Saturday, August 29, 2009

Hati Ini Milikmu 14

”Hai termenung jauh nampak sampaikan along duk tercegat kat sini macam tiang lampu langsung angah tak perasan.” Ayie menoleh ke arah abangnya. Sedikit terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba dari arah belakang. Dia menghulurkan senyum dengan sindiran abangnya.
”Apasal termenung jauh ni, teringatkan buah hati yea.” Faiz menyoal sambil memegang bahu adik kembarnya.
”Takdelah long, kau tu datang main sergah aja.”Ayie menafikan kata-kata abangnya. Dia tidak tahu apa perasaanya ketika ini. Sepasang mata milik gadis yang baru ditemui tadi begitu menyentak hati lelakinya.
”Along pulak yang salah. Dia yang angau separuh mati salahkan kita pulak.” Ayie hanya tersengih mendengar ulasan abangnya.
”Ha tengok tu tersengih pulak dia. Betulkan apa along cakap.”
”Apa yang betulnya. Ayat mana satu?” Soal Ayie mempermainkan abangnya.
”Macam lah along tak tahu apa yang ada dalam hati kau tu angah. Apa yang kau rasa sedikit sebanyak along dapat rasa tau.” Ayie hanya tersengih betul juga kata abangnya. Mereka kembar seiras dan berkongsi hati. Walaupun mereka tinggal berjauhan tetapi mereka juga seringkali berhubung melalui sms. Lintasan hati mereka juga dapat dirasa.

”Terus terang ajalah angah siapa perempuan yang berjaya merebut hatimu wahai adindaku.” Faiz mahu berseloroh dengan adiknya.
”Takdelah.” Jawab Ayie pantas. Mereka sama-sama gelak.
”Hai berborak-berborak juga. Kering tekak lah long kau buatkan aku air boleh?..”
”Eh macam kau pulak tetamu.”
”Ala bukannya selalu pun kau buatkan air long, sesekali datang sini aku nak juga rasa air tangan kau.”
”Ohh..kau nak air tangan aku rupanya. Mata Faiz diturun naikkan. Dia mahu mengusik Ayie.
”Hei aku tak nak air basuhan tangan kau lah. Aku nak air yang kau buat. Apalah kau ni long tak faham peribahasa, nama aja orang melayu. Perbahasa macam tu pun tak tahu.”
”Marah nampak... along gurau jerk lah. Kau nak air apa ni?”Soal Faiz menunggu kata-kata adiknya.
”Ikut suka lah long, asalkan kau buatkan untuk aku.”

”Tu lah kau nenek suruh cari bini tak nak. Ada juga yang tolong buatkan kau air bila kau nak minum. Tapi kan aku dapat rasa lah ngah, kau dah menyukai seseorang.” Ayie menolak badan abangnya yang masih mahu menyakatnya. Betul ke apa yang dirasa oleh abangnya itu, dia masih keliru kenapa dia masih berfikir tentang gadis yang baru pertama kali bersua. Ada sesuatu yang dimiliki gadis itu sehinggakan kini dia masih terbayang wajah lembutnya. Faiz memandang adiknya lalu mengangkat kening beberapa kali sebagai pertanyaan mengapa adiknya itu kelihatan seperti merindui seseorang.
”Kau pergi buat airlah long.” Ayie bersuara, hanya itu yang mampu dia lakukan ketika ini, bimbang alongnya itu semakin galak menyakatnya. Dia menolak tubuh abangnya. Faiz meninggalkan adiknya dengan ketawa besar. Ayie turut tersenyum dengan gelagat alongnya yang semakin galak menyakatnya.

”Apa duk ketawa-ketawa tu Ayie.” Sapa nek Som yang kebetulan baru balik dari rumah jiran mereka. Orang tua itu melihat gurauan dua beradik yang semakin dewasa tapi berperangai seperti budak-budak.
”Takde apa-apalah nek, kami bergurau.” sedikit terperanjat dengan sapaan nek Som secara tiba-tiba.
”Hai kamu ni, suka bergurau kasar-kasar, tolak menolak macam budak-budak. Bergaurau lah baik-baik.” nek Som mula bermukadimah. Ayie hanya tersenyum kelat.
”Dah namanya lelaki nek. Bergurau macam tu tak luak apa pun.” Ayie duduk menyaingi nek Som yang singgah duduk dibendul rumah.
”Ermm.Yea lah tu. dah besar panjang bukan nak dengar cakap orang tua lagi. Ni atuk kamu ke mana, nek tak nampak pun dari tadi. Suara nek Som kedengaran separuh merajuk. Ayie memeluk bahu nenek kesayangannya erat. Dia tidak mahu wanita yang disayangi ini berkecil hati dengan kata-katanya.
”Tadi dia kata nak tengok Nanu nek, dah pergi agaknya.”
”Hei atuk kamu tu tak boleh berenggan langsung dengan Nanu, sikit-skit Nanu,sikit-sikit Nanu, aku gulaikan juga si Nanu tu.” Nek Som mula mengomel sendirian. Ayie tersenyum kecil sambil mengelengkan kepalanya, terbit rasa lucu melihata nek Som cemburukan kambing kesayangan atuknya.
”Ermm.. kalau ada cicit kan tak lah atuk kamu tu berkepit dengan Nanu aja. Nek som menuturkan ayat itu sambil menjeling melihat cucunya Ayie. Ayie hanya mendiamkan diri sengaja memekakkan telinga apa dituturkan oleh neneknya.
”Along kamu ke mana? Senyapa aja tadi buakn main lagi bergurau sakan. Dah merajuk?” Nek som membuat telahan sendiri apabila kelibat Faiz tidak kelihatan.
”Tak lah nek, along ada kat dapur, Ayie dera dia buatkan air untuk Ayie nek.” Jawabnya Ayie sambil gelak kecil. Nek som geleng kepala dengan alasan Ayie. Beberapa minit kemudian Faiz muncul dengan dua gelas air kopi ditanganya.
”La nek pun ada, bila nek balik, along tak dengar pun..” Faiz merenung ke arah nek Som.
”Baru aja Faiz. Hai dua aja untuk nek takde.” Usik nek Som yang sedang mengibas-ngibas tudungnya. Walaupun angin petang menghebus lembut wanita yang dipanggil nenek itu tetap leka dengan kibasan tudungnya.
”Nah! ni untuk nenek kesayangan Faiz. Dan ni untuk adinda ku yang tersayang.” Katanya sambil menghulurkan kedua-dua gelas ditanganya kepada mereka.
”Untuk kamu mana?” Soal nek Som lalu meyambut huluran cucunya.
”Untuk Faiz tu.” dia menjuihkan bibirnya ke arah gelas Ayie. Ayie hanya tersengih. Fahamlah dia alongnya ingin berkogsi air denganya.
”Nah kau minum dulu.” Ayie menghulurkan gelasnya kepada Faiz.
Faiz menyambut dengan senyuman melebar dan mengenyitkan matanya kepada nek Som sambil mengeleng kecil memandang dua beradik itu. Hai macam nilah perangai kembar. jangan berkongsi isteri sudahlah. Nauzubillah! nek som beristifar apabila terlanjur memikirkan yang bukan-bukan.
”Sedap juga air yang kamu buat ni Faiz. Untunglah kamu ada Faiz, nak harapkan Ayie ermm..tak minumlah nenek.”
”Apa pulak nek, Ayie lagi pandai buat air dari along.” Ayie membantah kata-kata nek Som. Faiz sudah pun mengangkat kening mengusik adiknya apabila dipuji neneknya.
”Air apa? Air liur adalah.” Jawab nek Som selamba mengenakan cucu peliharaannya. Ayie membulatkan mata. Faiz sudah tersembur air dari mulutnya apabila mendengar nek Som berjaya mengenakan adiknya.
”Dah la layan kamu berdua ni tak makan pulak atuk kamu malam nanti. Nek nak pergi masak dulu.”
”Tak payah susah-sudah la nek.” Belum pun sempat ayatnya dihabiskan nek som telah memotongnya terlebih dahulu. Sebenarnya Ayie, dia ingin belanja keluarganya makan di luar tapi memandangkan nek Som beria-ia nak masak dimatikan aja hasratnya.
”Kalau tak nak nek susah, cepat-cepat lah bagi nek menantu, ada juga yang temankan nek, tolong apa yang patut.” Jawab nek Som mematikan senyuman Ayie.
”Betul tu nek. Tapi kan nek tak lama lagi dapatlah nek menantu tu.” balas Faiz sambil mengenyitkan matanya kepada Ayie. Ayie membulatkan mata tidak sangka alongnya bertindak memberitahu neneknya.
”Betul ke ni.” Ceria dihujung suara nek Som apabila mendengar kata-kata Faiz. Wanita itu memandang wajah Ayie mencari kepastian akan kata-kata Faiz.
”Eh! nek ni percaya sangat kata along tu. menantu dari along ada lah nek, kalau dari Ayie lambat lagi..”
”Betul nek. Tak caya nanti tengok lah.” Bidas Faiz. Nek Som hanya mengelengkan kepala mengenangkan kedua-dua cucunya. Yang seoarang dah pun nak kahwin yang seoarang lagi belum nampak calon pun lagi. Bila lah dia akan dapat teman. Nek Som menghilangkan diri ke dapur malas mahu melayan kerenah cucu-cucnya.

Emy menyanyi riang. Motorsikal kesayangannya telah pun dibaiki. Dia cukup senang hati hari ini. Dibawanya perlahan-lahan menyusuri jalan yang tidak berturap. Wajah abang fFiz terbayang dimindanya. Kenapa pulak aku tebayangkan abang faiz yea, mungkin perangai dia lain kot. Tak mesra macam kat rumah. Agaknya malu lah tu takde kak Nadia. Emy membuat telahan sendiri mengenai perangai Ayie yang disangaknya Faiz tadi. Ah biarlah asalkan dia bahagia. Emy memulas minyak seberapa laju yag mungkin dia ingin menguji break motorsikalnya yang baru manalah tahu nanti timbul masalah lagi. Dia lega apabila break barunya berfungsi dengan baik. Senyumannya mekar dihujung bibir.

”Assalamualikum..Emy membrei salam sebaik sahaja menjejak kaki ke dapur. Pintu dapur adalah pintu utama baginya sejak dia bersekolah rendah. Tiap kali pulang dari sekolah dia akan dimarahi emaknya jika dia naik ke rumah melalui pintu utama. Sering kali juga dia terfikir kenapa kakaknya tidak pla dimarahi oleh emak jika dia masuk melalui pintu itu. Letih berfikir dia hanya membiarkan sahaja waktu meluputkan apa yang dirasa. Nadia muncul bersama sebuah senyuman.
”Dari mana Emy?” Soal Nadia mendapatkan adiknya.
Ni lagi sorang tadi dah dibagitahu ambil motor, apa penyakitlah psangan ni yea. Sempat lagi dia mengata kakaknya dalam hati. Bibrnya mengukir senyum. Dijawab juga soalan kakaknya waluapundirasakannya tidak perlu.
”Emy baru lepas ambil motor. Abang Faiz tak bagitahu ke dia jumpa Emy. Nadia sedikit hairan, bila masa pula tunangnya itu berjumpa Emy sedangkan mereka seharian berdua ke bandar. Mak Jah muncul sebaik sahaja Emy melangkah masuk.
”Emy hantarkan kueh ni ke rumah makcik Senah.”
”Baik mak. Emy membalas lembut. Dia mencapai sebekas kueh yang dihulurkan Mak Jah. Nadia tidak sempat menyoal dengan lebih lanjut lagi, Emy berlalu meningalkannya termanggu sendirian memikirkan kata-kata adiknya.
”Rabun agaknya si Emy tu.” dia mebuat telahan sendiri lalu mengelengkan kepalanya.
”Ha Nadia buat apa lagi tercegat kat situ.” Nadia menoleh apabila disapa oleh Mak Jah yang melihat tingkahnya tadi.
”Takde apa-apa lah mak.” Dia mengikuti langkah ibunya.
”Mari sini, mak nak tunjukkan sesuatu pada kamu.”
”Apa dia mak.”. Mak Jah membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Langkah kakinya sudahpun bertapak didalam biliknya. Mak Jah membuka pintu almari pakaiannya dia mengeluarkan sebuah kotak segiempat lalu duduk disisi katilnya bersama Nadia.
”Apa tu mak...”
”Ni barang kemas peningalan arwah nenek Nadia. Mak nak hadiahkan pada Nadia.” Mak Jah mengelurkan satu set barang kemas yang kelihatan masih baru walaupun barang kemas itu berukiran lama.
”Arwah nenek. Cantiknya mak. Tapi nampak macam baru aja ni..”
”Mak pergi cuci dengan makcik Senah minggu lepas.”
”Ooo..” Nadia memadankan rantai itu ke lehernya sambil kepalanya tertoleh-toleh ke arah cermin. Mak Jah tersenyum gembira dengan penerimaan anaknya.
”Takde apa lagi yang mak nak bagi pada Nadia hanya tu aja harta yang mak ada.”
”Ini pun dah cukup mak. Tapi...” Nadia mematikan kata-katanya, dia teringat akan adiknya Emy. Jika Emy berkahwin apa pula hadiah yang mak akan diberikan kepadanya. Atau adiknya itu langsung tidak dapat apa-apa.
”Kenapa Nadia.. tak suka hadiah ni ke?” soal Mak Jah, melihat anaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.
”Errr..kalau mak bagi pada Nadia semua ni, untuk Emy mak bagi apa pula.”
”Hai tak cukup lagi ke apa yang mak bagi selama ni pada dia.” Mak Jah berwajah kelat apabila soalan itu yang diberatlan oleh anaknya.
”Mak.. bukan ke Emy anak mak juga. Tak adil rasanya kalau Nadia dapat semua ni tapi emy tak dapat apa-apa.” nadia berintonasi lembut memujuk emaknya.
”Sudah lah kalau Nadia tak nak mak simpan aja barang kemas ni.” Mak Jah malas berketak dengan anaknya. Dia mengambil semula barang kemas dari tangan Nadia lalu memasukkan semula ke dalam kotak empat segi itu.
”Mak..Nadia tak bermaksud macam tu mak.. takpelah hadiah tu mak simpan dulu nanti tiba hari kahwin nanti, Nadia pakai yea mak.” Nadia memujuk Mak Jah yang kelihatan masam mencuka. Berkecil hati agaknya dengan kata-kata Nadia. Jika Nadia tahu kenapa dia bersikap begitu pada Emy tentu anaknya itu tidak berkata sebegitu.
”Mak..” panggil Nadia lembut sambil memegang bahu emkanya. Mak Jah membatu lagi. ”Nadia laparlah mak...” Nadia merengek manja bagi memulihkan keadaan yang tidak selesa tadi.
”Kueh yang mak buat tu mak dah letak bawah tudung saji, nak makan ambil aja.” Mak Jah bersuara, termakan juga dengan pujukan anaknya.
”Marilah kita makan sama-sama yea mak..” ajak Nadia mengambil hati emkanya semula.
”Erm..” Mak Jah hanya mengagguk kecil lalu mereka berlalu ke dapur.

Read More..
Tuesday, August 25, 2009

Lima Bersaudara 1

Riuh rendah suara katak memanggil hujan mengamit alam. Hari semakin gelap. Awan kelabu mula menutupi sebahagian langit biru yang indah disulami corak tompokan awan putih sebentar tadi. Sudah lama mereka menanti turunnya hujan. Tanah yang gersang selama beberapa bulan ini menambahkan lagi keresahan dihati mereka yang mula merindui titisan jernih itu. Musim cuti sekolah juga hampir bermula hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tirai persekolahn tahun ini berakhir. Lima bersaudara yang sedang bergelak ketawa tidak sedikit pun menunjukkan rasa risau dihati mereka jika tibanya musim tengkujuh. Mereka masih tidak mengenal erti jerit perihnya mencari sesuap nasi pada musim bah(banjir). Suara keriangan anak-anak Pak Lah mengamatkan suasana, mereka sudah tidak sabar membasahkan tubuh mereka dengan mutiara dari langit. Sesekali mereka merenung langit yang semakin kelam itu yang bagaikan sengaja mahu menguji setiap kesabaran yang semakin terhakis menantikan awan hitam itu memuntahkan mutiara-mutiara jernih. Seorang budak lelaki berusia lingkungan 10 tahun sedang duduk menghayunkan kaki, kepalanya mendongak ke atas beberapa ketika, sebentar kemudian tangannya diangkat separas dada.
“Ya Allah Ya Tuhan kami turunkan lah hujan kepada kami agar kami dapat mandi hujan.” suara budak lelaki itu mematikan kebisingan yang ada. Lima bersaudara itu saling berpandangan sesama sendiri apabila telinga mereka menjamah doa yang dibacakan oleh saudara mereka lalu sepakat berdoa yang sama, meminta hajat kepada Yang Maha Pencipta moga diturunkan hujan. Doa diaminkan lagak seperti tok imam membaca doa selepas solat berjemaah. Dipondok kecil itulah markas mereka merangka segala perancangan serta pelbagai agenda permainan diwaktu petang. Pondok kecil itu didirikan oleh ayah mereka untuk dijadikan sebagai tempat melepaskan lelah setelah seharian penat bekerja.

Usai sahaja mengaminkan doa, suara keriuhan mereka kembali bergema berpadu dengan kerancakan suara katak yang juga seperti mereka menantikan mutiara jernih itu menimpa bumi. Daun daun kering yang sudah tiba ajalnya telah banyak berguguran ditiup angin yang sedikit kencang lalu bertebaran menyembah bumi sesekali mencipta sejarah memenuhi ruang udara. Ibarat berada di luar negara yang mempunyai salji, cuma disini bezanya yang turunnya hanyalah dedaunan kering yang akan mereput bila bermukim di tanah. Ribut kecil yang datang menyapa menjadikan bumi penuh dengan hamparan warna-warna coklat kekuningan, pokok-pokok mula melentok bak inang menarikan tarian tradisioanal. Mata lima bersaudara itu galak memerhati daun-daun berterbangan, sesekali mereka mencuit satu sama lain untuk menunjukkan kepada yang lain daun yang paling tinggi dibawa angin ke udara. Gamat satu pondok dengan suara jerit pekik mereka.

”Buat apa lagi kat situ. Dah nak hujan ni mari naik...” Laung satu suara yang sedikit tegas memandang mereka. Tangannya bercekak dipingang memandang ke arah pondok yang dihuni meraka. Lima bersaudara itu berpandangn serentak. Namun tingkahnya belum lagi berganjak. Masih lagi dengan situasi yang sama, duduk mencangkung, ada yang terjulur kaki, ada yang berbaring dan pelbagai aksi lagi.
”Ala.. mak dah panggil balik la.” budak lelaki berusia 12 tahun mula mengerutkan wajahnya memandang abangnya yang tua.
”Tunggu apa lagi tu, mari naik dah gelap ni.. esok nak sekolah kan.?” Suara wanita lingkungan umur 40 tahun belum lagi berganjak mengarahkan mereka berlima naik ke rumah.
”Baiklah mak.” jawab remaja lelaki selaku abang sulong dan juga merupakan ketua kumpulan lima bersaudara itu. Mereka melangkah perlahan-lahan. Dari yang besar sehingga lah yang kecil. Muka masing-masing cemberut. Hujan yang ditunggu tidak juga menimpa bumi, akhirnya airmata sendiri yang tumpah membasahi pipi.

Langkahan mereka perlahan-lahan memang disengajakan agar hujan sempat membasahi meraka. Masing-masing tidak putus berdoa didalam hati. Dan Akhirnya doa meraka dikabulkan. Tidak kurang selangkah sahaja lagi kaki mereka menapak ke tangga rumah rintik-rintik hujan mulai turun.
”Yahoooo…!!hujan dah turun!…hujan dah turun! Mereka keriangan menyambut sang mutiara itu membasi seluruh tubuh. Semakin lama semakin lebat.
”Mak kami dah basah, nak mandi lah mak. Arif anggota kumpulan yang paling nakal menjerit kepada ibunya yang sedang bercekak pinggang itu.
”Kamu sengaja basahkan tadi.”
”Tak lah. Dah basah sebelum kami sempat naik tadi.”
”Kamu tak berlari pun bila hujan turun tadi.”
”Dah basah ni mak. Kami mandi yea.”
”Esok kan sekolah nanti demam.”
”Jangan lah mak sebut, nanti masin pulak mulut mak tu.”
Akhirnya ibu itu mengalah juga.
”Yahoo!!… dapat mandi..” kanak-kanak itu bukan main seronok lagi, Zaidi abang Sulong mengetuai acara mandi hujan, Pie yang kedua selaku assistantnya. Dan ahli jawatankuasanya ialah Awie, Arif dan sekuntum bunga iaitu adik perempuan mereka Ain. Selaku ketuanya Zaidi telah merencanakan pelbagai permainan yang akan mereka lakukan semasa acara mandi hujan nanti, dimulai dengan acara bermain bola sepak ala-ala tinju, bola tampar dan akhir sekali permainan polis entry. Beberapa orang kanak-kanak dari kampung sebelah melewati perkarangan rumah mereka. Zaidi yang mengejar adiknya Ariff memberhentikan lariannya. Kanak-kanak yang sebaya dengannya melaung memanggil namanya.
”Hoi apa barang main macam tu, tengok kami ni siap boleh pecut lagi. Main macam budak kampung la kau orang ni..
”Eh! budak ni tak sedar diri betul lah kau pun budak kampung jugak la..”jerit Awie yang berdesing telinganya apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut budak lelaki yang tidak berbaju itu.
”Hahaha..”gelak rakan-rakan Seng mula menaikan marah Awie.
”Kau tengok kitaorang ni macam-macam aksi boleh buat dengan basikal ni, kau nak aksi apa, meniarap, tayar depan ke atas, tayar belakang ke kebawah..” kata budak nakal itu yang dikenali sebagai Seng bangga dengan basikal yang dimilikinya. Seng nama sebenarnya Hussen anak imam Sidan yang mengajar mereka mengaji. Oleh kerana perangainya macam samseng mereka gelarkan Hussen sebagai samseng kampung, sebab itulah nama Seng singkatan dari perkataan samseng terus melekat sehingga kini. Elok benar dengan perangainya tu.
”Dah tak payah layan lah dia tu. Pie menegah apabila Awie ingin melangkah menghampiri Seng.
”Jom kita main nanti mak jerit naik kang.” Sambung Pie apabila Seng dan rakan-rakannya mula memekik dan mengejek mereka.
Ssssss…… satu cahaya cerah dan berakar diawan yang gelap itu memancar cerah seketika dan sekali itu juga kedengaran satu dentuman yang kuat seperti gegendang mahu pecah. Guruh mula mengambil tempat. Seng dan kawan-kawannya bertempiarn lari menyelamatkan diri. Mereka liam beradik juga seperti lipas kudung berlari ke arah rumah. Adik mereka Ain menangis ketakutan. Arif sempat menyambar tangan adiknya yang mulai ketakutan itu.
”Sudah semua naik rumah. Sebelum tu pergi bilas dulu dengan air paip.” Arah Makcik Jarah.
Zaidi dan adik-adiknya berlari berebut memasuki bilik air. Adiknya Ain dipimpin oleh Arif berlari terkedek-kedek mengikut kelajuan larian abang-abangnya.
”Dah la jangan nangis nanti kapal korek ambik adik...” Arif sengaja menakut-nakutkan adiknya. Akhirnya Ain diam juga bila perkatan kapal korek singgah ditelinganya. Arif hanya tersengih-sengih, dia berjaya juga meredakan tangisan Ain. Mak Jarah di atas rumah sedang membebel, tidak henti-henti marahnya apabila anak-anaknya mulai masuk kebilik air dengan pakaian kotor bersepah-sepah. Anak-anaknya 4 lelaki dan seoarang perempuan, yang permpuan itu pun sudah berperangai macam lelaki, semua permainan digasaknya, mengalahkan abang-abangnya, rambutnya juga dipotong pendek.

”Mak laparlah..nak nasi” Awie mengosokkan perutnya beberapa kali minta diisi, hujan yang mencurah dan keseronokan bermain menyebabkan perut terasa begitu lapar.
”Mak baju orang mana, takde pun kat sini..”jerit Pie
”Tengok abang ni mak tarik rambut orang.” Suara anak-anak memanggilnya begitu rimas sekali di pendengaranya. Sudah la penat melipat kain belum reda lagi kini suara anak-anaknya memekik dan bergaduh membuatkannya semakin tegang.
”Korang ni tak bergaduh sehari tak boleh ke hah!. Zaidi kenapa tak tengok adik kamu tu. Ain salin baju tu kan dah lenjun tu, tengok lantai ni dah basah nak kena lap lagi.” Bebel Makcik Jarah tidak tahan melayan kerenah anak-anaknya yang semakin membesar dan nakal. Anak-anaknya yang lain diam seketika pun begitu seminit kemudia kembali berantakan.
”Zaidi tolong mak kat dapur hidangkan nasi, nanti ayah kamu balik.” arah Makcik Jarah. Zaidi merenung wajah adiknya Pie yang sedari tadi tersengih memandangnya.
”Pie kau tolong mak, aku nak berak sekejap.” Alasan itu diberikan untuk mengenakan Pie.
”Mak orang nak ke tandas sekejap sementara tu Pie gantikan orang.” Zaidi memberi alasan. Dia tersengih memandang wajah kelat adiknya itu.
”Hahaha.. padan muka kau tadi tersengih sangat pada aku kan.” Zaidi mula memprovok adiknya. Pie melangkah dengan wajah kelat, bukan dia malas membantu Makcik Jarah menghidangkan makan malam mereka, tapi dia takut akan memecahkan pinggan mangkuk emaknya lagi. Sudah banyak kali pinggan emaknya berkecai diatas lantai gara-gara kecuaiannya.
”Eh.. Pie kau tolong tengokkan adik kau aja. Biar mak hidangkan nanti banyak pula pinggan magkuk aku pecah.” Kata emaknya melegakan perasaannya. Pie tersengih mendapatkan adiknya Ain yang terkial-kila memakai baju. Zaidi yang mendengar kata-kata Makcik Jarah tadi cepat-cepat keluar dari bilik air. Dia perlu menolong emaknya, plannya untuk mengenakan Pie tidka menjadi.Betul juga kata emaknya jika Pie yang membatu alamaknya makan nasi dalam tempurung lah mereka tidak lama lagi. Sudah lah emak seharian membasuh, mengemas rumah sekarang inilah masanya dia berbakti kepada emak walaupun baktinya tidak sebesar manapun. Nak diharapkan.
”Biar orag tolong mak..”lalu Zaidi menghampiri Makcik Jarah yang sudah pun sedia untuk menghidangkan nasi.
”Cepatnya kau buang.” Soal Makcik Jarah memandang sekilas kepada anak sulongnya.
”Tak terasa pulak mak.” Bohongnya

Read More..
Friday, August 14, 2009

Hati Ini Milikmu 13

Faiz makan begitu berselera sekali, dua pingan nasi sudah dihabiskan, apabila Mak Jah menyuakan untuk kali ketiaga dia menolak dengan lembut. Faiz mudah ramah dengan sesiapa sahaja. Mak Jah begitu menyenangi bakal menantunya. Memang padan benar dengan anak perempuannya Nadia.
”Sedapnya mak cik masak...”puji Faiz tanpa berselindung lagi. Dia kekenyangan sambil mengosok beberapa kali perutnya.
”Ala nak ambil hati bakal mak mentua lah tu”..sangkal Nadia berserta cebikan kecil.
”Isk.. tak lah saya puji ikhlas la, kalau awak tak pandai masak macam ni tak tahulah saya nanti, tiap-tiap minggulah saya balik kampung.” Nadia hanya menjeling mesra dia tahu Faiz sengaja mengenakannya. Mak Jah cukup senang hati melihat kemesraan mereka berdua.
”Kalau nak mak yang masak cepat-cepat lah kahwin.” Mak Jah bersuara memadang Faiz yang tersenyum malu.
”Mak!....Nadia menjerit kecil. Emy hanya memerhatikan kemesraan mereka, dia hanya diam dan sesekali turut tersenyum dengan gelagat mereka.
Usai makan Nadia dan Emy membantu Mak Jah mengemas, sesekali kedengaran suara Mak Jah menegah Nadia melakukan kerja-kerja dapur. Faiz keseorangan di anjung rumahnya entaha apa yang dilakukan. Emy membawa sedulang rambutan kepada bakal abang iparnya seperti yang diminta kakaknya.
”Rambutan bang...” Emy bersuara apabila kedatangnanya tidak disedari Faiz yang sedang ralit memandang motorsikal yang diparking diperkarangan rumahnya, Faiz mengenali motorsikal adiknya,sellau juga dia meminjam motorsikal adiknya jika dia rajin ke kedai, kepalanya ligat memikirkan macam mana motorsikal itu berada di rumah Emy, adakah Emy telah mengetahui Ayie adiknya. Faiz sedikit tekejut dengan sapaan Emy lalu menoleh dan berbalas senyuman. Wajah aitu direnung dalam diam, kalau dipadankan dengan Ayie bagai pinang dibelah dua.
”A’aa.. Terima kasih.” Dia menghadiahkan senyuman buat bakal adik iparnya. Emy melangkah apabila siap meletakkan dulang yang berisi rambutan itu.
“Er!..Emy..” Panggil Faiz lembut.

”Yea..” dia menoleh apabila namanya di panggil. Wajah yang kacak itu terserlah apabila cermin mata itu dibuka. Sesekali Faiz mengelus matanya lembut. Mungkin sekadar melegakan matanya dari kacamata yang sentiasa melekat diwajahnya.
”Motor lama Emy dah jual ke?..”
”Emy hantar ke bengkel..” jawab Emy sopan. ”Kenapa?..” apanial menyedari Faiz masih terarah pada motor Biru itu.
”Abang ingatkan Emy dah beli motor baru... motor siapa pula tu?”
”Biasalah bang motor lama mestilah kena masuk hospital juga sesekali, mana tahu banyak sangat penyakit sesekali nak kena servis juga tu..” katanya sambil berlawak, Fiaz ketawa kecil.
”Motor biru tu motor pomen yang baiki motorsikal Emy, dia baik hati pinjamkan pada Emy, lagipun banyak juga motor tu nak kena baiki katanya...” terang Emy tanpa dipinta.
”Oh..macam tu, beli ajalah motor baru Emy, lagipun motor Emy tu dah lama. Patutnya dah tukar yang baru.” Ujar Faiz sambil menjeling ke arah motorsikal Lagenda biru milik Ayie.
”Tengok lah dulu bang..” katanya sambil tersengih, jika diikutkan hati mahu sahaja dia membeli motor baru tapi mana mungkin ianya terjadi, mana nak cekau duitnya. Lainlah kalau emak yang membelinya.
”Haa elok tu, tukar aja yang baru...” Sergah Nadia dari belakang, Faiz tersengih melihat bakal adik iparnya terkejut, dia yang sememangnya menyedari kehadiran Nadia dibelakang Emy hanya membisu, berjaya juga sang kakak menyakat adiknya. Emy ingin belalu tapi ditegah oleh Nadia. Kehadirannya sedikit pun tidak menggangu kerancakan mereka bertambah bising lagi ada.
”Duduk dulu nak kemana, bukan nya ada kerja lagi kat dapur. Meh duk sini kita sembang-sembang.” pelawa Nadia sambil mengamit tangannya. Emy menurut tanpa membantah lagipun dia sunyi tiada teman untuk berbicara.
”Emy buat apa kat kampung ni, tak nak kerja kat bandar ke.. sola Faiz sambil mengunyah rambuatn yang dibwakannya.
”Kerja kat bandar..., nak kerja apa bang, apalah yang Emy tahu buat bang.. jawabnya perlahan merendah diri.
”La kat bandar banyak kerja kosong tu kalau Emy nak, atau Emy nak sambung belajar..” ujar Faiz apabila matanya seakan dapat menangkap sesuatu kemurungan wajah Emy menandakan dia menyembunyikan sesuatu.
Emy menoleh pada Nadia yang setia mendengar luahan hatinya
”Erm..cakap lah dik..” pujuk Nadia sambil mengengam tangan adiknya
”Adik nak sambung belajar ke?” soalnya lagi apabila Emy diam membisu.”
”Tentang mak adik jangan risau, nanti akak ajaklah mak tinggal dengan akak, lagipun abang Faiz dah belikan rumah kat KL tu.”
”Ermm...nantilah Emy fikirkan kak..” katanya sambil tersenyum memandang Nadia dan Fariz yang turut membe;asa senyumannya.
”Ok. Eh! motor siapa tu dik tak pernah nampak pun sebelum ni”..
”Motor mekanik kampung sebelah kak, motor Emy masuk bengkel”
”Oh..apa yang rosaknya.. hensem tak tuannya.?” soal Nadia dalam gurauan.
”Akak ni..Biasalah kak penyakit tua...” jawabnya sambil memandang ke arah motor yang dipakirkan berhampiran pohon rambutan.
Nadia hanya mengelengkan kepala. Kasihan dengan nasib adiknya, kenapa emak begitu membenci adiknya. Apa kurangnya Emy dengannya. Bukankan kami ni anak mak juga.


Bengkel motorsikal Akjuan masih belum tutup, walaupun sedikit terlewat dari yang dijanjikan dia berasa bersalah, manalah tahu dituduh mengambil kesempatan ke atas motor yang canggih itu. Dia memakirkan motorsikal itu sebaik sahaja sampai ke bengkel Akjuan. Bidin berdri sebaik sahaja kedengaran motorsikal Ayie memasuki perkarangan, disangkanya perempuan itu buat-buat lupa maklumlah motorsikal yang dipinjamkan itu pun boleh tahan juga.
”Assalamualaikum.. Emy memberi salam kepada Bidin yang tercegat memadangnya, betul ke budak ni yang dipinjamkan motor pagi tadi. Kenapa lain benar rupanya. Boleh tahan. Eh tak boleh tahan.. bisk hatinya.
Motor saya dah siap bang..” soal Emy mengejutkan Bidin dari terus memandangnya.
”Dah..dah. tapi abang cuma tukar break motor dengan plug aja, rasanya banyak lagi yang perlu dibaiki ni tapi bagi abang, baik adik tukar aja dengan motor ni dengan yang baru, kalau ganti pun takut yang lain pulak rosak.” terang Bidin apabila Emy mula melangkah memerhatikan motorsikalnya, dia memerhatikan dengan senyuman. Sedikit pun kata-kata Bidin tidak berbekas dihati. Sudah ramai yang memintanya beli yang baru, dia sudah lali dengan permintaan orang ramai. Kalau dia mampu sudah lama dia ’merehatkan’ motornya itu dari bertugas. Bidin memerhatikan lagi Emy yang tersenyum manis memeriksa, gadis dihadapanya itu betul-betul memukau. Kalau nampak dek Ayie budak ni mahu tak berganjak Mat Hensome tu. Bisiknya hatinya. Ayie mucul bersama motorsikal Bidin. Panjang betul umur dia ni. Kata Bidin geram. Dia mahu nak mengayat Emy tapi jika bossnya sudah datang nampaknya misinya terpaksa ditangguhkan.
”Eh abang Faiz buat apa kat sini, la tadi kata nak temankan akak ke bandar?.. sapa Emy sejurus melihat Ayie yang baru sampai terpinga-pinga dengan saoalannya. Emy mengerutkan kening. Kenapa dengan abang Faiz tu macam orang bingung aja. Kata hati bergema apabila melihat riaksi pertama Ayie.
”Err..”
”Kenapa ni bang tadi masa kat rumah bukan main lagi rancak kita berbual..” soal Emu belum paus hati melihat riaksi Ayie yang kelihatan seperti rusa masuk kampung. Bidin terganga.
”Eleh pakai taktik kotorlah tu, nak pikat kata lah nak pikat jangan duk soal macam dah kenal jerk.” hatinya mula mengomel. Muak dengn taktik anak-anak dara sekarang.
”Aaa..abang..nak jumpa Bidin sekejap.” Lain pula yang keluar dari mulutnya. Apa kena aku ni. Takkan dan gabra kot.
”Oh..kereta abang mana? Mana kak Nadia..panjang pula soalnya apbial Ayie sudah mampu menjawab soalannya tadi.
”Kereta...oooo..kereta abang ngan kakak balasnya. Emy berasa hairan kenapa bang faiz nampak seperti kalut semacam. Seperti mereka tidka pernah bersua. Ditepisnya apa yang dirasa ketika ini mungkin perasaannya sahaja.
”Ni buat apa datang sini..?” soal Ayie yang kehabisan idea untuk bersembang.
”La kan Emy dah bagitahu abang tangah hari tadi Emy baiki motor kat sini..” terangnya.
”oh lupa pulak..” ayie mengaru kepala yang tidka gatal. Dia melirik kepada Bidin yang masih tercengang dengan babak yang dilakonkan Ayie.
”Abang kenal dengan abang Bidin..”
”Kenal..kenal sesangat dia ni kawan baik abang, dah lama tak jumpa..” bohong Ayie sambil mengeyitkan sebelah matanya kepda Bidin.
Bidin terpinga-pinga drama apa pula yang berlaku didepannya kini, pagi tadi bukan main lagi separuh nyawa Ayie memarahi wanita yang mengambil motorsikalnya. Kini baik bukan main lagi. Siap berabang-abang. Bindin menarik lengan Ayie dia ingin Ayie jelaskan sekarang.
”Kau kenal ke Emy tu, pagi tadi bukan main lagi kau kejar dia.”
”Entah aku pun tak kenal tiba-tiba aja dia panggil aku abang...aku layan lah”
”Eh kau ni ayie budka tu baik tak payah nak kenakan dia...” bela Bidin dia takut Ayie ingin mempermainkan gidis didepannya kini.
”Pelung ni..pelung depan mata..” balsa Ayie cuba melihat kemarahan Bidin. Selalunya Bidin tidak pernah membantah apa yang ingin dilakukannya malahan dia akan membantu tapi kenapa lain dengan Emy. Apa yang menariknya budak ni. Nak kata ada rupa..erm..boleh tahan juga, nak kata body lawa pun boleh tahan juga.. tapi.. apa yang kurangnya yea..” fikirannya melayang seketika membayangkan gadis didepannya kini.
”Kau ni dah kemaruk nak mengenakan anak dara orang ke. Itulah kau, aku suruh kau pekena budak kilang tu kau tak nak..jual mahal.” Bidas Bidin
”Erm...Eh cepatlah dia tu duk perhatikan kau jerk tu.” Bidin menoleh kepada Emy yang setia mmeerhatikan mereka.
”Ada apa-apa masalah ke bang. Serius aja tu..”
”Eh takdelah..”
”Kalau takde apa-apa Emy nak balik ni. Berapa semuanya erk...”
Emy mengeluarkan duitnya. Dia membelek-belek duit pemberian Mak Jah, duit itu masih berada di tempat yang disimpannya.
”Rm 60.00 aja..” balas Bidin sambil menantikan huluran duit dari Emy.
”Eh tak payah Emy.. biar abang yang bayar..”kata Ayie menolak huluran duit dari Emy. Bidin tersenyum sumbing. ”Apa kena pulak si Ayie kali ni.” Bidasnya sendirian.
”Eh! ambillah bang..” Emy sedikit terkejut dengan tawaran Ayie.
”Tak payah la. Abang bayarkan. Lagipun Bidin ngan abang bukan sesiapa pun..”
”Mana boleh bang.. kan abang Bidin berniaga tu. Tak baik lah.”
”Abang bayarkan.”
”Takpe bang terima kasih.Nah abang Bidin duitnya.” Emy tetap menghulurkan duit itu kepada Bidin walaupun Ayie berkeras untuk membayarnya. Bidin yang masih tercegat itu terpaksa mengambilnya kerana didesak oleh Emy. Ayie tidak mampu berbuat apa-apa, dia hanya tersenyum. Emy meminta diri untuk pulang. Sempat lagi dia menitipkan salam buat atuk dan neneknya.
Read More..
Monday, August 10, 2009

Lima Bersaudara

PROLOG

”Apa Abang menungkan tu hari dah nak senja ni, jom lah masuk Kak Long pun tengah duk cari abang dari tadi katanya Anis merengek cari ayahnya.” Ain tersenyum memandang abangnya yang termenung panjang menghadap ke Gunung Simpul entah apa yang mengusik hati abangnya ketika itu.
”Ain..” panggil Zaidi tanpa menoleh ke arah adiknya. Ain yang baru sahaja hendak melangkah bekalih kembali ke arah abangnya yang masih lagi belum berganjak dari tempatnya berdiri sambil berpeluk tubuh. Ain menghampiri abangnya
“Kenapa bang.” Zaidi masih membisu, Ain kehairanan. “Betul ke abang panggil akua tadi…”omel hati kecilnya. Lama membisu Zaidi bersuara
“Cuba Ain renung gunung disana tu. Ain masih ingat zaman kita kecil-kecil dulu.” bibirnya dimuncungkan ke arah gunung yang masih utuh berdiri.
“Oh.. abang mengimbas zaman kecil kami rupanya.” Ain ketawa kecil.
“Mestilah ingat, kenapa bang, ha ni mesti abang ingat peristiwa tu lagi kan..” matanya dihalakan ke arah gunung yang jelas kelihatan disulami senyuman yang menguntum kecil dibibir manisnya.
”Setiap kali abang balik ke sini pasti abang akan tengok gunung tu..kat situlah kita lima beradik bermain sampailah tak sedar hari makin gelap kan. Abang masih ingat lagi arwah mak menangis bila nampak kita. Terus aja dia peluk kita tanpa marah-marah.” Ada genangan airmata diwajah sayu abangnyan tutur nadanya semakin perlahan. Ain menunduk terasa sebak didada mengenangkan kembali peristiwa itu, dia juga seperti abangnya, setiap kali memandang ke arah sana terbayang wajah emak yang menangis dalam pelukan. Mereka telah tersesat ke dalam hutan semasa ralit mengejar ayam hutan. Tok ketua geleng kepala melihat mereka yang kelihatan keletihan, hampir 5 jam mereka tersesat nasib baiklah mereka dapat diselamatkan. Kerana kedegilan mereka lah menyebabkan arwah ayahnya diam tidak bercakap selama 3 hari. Arwah Pak Lah terlalu marah diatas kenakalan mereka berlima.

”La apa dibuatnya dua beradik kat situ agaknya..”
”Bang..” panggil Salwa dengan lembut. Zaidi menoleh seketika itu juga kenangannya berkecai, dia mengerdipkan matanya beberapa kali bagi menghilangkan air jernih yang mula bertakung kecil di kelopak matanya. Ain juga cepat-cepat menyapu lembut air jernih itu dari terus membasahi pipinya.
”Apa lagi abang buat kat situ sekejap lagi nak masuk waktu, kata tadi nak ke surau..” Zaidi hanya menghadiahkan sebuah senyuamn untuk isterinya yang setia menanti. Ain beredar dari situ lalu turut menghadiah senyuman kecil buat kakak iparnya yang kini mengalas tangungjawab sebagai ibunya.
”Pak Ngah jahat!..Pak Ngah jahat!.. jerit Zakuan yang tiba-tiba muncul. Mereka berdua menoleh ke arah Pie yang masih lagi ketawa mengusik anak saudaranya. Sesekali jeritan Zakuan menenggelamkan ketawanya.
”Zakuan dah nak senja ni pergi mandi.” Arah Aaidi apabila anaknya semakin galak menjerit. Salwa mendaki anak tangga kayu jati perlahan-lahan, tangga kayu yang dulunya tempat aksi terjunam mereka suami dan adik-adik iparnya ketika setiap kali tiba musim bah(banjir). Zakuan yang berusia 11 tahun akur dengan teguran ayahnya lalu dia berlari meninggalkan bapa saudaranya Pie sambil mengejar ibunya.
”Kau buat apa kat situ bang..”
”Takde buat apa pun..” jawabnya sambil melangkah tangga perlahan-lahan. Pie di beranda hanya memerhatikan sahaja abangnya.
”Semua dah siap ke..”
”Apa?..” tanya Pie kembali kurang mengerti dengan soalan Zaidi
”La semuanya dah siap ke, lauk pauk, pinggan mangkuk..”
Balas Zaidi menanti jawapan dari adiknya.
”Oh.. dah siap, semuanya orang perempuan yang sediakan kita ni tunggu orang kampung datang aja nanti.” Bala Pie faham dengan soalan abangnya tadi.
”Kau tak nak ke surau ke, jemaah bersama..”
”Nak lah, aku tunggu Ariff mandi dulu. Takkan kau tak tahu Arif tu bila jumpa air..” balas Pie bersahaja. Zaidi tersengih kecil. Faham benar dia jika Arif mandi. Kalau tidak sampai setengah jam duduk dibilik air jangan haraplah dia akan keluar dari bilik air itu, jika bilik air tu boleh tidur mahu sahaja dia menyuruh Ariff tidur sahaja dalam bilik kecil tu.
”Budak-budak dah mandi...”
”Dah..tunggu bapak budak aja tak mandi-mandi lagi.” jawab Pie dalam sengihan. Read More..
Saturday, August 1, 2009

Hati Ini Milikmu 12

“Kenapa dengan muka kamu ni Ayie merah padam baju lenjun pulak tu, kamu ni macam kena kejar penyamun aja..”
“Macam mana nenek tahu Ayie kejar penyamun...”
“Hah! siapa yang kena samun Ayie, kesiannya..apa yang disamunnya, budak-budak sekarang ni makin teruk, malas nak berkerja mencuri aja kerjanya.”
“Budak perempuan tu samun motor Ayie nek..”
”La haulawala…perempuan samun motor kau Ayie, apa nak jadi dunia sekarang ni, habis tu motor kau dapat balik tak? Nek Som mula mendekati cucunya, jelas kelihatan kehairanan diwajah tua itu apabila Ayie kelihatan selamba badak.
“Tak nek..tapi petang nanti dia akan hantar”
“Hah!…dia hantar, hei budak ni tadi kau kata motor kau kena samun sekarang kau cakap petang nanti dia hantar,apa kena dengan kau ni, cakap berbelit-belit tak faham lah nenek.”
”Atuk mana nek?..”
”La kita tanya dia... dia soal kita pulak..”
“Ni siapa yg ambik motor kau tu....”
“Bidin pinjamkan pada sorang budak perempuan nek, dia tak bagiathau Ayie pun. Kebetulan masa Ayie nak ke kedai runcit dengan basikal Amir dalam perjalanan tu
Ayie bertembung dengan budak perempuan yang bawak motor Ayie tu, ingatkan dia curi, jadi Ayie kejar lah dia dengan basikal...”
Kau kejar dengan basikal, isk budak ni..habis tu dapat tak”
”Hmmnn..mana dapat lawan motor dengan basikal, dia pakai minyak Ayie pakai tenaga ni ha..mana nak terlawan nek.” Nek Som ketawa mendengar sungutan cucunya tak dapat dibayangkan Ayie mengejar motornya dengan basikal.
“Dah la motor tak dapat, balik kena pikul pulak basikal Amir masa tu lah rantai basikal nak putus..ini hasil yang Ayie dapat nek, lenjun, melekit, berbau..eeee” dia mula menunjukkan mimik muka tidak senangnya dengan badannya yang kini mula berbau tengit.
”Habis tu macam mana kau tahu Bidin pinjamkan pada budak perempuan tu.” Nek som masih ingin mengetahui lebih lanjut lagi peristiwa yang terjadi pada cucunya.
”Ayie jumpa Bidinlah nek, dia tengah baiki motorsikal budak perempuan tu.”
“Ooo..itulah kau lain kali tanyalah elok..elok.”
”Macam mana nak tanya elok-elok nek, hati ni dah terbakar tengok bini dibawa lari dek orang, Ayie dah jerit suruh budak tu berhentikan motor tu, langsung dia tak hiraukan nek makin laju pula dia tinggalkan Ayie.
“Erm…mesti cantik pencuri tu kan..boleh lah kenalkan pada nenek nanti”
“Merepek pulak nenek ni, dah la Ayie nak mandi.”
”Ha mandi biar basah, tidur biar lena…nanti boleh mimpi gadis pencuri motor tu ”usik Nek Som. Ayie hanya tersengih sambil menggelengkan kepala mendengar usikan neneknya. Melihat wajah pun belum nenekmdah pasang angan-angan..

“Nenek masak apa hari ni?…”tegur Ayie apabila nenekanya sedang leka mengacau sesutau diatas dapur.
“Hisk.. budak ni, buat tereperanjat orang aja..nenek masak ikan terubuk bakar, masak lemak cili api, tumis petai…”
“Woo, bestnya nek...siapa nak datang tu..”
“La kamu tak tahu ke Along kamu nak balik…”
“Bila nek..ayie tak tahu pun”
“Atuk kamu tak bagitahu ke..”
“Takde pun..”
“Atuk lupa lah tu..”
“Mana nak ingatnya nek kalau asyik dengan Nanunya aja..Lama ke Along balik nek..”
“Tiga hari aja katanya, saja balik jenguk mak mentuanya.”
“Bakal mak mentuanya aja..nenek kat sini dia tak nak jenguk..” Ayie mula mencubit sedikit ikan terubuk bakar yang terhidang di atas meja. Perutnya sudah berkeroncong apabila melihat ikan terubuk bakar masih berasap itu, dicicipnya sedikit dengan air asam.
“Ala sekali lah tu.” Nek Som menutup api dapurnya, masak lemak cili api telah pun masak.
“Isk budak ni, kalau yea pun nak makan pergilah pakai baju tu dulu, mandi tu basah tak..” usik Nek Som.
“Basah la nek takkan tak basah pulak kalau dah kena air. Ha mulalah tu nak sakat Ayie, kalau nenek nak menantu sangat carilah untuk Ayie seorang nek…”
“Hai dulu nak sebut pasal ni pun kau lari lintang pukang, hari ni jumpa penyamun perempuan terus kau suruh nenek carikan pulak..hai Ayie..Ayie..”
“Nek ni..Ayie naik dulul lah nek..”
“Hmm..pergilah..”

Hj Salleh muncul beberapa minit kemudian, Dia yang baru sahaja menambat kambingnya dipohon manggis terus menyapa isterinya yang sedang leka menyediakan makan tengahhari
“Apa awak dua beranak duk sembang kan tu..rancak aja..
“Takde apa-apalah, awak dari mana ni, matahari dah tegak atas kepala ni baru ingat nak balik..”
“Saya temankan Nanu makan...” Pak Salleh mencuci kakinya dengan air tempayan, terasa sejuk apabila air jernih itu menyentuh lapisan kulitnya yang semakin mengecut.
“Bukan mian lagi awak sayangkan Nanu yea, siap temankan dia makan. Dah takde kerja lain ke awak nak buat.”
“Ada kerjalah ni saya balik..”
“Apa kerjanya masa ni baru balik rumah..”
“Lapar..nak makan..” jawapan yang selamba dahaj diberikan pada isterinya. Nek Som menjeling geram meliahta Pak Salleh enak meneguk air putih itu. Dahaga benar nampaknya suaminya.
“Ha itu aja yang awak tahu..tadi kata temankan Nanu kenapa tak makan sekali..”
“Hilang akal ke awak ni, Nanu tu makan daun saya makan nasi..” Ayie muncul apabial mendegra kekecohan suara atuk dan neneknya didapur, pasti mereka bertikam lidah, gaduh-gaduh manja katakan.
“Apa ni atuk dah tua-tau gaduh lagi..”
“ Ni ha nenek kamu tu, ada ke patut nenek kamu suruh atuk makan daun..”
“Makan daun..daun apa nek?..”
“Daun ulam raja kan tu but ubat, menambahkan selera makan..”cantas Nek Som apabila Pak Salleh mula ingin menjawab.
”Ha tuk ok lah tu sayang juga nenek pada atuk..”
”Hisk..kamu ni..” Pak Salleh berlalu meninggalkan isteri dan cucunya yang ketawa gelihati meligat kekalahannya.

******

Mak Jah menjengah apabila telinga menagkap buni enjin motor memasuki perkarangan rumahnya, kelainan bunyi denruman enji n motor itu menambat hati tuanya, sekujur tubuh itu dikenalinya, tetapi motor itu bukan milik anaknya, Emy kelihatan sedang menjinjit beberapa beg plastik yang berisi barangan basah lalu bergegas ke dapur. Sebuah motorsikal biru terletak elok di garajnya, Mak Jah kehairanan motorsikal siapa pula yang dibawa balik Emy, mana pula perginya motorsikal buruknya itu. Dia melangakh perlahan menuju ke dapur. Emy sedikit pun tidak menyedari emaknya mengintainya tadi.
”Motorsikal siapa pula kamu bawa balik tu.” suara terjahan Mak Jah membuatkan jantung Emy berdegup kencang, baru sahaja jantungnya pulih dari terkejut kini kembali berdendang. Emy menoleh kepada emaknya yang berdiri tercegat menantikan jawapannya.
”Motor mekanik kampung sebelah mak...”
”meknik mana pulak ni...motorsikal kau mana”
”Rosak, Emy dah hantarkan ke bengkel, petang nanti baru boleh ambik sementara tu dia bagi pinjam motornya dulu.”
”Ermm..ada tak yang aku pesan tadi.”
”Ada mak..” Emy meletakkan palstik barang-barang pesanan emaknya tadi ke dalam singki, dia mula beredar dengan kaki sedikit terhinjut-hinjut. Rasa segal tadi masih lagi bersisa.
”Ha tu kenapa pulak..”
”Takde apa-apa mak.” Emy berlalu meninggalkan emaknya yang masih memandang kepadanya. Takut juga mahu memberitahu hal sebenarnya bimbang nanti makin dimarahinya. Mak Jah mengelengkan kepala, dia tahu Emy takut untuk memberitahunya. Selama ini dia tidak pernah berlembut dengan Emy, sesekali rasa kasihan menjelma dihatinya tapi setiap kali mengingati apa yang dilakukan suaminya dulu amat menyakitkan hati. Mak Jah membirkan Emy berlalu, hari ini biarlah Emy berehat, lagipun sedari semalam lagi dia menyuruh emy mengemas. Nadia menelefonnya sebentar tadi katanya mungkin pukul tiga baru mereka sampai, jadi sempatlah dia menyedikan lauk pauk kegemaran anak kesayanganya itu. Usai menyalin pakiaan, Emy ke dapur ingin membantu emaknya memasak, sebelum emaknya menjerit lebih baik dia bersegera ke dapur. Pun begitu masih sempat lagi dia memandang rambutnya yang semakin panjang, kakaknya balik nanti bolehlah dia meminta Nadia memotongnya rambutnya yang kelihatan bertakuk-takuk itu. Sepi menghiasi dapur walapun dua beranak itu penghuni rumah kayu itu, kelihatan janggal sekali alaupun sduah bertahun mereka tinggal bersama. Tanpa di suruh Emy mengmbil beras yang berada di dalam tong beras, dia mula menanak nasi, walaupun hanya mereka berdua sahaja yang tinggal Mak Jah kurang bercakap dengannya, sesekali dia terasa dirinya bukan ahli keluarga ini.
“Mak nak masak apa ni..” Emy mula mnegajak emaknya bercakap. Dia mulai terasa bosan membisu setiap kali berada berdua dengan emkaya. Dia juga mahukan belaian dan juga teman bercakap lebih-lebih lagi dengan emaknya.
“Masak macam biasa lah..” Jawab Mak Jah acuh tak acuh, Mak Jah hanya membiarkan Emy melakukan kerjanya dia tidak melarang dan juga tidak meyuruh. Emy terhinjut-hinjut ketika berjalan. Hati wanita itu mulai kasihan, dia menyuruh Emy berehat sahaja. Emy menurut, bukan senang dia dapat peluang bercuti dari melaukukan kerja-kerja rumah dia nahu menggunakan sepenuhnya peluang itu dengan baik, boleh la dia berehat sepuas-puasnya. Baru sahaja dia melangkah ke anak tangga pertama, dia kembali menoleh kepada Mak Jah yang sedang leka dengan kerjanya, hari ini Mak Jah baik hati peluang beginilah yang Emy nantikan. Dia harus meminta keizinan Mak Jah untuk mengambil motorsikalnya.
“Mak...”
Mak Jah berpaling, Emy masih lagi berada pada kedudukan tadi,sedikit pun tidak berganjak terasa gerun pula untuk menatap wajah emaknya, dengan perasaan yang sedikit takut Emy membalas pandangan emaknya.
”Petang nanti Emy nak ambil motor Emy, boleh kan mak..” pintanya denagn suara perlahan, sesekali tanganya memintal hujung baju.
Mak Jah hanya mengangguk, walaupun tiada suara yang mengatakan ya, anggukan itu terasa besar nikmatnya. Tidak perlulaln dia meminta jasa baik kakaknya nanti untuk memujuk emak. Dia melangkah dengan senang hati kuntuman senyum yang semakin mekar mula menghisi wajahnya.
“Emy..”
Langkah Emy termati. Dia mula berdebar, walapuan suara emaknya tidaklah sekeras mana tapi panggilan itu membuatkan dibenaknya terkumpul beribu-ribu soalan. Emy berpaling. Mak Jah semakin menghampirinya.
“Nah duit baiki motor kamu...” Mak Jah menghulurkan not seratus ringgit kepada Emy yang masih tercegat. Bagaikan mimpi dia menerima wang pemberian emak yang begitu garang kepadanya selama ini.
“Nah ambik..”
Emy lambat-lambat mencapai huluran emyanya, dia masih teragak-agak, huluran Mak Jah semakin mendekat lalu Emy mengambilnya.
“Terima kasih mak..” Mak Jah berlalu tanpa kata. Emy mengucapkan kata syukur berkali-kali. Hari paling bahagia dalam hidupnya. Atau mungkin ini tanda-tanda bahagia akan menjelama tiada lagi derita untuknya.
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati