Hubunganku bertambah rapat sejak pertemuan kali kedua itu biarpun sering diusik oleh Naziah tentang hubungan kami aku hanya buat muka selamba tidak mahu melayan sakat Naziah yang mungkin akan berpanjangan dan yang pasti perasaanku pada Kamil Hakim mulai kembali bercambah. Setiap kali Naziah bertemu dengan Badli pasti aku akan turut serta tapi jangan silap faham aku tidak pernah menawarkan diri untuk menemankannya yang menjadikan aku mak sanggup kerana setiap kali perjumpaan mereka pasti Kamil Hakim turut serta. Kelihatannya kami juga seperti pasangan kekasih pada pandangan mata orang yang tidak tahu hubungan kami. Naziah begitu memahami perasaanku ketika berdepan dengan Kamil Hakim kadangkala Naziah dan Badli meninggalkan kami berdua memberi ruang agar kami selesa bersembang. Disaat pertemuan beginilah kami dapat mengintai kembali saat-saat manis bergelar siswa dan siswi. Tasik yang tenang itu sebagai saksi setiap pertemuan yang diatur Naziah dan Badli. Peluang yang diberikan tidak disia-siakan kami sering mengimbau kenangan-kenangan sewaktu di kampus dahulu. Aku cukup senang dengan penampilan dan kerektor Kamil Hakim dia kelihatan bersahaja ketika bercerita malah kami bagaikan pasangan sehati sejiwa. Keserasian yang jitu membuatkan aku sedikitpun tidak kekok apabila bersama dengannya malahan hubungan kami lebih akrab dari dulu.
“Awak pernah baca tak kisah dongeng zaman kanak-kanak dulu”. Aku menjeling wajah Kamil Hakim, hairan juga tentang pertanyaanya.
“Kisah dongeng.. Eh awak ni biar betul takkan minat cerita Cinderella, Rapunzel kot…”
“Kenapa pulak tak..bukan cerita tu aja, snow white pun saya suka. Awak tak percaya erk” Serius! aku memandang wajahnya yang bersahaja bagaikan langsung tak terkesan yang aku sedang membayangkan kisah waktu kanak-kanaknya disaat ini.
“Saya memang suka cerita-cerita macam tu jangan tak tahu saya pernah curi-curi baca buku tu dari adik perempuan saya. Buku tu sempena hadiah harijadi mak buat adik. Seronok sangat tengok adik menjerit gembira dan awak nak tahu kalau boleh waktu tu saya nak rampas aja buku tu dari tangannya. Saya selalu bayangkan yang saya jadi hero bertemu dengan tuan puteri yang cantik jelita lalu saya larikan puteri tu. Saya pernah menyorok dibelakang rumah baca buku tu tau, asyik sangat membaca sekali dapat tangkap daa.. satu rumah ejek dan gelakkan saya.” Aku mengecilkan mataku, dia hanya ketawa melihat mimik muka yang jelas nampak keliru diwajahku.
“Saya tahu apa yang ada dalam kepala otak awak tu Najla. Mesti awak ingat saya ni lelaki lembut kan.” Aku hamper menghemburkan gelak, nasib baik aku sempat control ayu kalau tak jatuh la saham ni. Sememang apa yang dikatakan olehnya memang benar memang itu yang aku fikirkan.
“Kenapa awak minat baca cerita-cerita macam tu, setahu saya kanak-kanak lelaki ni suka mainan yang lasak-lasak, jarang nampak yang suka baca buku, conteng buku adalah..”
“Entah la saya pun tak tahu kenapa, tapi rasa-rasanya saya sukakan bukunya yang berwarna warni. Itu yang dapat menarik minat membaca tu..”Aku hanya mengangguk.
“Ermm..awak main anak patung tak?” dengan suara perlahan aku bertanyakan kepadanya.
“Ish awak ni…walaupun saya suka baca buku macam tu tak semestinya saya jadi lembut…saya lelaki tulen tau” tegasnya. Aku melepaskan tawa yang tidak mampu di tahan lagi. Wajahnya begitu serius bila aku bertanyakan soalan itu.
“Jangan ceritakan pada orang lain tau malu saya nanti.” Kamil Hakim memberi amaran kepadaku. Aku tergelak sakan melihat kesungguh wajahnya meminta aku merahsiakan zaman kanak-kanaknya.
“Okey.. saya tak bocorkan kisah kanak-kanak awak yang pelik tu… janji!.’ Aku mengangkat tangan apabila melihat dia masih merenungku mungkin tidak berapa yakin dengan janjiku sebentar tadi ditambah lagi dengan wajahku yang tak henti-henti tersenyum.
“Kenapa awak ceritakan pada saya…rahsia besar tu..” dia diam memikirkannya.
“Sebab saya percayakan awak. Saya suka berkongsi cerita dengan kawan yang boleh saya percaya.” Aku hanya mengangguk tanda faham, begitu terharu dengan penghargaan yang diberikan. Memberi kepercayaan kepada seseorang itu sangat mudah tapi memegang kepercayaan itu amat payah.
“Zaman kanak-kanak awak macam mana, mesti awak banyak buku-buku macam tu kan..” Alahai masuk sesi suai kenal zaman kanak-kanak pula dah.
Aku memeluk lutut sambil mengangguk-anguk kepala memikir sebentar cerita apa yang paling ku suka baca semasa zaman kanak-kanakku dulu tapi ternyata aku langsung tidak meminati cerita sebegitu.
Aku mengelengkan kepala. Kamil Hakim merenungku mungkin kurang percaya dengan bahasa tubuh yang aku isyaratkan padanya.
“ Saya tak suka menghadap buku, apatah lagi buku-buku macam tu, mak tak pernah belikan. Saya hanya budak kampung Mil, duit yang ada hanya untuk buat belanja harian. Walaupun tak mempunyai buku-buku macam tu tak bermakna zaman kanak-kanak saya muram kan. Aktiviti harian saya padat tau.” Aku hanya ketawa kecil dengan kata-kataku sendiri.
“Padat..maksud awak, zaman kanak-kanak awak dulu banyak dihabiskan untuk membantu emak awak…”aku menyambung tawa. Kamil Hakim bertambah hairan.
“Aktiviti saya padat sebab setiap hari saya wajib menghadap Pian..”Aku ketawa lagi dihujung kata apabila wajahnya ternyata berada dalam situasi keliru. Makin suka pulak aku mengusiknya.
“Awak kenal Pian kan..” Aku cuba mengajukan soalan itu kepada Kamil Hakim wajahnya sedikit berubah.
“Ala Pian yang satu group dengan awak tu yang suka kacau saya dan kawan-kawan saya. Takkan tak ingat.”
“Pian tu kawan awak masa kecil ke..”
“A’aa kenapa..Pian tak pernah bagitahu awak ke dia kenal saya. Saya dengan dia jiran sekampung, setiap petang Pian dan Zie akan datang jemput kat rumah. Kami main sama-sama nasib baik la mak saya jenis yang tak mengongkong, kami main pun tak jauh dekat sekitar rumah aja jadi petang-petang mak la yang mengawasi kami.” Aku terdiam seketika mengorek kembali cerita zaman kanak-kanak yang sudah lama berlalu yang tinggal hanya nostalgia. Mengimbas kembali saat itu membuatkan aku bagaikan ingin kembali pada zaman kanak-kanak.
“Awak dan Pian main apa…” soalnya setelah lama aku terdiam
“Macam-macam, main masak-masak, main kahwin-kahwin dan yang paling best saya suka mandi parit Pian kepalanya tapi last-last dapat tangkap oleh mak berbirat badan kena rotan lepas pada tu saya dah tak ke parit lagi dah. Sakit kena rotan tu masih terasa tau.”
“Uih lasak juga awak ni yea.”
“Tengok orang la…” kataku sambil ketawa dia juga turut ketawa bersama.
“Boleh saya tanya sesuatu. Kamil Hakim merenung kedalam anak mataku. Kami bersetentangan mata seketika jantungku mulai berdebar aku melarikan padangan mata kalah pada renungan matanya yang jernih.
“Alahai Encik Kamil bukan aja setakat satu beribu-ribu lemon pun saya sanggup. Kataku mengundang gelak padanya. Aku cukup senang mendengar ketawanya.
“Awak dengan Pian sebelum ni ada apa-apa ke…” aku kembali memandang wajahnya ketika soalan itu menjamah cuping telingaku.
“Maksud saya..err.. Awak dan dia pernah bercinta…” aku hanya ketawa kecil mendengar soalan yang tidak ku sangka itu. Masakan Kamil Hakim tidak merasai apa yang kurasai terhadapnya dulu kini dan selamanya. Dihatiku hanya ada dirinya.
“Siapa yang bawak cerita ni, kami tak pernah bercinta pun. Saya anggap dia macam abang saya sendiri dia tu tua dua tahun dari saya.”
“Oh ya..kalau Pian awak anggap macam abang..Saya pula macam mana apa anggapan awak..”
Ah! sudah soalan yang boleh mematikan urat sarafku, tadi bukan main lagi berani, sanggup nak jawab walaupun soalan beribu-ribu lemon, apa dah jadi ni. Aku terdiam seketika mencari jawapan yang bernas. Aku meminatinya dalam diam.
“Kawan…”jawabku. Mak aii..Lain yang ingin ku nyatakan lain pula yang keluar dari mulutku aku mengecilkan mataku sambil menundukkan wajah. Kesilapan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku disaat ini tapi itulah yang terjadinya.
“Kawan..”ucap Kamil Kakim sepatah mengulangi jawapanku.
“Habis tu awak anggap saya apa pulak…”aku sengaja mahu mengcungkil rahsia hatinya pula. Dia merenung tepat ke wajahku. Kami bertentang mata lagi sekali. Dadaku bergetar seketika menanti jawapan yang akan terkeluar dari bibirnya. Pernyataan yang sekian lama ku nantikan darinya.
“Friend..”jawabnya sepatah lalu menghemburkan ketawanya. Aku hanya tersenyum tawar tidak kelakar dengan lawaknya yang sememangnya tidak lawak. Sedikit kecewa dengan luahannya sebentar tadi.
“Oii korang nak berkhemah kat sini ke, amboi mengalahkan aku berdating pulak.” Sergahan Naziah mengejutkan kami. Aku bingkas bangun lalu menghampiri mereka.
“Ewah-ewah sedapnya mulut, habis kau yang berdating sampai tak ingat nak balik takpe..hei kami ni yang jadi pak sanggup dan mak sanggup temankan kau orang kiranya dah bagus bukan nak berterima kasih pun. Karang aku tak teman menangis tak berlagu kau.” Aku menjeling geram Naziah. Rasa kecewaku tadi ku hemburkan pada Naziah terkulat-kulat wajahnya merenungku.
“Dah..dah..kata kawan baik tapi bergaduh macam musuh pulak…” Kamil Hakim dan Badli ketawa melihat aku dan Naziah berperang mulut. Kami hanya tersenyum-senyum kambing, malu apabila perangai tak senonoh terpamer dihadapan jejaka-jejaka tampan. Saham yang ku jaga tadi kini jatuh perlahan-lahan nak buat macam mana tak mampu nak control, ekonomi meleset.
Saturday, May 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment