Setelah selesai menolong Nek Mah membasuh pinggan mangkuk sarapan pagi tadi, dia bergegas kedalam bilik untuk mengemas pakaian. Bila-bila masa sahaja suaminya akan melaungkan namanya jika dia sudah bersedia untuk pulang ke kota. Adi Hamidi sendiri tidak memberitahu masa yang tepat kepadanya bila mereka akan berangkat pulang. Dia perlu bersedia. Suaminya telah hilang bersama Tok Aki selepas selesai bersarapan pagi.
“Hari ni kita masak awal sikit yea Alia. kamu dah nak balik. Adi baru bagitahu nenek tadi katanya selepas makan tengah hari dia nak gerak.” Nek Mah sedang membasuh siput sedut yang akan dijadikan menu utama meraka pada tengah hari ini. Nur Alia hanya memerhati perlakuan Nek Mah. Dia mahu belajar. Nanti senang bila Adi Hamidi mahu menyuruhnya masak gulai lemak siput dia sudah tahu cara menyediakan.
“Baiklah nek.” Balasnya.Selesai memasak Nur Alia menghidangkan lauk pauk diatas meja, dia akan menghantar satu mangkuk siput sedut kepada Kak Yam seperti yang dijanjikannya kepada Ajis kelmarin. Nur Alia melangkah perlahan menuju ke rumah Kak Yam yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Nek Mah. Ditangannya terdapat satu mangkuk siput sedut yang telah dimasak.
“Sunyi aja rumah Kak Yam ni. Tak dengar suara budak-budak pun.” Bisik hati kecilnya. Dia menuju ke arah dapur setelah terdengar bunyi bising dari arah sana.
“Assalamualaikum Kak Yam..” Nur Alia mmberi salam setelah melihat kelibat Kak Yam yang sedang membasuh periuk belanga.
W’salam.. oh Alia. Kak Yam muncul didepan pintu dapurnya setelah terdengar ada orang memberi salam.
“Alia bawakan gulai lemak siput ni Kak Yam.” lalu dia menyuakan mangkuk yang berisi siput itu kepada Kak Yam yang sedang tersenyum memandangnya.
“Terima kasih la Alia. buat susah-susah aja, kalau kami nak makan nanti akak suruh aja Ajis berkubang dalam parit tu.
“Takde susahnya kak, masak macam ni senang aja. Masukkan bahan-bahannya lepas tu campak aja siput tu dalam periuk.” Selorohnya disambut gelak tawa Kak Yam.
“Anak-anak mana kak sunyi aja tak dengar suara pun.” Soalnya ketika ketawa mereka mulai reda. Matanya melilau mencari kelibat anak-anak Kak Yam.
“Ooo..kerumah Mak Ucu diaorang. Sekejap lagi balik la tu. Bila kamu nak geraknya Alia.” Soal Kak Yam sambil mempelawa Nur Alia masuk. Dia mahu bersembang-sembang kosong sebentar dengan Nur Alia. Nur Alia hanya membututi Kak Yam dari belakang. Dia sedikit pun tidak berasa kekok dengan Kak Yam yang sentiasa ramah melayannya. Nur Alia melabuhkan punggungya dikerusi merah setelah dipelawa oleh tuan rumah. Kak Yam melakukan kerja-kerja menyalin bekas yang dibawakan Nur Alia tadi. Dia hanya memerhati kelincahan gerakan Kak Yam sambil tersenyum. Begitu ramah Kak Yam melayannya selama berada di kampung ini. Dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya yang nipis, Kak Yam memang mudah didekati. Keramahannya membuatkan sesiapapun menyenanginya.
“Entah la kak mungkin lepas makan nanti kot. Abg Adi ni pun lesap pulak dengan Tok Aki. Kemana pulak perginya. Katanya nek, dia nak keluar sekejap aja, ni dah pukul berapa?. Ni lah janji lelaki, kita orang perempuan ni kena sabar aja lah kak.” Ujarnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Kak Yam.
“Untung siapa dapat Alia ni. Bertuah Adi. Puji Kak Yam sambil menghidangkan air kepada Nur Alia.
“Berapa sen lah sangat untungnya kak. Ekonomi merosot sekarang ni, lagi rugi adalah.” seloroh Nur Alia, pecah ketawa mereka seketika.
“Pandai juga melawak budak ni, padan lah dengan Adi tu.” bisik hati kecil Kak Yam.
“Eh! tak payah susah-susah buat air lah Kak Yam. Pintanya lagipun hajatnya tak mahu berlama, bimbang Nek Mah risau menunggunya.
“Tak susah pun, campak gula, nescafe ngan air aja. Senang kan?” sambil tersenyum ketika melihat bibir Nur Alia sedikit mencebik setelah mendengar kata-kata Kak Yam.“Sunyikan kampung ni. Tenang aja. Best la tinggal kat sini Kak Yam.”
“Dah, kalau macam tu suruh aja Adi buatkan rumah kat sini. Menetap terus dikampung ni.” ujarnya kelihatan bersungguh.
“Kerja. sayang lah nak tinggal Kak Yam. Nanti kami tua lah baru buat rumah kat sini. Bolehla kita sama-sama melepak petang-petang dengan cucu-cucu kita yea Kak Yam.” Guraunya
“Haa..Iye lah tu. Jemput minum Alia nanti sejuk pulak air tu.” pelawa Kak Yam sambil duduk bertentangan dengan Nur Alia.
“Yea lah kak. Lagipun Alia tak boleh nak berlama kat sini, nanti tercari-cari pulak Nek Mah tu.” Nur Alia meneguk air nescafe itu perlahan-lahan. Selepas dia menghabiskan airnya didalam cawan Nur Alia meminta diri untuk pulang ke rumah.
Setibanya dia dirumah Nek mah, suami dan Tok Aki sedang menunggunya. Mereka sedang rancak berbual.
“Dah hantar lauk tu pada Yam, Alia. Marilah kita makan.. nasi dah terhidang tu.” ajak Nek Mah ketika melihat wajah Nur Alia tersembur dimuka pintu. Adi Hamidi memandang wajah Nur Alia yang tersenyum manis dalam diam sudah mencuri hatinya. Terasa tenang bila mendengar suara lunak isterinya. Mata mereka bertaut seketika akhirnya Nur Alia mengalah. Dia tertunduk.
“Dah nek.” Jawabnya ringkas.
“Mari tok.” Pelawa Adi Hamidi
“Haa..yea lah.”“Erm..sedapnya bau. Hari-hari perut ni asyik makan gulai lemak aja nek. Naik lah kolestrol Adi nanti. Lama-lama jadi gendut macam badut la bandan Adi ni.”
“Dah kamu yang nak makannnya. Ala balik nanti kamu pergi la bersenam. Jangan nak berlingkar aja atas katil tu. Nanti badan macam gajah pulak jadinya. Tengok badan atuk kau ni slim aja dari dulu sampai sekarang, sebab tu nek tak cari yang lain.” Usik Nek Mah sambl menjeling manja pada suaminya yang sedang tersengih mendengar pujian isterinya.
“Ooo..yea ke. Tok apa petuanya.”
“Nak petua. Haaa kita makan dulu…” Balas Tok Aki sambil membasuh tangannya.
“Ala tok ni kedekut lah tu.” jawab Adi Hamidi sengaja buat-buat merajuk. Nek Mah hanya mencebik bibir. Nur Alia tersengih memandang. Sesekali Tok Aki suka juga bergurau.
“Dah lapar ni nek.”
“Yea lah, makan. Bukan nya nek suruh tengok aja.”Adi Hamidi tergelak. Selesai doa dibacakan oleh Tok Aki. Adi Hamidi menceduk nasi kedalam pinggan Nur Alia. Isterinya sedikit terkejut dengan perlakuan Adi Hamidi, namun dia hanya memerhati sahaja. Nek Mah dan Tok Aki tersenyum bahagia, dan akhirnya dia menyenduk lauk kegemarannya kedalam pinggan Nur Alia dua tiga ekor siput yang telah dimasak berada didalam pinggan nasinya. Nur Alia telan liur. Sudahnya dia hanya memandang sepi siput masak lemak itu.
“Kenapa tak makan.” Soal Adi Hamidi setelah melihat Nur Alia hanya memandang siput itu.
“Tak tahu cara macm mana nak makan.” Katanya malu..
“Erm..makan ni punya senang pun tak tahu. Tengok sini cara abang makan ni. pembelajaran pertama pada hari ini ialah makan siput sedut.” Katanya sekadar menyindir. Nur Alia hanya tersengih kelat. Tok Aki dan dan Nek Mah senyum memanjang.
“Dah la kenakan Alia tu. Ajarkan dia macam mana nak makannya.” Kata Tok Aki memandang wajah cucu lelakinya.
“Ambik seekor siput tu, masukkan kemulut. Lepas tu sedut macam ni…sluppssss!!…”bunyi angin yang menolak siput sedut kedalam mulut Adi Hamidi dan akhirnya hanya tinggal cengkeram. Nur Alia memandang dengan khusyuk.
“Apa yang awak tenung tu. Tengok siput ke tengok abang yang encem ni.” Tegur Adi Hamidi seletah melihat Nur Alia begitu terpesona dengan melihat cara makannya tadi. Merona merah diwajah Nur Alia ketika suaminya menegur cara pandangannya tadi.
“Ah perasan! Siput tu lagi lawa dari awak la.” Getus hatinya. Nek Mah dan Tok Aki berpandangan.
“Sluppss!..sluppss!. dah lima ekor Adi Hamidi berjaya memasukkan kedalam mulutnya. “Wah lajunya dia makan. Aku satu pun belum lepas lagi.” Bisik hatinya ketika melihat aksi Adi Hamidi menyedut siput kegemarannya tidak putus-putus. Nur Alia yang mengambil seekor siput itu lalu menyuakan kedalam mulutnya. Matanya terpejam rapat..sebenarnya dia takut untuk makan siput sedut, lagipula dia tidak pernah menyentuh makannan itu. Tok Aki dan Nek Mah hanya menggelangkan kepala melihat aksi lucu Nur Alia. Adi Hamidi tersengih melihat telatah isterinya.
“Sluuupppsss!..sluuppppssss.! siput itu masih mahu belum keluar. Wajahnya terasa membahang melihat suaminya memerhati dengna tekun cara makannya yang entah apa-apa.
“Rasanya dah kering kuah dalam cengkeram tu awak sedut.” Katanya dalam sengihan. “Cuba lagi. Ambik yang lain pulak.” Nur Alia menurut tanpa banyak songeh.
“Sluuppppsss!..terasa satu benda kesat menyentuh lidahnya. Oleh kerana terkejut, siput yang berada dalam tanganya terpelanting ke pinggan Tok Aki. Tok aki yang sedang menceduk sayur labu kedalam pinggannya terperanjat. Lauk yang dicedukkannya tadi tumpah. Adi Hamidi ketawa sakan melihat cengkeram siput itu berada didalam pingan Tok Aki. Sah Alia memang tak reti makan siput sedut. Nur Alia yang merah padam mukanya menahan malu. Dia Memohon maaf dari Tok Aki sambil menunduk. Terasa ingin terkeluar airmatanya, beberapa kali matanya dikerdipkan agar ianya tidak tumpah. Tok Aki hanya tersengih Nek Mah juga begitu. Kelakar dengan cucu barunya yang ini. Terasa terhibur dengan kerenah yang tidak disangka-sangka.
*******
“Dah kemas semua barang-barang. Nanti jangan ada yang tertinggal pula.” Soalnya ketika melihat Nur Alia membimbit beg pakaian mereka ke ruang tamu.
“Dah.” Jawabnya sepatah
“Yang jemur kat luar tu awak dah ambik.” Soal Adi Hamidi inginkan kepastian.
“Yang mana?” Nur Alia cuba mengingati pakaian yang mana lagi belum disimpannya. Keningnya berkerut memikirkan. Wajah itu ditatap Adi Hamidi dengan sengihan.
“La mesti tak ambik lagi ni.” katanya sambil memandang Nur Alia.
“Takpelah nanti aku pergi ambik. Dia berlalu meninggalkan Nur Alia diruang tamu itu.Tidak sampai lima minit suaminya muncul dengan tidak membawa apa-apa pakaian yang dikatakannya tadi.
“Belum kering lagi lah. Takpelah tinggal kat sini ajalah, lain kali nak balik lagi.” Bagai dapat dibaca apa yang difikirkan Nur Alia setelah melihat wajah isterinya memandang dengan hairan. Adi Hamidi mengambil beg pakaian yang dibimbit oleh isterinya tadi
“Neneknya dah la tu. bukannya mereka ni tak nak datang-datang lagi lepas ni. Nanti ada masa diorag datanglah tu.” Pujuk Tok Aki ketika melihat Nek Mah masih lagi mengesat air mata dengan pejuru legan bajunya. Nur Alia memegang tangan Nek Mah, meminjamkan kekuatan. Dia juga kasih kepada Nek Mah dan Tok Aki. Air matanya yang jatuh disapu perlahan. Kesedihan Nek Mah turut meresap kedalam hatinya. Adi Hamidi hanya memandang sepi.
“A’aa nek, bukannya Adi tak balik-balik lagi dah. Ada cuti nanti kami balik lah. Lagipun murni lepas SPM nak tinggal dengan nenek dulu sebelum sambung belajar. Tak pun biar nenek dan tok aja duduk ngan kami ni.” Pelawa Adi Hamidi bersungguh-sungguh.Tok Aki hanya tersenyum. Dia tahu Nek Mah akan menolak ajakan Adi. Mereka lebih suka duduk dikampung suasananya tenang lebih-lebih lagi boleh berbakti pada tanah, jika dibandar mencari sejemput tanah untuk bertanam pun susah, semuanya tanah batu bersalut simen.
“Dah. Nanti lambat pulak cucu kita ni sampai kerumah. Murni tu tinggal sesorang pulak nanti.” Tok Aki memujuk Nek Mah.
“Nanti jangan lupa yea ada masa jenguk-jenguklah nek kat sini.” Sayu suara nek mah menutur kata. Dia begitu sebak.
“Yea nek.” Adi Hamidi menyalami kedua tangan nenek dan Tok Aki. Lagi dia berlama disitu lagi susah neneknya melepaskan dia pergi. Adi Hamidi memangdang isterinya sebagai isyarat dia akan bergerak sekarang. Nur Alia menyalami mereka. Seakan pelukan itu tidak dimahu dilerainya. Kehangatan tubuh Nek Mah bersatu dengan tubuhnya. Lama Nek Mah berkeadaan begitu.
“Hati-hati bawak kereta yea Adi. Jaga cucu baru nenek ni, jangan suka sangat buli Alia tu.” Nek Mah mengingakan Adi HamidiAdi hamidi hanya tersengih. Lalu dia mengangguk.
“Assalamualaikum.” Kedengaran suara kak yam memberi salam.
“W’salam..” jawab mereka serentak.
“Dah nak gerak ke ni.” Kak Yam memimpin tangan Munirah yang malu-malu mengahampiri Adi Hamidi. Siti dibelakngnya tersengih-sengih manja melihat Nur Alia yang turut tersenyum kepadanya.
“Dah kak. Cuma tunggu katanya nak bagi hadiah pada Adi kan kak”. Selorohnya mengusik kak Yam.
“Nasib baik sempat. Ni ha akak ada bawakan jagung untuk kau bawak balik kl. Nanti boleh la kamu buat bubur ke, rebus ke, bakar pun sedap. Murni suka sangat makan jagung.” Terangnya sambil menghulurkan seplastik jagung yang segar-segar.
“La apa ni Kak Yam. Kenapa la susahkan diri.”
“Susah kan apa pulak Adi. Akak petik aja buahnya bukan panjat pun.” Kak Yam mengenakan Adi hamidi. Ketawa meletus memenuhi ruang laman rumah Nek Mah.
“Yea lah susah la tu. untuk Adi akak tak kasi pun ni untuk Murni Aja saja aja akak ni nak bagi Adi merajuk kan.kan.. guraunya lagi.
“Isk. Kamu ni Adi tak sudah-sudah nak mengusik. Masuk pertandingan raja lawak la kamu. Boleh masuk TB.” Mereka tergelak mendengar usikan Nek Mah. Minat juga nek mah dengan rancangan raja lawak.
“Pecah tv kalau Along Adi masuk tv nek, tak pasal-pasal oyang tak dapat tengok tv.” Tutur siti dengan selamba.Ketawa meletus lagi.
“Lurus bendul la kamu ni Siti.” Tegur Kak YamSiti meghampiri Nur Alia berada tidak jauh dari Along Adinya. Dia menyalami tangan Nur Alia.
"Kak Alia siput besar semalam akak makan semua ke?" Suaranya kedengaran perlahan seakan berbisik. Namun mereka semua masih lagi dapat mengakap butir kata Siti itu.
“Siput besar.” Semua mata memandang Nur Alia dan Siti.Wajahnya memerah menahan malu.“Isk.. kamu ni Siti. Buat malu mak aja, kan kak Alia dah bagi kita tu. kalau tak cukup kita suruh aja abang Ajis cari. tegur Kak Yam sedikit tegas. Dia tidak mahu anaknya berkelakuan kurang sopan.
“Siput tu mana ada orang makan Siti. Kan selalu mak kamu kutip lepas tu buang.” Jawabnya Nek Mah bagi pihak Nur Alia
“Siput apa tu Nek Mah.” Kak Yam memandang Nek Mah dengan wajah kehairanan. Seolah-olah ada sesuatu yang telah terjadi tapi tidak diketahuinya. Dia takut anaknya ada yang bersikap kurang ajar pada orang yang lebih tua.
“Ooo..ini kerja Siti dengan Alia lah ni kak. Diaorang ni kutip siput Gondang bawak balik nak masak gulai lemak.” Jawab Adi Hamidi selamba sambil menatap wajah isterinya yang sedikit segan.
“Hah. Siput Gondang.” Hatinya bagaikan digeletek ketawa sakan kak Yam mendengar ulasan Adi Hamidi. Tidak disangka Nur Alia tidak mengenali siput sedut.
“Patut la Siti tanya Kak Yam tadi. Kak Alia ada kasi siput besar tak. Tak tahu pula diorang bawak balik siput Gondang.” Katanya setelah ketawanya semakin red dia mengelegkan kepala memandang Nur Alia yang mula berubah wajah. Siti memandang wajah emaknya dan tersengih membariskan gigi kapaknya yang semakin menumbuh.
“Siput tu orang tak makan lah Siti. Yang tu beracun.”Siti hanya tersengih mendengar kata dari emaknya. Nur Alia juga turut tersengih melihat Siti dan memikirkan kebodohannya. Adi Hamidi menghulurkan beberapa keping not RM 50 kepada Kak Yam. walaupun Kak Yam menolak dia tetap juga memaksa menerima huluran yang tak seberapa darinya. Baginya Kak Yam sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri. Susah senang Kak Yam dia turut mahu berkongsi. Akhirnya Kak Yam mengalah. Nur Alia menyalami Kak Yam, mereka juga turut berpelukan.
“Tolong tengok-tengokkan nek dan tok yea kak.pinta Nur Alia.”Kak Yam mengangguk perlahan.Munirah melarikan diri dibelakang emaknya selepas Adi Hamidi berjaya mencuit hidungnya.
Kereta Honda Accord meluncur perlahan meninggalkan perkarang rumah Nek Mah dan Tok Aki. Adi Hamidi dan Nur Alia hanya diam membisu didalam kereta, melayani perasaan masing-masing. Perasaan sayu menyelubungi diri selepas meningalkan insan yang begitu menyenangi kehadirannya sebagai anggota baru dalam keluarga. Terasa baru semalam dia menjejaki ke rumah itu. Segala kenangannya disini akan disimpan kemas dalam kotak memori hidupnya.
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sambung cepat ye
Post a Comment