Saturday, March 20, 2010

Dia Yang Terpilih... 1

“Hai si pemilik pipi yang merah, jalan laju-laju tu nak ke mana, boleh abang ikut?”
Tegur salah seorang lelaki yang berjaket hitam diluar dan t-shirt merah didalamnya. Pemilik suara itu berada dalam sekelompok lelaki seramai enam orang. Teguran itu tak ku hiraukan lalu aku meneruskan perjalan cuma sesekali terdengar suara Sarah dan Julia tergelak kecil apabila mendengar namaku dipanggil melalui maksudnya. Aku menjeling ke arah kedua-dua orang rakan sebilikku mereka cepat-cepat mematikan gelaknya bimbang kemarahanku melekat pada mereka nanti. Aku tahu sememangnya namaku yang terlalu panjang itu menarik minat lelaki-lelaki berketurunan buaya untuk menyakat. Aku, Sarah dan Julia terus memanjangkan langkah tidak mahu melayan songeh dan kenakalan pelajar-pelajar lelaki yang sememangnya banyak masa sampaikan masa terbuang begitu sahaja. Tidak ingat kah mereka akur janji kepada orang tua sebaik sahaja melangkah ke universiti dahulu. Ah! cepat benar lupanya dasar lelaki-lelaki buaya berkaki dua.

“La.. Kim makin laju la diaorang tu berjalan. Jaga-jaga cik kak tersepak batu karang jatuh pulak nanti, kalau kami tolong kan timbul salah faham pula.” Usik satu suara lalu diikuti gelak tawa rakan-rakan yang lain. Ejekan mereka langsung tidak kami hiraukan. Biarlah dia nak cakap apa pun aku tak kisah.
Kalau tergolek sekali pun takkan aku senang-senang nak mintak tolong dengan buaya macam korang. Aku melepaskan geram dalam hati.

“Man kau tahu tak apa maksud Najla…”
“Najla kalau tak silap aku mata yang cantik..kenapa kau tanya…”
“Kau rasa-rasa pemilik nama tu matanya cantik tak?” Soal Hakim lagi bagi membangkitkan rasa sakit hatiku yang mulai tumbuh.
“Ok la…”
“Ok aja ke…”
“Yea lah ok la pasal mata dia tak juling….” Hahahahaha..ketawa sekumpulan lelaki itu bergema menambahkan lagi rasa sakit hatiku. Ini tak boleh jadi kalau dibiarkan makin galak pula dia mengutuk. Sabar Naj..sabar..aku memujuk hati.
“Anis tu maksudnya apa pula”
“Anis.. Entah la aku tak tau la… kot-kot maksudnya sirna.
“Sirna! apa tu?”
“Ala itu pun tak tahu ke, sirna tu tak bercahaya la lebih kurang macam pudar…” bersungguh-sungguh suara itu menerangkan. Aku kenal pemilik suara itu tak lain tak bukan rakan sepermainanku semasa kecil dahulu. Tapi kenapa bila kami dah besar dia menjadi seperti musuh.
“Diterbalikkan nama Anis tu jadi Sina tambah R kat tengah-tengah tu jadi SIRNA. Jadi kalau kau gabungkan nama keseluruhannya tu jadi maksudnya macam ni ‘si pemilik pipi yang merah sirna matanya yang cantik’…” kata Pian itu bersungguh-sungguh.



“Apa pulak macam tu…” dua tiga orang mulai membantah serentak.
Mereka mula bertelagah dengan maksud namaku. Aku hilang sabar dengan rasa membahang dan dengan dada yang berdegup kencang aku lencongkan kakiku ke arah mereka . Kurang ajar! itulah gambaran yang tepat untuk mereka yang mengutuk namaku sesuka hati. Memang aku patut mengajar mereka supaya menghormati orang lain jangan sesuka hati sahaja mencanang nama orang dan mengejeknya. Aku sudah tidak tahan mendengar ejekan demi ejekan dari mulut yang tak pernah nak fikir hati dan perasaan orang lain.
“Hoi korang dah takde kerja lain ke? Apasal nama aku pulak jadi bahan lawak.” Marahku dengan sikap kurang ajar mereka. Ternyata jerkahan itu memeranjatkan mereka.
“Oii..oii..dia dah marah la.” Amarahku tidak diendahkan. Jelas suara itu sengaja ditakut-takutkan. Sarah dan Julia masih dibelakangku. Mereka cuba untuk menenangkan diriku yang semakin panas tapi entah la bahan kepanasan aku tidak mungkin akan turun dengan cepat buat masa sekarang kerana didepan aku kini berdirinya sang buaya dan konco-konconya.
“Kau ingat kau tinggi macam Hitrik Rosyan aku takut ke?” Aku merenung ke dalam anak mata lelaki yang memakai jaket itu. Beberapa orang rakannya ketawa kecil termasuk Pian sendiri. Tubuhnya yang sedikit tinggi itu bukan menjadi alasan untuk aku berdiam diri atau takut kepadanya. Bukan hari ini sahaja dia mengejek tapi sudah seminggu.
“Nama kau ke yang kami duk sebut-sebut ni…” Soal lelaki itu dengan lagak sombong. Ada ke patut dia boleh tanya aku balik, dasar buaya tak sekolah.
“Kalau bukan nama aku takkan aku marah macam ni bodoh!.” Aku melepaskan geram yang tersimpan dari tadi.
“Oit…jaga-jaga Mil dia dah nak start naik minyak tu.” Aku merenung ke arah suara yang semakin membakar jantungku. Mataku tepat memandang ke arah Pian dia melarikan anak matanya dari ditenung olehku, mukanya sedikit menyusup dibelakang badan rakannya, mungkin tidak sanggup bertentang mata denganku ketika ini. Sarah dan Julia sudah beberapa kali menarik lengannku supaya menjauh dari kelompok mereka. Ah! aku tak peduli. Selama ni aku biarkan mereka mengutuk sesuka hati tapi tidak kali ini. Hari ini biar aku ajar mereka ni cukup-cukup.

“Kau tahu tak apa makna nama yang mak bapak kau bagi pada kau tu?” Soalku sambil mendongak kepala memandang lelaki itu.
“Entah…” Jawabnya sambil menjungkit bahu. Samada dia tahu atau buat-buat tak tahu aku malas ambil peduli.
“Kalau kau tak tahu biar aku jelaskan. Kamil maksudnya Yang Sempurna, Hakim maksudnya Yang Bijaksana.. tapi aku rasa langsung takde ciri-ciri tu dalam diri kau. Entah-entah mak bapak kau panggil kau baby tak sebab tu la kau jadi macam ni kurang sempurna dan terlebih bijaksana.” Aku mencebirkan bibir ketika menyebut nama baby, waktu itu ku lihat wajahnya sudah kemerahan menahan malu ditambah pula ketawa dari rakan-rakanya yang semakin menggila. Puas..Yea puas itulah yang dapat aku gambar hatiku ketika itu kerana dapat mengenakannya.
“Kau jangan nak kurang ajar yea, jangan main-main dengan nama aku..” Marah lelaki itu tapi kemarahnnya langsung tidak sedikit pun menakutkan aku. Amboi-amboi tahu pula tak boleh mainkan nama dia tapi nama aku boleh pula. Undang-undang mana dia pakai. Gumamku dalam hati
“Kau siapa nak mengutuk nama mak bapak aku bagi..” kemarahannya jelas ketika dia memprsoalkan aku mengutuk namanya. Bibirnya yang bergerak kecil menahan geram itu aku perhatikan. Raut wajahnya sudah kemerahan. Aku merenung tajam ke dalam anak matanya dan cuba menentang rasa marah yang membuak dihatinya. Berjaya juga aku membuatkan dirinya kepanansan.
“Aku!..” Aku menunding jari ke dadaku.
“Anis Humairah Najla gadis yang kau kutuk maksud namanya tadi. Aku hairan yea kenapa nama kau yang tak sedap langsung tu tak boleh dikutuk. Ada akta ke yang mewartakan nama kau tu tidak boleh disebut atau dikutuk sesiapa.” Aku mengejeknya. Pandai pula marah bila namaya diejek tapi tidak pula rasa bersalah bila mengutuk nama orang lain. Lelaki itu masih terpaku diam tidak berjawab.
“Lain kali kalau nak kutuk orang tu pandang-pandang la jangan main ikut sedap mulut aja. Macam mana kau nak orang jaga hati dan perasaan kau macam itu lah kau kena jaga hati dan perasaan orang lain.” Aku meninggalkan mereka sesudah menghabiskan ayatku.

“Dasyat la kau Naj. Dengan Kamil Hakim pun kau boleh lawan?”ujar Sarah sewaktu kami berbaringan. Aku memeluk bantal bersegi empat itu ke dada.
“Apa yang nak dibanggakan Sarah, budak bandar tu memang patut dan wajib diajar. Ini peluang aku, kalau diaorang kutuk korang pulak..ha buat macam aku tadi. Jagan tunjuk lemah sangat depan buaya-buaya tu. Harap muka aja lawa tapi perangai..susah aku nak komen. “Aku melepaskan saki baki sakit hati yang mulai berkurangan.
“Itulah masalahnya Naj, diaorang tu tak kutuk kami diaorang tu kutuk kau aja.”
“Hai lain macam aja bunyinya ni. Jangan kata korang dah terpikat dengan geng-geng buaya tu sudah..” Sarah dan Julia pecah tawa. Aku membaling bantal yang ku peluk dari tadi ke arah mereka. Gamat satu bilik kami dengan hilai tawa yang tak henti-henti.

4 comments:

MizaEija said...

yes..i'm da first...
suke2..permulaan yg menarik hati...
sambung2...

epy elina said...

hohohoo...
prmulaan yg mnrik.....
dr bnc jd rndu....
kehkehkeh....
best2x...

farra ramli said...

ya..permulaan yg menarik..haha~~

Anonymous said...

adeh2..best la cter nie..

 
Copyright 2009 Diari Hati