Tuesday, June 30, 2009

Hati Ini Milikmu 7

Rombongan pihak lelaki seramai 30 orang telah pun memenuhi perkarangan rumah Mak Jah. Sebanyak tujuh dulang hantaran kelengkapan bertunang tersedia ditelapak tangan anak-anak gadis disebelah pihak lelaki. Mak Jah lah yang paling gembira sekali senyuman dibibir tua itu tidak pernah lekang maklumlah bakal menerima menantu tidak lama lagi. Lagipula yang masuk meminang ini adalah anak datuk tentulah dia lebih berbangga lagi. Emy sedang leka membancuh air didapur walaupan ramai juga saudara maranya yang datang tapi tidak ramai yang membantunya hanya jiran-jiran yang mengenalinya, dia diibaratkan seperti orang gaji dirumah sendiri. Malah sanak saudaranya pula yang memerintahkannya melakukan semua kerja-kerja. Emy hanya menurut dia tidak mahu membantah setiap kali disuruh, dan juga tidak mahu merosakkan hari berbahagia kakaknya. Nadia siap berdandan rapi, dia terjenguk-jenguk mencari kelibat adiknya Emy yang tidak kelihatan, sudah dipesannya malam tadi agar tidak melakukan sebarang kerja, dia mahu Emy berada disebelahnya pada hari pertunangannya. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat adiknya, ruang yang sempit dan dipenuhi dengan saudara maranya itu menyukarkan penglihtannya mencari Emy. Saudara maranya yang tidak tahu dia mencari Emy mengusiknya. ”Takkan lari gunung dikejar..sabar dah ada depan mata tu.” Usikkan itu disulami dengan ketawa sanak saudaranya yang lain. Nadia hanya tersenyum kelat, bukan bakal tunangnya yang dicari tapi adiknya yang dikasihi masih tidak nampak batang hidung sedari tadi.
”Emy mana tak nampak pun..”
”Ada kat dapur tu tengah siapkan makan.” Salina saudara jauhnya menjuihkan bibir.
Nadia mengeluh panjang. Dihari bahagianya Emy juga yang dikerahkan melakukan segala kerja. Nadia bingkas bangun dia ingin mencari Emy didapur.
”Eh! nak kemana tu, pihak lelaki dah sampai.” Salina menegah apabila melihat Nadia mula melangkah keluar.
”Sekejap aja nak cari Emy. Balasnya tanpa berpaling lalu meninggalkan suadara maranya yang terkulat-kulat.
”Adik.”.panggil Nadia perlahan. Emy menoleh kebelakang, dia tersenyum melihat kakaknya dengan pakaiann yang cantik dan solekan yang simple tapi menarik.”Adik buat apa lagi tu. Kenapa adik tak pakai baju yang akak belikan hari tu.” Nadia menghampiri Emy,tidak dihiraukan mata yang memandang. sanak saudaranya menumpukan perhatian mereka ke arah dua beradik itu. Apa pula yang dibualkannya oleh mereka. ”Sayang lah kak, Emy cuma duduk didapur aja, nanti pakai baju cantik-cantik pun kotor juga.” Nadia memegang tangan adiknya. ”Tinggalkan tu, Emy pergi tukar baju, akak nak Emy ada kat sebelah akak nanti.” Arahnya, pinggan mangkuk yang baru hendak disusun Emy dibiarkan begitu. ”Emy nak kena sediakan semuanya ni kak, nanti apa pula kata mak.” Sanggah Emy, dia tidak mahu Mak Jah melenting melihatnya duduk disebelah kakaknya nanti.”Emy tak sayangkan kakak ke?” Soal Nadia. Dia mahu berkongsi gembira bersama adiknya. Dah soalan itu pulak yang disoalnya Emy serba salah. ”Mestilah Emy sayangkan akak.” Katanya lembut.
”Kalau Emy sayangkan akak cepat pergi tukar baju, akak nak Emy duduk sebelah akak.
”Tapi kak..”belum sempat Emy membantah Nadia cepat-cepat memintas katanya.
”Takde tapi-tapi lagi. Cepat!.”
”Pergilah Emy, biar makcik yang tolong buat ni.” Makcik Senah menawarkan diri, entah bila Makcik Senah berada dibelakang mereka pun langsung tidak disedarinya. Nadia menarik tangan adiknya. Emy hanya membututi tanpa membantah. Dia sempat mengucapkan terima kasihnya kepada Makcik Senah. Bangun dari tidur pagi tadi lagi Emy sudah berangan duduk disebelah kakaknya, dia memang teringin menyaksikan acara pertunangan kakaknya, tapi belum pun sempat dia mengenakan baju pemberian kakaknya, Mak Jah telah menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah, sehinggalah dia sendiri tidak sedar majlis sudah hampir benar bermulanya.
Emy segera ke bilik mandi dan disitu jugalah dia menyalinkan pakaiannya. Dia terkocoh-kocoh naik ke atas apabila Salina memanggilnya. Nadia kelihatan anggun dengan busana kurung moden. Tampak cantik sekali. Emy duduk ditepi kakaknya sambil tangan mereka bertaut. Terasa sejuk tangan kakaknya. Sesekali usikan teman-teman dan sanak saudara menghilangkan sedikit rasa gugup dihati Nadia. Emy juga apa kurangnya baju kurung sutera pemberian kakaknya itu memang cantik tersalut dibadanya. Matanya yang bundar itu menambahkan lagi keayauan wajahnya. Sesekali Emy mencari kelibat emaknya takut juga jika Mak Jah menyedari dia lari dari tugas yang telah diamanahkan. Nadia tahu apa yang bergelodak dihati adiknya dia mengengam erat tangan adiknya sebagai semangat. Emy tersenyum manis. Keluarga dari pihak lelaki telah membuka bicara, mereka menyatakan hajat datangnya kesini, adakalanya diselangi dengan gelak ketawa mereka, apa yang lucu Emy sendiri tidak tahu hanya kedengaran gelak ketawa sahaja yang bergema. Mak Jah bukan main seronok lagi. Bakal tunang anaknya juga nampak kacak dengan berbaju melayu kuning langsat. Sekali pandang seperti pelakon hindustan Arjun Rampal. Emy juga turut terpegun. Tunang kakaknya begitu segak sekali.

Ayie duduk bertenggek dijambatan yang selalu dijadikan tempat melepaknya bersama Bidin. Ditangannya sebatang kail diperbuat daripada buluh cina dihalakan ke sungai. Bidin hanya tersengih apabila sesekali mata kail Ayie tersangkut pada ranting-ranting pokok senduduk yang tumbuh meliar ditepi sungai tua itu, setiap kali balingannya tersasar. Ayie hanya mempamirkan wajah selambanya. Hari ini dia tiada mood untuk bergurau malah aktiviti ini hanya untuk mengelakkan dirinya dari bertemu muka dengan ayahnya. Permintaan ayahnya terlalu berat untuk ditunaikan, dia sayang meninggalkan kampung tempat membesarnya. Dia lebih tenang disini berbanding dengn hidup dikota. Lagipun dia sudah mempunyai sebuah begkel motor walaupun keuntungannya tidaklah sebesar mana tapi dia cukup puas dengan hasil usahanya yang tidak bergantung pada orang tuanya. Selepas SPM dahulu dia bekerja sementara sebagi mekanik disebuah bengkel motorsikal milik taukeh cina yang baru sahaja membuka bengkelnya dipekan. Dari skill yang diperolehi itulah dimanfaatkan selepas dia memperolehi ijazah pertama dalam bidang perakaunan. Dan yang lebih sayang untuk ditiggalkannya adalah hobinya yang suka mengusik anak-anak gadis yang lalu lalang disekitar jalan kampungnya. Sesekali dia mengelengkan kepala apabila teringat akan riaksi anak-anak gadis sekarang, pantang diusik pasti tergoda dan yang paling sadia tidak sampai dua kali diusiknya telah menyatakan cinta kepadanya. Dia tersengih sendirian apabila terkenang akan kelebihan raut wajah yang dimiliknya. Cermin mata itu ditanggalkan lalu dikesatnya beberapa kali dengan t-shirt pagodanya. Sengaja dia mengenakan cermin mata yang berbingkai seperti cermin mata orang dahulu kala, walapun pernah ditegah oleh alongnya namun katanya itu sebagai menutup wajah tampannya dari pandangan liar anak-anak gadis dikampung itu. Bidin hanya memerhatikan tingkah laku teman baiknya itu, digelengkanya beberapa kali kepalanya, tadi dilihatnya muka si Ayie kelat semacam kini dah berubah pula dengan wajah yang tersenyum manis. Apa yang difikirkan oleh temannya itu langsung tidak dapat ditekanya.

”Eh! kau tak pergi ke majlis pertunangan abang kau tu. Manalah tahu nanti tersangkut pula anak dara yang ada kat situ. Aku dengar anak-anak dara kampung sebelah tu cantik-cantik. Bidin menyoal Ayie apabila teringat akan kedantangan keluarga Ayie petang semalam.
”Ah.. malas la aku nak pergi, bukan dia pergi nikah pun, cuma bertunang aja, nanti kalau aku pergi tertukar dengan aku pulak..”Bidas Ayie bersahaja. Bidin hanya tersengih ada betul juga kata-kata Ayie itu.
”Mak ayah kau lama ke balik kampung ni.”
”Esok balik lah kot. Kenapa?...Ayie memandang Bidin dengan kening yang sedikit terangkat.
”Takde apa-apa tanya jerk tak boleh ke..” Ayie hanya mendiamkan diri. ”Kau dengan mak ayah kau macam mana”
”Maksud kau?...”
”Maksud aku dia takde ajak kau tinggal bersama ke...”
”Ada, tapi aku malas la aku dibesarkan disini, lagipun nenek dengan atuk aku dah tua takde siapa pulak nak jaga nanti. Kau kan tahu orang tua takkan nak tinggalkan tempat kelahirannya duduk dibadar besar pulak tu, tentu tak panas lagi punggug dan suruh dihantarkan balik.” Kata Ayie lalu badanya dipusingkan menghadap Bidin. Batang kailnya dibiarkan tersadai dibidai jambatan.
”Eh ok lah tu nanti kau boleh naik kereta besar, dapat duduk rumah besar. Makan pun sedap.”
”Erk eleh kau ni, kalau kau nak sangat kau gantikan aku..boleh..”
”Eh! ada ke ,main ganti-ganti anak pulak. Kau ingat anak patung! Mana boleh....” Sanggah Bidin sambil menepuk bahu rakannya itu. Ayie hanya tersenyum kelat. Sepi seketika.
”Bila nak langsungnya tu..”
”Kan dah berlangsung tu bila apanya lagi.”
”Tak.. maksud aku bila diaorang nak nikah, tak sabar aku nak makan nasi minyak ni.”
”Emm..entah la, tapi kalau tak silap aku, nenek cakap bertunang setahun...”
”Perh lama tu, setahun..kalau aku... tak sabar lah nak kahwin. Boleh tahan ke abang kau tu.”
”Isk kau ni kalau dah tak tahan sangat baik kau kahwin aja, Milah tu pun dah lama nak kan kau. Tunggu kau kata yea aja..usik Ayie lalu ketawanya meletus.
”Isk! Milah pulak..takde yang cun lagi ke.” bebelnya.
”Malas la aku layan kau, aku nak balik ni malam karang kita jumpa lagi. Tapi kalau ayah ngan mak aku ada tak jadilah aku kelaur yea.” Bidin hanya tersengih, dia juga mengekori Ayie menghayunkan langkah pulang ke rumah.
Read More..
Saturday, June 27, 2009

Hati Ini Milikmu 6

”Nadia buat apa lama sangat nak buka pintu ni..” Mak Jah terus sahaja bertanya seraya melangkah ke dalam rumah, anak lelakinya terus sahaja lesap selepas menghantarnya pulang. Nadia hanya tersengih memandang emaknya, dibiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan.
”Ermm..budak tu dah tidur ke?” Soal Mak Jah sambil melabuhkan pungung ke kerusi rotan..dia membuka tudung sambil mengipas-ngipas ekor tudungnya.
”Dah mak...” Tutur Nadia bersahaja dia terpasa berbohong, bimbang pula nanti adiknya disuruh melakukan kerja-kerja yang tak sepatutnya.
”Ermm..elok lah tu, esok banyak lagi kerja nak kena buat.”
Nadia hanya mengangguk kecil. ”Mak nak air, nadia buatkan yea..”
”Tak payah la mak baru lepas minum tadi..”
”Kalau macam tu takpelah mak Nadia masuk tidur dulu erk.. lagipun dah ngantuk sangat ni.” Kata Nadia sambil menguap. ”A’aa yea lah pergilah kamu tidur tu. Lagipun dah leawat ni. Kamu kena jaga kesihatan tu nanti tiba hari bertunang lesu pulak..” pesan Mak Jah.
”Ala mak ni itu baru bertunanglah bukannya Nadia kahwin.”katanya manja sambil memeluk bahu emaknya. Mak Jah senyum memanjang. Dia masih duduk dikerusi ketika Nadia telah pun kebiliknya. Mak Jah termenung sendirian..

*****
”Jah tak sanggup keilangan abang, macam mana ni bang ayah nak kahwinkan Jah dengan pilihannya. Rengeknya dengan suara bergetar,tubir matanya bertakung air jernih itu, dia tidak sanggup berpisah dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya. Sudah lama lelaki itu menghuni hatinya tanpa lelaki itu sedar.
”Abang pun pening kepala ni Jah. Abang dah cuba suruh mak ngan ayah abang pergi meminang Jah tapi pinangan abang ditolak. Takde cara lain lagi ke kita nak lembutkan hati ayah jah tu, cuba Jah pujuk.” usul Latif yang sudah ketandusan idea, tanganya memicit-micit kepala yang teras berpinar. Angin petang yang menghembus sedikit pun tidak dapat mendamaikan hati pasangan kekasih itu. Apakah begini berakhirnya hubungan cinta antara mereka. segala jiwa raga telah diserahkan kepada Latif. Bagai bercerai nyawa dari badan jika mereka dipisahkan.
”Kita kahwin lari aja bang.. Jah tak sanggup kehilangan abang. Jah tak sanggup hidup tanpa abang. Dalam esak tangis Khadijah mencadangkan kepada Latif agar mereka kahwin lari sahaja, membelakangkan keluarga pun dia sanggup asalkan dia tidak dipisahkan dari hidup Latif.
”Abang bukan tak nak Jah tapi.. Jah kan tahu siapa ayah Jah
”Kita lari aja bang, lari ke tempat yang takde orang kenal kita.” pintanya lagi.
Latif mundar mandir menimbang cadangan buah hatinya. Jika diikutkan hati dia ingin sahaja mengikut cadangan kekasihnya tapi bila difikir-fikirkan risikonya terlalu besar. Bukan dia tidak tahu siapa Pak Kasim orang Kaya dikampungnya, yang terkenal dengan sifat tegasnya. Putih katanya putih lah, hitam katanya hitamlah. Lagipula Pak Kasim ramai anak buah. Khadijah pula anak tunggal, pasti Pak Kasim takkan lepaskannya jika dia melarikan Khadijah.
”Ermm macam ni lah Jah, biar abang fikirkan dulu cadangan Jah tu.” Ujar Latif setelah dia buntu untuk mencari jalan agar mereka dapat bersatu. Dia menghampiri Khadijah yang masih lagi menitiskan airmata. Tidak sanggup rasa hatinya melihat buah hati menangis sebegitu.
”Jom kita balik dulu yea. Sapu airmata tu nanti nampak Pak Kasim apa pula katanya.” Khadijah hanya mengangguk kecil. Hatinya sedikit lega apabila Latif akan menimbangkan cadangannya.
”Esok kita jumpa disini yea bang, macam biasa, Jah nak tahu apa keputusan abang.” Katanya lemah sambil berlalu menuju kerumahnya. Sebelum berlalu dia sempat menoleh ke arah Latif lalu menghadiahkan senyuman.


”Kau dari mana ni Khadijah..”soal Pak Kasim ketika melihat kelibat anaknya tergesa-gesa menuju ke dapur. Tidak perasan pula Khadijah ayahnya duduk diberanda rumah bersama seseorang. Khadijah tersentak apabila suara ayahnya menerobos ke lubang telinganya, disangakanya Pak Kasim telah ke surau, ternyata anggapannya merosot. Disebalah Pak Kasim, Rosli sedang tersenyum memandangnya. Khadiajh menunduk ketika pandangannya bertembung dengan mata Rosli. Terasa seram dengan pandangan itu walaupun ketika itu Rosli memandangnya dengan senyuman.
”Dari rumah Senah ayah.” bohongnya.
”Huh dah nak senja baru nak balik rumah. Dah! pergi masuk dalam.” Arah Pak kasim tegas. Khadijah berlalu dengan segera dia terselamat kali ini ayahnya tidak banyak bertanya. Rosli masih lagi memandang susuk tubuh Khadijah. Pak Kasim yang melihat gelagat Rosli itu berdehem beberapa kali, Rosli tersedar lalu menghadiahkan sengihan malu.
”Apa hal si Rosli datang kerumah ni mak.” Mak Kiah tersentak apabila disapa dengan pertanyaan yang tiba-tiba muncul dibelakangnya. Dia menjengilkan mata melihat anak daranya yang baru pulang setelah lesap petang tadi. ”Yang kamu ni dari mana dah senja begini baru nampak rumah.” Pertanyaan Khadijah dijawab dengan pertanyaan juga. Khadijah hanya tersengih dia cepat-cepat melarikan diri ke biliknya bimbang pula dileteri emaknya. ”Ish! budak ni kita tanya dia diam lari pulak. Apa nak jadilah Khadijah ni.” Bebelnya sendirian mengenangkan anaknya yang telah dewasa dan layak pula dikahwinkan. Colon Pak Kasim juga sudah menunggu cuma menantikan jawapan tuan punya badan sahaja.
Ketukan dipintu beberapa kali melenyapkan segala kenangannya sewaktu zaman anak daranya dahulu. Mak Jah bergegas membuka pintu. Azhar tersembul dimuka pintu dengan senyuman melerek. Ini pasti baru lepas jumpa mataairnya.
Read More..

Hati Ini Milikmu 5

******
Usai mengemas, dia berlalu kebiliknya melihat rupanya setelah rambutnya dipotong pendek. Emy meraba kepalanya apabila berada dihadapan cermin, terasa rambut-rambut pendek mula mencucuk-cucuk telapak tangannya. Dengan tak semena-mena airmatanya bertambah laju menitis dipipi bersama dengan irama badannya yang mula terhinjut-hinjut menahan tangisan takut didengari emaknya. Mukanya kelihatan hodoh bersama mahkotanya yang bertompok-tompok sehingga menampakkan kulit kepala.Emy!...Emy! jerit Mak Jah beberapa kali. Emy terkocoh-kocoh keluar dari bilik, matanya bengkak kerana menangis diatas perlakuan emaknya tadi.”Apa lagi kau ni hah!. Aku suruh kau tukar langsir tu kan...Mak Jah mencampakkan langsir yang baru diambilnya dari kedai jahit Ramlah. Dia perlu tukar langsir baru itu agar nampak berseri ruang rumahnya kerana tidak lama lagi anak perempuannya Nadia akan dirisik dan mereka dan langsung ditunangkan. Balik dari mengambil langsir dirumah Ramlah dilihatnya langsir lama masih bergantungan, sudah tentu menaikkan suhu darahnya.”Suka sangat nak naik darah aku kan! kau nak aku mati cepat ke hah!...” Jerkah Mak Jah. Emy menikus. Dia tidak berani memandang wajah emaknya ketika ini. Bimbang ada saja idea emaknya menyakitinya nanti. ”Sudah! pergi tukar langsir tu.” Arah Mak Jah sambil menundingkan jarinya ke kapala Emy.Emy cepat-cepat bergegas, dia mengambil kerusi lalu diletakkan hampir dengan jendela dan mula membuang penyangkut pada langsir tersebut. Mak Jah belalu meninggalkannya dia sedirian melakukan kerja-kerja itu. Malas dia memandang wajah anak bonsunya.Deruman kereta Nadia mengerakkan hatinya untuk menjengah ke luar. Dilihat kakaknya tersenyum girang bersama barang-barang yang tidak menang tangan untuk dibawanya ke atas. Abangnya Azhar pula memakirkan keretanya di bawah pohon rambutan. Nadia terjengul dimuka pintu, barangan yang dibawanya terlalu banyak lalu menutupi separuh dari wajahnya. Emy tersenyum melihat kakaknya itu berjalan seperti orang buta mencari meja untuk diletakkan barang-barang itu.Setelah Nadia meletakkan barang-barangnya dia berkalih ke belakang apabila terasa seperti ada orang yang memeehatikannya. ”Huh! adik, bukan nak tolong akak tadi.” Nadia sengaja memarahkan adiknya yang tergelak melihat aksinya tadi. Nadia menghampiri adiknya dia ingin berkongsi kegembiraan bersama Emy yang dirinya akan disunting dua hari lagi.”Eh! kenapa rambut Emy ni.” Nadia menyentuh rambut adiknya dengan padangan terperanjat, dia beristifar beberapa kali. ”Kenapa ni Emy siapa yang lakukan ni..” soalnya tanpa menyedari Mak Jah sudah pun berdiri dibelakangnya, Emy hanya menunduk, dia tidak mampu menjawab soalan kakaknya bimbang akan menjadi lebih parah.”Mak yang buat…” Selamba sahaja Mak Jah mengaku dirinya yang melakukan itu semua. Nadia berkalih ke arah emaknya dengan pandangan tidak mengerti.”Tapi kenapa..” soal Nadia tidak berpuas hati. Mak Jah hanya membiarkan soalan anaknya itu malas dia hendak memanjangkan cerita. Dia menuju ke meja di tempat Nadia meletakkan barang-barang yang dibelinya tadi. Nadia mengosok kepala adiknya beberapa kali. ”Sabarlah dik…” Nadia memujuk adiknya, Emy hanya tunduk merenung lantai dia tidak mampu berkata apa-apa. ”Jom Emy kakak ada belikan baju untuk Emy.” Katanya sambil menarik lengan Emy supaya mengikutinya ke meja itu. Emy tidak berganjak dari tempatnya. ”Emy tak siapkan lagi gantung langsir ni kak nantilah.” Matanya dipandang ke arah Mak Jah yang sedang leka membelek barang-barang yang akan dijadikan hantaran pertunangnanya nanti. Nadia mengerti akan padangan mata adiknya. Dia tersenyum dan mengangguk, barang-barang yang dibelikan untuk adiknya nanti akan diberikannya malam nanti. Emy menyudahkan kerjanya yang masih berbaki.Malam mula mengambil tempatnya, bunyi-bunyian unggas mengiramakan suasana yang sepi itu dijadikan sebagai penyeri hatinya. Emy menghampiri jendela matanya ditadahkan ke langit mengintai bulan yang sudah lama menyembunyikan diri. Sedang leka dengan dunianya sendiri dia terdengar deruman kereta abangnya mula meninggalkan rumah. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak tersembul wajah kakaknya yang manis tersenyum memandang. Tanpa salam tanpa minta kebenaran dia bersuara ”Adik akak ada belikan ini untuk adik.” Nadia meletakkan beg-beg kertas yang mengandungi beberapa pasang baju kurung serta tudung baru untuk adiknya. Emy membalas senyuman kakaknya, tekejut juga dia tadi. ”Akak ni lain kali ketuk lah pintu tu dulu ini tak main rempuh aja,” Emy sengaja memarahkan kakaknya. Nadia cuma tersengih sambil tangannya diangkatkan sebagai tanda hormat. Emy ketawa dengan gelagat kakaknya. ”Nah...” ”Banyaknya kak. Untuk Emy ke ni...” soalnya Emy teruja dengan empat beg kertas yang baru sahaja diletakkan oleh kakaknya.”A’aa... lah untuk adiklah takkan untuk abang Har pulak.” Nadia mencuit hidung adiknya, Emy mengekek kegeliaan. Sudah lama dia tidak bergurau senda dengan kakaknya itu sejak kakaknya berkerja di Kuala Lumpur. ”Cubalah apa duk tilik-tilik lagi tu...” Nadia mengarahkan Emy mencuba pakaian yang dibelinya. Dia cukup senang hati melihat senyuman yang mekar dibibir adiknya. Emy bingkas bangun lalu dia berpusing-pusing beberapa kali dihadapan cermin dengan baju barunya. Bila terpadang akan rambut barunya itu hatinya sebak. Airmata yang mula bertakung cepat-cepat dihapuskannya. Dia senyum melebar menutupi rasa duka dihati. ”La yang awak duk pusing-pusing tu kenapa pakailah. Akak pun nak tengok juga ni.” Emy malu dengan kakaknya dia hanya mnegelengkan kepala. ”Cantik lah kak, terima kasih. Emy takde apa untuk diberikan pada akak, sepatutnya akak yang dapat hadiah bukannya Emy.emy hanya mampu mendoakan kebahagiaan akak.” Katanya lirih. Nadia memeluk adiknya dia terharu mendengar kata-kata adiknya. Akak cuma mahukan senyuman dibibir Emy aja, itu lebih membahagiakan kakak dik.” penuh lembut dia menuturkannya sambil mengosokkan badan adiknya. Hampir menitik airmata Emy namun dia mampu menahanya agar kakaknya tidak perasaan akan sebak yang bertahta dihati, apa yang dirasanya ketika ini dia tidak mahu Nadia bersedih. Emy melepaskan pelukan mereka.”Senyuman macam mana macam ni erk..” dia mula tersenyum dengan mata yang bulat mulut yang lebar. ”Atau macam ni kak...” digayakan pula dengan mata juling mulut tersenyum kecil. Nadia kegelian dengan keletah adiknya dia ketawa besar. Dalam sedih Emy mampu mengembirakannya, mampu menyembunyikan kedukaan memendam sendirian segala duka laranya.”Macam badut lah adik ni.” Jerit Nadia sambil membaling bantal kecil ke arah adiknya yang sedang menghadapnya. Emy sempat mengelak lalu memeluk kakaknya.Nadia membaringkan tubuhnya diatas tilam milik emy. Jari jemarikanya bertaut dengan senyuman dibibir. Emy tahu kakaknya sempat berangan, dari raut wajah putihnya itu pasti kakaknya kegembiraan kerana tidak lama lagi Nadia akan menjadi tunangan orang. Emy cepat-cepat mengemas barang-barangnya. Dia juga turut membaringkan diri disebalah kakaknya beralasakan satu bantal. ”Ha senyum sorang-sorang ni ingatkan cik abang la tu, akak jangan risau cik abang akak tu pun tengah duk rindu akak juga, nanti tengok lah tak lama lagi hp akak berbunyi?” Usik Emy sambil menarik tangan kakaknya dari bercantum dia mencamtumkan pula jari jemarinya bersama jari jemari Nadia. Nadia ketawa kecil. ”Macam tahu-tahu aja adik ni kan. Ilmu apa erk Emy pakai ni yea.” Sengaja dia ingin mengusik adiknya lagi. ”Ermm...akak nak ilmu tu ke?” Soalnya sengaja suaranya diseriuskan.”Eh! Emy pakai ilmu ke ni?” Nadia mulai cuak.”A’aa.. kenapa akak takut ke, segala rahsia akak ada dalam gengaman Emy.” Katanya bersungguh.”Ilmu apa yang adik tuntut tu...?””Ilmu hisab, ilmu alam..semua ilmu Emy dah belajar kak cuma ilmu rumahtangga aja belum. Katanya bersahaja. Nadia membulatkan mata, dia terkena dengan usikan adiknya itu, ketawa meletus dari kedua-dua gadis itu. Sungguh bahagia saat itu. ”Eh! kak kita ketawa besar ni mak tak marah ke?” Emy mulai teringatkan emaknya jarang sekali emaknya membiarkan Emy bersama Nadia bergurau senda, ada sahaja yang tidak kena dimata tuanya itu.”Mak keluar dengan abang Har, pergi ke rumah pakcik Osman nak jemput datang ke rumah masa hari bertunang la tu.” Terang Nadia. Emy hanya mengangguk dan tersenyum terasa tenang seketika dirinya apabila mengetahui emaknya sudah keluar. Puas berbaring Emy meniarap wajahnya masih lagi bertentangan dengan Nadia. Dia merenung wajah kakaknya itu, melihat kebahagiaan yang bakal terbentang tidak lama lagi.”Ermm... siapa bakal tunang akak nanti yea, kacak tak kak?.” ”Eh! mestilah kacak kalau tak takkan kakak boleh jatuh hati pada dia...””Mana gambarnya kak, nak tengok..””Nah..hensem kan. Dia menghulurkan hpnya yang tertera didepan screen gambar seorang jejaka yang boleh tahan hensemnya.”Boleh la..” katanya sengaja mengusik kakaknya. ”Mesti akak sayang giler kat dia kan..”sambungnya lagi.”Ermm...tak pun! sayang tu memnag lah sayang tapi tak gila lagilah dik oii..waras lagi ni.” Katanya berseloroh. ”Akak ni orang tanya serius dia bergurau pulak.””Yea lah, betul apa akak cakap.” Mereka diam seketika. Emy masih merenung wajah bakal abang iparnya. “Moga dia akan membahagiakan akak.”katanya perlahan. Dia menyerahkan kembali hp itu pada kakaknya. Nadia mengambi huluran itu lalu tersengih.”Siapa namanya kak?...” ”Mohamat Faiz bin Datuk Kamal.” jawabnya ringkas”Wow! anak datuk rupanya akak tawan. Macam manalah lelaki ni boleh sangkut pada akak erk, dia mula memegang dagunya dan matany di arahkan ke batang tubuh kakaknya seperti orang sedang menilik sesuatu. ”Kalau Emy tengok akak ni bukannya lawa sangat pun.” Sambungnya lagi, dia masih mahu mengusik kakaknya. Nadia terjerit kecil mendengar ulasan adiknya, dia menampar lembut bahu adiknya. ”Ermm...Best kan kak, bila ada orang sayangkan kita. Mesti selalu ambil berat pasal kita dalam duka dalam gembira. Macam mana perasan tu yea kak.” Soalnya bersahaja suaranya kedengaran kendur seakan hiba tanpa sedar Nadia terkesima.”Akak!..panggil Emy beberapa kali setelah Nadia diam tidak menjawab.”A’a..yea...” ”La.. orang tanya dia diam pulak.” bebel Emy ”Macam mana perasaan bila orang sayang kita kak?...””Adik..rasa sayang tu macam akak sayang adik, macam mak sayang adik juga lah. Hanya itu yang mampu diterangnya.”Macam mak sayang Emy..” Emy ketawa bila kakaknya mengatakan Mak Jah sayangkannya. Jauh benar tersasar anggapan kakaknya itu.”Emy tak rasa mak sayangkan Emy kak. Siapalah Emy jika nak dibandingkan akak, kenapa mak begitu bencikan Emy kak...?”Adik... mak marah bukan kerana mak bencikan adik, dia marah kerana dia sayangkan adik.” Balas Nadia cuba menutupi rasa tersisih adiknya.”kalau marah mak itu tandanya sayang, habis tu kenapa akak tak kena marah pun.””Siapa kata akak tak kena marah. Kan Emy juga selalu nampak selalu juga dengar mak marahkan akak...” ”Marah mak pada akak sebab akak pertahankan Emy. Hal-hal lain takde pun..”Ketukan dipintu menyebabkan bicara mereka terhenti. Emy berpaling pada kakaknya Nadia.”Ermm..mak dah balik agaknya. Sambung Emy. Nadia bingkas bangun apabila ketukan dipintu semakin kuat.”Akak pergi bukakan pintu dulu yea...” Emy hanya mengangguk kecil. Read More..
Monday, June 22, 2009

PERHATIAN!!!

Semarak cinta akan dihentikan buat sementara waktu...saya mengalami masalah kehilangan data...kesulitan ini amatlah dikesalli. Insyaallah jika keadaan pulih sepenuhnya saya akan menyambungnya dengan seberapa segera...Harap maklum... Read More..
Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

ucapan ini khas buat lelaki yang bergelar AYAH, ABAH, WALID, PAPA, DADY dan juga lelaki yang menunggu saat bergelar bapa. hari ini seluruh dunia menyambut harimu. Bertapa besarnya tanggugjawab dan amanah yang terpikul dibahumu demi membesarkan kamu yang bergelar anak. Tulang empat keratmu menjadi berkerat-kerat, keringat yang mengalir membasahi seluruh tubumu sebagai bukti dirmu tidak megabaikan kami.

Wahai lelaki yang bergelar bapa jagalah amanah dengan sebaik-baiknya dunia sekarang penuh dusta dan pancaroba anadai terleka anak menjadi mangsa, jika berlembut engkau akan terluka, oleh itu wahai lelaki yang bergelar bapa bekallah anakmu dengan ilmu, bukan sahaja ilmu dunia malah juga ilmu disana

Wahai bapa tugasmu bukan hanya mneyemai benih tetapi juga menjadi kayu penyokong untuk anak membesar, sebagai tongkat jika anakmu tercedera dan sebagai penyuluh disaat anakmu tersesat.

wahai anak baik lelaki mahupun perempuan, jangan kau kasari ibu dan bapamu, kenangkanlah segala jasanya mereka betapa perit dan jerihnya dia berusaha membentukmu menjadi manusia. Masanya sudah terlalu singkat menemani hidup kita, bahagiakan mereka sebelum menutup mata.

Al-Fatiha buat arwah ayah Abdullah @ Abd Ghani Bin Abd Rahman yang telah lama bersemadi disana. Terima kasih AYAH kerana berjaya menjadikan aku manusia. dan aku berbangga menjadi anakmu.. Moga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..Amin.. Read More..
Tuesday, June 16, 2009

Hati Ini Milikmu 4

50 meter lagi dia akan sampai kerumah, Mak Jah sudah pun bercekak pinggan dihalaman rumahnya, sudah pasti emaknya menunggu lama. Emy memecut bersahaja mostosikalnya lambat atau cepat dia pasti akan dihemburkan kata-kata pendahuluan yang menyakitkan hati. Sudah hilang bisa semburan kata-kata kesat emaknya pagi tadi, sekejap lagi pasti telinganya akan menadah herdikan yang sama. Dia tersenyum sendirian. Hari ini kenapa hatinya terasa keras sekali mungkin kerana dia berjaya menyahut cabaran Shafiq sebentar tadi.
Sebaik sahaja Emy memakirkan motorsikalnya dia mengeluarkan barang-banang yang dibelinya dari kotak ajaibnya, teriakan Mak Jah memanggil namanya mengalihkan padangannya pada seraut wajah bengis milik orangtua nya, kenapalah bukan pandangan dengan penuh kasih sayang diterimanya. Dengan rasa sedikit keletihan dia melangkah menghampiri Mak Jah. Mulut emaknya sudah mengelurakan kata-kata kesat.
”Anak sial!...kau ke mana hah..., kau tahu tak dah pukul berapa ni, kakak dan abang kau nak makan tahu tak....” Marah Mak Jah sampai ke kemuncaknya apabila melihat wajah tenang anaknya yang sedikit pun tidak keilhatan bersalah. Emy hanya mendiamkan diri dia menunjukkan barang-barang yang dibelinya sebagai jawapan.
”Hei kau takde mulut k..?”Mak Jah mendekati Emy lalu mengeyeh mulutnya dengan cili merah yang disambarnya dari dalam plastik ditangan Emy.
Emy terbatuk kecil, mulut nya sudah terasa pijar. Dia hanya mampu mendiamkan diri airmatanya seakan tidak mahu keluar. Mak Jah yang melihat anaknya terus diam tidak berkutik itu semakin geram, dia mula naik hantu dengan sikap diam Em. Dibedalnya badan Emy dengan tangan dan mulutnya tidak henti-henti membebel.
”Kau ingat kau dah besar yea, boleh lawan aku hah...Anak tak guna, menyusahkan aku aja. Dah bawakkan barang-barang ni kedapur.” Katanya setelah puas melepaskan geram kepada Emy. Emy hanya menurut tanpa membantah. Terasa sengal badannya apabila pukulan emaknya melekat pada bekas pukulan lidi pagi tadi.

Emy melangkah perlahan masuk ke biliknya abang dan kakaknya sedang leka menonton televisyen langsung tidak menyedari apa yang berlaku dan jika mereka menyedari sekalipun abang dan kakaknya tidak mampu menolongnya. Emy merebahkan badanya ke atas tilam, dia tidak memiliki katil sebagaimana abang dan kakaknya. Namun itu semua sudah tidak menjadi kisah lagi padanya. Tilam yang sudah kurang rasa empuk dan sedikit lusuh itu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa segal dibandanya. Emy hampir terlena apabila suara emaknya melengking memangil namanya berulang kali. Emy yang terdengar suara lengkigan emaknya bagaikan halilintar membelah bumi segera bangkit. Hilang rasa mengantuknya apabila namanya dilaungkan oleh emaknya dengan cara begitu. Dia bergegas keluar dari biliknya menuju ke dapur. Mak Jah memandangnya dengan tajam.
”Mana sotong dengan udang yang aku pesankan tu.” Soal Mak Jah dengan garang. Sinar matanya yang tajam menikam sukma Emy yang sedikit ketakutan.
”Erm..sotong dengan udang takde mak dah habis.” Kata Emy perlahan.
Mak Jah mencapai tapeware lalu dibalingnya ke arah Emy, balingan Mak Jah tidak mengena kerana Emy sempat mengelak.
Nadia dan Azhar yang mendengar laungan emaknya tadi terus bergegas ke arah dapur, apa lagi yang membuatkan emaknya naik darah. Tidak habis-habis adiknya menjadi mangsa. Emy menundukkan wajahnya dia takut bertentang mata dengan Mak Jah bimbang dikatakan melawan.
”Kenapa ni mak?” soal Azhar yang mula tidak berpuas hati dengan cara layanan emaknya kepada Emy. Walaupan dia anak lelaki dia tidak mempu megenkang kemarahan emaknya. Nadia menghampiri Emy yang masih membeku itu.
”Kau tanya adik kesayangan kau orang tu.” Balas Mak Jah.
”Kenapa ni Emy?” soal azhar lembut seraya memandang adiknya. Emy menjawab perlahan ”tadi mak pesan belikan sotong dengan udang tapi dah habis” Azhar hanya mengelengkan kepalanya, ”Emy tak sempat nak beli sebab tadi dah lewat emy ke pasar” sambungnya lagi.
Mak Jah mendengus dia geram dengan jawapan Emy. ”Takpelah mak esok kan kami ada lagi, tak dapat makan sotong ngan udang hari ni esok Nadia pergi carikan dipasar.” Beritahu Nadia kepada emaknya. Mak Jah hanya membalas dengan sebuah jelingan. Nadia memaut bahu adiknya itu lalu dibawanya ke atas. Selepas Nadia menghantar dia turun ke dapur membantu emaknya menyediakan makan untuk tengahari mereka. Biarlah adiknya itu berehat hari ini, hampir seharian dia melakukan kerja-kerja rumah.

Emy terlepas dari dibantai oleh Mak Jah, kakaknya berjaya selamatkannya dari menjadi mangsa kemarahan emaknya. Dia merebahkan diri diatas tilam usang untuk berehat dan melelapkan matanya, namun matanya tidak juga mahu terlelap. Otaknya ligat memikirkan layanan yang diberikan emaknya selama ini, kenapa layanan yang diterimanya tidak seperti kakak dan abangnya. Berpinar-pinar juga matanya mencari punca semuanya tapi tidak dia ketemui. Emy memicit kepalanya beberapa kali rasa denyutan yang mula menghentak tempurung kepalanya menyebabkan dia bangkit lalu mengambil 2 biji panadol lalu ditelannya bersama air putih yang sentiasa tersedia didalam botol mineralnya. Setelah menelan ubat itu dia membaringkan badannya dan tidak sampai 15 minit dia terlena bersama dengan keletihan yang menggila. Moga bangunnya akan terhapus segala kesengsaraan.

”Emy bangun dik. Hari dah petang ni Emy belum solat lagi ni.” Emy terjaga apabila bahunya dihenjut beberapa kali, kelopak matanya terasa berat untuk dibuka. Namun digagahinya juga. Nadia tersenyum ketika Emy mula membuka kan matanya. Dia menganguk sebagai isyarat menyuruh adiknya bangun. Emy bangun dengan perlahan-lahan, badanya masih lagi terasa sengal namun ditahannya agar tidak ketara dimata kakaknya nanti emaknya tahu lagi parah.
”Jom bangun mandi, solat lepas tu makan. Akak dan hidangkan lauk pauk bawah tudung saji tu.” katanya lembut.
Emy senyum sebagai tanda terima kasih. Nadia membantu adiknya bangun. ”Kenapa ni Emy tak sihat ke?” Soal Nadia ketika melihat adiknya terhuyung hayang. ”Eh takdelah kak, Emy terasa mamai lagi ni.” Katanya menutupi rasa sengalnya.
”Betul ni...” Nadia masih sangsi dengan jawapan adiknya itu.
”Betul kak nanti dah mandi badan Emy segar lah.”
”Ok lah kalau macam tu akak ngan abang Har nak keluar ke bandar sekejap, Emy ada nak pesan apa-apa tak?”.
Emy hanya mengelengkan kepala, tiada apa yang hendak dipesannya.
”Ermm..Nadia hanya berdehem. Emy ke bilik air setelah Nadia berlalu meninggalkannya. Terasa dirinya disayangi walaupun yang diharapkan olehnya adalah kasih sayang seorang ibu.

Usai solat, Emy turun kembali ke dapur dibukanya tudung saji. Terlihat akan lauk pauk yang menyelerakan. Sedang asyik menjamu selera Mak Jah terjengul dibalik pintu.
”Makan pun nak mengelamun ke hah. Terhegeh-hegeh, cepat makan aku nak kau tukarkan langsir baru nanti. Banyak lagi kerja yang kau kena buat jangan nak melayan agan kau tu..” Suara Mak Jah memeranjatkannya. Nasi yang baru hendak disuapkannya bertaburan dek kerana terkejut akan suara perintah yang dikelaurkan oleh Mak Jah. Emaknya berlalu setelah mengeluarkan perintah. Emy cepat-cepat mengutip nasi yang bertaburan diatas meja itu dan dia cepat-cepat menyudahkan suapannya. Dengan tergesa-gesa mengemas meja, pingan yang dipegangnya terlucut dari gengaman, bertebaran kaca memenuhi ruang lantai dapur. Mak Jah yang terdengar pinggan pecah melulu ke dapur. Dia melihat Emy sedang terbongkok-bongkok mengutip serpihan kaca yang bertaburan.
”Hei anak setan!, kau pecahkan pinggan aku kau ingat bapak kau ke bagi duit hah.” Tengking Mak Jah sambil menarik telinga Emy. Berbisa sungguh kata-kata emaknya tadi. Emy mengaduh kesakita. Rambutnya yang panjang kebahu itu terjuntai-juntai menyemarakkan lagi rasa sakit hati Mak Jah. Mak jah mengheret Emy untuk mengambil gunting didalam laci. Setelah menjumpainya lalu dia menggunting rambut anaknya tanpa belas kasihan, raungan Emy langsung tidak dihiraukan rasa sakit hatinya belum puas selagi anaknya itu belum disakiti.
”Mak jangan mak...jangan.... Emy sayang rambut Emy mak.” Mak Jah tidak langsung mempedulikan rayuan anaknya.
”Kau memberontak apa yang aku suruh tadi kan...dah pandai kau nak melawan yea.”
”Bukan!...Emy tak sengaja mak...tolong jangan potong rambut Emy mak..” namun rayuannya masih belum mampu melembutkan hati ibunya. Emy tidak berdaya melawan, dia membiarkan Mak Jah memuaskan hatinya. Rambutnya yang telah dipotong sesuaka hati emaknya itu bertaburan diatas lantai dapur, beberapa titis air matanya berguguran. Hancur hatinya mengenangkan rambut yang disimpan lama itu dipotong sebegitu. Bukan senang dia menyimpan rambutnya sehingga ke paras bahu lagipula rambutnya susah untuk panjang.
”Kau kemaskan semuanya aku tak nak ada benda lain lagi pecah lepas ni, faham..”sergah Mak Jah.
Emy hanya mengangguk perlahan. Dia tidak berdaya untuk menjawab. Mak Jah berlalu meninggalkan anaknya sendirian menahan tangis. Emy mengutip sisa-sisa rambutnya lalu digengamnya bersama airmata yang menitis laju. Read More..
Tuesday, June 2, 2009

Hati Ini Milikmu 3

Emy menyusuri jalan kampung yang sedikit sunyi, kesunyian jalan itu langsung tidak mematahkan semangatnya. Dikepalanya Cuma memikirkan batang apa bula yang akan hinggap dibadannya sebentar nanti, sampai ke rumah dia pasti emak akan menghadiahkan beberapa jalur merah dibadannya.

”Alang-alang nak kena bedal biarlah lambat sedikit pun.” Katanya sambil tersenyum, sedikit pun tidak risau akan dirinya akan dibalun. Dia sudah dapat menerima kenyataan, baik macam mana sekalipun dia pada Mak Jah, Emy tetap akan kena marah. Emy sengaja memlilih jalan kampung selain sunyi dan tidak terasa bahang kepanasan dia juga tidak perlu melalui jalan raya yang banyak terpacaknya lampu isyarat,bimbang nanti dia tidak sempat membreak motosikalnya jika lampu isyarat tiba-tiba bertukar menjadi merah. Dia masih sayangkan nyawanya. Lopak-lopak air yang bertaburan dijalan tanah merah yang belum berturap itu menyukarkan pergerakan motornya, kekadang dia ke kanan kekadang ke kiri. Terhuyung hayang mengimbangi badan agar tidak terjatuh. Kotak ajaibnya masih tetap teguh dibelakang. Jirannya Pak Jusuh sudah mengikatnya dengan kemas. Emy tidak perlu risau akan itu.

Tiba dipersimpangan kelihatan beberapa orang anak muda sedang melepak sambil memetik gitar. Emy mula berdebar, bimbang dirinya diapa-apakan oleh beberapa orang anak muda yang sedang berkumpul itu. Bunyi bising yang terhasil dari exzos motor cabuknya mengudang kesemua mata anak muda itu tertumpu kepadanya, seperti melihat artis jelita lagaknya. Emy seakan mahu tergelak walaupun didadanya berdebar hebat. Sempat lagi dia berangan dalam keadaan macam itu. Budak lelaki yang leka memetik gitar tadi dengan sendirinya terhenti.
”Eh itu Emy budak sekelas aku dulu tu.” Suara lelaki itu mengingatkan Emy pada Syafiq.
”Itu macam suara Syafiq, alamak mati aku..” kata hatinya. Tiba sahaja dihadapan anak-anak muda itu, Shafiq dan rakan-rakannya menghalang laluannya,nasib baik sempat dibreaknya dengan kaki jika tidak pasti dia akan terjatuh disebabkan tangan-tangan anak muda itu sudah memegang motornya supaya berhenti.
”Eh..Eh.. nanti dulu cik Emy manis, nak kemana ni tergesa-gesa aja, kalau yea pun nak cepat borak-borak lah dengan kami ni dulu sepatah dua.” Syafiq yang berkulit hitam manis itu tersengih merapatinya.
”Eh! apa ni Shafiq, aku nak cepat ni nanti mak aku marah pulak balik lambat...” sanggah Emy.
”Kau dari mana ni bawa tong ajaib ke hulu ke hilir, apa dalam ni erk..” tanya Kadir sambil tanganya cuba membuka tong yang tersedia dibelakang motornya.
”Eh! jangan usik la. Itu ikan dan sayur lah. Aku nak cepat ni mak aku dah tunggu.” Marah Emy melihat tangan gatal Kadir mula membuka tongnya. Dia menyelongkar satu persatu seperti kastam memeriksa barangan yang hendak dicukai lagaknya.
”Oh!.. ikan dengan sayur, kau jual ikan pulak ke?..” soal Syafiq diikuti dengan hilai tawa rakan-rakanya yang lain.
”Isk..isk..kesiannya,orang cantik macam kau ni jual ikan, daripada kau jual benda-benda mecam ni baik kau kahwin aja ngan aku ni hari-hari kau dapat makan ayam.” Katanya sambil mengenyitkan mata kepada Emy yang memadang rakannya itu dnegan hati yang sebal. Rakan-rakan Shafiq yang lain menyambung gelak. Emy mendengus kecil sakit hati dia dengan kerenah nakal bekas rakan sekelasnya itu.
”Eh! tepi lah Syafiq aku nak balik ni...” ditolak motornya beberapa kali namun tidak berjaya melepasi kekuatan tangan Syafiq dan Kadir yang sedia memegangnya.

”Kau nak balik awal buat apa bukan ada laki pun nak kena kau layan, baik kau layan aku ni.” Sarannya lagi langsung tidak takut dengan muka bengis Emy yang mula menampakkan laharnya.
”Hoi tepilah aku nak balik!!.” Jerkah Emy dia mula mahu menjerit. Shafiq yang masih dalam sisa ketawaya masih galak ketawa.
”Hoi cik Emy dah marah ni takut aku..” Kadir sengaja mengejeknya dengan gaya seperti anak kecil ketakutan. Rakan-rakan yang lain seramai tiga orang itu masih tidak henti-henti menyambung ketawa.
”Eh! dia dah nak nangis tu..”suara rakannya mencelah, sengaja mahu mencetuskan gelak yang seakan tidak mahu berhenti itu.
”Kawan-kawan kita nak buat apa dengan dia ni nak tunggu dia nangis ke nak lepaskan..” laung Kadir bertanyakan pendapat rakan-rakannya. Gitar ditangan Shafiq masih lagi terpegang kemas.
”Ermm...kita lepaskan aja lah tapi......”
”Tapi apa?..”soal Emy yang semakin geram dengan kerenah nakal Syafiq.
”Tapi...ermmm..”Shafiq sengaja berlagak seakan-akan sedang berfikir, dia sengaja membiarkan Emy dalam keadaan tertanya-tanya...
”Cepatlah aku nak balik lah bongok..”kata Emy geram..
Syafiq tersengih-sengih, langsung tidak terasa hati dengan kata-kata Emy tadi.
”Kau kena nyanyi dulu..”
”Hah!..” Emy terjerit kecil dengan permintaan Shafiq itu..
”Macam mana rakan-rakan kau nak dengar Emy nyanyi tak..”
”Nak..” Serentak suara mereka bersetuju dengan cadangan Shafiq itu.. ”Aku petik gitar kau nyanyi ok..” arahnya
”Hey! aku dah banyak buang masa kat sini tahu tak! kau jangan nak naikkan darah aku Shafiq aku jerit karang..”suaranya sedikit meninggi.
”Kau jerit pun siapa nak dengar Emy,bukan ada orang selalu lalu jalan ni pun, kalau kami nak apa-apakan kau pun orang tak tahu tau tak!..”jawapan Kadir itu terus dapat mencantas rasa beraninya tadi. Kecut perut Emy bila memikirkan tiada siapa-siapa yang melalui jalan ini. Ada benar juga kata-kata Kadir itu. Dikiri kanannya banyak juga semak yang terbiar meliar, tadi dia bertawakal melalui jalan ini. Dan kini ujian pertamanya sedang dilaluinya.
”Macam mana kau nak nyanyi ke atau nak kami...”ayat itu sengaja digantungkan Syafiq untuk menimbulkan rasa takut dihati Emy. Sepantas kilat Emy menjawab..
”Aku nyanyi....” beberapa rakan Sahfiq bertepuk tangan, cabaran Shafiq disambut dengan tenang oleh Emy.
”Ok kami nak dengar kau nyanyi ni..”
”Aku nak kau nyanyi lagu paling senang ok..lagu..Doremon..” ketawa rakan-rakanya memecah sunyi. Itu permintaan Shafiq, mentang-mentanglah si Emy membawa tong ajaibnya lagu itu yang ada dikepalanya. Beberapa rakan Shafiq sedang menekan kan perut kerana telalu asyik ketawa. Mungkin terlalu lawak dengan permintaan Syafiq
”Mana aku reti..”jawab Emy perlahan
”Kau reti ke kau tak reti kau balun aja, dah aku tak nak alasan, kalau kau tak nak nyanyi kau duduklah terpacak kat sini sampai ke petang, kau nak yang mana satu..?” Ugut Shafiq.
Emy mengangguk tanda bersetuju untuk menyanyi..”lagu ni yang kau mintak, kalau lagu Siti Nurhaliza takpelah juga, boleh aku perdengarkan suara emas aku ni pada kau barulah terlopong nanti” bisik hati Emy. Sempat lagi dia demand.
”Satu..dua..tiga..” ucap Kadir. Syafiq mula memetik gitar kapoknya. Emy yang sudah kehilangan daya untuk melawan hanya menurut, dengan diiringi alunan petikan gitar Shafiq dia mula menyanyi...

”konno koto ii na..
dekitara ii na...,
anna yume konna yume ippai aru kedo..
minna minna minna..
fushigina Pokke de kanaete kureru..
sora wo jiyuu ni tobitai na..

ann..ann..ann
tottemo daisuki
Doraemon...”

Melopong semua mata yang memandang apabila mendengar Emy menyanyikan lagu Doremon itu. Hajat hati mereka hanya untuk mengenakan Emy, tidak disangka pula gadis itu mampu menyahut cabaran Shafiq. Shafiq yang memetik gitar juga terloggo mendengar suara Emy yang langsung tidak ada cacat celanya dipendengaranya, walaupun dia sendiri tidak memahami bahasa itu.
“Ok aku dah nyanyi sekarang aku nak balik..” Emy menghidupkan motornya lalu memecut laju meningalkan anak muda yang masih terdiam tadi.
“Ha..baru kau tahu siapa aku..” katanya sambil tersenyum manis, menyedari akan sifat riaknya dia mula beristifar mengingatkan diri. Sememangnya Emy seoarang gadis yang kuat ingatan, dia hanya mendengar beberapa kali sahaja lagu dan dia boleh menghafalnya dengan baik. Surah Yassin juga begitu sejak kecil dia memiliki anugerah ingatan yang kuat. Dia bersyukur dengan kelebihan yang dikurniakan Ilahi buatnya. Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati