Saturday, June 12, 2010

Semarak Cinta 19

Adi Hamidi memakirkan keretanya di tempat parking yang hanya ada beberapa petak sahaja belum disambar orang, maklumlah waktu kemuncak, waktu lunch hour biasanya jalan raya dan tempat-tempat makan sentiasa dipenuhi dengan manusia lebih-lebih lagi restoran yang memang terkenal dengan kelazatan makanannya. Adi Hamidi mengajak Hamid dan Khairul makan tengahari bersama di Restoran Selera Timur. Ada berita yang ingin disampaikan kepaada kawan-kawannya. Janjinya pukul satu namun terlewat setengah jam. Dia hanya berpakaian biasa dengan T-shirt putih berkolar dan seluar jeans biru amat menarik sekali dipandang.

“Tu dia dah mai dah putera kita ni.” Ujar Hamid ketika melihat kelibat Adi Hamidi memasuki perkarangan restoran.
“Hoi bro lambat la. Janji pukul satu sekarang dah pukul berapa ni”. Belum pun sempat Adi Hamidi duduk Khairul telah bertanya tentang kelewatannya.
“Sorry!..sorry! aku tak sengaja la. Jalan jem la tadi.” Jelasnya memang silapnya.
“Hai macam tak biasa pulak. Dah tahu jem turun lah awal.”
“Releks arr bro itupun nak merajuk ke? Mengalahkan perempuan la kau ni.” Hamid tersengih memandang pertelingkahan mereka
“Ni dah order belum. Kang lewat pulak karang masuk office nanti.”
“Belum. tunggu kau lah.” Jawabnya sambil melambai tangan ke arah pelayan yang sedang berdiri memerhati para pelangan.
“Order lah. Kan aku kata hari ni aku belanja.” Sebentar kemudian pelyan itu menghulurkan tiga buku menu kepada mereka. Setelah membuat pesanan mereka menyambung sembang.

“Apa angin kau hari ni bro. lain macam aja. Kau dah jatuh cinta erk..” mata Khairul sengaja dikecilkan ketika menatap wajah Adi Hamidi yang sedang tersengih memandang wajah kawan-kawannya.
“Tak ah. Kesitu pulak kau ni.”
“Habis tu kalau bukan kerana jatuh cinta apa pulak. Biasanya malam aja kau ajak kami ni minum. Hari ni siang la pulak. Mesti ada benda yang lebih gempak ni.” Hamid dan Khairul berpandangn sesama sendiri mereka tidak dapat mengagak apakah berita yang ingin disampaikan oleh rakannya itu.
“Kita makan dulu lah. Lepas makan nanti aku bagitahu yea. Sabar. Lagipun makanan dah sampai tu.” Ujar Adi Hamidi setelah hidangan yang dipesan tadi telah sampai.

Setelah selesai menikmati hidangan tengahari. Mereka mula bertanya berita yang ingin disampaikan oleh Adi Hamdi. Tahap kesabaran mereka sudah tidak dapat dibendung lagi.
“Hah semua dah kenyang ni. So sekarang apa berita yang kau nak bagitahu kami ni?”Adi Hamidi tersenyum melihat wajah kawan-kawannya yang tidak sabar mengetahui akan berita yang akan disampaikan olehnya nanti.“Aku dah berhenti kerja lah.”
What?” Tanya meraka serentak. Terkejut dengan berita yang disampaikan secara selamba oleh rakannya. Zaman kegawatan ekonomi macam ni dia masih lagi tersenyum dan sesuka hati berhenti kerja. Berapa ramai lagi yang dibuang kerja dia pula sesuka hati berhenti kerja.
“Dah tak betul ke kau ni.” soal Khairul. Adi Hamidi tergelak melihat kehairan yang ada diwajah kawan-kawannya. Dia meneguk air tembikai yang separuh lagi bersisa.
“Aku berhenti kerja sebab dapat tawaran lagi hebat kau tahu.” Jelasnya menghapuskan ketidaktentuan akal kawan-kawannya.
“Apa! Kerja baru? Kat mana?” Tanya Khairul memandang tepat ke wajah sahabat baiknya.
“Yea kerja baru. Di syarikat Mutiara Bersepadu. Milik Datuk Musa tu.”
“Wah hebatnya kau. Patutlah senang-senang aja nak belanja kami.”Adi Hamidi tersengih, rambut yang sedikit terjuntai itu dia kuisnya ketepi.
“Ini mesti kerja bagus ni kan. Kalau tak takkan kau nak berhenti kerja tu buta-buta aja. Kau dapat offer lagi baik punya ke?”
“A’aa yea lah. Kalau tak baik takdenya aku nak berehenti kerja. Kau juga cakap zaman kegawatan ekonomi ni ramai yang dibuang kerja. Takkan nak suruh bini aku tanggung. Terangnya lagi.
“Apa position kau kat sana.”
“Erm.. aku..aku..” sengaja dilambatkan untuk melihat reakisi kawannya yang sabar menunggu.
“Isk..cepat lah. Main-main pulak.”Tegur Khairul setelah bosan dipermainkan. Adi Hamidi tergelak.“Aku dapat offer sebagai executive director menggantikan Encik Borhan yang akan berhenti minggu depan”. Tangannya bermain-main dengan straw minuman.“Wah! Hebat kau, ermm..Encik Borhan, siapa tu?.” soal Hamid.“Dia tu kawan ayah aku. Dia dah tubuhkan syarikatnya sendiri. So mungkin dia tengok aku layak menggantikan tempatnya, itu yang dia offerkan pada aku. Apa nak tunggu lagi. Peluang datang sekali aja.”
“Baguslah macam tu Adi. Kami ni bila la nak naik pangkat. Asyik duk kat takuk lama aja.” Teman-temannya turut berbangga dengannya, dalam hal kerja Adi Hamidi antara kawan mereka yang cukup komited, bijak menangani masalah. Mereka sendiri juga kadang-kadang meminta buah fikiran dari Adi Hamidi
“Nanti kau tolong-tolong lah kami ni. Manalah tahu kau nak pakai assistant ke, boleh ambik aku yang hensem ni. Kata Khairul lalu mengangkat sedikit keningnya memandang Adi Hamidi yang sedang tersengih.
“Boleh..boleh..blah. Kalau aku ambik kau bekerja alamaknya tak bekerjalah aku ni.” Hamid ketawa mendengar alasan dari Adi Hamidi. Mereka pantang bertemu pelbagai topic akan keluar dari mulut mereka, sebab itulah mereka tidak berkerja ditempat yang sama takut prestasi kerja terganggu, lagipun mereka dah berpakat tidak akan berkerja dicompany yang sama. Wajah Khairul sengaja dikelatkan.
“Haa..aku ada lagi satu soalan.” Khairul menepuk kecil meja itu. Semua mata tertumpu kepadanya. Khairul hanya tersengih kecil.
“Apa dia?”.
“Kau ada hubungan istimewa dengan Mimie ke” soalnya tanpa berlengah.
“Siapa yang cakap macam tu”. Adi Hamidi kembali menyoal kehairanan.
“Bila masa pulak aku kata ada org cakap. Kan aku tanya tadi.” Jelas Khairul matanya dikerlingkan kepada Hamid yang masih setia menantikan jawapan yang empunya badan.
“Takde lah. aku dengan dia cuma kawan aja. Tak lebih dari tu.” Jelas Adi Hamidi memandang silih berganti wajah teman-temannya itu. Kan kau tahu aku dah ada isteri, mana aku ada masa nak bercinta. "Kalu aku ada hubungan dengan Mimie dah lama aku ambil dia sebagai isteri.” Terangnya lagi. Dia tidak mahu ada sebarang gossip mengenai hubungannya dengan Mimie. Baginya Mimie tidak lebih dari seorang kawan.
“Habis tu kenapa hari tu masa kau call, macam nak mengelak aja dari Mimie. Dia pun tak tahu yang kau ni dah kahwin. Macam nak sorok aja kau ni Adi.”
“Takde lah sampai nak sorok. Aku dengan dia takde apa-apa.”
“Mungkin pada kau dia takde apa-apa tapi pada dia, kau ni mungkin lebih dari seorang kawan. Kalau tak takkan dia gelisah aja bila nampak hanya kitaorang aja minum malam tu.” Hamid teringat kembali kemuraman diwajah Mimie pada malam mereka minum ditempat biasa.
“Yea ke. Ah! mengarut lah.” Bangkangnya.
“Apa pulak yang mengarutnya Adi. Aku rasa dia minat kat engkau lah. Apa ilmu yang kau pakai erk sampai berduyun-duyun perempuan minat kat kau ni. Ilmu macam kauorang jugalah. Ilmu Hisab,ilmu biologi, ilmu fizik. Guraunya mematikan senyuman kawan-kawannya. “Buat apa aku nak mengayat. Buang masa aja.”
“Berlagak..” mereka sama-sama ketawa.
“Jom lah kau orang ni tak nak masuk office ke, atau kauorang dah berpakat nak kena pecat.” Seloroh Adi Hamidi, melihat jam tangannya menunjukkan ke angka 2.45 petang.
“Hiss mulut takde insurance langsuang arr. A’aa lah. Dah dekat pukul tiga ni. Mati aku Adi.” Khairul mengaru-garu kepala, kenapa boleh terlajak sampai macam ni. inilah padahnya kalau berjumpa kawan baik, bersembang mengalahkan Perdana Menteri. Hamid turut resah.
“Kauorang yang mati... bukan aku.” Jawabnya selamba. Khairul dan Hamid meminta diri untuk pulang ke office masing-masing, mereka sudah betul-betul terlambat. Setelah Adi Hamidi membayar harga makanan dia ke tempat parking kereta. Belum pun sempat dia membuka pintu kereta satu tepukan kecil hinggap dibahunya dari arah belakang sehingga memeranjatkannya.

“Hai Adi U buat apa kat sini.” Mimie yang berkaca mata hitam berbibir merah kelihatan anggun dengan kebaya potongan pendek, menyerlahkan lagi kesempurnaan ciptaan Ilahi.
“Terperanjat I.” Adi Hamidi mengurut dadanya yang masih berdegup kencang kerana terperanjat dikejutkan Mimie tadi.“Baru balik memancing ni.” Adi Hamdi sengaja mengenakan Mimie.
“U ni nakal lah.” Hati Mimie berbunga riang. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Adi Hamidi dan hari ini tanpa sengaja dia terserempak di restoran ini. Kini terubat rindu yang dipendam selama ini. Adi Hamidi perasan akan keriangan diwajah angun Mimie. Betul cakap Khairul mungkin Mimie ada menaruh perasaan padanya. Dia harus berterus terang sebelum keadaan lebih teruk.
“Habis tu kan U dah nampak I keluar dari restoran tu, takkan I nak memancing mestilah I nak makan kan..”
“U makan dengan siapa. Tak ajak I pun..” Mimie menjeling manja.
“I makan dengan Khairul dan Hamid lah.”
“Oh..mana mereka tak nampak pun.” Matanya mencari-cari kelibat Khairul dan Hamid mereka dah balik, dah lambat sangat masuk office.
"U dari mana dan nak kemana?...."
" I dari Kedai hujung sana nak kesini lah."
" Seorang aja ke. Matanya melilau memandang kiri dan kanan manalah tahu Mimie datang bersama-sama teman-temannya.
“I seorang aja, lagipun manalah I ada boyfriend nak berkepit siang malam.”Katanya sambil menjeling dan tersenyum manja memandang wajah Adi Hamidi
“Tak nak temankan I minum?.”
“Minum. Ermm..” Adi Hamidi memikirkan sebentar. Bosan juga dia nanti jika balik awal kerumah bukan ada sesiapa pun.
“Boleh juga.” Balasnya setelah menimbang apa yang patut.
“Oh..thanks. Jom lah.” Ajak Mimie dia mula mahu melangkah.
“Kita minum ditempat lain nak.” Pelawa Adi Hamidi
“Tempat lain? Dimana tu?” Adi hamidi hanya tersengih. Dia taidak mahu memberitahu diamna dia ingin minum bersama mimie.
“Kenapa U ada kerja ke lepas ni?”
“Takde lah. Cuma saja nak tahu U nak bawak I kemana? Manlah tahu kalau u nak kidnap I ke? Kata-kata Mimie disambut dengan gelak tawa.
“You datang dengan apa?”
“I naik teksi tadi,malas nak drive.”
“Ok kalau macam tu. lepas minum I hantar u balik rumah, macam mana?”
Well. Tawaran keemasan ni, tak boleh I nak kata tidak.” selorohnyaMereka gelak. Bagi Mimie inilah peluangnya untuk mendekati Adi Hamidi. Jejaka inilah yang membuatkan hidupnya sedikit bergetar tiap kali bertentang mata.

“Jom.” Adi Hamidi mempelawa Mimie menaiki keretanya. Lalu dia memecut laju keretanya menuju ke dastinasi yang dia sendiri tidak tahu. Saja makan angin lagipun dia sudah kenyang tadi. Ada kawan yang menemai hilang sikit mengantuknya. Akhirnya dia berhenti disebuah dipinggir jalan, Restoran Mama Tomyam yang kelihatan sedikit lenggan tidak ramai pelangan.
“Orang macam U ni I tak percalah takde boyfriend, agaknya U ni memilih sangat kot.”
“Apa salahnya I memilih, lagipun nak cari pasangan biarlah yang betul-betul bukan main tangkap muat aja kan.”Adi Hamidi hanya tersengih. Betul juga kata Mimie dulu pun dia macam tu. Memilih perempuan yang betul-betul sesuai untuk dijadikan suri dalam hidupnya. Dan pencariannya berakhir dengan kehadiran Nur Alia isterinya kini yang menjadi pilihan orang tuanya memang tepat untuknya.
“Habis tu sampai bila U nak menunggu yang betul-betul.”
“Dah ada, cuma I tak pasti dia tu macam mana. Adi Hamidi dapat mengagak siapa yang dimaksudkannya itu kalau bukan dirinya, inilah peluang untuk dia jelaskan agar Mimie tidak mengharapkannya.
“Boleh I tahu siapa?”
“Kenapa U nak tahu.” Mimie menjeling manja Adi Hamidi yang duduk bertentangan dengannya. Adi Hamidi kelihatan bersahaja.
“Manalah tahu kot-kot I kenal ke”
“Of course U kenal dia.”
“Siapa?” Adi Hamidi sengaja menyoal.
“U lah.” Terang Mimie dia tidak mahu berselindung lagi. Dia tidak mahu memendam perasaan lagi. Sudah lama dia meminati Adi Hamidi, dan jika Adi hamidi menolak dia mahukan alas an yang tepat.
“I.” Adi Hamdi sengaja buat-buat terperanjat.
“Bertuah betul I Mimie. I menjadi pilihan U, tapi….”
“Tapi apa Adi. U dah ada pilihan ke?” jawapan Adi Hamidi sedikit meresahkan dirinya. Dia memandang Adi Hamidi menikam anak mata Adi Hamidi.
“Erm..well.. I memang dah ada pilihan, bukan sahaja pilihan dah memang dia terpilih pun. I dah kahwin…” tuturnya tenang memandang wajah Mimie yang sedang merenungnya. “What!..when?” soalnya pantas. Berita yang disampaikan oleh Adi Hamidi sebentar tadi betul-betul meruntun hati wanitanya.
“Yea, I dah kahwin Nur Alia binti Ismail isteri I, pilihan orang tua. I kahwin sebelum my perents pergi Haji. Maaf kan I Mimie. Majlis I sederhana, just jemput saudara mara aja.” Mimie begitu terperanjat, kumbang yang dipuja selama ini kini adalah suami orang. Sia-sia dia menyimpan perasaan padanya selama ini. Dia menolak beberapa jejaka yang ingin mendekatinya dan sekarang berita yang disampaikan oleh Adi Hamidi begitu berat dirasakannya punah sudah angan-angannya selama ini. Dia menyedut minumannya perlahan-lahan. Mimie mengukir senyum.
“Tahniah Adi. maaf I lambat ucapkan selamat pengatin baru.”
Its okey. And terima kasih. Harap U tak marahkan I dan kita masih boleh berkawan seperti biasa.”
Why not. Nanti boleh lah kenalkan isteri U pada I. Boleh kami jadi kawan.”
“InsyaAllah satu hari nanti I perkenalkan U pada dia.” Tuturnya ikhlas.Mimie tersenyum tawar. Dia ingin segera berlalu dari situ namun ditahannya juga agar tidak ketara sangat nampak akan kekecewaanya dimata Adi Hamidi.

“Syukur.” Lega hati Adi Hamidi kerana Mimie dapat menerima berita itu dengan tenang. Harapnya hubungan sebagai kawan tidak terputus hanya kerana dia berterus terang.Adi Hamidi memandu keretanya pulang ke rumah selepas menghantar Mimie pulang kerumahnya. Dia masih lagi menghabiskan cuti. Pagi tadi selepas hantar Murni ke sekolah dia melencong ke rumah Pak Ngahnya saja bersembang-sembang kosong, sudah lama dia tidak menjenguk Pak Ngahnya iaitu abang kepada emaknya.Apa pulak aku nak buat ni. Bosan lah. Selepas menunaikan solat Asar, Dia membuka radio Sinar Fm sebagai santapan hawa telinganya petang itu, adiknya masih belum pulang dari sekolah, lagipun hari ini Murni ada kelas tambahan disekolahnya. Tergelak-gelak dia bila mendengar celoteh penyampai radio mengenakan pendengar yang menelefon stesen radio itu. Permintaan lagu dari seorang peminat itu mengkakukan segala gerak lakunya. Dia menghayati lirik lagu yang dinyanyikan oleh satu kumpulan yang popular pada era 80 an dahulu. Hatinya berbunga riang. Lagu itu betul-betul meneceritakan tentang hatinya kini. Dia berbaring di sofa disudut biliknya dan akhirnya dia tertidur bersama irama lagu tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

salam...
ni ending cite SC ke?

 
Copyright 2009 Diari Hati