Naziah semakin tidak sabar-sabar mahu bertanyakan bagaimana aku mengenali Kamil Hakim lelaki yang tampak sempurna dimatanya. Aku hanya tersengih mempamerkan baris gigi yang putih bersih. Tahu akan renungan matanya dan aku pasti dia akan mengoreknya beberapa saat lagi.
“Siapa mamat tu Maira, macam dan kenal lama aja aku tengok kau orang ni..” soalan pertama menerjah telingaku sebaik sahaja aku masuk ke perut kereta proton wira merah miliknya. Aku masih mendiamkan diri sengaja mahu melihat sejauh mana dia mahu mengenali Kamil Hakim.
“Diam pulak dia ni, kau berangan dah sampai mana yea..”soalan lain pula menyusul setelah soalan pertama tidak ku hiraukan. Bagiku bukan masanya lagi untuk aku bercerita lebih lanjut siapa Kamil Hakim padanya. Pertemuan itu bagaikan satu mimpi buatku dan aku masih kurang percaya akan pertemuan yang tidak disangka-sangka kan ini. Aku dapat melihat dengan lirikan matakku Naziah sedang memandangku ketika ini walaupun dia sedang memandu. Aku tahu dia masih belum berpuas hati soalannya yang masih belum terjawab.
“La kau tengok aku ni buat apa, tengok jalan tu nanti tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Aku belum kahwin lagi tau..”aku sengaja mahu lari dari topik yang menganggu fikirannya ketika ini dan aku juga tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku ketika saat pertemuanku dengan Kamil Hakim baru bermula. Dia menurut kataku tanpa banyak soal meneruskan pemanduannya dengan cermat.dan membiarkan aku hanyut dalam duniaku sendiri.
“Ermm..kenalkan sahabat saya Naziah.” Aku perkenalkan Naziah kepada Kamil Hakim. Jejaka itu menghulurkan tangannya kepada Naziah pun begitu sahabatku hanya mengangguk kecil, menyedari kesilapannya Kamil Hakim ketawa halus mungkin sekadar menutup rasa malu diatas kesilapannya. Walaupun dalam keadaan segan yang masih menebal aku tetap melayani setiap pertanyaan dari Kamil Hakim namun persoalan tentang janji itu langsung tidak disentuhnya masih ingat kah dia akan janji itu atau sengaja mahu membiarkan aku dengan teka teki yang taiad jawapannya. Aku memujuk hati mungkin dia tidak mahu membicarakannya ketika ini, pasti akan ada pertemuan kedua dan dia akan memilih masa yang sesuai nanti. Janji itu aku lupakan buat seketika tidak mahu pertemuan pertama ini setelah enam tahun terpisah menjadi pertemuan terkahir kami. Aku dan dia bertukar-tukar nombor telefon dari caranya aku tahu dia tidak mahu lagi kami terputus hubungan seperti dahulu dan terpaksa menunggu masa yang terlalu lama untuk pertemuan kedua.
“Kau sempat ambik nombor telefon dia tak tadi..”pertanyaan Naziah membuatkan aku tersentak..
“Hah!..”
“Apasal la aku dapat kawan yang kuat berangan macam kau ni, kau nak jadi Minah Jenin alaf baru ke… asyik berangan aja kerjanya. Berapa gaji kau dapat setiap kali kau berangan ni ha” aku hanya diam sambil tersengih. Memang itu hobiku nak buat macam mana. Jawapan itu hanya terluah dihatiku sendiri tidak mahu mendengar bebelan dari sahabatku yang bagaikan makcik bila berleter..
“Kau ada ambik nombor telefon dia tak..”
“Dah..kenapa?” Naziah hanya diam tanpa menjawab soalanku.
“Aku rasa mesti ada sesuatu antara kau dengan dia ni, entah-entah masa kat pejabat tadi pun aku rasa kau tengah berangan kan dia tak..” duganya membuatkan aku sedikit berdebar. Aku tidak mahu rahsiaku pecah saat ini.
“La kan tadi aku dah cakap, tadi aku teringatkan zaman-zaman aku belajar dulu…
“Habis dia tu bukan kawan zaman kau belajar ke..”
“Memang lah dia tu salah seorang kawan aku belajar dulu. Dah lama kami tak berhubung. Tiba-tiba aja terjumpa kat sini itu yang buat aku terperanjat…”
“Elok lah tu kalau dah jumpa, masing-masing dah bertukar nombor telefon tak lama lagi aku rasa bibir kau akan dihiasi kuntum-kuntum senyuman la Maira. Harumlah office kita nanti yea. Hensem juga mamat tu jangan lepaskan peluang ni Maira, nak harapkan Pian tu masuk meminang kau nampak gayanya tak kahwin lah kau…”usiknya. Aku hanya ketawa. Benarkah bagai yang dikata atau mungkin itu semuanya hanya akan menjadi angananku sahaja.
“Amboi-amboi kalau bab mengata orang ni kau lah juara antara juara, aku dengan dia kawan ajalah takde apa-apa, kau jangan nak fikir yang bukan-bukan pulak.” Aku cuba mengelak tidak mahu saat pertemuan ini disulami gosip yang boleh membunuh jiwaku andai sebaliknya terjadi.
“Ala mula-mula kawan lepas tu kawan tapi mesra naik setingkat lagi jadi teman istimewa, cukup tahun makan nasi minyak la aku.” Indahnya kata-kata Naziah tapi aku tidak mahu diulik mimpi dengan kata-katanya, tidak mahu berangan yang sesuatu yang belum pasti. Pertemuan ini baru bermula dan aku tidak tahu sejauh manakah hubungan ini akan berkembang atau bertemu titik noktahnya. Semuanya aku serahkan kepada Yang Maha Esa Dia yang berhak menentkannya..
Usai menunaikan solat isyak aku berbaring kemalasan merenung siling putih yang masih kukuh letaknya. Gambaran wajah Kamil Hakim yang dihiasi kuntum-kuntum senyuman terbayang di layar mataku saat ini. Aku mengerdipkan mata cuba untuk menghapuskan wajahnya namun hanya seketika bayangan itu menghilang kini kembali menerpa. Kata-kata Naziah siang tadi menjadi kenyataan apabila bibirku mula menguntum senyuman disaat terbayang wajah tampan milik Kamil Hakim. Aku menekup bantal yang sering menjadi peneman tidurku ke muka. Malu pula rasanya apabila selalu terbayang wajah jejaka itu, sedangkan dia entah bagaimana. Kepenatan seharian duduk dikerusi empuk langsung tidak terasa sedangkan setiap malam aku akan menyapukan ubat panas untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh yang kadangkala mencucuk daging betisku. Ajaib betul pertemuan ini rasa sakitku kian hilang malahan langsung tidak terasa.
Aku berpusing ke kiri dan kanan cuba mencari posisi yang selesa untuk melelapkan mata barang seketika pun begitu ternyata ianya tidak berhasil. Puas berpusing tiba-tiba mataku tertumpu pada album yang telah lama tersimpan, perlahan-lahan aku mengambilnya dari rak bersebelahan meja solek, terlalu banyak kenangan sewaktu belajar dahulu dan kini keinginan untuk menatap kembali gambar-ganbar lama mulai menjentik tangkai hati.
Satu per satu ku belek album berkulit keras yang tersimpan sejuta memori indah aku dan teman-teman. Kerinduan semakin menerjah setiap kali menatap wajah Julia dan Sarah teman sebilikku yang sehingga kini masih belum ada tanda-tanda akan bersua kembali. Sesekali bibirku disulami ketawa kecil apabila beberapa keping gambar lama berjaya mencuit hatiku. Sedang asyik menatap album yang penuh dengan nostalgia tiba-tiba aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit, hilang damaiku lalu terlucut album itu dari gengaman. Album itu terlungkup ke lantai nasib baik tidak terkoyak jika tidak gigit jarilah aku. Geram juga hatiku dengan si pemanggil yang menganggu kosenterasiku yang jitu sebentar tadi.
Kenangan silam nan indah berterabur entah dimana dan kini aku kembali ke alam nyata. Telefon Nokia N71 kesayanganku sengaja ku biarkan berdering nampaknya masih belum mahu berhenti, ku pegang telefon tangan itu lalu otakku ligat mencari siapa pemilik nombor yang tertera di skrin telefonku puas berfikir ternyata aku tidak mengenali nombor tersebut. Malas mahu menjawab panggilan dari nombor yang tidak ku ketahui siapakah pemiliknya ku biarkan sahaja deringanya mati sendiri. Aku menyambung kembali aktiviti yang tergangu sebentar tadi. Dan tidak berapa lama kemudian deringanya kembali beryanyi. Aku menutup album dengan kuat, sakit hati dengan si pemanggil yang tidak pernah berputus asa mendail sedari tadi. Aku mendapat idea untuk mengenakan si pemanggil itu secara spontan.
“Hello, kelai lobi Ah Meng..mau tuti baju oo..ini kelai sudah mau tutup maa…esok saja lu latang hantar lobi..” ambik kau, dapat sebijik. Aku ketawa perlahan biar padan dengan mukanya. Entah bangla mana yang bernasib malang malam ni. Selalunya aku sahaja yang terkena sekarang rasakan pula giliran aku mengenakan mamat bangla yang sering tersalah nombor.
“Errr..Sorry Ah moi..saya tersalah nombor” suara itu….macam pernah ku dengar..Ah tidakkkk..hatiku menjerit lantang. Kamil Hakim!. Talian itu segera ku matikan. Peluh kecil mulai timbul, alunan jantungku juga semakin tidak selari terbayang akan wajah Kamil Hakim ketika ini. Ku ketuk kepala beberapa kali geram dengan apa yang telah baru sahaja ku lakukan tadi. Tidak mahu Kamil Hakim tersalah sangka dengan nombor telefon yang kuberikan lewat pertemuan tengahari aku berdoa agar dia menghubungiku lagi. Aku menanti dengan sabar dan dengan harapan Kamil Hakim menghubungiku untuk kali kedua. Telefon bimbit Nokia N71 ku gengam erat. Seminit..dua minit dan sepuluh minit berlalu ternyata Kamil Hakim tidak lagi menghubungiku. Mood untuk menatap gambar-gambar lama tadi terus mati dan akhirnya aku tertidur keletihan.
Tuesday, May 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hohohoh...
maira 2 jual mhal ka...
best2x..
hahahaa...melepas la maira..
"Hello, kelai lobi Ah Meng..mau tuti baju oo..ini kelai sudah mau tutup maa…esok saja lu latang hantar lobi..”
haha gelak guling2 baca ayat nih ;D
Post a Comment