Thursday, October 15, 2009

Pion oh Pion 2

************************************************************************
”Adoii..sakitnya..hoi buta ke?” kapcai kesayanganku tertiarap menciun jalan ber tar. Aku menjerit kuat apabila tuan punya kereta berwarna putih itu ikut suka hati aja revers ke belakang. Tak nampak ke aku yang tengah menunggang di belakangnya. Beberapa orang pejalan kaki menghampiri aku, mereka datang membantu mengangkat kapcai aku yang dah terbaring kelesuan. Surat menyurat yang aku isikan tadi ke dalam beg sandang semuanya bertaburan. Rempuhan yang sedikit kuat itu betul-betul memeranjatkan aku. Aku bukan main lagi berhati-hati bawak motor tapi sesenang hati aja manusia ni langgar aku. Tapi aku syukur..Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa aku ketika ini. Beberapa goresan luka terlekat di lenganku, aku abaikan seketika dek kepanasan dengan pemandu yang tak pernah masuk sekolah memandu agaknya. Pemandu kereta itu cepat-cepat memberhentikan keretanya. Dia bergegas keluar melihat apa yang terjadi. Aku yang telah pun duduk menyandar di sebatang pokok sambil dibantu oleh beberapa pejalan kaki tadi bangun berdiri sebaik sahaja pemilik kereta itu keluar.

”Saudara tak apa-apa ke..saya minta maaf..” kata mamat yang memakai cermin mata berbingkai hitam itu. Rambutnya tercacak macam duri landak.
”Saudara!... awak panggil aku, bute ke apa...”Aku geram. ”Ada mata empat pun buta lagi.” Beberapa pasang mata yang menolong aku tadi ketawa kecil.
”Maaf..maafkan saya cik. Saya tak perasan tadi. Cik tak apa-apa.” dia sedikit gelabah apabila menyedari kesilapannya.
”Motor aku dah tersadai kat situ siapa nak bayar. Itu yang aku ingatkan langsung tak fikirkan tentang diri. Betapa benar aku sayangkan motor berwarna merah saga. Aku menunjukkan jari telunjukku ke arah motor yang tersandar. Hampir-hampir menitis airmata aku apabila melihat motor yang dah separuh hancur. Itulah hasil titik peluh aku bekerja dalam masa setahun ni. Hutang bank pun tak habis bayar lagi. Serpihan lampu yang hancur bersepah dia atas jalan ku pandang dengan perasaan geram. Dia turut memandang kapcai yang dah tak serupa kapcai. Aku sayang motor tu. itulah harta yang aku ada.

”Saya yang bayar cik.. jangan risau.” Balasnya lembut. Beberapa orang yang menolong aku tadi beransur-ansur pergi. Sempat aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.
”Cik tak apa-apa ke?”...soalnya belum berputus asa. Pertanyaan kali ketiga itu menyebabkan aku terasa lenganku mengalir cecair dan sesekali terasa pedih mencucuk. Dan seperti ku duga pasti anggota badanku ada yang tercalar dan terluka.
”Err..tangan cik berdarah..”katanya sedikit cemas.
Aku menyeluk ke dalam poket seluarku mencari sapu tangan yang sentiasa aku bawa kemana sahaja, belum pun sempat aku menyeluk ke dalam poket kanan dia terlebih dahulu menghulurkan sapu tangannya yang berkotak kecil ke arahku. Tanpa banyak songeh aku terus rembat dan sapu sesuka hati. Biar padan muka dia. Kesan darah pada sapu tangannya aku hulurkan padanya. Dia menyambut tanpa rasa jijik. Nak tunjuk gentelmen lah tu.

”Ni kad saya..saya akan uruskan motor cik..”aku hanya diam membisu kad yang dihulurkan aku sumbat ke dalam poket baju. Dia hanya memerhati.
”Jom saya hantarkan ke klnik.”
”Tak payah. Semua surat menyurat tu amanah bos, saya kena tunaikan hari ni.” Aku memuncungkan bibir ke arah beg yang berisi surat menyurat. Jika tidak berlaku kemalangan itu sudah tentu aku sudah selesai menjalankan tugasku yang diamanahkan oleh En. Ahmad. Nak tak nak aku terpaksa selesaikan hari ini juga. Nanti tak pasal-pasal En. Ahmad kata aku memonteng pulak.
”Banyak ke.”
”Tak lah banyak tapi nak kena hantarkan hari ni juga.” Aku mula merendahkan suara aku apabila aku merasa tidak wajar terus terusan memarahinya. Benda dah nak jadi nak marahpun tak guna.
”Kalau macam tu biar saya tolong cik. Tapi kita kena selesaikan satu-satu.
Saya telefon formen ambil motor cik ni bawa ke bengkel, lepas tu kita ke klinik dan barulah kita setlekan surat-surat tu.” Aku diam berfikir sejenak dengan cadangan bernasnya. Bagus juga cadangan mamat ni. Biar aku pulak menyusahkan dia kali ni. Lepas ni bukannya aku jumpa dia lagi dah..
”Ok..” balasku pendek. Dia cepat-cepat mengambil beg sandangku yang berisi surat-surat. Aku hanya memerhatikan sahaja kelakuaannya. Biarkan dia bersusah payah pula kali ini.
***********************************************************************
”Ni apa hal pulak balik rumah gelak gelak. Gila dah.” Sergah kak Ayu ketika melihat aku gelak sesorang kerana cpu dalam kepala aku sedang mengimbas kemabli kejadian bersama mamat yang aku dera dengan menyuruhnya menghantar surat.
”Kau dah angau ke?..” soalnya lagi tidak berpuas hati dnegan sikapku yang mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya. Hanya sengihan sahaja aku balas apabila memandang wajahnya yang setai menanti ayat yang terpacul dari mulutku.
”Apa lah kau ni kak Ayu sekejap kau kata aku gila sekejap tu pulak kau kata aku angau, yang mana satu pilahan kau ni...?” Kak Ayu tergelak kecil apabila aku mula dah nak start membebel.
”Kau lah yang pilih..” katanya menutupi kesialapan sendiri.
”Kalau aku pilih semua yang kau kata tu tak betul.”
”Habis yang betulnya tu apa.” kak Ayu masih belum berpuas hati
”Hanya orang gila aja ketawa sorang-sorang macam kau...”tambahnya
”Itu lah kau kak Ayu, suka sangat main tuduh-tduh, aku siuman lagi la yang aku ketawa tadi sebab otak aku sedang mengimbas kisah-kisah lucu petang tadi.
”Imbas kisah-kisah lucu.? Apa yang kau duk merepek ni. Citer apa yang lucunya.” dia mula membaringkan badannya yang sedikit berisi itu bersebelahan denganku.
”Auwww!! Aku mengaduh hentakan badan kak Ayu tepat-tepat mengenai siku aku yang sedang berbalut.
”Kenapa dik..” terperanjat dengan jeritan tadi kak Ayu bingkas bangun.
”Tadi aku accident.” Kak Ayu membutangkan biji matanya. Seperti terkena kejutan elektrik aja lagaknya
”Hah kau biar betul acccident, itu yang kau kata lucu. Hei kau memeng sewel lah.”
”La kau ni kak Ayu tunggulah aku habis citer dulu. Tak menyempat betul lah kau ni. Gelojoh.” Tukas ku geram. Kak Ayu cuma tersegih diam memasang telinga.
”Aku accident dengan seorang lawyer.” Kak Ayu membulatkan matanya. Makin teruja pula dia mendengar kisah aku.
”Motor aku dah masuk bengkelah kak.” Kataku sedih dia seakan tidak berminat mengetahui kapcai kesayangku yang kini sedang dirawat dengan lebih lanjut rasanya dia sekrang sedanagn meimikirkan cowok yang melnaggar aku.
”Jadi semua kerosakannya ditanggung beres oleh lawyer tu. Dia siap hantar kan aku ke klinik lagi...dan yang paling lucu dia jadi pion untuk aku kak.” aku kembali ketawa kecil bila mengingati kejadian tadi.
”Jadi pion maksud kau?”
”Dia hantar semua surat yang aku kena hantar tu. Aku cuma menunggu aja dalam kereta macam bos kak. Eee..bestnya kalau aku jadi bos kan kak, aku boleh arahkan aja dia buat kerja. Kekadang aku sengaja kenakan dia. Dia ni tak berapa nak kenal lagi jalan-jalan kat sini maklumlah orang baru bertugas kat sini. Tapi dia bagitahu aku mak dia orang sini. Dah lama tak balik lah tu. aku suruh dia masuk jalan tu jalan ni sampai berpeluh dia kak. Kelakarlah tengok rupa dia masa tu. Kalau yang kena tu kau kak, dah lama aku pecah gelak.”
”Eeee..jahatnya kau tak baik buat macam tu kat orang lah. Dia dah bertanggungjawab tu dah kira ok la. Kau ni bila lah nak berubah. Siapa nama dia? Sempat lagi kak Ayu bertanyakan nama lelaki itu dalam marah-marahnya.
”Awang..”jawabku sepatah. Awang tu sebenarnya aku yag taruk sendiri sebab kad namanya aku tak baca pun lagi. Kerja dia pun dia yang bagitahu aku yang dia tu lawyer..memang sesuailah dengan mulutnya tu..lawyer.lawyer buruk boleh arr.
”Awang... uniknya nama dia macam orang sabahkan aja ber awang-awang ni.”
”Awang tu aku yang taruk lah kak. Aku belasah aja namanya sakit hati punya pasal aku tak dan nak tanya nama dia. Dia ada bagi kad nama tapi aku letak kat mana entah.”
”Kau ni kan dik teruk betullah. Bila la kau nak ada pakwe kalau macam ni.”
”Ala lepas ni bukan aku jumpa dia lagi dah. Sesekali aku nak pekena kan orang, time macam ni lah.”
”Hensem tak?..”soal kak Ayu sambil tersengih sengih.
”Hensem.. macam wajah siapa yea..siapa erk..aku sengaja melambat-lambatkan kak Ayu semakin tidak sabar mengetahuinya. Dari berbaring aku terus duduk sebagai persiapan untuk aku larian pecut 100 meter. Aku saja nak kenakan kak Ayu yang bertambah semangat mendengar ceritaku.
”Macam rupa ni haa..Tuan Maarof bin Hj Salleh.” Aku tersengih-sengih apabila melihat muka kak Ayu berkerut memikirkan siapa Tuan Maarof yang baru disebutkan aku tadi.
”Hoi nenek kebayan kau..” Kak Ayu membulatkan matanya apabila tahu siapa yang dimaksudkan aku. Dan aku pula apa tunggu lagi buka langkah seribu berlari ke bilik apabila kak Ayu mula mengejar. Nasib baik tak sempat kak Ayu nak cekau baju aku yang sedikit mengerbang ke belakang, jika tidak mahu merah segala badanku kena cubitan percuma darinya..
Tuan Maarof tu bakal bapak mentuanya yang berkulit hitam manis, perut sedikit boroi dan bergigi jongan. Tak baik tau aku mengutuk. Kak Ayu masih melekat dipintu bilikku. Aku tahu dia belum berpuas hati. Ah lantaklah kau kak. Aku dah belengas ni nak mandi
”Tak baik kau kutuk bakal pak mentua aku tu dik.”
”Ala gurau aja..”
”Cepat lah wei hensem tak..” aku membiarkan aja soalan kak Ayu sepi tanpa jawapan. Biarlah hensm ke tak hensem janji aku dah kenakan mamat tu cukup-cukup hari ni.
Hai Awang..Awang...nasib lah kau.

1 comments:

Anonymous said...

best...
cian awang 2..
heehe..
sambung lagi..

 
Copyright 2009 Diari Hati