Friday, May 14, 2010

CERPEN: Dosa Sekeping Hati

Cerpen yang terhasil sempena sambutan Hari Ibu. SELAMAT HARI IBU buat semua wanita yang bergelar IBU, EMAk, MAMA, UMMi... Kasihmu tiada bandingan..

Aku perlu segera menyiapkan kerja yang hanya sedikit berbaki, waktu solat Asar telah jauhku tinggalkan pergi, betapa terlekanya aku dengan urusan dunia sehingga terlupa kepada Al-Khaliq Tuhan Yang Maha Pencipta. Menyesali kealpaan diri aku beristifar didalam hati, kerja yang hanya sedikit untuk dihabiskan itu aku tinggalkan buat sementara waktu, temujanjiku bersama Dia telah kelewatan. Ku pandang kiri melihat teman sekerjaku juga masih leka dengan kerjanya mengejar dateline menjelang esok hari. Meja kerja kami kelihatannya seperti bubur lambuk segala macam terdampar diatasnya pemandangan itu telah menjadi pemandangan biasa bagi diriku yang telah terlibat lebih dari 8 tahun dalam bidang construction.
“Farah akak nak pergi solat dululah, asar belum lagi ni. Farah dah solat ke”
“Farah cuti la kak…” jawabnya pendek
“Awal pulak bulan ni…” kataku sambil berseloroh, aku sememangnya tahu aturan haidnya yang tidak menentu, sudah acapkali aku menyuruhnya membuat pemeriksaan tapi dia hanya ketawa dan ketawa. Farah hanya tersenyum sambil kembali leka dengan kerjanya.
“Farah nak balik pukul berapa ni..”
“Sekejap lagi kak lagipun kerja Farah dah nak siap ni, tak nak duduk kat office ni lama-lama dah jadi macam rumah pulak.” Aku hanya tersenyum dengan kata-katanya.
“Ok kalau Farah nak balik nanti jangan tutup lampu tu tau. Akak ada kerja lagi nak siapkan.” Farah hanya mengangguk laju lalu menyambung kerjanya. Aku berlari anak menuju ke surau yang terletak diaras yang sama.

Usai menunaikan solat aku kembali bergegas menyambung kerja yang belum selesai. Farah sudah tiada dimejanya dah balik agaknya, mejanyanya juga kelihatan kemas. Aku terpandang satu nota yang ditinggalkan diatas mejaku.
“Farah balik dulu kak, jangan kerja kuat sangat…bos takde budjet nak naikkan gaji tahun ni.” Aku hanya ketawa membaca nota yang ditinggalkan Farah, ternyata orangnya suka ketawa dan suka membuatkan orang ketawa. Bekerja dengannya jarang menimbulkan masalah, walaupun usianya jauh lebih muda dariku tapi kematangannya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan rakan seusia dengannya. Mungkin dia berasal dari keluarga susah membuatkan dirinya cepat matang dari usia. Kerja yang diberikan siap juga akhirnya. Aku menarik nafas lega segala peralatan dan kertas kerja aku susun baik-baik. Esok pagi sebelum dihantar aku akan memeriksanya sekali lagi.

Kunci kereta ku capai dari dalam tas tangan. Oleh kerana keadaanku yang kelam kabut tanpa sengaja aku terlanggar seorang kanak-kanak yang tiba-tiba berlari melintasiku. Kanak-kanak perempuan itu rebah lalu terjelupuk diatas jalan. Aku terus menerpa ke tempat dia jatuh.
“Maaf dik, Achik tak sengaja…”Aku mengosok lutut kanak-kanak itu yang sedikit tercalar.
Ibunya yang terleka mengawasi anaknya tadi berlari-lari anak mendapatkan kanak-kanak itu. Ternampak sahaja ibunya kanak-kanak itu terus menangis mungkin dari tadi dia sengaja menahan tangis kerana takutkan aku. Kakak itu memeluk anaknya erat bagi meredakan tangisan yang baru sahaja bermula.
“Jangan menangis, ibu ada ni..tak mau nangis-nangis…”kakak itu begitu lembut memujuk anaknya yang masih belum mahu berhenti menangis. Walaupun badan kanak-kanak perempuan itu sedikit berisi aku melihat sedaya upaya kakak itu mendukungnya.
“Saya minta maaf kak, salah saya tadi..”
“Takpe dik, akak yang cuai tak jaga dia dengan baik tadi.” Aku hanya mengangguk. Kanak-kanak itu masih menangis diatas bahu ibunya. Aku hanya memerhatikan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
“Saya rasa baik kita bawa dia ke klinik kak buat pemeriksaan, manalah tahu ada kesan lain nanti.”
“Eh! takpelah dik anak akak ni memang lasak dia menangis sebab tak kenal orang aja, nanti ok lah tu lagipun akak nak cepat ni takut jalan jem.”
“Rumah akak kat mana biar saya hantarkan..jangan risau saya bukan orang jahat kak.” Aku cuba menyakinkan kakak itu.
“Takpe la terima kasih aja lagipun akak bukan nak balik ke rumah, akak nak ke Pizza Hut Jalan Makmur.”
“Ooo..macam tu.”
“Ibu bas dah sampai tu, cepat la nanti tak dapat nak makan pizza dengan nenek.”.jerit kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba memeranjatkan aku dan ibunya. Aku memandang ke arah yang sama ditunjukkan kepada Ibunya. Bas biasa yang mengangkut orang awam itu penuh sesak degan lautan manusia didalamnya. Aku mula terfikir bagaimana kakak ini mahu menempatkan diri bersama anak perempuannya dalam keadaan bas seperti tin sardin.
“Akak pergi dulu lah yea.” tergesa-geasa kakak itu meminta diri. Terfikir juga dimanakah suaminya.
“Eh nanti dulu kak..”kakak itu menghentikan langkahnya lalu berpaling ke arahku.
“Macam mana akak nak naik kalau bas dah penuh macam tu, kesian anak akak nanti..mari saya hantarkan. Akak jangan risau saya bukan berniat jahat, saya ikhlas.” tuturku. Akhirnya dia mengalah setelah aku bersunguh mahu menghantar mereka.

“Terima kasih dik..” ucap kak Idah, apabila aku menghantarnya betul-betul dihadapan Pizza Hut yang dijanjikan bersama keluarganya, Nana kanak-kanak itu turut melonjak kegembiraan, melihat beberapa ahli keluarga mereka turut sama memerhatikan kak Idah yang baru sahaja sampai.
Marilah joint sekali. Akak ngan adik beradik nak menyambut hari ibu, mak akak pun ada kat dalam tu. Pelawa kak Idah ikhlas, aku bagaikan terkaku apabila dia menyebut Hari Ibu. Rasa sebak mulai mengambil tempatnya membuatkan aku ingin cepat sampai ke rumah. Aku tidak mahu kak Idah melihat perubahan wajahku.
“Eh takpe lah kak terima kasih aja, kirim salam pada mak dan ahli keluarga akak yea.” aku cuba mengawal suara yang mulai bergetar.
Tanpa berlengah aku meluncurkan kenderaanku, rupanya hari ini adalah hari Ibu, aku terlupa lagi tentang itu. Airmataku mengalir laju mengingati saat-saat manis sewaktu bersama ibu serta sikap melampauku terhadap ibu semasa hayatnya. Berkali-kali aku menghadiahkan Al-Fatihan buat Ibu agar rohnya tenang disana, aku semakin pilu mengenangkan sikapku terhadap Ibu selama ini. anak solehahkah aku selama ini. semakin laju ku bawa keretaku semakin laju juga airmata ini mengalir.

“Ibu nak buat apa dengan nasi lemak banyak-banyak ni..”daun pisang berselerakan di atas meja, aku hanya menatap dengan pandangan kosong, belum mengerti dengan apa yang ingin dilakukan oleh Ibu ialah kanak baru berusia 5 tahun baru belajar mengenal dunia. Leka juga melihat tangan ibu begitu lincah membungkus nasi lemak yang dimasaknya subuh tadi, bau sambal tumis ikan bilis harum semerbak mencucuk-cucuk hidung. Ibu tersenyum melihat wajahku yang berkerut dan rambut yang masih kusut masai.
“Dah bangun anak ibu ni. Cium cikit, masamnya bau, pergi mandi dulu..”aku hanya mengeliat kecil, leher Ibu ku peluk erat, pertanyaanku belum terjawab arahannya aku abaikan.
“Ibu nak buat apa ni Bu…”
“Ibu nak hantar kat kedai makcik Nab, nanti kalau orang beli kita dapat duit, boleh la Ibu sekolahkan adik macam kawan-kwan adik yang lain. Adik nak sekolah tak ni..”
“Nak!..adik nak sekolah Bu, nanti Ibu dapat banyak duit ibu simpan untuk adik, bila duit dah banyak bolehla Ibu sekolahkan adik erk..adik nak belajar kat sekolah kat sana ramai kawan, ada cikgu yang boleh ajar adik, adik nak jadi pandai lagi pandai pada Ifah..” Ibu begitu bangga melihat semangatku yang berkobar-kobar. Itulah sering ku katakan pada Ibu setiap kali aku melihat kanak-kanak seusia denganku ke sekolah.
“Kalau adik nak ke sekolah adik kena tolong Ibu,..Nah! adik letak nasi lemak ni dalam bakul tu susun elok-elok tau, hati-hati sikit nanti tumpah.” Ibu mengunjukkan beberapa bungkus nasi lemak yang siap dibungkus kepadaku. Aku begitu senang hati kini impian untuk belajar di sekolah yang sama dengan Misha dan Nora bakal menjadi kenyataan.
“Bila besar nanti adik nak jadi apa..”soal ibu sambil tangannya cekap membungkus nasi lemak.
“Adik nak jadi doktor, nanti bila ibu sakit adik boleh rawat ibu, boleh jaga ibu sampai ibu sembuh..” kataku bersungguh.
Itulah perkerjaan ibu menyara kehidupan kami anak branak dan hasil duit itu juga dia mahu menyekolahkanku, setelah setahun ayah meninggalkan kami, pergi buat selama-lamanya. Tinggallah aku bersama ibu dua beranak meneruskan kehidupan yang tidak pasti bila penghujungnya hanya Dia yang mengetahui perjalan hidup kami. Dan sehingga aku dapat melanjutkan pengajianku ke universiti ibu masih berkerja menyara hidupku. Bermulalah episod baru dalam hidupku, episod yang sehingga kini masih menjadi bayangan dalam hidupku.

Aku merupakan anak tunggal ayah dan ibu, kelahiranku agak lewat. Ibu dan ayah menunggu zuriatnya ini selama 15 tahun perkahwinan mereka. Sejak dilahirkan aku ditantang bagai minyak yang penuh oleh ayah yang hanya bekerja sebagai pemandu lori yang mengangkut barang-barang orang berpindah rumah, setiap kali dia pulang dari menghantar barang pasti paling kurang ada hadiah yang dibawa pulang bersama waima anak patung yang tidak dimahukan oleh tuannya lagi. Aku tetap menerima dengan gembira setiap pemberian ayah dan tidak sekali-kali aku tanyakan dari mana dia mendapatkan barang-barang itu. Rumah buruk dipinggir desa yang hampir roboh itu adalah tempat tinggal kami sejak aku dilahirkan. Setahuku kami telah dihalau oleh kakak kepada ayah iaitu Mak Long ibu saudaraku sendiri. Entah apa yang tidak kena antara ayah dan Mak Long aku tidak pasti. Aku tidak pernah mengambil pusing sehinga aku menjadi dewasa nama Mak Long dan saudara yang lain tidak pernah kami sebut.


Akhirnya dengan kesungguhan dan keyakinan yang jitu aku berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Ibu adalah orang yang paling gembira mendengar khabar yang kuberikan. Keesokan ibu menjamu jiran-jiran dengan pulut kuning sebagai melepaskan hajatnya. Perasaan gembira turut aku kongsikan bersama Nora dan Misha.
Pertama kali berpisah dengan ibu tercinta aku begitu ralat sekali, masakan tidak sebelum ini aku belum pernah berjauhan lagi dengan ibu dan begitu juga ibu tapi memandangkan hanya aku harapannya ibu gagahi jua melepaskanku.
Bermulalah pengidupanku sebagai siswi di Universiti Sains Malaysia. Pada mulanya kekok juga menyesuaikan diri di tempat baru tapi lama kelamaan ianya menjadi biasa. Aku berkawan tidak mengira siapa, baik yang kaya mahupun yang miskin. Kadang-kadang aku turut mengikut rentak dan gaya anak-anak orang berduit. Teman sebilikku merupakan anak seorang menteri besar tetapi berlainan jurusan pun begitu itu bukan penghalang bagiku untuk berkawan rapat dengannya, sejak aku bertambah rapat dengannya kehidupanku sebagai pelajar mula merosot. Pada mulanya aku seronok mengikuti kuliah dalam bidang sains perubatan tetapi melihat teman-teman sebiliku mempunyai masa untuk enjoy aku mula terfikirkan tentang kuliahku tidak seperti mereka. Akhirnya aku belajar ponteng kelas dari rakan-rakanku. Aku tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai nikmat remaja yang tak pernah aku lalui sebelum ini. Herlina sering membawa aku melepak bersama teman-temannya yang belum pernah aku kenali sebelum ini pun begitu perkenalan yang belum terjalin antara kami bukan lah titik noktah keseronokanku, aku makin suka dengan cara kehidupan ku yang mula merasai nikmat dunia, telekung solat yang dibekalkan oleh Ibu telah lama ku tinggalkan.

Aku juga jarang menghubungi Ibu dikampung rindu yang sering ku ucapkan sewaktu berjauhan darinya kini tidak terasa lagi, malah untuk balik ke kampung juga aku terasa jelek sekali, aku terpaksa berbohong setiap kali cuti semesta bermula. Tidak ku pedulikan perasaan ibu yang sangat merinduiku ketika itu yang aku mahu hanyalah enjoy bersama teman-temanku. Setiap kali aku kehabisan wang aku akan menelefon ibu dikampung. Suatu hari aku menelefon ibu, kedengaran suaranya lain sekali diselangi pula batuk-batuk kecil tapi itu semua tidak aku pedulikan. Tidak pernah aku tanyakan khabar ibu baik kah dia atau sakitkah dia itu bukan urusanku. Aku perlukan wang untuk bercuti bersama teman di Kota Kinabalu, tiketku ke sana telah ditaja oleh Herlina, aku sangat teruja kalau ianya menjadi kenyataan itulah kali pertama aku menjejak langkah ke dalam kokpit burung angkasa.
“Hello... ibu adik nak duit, nak beli buku la Bu, nanti ibu masukkan yea.” Tanpa sempat aku bertanyakan khabarnya alasan itulah aku berikan setiap kali aku kehabisan wang yang dikirimkan ibu.
“Assalamualaikum adik..anak ibu sihat..” lembut suara ibu di hujung talian tapi menjadi hangat dipendengaranku.
“Baik..”jawabku acuh tak acuh, salamnya ku biarkan sepi.
“Adik dah makan..”
“Dah!..ibu dengar tak ni, adik nak duit..”tegasku apabila ibu terus bertanyakan itu dan ini, malas aku bercakap lama-lama dengan ibu.
“Yea lah ibu masukkan esok.” Jawab ibu mesra.
“Adik nak pakai hari nil lah Bu, petang ni dah nak kena beli buku kalau tunggu esok takut buku tu dah habis..”bohongku bersungguh.
“Iyalah petang nanti ibu masukkan lima ratus.”
“Lima ratus Bu, mana cukup adik nak seribu, belajar di U banyak nak kena pakai duit, itu belum masuk makan minum lagi Bu, dah la semua buku mahal-mahal..”
“Ibu takde duit banyak tu dik..”
“Ala ibu jangan nak bohong dengan adik la Bu, takkan ibu jual nasi lemak hari-hari tu tak simpan. Adik nak juga duit tu, kalau ibu tak nak bagi adik nak berhenti belajar…” aku mula berani mengungut ibu yang telah membesarkanku dari sekecil tapak tangan sehingga menjadikan aku manusi sempurna. Segala jasa-jasanya ku pandang sepi.
“Jangan berhenti dik, takpelah pasal duit tu adik jangn bimbang nanti ibu masukkan yang penting ibu nak adik berusaha bersungguh-sungguh jangan lupa solat tu itu yang wajib ditunaikan jangan abaikan.” Pujuk Ibu bersungguh-sungguh,.aku tersenyum panjang, taktikku mengena juga akhirnya. Kepayahan ibu tidak aku pedulikan yang penting misi ku ke sana terlaksana.

Pulang dari KK aku bertambah melupakan pelajaranku, kerap kali aku ponteng kuliah kerana sering keluar melepak bersama dengan jejaka yang aku kenali sewaktu kami melancong di KK dahulu pelajaranku semakin merosot. Rakan-rakan sekuliah juga sering menasihatiku supaya tidak meneruskan aktiviti yang membuang masa tapi aku langsung tidak menghiraukan nasihat mereka malahan teguran yang diberikan membuatkan aku semakin rimas dengan kehidupan sebagai seorang siswi. Beberapa tahun aku larut dengan cara hidupku, aku masih bernasib baik setiap kali peperiksaan aku masih lepas walaupun pointernya hanya cukup-cukup makan.
Peperiksaan semesta akhir bermula minggu depan aku hanya menyiapkan diri ala kadar sahaja. Aktiviti malamku langsung tidak berubah malahan semakin kerap aku keluar berhibur, aku sudah lama tinggal di luar bersama Herlena dan beberapa rakan yang lain, memandangkan tiada yang menghalang aktiviti kami aku semakin liar. Suatu hari oleh kerana taksub dengan kehidupan dunia tanpa mengenal halal haram aku hampir-hampir dirogol oleh teman lelaki Herlena dan lebih malang lagi Herlena menuduhku sengaja menggoda teman lelakinya yang sememangnya miang itu. Akhirnya kami bergaduh besar. Malam itu juga aku dihalau keluar oleh Herlena. Aku menumpang dibilik sewa teman kuliahku, nasib baik mereka masih menyimpan sifat belas mereka terhadapaku, esoknya aku mengambil peperiksaan seperti biasa walapun aku tahu aku bakal gagal kali ini. Habis peperiksaan aku menghilangkan diri, malu bertemu teman-teman yang pernah menasihatiku dulu. Aku membawa diri mencari perkerjaan di Kuala Lumpur, aku malu untuk pulang ke kampung menemui ibu yang mengharapkan aku berjaya menjdi seoarang doktor. Aku gagal dalam menilai intan dan kaca walapun Allah anugerahkanku dengan akal yang baik. Dengan kesungguhan yang ada akhirnya aku berjaya menjadi kerani disalah sebuah syarikat pembinaan, aku berusaha bersungguh-sungguh setelah result peperiksaan keluar rakan sebilik menghubingiku, aku dikhabarkan dengan berita yang memang aku jangka aku gagal dalam peperiksaan terakhir.

Rasa bersalah mulaui menghambat diri, aku hidup dalam keadaan yang dibuai rasa bersalah kerana mengewakan ibu yang selama ini mengharapkan kejayaanku. Aku berkerja bersungguh-sungguh syarikat pembinaan itu setelah 4 tahun bekerja disitu aku dinaikkan pangkat. Walaupun begitu hidupku bagai serba tak kena dari hari ke sehari aku merindui ibu sehinggakan terbawa didalam mimpi. Suatu hari cuti umum aku tergerak hati untuk balik ke kampung menemui ibu yang telah lama ku tinggalkanya hidup sendirian. Kepulanganku amat mengejutkan, rumah yang kami duduki dahulu telah roboh hanya tinggal tapak sahaja. Aku segera bertanyakan jiran-jiranku tanpa segan silu, aku tahu mereka cukup marah dengan tindakanku selama ini membiarkan ibu hidup melarat. Aku diberitahu ibu telah dihantar ke rumah kebajikan setelah sekian lama dia ditinggalkan. Aku terkaku tanpa kata. Dapat ku bayangkan bagaimana keadaannya menanti saban waktu kepulanganku. Harapan yang tidak pernah pudar walau ditelan waktu.

“Dah lama mak kamu sakit..kami tak larat nak jaganya iyea lah anak-anak pun ramai kamu faham-faham ajalah keadaaan kami ni macam mana. Tok ketua yang cadangkan supaya mak kamu dihantar ke rumah kebajikan katanya disitu lebih terjaga..” ujar makcik Siti. Aku hanya mampu mengalirkan airmata. Bertapa kejamnya aku membiarkan ibu menangung sakit sendirian. Setalah aku mendapatkan serba sedikit informasi rumah kebajikan yang diberitahu makcik Siti tanpa berlengah aku terus ke sana. Aku ingin menemui ibu yang mangandungkan selama 9 bulan yang menjagaku sehingga aku berupaya ke menara gading.

Aku melihat disekelilingku pemandangan yang cukup menyentuh hati, warga tua yang tidak berdaya ditinggalkan anak-anak setelah mereka tidak diperlukan lagi dalam hidup mereka membuatkanku sebak tiba-tiba, longlai kakiku melangkah jantungnya berdegup normal pada mulanya kembali berdetak laju. Beginikah kehidupan ibu disini. Ibu bapa yang terpaksa dihatar ke rumah kebajikan hanya kerana anak-anak tiada masa menjaga mereka, sedangkan orang tua inilah yang memelihara walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan. Aku diantara anak yang tak mengenang budi itu. Renungan mata yang cukup sayu dari seorang ibu mengharapkan kepulangan anak yang telah lama ditinggalkan begitu menyanyat hati, diriku sebak melihat keadaan itu. Anak mereka adalah anak sepertiku, membuang ibu sendiri demi kepentingan diri. Airmata yang nyata ku pendam mengalir jua akhirnya. mataku melilau mencari wajah ibu, wajah insan yang melahir dan membesarkanku dengan segala kudratnya. Hatiku merintih pilu. Bibirnya yang tadinya berupaya mengukir senyum kini bergetar hebat saat satu persatu wajah insan mulia ku perhatikan sebak menguasi diri. Walaupun ajal semakin menghampiri namun sejuta harapan jelas terpancar dimata mereka mengharapkan anak-anak datang menjenguk.

“Ibu....Ibu…” hatiku menyeru nama ibu berkali-kali. Tiba-tiba mataku tertancap pada seorang warga tua yang duduk dikerusi roda sedang ditenangkan oleh pembantu rumah kebajikan itu. Aku memerhati dari jauh, melihat satu lagi pemandangan yang memang tidak pernah aku lihat sebelum ini.

Perempuan tua menepis nasi yang disuapkan oleh seorang penjaga di situ, pingan plastic yang berisi nasi juga ditolak sehinggakan butiran nasi jatuh berselerakan di atas lantai, beberapa warga tua melihat bersahaja mungkin sudah terbiasa dengan pemandangan sebegitu. Aku masih mencari wajah insan yang telah lama ku biarkan hidup sendirian, terlalu banyak dosa ku galas selama ini, masih sempatkah aku memohon keampunan darinya.
“Ibu anak derhaka ini datang menjengukmu, anak derhaka ini yang telah banyak mengundang sengsara dalam hiudpmu, tertebuskah dosaku padamu... ibu…ibu… dimana ibu..” hatiku merintih pilu. Sempatkah aku memohon keampunan darimu.
“Aku tak nak makan..tak nak…kau faham tak..”jerit wanita tua itu tiba-tiba.
“Makcik..makcik kena makan, kalau tak makan macam mana makcik nak jumpa anak makcik..”wanita itu memujuk lembut, bertapa mulianya hati wanita itu sanggup bersabar dengan karenah warga tua yang bukan dari darah dagingnya sendiri.
“Aku tak nak makan..”tegas makcik itu berkata.
“Tak boleh..makcik kena makan sikit, kalau tak makan macam mana nak dapatkan tenaga..” wanita itu meninggalkan makcik itu sendirian namun sebentar kemudian dia kembali dengan sepingan nasi baru. Dia berusaha menyuapkan nasi itu walaupun pelbagai cara makcik itu mengelaknya. Makcik itu tetap mengunci mulutnya dia melarikan kepala setiap kali wanita itu mahu menyuapnya.

“Kesian dia tu, anaknya tak pernah jenguk sejak masuk ke sini, dia macam dah tak siuman lagi..” aku terdengar beberapa warga tua sedang bersembang mengenai wanita tua itu sesama mereka. Mungkin simpati nasib wanita tua itu lebih malang dari mereka.
“Kesian... Dia tak pernah lekang memanggil nama anaknya..selalu duk sebut adik.adik..” bagai mahu luruh aku mendengar panggilan itu. Hanya ibu seorang yang memanggilku begitu. Langkah kakiku perlahan-lahan menghampirinya, menggigil kepala lututku ketika itu, airmata yang mengalir bagaikan tidka mahu berhenti. Tidak ku hiraukan pandangan mata yang memandang. Kini seleuruh jiwaku hanya tertumpu pada wanita yang duduk dikerusi roda. Pembantu rumah kebajikan itu terpinga-pinga ketika aku melutut dihadapan ibu, dengan pandangan yang dikaburi airmata jelas aku masih mampu mengecam wajah ibu walaupun sejuta kedutan terhias diwajahnya.
“Ibu..ibu ini adik bu..adik datang ni Bu..”wanita tua itu terpinga-pinga ketika aku mencapai tangannya.
“Ibu..ibu tak kenal adik..Ini adik Bu anak ibu..” aku masih berusaha mengembalikan ingatan ibu yang semakin lemah.
“Ini adik..anak ibu..tangan tua itu aku rabakan ke mukaku..aku mahu ibu merasai kasih saying yang dicurahkan kepadaku masih ada…ibu meraba wajahku berkali-kali bibirnya bergetar hebat.. wajahnya yang sudah dimakan usia berkerepot, mata yang selama ini sering bercaya kini kuyunya tiada serinya. Tangan yang dulu lembut terasa kasar menyentuh pipi. Kolam matanya digenangi airmata kegembiraan.
“Adik..perkataann pertama yang keluar dari mulut ibu. Aku meraung ketika namaku di sebutnya..ibu masih mengingatiku walaupun telah bertahun aku tidak menjenguknya, walaupun telah bertahun juga aku melupakannya, ibu masih menyimpan namaku didasar hatinya, aku tidak segan silu menangis di situ dihadapan warga tua yang lain.
“Ampunkan dik Bu!..Ampunkan adik!..aku berkata dalam sendu yang masih bergetar.
Aku memeluk erat tubuhnya yang kini sudah tidak berisi lagi. Kemontokan ibu tidak lagi kelihatan hanya yang tinggal kulit yang bersalut tulang. Keadaannya cukup menyentuh hati dan perasaanku.
“Ampunkan adik Bu..adik anak derhaka. Ampunkan adik Bu..” berkali-kali aku memohon keampunan dari ibu.. Beberapa orang penghuni disitu turut menangis bersamaku.
“Kita pulang Bu..kita pulang..adik akan jaga ibu..” Ibu masih kemas memelukku, bagaikan tidak mahu melepaskanku lagi, bagaikan takut dia akan kehilanganku lagi. Baju yang ku pakai lenjun dengan airmata Ibu.
“Adik takkan tinggalkan ibu lagi..adik janji Bu.”
Setelah aku berjanji barulah ibu sedia melepaskan pelukannya. Aku gengam tangan ibu dengan satu azam, aku akan tebus kembali waktu-waktu yang telah aku sia-siakan.

Satu kejutan di pihak majikan setelah aku meminta cuti dua bulan tanpa gaji. Aku nyatakan bahawa aku ingin meluangkan masa bersama ibu yang telah lama ku tinggalkan, mulanya Encik Asrul teragak-agak melepaskanku maklumlah aku antara pekerja kesayangan dan jarang sekali aku bercuti akhirnya dia mengalah dengan alasan yang ku berikan dan paling mengejutkanku dia tidak akan memotong gajiku seperti yang ku minta. Gajiku tetap berjalan walaupun aku bercuti. Aku berterima kasih dengan Encik Asrul yang baik hati. Allah memudahkan segalanya buatku.

Bermulalah episod Ibu tinggal bersamaku. Ternyata ibu menampakkan perubahan, wajahnya yang langsung tidak ceria sewaktu aku menemuinya dirumah kebajikan dahulu kini kembali berseri, selera makannya juga menampakkan peningkatan. Aku akan menyuapkan ibu dan memandikannya. Itulah rutin harianku. Suatu ahri aku terperasan akan rantai kesayangan ibu, itulah hadiah pemberian kasih ayah pada ibu, aku bertanyakan pada ibu dimana rantai itu ibu hanya diam membisu, ibu tidak pernah berengang darinya. Setiap kali ibu mahu tidur ibu akan mencium rantai itu tanda rindunya dia pada ayah. Ku sangakan dia tertinggal dirumah kebajikan namun setelah ku bertanya dengan lembut ibu membuka cerita. Rantai itu telah dgadaikannya setelah aku perlukan duit untuk membeli buku pelajaran, ternnyata ibu memeperolehi wang itu hasil pajak gadainya. Aku terjelupuk diatas lantai. Begitu kejamnya aku senhingga sanggup merampas satu-satunya hadiah pemberian ayah satu-satunya tanda kasih ayah pada ibu. Ibu tidak mamou menuntunya kembali setelah walaupun dia berusaha keras untuk menebusknya. Ku peluk ibu seeratnya. Aku berjanji pada diriku sendiri aku akan menjaganya sehingga ke akhir hayatnya. Aku mahu menebus kembali kesilapanku selama ini.

Kami akan duduk bersantai di balkoni mengimbau kembali saat-saat manis bersama. Kenangan bersama ayah dan setiap kali menyebut nama ayah ku lihat wajah ibu bercahaya. Nyata kasih mereka tidak pernah luntur walau ditelan zaman. Tangannya sentiasa meraba wajahku katanya wajahku saling tak tumpah seperti wajahnya ketika zaman anak dara dahulu. Aku menitiskan airmata, membayangkan wajahnya yang begitu indah sewaktu aku meninggalkannya ketika melanjutkan pelajaran

Ibu akan ketawa bila aku bercerita tentang masa kecilku. Ternyata dia masih mengingati setiap detik aku membesar. Dan yang paling menyentuh hatiku dia akan bercerita tentang hal yang ada sesetengahnya aku lupakan.
Begitu utuh ingatan ibu terhadapku. Aku tidak segan silu menangis dihadapan ibu. Perubahan yang semakin mengembirakanku ternyata tidak lama. Ibu demam, aku bawakannya ke klinik setelah diperiksa ibu dibekalkan dengan satu beg plastik ubat. Aku pastikan ibu tidak akan ketinggalan makan ubat. Di rumah akulah doktor baginya. Aku tidak berenggan jauh darinya. Suatu malam ibu tidur dengan memelukku, aku tanyakan padanya ibu sejuk dia mengelengkan kepala. Katanya dia ingin mengembalikan nostalgia sewaktu aku kecil dahulu sering tidur berpelukan dengannya dan kini dia mahu mengulangi lagi sementara dia masih bernafas, sementara dia masih diberi peluang untuk melihat wajahku. Aku menangis dalam tidur begitu kasihnya seorang ibu terhadapku. Tiada ternilai didunia ini dengan kasihmu ibu. Aku memeluk ibu seeratnya marasai kasih sayangnya tidak pernah surut walau beribu kelukaan kuhadiahkan buatnya. tiba-tiba dadaku berombak kecil, rasa tidak sedap hati aku tidak bisa tidur malamnya hembusan nafas yang bertiup ditelingaku tidak kedenganran lagi. Aku memannggil nama ibu berkali-kali tetapi ternyata tiada sahutan. Ku gengam jari jemarinya yang masih terasa hangat. Aku suakan jariku dihidungnya merasai hembusan nafasnya tetapi ternyata ibu tidak bernafas lagi. Bagaikan mimpi ibu yang sentisa tersenyum ceria bercerita kini tiada lagi dan akan meninggalkanku buat selama-lamanya. Aku membetulkan kedudukan ibu. Perlahan-lahan kerana kesakitan sakarutul maut tiada bandinganya dengan kesakitan dunia. Tangannya ku kiamkan. Kakinya ku luruskan. Aku mengambil kain batik yang belum berjahit menutupi seluruh badannya, hanya wajahnya ku biarkan, aku belum paus menatap setiap inci wajahnya walaupun yang tinggal hanya jasadnya. Dengan titisan airmata yang tidak terbendung itu aku gagahi mengambil wuduk dan membacakan surah Yassin untuk ibu. Biarlah malam ini aku bersendirian dengan ibu, aku mahu menghabiskan malamku bersama dengannya walaupun kini hanya jenazah dihadapanku.

Detik jam berlalu sememangnya aku pasti ianya tidak akan kembali lagi, itulah lumrah kehidupan yang telah dijanjikan oleh Allah buat maklukNya.

Demi masa Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Surah Al-Isra’a
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (ayat-23)

2 comments:

Anonymous said...

salam....
sdih cite ni...
byk pengajaran yg dpt...
huhu...

Anonymous said...

sungguh menyentuh perasaan. da siap nangis... huhuhuh... nk blk jumpa mak la.. isk... thanks for this lovely story.

 
Copyright 2009 Diari Hati