. Tak tahulah aku kalau Miza masih tak nak bersihkan nama Fir. Aku tahu tentu lebih dasyat lagi Fir akan mengamuk. Silap-silap kena buang kolej.”

Zainal masih setia menantinya ditempat tadi. Nur Afira Laini melangkah dengan pantas menghampiri teman baiknya itu. Keluhan berserta lelahan berjalan serta mengamuk sakan tadi kini berkurangan. Zainal merenungnya lalu menghadiahkan sebuah senyuman.
“Apa kes pulak senyum-senyum ni. Kau tak nampak ke aku tengah berasap ni. Sengih-sengih pulak.” Fir cuba mengawal marahnya.
“Aik orang senyum pun salah. takkanlah aku nak berwajah cemberut macm kau jugak kan. Kalau kau macam tu aku kenalah macam ni barulah sejuk sikit tahap kepanasan badan kau tu.” tutur Zainal bersahaja. Marah Fir bukannya lama sekejap aja.
“Erk eleh..sudah la..jom cafe aku haus sangat ni, macam nak pecah aja anak tekak aku marahkan si lahanat tu tadi.” Zainal segera bangkit dari bangku sambil mengelengkan kepalanya..
“Dia mengaku tak..”
“Dia tu nak mengaku..hahahha..kau silap orang la lah bang. Dia takkan mengaku punya”
“Kalau dia tak nak mengaku habis tu macam mana kau nak bersihkan nama kau.” Zainal mengerutkan wajahnya.
“Aku bagi tempoh dia seminggu. Aku sure dia ngaku punya. Lagipun aku takde buat salah apa-apa pun pada dia.”
“Itu yang aku pelik tu.”
“Aku rasalah kan bangl..si Miza tu cemburu..” Kata Fir besungguh sehingga membuatkan Zainal terhenti melangkah.
“Cemburu..Miza tu cemburu..tapi dia cemburukan siapa”
“Cemburukan kau lah.siapa lagi.” Ucap Fir serius. Zainal tercengang.
“Hahahaha..cemburukan aku..kau biar betul Fir. Miza tu cemburukan aku apa kejadahnya.” Zainal meneruskan langkahnya. Dia tahu Fir hanya bergurau dengannya.
“Manalah aku tahu. Kau ada tolak cinta dia ke bang.”
“Kau ni pandai-pandai lah bawak citer erk..nanti nama aku pulak yang busuknya...kau pulak nak bersihkan nama aku ke..”
“Nah! ambik kau...” Fir menumbuk bahu Zainal sekuat hati. Zainal megaduh kesakitan
“Hoit jantan ke betina kau ni. Sakit lah wei. Eeee..siapa lah malang dapat kau nanti Fir.” Zainal mengosok laju bahunya yang keakitan akibat tumbukan padu Fir.
“Siapa lagi kau lah..”
“Aku...aku yang dapat kau..hai simpang malaikat 44. tak nak aku pompuan ganas macam naga ni. Takut aku. Baru nak tut!..dah kena fire.”
“Hoi..lahanat kau bang..nah aku fire kau lagi sekali.”
“Hahahaha..” mereka beredar bersama gelak yang semakin menghilang. Melayang segala rasa marahnya pada Miza. Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati