Sunday, April 24, 2011

BiDaDaRiKu 5

Bantal peluk telah terlentang ditengah-tengah. Razlan masih belum muncul, sejak bersembang dengan Encik Bakar lewat petang tadi wajahnya kelihatan sedikit muram. Miasarah hanya membiarkan wajah kelat itu menyelubungi Razlan, jika dia hendak bercerita tentang masalahnya pandai-pandai lah Razlan mencarinya. Buku Motivasi karya HM. Tuan Iskandar itu dibeleknya. Matanya mula mengantuk beberapa kali Miasarah menguap tiba-tiba perutnya memulas-mulas. Dia teringatkan lauk masak lemak tempoyak yang menjengah masuk ke perutnya siang tadi. Miasarah menekan-nekan perutnya beberapa kali. Rasa sakit semakin menjadi-jadi. Kain gebar yang menyelimuti digengam kemas.
“Sakitnya Ya Allah..”tutur Miasarah perlahan.
Telefon bimbitnya dicapai. Dia ingin mendail telefon bimbit Razlan belum pun sempat dia menekan nombor-nombornya Razlan muncul dimuka pintu.
“Mia..kenapa dengan kau ni. Ya Allah!..” Razlan bersuara separuh terkejut melihat keadaan Miasarah yang duduk seperti orang sedang bersujud.

“Kenapa ni Mia..”Soal Razlan lagi lalu memaut lengan Miasarah.
“Sakit perut Lan..”
“Kau makan apa tadi..” Suaranya kedengaran risau, risau atau marah Miasarah tidak dapat memastikannya. Dia terus menahan sakit perut yang bagaikan mencucuk-cucuk dagingnya. Tiba-tiba Miasarah berdiri. Tangannya masih menekan perut. Dia mundar mandir bagaikan mencari sesuatu.
“Tuala aku mana..tuala mana..”tanya Miasarah cemas kepada Razlan. Razlan yang melihat perubahan kelakuan Miasarah secara tiba-tiba itu kehairanan.
“Buat apa…mana lah aku tahu.”

“Aku sakit perut ni..tuala mana…cepat la..”Miasarah mengarahkan Razlan mencari tualanya. Razlan tetap terpaku disitu. Perutnya semakin memulas-mulas. Wajahnya kepucatan. Peluh mula merenek kedahi. Mata Miasarah sempat menangkap tualanya yang tersadai dikerusi. Dia terus mencapainya lalu segera beredar ke dapur mencari tandas. Lama juga dia ditandas sehingga membuatkan Razlan tertanya-tanya.
“Berak apa lama sangat..berak batu agaknya.” Telah Razlan sambil geleng kepala. “Ada-ada ajalah si Mia ni. Sakit perut macam sakit nak beranak. Buat risaukan orang aja.” Gumam Razlan dalam hati.

Miasarah masuk ke biliknya sambil tanganya masih berada diperut. Walaupun bahan buangannya telah dikeluarkan sebentar tadi perutnya masih lagi memulas-mulas. Wajah Miasarah berkerut menahan sakit yang masih juga tidak berkurangnya. Razlan hanya memerhati, tidak tahu hendak berbuat apa.
“Kenapa dengan kau ni Mia..sakit apa, kau uzur erk, asal tidur sekatil aja mula la, sakit sana sakit sini padahal kau takutkan aku.” Sindir Razlan. Miasarah tidak berkata. Bukan dia mencipta alasan. Jika dia memberi alasan nanti bimbang pula Razlan berkecil hati atau menganggapnya mengada-ngada.
Miasarah berbaring disebelah Razlan, walaupun bantal peluk memisahkan mereka Miasarah tetap berhati-hati. Badannya meringkuk menahan sakit yang masih belum terasa surutnya. Timbul rasa kasihan dihati Razlan melihat keadaan Miasarah yang benar-benar sakit.

“Mia.. kau sakit apa ni, jom kita ke klinik.” Perlahan suara Razlan memujuk. Miasarah mengeleng laju. Dia tahu bukannya dekat klinik dari rumah mentuanya. Naik pula wira buruk Razlan entah pukul berapa pula sampainya ke klinik. Entah-entah bila sampai sahaja ke klinik tentu klinik tu dah tutup agaknya. Miasarah masih menekan perutnya. Sesekali dia mengerang kesakitan walaupun perlahan dan cuba ditahannya dari menangkap pendengaran Razlan namun Razlan masih mampu menangkap suara kesakitannya.
“Mia…”Razlan memegang bahu Miasarah. Memang diakui Miasarah degil orangnya.
“Aku tak apa-apa kau pergi lah tidur. Tutup lampu tu sekali.” Dalam sakit Miasarah masih mampu mengarahkan Razlan.
“Kau jangan risau, aku tak apa-apa sekejap lagi baik la ni.” Razlan akur. Dia tidak mahu memaksa Miasarah. Suis lampu dipadam.

Dia mahu memejamkan matanya. Hidungnya menghidu sesuatu. Bau minyak angin menyucuk-nyucuk hidungnya. Dia tahu Miasarah sedang menyapu ubat diperutnya. Patut la Miasarah meminta dia memadamkan lampu rupanya Miasarah malu jika dia melihat akan perutnya. Suara erengan kesakitan masih kedengaran. Razlan tidak dapat memejamkan mata. Dia berkalih menghadap ke arah Miasarah.
“Bak sini minyak tu..” pinta Razlan tiba-tiba. Walaupun gelap tetapi Miasarah masih mampu melihat bayangan Razlan.
“Kau pun sakit juga ke.” Sempat lagi Miasarah menyoalnya.
Razlan meraba tangan Miasarah mencari minyak angin ditangan Miasarah. Miasarah tersentak dengan tindakan Razlan secara tiba-tiba itu.
“Kalau yea pun nak… sabar la. Dah la gelap aku tak nampak apa-apa pun ni ha.” Miasarah melepaskan perasaan geramnya sudah la dia sakit Razlan sesuka hati pula meraba minyak ditangannya. Bukan tidak boleh minta dengan cara baik. Sengaja mengambil kesempatan.
“Kau nak aku buka lampu ke..”
“Eh jangan!…”pantas Miasarah menegah. Bimbang pula Razlan mengambil kesempatan padanya. Otak Razlan bukanya boleh dipakai sangat. Razlan tergelak kecil. Miasarah menghulurkan minyak angin kepada Razlan.

Tanpa segan tanpa silu. Razlan melumurkan minyak angin ke tapak tangannya lalu menyapu perut Miasarah yang terdedah. Miasarah terperanjat.
“Apa kau buat ni Lan.” Marah Miasarah cuba untuk bangun dari pembaringannya. Razlan sempat menahan.
“Kau kan sakit. Tak salah kalau aku tolongkan. Apa kau nak takut aku kan suami kau halal disentuh, lebih dari itupun boleh kan..”Usik Razlan. Jantung Miasarah bagaikan mahu luruh. Dia termati kata. Razlan benar-benar tidak boleh dijangka tindakannya. Tangan Razlan masih melekat diperutnya mengosok perlahan-lahan perutnya yang masih memulas-mulas. Dia tidak mampu mengelak lagi.
“Kau jangan lebih-lebih Lan.” Amaran Miasarah mengundang tawa besar pada Razlan. Nasib baik sempat Miasarah menekup mulut Razlan dan menahannya dari mengejutkan emak dan ayah mentuanya.
“Eeeee..kalau yea pun nak ketawa control la sikit..” Marah Miasarah pada Razlan yang terlepas laku. Sempat dihadiahkan satu cubitan dilengan Razlan. Jika Razlan dapat melihat wajahnya kemerahan ketika ini tentu sebulan dirinya diketawakan. Razlan mengaduh kesakitan apabila sengatannya mematikan tawa yang masih meletus dibibir lelaki itu.

Miasarah terjaga dari lenanya. Cepat-cepat dia membetulkan baju tidurnya yang terdedah. Nasib baiklah hari masih gelap, jika tidak pagi-pagi buta Razlan dapat melihat tayangan free aja. Emak dan ayah mentuanya masih belum bangun lagi. Entah macam mana malam tadi dalam kebimbang Razlan mengambil kesempatan ke atasnya. dia boleh terlena walaupun dia cuba menahan kantuknya. Miasarah segera ke bilik air apabila mengerling jam dimeja kecil menunjukkan waktu subuh semakin hampir dia perlu menyiapkan diri sebelum Razlan terjaga.

Usai menunaikan solat subuh Miasarah bergegas pula ke dapur. Dia perlu mendahului emak mentuanya. Tidak mahu emak mentuanya mencari kesalahan yang tidak salah pada dirinya. Miasarah mencari bahan-bahan untuk dibuat sarapan pagi. Dia menyelongkar isi peti sejuk. Berfikir-fikir untuk menyediakan sarapan apa pagi ini.
“Masak nasi lemak la. Ada santan ni, daun pandan pun ada..”Miasarah berinterkasi dengan diri sendiri. Senyuman tersungging dibibirnya. Tentu mentuanya merasa bangga dengannya hari ini. Miasarah tidak mahu emaknya terus mencari salahnya walaupun bukan kesalahan.

Akhirnya nasi lemak berjaya juga dimasaknya sebelum suami dan mentuanya bangun dari tidur. Agaknya mereka semua terlajak kot. Miasarah naik ke atas menuju ke bilik mentuanya. Hampir pukul 6.30 pagi. Dia segera mengetuk pintu bilik mentuanya. Ralit sangat memasak dia terlupa mengejutkan Razlan.
“Mak!..mak!..dah lewat ni.” Terdengar bunyi seperti orang kelam kabut bangun dari dalam bilik. Miasarah masih menanti sahutan bimbang pula mentuanya masih belum bangun kerana tiada sahutan.
“Mak…”
“Dah bangun ni…”Jawab Mak Temah keras. Miasarah berlalu pula ke biliknya. Razlan masih lagi melingkar diatas katil berbalut selimut. Miasarah hanya mampu mengeleng. Pukul berapa Razlan tidur semalam dia tidak tahu.
“Lan..dah lewat ni..” Miasarah mengejutkan Razlan perlahan. Razlan mengeliat malas. Dia terpisat-pisat membuka mata yang terasa sukar untuk dibuka.
“Dah pukul berapa ni..”
“Dah lepas pukul 6.30 ni ha..” Razlan bingkas bangun. Dia merenung Miasarah yang tersengih memandangnya.
“Kenapa kau tak kejut awal sikit, ini dah nak hampir subuh gajah, baru nak kejutkan orang.”
“Kan aku dah kejut ni.. ha cepat la dah nak habis waktu ni..” Razlan tidak jadi membebel panjang kepada Miasarah. Dia sempat menjeling ke arah isterinya. Geram.


“Jemput makan mak, ayah..” sarapan pagi telah terhidang diatas meja. Mak Temah berwajah selamba. Razlan dan Encik Bakar tersenyum-senyum. Miasarah masih lagi berusaha mengambil hati mentuanya.
“Dah lama ayah tak makan nasi lemak..Hmmm..tentu sedap Mia masak ni.” Puji Encik Bakar sungguh hati. Memang benar sudah lama dia tidak menjamah nasi lemak. Isterinya itu malas hendak masak jika hanya mereka berdua sahaja yang ada dirumah ini. Anak-anaknya jarang pulang termasuk lah Razlan juga. Terpaksalah dia membeli nasi lemak diluar.

Mak Temah hanya menjeling suaminya. Geram hatinya suami sendiri memuji menantunya. Miasarah mencedukkan nasi ke dalam pingan Razlan. Razlan mengenyitkan matanya kepada Miasarah. Terasa membahang wajahnya. Tidak tahu apakah maksud disebalik kenyitan mata Razlan. Jika boleh dia tidak mahu mengingati hal malam tadi. Mak Temah menelan nasi lemak menantunya, sedap juga. Bisik hatinya. Dia menyuapkan lagi hampir separuh pingannya kosong tiba-tiba dia teringatkan santan kelapa dan daun pandan yang disimpan didalam peti. Dia segera bangun dan menuju ke peti sejuk. Encik Bakar, Razlan dan Miasarah terpinga-pinga melihat Mak Temah begitu.
“Apa yang awak cari tu Temah..”Soal Encik Bakar hairan.
“Saya cari santan dengan daun pandan saya bang..”Jawab Mak Temah dengan suara yang agak keras. Razlan memandang Miasarah. Miasarah pula memandang ayah mentuanya lalu matanya jatuh pada nasi lemak yang ditanaknya pagi tadi.
“Mia guna masak nasi lemak mak..”jawab Miasarah perlahan. Matanya beralih pada Razlan. Wajahnya seperti ketakutan. Baru sahaja hendak mendapat pujian emak mentuanya masalah lain pula yang timbul. Mak Temah merenungnya tajam. Kecut juga perut Miasarah.
“Kenapa memandai-mandai guna barang tak cakap dulu. Aku nak buat agar-agar santan petang nanti.” Marah Mak Temah apabila barang yang dibelinya semalam untuk dibuat agar-agar kegemaran Razlan telah digunakan Miasarah. Encik Bakar sedikit terperanjat, apatah lagi Miasarah dan Razlan. Tidak menyangka daun pandan dan santan boleh menaikkan kemarahan Mak Temah.
“Mia ingatkan mak nak masak nasi lemak. “
“Lain kali tanya dulu.” Jeling Mak Temah pada Miasarah yang terpinga-pinga.
“Takpe lah mak nanti Lan pergi kedai belikan barang tu semua.” Razlan cuba mengendurkan kemarahan emaknya.
“Ini lagi sorang sikit-sikit pertahankan bini, semua yang bini kau buat tu betul, mak buat ni salah.”
“Eh! awak ni apa yang awak merepek pagi-pagi ni depan rezeki pulak tu, kan Lan cakap nak belikan nanti dia beli lah tu.” Encik Bakar cuba mengawal keadaan. Isterinya cepat benar marahnya sekarang ini. Agaknya petanda-petanda monopaus semakin hampir. Miasarah menunduk, dia tidak menyangka kerana nasi lemaknya mak dan ayah Razlan bertekak.
“Saya ni semuanya salah. Menantu awak aja yang betul.” Mak Temah berlalu meninggalkan mereka terpinga-pinga. Nasi lemak yang masih berbaki dipingannya ditinggalkan begitu sahaja. Suara Mak Temah perlahan bagaikan merajuk hati. Razlan hanya mampu memandang emaknya.
“Makan Mia, jangan dikisahkan sangat emak kamu tu. Angin tak elok aja.” Miasarah tersenyum tawar. Nasi lemak dipinggannya digagahi juga untuk dihabiskan. Dia tidak mahu menunjukkan rasa hatinya pada Razlan. Tidak mahu Razlan risau akan dirinya.


“Mak ayah..kami balik dulu.” Razlan memohon diri untuk pulang. Miasarah menyalami kedua mentuanya. Hanya Encik Bakar sahaja yang bercakap dengannya Mak Temah masih diam membisu. Huluran tangan Miasarah hanya disambut hambar. Samada Miasarah berasa hati atau tidak dia tidak mahu ambil peduli. Encik Bakar hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Tidak tahu apa lagi yang mampu dilakukan untuk melembutkan hati Temah isterinya. Sebelum pulang Encik Bakar sempat membisikkan sesuatu pada Razlan..
“Emak kamu mahukan cucu agaknya sebab itulah dia selalu marahkan Mia.” Berdegup kencang jantung Razlan tatkala kata-kata itu menyinggah ditelinganya. Dia memandang Miasarah yang tidak tahu apa yang dikatakan ayahnya. Apakah Miasarah yang akan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Sanggupkah Miasarah berkorban lagi. Razlan bingung seketika.
“Lan..oo..Lan apa kau menung kan tu, tak nak balik ke..” Soal Encik Bakar mengejutkan lamunan Razlan. Razlan tersengih.
“Lan balik dulu ayah..mak..”
“Sampai nanti jangan lupa telefon kami.” Pesan Encik Bakar pada Razlan.

3 comments:

Anonymous said...

sedih yer.kesian mia dah la husband tak sayang dia mak mertua pun tak suka jgk. berpisah je la mia buat apa kawin kalu tak menjamin kebahagiaan

Anonymous said...

mia 2 mmg tabah btl...
aja2 fighting mia...

IVORYGINGER said...

Razlan!!! Razlan!!! Apa lg yg dcari??? Cinta??? Rasanya dgn Mia pun ko boleh belajar bercinta. xsalah bercinta selepas kahwin. Ko ingt jatuh cinta hnya pd wanita yg ko rs bdebar2??? camtu??? xrelevan. itu hnya tarikan shj bukan cinta. cinta hnya utk org yg mhargai org ln n sanggup bkorban demi org yg dia sayang. ciri2x tu smua ada pd Mia. Klu ko xbljr mhargai dia satu hari pasti ko akn menyesal. Belajar la kasihi dia n bcinta ckit demi ckit. Lebih bahagia bila bcinta lps kahwin.

 
Copyright 2009 Diari Hati