Tuesday, June 16, 2009

Hati Ini Milikmu 4

50 meter lagi dia akan sampai kerumah, Mak Jah sudah pun bercekak pinggan dihalaman rumahnya, sudah pasti emaknya menunggu lama. Emy memecut bersahaja mostosikalnya lambat atau cepat dia pasti akan dihemburkan kata-kata pendahuluan yang menyakitkan hati. Sudah hilang bisa semburan kata-kata kesat emaknya pagi tadi, sekejap lagi pasti telinganya akan menadah herdikan yang sama. Dia tersenyum sendirian. Hari ini kenapa hatinya terasa keras sekali mungkin kerana dia berjaya menyahut cabaran Shafiq sebentar tadi.
Sebaik sahaja Emy memakirkan motorsikalnya dia mengeluarkan barang-banang yang dibelinya dari kotak ajaibnya, teriakan Mak Jah memanggil namanya mengalihkan padangannya pada seraut wajah bengis milik orangtua nya, kenapalah bukan pandangan dengan penuh kasih sayang diterimanya. Dengan rasa sedikit keletihan dia melangkah menghampiri Mak Jah. Mulut emaknya sudah mengelurakan kata-kata kesat.
”Anak sial!...kau ke mana hah..., kau tahu tak dah pukul berapa ni, kakak dan abang kau nak makan tahu tak....” Marah Mak Jah sampai ke kemuncaknya apabila melihat wajah tenang anaknya yang sedikit pun tidak keilhatan bersalah. Emy hanya mendiamkan diri dia menunjukkan barang-barang yang dibelinya sebagai jawapan.
”Hei kau takde mulut k..?”Mak Jah mendekati Emy lalu mengeyeh mulutnya dengan cili merah yang disambarnya dari dalam plastik ditangan Emy.
Emy terbatuk kecil, mulut nya sudah terasa pijar. Dia hanya mampu mendiamkan diri airmatanya seakan tidak mahu keluar. Mak Jah yang melihat anaknya terus diam tidak berkutik itu semakin geram, dia mula naik hantu dengan sikap diam Em. Dibedalnya badan Emy dengan tangan dan mulutnya tidak henti-henti membebel.
”Kau ingat kau dah besar yea, boleh lawan aku hah...Anak tak guna, menyusahkan aku aja. Dah bawakkan barang-barang ni kedapur.” Katanya setelah puas melepaskan geram kepada Emy. Emy hanya menurut tanpa membantah. Terasa sengal badannya apabila pukulan emaknya melekat pada bekas pukulan lidi pagi tadi.

Emy melangkah perlahan masuk ke biliknya abang dan kakaknya sedang leka menonton televisyen langsung tidak menyedari apa yang berlaku dan jika mereka menyedari sekalipun abang dan kakaknya tidak mampu menolongnya. Emy merebahkan badanya ke atas tilam, dia tidak memiliki katil sebagaimana abang dan kakaknya. Namun itu semua sudah tidak menjadi kisah lagi padanya. Tilam yang sudah kurang rasa empuk dan sedikit lusuh itu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa segal dibandanya. Emy hampir terlena apabila suara emaknya melengking memangil namanya berulang kali. Emy yang terdengar suara lengkigan emaknya bagaikan halilintar membelah bumi segera bangkit. Hilang rasa mengantuknya apabila namanya dilaungkan oleh emaknya dengan cara begitu. Dia bergegas keluar dari biliknya menuju ke dapur. Mak Jah memandangnya dengan tajam.
”Mana sotong dengan udang yang aku pesankan tu.” Soal Mak Jah dengan garang. Sinar matanya yang tajam menikam sukma Emy yang sedikit ketakutan.
”Erm..sotong dengan udang takde mak dah habis.” Kata Emy perlahan.
Mak Jah mencapai tapeware lalu dibalingnya ke arah Emy, balingan Mak Jah tidak mengena kerana Emy sempat mengelak.
Nadia dan Azhar yang mendengar laungan emaknya tadi terus bergegas ke arah dapur, apa lagi yang membuatkan emaknya naik darah. Tidak habis-habis adiknya menjadi mangsa. Emy menundukkan wajahnya dia takut bertentang mata dengan Mak Jah bimbang dikatakan melawan.
”Kenapa ni mak?” soal Azhar yang mula tidak berpuas hati dengan cara layanan emaknya kepada Emy. Walaupan dia anak lelaki dia tidak mempu megenkang kemarahan emaknya. Nadia menghampiri Emy yang masih membeku itu.
”Kau tanya adik kesayangan kau orang tu.” Balas Mak Jah.
”Kenapa ni Emy?” soal azhar lembut seraya memandang adiknya. Emy menjawab perlahan ”tadi mak pesan belikan sotong dengan udang tapi dah habis” Azhar hanya mengelengkan kepalanya, ”Emy tak sempat nak beli sebab tadi dah lewat emy ke pasar” sambungnya lagi.
Mak Jah mendengus dia geram dengan jawapan Emy. ”Takpelah mak esok kan kami ada lagi, tak dapat makan sotong ngan udang hari ni esok Nadia pergi carikan dipasar.” Beritahu Nadia kepada emaknya. Mak Jah hanya membalas dengan sebuah jelingan. Nadia memaut bahu adiknya itu lalu dibawanya ke atas. Selepas Nadia menghantar dia turun ke dapur membantu emaknya menyediakan makan untuk tengahari mereka. Biarlah adiknya itu berehat hari ini, hampir seharian dia melakukan kerja-kerja rumah.

Emy terlepas dari dibantai oleh Mak Jah, kakaknya berjaya selamatkannya dari menjadi mangsa kemarahan emaknya. Dia merebahkan diri diatas tilam usang untuk berehat dan melelapkan matanya, namun matanya tidak juga mahu terlelap. Otaknya ligat memikirkan layanan yang diberikan emaknya selama ini, kenapa layanan yang diterimanya tidak seperti kakak dan abangnya. Berpinar-pinar juga matanya mencari punca semuanya tapi tidak dia ketemui. Emy memicit kepalanya beberapa kali rasa denyutan yang mula menghentak tempurung kepalanya menyebabkan dia bangkit lalu mengambil 2 biji panadol lalu ditelannya bersama air putih yang sentiasa tersedia didalam botol mineralnya. Setelah menelan ubat itu dia membaringkan badannya dan tidak sampai 15 minit dia terlena bersama dengan keletihan yang menggila. Moga bangunnya akan terhapus segala kesengsaraan.

”Emy bangun dik. Hari dah petang ni Emy belum solat lagi ni.” Emy terjaga apabila bahunya dihenjut beberapa kali, kelopak matanya terasa berat untuk dibuka. Namun digagahinya juga. Nadia tersenyum ketika Emy mula membuka kan matanya. Dia menganguk sebagai isyarat menyuruh adiknya bangun. Emy bangun dengan perlahan-lahan, badanya masih lagi terasa sengal namun ditahannya agar tidak ketara dimata kakaknya nanti emaknya tahu lagi parah.
”Jom bangun mandi, solat lepas tu makan. Akak dan hidangkan lauk pauk bawah tudung saji tu.” katanya lembut.
Emy senyum sebagai tanda terima kasih. Nadia membantu adiknya bangun. ”Kenapa ni Emy tak sihat ke?” Soal Nadia ketika melihat adiknya terhuyung hayang. ”Eh takdelah kak, Emy terasa mamai lagi ni.” Katanya menutupi rasa sengalnya.
”Betul ni...” Nadia masih sangsi dengan jawapan adiknya itu.
”Betul kak nanti dah mandi badan Emy segar lah.”
”Ok lah kalau macam tu akak ngan abang Har nak keluar ke bandar sekejap, Emy ada nak pesan apa-apa tak?”.
Emy hanya mengelengkan kepala, tiada apa yang hendak dipesannya.
”Ermm..Nadia hanya berdehem. Emy ke bilik air setelah Nadia berlalu meninggalkannya. Terasa dirinya disayangi walaupun yang diharapkan olehnya adalah kasih sayang seorang ibu.

Usai solat, Emy turun kembali ke dapur dibukanya tudung saji. Terlihat akan lauk pauk yang menyelerakan. Sedang asyik menjamu selera Mak Jah terjengul dibalik pintu.
”Makan pun nak mengelamun ke hah. Terhegeh-hegeh, cepat makan aku nak kau tukarkan langsir baru nanti. Banyak lagi kerja yang kau kena buat jangan nak melayan agan kau tu..” Suara Mak Jah memeranjatkannya. Nasi yang baru hendak disuapkannya bertaburan dek kerana terkejut akan suara perintah yang dikelaurkan oleh Mak Jah. Emaknya berlalu setelah mengeluarkan perintah. Emy cepat-cepat mengutip nasi yang bertaburan diatas meja itu dan dia cepat-cepat menyudahkan suapannya. Dengan tergesa-gesa mengemas meja, pingan yang dipegangnya terlucut dari gengaman, bertebaran kaca memenuhi ruang lantai dapur. Mak Jah yang terdengar pinggan pecah melulu ke dapur. Dia melihat Emy sedang terbongkok-bongkok mengutip serpihan kaca yang bertaburan.
”Hei anak setan!, kau pecahkan pinggan aku kau ingat bapak kau ke bagi duit hah.” Tengking Mak Jah sambil menarik telinga Emy. Berbisa sungguh kata-kata emaknya tadi. Emy mengaduh kesakita. Rambutnya yang panjang kebahu itu terjuntai-juntai menyemarakkan lagi rasa sakit hati Mak Jah. Mak jah mengheret Emy untuk mengambil gunting didalam laci. Setelah menjumpainya lalu dia menggunting rambut anaknya tanpa belas kasihan, raungan Emy langsung tidak dihiraukan rasa sakit hatinya belum puas selagi anaknya itu belum disakiti.
”Mak jangan mak...jangan.... Emy sayang rambut Emy mak.” Mak Jah tidak langsung mempedulikan rayuan anaknya.
”Kau memberontak apa yang aku suruh tadi kan...dah pandai kau nak melawan yea.”
”Bukan!...Emy tak sengaja mak...tolong jangan potong rambut Emy mak..” namun rayuannya masih belum mampu melembutkan hati ibunya. Emy tidak berdaya melawan, dia membiarkan Mak Jah memuaskan hatinya. Rambutnya yang telah dipotong sesuaka hati emaknya itu bertaburan diatas lantai dapur, beberapa titis air matanya berguguran. Hancur hatinya mengenangkan rambut yang disimpan lama itu dipotong sebegitu. Bukan senang dia menyimpan rambutnya sehingga ke paras bahu lagipula rambutnya susah untuk panjang.
”Kau kemaskan semuanya aku tak nak ada benda lain lagi pecah lepas ni, faham..”sergah Mak Jah.
Emy hanya mengangguk perlahan. Dia tidak berdaya untuk menjawab. Mak Jah berlalu meninggalkan anaknya sendirian menahan tangis. Emy mengutip sisa-sisa rambutnya lalu digengamnya bersama airmata yang menitis laju.

1 comments:

..tinis.. said...

sedeynyer..
smpai hati mak dye
wat cam2kn
hii..geramnyer!!
huhu :(

 
Copyright 2009 Diari Hati