Miasarah menunggu teksi didepan pejabatnya sebelum pulang tadi dia sudah menelefon syarikat teksi. 15 minit menunggu teksi yang dijanjikan tidak juga muncul-muncul. Terkebil-kebil matanya memandang nombor plat teksi yang diberikan oleh operator pada setiap teksi yang melintas dihadapannya. Miasarah mengerling jam dipergelangan tangannya. Hampir pukul tujuh malam. Langit semakin kelam. Kenderaan bertali arus. Puas duduk Miasarah berdiri. Sesekali kepalanya meliar memandang kawasan sekeliling walaupun kenderaan bertali arus didepannya suasana sepi diperhentian teksi itu mengundang rasa takut dihatinya. Sesekali dia menoleh ke belakang. Takut pula membayangkan jika dia diacukan pisau ke belakang seperti cerita-cerita dilayar perak yang ditontonnya. Keretanya yang rosak masih belum siap lagi minggu ini sahaja keretanya sudah tiga kali meragam. Kalau ikutkan hati hendak sahaja dihantar ke kedai besi tapi memandangkan hanya itu kenderaanya yang ada, sayang pula. Hendak marah juga pada taukey cina yang membaiki keretanya janji siap tengah hari tadi tapi bila dia datang untuk mengambilnya macam-macam alasan yang diberikan. Akhirnya Miasarah meminta taukey cina itu menyiapkan juga keretanya hari ini esok pagi-pagi dia datang mengambilnya.
Pin!…bunyi hon kereta kembara yang berhenti dihadapannya betul-betul memeranjatkannya. Miasarah mengurut dadanya yang berdegup laju. Geram. Itulah perasaannya waktu itu. Mahu sahaja dia mengutuk perbuatan pemandu yang tidak reti bahasa itu.
Cermin tingkap kembara terlondeh ke bawah. Miasarah hanya mengerling sepintas.
“Hai Mia..”sapa pemandu kembara warna coklat itu. Mia merenung mengamati siapa lelaki yang mengenalinya.
“Zam lah..”ujar lelaki tadi lalu ketawa kecil. Lucu melihat Miasarah tidak mengenalinya.
“Zam..Zamri..” Senyuman Miasarah terukir.
“Naiklah..Zam hantar Mia balik..” pelawa Zamri. Miasarah tidak membuang masa daripada terus menunggu teksi yang tak nampak batang hidungnya baik dia menumpang Zamri. Hari pun dah beransur ke malam bimbang pula menunggu lama di situ.
“Mia ingatkan lelaki miang mana lah tadi..nasib baik Mia tak sumpah seranah kalau tak dapat dosa kering aja tadi..” Kata Miasarah ketawa kecil. Zamri turut ketawa.
“Sampai hati Mia nak maki Zam…” kereta terus meluncur sebaik sahaja Miasarah masuk ke perut Kembaranya.
“Lain kali buat la lagi..” mereka sama-sama ketawa.
“Kereta belum siap lagi”
“Belum..”
“Lamanya. Dah nak masuk seminggu kan.”
“Yang rosak hari tu dah okey kali ni rosak lain pulak..saja aja nak bagi duit pada tokey cina tu.”
“Beli la kereta baru…kalau tak mampu biar Zam hulurkan dulu.” Ujar Zamri sambil mengerling ke arah Miasarah yang masih dengan senyuman. Jarang benar dia melihat Miasarah mesam mencuka seperti sesetangah perempuan lain. Moodnya sentiasa ceria susah sungguh melihat gadis dihadapannya itu berwajah kelat. Kecuali tadi. Itupun dia yang silap.
“Mia nak beli Porsce kalau Zam sanggup nak hulur duit esok Mia tempah macam mana..”Sengaja Miasarah mengenakan Zamri. Dia tidak perlu pertolongan sesiapa, apa yang mampu digunakan akan digunakan sepenuhnya.
“Mak aiii…tingginya taste.” Miasarah galak ketawa apabila Zamri mengatanya begitu.
“Itulah lain kali jangan disorongkan pertolongan, kan Mia dah minta yang bukan-bukan.” Ujar Miasarah dengan sisa tawa yang masih kedengaran. Zamri bagaikan asyik mendengar tawa Miasarah.
“Zam hantar Mia balik ni, pakwe Mia tak marah ke..” Soal Zamri sengaja mahu mengorek status Miasarah. Jika Miasarah belum berpunya dia mempunyai harapan untuk memikatnya.
“Pakwe Mia sporting, tak suka marah-marah orang tanpa usul periksa..” Ujar Miasarah sambil memandang wajah Zamri yang bagaikan tersenyum tawar apabila dia menekankan perkataan pakwe.
“Dah sampai pun..terima kasih Zam..” Ujar Miasarah sambil melambai tangan pada Zamri yang tersenyum tawar.
Mia sarah menjenguk ke garaj. Kereta BMW Razlan masih belum kelihatan, bermakna Razlan masih belum pulang. Miasarah melangkah ke dalam rumah belum pun pintu rumahnya dibuka cahaya lampu BMW Razlan menyuluh ke arahnya. Razlan juga sampai lewat ke rumah mereka.
Miasarah membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Suis lampu dipetik. Razlan muncul sebaik sahaja suis dihidupkan.
“Mana kereta kau..”soal Razlan tiba-tiba.
“Hantar bengkel..”
“Hai kerap benar kereta kau rosak.”
“Nak buat macam mana kereta dah buruk sangat..”
“Entah-entah sengaja kau hantar bengkel sebab nak tumpang si Zamri tu kan, nanti boleh la sembang-sembang gelak-gelak..” Sinis sahaja kata-kata Razlan ditelinganya. Miasarah memandang wajah Razlan yang berlagak selamba. Razlan mencampakan briefcasenya ke atas sofa empuk. Miasarah hanya memandang terkulat-kulat. Apa kena angin Razlan hari ini. Meeting sepanjang harikah dia hari ini.
“Aku masuk dulu la..”Ujar Miasarah mengalah. Dia tidak mahu membangkitkan kemarahan Razlan yang ikut suka sahaja menyembur orang. Langkah kakinya diayunkan ke bilik belum pun sempat dia membuka pintu biliknya Razlan menahan tangannya. Cengkaman tangan Razlan membuatkan dada Miasarah berdebar-debar.
“Kenapa dengan kau ni..”Soal Miasarah memandang tepat ke wajah Razlan yang sukar ditafsirkan. Cemburu. Tak mungkin Razlan cemburu dengannya.
“Sakit la..”
“Dengar sini Mia, aku tak suka kau rapat dengan Zamri tu.”
“Kenapa, apa salah dia. Kalau kau dengan dia bermusuh jangan libatkan aku sama.” Miasarah masih mampu menahan rasa marahnya. Kenapa Razlan bersikap begitu sedangkan selama ini dia dan Razlan masing-masing buat hal sendiri. Razlan mendengus apabila Miasarah mempertahankan Zamri. Dia melepaskan tangan Miasarah dengan kuat. Miasarah hanya memandang hairan perbuatan Razlan. Apa masalah mereka sebenarnya.
Miasarah sudah siap memasak. Menunya asam pedas ikan pari lauk kegemaran Razlan. Sengaja dia hendak memancing Razlan yang masih marahkannya. Pintu bilik diketuk perlahan.
“Lan..aku dah masak ni mari lah makan..”ajak Miasarah. Dia menekupkan telinganya pada pintu bilik Razlan, sengaja mengintip apa yang dilakukan Razlan ketika ini.
“Lan..tak nak makan ke..”Miasarah masih mempelawa Razlan tapi hampa Razlan masih mendiamkan diri. Untuk kali ketiga dia masih mencuba.
“Lan lauk dah sejuk tunggu kau ni, tak nak makan ke atau kau dah makan siang tadi..”
“Kau makan lah aku tak lapar. “ Sahut Razlan sayup-sayup. Langsung dia tidak membuka pintu biliknya. Marah benar agaknya Razlan pada dirinya. Miasarah berlalu hampa. Penat-penat dia memasak lauk kegemaran Razlan tapi lelaki itu pula jual mahal terpaksalah dia makan seorang diri.
Miasarah menguap beberapa kali, dia masih setia dengan siri drama kegemarannya yang masih keudara. Sanggup dia menahan kantuk yang semakin menebal untuk mengikuti kesudahan cerita yang diikuti. Miasarah memandang ke bilik Razlan yang sudah pun gelap agaknya dia sudah tidur. Baru sahaja dia hendak menutup tv tiba-tiba bilik Razlan terkuak. Miasarah tersenyum melihat wajah Razlan seperti orang baru bangun tidur. Razlan berlabuh disisinya. Miasarah sedikit menjauh, bimbang pula nanti dituduhnya Razlan dia mengambil kesempatan.
“Kau masak apa..” Miasarah merenung wajah Razlan. Senyuman terhias dibibirnya. Razlan bagaikan kaku melihat senyuman yang sentiasa tersunging dibibir manis Miasarah. Jarang sekali dia melihat wajah itu kelat kecuali jika dia terlalu penat.
“Lapar..”Soal Miasarah sengaja mengusik.
Razlan berwajah selamba.
“Aku masak lauk kegemaran kau asam pedas ikan pari.”
Razlan kecur liur, pandai pula Miasarah hendak mengambil hatinya. Razlan tersengih. “Tapi dah habis aku makan, tadi kau cakap kau dah kenyang aku tak tinggal la untuk kau, kang membazir pulak lauk tu kalau kau tak makan.”
Razlan membutangkan biji matanya. Sampai hati Miasarah tidak menyimpan sedikit lauk untuknya. Perutnya sudah berbunyi. Hendak keluar mencari makan sudah pukul 11.30 malam terpaksalah dia menahan sampai pagi esok itupun jika Miasarah rajin menyediakan sarapan untuknya. Razlan mahu mengangkat punggungnya berlalu ke bilik.
Dia berpaling apabila mendengar suara Miasarah ketawa.
“Aku dah simpan lauk untuk kau la. Aku tahu kau tentu lapar. Merajuk lagi dengan aku nasib baik la aku ni baik hati tau, kalau hati aku busuk macam kau dah lama kau kebulur.” Serang Miasarah lalu mengangkat punggung untuk masuk ke biliknya pula. Razlan dipandangnya sekilas ada cebikan pada wajah lelaki itu.
“Kau nak ke mana pula tu..” panggil Razlan. Miasarah menoleh.
“Bilik la..tidur. kan dah lewat ni..” Ujar Miasarah tanpa dapat menangkap apa-apa yang berada diminda Razlan.
“Temankan aku makan..”Miasarah memandang tepat ke wajah Razlan. Buang tebiat la dia tu. Tak pernah-pernah dia minta ditemankan tapi lain pula kali ni. Agaknya dia tak biasa makan seorang diri. Ialah biasanya mereka makan berdua hari ini dia tertinggal pula.
“Kau makan lah sendiri.” Miasarah hampir membuka pintu biliknya.
“Mia…”Panggil Razlan lembut. Akhirnya Miasarah mengalah. Razlan senyum kemenangan.
Lauk yang sudah sejuk dipanaskan sekali lagi. Razlan hanya memerhati pergerakan Miasarah. Cekap juga Miasarah didapur. Saat Miasarah mengikat rambutnya Razlan terpandang akan leher jinjang milik Miasarah. Hatinya bergelora. Cepat-cepat dia melarikan padangannya. Sejak akhir-ahkir ini mengapa perasaan itu sering dirasainya.
Lauk pauk yang dipanaskan Miasarah terhidang didepan matanya. Bau asam pedas ikan pari membuka seleranya. Sudah lama dia tidak menjamah lauk kegemarannya.
“Makan lah, tengok apa lagi..” pelawa Miasarah.
“Nasi..”Razlan menghulurkan pingan kosong kepadanya. Miasarah memandang hairan mengapa dihulurkan pingan kosong kepadanya.
“Tu kan nasi, ceduk la.”
“Mia..”Razlan menekankan suaranya. Razlan tersengih.
“Mengada-ngada betul. Lain kali kalau merajuk panda-pandai la hidup.” Getus Miasarah geram. Nasi yang sudah terisi dipingan Razlan disuakan pada Razlan. Razlan tersengih.
Berselera benar Miasarah melihat Razlan makan. Hampir dua pingan nasi dia bertambah.
Miasarah senang hati hendak juga Razlan makan masakannya. Dalam diam dia merenung seraut wajah yang dicintainya walaupun Razlan tidak pernah menyintainya. Dia cukup bahagia berada disamping Razlan walaupun hidup tidak seperti dalam erti kata sebenar sebagai pasangan suami isteri. Dia tidak mahu Razlan mengesan rasa cinta yang telah lama berputik didalam hatinya. Biarlah ianya menjadi rahsia hati yang akan disimpan kukuh dihatinya.
Tuesday, April 19, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mia cakap la suka kat razlan.kalau tak macam mane razlan nak tau
best cite ni...tertggu2 juga update yg terbaru...
Post a Comment