Friday, July 23, 2010

Pion oh Pion 10

Majalah wanita keluaran terbaru yang berada di atas kerusi ku capai lalu satu per satu ku belek namun tiada yang menarik perhatian. Hairan juga dengan hobi kak Ayu, setiap kali ada keluaran terbaru pasti dia tidak ketinggalan membeli majalah kesayanganya. Aku menggarukan kepala tiba-tiba satu suara yang memang cukup aku kenali sedang mengetawakan aku. Aku turunkan sedikit majalah itu dari terhalanganya padanganku kepada kak Ayu.

“Per sal kau ni kak. Dah giler erk ketawa sorang-sorang..”
“Aku belum lagi, tapi kau yang dah gila dik..”kata-katanya membuatkan aku kebingungan. Kenapa tiba-tiba dia mengeluarkan kata-kata sebegitu.
“Kalau kau tak gila kau dah sewel ni kak, dah makan ubat belum…”aku membalas kata-katanya sambil tangan masih lagi membelek majalah.
“Aku sewel kau lagi dua kali ganda sewel pada aku dik..apa ke halnya kau baca majalah yang selalu kau kutuk tiap kali aku baca tu…kau kena santau dek siapa erk.” Tajam benar kata-kata kak Ayu. Tahulah majalah ini aku penah kutuk tapi jangan lah sampai cakap aku sewel.

“Apa la minah ni baca majalah pun cakap orang sewel..kau tu dah tak betul tau kak, bukan ke membaca itu tangga kejayaan…”aku sengaja mengenakannya, malu juga dengan sindirannya secara tiba-tiba ialah sebelum ini aku cukup tidak suka melihat majalah wanita kesukaanya itu tebalnya bukan main iklan aja lebih. Selalu juga aku marahkan kak Ayu membazirkan duitnya sahaja tetapi dia hanya memekakkan telinga malah dia pula berceramah padaku katanya
“Kau belum jatuh hati lagi pada majalah ni dik, kalau dah jatuh hati nanti mesti kau tak sabar-sabar nak tahu keluaran akan datang, banyak manfaatya yang kau boleh dapat membaca majalah ni.”

Aku hanya tersengih langsung tidak pedulikan apa yang dikatakan oleh kak Ayu. Biarlah dia dengan minatnya. Majalah wanita ku letakkan ke tepi, mood untuk membaca lenyap seketika mindaku terbayang pula susuk tubuh Awang yang sedang makan siang tadi. Begitu sopan ku lihat caranya menyuap makanan agaknya sejuk perut makcik Ani mengandungkannya dulu. Macam mana pulak perut mak aku masa mengandungkan aku yea..aku ketawa sendiri apabila otak nakalku membayangkan emak mengandungkan aku dalam keadaan perutnya panas…sebab itulah aku sedikit ganas….hahaha.
“Oit minah kau ketawakan apa tu…aku rasa kau dah kena sampuk la dik..itulah petang-petang macam ni layan termenung tu kenapa kan dah tersampuk dek jembalang melintas..”

“Malas la aku nak layan orang sewel macam kau ni kak..aku nak keluar malam ni nak ikut tak..” aku pelawa tanpa menunggu riaksinya.
“Nak ke mana..nak ajak aku lepak kat tempat hari tu..eee..tak nak lah aku kawan dengan kawan kau yang tiga suku tu..carilah yang betul-betul sikit.”
“Tak nak takpe arr kak, tapi malam ni aku balik lambat sikit tau..”
“Ha kau jangan nak cari pasal dik, kalau kau tak balik sebelum pukul 10 malam, aku call inspektor sahab kat kampung tu..jangan cuba-cuba nak langgar peraturan ok..”
“Ala orang nak lepak lama-lama sikit pun tak boleh. Esok bukannya kerja pun..”
“Tak boleh! Muktamad!..Faham! kalau kau jantan takpe la juga, ni kau tu anak dara di ulang ANAK DARA!…”

“Yea la..yea la..kul 10 aku balik la..kau jangan tidur mati pulak..kunci aku tak bawak..” kak Ayu hanya menjeling geram sempat juga aku mendengar dia membebel.. “kunci besar kuman pun malas nak bawak, bukannya berat mana pun..” Aku tahu dia tak suka aku melepak bersama teman-teman yang memang nampak dimata kasar ganas sikit tapi aku tahu kawan-kawanku berhati baik. Oleh kerana aku masih dibawah jagaan kak Ayu maka terpaksalah aku menurut perintah bimbang juga aku pada ugutannya buatnya betul-betul dia maklumkan pada inspector sahab kat kampung tu naya lah jawabnya.

“Dik malam nanti jangan lupa tapaukan aku tauhu bakar..duit.. esok aku bagi..”
“Mak aii..malam ni nak makan esok baru nak bayar..apa punya kakak la kau ni kak ..nasib la adik kau ni baik tau..”
“Sebab kau baik la aku nak bayar esok, untung-untung kau lupa aku tak payah bayar terus..kau halalkan lah erk..hehehe…”kak Ayu ketawa sendirian dengan apa yang baru diluahkan.

Sebaik sahaja aku sampai ke tempat yang dijanjikan teman-temanku bersorak bagaikan menyambut ketibaan penyanyi terkenal tanah air, aku membetulkan rambut yang sedikit terkeluar ketika aku menanggalkan helmet hitamku. Rambut ikal itu aku selindungkan dibalik topi kesayanganku.
“Lambat kau malam ni Ija, kena masak dulu ke sebelum keluar.. sapa teman yang dah lama tak melepak bersama. Aku mengamati wajahnya.
“Eh Samdol ada jugak muka kau kat sini erk, lama tak nampak mana kau lepek ha..aku ingtkan kau dah tak nak joint kami lagi dah, dah ada port baru katakan”

“Ala kau ni Ija jangan arr perli aku.. aku bukan ada port baru la kan aku lupa nak bagitahu kau aku kena transfer kerja kat penang. Aku dah tak tahan rindu nak tengok dan dengar suara kau arr sebab tu aku turun jugak ke sini.”
“Mak aii jauhnya kau kena tenang Dol..apa kes kau buat sampai ke sana bos kau hantar kau erk…kau kacau anak bos ke..”
“Tengok orang arr Ija, aku bukan kaki perempuan beb, aku setia dengan kau sorang jerk tau..terimalah abang Ija, abang sanggup lakukan apa sahaja untuk Ija walau terpaksa terjun jambatan Pulau Pinang sekalipun..”ayat power yang terkeluar dari mulut Hisyam atau lebih dikenali Samdol mengundang sorakkan teman-teman yang lain. Rupanya ada juga yang mendengar perbualan kami Aku semakin galak untuk sama-sama memanjang drama yang diarah sendiri oleh kami.

Dengan gaya dan suara yang sengaja aku lunakkan aku menjauh darinya seolah-olah aku sedang merajuk.
“Oh abang! kata-kata mu bagai penawar dukaku, bagai pengubat rinduku tapi adalah menjadi penawar lagi kalau abang tak berkata langsung..”sorakan dan gelak ketawa teman-teman yang lain bagaikan menyaksikan pementasan teater uda dan dara. Samdol ku lihat tidak mampu menahan tawa akhirnya dia terduduk bersama-sama sisi tawa yang bagaikan susah untuk berhenti.
“Oii..oii dah-dah la tu main jiwang-jiwang geli la aku.”
“Kawan-kawan jom pekena teh tarik, Samdol cakap kat aku dia nak belanja malam ni..” launganku disambut dengan tepukan gemuruh kecuali Samdol terpaksa menepuk dahinya sendiri, pokai la dia malam ni.

Gamat suasana warung Hj Mutalib disampuk jembalang-jembalang seperti teman-temanku ini. tak menang tangan dibuatnya pelayan Hj Mutalib mengambil setiap pesanan yang berbeza. Aku hanya tersengih melihat wajah Samdol yang sedikit kelat jauh sedikit dari bangku memandangku.
“Ha itulah denda untuk kau Samdol lain kali kau nak pergi jauh tinggalkan kami bagitahulah, ini tidak.. pergi macam tu aja, kalau kau bagitahu boleh la juga aku dengan geng-geng ni buatkan kenduri tahlil… Oppss silap farewell untuk kau. Suasan sepi tadi kini kembali riuh. Aku hanya tersengih melihat wajah cemberut Samdol, tahu dia terasa hati dengan kata-kataku. Padan dengan muka Samdol selama ini suka sangat kenakan aku. nah kali ni aku tunjuk skil terbaikku.

“Esok apa rancangan kau..” Samdol merapatkan badannya ke meja lalu duduk bertentangan denganku. Aku ingatkan rajuknya akan berpanjangan tapi lain pula jadinya dia semakin bersemangat untuk mengetahui aktiviti yang kami rancangkan esok hari.
“Esok kami ada aktiviti climbing amacam ada beran…”
“Apa lah kau orang ni buat la aktiviti lain kau orangkan tahu aku ni gayat..carilah aktiviti yang tak menggayatkan aku sikit, bukan senang tau aku nak turun sini.”
“Hahaha mat gayat rupanya..” pecah ketawa dari perut rakan-rakanku mengundang rasa kurang senang beberapa orang pelanggan warung Haji Mutalib.
Ah lantak lah kat warung ni takde pun tulis jangan bising..ikut suka geng-geng aku la nak gelak pecah perut ke, nak gelak pecah lobang telinga ke yang penting group aku happy muppy, takde yang masam-masam muka.

Tiba-tiba salah seorang pelanggan berdiri dan menju ke arah kami.
“Ha datang nak menyarang ke..aku dah siap sedia ni. Kalau nak kena sembur dengan aku datang lah..” aku bersuara perlahan. Samdol di depanku hanya mampu mengelengkan kepala. Dia sudah maklum dengan perangaiku. Aku mengamati wajah lelaki yang semakin hamper dengan meja kami..
“Assalamualaikum….”
Alahai datang dengan bagi salam pulak..nak marah….marah la woi..jerit batinku.
“Wa..wa.wa’alaikummussalam..”aku mentap wajah pemberi salam tanpa berkelip..
“Aisey men.. ais kacang ni lagi… apa pula si Awing buat kat warung ni..apa la malang sangat dengan nasib aku ni hari ni.”

“Ija kan..”
“A’aa ialah takkan tak kenal baru siang tadi makan bersama baru berapa jam masuk waktu malam buat-buat tak kenal pulak..orang dah tak pakai stail lama kalau nak mengurat..” Awang hanya ketawa kecil sebaik sahaja aku habis membebel. Aku hanya mampu menutup rasa malukan dengan berkata demikian. Segan juga andai si Awang ini menceritakan aktiviti malamku pada Encik Ahmad. Dia merenung wajah teman-temanku satu persatu pun begitu bibirnya tetap dihiasi senyuman. Samaada senyuman sebagai tanda perkenalan atau senyuman menyindir. Aku tidak peduli siapa dia untuk mengadili teman-temanku.

“Boleh saya joint…”ucapanya membuatkan aku sedikit tergamam. Aku memandang teman-teman dihadapanku. Mereka menantikan jawapan yang terkeluar dari mulutku ini.
“Ermm..duduk arr.. “dengan rasa tidak ikhlas aku menjemput.
“Ok guys aku kenalkan ni kawan kepada bos aku..namanya..”aku memandang wajah awang yang sedang merenungku dengan senyuman masih berbaki dibirnya.
“Nama saya Awang…”.pintasnya setelah melihat aku terdiam beberapa saat. Dia menghulurkan tangannya bersamalaman dengan teman-teman yang ada. Satu per satu hulurannya bersambut.

“Amboi Ija hang punya pakwa hensem no, tak habaq pun kat kami diam-diam ubi berisi ya..” Ku Nor mencuit lenganku.
“Huihh..hang jaga-jaga Nor, jangan duk melalut, aku bukan kenai pun dia ni..entah makhluk asing dari mana aku tak tau..”
“Hensem macam ni hang kata makhluk asing..tak baik cakap lagu tu..Kalau lah makhluk asing muka lagu ni..biaq bumi penuh ngan makhluk asing pun takpa eh..aku suka..”jawab Ku Nor tergedik-gedik..meluat pula aku pandang dia kali ni. Awang tersenyum mendengar perbualan antara aku dan Ku Nor.
Aku mengalihkan pandangan. Mood berseronokku hilang serta merta. Apalah nasib malang sangat jumpa dia lagi.. Read More..
Saturday, July 10, 2010

Dia Yang Terpilih... 7

Ayam dan itik mula menjerit nyaring tatkala aku menyeberangi titian berhampiran reban ayam dan itik kesayangan Opah. Aku semakin galak mengacah sehinggakan jeritan ayam dan itik itu memecah kesunyian halaman rumah wanita berusia 70-an itu. Dah lama benar aku tak bermesra dengan binatang peliharaan Opah kalau dulu akulah insan yang sering dimarahi oleh Opah kerana selalu bermesra dan bergaduh dengan binatangnya ini tapi sejak menginjak dewasa dan semakin matang perlakuan itu semakin berkurangan, aku lebih suka melihat ayam dan itik berebut-rebut mematuk dan menyudu nasi didalam tempurung yang disediakan Opah.

“Mak! Opah!..Maira dah balik..” jeritku sengaja memberi kujutan pada Opah dan emak yang sememangnya kurindui. Hampir enam bulan juga aku tidak menjengah mereka kerana sering dihambat dengan kertas kerja yang kadangkala memeningkan kepala, memikirkan itulah periuk nasiku aku pendamkan segala kerinduan ini, mujurlah kemudahan seperti telefon bimbit memudahkan aku menghubungi mereka. Aku memeluk mereka berdua yang sedang tercengan melihat batang tubuhku kini berada didepan mata mereka. Aku tahu emak tidak menyangka aku akan balik ke kampung kerana baru semalam aku bercakap dengan emak ditalian dan aku sedikit pun tidak memberitahunya aku akan pulang ke kampung malah aku tidak terus pulang ke rumah kerana aku pasti tiada sesiapa kerana semalam emak sudah memberitahu kepadaku yang dia ingin ke rumah Opah. Dikesempatan itulah aku mahu memberi kejutan dan ternyata kejutan yang kuberikan memang tepat malah bukan sehaja mereka yang terkejut aku juga diberikan kejutan dengan cubitan pertama singgah dipahaku.

“Aduh! Opah sakitla, Opah ni bukan nak sambut Maira dengan kueh ke, teh-o ke apa, ini sambut cucu kesayangan Opah ni dengan cubitan, tak patut tau..”aku sedikit merajuk dengan tindakan spontan yang tidak disengajakan Opah terhadapku. Emak hanya mengelengkan kepala melihat keletahku.
“Ala-ala kesiannya cucu Opah ni, ha itulah kak long suka sangat kejutkan Opah, moh ke sini Opah cium sikit. nape pulang tak bagitahu alih-alih dah terpacak kat depan mata mananya Opah tak terkejut, Opah ngan mak kamu ingatkan ular ke apa duk kacau ayam itik kat reban tu rupenya kamu…” aku hanya diam sambil tersengih.
“Moh ler kite naik, apa lagi tercegat kat situ, kamu dah tak ndok naik rumah Opah ni yer, rumah Opah ni buruk tak sama macam rumah kamu kat Kuala Lumpur tu..”. Opah berjalan mendahului aku dan emak yang masih lagi tercegat disitu.

“Tok sah nak ambik hati ngan Opah kamu tu Maira, takkan tak tahu perangai Opah kalau dia dah terkejut, yang kamu ni pun satu balik tak khabor..” emak dah mula nak menyambung tazkirah, apa ditunggu lagi takkan nak duduk disitu sampai ke petang.
“Mak dahagalah air kelapa muda ada..” aku sengaja mengalih topik langkah mula diatur menuju ke serambi rumah Opah beg pakaian aku taruk aja dilantai serambi, perasaanku berkobar-kobar untuk melihat kebun kesayangan Opah lebih-lebih lagi teman tapi mesra Opah itik serati dan ayam belandanya. Damainya melihat pohon-pohon kelapa menghijau dan disitu sebatang pokok kelapa yang sama-sama ku tanam semasa kecil dulu bersama atuk masih tegak berdiri dan buahnya juga kelihatan melebat. Itulah salah satu kenangan terindah antara aku dan arwah atuk.

“Kelapa muda apa pagi-pagi ni Maira, mengarut aja kamu ni.” Aku hanya tergelak kecil lalu melencong menuju ke pokok kelapa yang ku tanam, dah lama benar tidak menyentuhnya. “Hei tengok tu nak merayap ke mana pulak budak ni..”
“Kejap mak Maira nak tengok pokok kelapa tu, dah lama Maira tak tengok..”
“Apa kena la budak sorang ni mengalahkan kanak-kanak, pokok kelapa tu punya la besaq tak nampak-nampak lagi, rabun tahap apa kamu ni Maira..”aku ketawa besar apabila emak bersungut dengan perangai nakalku.
“Ala emak ni Maira nak bercakap dengan pokok tu sekejap dah lama tak tanya khabar, nak juga Miara belai dia..kan sentuhan Maira ni dah lama ditunggu-tunggu.” Sengaja aku mengusik emak yang masih memerhatikan lagakku.
“Banyak sungguh loyar buruk budak ni, nasib baik tak jai peguam kalau tak lagi banyaklah kamu punya loyar tu..hah dah puas kamu belai dia tu jangan sampai karang tak ingat pintu masuk ke rumah pulak, nanti tak pasai-pasai Opah kamu bagi ceramah percuma.”
“Okey mak..”

“Mana anak bertuah kamu tu Zainab, merayap ke mana tak nampak batang hidung, balik jauh-jauh tak sempat naik rumah dah lesap..kalau iya pun nak ke mana naik la dulu macam dah takde hari nak merayap..”
“Maira ada kat depan tu mak, tak ke mana pun..biarlah mak bukan selalu pun dia balik kampung, rindu sangat suasana kampung la tu.”
“Maira balik sorang aja ke..
Yea lah mak, nak balik berapa orang…nak kata ada anak-anak cucu mak belum berumahtangga lagi..”
“Isk.. mak dengan anak pun sama aja.. itu aku tahu lah, maksud aku kawan dia tu si Zie..”
“A’aa..lupa nak tanya..”
“Lama ke dia balik ke sini, nanti kita boleh la bicang pasai kahwin si Imah tu malam ni.” Ujar Opah dengan sengihan memanjang. Garis-garis diwajah yang mulai kelihatan ketika tersenyum menandakan usianya semakin menginjak tua memenuhi ruang wajahnya pun begitu kudrat berjalannya masih kuat.
“Nanti la dulu mak, budak tu tak panas punggung lagi, esok aja kita bincang.”
“Tunggu esok buat apa, Imah tu pun dah lama bertunang dah patut kahwin pun. Dia tunggu siapa lagi, kalau ada yang dah berkenan suruh aja lelaki tu masuk meminang.”
Zainab hanya diam, tidak mahu emaknya semakin galak bercerita.

Emak sedang leka menatap kain pasang yang ku belikan untuknya, baru tadi aku teringat akan bungkusan yang memang kusediakan untuk emak. Opah aku hadiahkan sehelai selendang sulaman.
“Opah sihat..”aku cuba mengambil hati Opah lalu mendekatinya, tangan tuanya ku gengam erat. Kasih sayang yang dicurahkan Opah pada aku dan adik-adik amat-amat lah aku hargai walaupun sebenarnya aku lebih akrab dengan atuk.
“Cucu bertuah, dah nak masuk senja baru tanya Opah sihat ke tak, dari tadi asyik duk berkepit dengan pokok kelapa aja, pokok kelapa tu ada khabor pada kamu dia sihat..”aku ketawa mendengar rajuk Opah yang sengaja dipaparkan.

“Maira bukan sengaja Opah, dah lama tak bercakap dengan pokok kelapa tu, dulu arwah atuk ada cakap pokok pun tahu bahasa kita, belaian kita itu yang Maira duk praktikan tengok buah pokok kelapa tu pun lebat kan mak... “mak hanya memekakkan telinga mungkin malas melayan loyar burukku yang dah lama tak kedengaran.
“Ha mak.. Imah bila balik, kan mak cakap hari tu dia ke Kelantan tak lama.
“Lusa dia sampai la tu. Ni kamu cuti berapa hari..”
“Hmmm..kalau cuti dua hari baik tak payah cuti..”Opah bingkas bangun setelah aku terdiam.

“Apa la Opah ni Maira cuti empat hari…Maira tahu cucu kesayangan Opah ni dah lama tak balik kampung, sesekali balik tu mesti Opah nak bermanja dengan Maira kan..kan..betul tak.” Usikku sambil memeluk Opah dari belakang. Aku tahu Opah kurang mesra denganku kerana aku pernah menolak hasratnya untuk menyatukan aku dan anak kepada cucu saudaranya yang telah lama merantau pun begitu hasrat Opah tidak berkubur begitu sahaja aku telah digantikan dengan Imah dan Imah tidak menentang cadangan itu dia menurut tanpa membantah. Pernah juga aku bertanyakan Imah kenapa dia tidak menolak sahaja cadangan Opah, dia hanya tersenyum. Dan pernah juga aku selidikinya dari adik bongsuku samada Imah sudah mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidupnya ternyata adik bongsuku hanya mengelengkan kepala.

Aku merenung gambar Imah yang kelihatan manis berbaju kurung. Adikku ini tidak banyak bercakap malah jauh benar bezanya dari perangaiku sebab itulah Opah begitu sayangkannya. Imah dibela oleh Opah setelah atuk pergi menghadap Ilahi. Aku cukup kagum dengan adikku ini dia sanggup berjauhan dari kami demi Opah yang tidak mahu berpindah dari rumah peninggalan arwah atuk katanya, usia Opah bukannya panjang entah esok atau lusa gilirannya pula menyahut seruan Ilahi sementara hayatnya masih ada apa salahnya dia mengembirakan Opah dan menjaganya sepenuh hati. Tulus benar hati Imah aku berbangga mempunyai seorang adik yang begitu mulia hatinya. Kalau hendak mengharapkan aku memang tak boleh harap langsung la jawabnya. Pernah juga aku terfikir bila Imah kahwin nanti macam mana pula dengan Opah siapa pula yang akan menjaganya nak harapkan adik bongsuku aku tak percaya dia akan tinggal bersama Opah maklumlah budak remaja yang beru hendak kenal dunia malah tak pernah lekat dirumah ada-ada sahaja aktiviti sekolah yang menarik minatnya.. Read More..
Friday, July 2, 2010

Hati Ini Milikmu 30


Hari pertama Emy berkerja sebagai setiausaha kepada Ayie tingkahnya serba tidak kena, ada sahaja mata yang mencuri pandang ke arahnya terutamanya staff lelaki. Dia menjadi tumpuan walaupun dia bukannya orang baru di syarikat bakal abang iparnya, sudah lenguh Emy melemparkan senyuman setiap kali ada mata yang memandang ke arahnya kulit mukanya sudahpun terasa kejang. Puas dia menunggu ketibaan Ayie yang masih belum menampakkan muka. Matanya memandang sepi disetiap sudut ruang pejabat berwarna putih itu, entah apa kerja yang hendak dilakukannya ketika ini hendak bertanyakan pada orang tapi tidak tahu pula pada siapa, akhirnya dia hanya duduk menunggu dan menunggu.

Emy mengerling jam ditangannya hampir pukul 10 pagi, bos barunya belum menampakkan muka terkontang kanting dia sendirian, mejanya yang menghadap ke bilik Ayie sedikit sebanyak mengusarkan hatinya, Emy mula memikirkan keadaanya apabila Ayie berada didalam bilik dihadapannya nanti. Pasti mereka akan sering bertentang mata. Cermin lutsinar bilik Ayie betul-betul merimaskannya, kalau boleh digantikan mahu sahaja dia mengantikan dinding itu dengan papan lapis biar dia menghadap diding itu dari direnung oleh Ayie sekurang-kurangnya perasaan yang sering ditakutinya tidak menganggu tumpuannya nanti.
“Kalau macam ni gayanya baik aku kerja kat bawah dah tentu ada kerja yang hendak dibuat…”
“Morning Emy pagi-pagi dah bercakap sesorang ni kenapa?” Soal Ayie sebaik sahaja muncul dihadapan Emy, dia melihat gadis itu sedang berkata sesuatu tetapi tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Sudah lama dia memerhatikan gadis itu jauh benar dia mengelamun sehinggakan kehadirannya langsung tidak disedari.

Teguran yang datang secara tiba-tiba itu memeranjatkan Emy, entah berapa lama Ayie sudah berdiri di situ langsung tidak disedarinya..
“Err..Selamat pagi Encik Faiz.” Jawab Emy sambil berdiri sebagai tanda hormat. Ayie hanya tersenyum apabila Emy masih belum lagi mengenali siapa dirinya yang sebenar. Kalau ikutkan hati dia mahu segera menamatkan kekeliruan gadis itu tapi hati nakalnya menegah. Dia mahu melihat Emy terus gelisah apabila bersama dengannya.
“Kalau ada apa-apa yang tak puas hati bagitahu abang tapi jangan cakap sorang-sorang nanti orang lain nampak apa pulak diaorang fikirkan pasal Emy ni..” tegur Ayie mesra, dia bagaikan terleka memerhatikan Emy bercakap sendirian kalau bukan kerana kesuntukan waktu sudah tentu dia mahu berlama lagi disitu memerhati gerak geri gadis yang dipujaannya dalam diam. Emy hanya tersenyum gementar lalu menundukkan wajahnya apabila mata nakal Ayie memerhatikannya. Malu dirinya terlepas laku. Ayie melangkah ke biliknya, senang hatinya kini wajah yang sering membuatkan dirinya keresahan kini berada didepan mata. Terasa bagaikan ada bintang yang menari dikepalanya.

Ayie membuka pintu bilik pejabatnya yang berkunci, dia meletakkan brifcasenya dengan cermat, dipandang mejanya yang masih tidak berkemas, beberapa fail yang belum disemak dan ditandatangani berselerakan diatas meja jejaka itu tersengih sendirian apabila terpandang wajah Emy diluar yang masih terkulat-kulat dimejanya. Lalu dengan pantas dia menekan interkom dan meminta gadis itu masuk ke biliknya.

“Emy masuk bilik abang sekejap…”
“Baik Encik Faiz..” panggilan nama yang digunakan sudah bertukar formal dan sememangnya begitulah yang diingini oleh Emy bagi menjarakkan lagi keakraban mereka lagipula dia tidak mahu hubungan mereka sebagai bakal ipar duai nanti disalah ertikan oleh rakan sekerja yang lain. Sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu Emy terus ke bilik Ayie, dia dapat melihat dengan jelas Ayie sedang mengemas beberapa fail yang tidak teratur dimejanya. Emy tidak lupa membawakan pen dan kertas bersama. Sangkanya pasti ada sesuatu yang perlu dicatatkan pagi ini dan sudah tentunya dia sudah bersedia dengan tugas barunya.

Dengan debaran yang mulai berdendangan Emy menghampiri meja Ayie. Pandangan mata Ayie menikam ke dalam anak matanya dirasakan begitu meresahkannya. Buku catatan ditangannya digengam erat. Bertahanlah wahai hati. pujuk hatinya sendiri dia tidak mahu kalah dengan renungan mata Ayie dan dia tidak mahu lelaki itu mengambil kesempatan atas kelemahannya.
“La duduk la kenapa berdiri kat situ ..” pinta Ayie. Emy patuh dengan arahan Ayie. Haruman yang dipakai Emy semerbak menyusuk hidung tatkala gadis itu duduk bertentangan dengannya. Dia terdiam seketika menikmati haruman yang menyenangkan mindanya, menyedut dalam agar bau itu tidak hilang dari hidupnya. Emy sedang duduk bertentangan sedia menerima arahan yang sepatutnya, pen di tangannya sudah bersedia mencoret apa yang perlu. Kesejukan penghawa dingin langsung tidak terasa apabila bertentangan dengan Ayie pun begitu dia berlagak seperti biasa
.
“Macam mana Emy hari ni..sihat..”Ayie memulakan bicara tidak mahu berlama dengan gadis dihadapannya ini. kehadiran Emy didalam biliknya membuatkan dirinya hampir terbabas, fikiranya melayang mengingati kata-kata alongnya malam tadi. gelora perasaanya semakin tidak tertahan. Ayie beristifar didalam hati tidak mahu hanyut diawal pagi. Gadis yang dipuja telah pun bersetuju menjadi setiausahanya dan kini dia hanya menunggu masa yang telah ditentukan olenNya untuk menyunting dara pujaan menjadi permaisuri hidupnya. Bila masanya itulah yang belum dapat dipastikan biarlah masa yang menentukannya

“Ermm..sihat” jawabnya sepatah. Emy tidak sanggup wajahnya ditatap lama oleh Ayie dia menundukkan wajahnya kulit mukanya.terasa membahang ketika ini. Dia berdoa didalam hati agar lelaki dihadapannya ini cepat-cepat memberikannya kerja kerana dia tidak betah hanya duduk di kerusi tanpa melakukan apa-apa.
“Kerja dengan abang tak susah, Emy jangan risau abang akan pastikan Emy selesa kerja dengan abang dan abang akan pastikan juga Emy takkan rasa terbeban dengan kerja yang diberikan. Emy tak perlu takut yea.” terang Ayie.

Dia mahu mewujudkan keselesaan kepada Emy, dari gerak geri Emy dia tahu gadis dihadapannya berasa sedikit canggung mungkin juga kerana dia sering mencuri pandang pada gadis itu. Ah matanya terlalu nakal menilik anak dara orang.
“Kalau Emy tak faham kerja yang diberikan Emy boleh tanya terus kepada abang ataupun kalau Emy segan dengan abang Emy boleh tanya pada Hani, dia akan bantu Emy. Emy dah kenal Hani.” Matanya tidak lepas merenung wajah sang gadis.
“Belum lagi..” Emy menggeleng kecil, walaupun dia terserempak dengan beberapa orang kakitangan wanita dia tidak mengenali sepenuhnya kakitangan syarikat.

“Ok takpe nanti abang minta Hani jumpa Emy dan tunjukkan apa yang patut. Dan untuk tugas waktu pagi ni abang nak minta tolong dengan Emy, tolong buatkan abang milo boleh.. Emm dan satu lagi tolong kemaskan bilik abang ni yea. Abang ada meeting pukul 11.00 pagi nanti jangan lupa kalau ada pesanan catatkan. Tapi kalau ada pesanan abang tak masuk office lagi nanti Emy tinggalkan aja pesanan tu atas meja, mungkin petang nanti abang masuk” Ujar Ayie panjang lebar, dia mahu Emy tahu kerjanya tidak menentu sejak menjadi salah seorang orang peting dalam syarikat. Walaupun kadang-kadang dia nampak main-main dalam segalanya hal tapi dia sebenarnya workaholic. Hanya along yang memahaminya. Emy hanya mengangguk sebagai tanda memahami apa yang diperkatakan oleh Ayie tidak ada apa yang perlu dibantah atau diberikan pendapat.
“Ermm… rasanya dah takde apa lagi yang saya nak perkatakan Emy boleh mulakan tugas Emy. Jangan lupa tugas pertama Emy hari ni sediakan milo untuk abang. Terima kasih.”
Kalau takde apa-apa lagi Emy minta diri dulu yea.” Emy meminta diri lalu keluar dengan sopan dia merasa ada mata yang turut mengiringi langkahnya.

“Fuhhh!..lega..” Emy cepat-cepat beredar ke pantry untuk menyediakan air milo seperti yang diminta. Tidak sanggup dia berlama menghadap Ayie yang semakin pelik dirasakannya. Dirinya semakin aneh apabila berhadapan dengan Ayie kenapa hatinya sering berdebar setiap kali mata mereka beradu. Emy beristifar didalam hati, dia tidak mahu terlanjur jatuh hati kepada bakal abang iparnya, juga tidak sanggup merampas kebahagiaan kakaknya sendiri. Emy semakin bingung dengan perasaannya kini, dari renungan dan padangan Ayie membuatkan Emy kecut perut, kenapa dia merasa begitu dia sendiri keliru dengan perasaannya.

“Ehemm!…suara deheman seseorang mengejutkan lamunan Emy, entah berapa lama dia berkeadaan begitu tadi. Emy berpaling melihat siapakah pemilik suara yang menegurnya tadi dia sedikit kaget apabila melihat seraut wajah Ayie yang dihiasi senyuman manis memandang tepat ke wajahnya. Cawan yang berisi air milo ditangannya dipandang beberapa kali. Ah sudah apa aku dah buat ni.
“Err..Encik Faiz… milo Encik Faiz Emy dah siapkan Emy hantar kan ke bilik Encik Faiz sekarang yea.”

“Takpe Emy dah terlanjur abang kat sini, abang minum disini saja.”
“Errr tapi Encik Faiz..” Ayie sudah pun menarik kerusi lalu duduk disitu. Emy hanya mampu memandang sungguh dia menyesal kerana masih sempat berangan tadi.
“Emy tak payah risau abang dah biasa minum kat sini letak aja kat atas meja tu, gaji Emy tetap dibayar seperti yang tertulis dalam offer latter tu…” Emy serba salah hendak meletakkan cawan berisi air milo dia atas meja atau pun tidak, bukan masalah gaji yang difikirkannya tapi dia memikirkan kesilapan yang tak sepatutnya. Sungguh dia merasa bersalah kerana fikir yang bukan-bukan tak pasal-pasal Ayie terpaksa minum di pantry. Emy hanya mematungkan diri menunggu Ayie menghabiskan minumannya.

“Okey saya dah siap minum..terima kasih kerana temankan abang..”ujar Ayie lalu bingkas bangun dia perlu menghadiri satu meeting penting bersama sub contarktor yang akan terlibat dengan projek yang diselianya. Emy hanya mengagguk kecil tidak sanggup menatap wajah Ayie dek kerana kecuaiannya menjalankan tugas tadi.
“Emy..” Ayie berhenti melangkah lalu berpaling kearah Emy yang masih berdiri dibelakangnya.

“Sedap air yang Emy buat tadi…. tapi… kalau Emy tak taruk garam lagi sedap..”
“Hah!..” Emy mendongak memandang wajah Ayie yang masih dihiasi senyuman menawan. Matanya terbuka luas sebaik sahaja Ayie berkata demikian dia mengelabah melihat cawan yang berisi air milo itu telah habis diminum Ayie. Ayie ketawa kecil melihat kegelabahan Emy yang amat ketara gadis itu kelihatan semakin comel dimatanya.
“Just kidding”…ujarnya lalu mengeyitkan sebelah matanya sebelum meninggalkan Emy terkulat-kulat sendirian. Suara ketawa Ayie masih jelas kedengaran walaupun badannya telah lama menghilang. Emy terduduk diatas kerusi, dia meraba pipinya yang terasa hangat dek malu diusik oleh Ayie tapi akhirnya Emy ketawa kecil mengakui dia telah tertipu oleh usikan Ayie. Terasa lucu dirinya dikenakan dan akhirnya dia ketawa sendirian.
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati