Razlan mundar mandir diruang tamu. Hatinya bagaikan dihentak dengan tukul besi tatkala melihat Miasarah bergelak ketawa dengan lelaki yang pernah menjadi teman kuliahnya siang tadi. Senyuman Miasarah pada Zamri bagaikan menyimbah bara yang baru hendak terpadam. Kalau boleh dihatuk-hatukkan kepala Zamri pada dinding sudah tentu hari ini juga Zamri masuk ICU. Razlan mengerling pada jam antik yang setia melekat didinding rumahnya. Sudah pukul 6 petang batang hidung Miasarah tidak juga muncul-muncul entah ke mana Zamri membawa Miasarah..
Kebimbangannya mula tercetus disudut hati. Sesekali kepalanya terjenguk ke luar rumah apabila mendengar deruman ekzos kereta tapi hampa semuanya bukan kereta Miasarah. Rengkungnya terasa kering lalu Razlan berlalu ke dapur ingin memasahkan tekak belum pun beberapa langkah dia berjalan pintu rumah tekuak, tersembul wajah Miasarah yang masih dengan senyumanya. Dia menghampiri tingkap mengintai kepada siapa senyuman itu ditujukan, ternyata darahnya menyirap apabila lelaki tadi yang menghantar Miasarah pulang ke rumah. Mana perginya kereta Miasarah. Kalau iapun kereta rosak kenapa Miasarah tidak menghubunginya.
“Hah..siapa lelaki tadi…” tegur Razlan tidak jadi melangkah ke dapur. Miasarah berwajah selamba walaupun sedikit tersentak cara teguran Razlan. Senyuman yang indah meniti dibibirnya sebentar tadi menghilang pergi tatkala Razlan menegurnya.
“Kawan sendiri tak kenal..” balas Miasarah acuh. Tudung yang dipakainya ditanggalkan.dia berlabuh sementara masuk ke biliknya. Razlan mengerling pada batang leher Miasarah yang terdedah. Jantungnya berdetap detup. Sesekali dia menelan liur. Sejak hari pertama perkahwinan mereka dia belum pernah menyentuh Miasarah.
“Kenapa dia hantar, mana perginya kereta kau..” panas pula telinga menyapa tutur Miasarah, sudah la dia penat kini dihujani pula soalan demi soalan.
“Rosak..” Selamba sahaja Miasarah menjawab tanpa memandang wajah Razlan yang bagaikan polis menyoal penjenayah. Apa kena dengan lelaki yang bergelar suami diatas kertas padanya, pelik. Setahunya belum pernah Razlan mengambil berat akan hidupnya selama hampir setahun mereka hidup sebagai pasangan suami isteri tapi kenapa tiba-tiba Razlan bagaikan mengambil berat.
Razlan rasa tercabar. Tercabar. Diamati perkataan yang bermain difikirannya. Adakah Razlan tercabar dengan kemesraannya dan Zamri. Miasarah senyum sendiri. Mustahil Razlan cemburukan dia dan Zamri atau mana-mana lelaki yang cuba mendampinginya. Dia sedar selama ini dia hanyalah teman kepada Razlan. Teman baik.
“Haa..yang kau tersengih-sengih tu kenapa” Miasarah memandang tepat ke wajah Razlan ternyata Razlan bagaikan menyembunyikan perasaannya.
“Kau cemburu erk..” Miasarah ketawa gelihati melihat Razlan bagaikan tak tentu arah.
“Please la aku nak cemburukan kau.. Aku cuma nak ingatkan aja kau pada Zamri tu jangan rapat sangat..” Razlan masih mempertahankan egonya.
“Kenapa aku tak boleh rapat..” Soal Miasarah lagi. Senyuman masih lagi tersunging dibibirnya.
“Kalau kau nak berkawan dengan dia kau kena hati-hati jangan sampai masuk perangkap dia..”tegas Razlan sambil merenung wajah Miasarah.
“Tak baik tuduh-tuduh orang macam tu, mana kau tahu dia tu nak perangkap aku setahu aku dia tu baik tapi tak tahulah dengan kau aja dia nampak macam musuh.” Razlan mencerlang Miasarah. Sakit hatinya apabila Miasarah membela Zamri. Apa Miasarah ingat dia tu jahat sangat ke nak menuduh-nuduh. Kalau kau nak tahu dia lah punca aku kehilangan seseorang..kata-kata itu hanya berguman dihati. Geram pula dia melihat Miasarah bermesra dengan perampas buah hatinya.
“Aku dah ingatkan kau terserah la kau nak percaya atau tidak” Razlan berlalu tanpa memandang Maisarah yang terkulat-kulat. Akhirnya Miasarah geleng kepala melihat Razlan berlalu ke biliknya. Merajuk agaknya.
Pintu bilik Razlan diketuk perlahan sedari tadi bilik itu tidak terbuka, Razlan masih merajuk dengannya agaknya. Miasarah ketawa kecil. Kenapa Razlan perlu merajuk pula selama ini saranan Razlan padanya bukan tak pernah dilanggarnya tapi tidak lah sampai dia merajuk begini.
Pintu terkuak. Tersembul muka selamba Razlan tanpa berbaju. Miasarah termati senyuman. Malu menatap tubuh Razlan yang terdedah. Dia sedikit menunduk. Razlan tersengih dapat juga dia menundukkan wajah Miasarah.
“Malu konon tengok aku macam ni, yang kau tatap majalah maskulin terdedah sana sini tu tak malu pula.” Razlan sengaja mengenakan Miasarah yang termati kata. Dia senyum dalam diam. Bukan senang hendak menundukkan Miasarah ni.
Dalam pada wajahnya yang menunduk sempat lagi Miasarah menjawab.
“Itu tak bernyawa kau ni bernyawa tahu tak…”Razlan ketawa besar dengan jawapan Miasarah. Apakah Miasarah tergoda dengan keseksiannya..
“Pergilah pakai baju tu dulu..”arah Miasarah lalu cuba menarik daun pintu bilik Razlan supaya Razlan beredar ke dalam dan memakai baju. Razlan masih tercegat, apa yang disuruh Miasarah langsung tidak diendahkan. “Dia nak tengok ke tak nak tengok ke itu dia punya pasal lah.” Guman hati nakalnya
“Tahu kau takut, aku ingat kau berani sangat. Baru tayang tubuh kau dah mengeletar kepala lutut belum aku tayang yang lain-lain lagi..” selamba sahaja Razlan mengenakan Miasarah. Miasarah mecebik. Razlan berlalu mengambil pakaiaanya. Miasarah masih setia menunggu dipintu bilik. Tidak pernah dia menjengah ke bilik Razlan dan Razlan tidak pernah menceroboh biliknya. Miasarah mengeling ke dalam bilik Razlan.
“Mak aiii..bilik ke kapal perang ni…” terpancul kata-kata itu dari mulutnya apabila matanya sempat menyingah ke lantai bilik Razlan yang bersepah dengan pakaian baik yang luar atau yang dalam semuanya berselerak atas lantai. “Tak senonoh betul.” Razlan yang sudah berpakaian itu dapat menangkap apa yang dikatakan Miasarah tentang biliknya.
“Itu lah kau, malas nak kemas bilik suami sendiri, tengok dah macam kapal perang kan..” Miasarah mencebik. Dia tahu Razlan hanya bergurau langsung tidak bermaksud apa-apa dengan kata-katanya. Bila masa Razlan menyuruh dia kemaskan biliknya. Dah itu peraturannya bilik sendiri-sendiri hal sendiri-sendiri juga. Takkanlah dia nak memandai-mandai pula masuk ke bilik Razlan tolong kemaskan bilik yang macam kapal perang tu.
“Dah la layan kau esok tak habis, jom keluar aku lapar la..” Miasarah berjalan menuju ke ruang tamu.
“Malas la..” Jawab Razlan selamba, mengekor Miasarah dari belakang. Dia sudah makan sebelum pulang dari kerja tadi. Oleh kerana hatinya membara waktu itu dia singgah ke kedai makan. Hampir dua pinggan nasi dihabiskanya.
“Kau dah makan ke.”
“Hmm..dah..” jawab Razlan tanpa memandang wajah Miasarah. Kenapa sejak akhir-akhir ini dia seakan-akan segan untuk menatap wajah teman merangkap isterinya itu. Ada getar halus yang mulai menari setiap kali dia bertentang mata dengan Miasarah.
“Habis kau tak beli apa-apa untuk aku”. Miasarah cuba bertanya, manalah tahu kalau-kalau Razlan ada tapaukan nasi untuknya. Biasanya mereka makan bersama kalau masing-masing tidak sibuk dengan kerja. Sudah digeledahnya makanan didapur tapi satu habuk pun takde sebab itulah dia mengajak Razlan makan di luar untung-untung dapat merasa naik kereta baru lelaki itu.
Razlan serba salah. Kerana kemarahannya dia tidak membelikan apa-apa untuk Miasarah. Selalunya jika mereka tidak dapat makan bersama salah seorang akan memaklumkannya tapi hari ini Razlan sengaja tidak berbuat begitu disebabkan dia terserempak Miasarah dan Zamri bergelak ketawa dia langsung tidak memikirkan perut Miasarah.
“Kalau kau lapar masak la, tak payah makan kat luar membazir.”
“Memang itu yang aku nak, aku dah selongkar segala peti yang ada kat dapur kita tu, tapi satu habuk pun takde benda yang boleh dimasak. Itu kau punya kerja lah yang perabiskan semuanya kan.” Sembur Miasarah bersahaja.
“Eh aku pulak bukan kau ke..”tepis Razlan.
“Bila masa pulak aku masak cik abang, seminggu aku outstation bukan kau sorang aja yang ada dalam rumah ni.nak kata stuard little (panggilan manja untuk tikus) aku rasa tak pernah nampak pun” Razlan tersengih apabila apa yang dikatakan Miasarah betul-betul terkena batang hidungnya. Dia mengerling wajah ayu Miasarah walaupun tidak disaluti mekup wajahnya tetap ayu, bersih.
“Ha yang kau tenung aku macam tu kenapa.. dah ngaku salah kan..” Razlan ketawa kecil. Makin dilihat Miasarah marah semakin geram pula jadinya. Tak boleh jadi ni.
Miasarah berdiri. Perutnya sedang berbunyi minta diisi makin dilayan suaminya makin sakit pula perutnya nanti. Razlan hanya memerhati.
“Bak sini kunci kereta kau, aku pinjam sekejap boleh…” Miasarah memberanikan diri meminjam kereta kesayangan Razlan. Lelaki itu mengecilkan biji matanya bagaikan tidak mempercayai Miasarah berani meminta kunci kereta darinya. Miasarah serba salah. Dia tahu Razlan sama sekali tidak akan membenarkan dia memandu kereta kesayangannya. Razlan pernah memberitahunya perempuan yang dicintainya adalah orang pertama yang akan menaiki kereta barunya itu. Siapa lah dia pada Razlan teman tapi mesra. Kebetulan pula wira Razlan dipinjamkan kepada kawannya. Alahai semuanya tak mejadi malam ini. Terpaksalah dia berjalan kaki membeli makan.
“Aku acah aja..” Miasarah cuba berlawak menutupi rasa bersalahnya.
Razlan diam tidak memberi apa-apa reaksi.
“Aku keluar beli makan sekejap. Kau ada nak kirim apa-apa ke..” Razlan hanya gelengkan kepala. Miasarah berlalu meninggalkan Razlan yang terkulat-kulat memandang.
Miasarah mengerling jam dipergelangan tangannya, masih awal lagi, tentu masih ramai lagi orang yang menggunakan jalan disekitar kawasan perumahannya. dia ingatkan dapat la dia merasa naik kereta baru Razlan tapi rupanya tidak, Razlan masih lagi dengan prinsipnya hanya akan membenarkan wanita pertama yang dicintainya menaiki kereta barunya. Miasarah geleng kepala apabila memikirkan bagaimana jika teman-teman Razlan yang ingin menumpang keretanya apa pula alasan yang diberikannya. Miasarah ketawa sendiri. Razlan pelik tapi baik, Razlan baik tapi kadang-kadang jelik.
Sampai sahaja ke kedai makan berhampiran kawasan perumahannya Miasarah hampa. Kedai makan tersebut tutup. Kenapalah dia tidak perasankan kedai makan tadi sebelum pulang. Lenguh pula kakinya berjalan. Perutnya sudah mulai berdecit. Pedih. Miasarah menghubungi teksi, dia perlu segara mencari kedai makan. Dia takut gastriknya menyerang lagi. Hamper 15 minit dia menunggu sakit yang dirasai semakin menyengat. Miasarah menyuruh pemandu teksi memberhentikan kereta di kedai makan yang berhampiran. Hampir tak hampir pemandu teksi mengambil masa 20 minit juga untuk berjumpa kedai makan. Miasarah menekan perutnya menahan kesakitan yang kian menggigit. Dia meminta pemandu teksi menunggunya sebentar sementara dia memesan makanan untuk dibungkus.
Telefon bimbitnya bergetar. Nama razlan tertera. Tidak menunggu lama Miasarah menjawab panggilan Razlan dengan suara kesakitan ditahannya agar tidak didengari Razlan..
“Kau kat mana tu..” Miasarah mengigit bibirnya menahan kesakitannya daripada telinga lintah Razlan. Dia tidak mahu Razlan membebel panjang bila dia mengetahui gastriknya menyerang.
“Aku kat kedai makan ni. Apa hal kau nak suruh aku tapau ke..”
“Kedai makan mana kau pergi…”
“Adalah dekat-dekat sini aja. Hah! cepat la kau nak aku tapau ke, aku kat kedai makan lagi ni..”
“Tak payah la..” Razlan memutuskan talian. Kedai makan mana pula yang dimakan Miasarah. Dia baru sampai di kedai makan dekat taman perumahannya tapi tutup. BMWnya membuat pusingan. Dia mahu berpatah balik ke rumah. Kesian pula membiarkan Miasarah berjalan sendirian membeli makanan. Apa lah yang dikedekutkan sangat dengan keretanya itu. Isteri sendiri mahu pinjam langsung tidak dibaginya. Razlan meraup wajahnya beberapa kali. Rasa bersalah menerpa. Sapatutnya dia membawa Miasarah ke kedai makan tadi bukan membiarkan isterinya berjalan seorang diri mencari makan. Sudah la makanan dalam rumah dia lah yang menghabiskan, makan siang tadi pun langsung tidak ditapaunya untuk Miasarah.
“Mia..Mia..”
Tuesday, April 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Besttt2..!!!!
smbg lg cik diarihati ye..
hehe.. =)
kesian yer mia. tak caring langsung husband di. naanti jadi apa2 kat mia baru menyesal tak sudah
Post a Comment