Friday, July 2, 2010

Hati Ini Milikmu 30


Hari pertama Emy berkerja sebagai setiausaha kepada Ayie tingkahnya serba tidak kena, ada sahaja mata yang mencuri pandang ke arahnya terutamanya staff lelaki. Dia menjadi tumpuan walaupun dia bukannya orang baru di syarikat bakal abang iparnya, sudah lenguh Emy melemparkan senyuman setiap kali ada mata yang memandang ke arahnya kulit mukanya sudahpun terasa kejang. Puas dia menunggu ketibaan Ayie yang masih belum menampakkan muka. Matanya memandang sepi disetiap sudut ruang pejabat berwarna putih itu, entah apa kerja yang hendak dilakukannya ketika ini hendak bertanyakan pada orang tapi tidak tahu pula pada siapa, akhirnya dia hanya duduk menunggu dan menunggu.

Emy mengerling jam ditangannya hampir pukul 10 pagi, bos barunya belum menampakkan muka terkontang kanting dia sendirian, mejanya yang menghadap ke bilik Ayie sedikit sebanyak mengusarkan hatinya, Emy mula memikirkan keadaanya apabila Ayie berada didalam bilik dihadapannya nanti. Pasti mereka akan sering bertentang mata. Cermin lutsinar bilik Ayie betul-betul merimaskannya, kalau boleh digantikan mahu sahaja dia mengantikan dinding itu dengan papan lapis biar dia menghadap diding itu dari direnung oleh Ayie sekurang-kurangnya perasaan yang sering ditakutinya tidak menganggu tumpuannya nanti.
“Kalau macam ni gayanya baik aku kerja kat bawah dah tentu ada kerja yang hendak dibuat…”
“Morning Emy pagi-pagi dah bercakap sesorang ni kenapa?” Soal Ayie sebaik sahaja muncul dihadapan Emy, dia melihat gadis itu sedang berkata sesuatu tetapi tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu jauh benar dia mengelamun sehinggakan kehadirannya langsung tidak disedari.

Teguran yang datang secara tiba-tiba itu memeranjatkan Emy, entah berapa lama Ayie sudah berdiri di situ langsung tidak disedarinya..
“Err..Selamat pagi Encik Faiz.” Jawab Emy sambil berdiri sebagai tanda hormat. Ayie hanya tersenyum apabila Emy masih belum lagi mengenali siapa dirinya yang sebenar. Kalau ikutkan hati dia mahu segera menamatkan kekeliruan gadis itu tapi hati nakalnya menegah. Dia mahu melihat Emy terus gelisah apabila bersama dengannya.
“Kalau ada apa-apa yang tak puas hati bagitahu abang tapi jangan cakap sorang-sorang nanti orang lain nampak apa pulak diaorang fikirkan pasal Emy ni..” tegur Ayie mesra, dia bagaikan terleka memerhatikan Emy bercakap sendirian kalau bukan kerana kesuntukan waktu sudah tentu dia mahu berlama lagi disitu memerhati gerak geri gadis yang dipujaannya dalam diam. Emy hanya tersenyum gementar lalu menundukkan wajahnya apabila mata nakal Ayie memerhatikannya. Malu dirinya terlepas laku. Ayie melangkah ke biliknya, senang hatinya kini wajah yang sering membuatkan dirinya keresahan kini berada didepan mata. Terasa bagaikan ada bintang yang menari dikepalanya.

Ayie membuka pintu bilik pejabatnya yang berkunci, dia meletakkan brifcasenya dengan cermat, dipandang mejanya yang masih tidak berkemas, beberapa fail yang belum disemak dan ditandatangani berselerakan diatas meja jejaka itu tersengih sendirian apabila terpandang wajah Emy diluar yang masih terkulat-kulat dimejanya. Lalu dengan pantas dia menekan interkom dan meminta gadis itu masuk ke biliknya.

“Emy masuk bilik abang sekejap…”
“Baik Encik Faiz..” panggilan nama yang digunakan sudah bertukar formal dan sememangnya begitulah yang diingini oleh Emy bagi menjarakkan lagi keakraban mereka lagipula dia tidak mahu hubungan mereka sebagai bakal ipar duai nanti disalah ertikan oleh rakan sekerja yang lain. Sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu Emy terus ke bilik Ayie, dia dapat melihat dengan jelas Ayie sedang mengemas beberapa fail yang tidak teratur dimejanya. Emy tidak lupa membawakan pen dan kertas bersama. Sangkanya pasti ada sesuatu yang perlu dicatatkan pagi ini dan sudah tentunya dia sudah bersedia dengan tugas barunya.

Dengan debaran yang mulai berdendangan Emy menghampiri meja Ayie. Pandangan mata Ayie menikam ke dalam anak matanya dirasakan begitu meresahkannya. Buku catatan ditangannya digengam erat. Bertahanlah wahai hati. pujuk hatinya sendiri dia tidak mahu kalah dengan renungan mata Ayie dan dia tidak mahu lelaki itu mengambil kesempatan atas kelemahannya.
“La duduk la kenapa berdiri kat situ ..” pinta Ayie. Emy patuh dengan arahan Ayie. Haruman yang dipakai Emy semerbak menyusuk hidung tatkala gadis itu duduk bertentangan dengannya. Dia terdiam seketika menikmati haruman yang menyenangkan mindanya, menyedut dalam agar bau itu tidak hilang dari hidupnya. Emy sedang duduk bertentangan sedia menerima arahan yang sepatutnya, pen di tangannya sudah bersedia mencoret apa yang perlu. Kesejukan penghawa dingin langsung tidak terasa apabila bertentangan dengan Ayie pun begitu dia berlagak seperti biasa
.
“Macam mana Emy hari ni..sihat..”Ayie memulakan bicara tidak mahu berlama dengan gadis dihadapannya ini. kehadiran Emy didalam biliknya membuatkan dirinya hampir terbabas, fikiranya melayang mengingati kata-kata alongnya malam tadi. gelora perasaanya semakin tidak tertahan. Ayie beristifar didalam hati tidak mahu hanyut diawal pagi. Gadis yang dipuja telah pun bersetuju menjadi setiausahanya dan kini dia hanya menunggu masa yang telah ditentukan olenNya untuk menyunting dara pujaan menjadi permaisuri hidupnya. Bila masanya itulah yang belum dapat dipastikan biarlah masa yang menentukannya

“Ermm..sihat” jawabnya sepatah. Emy tidak sanggup wajahnya ditatap lama oleh Ayie dia menundukkan wajahnya kulit mukanya.terasa membahang ketika ini. Dia berdoa didalam hati agar lelaki dihadapannya ini cepat-cepat memberikannya kerja kerana dia tidak betah hanya duduk di kerusi tanpa melakukan apa-apa.
“Kerja dengan abang tak susah, Emy jangan risau abang akan pastikan Emy selesa kerja dengan abang dan abang akan pastikan juga Emy takkan rasa terbeban dengan kerja yang diberikan. Emy tak perlu takut yea.” terang Ayie.

Dia mahu mewujudkan keselesaan kepada Emy, dari gerak geri Emy dia tahu gadis dihadapannya berasa sedikit canggung mungkin juga kerana dia sering mencuri pandang pada gadis itu. Ah matanya terlalu nakal menilik anak dara orang.
“Kalau Emy tak faham kerja yang diberikan Emy boleh tanya terus kepada abang ataupun kalau Emy segan dengan abang Emy boleh tanya pada Hani, dia akan bantu Emy. Emy dah kenal Hani.” Matanya tidak lepas merenung wajah sang gadis.
“Belum lagi..” Emy menggeleng kecil, walaupun dia terserempak dengan beberapa orang kakitangan wanita dia tidak mengenali sepenuhnya kakitangan syarikat.

“Ok takpe nanti abang minta Hani jumpa Emy dan tunjukkan apa yang patut. Dan untuk tugas waktu pagi ni abang nak minta tolong dengan Emy, tolong buatkan abang milo boleh.. Emm dan satu lagi tolong kemaskan bilik abang ni yea. Abang ada meeting pukul 11.00 pagi nanti jangan lupa kalau ada pesanan catatkan. Tapi kalau ada pesanan abang tak masuk office lagi nanti Emy tinggalkan aja pesanan tu atas meja, mungkin petang nanti abang masuk” Ujar Ayie panjang lebar, dia mahu Emy tahu kerjanya tidak menentu sejak menjadi salah seorang orang peting dalam syarikat. Walaupun kadang-kadang dia nampak main-main dalam segalanya hal tapi dia sebenarnya workaholic. Hanya along yang memahaminya. Emy hanya mengangguk sebagai tanda memahami apa yang diperkatakan oleh Ayie tidak ada apa yang perlu dibantah atau diberikan pendapat.
“Ermm… rasanya dah takde apa lagi yang saya nak perkatakan Emy boleh mulakan tugas Emy. Jangan lupa tugas pertama Emy hari ni sediakan milo untuk abang. Terima kasih.”
Kalau takde apa-apa lagi Emy minta diri dulu yea.” Emy meminta diri lalu keluar dengan sopan dia merasa ada mata yang turut mengiringi langkahnya.

“Fuhhh!..lega..” Emy cepat-cepat beredar ke pantry untuk menyediakan air milo seperti yang diminta. Tidak sanggup dia berlama menghadap Ayie yang semakin pelik dirasakannya. Dirinya semakin aneh apabila berhadapan dengan Ayie kenapa hatinya sering berdebar setiap kali mata mereka beradu. Emy beristifar didalam hati, dia tidak mahu terlanjur jatuh hati kepada bakal abang iparnya, juga tidak sanggup merampas kebahagiaan kakaknya sendiri. Emy semakin bingung dengan perasaannya kini, dari renungan dan padangan Ayie membuatkan Emy kecut perut, kenapa dia merasa begitu dia sendiri keliru dengan perasaannya.

“Ehemm!…suara deheman seseorang mengejutkan lamunan Emy, entah berapa lama dia berkeadaan begitu tadi. Emy berpaling melihat siapakah pemilik suara yang menegurnya tadi dia sedikit kaget apabila melihat seraut wajah Ayie yang dihiasi senyuman manis memandang tepat ke wajahnya. Cawan yang berisi air milo ditangannya dipandang beberapa kali. Ah sudah apa aku dah buat ni.
“Err..Encik Faiz… milo Encik Faiz Emy dah siapkan Emy hantar kan ke bilik Encik Faiz sekarang yea.”

“Takpe Emy dah terlanjur abang kat sini, abang minum disini saja.”
“Errr tapi Encik Faiz..” Ayie sudah pun menarik kerusi lalu duduk disitu. Emy hanya mampu memandang sungguh dia menyesal kerana masih sempat berangan tadi.
“Emy tak payah risau abang dah biasa minum kat sini letak aja kat atas meja tu, gaji Emy tetap dibayar seperti yang tertulis dalam offer latter tu…” Emy serba salah hendak meletakkan cawan berisi air milo dia atas meja atau pun tidak, bukan masalah gaji yang difikirkannya tapi dia memikirkan kesilapan yang tak sepatutnya. Sungguh dia merasa bersalah kerana fikir yang bukan-bukan tak pasal-pasal Ayie terpaksa minum di pantry. Emy hanya mematungkan diri menunggu Ayie menghabiskan minumannya.

“Okey saya dah siap minum..terima kasih kerana temankan abang..”ujar Ayie lalu bingkas bangun dia perlu menghadiri satu meeting penting bersama sub contarktor yang akan terlibat dengan projek yang diselianya. Emy hanya mengagguk kecil tidak sanggup menatap wajah Ayie dek kerana kecuaiannya menjalankan tugas tadi.
“Emy..” Ayie berhenti melangkah lalu berpaling kearah Emy yang masih berdiri dibelakangnya.

“Sedap air yang Emy buat tadi…. tapi… kalau Emy tak taruk garam lagi sedap..”
“Hah!..” Emy mendongak memandang wajah Ayie yang masih dihiasi senyuman menawan. Matanya terbuka luas sebaik sahaja Ayie berkata demikian dia mengelabah melihat cawan yang berisi air milo itu telah habis diminum Ayie. Ayie ketawa kecil melihat kegelabahan Emy yang amat ketara gadis itu kelihatan semakin comel dimatanya.
“Just kidding”…ujarnya lalu mengeyitkan sebelah matanya sebelum meninggalkan Emy terkulat-kulat sendirian. Suara ketawa Ayie masih jelas kedengaran walaupun badannya telah lama menghilang. Emy terduduk diatas kerusi, dia meraba pipinya yang terasa hangat dek malu diusik oleh Ayie tapi akhirnya Emy ketawa kecil mengakui dia telah tertipu oleh usikan Ayie. Terasa lucu dirinya dikenakan dan akhirnya dia ketawa sendirian.

10 comments:

Ana Joe said...

hohoho..sian emy selalu kena usik..
lawak lah ayie nih.

aqilah said...

sian emy...kena tipu dgn ayie......

::cHeeSeCaKe:: said...

ahaha..cuak tol emy ngn ayie..smpai sng jer kne tipu..ehehe..

IVORYGINGER said...

Ayie2.. xbaik tul main2 kan Emy. Bila la nk gtau dia tu twins bakal abg ipar Emy??? he..

Anonymous said...

CEPAT SAMBUNG NYER...

Anonymous said...

sian emy...huhu
awk x nak sambung kew novel nie??
habiskanlah awk...novel nie best la..
x sabar nk tau sampai akhir..

Diahperi said...

cik penulis bila nk smbung cita ni ye...cita ni bestlah tapi syg blm ada sambungan..nk juga tau apa yg berlaku seterusnya ..kecian kita org tertunggu2

Diari Hati said...

salam pada saadiah...sy dah post HIM hingga ke episod 34..sy terpaksa hentikan setakat itu. InsyaAllah HIM akan keluar ke versi cetak..

Anonymous said...

kat ner episod 31-34.xjupe pun. camne nak dptkan versi cetak?

Anonymous said...

macam "bodoh" jep si emy tue...

 
Copyright 2009 Diari Hati