Wednesday, July 22, 2009

Hati Ini Milikmu 11

”Macam motor aku aja tu, tapi siapa pula naik motor tu, Ayie mengelengkan kepalanya sambil tersengih takkan dia seorang yang mempunyai motor lagenda warna biru, ramai lagi yang ada motorsikal sepertinya. Awek pula yang menungangnya. Terasa pula gerak hati nakalnya ingin mengusik, lagipun jalan ini masih lengang. Gadis bertudung coklat itu sesekali memandang kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.
Motor lagenda itu semakin mendeka, dikayuhnya basikal Amir dengan senyuman sesekali naik basikal best juga kata hatinya, sudah lama dia tidak menaiki basikal tua, datuknya pernah mempunyainya namun basikal tuanya itu diberikan kepada Zabidi anak Pak Murad yang tinggal dihujung kampung. Dahulu Zabidi ke sekolah hanya berjalan kaki, bersama adiknya Syikin tapi kini dia selalu juga terserempak dengan Zabidi jika dia rajin ke surau bersama atuknya, seawal pagi Zabidi bersama adiknya yang membonceng basikal ke sekolah bersama. Berjasa juga basikal tua itu.
Motorsikal Lagenda itu semakin mendekat, dengan jelas Ayie dapat mengecam plat motorsikalnya apabila motorsikal itu semkain menghampirinya, dia berpaling ke belakang apabila matorsikal itu semakin menjauh.
”Hoi..hoi..”jerit Ayie sambil mengayuh basikal tua milik Amir itu dengan laju berpatah ke belakang, siapa yang berani mencuri motorsikalnya disiang hari. Perempuan pula tu, memang betul-betul berani menempah sakit.
Emy memecut laju meninggalkan pemuda yang mengejarnya dengan basikal secara tiba-tiba, entah apa yang dimahunya terjerit-jerit. Tidak dipedulikan dengan lambaian tangan pemuda itu Emy yang memandang cermin sisi sedikit kaget, lelaki itu terus mengejarnya. Terkejut juga dia apabila mendengar laungan yang keluar secara tiba-tiba dari lelaki tadi terasa hendak pecah jantungnya. Ayie terus mengejar motorsikal yang dinaiki Emy, dia tidak sanggup kehilangan motorsikalnya ditangan seorang wanita yang cukup berani mencurinya.walaupun terasa hendak putus urat tekaknya namun digagahinya jua, biar apa pun yang terjadi dia nekad akan mengejar motorsikalnya.

Setelah kelibat lelaki itu hilang dari pandangnnya Emy memperlahankan motorsikalnya dek kerana terkejut akan laungan lelaki tadi dia telah terlajak jalan. Simpang empat mana pula yang diterjahnya. Kalut betul. Apa lah yang ditakutkan dia bukan mencuri atau mengambil barang sesiapa pun. Lelaki sekarang tak boleh percaya muka aja nampak baik tapi belum tentu lagi isi didalamnya elok. ”Nak merompak pun tunggulah malam sikit, tengok aku dah tersesat dah..” Bisik hatinya. Entah orang gila mana yang mengejarnya tadi, dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu. Kesian muda lagi dah tak betul hidupnya. Dengan sedikit ketenangan Emy mula mengingati kembali jalan ke rumah Makcik Bedah. Dia mula bergerak perlahan-lahan berpatah kembali kebelakang mencari simpang empat yang terdapat sebiji tayar dijadikan sebagai penanda. Nasibnya baik puas mencari akhirnya dia menjumpainya. Emy tersenyum puas sesekali dia menoleh ke kiri dan kanan takut juga bertembung dengan pemuda yang disangkanya gila tadi.

Ayie yang tercungap-cungap kelelahan akhirnya berhenti berhampiran dengan sebatang pokok kelapa. Dia keletihan perempuan yang melarikan motorsikalnya telah hilang dari pandangan entah kemana pula perginya. Jika dia dapat mengejar perempuan itu tahulah untung nasib budak itu nanti. Dia akan kerjakan cukup-cukup. Ayie tertanya-tanya macam mana pula motorsikalnya terlepas ke tangan wanita itu, jangan-jangan Bidin terlupa menanggalkan kuncinya. Selalunya temannya suka sangat membiarkan anak kunci motorsikal tanpa menanggalkannya. Bila ditegur ada sahaja alasannya katanya berhenti sekejap aja. Sudahnya bukan motorsikal Bidin yang dicuri tapi motor aku.jerit hatinya dalam keadaan geram. Basikal tua yang diletakkan bersebelahnanya di belek seketika, jika tidak kerana rantai basikalnya yang terputus sudah lama dia dapat mengejar perempuan itu. Baju t-shirtnya telah lenjun dengan peluh, dilibas-libasnya beberapa kali angin yang menghembus langsung tidak terasa membelai tubuhnya. Dikepalanya sarat memikirkan gadis yang berani mencuri motorsikalnya. Terasa ingin menjerit namun ditahannya rasa amarah itu. Ayie bangun perlahan-lahan dia mengheret basikal yang tidak dapat dipulihkannya. Sudahlah penat mengejar ditambah pula penat mengheret basikal yang tidak dapat ditungganginya, jika bukan kerana basikal Amir sudah tentu dicampakkan sahaja basikal tua itu disitu. Ayie mengesat peluh yang mulai berjujuran membasahi pipinya, dia kelihatan penat. Alangkah baiknya jika ada yang menumpanginya ketika ini. Tekaknya mulai perit, jika disuakan air setempayan sudah tentu dia mampu mengahabiskannya.

Bidin sedang leka membaiki motorsikal milik Emy, banyak juga barang yang hendak digantikannya, motorsikal yang terlalu uzur itu mengundang kelucuan kepadanya. Masih ada lagi manusia yang menggunakan motorsikal yang sudah lama lenyap di muka bumi, memang patut dimasukkan kedalam muzium itu. Plug yang tertanggal tadi sudah diganti baru, dia membaiki pula break motorsikal yang sudah tidak berfungsi itu, rasa kasihan menumbuh dihati. Miskin benar keluarga gadis ini.
Ayie menyandarkan basikal Amer pada bongkah kayu, Amer tidak kelihatan. Mungkin terlalu lama menunggunya tadi. Dia terlihat akan Bidin yang sedang leka dengan kerja-kerjanya, dia menoleh ke kanan, motorsikal Bidin terletak elok disitu hanya motorsikalnya sahaja yang tidak kelihatan. Bidin masih berlagak selamba apabila melihat kelibat Ayie yang mula melangkah deras menghampirinya, sedikit pun dia tidak dapat mengagak akan diserang dengan Ayie ketika itu.
”Bidin kau masih kat sini, motorsikal aku mana.. jerkah Ayie
Bidin yang terkejut dengan jerkahan Ayie tadi terketar-ketar, dia tidak menyangka Ayie semarah itu.
”Sabar Ayie..sabar.” katanya sambil menenang Ayie yang kepanasan itu
”Sabar kau kata. Motorsikal aku mana.?”
”Motor kau aku pinjamkan pada tuan punya motor ni.” Katanya perlahan.
”Tuan punya motor ni...siapa.?” soalnya nadanya sedikit kendur.
”Emy nama budak tu, aku sekarang tengah baiki metorsikal dia lah ni, mulanya aku takut juga nak kasi dia pinjam tapi Kak Maya jamin motorsikal tu tak hilang, sebab tu aku berani pinjamkan, lagipun budak tu tiggal kat kampung sebelah aja, kau jangan risaulah Ayie, aku jamin dia hantar balik pentang ni.”
”Kenapa dia tak tunggu aja motorsikalnya tu.”
”Banyak juga rosaknya. Ni pun aku tengah pening, apa benda aku nak ganti, kalau ikutkan aku suruh aja dia beli motorsikal baru..”
”Habis tu suruh ajalah dia beli baru.”
”Itu lah. Aku baiki ni aja dulu.”
”Dah layaknya motorsikal tu jual kat kedai besi buruk aja, tu pun entah laku entah tidak.” Saran Ayie dengan perasaan semakin beransur kendur. Bidin hanya tersengih.
”Ha lagi satu kalau kau nak kasi orang pinjam bagitahu aku dulu takdelah aku terkejar-kejar macam kejar perompak.”
”Kau dari mana ayie.”
”Kejar motorsikal aku lah.” Jawabnya selamba
”Hah kau kejar.. habis tu dapat tak”
”Kalau aku dapat dah tentu aku aku bawak balik motorsikal tu dengan budak perempuan tu sekali tahu tak....”
”Kau kejar dengan apa..berlari erk.”katanya sambil ketawa.
”Berlari kau kata. Tu ha aku kejar dengan basikal Amer.. kau tolong baik rantai basikal tu dah putus, terpaksa pulak aku seretkan bawa balik...” Bidin mengilih pandangannya beberapa saat ke arah basikal Amer yang terletak elok tersandar.
”Aku nak balik..motor kau aku pakai, petang sikit aku datang.”
Bidin hanya mengaguk mendengar kata-kata bosnya. Biarlah Ayie berehat seketika, lagipun tidak banyak kerja yang perlu dibaikinya petang ini.
Read More..
Monday, July 20, 2009

Hati Ini Milikmu 10

******
Diam tak diam sudah tiga bulan Nadia bertunang, Nadia menelefon emaknya petang semalam katanya dia mahu pulang kekampung bersama tunangnya, maklumlah cuti umum kali ini panjang peluang sebegitulah diambil Nadia untuk balik ke kampung, tidaklah terkejar-kejar sangat cutinya nanti. Mak Jah begitu senang hati sekali apabaila mengetahui anak kesayangnyan akan pulang. Sudah dipesanya kepada Emy pagi tadi supaya membeli udang dan sotong makanan kegemaran anaknya. Bilik Nadia juga sudah disuruhnya Emy kemaskan. Azhar tidak pulang ke kampung kali ini dia sudah merancang untuk bercuti bersama kawan-kawannya mendaki gunung Ledang.

Emy telah bersedia dengan tudung dikepala sejak pagi lagi, menunggu dengan sabar arahan setrusnya dari Mak Jah. Bimbang juga jika dia terlambat peristiwa tiga bulan yang lepas akan berulang kembali. Dia tersenyum puas melihat dirinya keliahtan kemas dan rapi walaupun baju dan tudungnya kelihatan lusuh. Biarlah dia tidak secantik kakaknya, namun dia punyai kecantiakn tersendiri, dengan kulit tidak putih dan tidka juga gelap, tampak manis sekali dipandang. Dibeleknya wajahnya dihapan cermin, sebutir jerawat pun tidak hinggap dipipi gebunya. Emy bergegas turun ke dapur setelah mendengar Mak Jah memanggil namanya. Mak Jah yang menantikan dirinya dari tadi kelihatan cemberut. Tidak pernah sekali pun senyuman terukir dibibir tua itu untuknya. Terasa dirinya bagaikan anak tiri. Mak Jah menghulurkan duit kepada Emy dengan wajah tanpa senyuman itu. ”Lepas balik dari pasar nanti kau ke kampung sebelah pergi ambil kueh yang aku tempah dengan Makcik Bedah semalam.Jangan lupe pulak...” pesanan yang berbaur arahan.
”Makcik Bedah..” Emy menyebut nama itu.
”Ha’ah Makcik Bedah yang jual kueh kat simpang empat kampung sebelah tu.” Terang Mak Jah lagi suara tegas yang keluar dari bibir tua itu menyebabkan otak Emy ligat berputar..
Emy berkerut memikirkan siapa Makcik Bedah. Setahunya hanya seorang sahaja yang menjual kueh di simpang empat kampung sebelah kalau tak silapnya sepupu kepada jiran sebelah ruamahnya. ”Makcik Kiah tu yang dimaksudkan emak agaknya. ”
”Apa tunggu lagi, pergilah cepat nanti lambat pula.” Marah Mak Jah setelah dia mendiamkan diri sebentar tadi. Emy cepat-cepat keluar dari perut dapur menuju ke motor cabuknya. Dia tersenyum riang apabila memandang sekujur batang tubuh motornya, seakan bersinar walaupun motor itu sebenarnya kelihatan buruk. Layaknya hanya dimasukkan ke dalam muzium untuk dijadikan pemeran, semalam dia telah memandikan motornya dengan shampoo, ”wangi juga bau motor aku ni.” Dia tersenyum lebar. Dia menghidupkan motorsikalnya tidak lama kemudian sayup-sayup kedengaran bunyi enjin motor meninggalkan perkarangan rumah kayu itu. Mak Jah leka menyediakan bahan-bahan untuk dimasaknya nanti. Dia akan menyediakan masakan yang sedap-sedap sempena menyambut kepulangan anak dan tunangannya, anak datuk pula tu. Bibir tua itu menguntum senyum.

Emy menyusuri jalan yang sepi, sesekali kicauan burung menjadi penemannya. Biarlah dia ditemani suara merdu burung-burung yang bernyanyi riang sekurang-kuranya ada juga yang ingin berkawan dengannya. Emy tidak sanggup melalui jalan raya yang berderet dihiasi lampu isyarat. Sesekali dia tersenyum apabila teringat akan peristiwa dia ditahan oleh Shafiq dan akwan-kawnnya. Petang nanti cadangnya ingin membaiki break motornya lagipun sebelum pulang ke Kuala Lumpur kakaknya telah menghulurkan duit kepadanya sebanyak 100 ringgit. Sepatutnya sudah lama dia menukarkan break motor itu tetapi maklumlah ada-ada sahaja hal yang membuatkan niatnya tertangguh. Dan hari ini dia berpeluang gantikan break motornya dengan yang baru lagipun kebetulan emaknya menyuruhnya mengambil kueh yang ditempahnya, jadi tidak perlulah dia menunggu sehingga petang. Setahunya kampung sebelah ada begkel motor tak perlulah dia bersusah payah ke pekan untuk menukarnya nanti. Emy sampai jua ke pasar Manir walaupun perjalananya terasa lebih lama dari menyusuri jalan raya tapi hatinya gembira terhibur dengan suara-suara burung bernyayi riang menemani perjalannya.

”Hai senyum aja kamu hari ni Emy. Ada apa-apa ke..” sapa Pak Mat dari jauh. Emy ketawa melihat gelagat Pak Mat. Suaranya yang sedikit kuat itu mengundang beberapa pandangan mata orang. Emy semakin pantas melangkah, hanya senyuamn menyapa mata yang memandnag ke arahnya. Suasana seperti itu sudah menjadi kebiasaan padanya.
”Pak Mat macam biasa untuk hari istimewa.” Bagitahunya pada Pak Mat. ”Kakak ngan abang kamu balik ke.” Soal Pak Mat sambil tanganya lincah menimbang sotong ke dalam bekas penimbang.
”Macam mana Pak Mat tahu. Tapi Cuma kakak aja..”
”Dah kamu yang kata macam biasa untuk hari special tu takkan Pak Mat tak boleh agak. Bila kakak kamu balik aja kamu minta Pak Mat sediakan macam biasa jika diaorang tak balik nampaknya hari-harilah kamu makan lauk ikan bilis.”
Emy hanya tersengih mendengar ulasan panjang lebar Pak Mat. Faham benar orang tua itu dengan sikap emaknya.
”Kalau macam tu kasi lah lebih sikit Pak Mat.”
”Untuk kamu Pak Mat tak kisah Emy, memang Pak Mat kasi lebih dan murah untuk Emy. Pak Mat dah anggap kamu macam anak Pak Mat sendiri kalaulah Pak Mat ada anak lelaki dah lama Pak Mat masuk meminang kamu.” Emy ketawa sakan mendengar usulan Pak Mat. Terasa terhibur hatinya.
”Kenapa nak tunggu ada anak lelaki pulak. Pak Mat kan ada..ha mak Emy pun solo lagi tu..”usik emy tanpa segan silu. Perwatakannya beribah bila dia berjumpa dnegan Pak Mat, keramahannya dan jenakanya adakalanya mengusik hati tua itu.
”Pak Mat membulatkan mata. Pandailah kamu nak kenakan Pak Mat yea Emy.” Beberapa orang penjual yang berada berhamipran mereka juga ketawa memdengar usikan gadis polos itu.
Pak Mat Emy tanya sikit boleh.”
”Tanyalah Emy, hal apakah yang merunsingkan gerangan tuan hamba, hamba bersedia menjawabnya tapi jangan kamu tanya Pak Mat bila nak tambah isteri sudah lah..”Emy ketawa lagi mendengar kata-kata nakal Pak Mat.
”Kalau Pak Mat mampu apa salahnya lagipun rambut Pak Mat belum putih lagi tu.” Makin galak pula dia menyakat Pak Mat yang sudah bersedia dengan soalannya.
”Isk kamu ni Emy. Hah nak tanya apa tanyalah.”
”Ermm..Pak Mat kenal tak siapa yang jual kueh kat simpang empat kampung sebelah tu.”
”Jual kueh..hah kenapa pulak.”
”Takdelah mak ada tempah kueh jadi dia suruh Emy ambilkan.”
”Mak kamu tak bagitahu ke siapa namanya”
”Makcik Bedah katanya.”
”Ha kan dia dah cakap tu. Nak tanya apa lagi.”
”Setahu Emy Makcik Kiah yang jual kueh kat situ.”
”Oh..Makcik Kiah tu adiknya. Dah lama berpindah sejak suaminya ditukarkan tempat kerja. Mereka dua beradik tu dah lama jual kueh mungkin masa Emy pergi beli kueh dulu Makcik Kiah yang jual tapi sekarang kedai tu Makcik Bedah dah ambil alih. Kueh dia pun sama aja rasanya dengan buatan Makcik Kiah.
“Oh macam tu tak tahu pulak Emy Pak Mat.”
”Manalah kamu nak tahu, bukan kamu selalu keluar rumah pun.” Emy tersengih. Betul juga kata Pak Mat, dia ibarat katak dibawah tempurung, selalu ketinggalan.


Emy menghala ke Kampung Sungai Dua, dia baru sahaja selesai membeli barang-baang dapur dipasar Manir. Hatinya girang dia memecut laju mosikalnya entah apa yang merasuknya sehinggakan dia sendiri tidak sedar akan tahap kelajuan motorsikalnya. Seorang kanak-kanak lingkungan usia 2 tahun melintas secara tiba-tiba, Emy terkejut dan sepantas kilat dia menekan break motosikalnya dengan kuat, bunyi bising yang terhasil dari geseran itu menyebabkan beberapa orang makcik yang sedang berborak memandangnya lalu menjerit apabila motornya hampir benar melanggar Kakan-kanak itu. Break motorsikal itu tidak berfungsi seperti yang diharapkan dengan kelajuan yang belum berkurangan Emy melihat si kecil itu hanya tersengih memandangnya langsung tidak menampakkan akan ketakutan diwajah si kecil. Kini dia pula yang cuak dan berada dalam keadaan cemas nasib baik Emy sempat mengelak. Emy semakin kecut perut apabila motosikalnya masih lagi laju membelah jalan. Berkali-kali dia menekankan kakinya pada pedal break tapi tidak berhasil dan akhirnya jalan terakhir yang dia ada dengan menjulurkan kedua-dua belah kakinya ke atas jalan, terasa pedih namun dibiarkan sahaja rasa itu. Tanpa dapat dikawal lagi mosikal yang sudha uzur itu akhirnya terbabas ke tepi parit. Nasib baik parit itu tidak dalam dan mempunyai air, jika tidak entah lah apa pula akan jadi padanya nanti. Emy tersadai bersama motorsikal kesayangannya. Beberapa orang yang melihat kejadian itu berkejaran mendapatkan Emy yang mengaduh kesakitan. Makcik- makcik tadi membantunya mengangkat motorsikal.
”Sakit dik..” tanya salah seorang kakak yang berbadan gempal itu.
Emy hanya mengangguk kecil dia cuba berdiri tapi tidak berdaya rasa sengal di pergelangann kakinya membantutkan pergerakkannya. Kakak itu memapah Emy ke rumahnya yang terletak berhampiran. Setitis dua cairan merah menitis membasahi selipernya.
”Nanti kakak ambilkan ubat.” Emy hanya menganguk kecil rasa pedih dan sengal diseluruh badannya membuatkan dia mendiamkan diri. Sesekali dahinya berkerut menahan sakit. Motorsikalnya telah dibawa ke halaman rumah kakak yang diikenali sebagaai Kak Maya. Beberapa orang makcik dan kakak yang melihat kejadian tadi juga turut mendekatinya.
”Adik tak apa-apa.” Tanya makcik yang memakai tarbus menutupi kepalanya. Usia dalam lingkungan 60-an.
”Tak makcik sikit aja ni”. Setelah mengetahui dirinya tiada apa-apa yang serius mereka yang berkerumun itu mula beransur pergi.
”Dari mana nak kemana..anak siapa..? Banyak pula soal makcik itu dalam keadaan dia yang terasa sakitnya masih sempat lagi dia menyelidik latarbelakangnya, seperti polis mahu mengambil keterangan aja lagaknya. Emy tersenyum. makcik itu melabuhkan punggung disisi Emy.
”Dari pasar Manir makcik, nak ke rumah Makcik Bedah ambil kueh mak tempah semalam. Mak Emy namanya Khadijah” jawabnya sambil tanganya mengurut perlahan di pergelangan.
”Anak Khadijah, kampung sebelah tu..” Makcik tadi mengulang kemablia pa yang diberitahunya. Emy hanya mengaguk mengiakan kata-kata makcik yang tidak dikenali itu. Lama pula terasa menunggu Kak Maya mengambil ubat. Emy menilik-nilik lukanya beberapa kali. Sakitnya sudah berkurangan.
”Sikit aja tu esok lusa baik lah tu.” Kata itu makcik seakan mengetahui apa yang ada difikiran Emy.
”Adik tadi tak apa-apa ke makcik.”. soal Emy apabila teringat akan kanak-kanak yang hampir dilanggarnya, kepalanya melilau mencari kelibat kanak-kanak yang melintas dihadapannya tadi.
”Oh Sopi tu, dia tak apa-apa. Ada tu ha tengah makan aiskerim Dia tu suka sangat main tepi jalan tak boleh leka sikit maknya. Nakal sungguh.” Kata makcik itu bersungguh-sungguh. Emy hanya tersengih. Kak Maya muncul bersama peralatan kecemasan. Eh macam hospital pula rumah ni semua ada.
”Senang kalau ada peti kecemasan ni dik, tak payah nak kalut-kalut cari ubat..” macam tahu-tahu aja apa yang difikirnya.
”Bawak kaki tu akak nak bersihkan dulu. Lepas tu baru sapu ubat.” Emy menghulurkan kakinya berhati-hati. Kak Maya mula membersihkan luka dikakinya.
”Kak Maya kamu ni misi, dia kerja shiff itu nampak macam dia dah biasa sangat hal-hal macam ni.” Emy melihat Kak Maya hanya tersengih.
”Siapa nama adik ni, nak kemana?” Kak Maya bersuara
”Panggil aja Emy kak, nak kerumah Makcik Bedah kat simpang empat tu”.
”Oh.”.
”Ni lah yang bertunang dengan cucu Makcik Som tu..anak Datuk Kamal..” pandai-pandai aja mulut makcik tu mengatakan dia yang bertunang dengan anak Datuk Kamal.
”Oh yea ke..tak lama lagi jadi menantu Datuk lah ni. Bertuahnya badan. Takdelah nak naik motor cabuk tu lagi. Usik Kak Maya sambil melakukan kerja yang terakahirnya.
”Eh taklah. Bukan Emy kak, yang bertunang tu kakak Emy kerja kat Kuala Lumpur.Emy membetulkan salah anggapan makcik dan Kak Maya.
”Oh kakak kamu rupanya, alah kalau kamu jadi menantu Datuk Kamal pun apa salahnya anak dia seorang lagi kan ada.” Jawab makcik yang banyak mulut itu. Emy pura-pura tidak mendengar malas pula mahu dilayannya. Lagipun siapalah yang mahukannya sekolah tak tinggi mana, bukan sahaja kata anak datuk anak tauke ikan pun belum tentu lagi mahukannya.
”Dah siap..”
”Terima kasih yea kak.”
”Sama-sama. Nanti akak buatkan air dulu yea. Asyik sangat berbual sampai lupa pulak.”
”Tak payah susah-susah kak, Emy nak cepat ni. Lagipun busuk pula ikan tu nanti.”
”Eh tak nak minum dulu ke”
Emy cepat-cepat bangun dia perlu segera mengambil kueh. Bimbang pula sotong dan udang itu busuk bertambah marah pula emaknya.
”Terima kasih ajalah kak, makcik Emy balik dulu yea.”
”Yea lah hati-hati.” Pesan makcik bertarbaus itu sambil menggelangkan kepalanya beberapa kali. Emy menghidupkan motorsikalnya, walaupun masih lagi terasa sengal pada kaki kanannya digagahi juga.
”Kenapa pula tak hidup ni.” Emy mengoyangkan motorsikalnya beberapa kali dia masih mencuba sambil diperhatikan oleh Maya dan makciknya.
”Kenapa pula Emy motor tu rosok ke?..”soal Maya lalu turun meghampiri Emy.
”Entah la kak, tak hidup pulak.”dicubanya lagi namun tetap gagal.
”Apa pulak yang rosak ni..”luah Emy perlahan.
”Suruh ajalah mak kamu tukarkan yang baru Emy, lagipun dah uzur sangat motorsikal ni makcik tengok.” Kata makcik itu sambil berjalan menghampiri Kak Maya yang berada disebelahnya.
”A’aa Emy betul kata makcik tu, suruh la mak kamu tukarkan yang baru, kan senang.”
Saran Maya yang turut bersimpati padanya. Emy hanya tersengih jika mereka tahu kehidupannya sudah tentu mereka tidak akan berkata begitu.
”Takpe lah kak motor ni elok lagi, masih boleh pakai.”
”Elok apa macam tu, haa tengok tu lampu signal ni dah terjojol tu.” Makcik itu menyentuh lampu yang dikatanyanya terjojol.
”Itu fesyen makcik.”
”Hah fesyen apa ke benda gayanya macam tu. Jangan nak kelentong lah Emy.” Maya ketawa mendengar alasannya tadi. Emy turut ketawa kecil.
”Tak hidup juga ni macam mana erk..bengkel jauh tak kak.”
”Boleh tahan juga. Baru akak teringat. Nanti jap yea akak telefon Bidin”.
Maya berlalu meningalkannya bersama makcik bertarbus itu. Sementara menunggu Kak Maya Emy membelek motorsikalnya entah apa yang dicarinya dia sendiri tidak pasti hanya yang keliahatan wayar-wayar kecil berselirat bersambung kesana-sini.
”Sejekap lagi formen sampai. Entah bila Kak Maya berada dibelakangnya. Mereka bertiga menunggu kedatangan Bidin. Tidak lama kemudian Bidin sampai dengan motosikalnya.
”Kenapa kak..?” tanyanya tanpa berlengah
”Ni ha tolong tengok-tengokkna motor ni boleh tak..tak hidup lah.”
”Motor siapa ni kak, mak aii buruknya dah boleh letak dalam muzium ni.” Katanya tanpa memikirkan kata-katanya itu menyebabkan ada hati yang tersinggung. Emy menundukkan wajahnya. Kak Maya perasan akan itu, dia mencuit bahu Bidin yang terlalu celupar lalu mengisyaratkan dengan matanya. Bidin menutup mulutnya lalu segera memeriksa motorsikal Emy.
”Oh! patutlah tak hidup kak. plugnya dah tertanggal...”
”Habis tu macam mana ni...”
”Macam mana pula bleh tertanggal ni, nak kena bawa ke bengkel lah kak. Aku tak boleh nak baiki kat sini barang-barang ada kat bengkel, tadi akak suruh aku datang tengok aja.”
”Senggal sungguh kau ni...” Kata Maya lalu berlalu menghampiri Emy. Bidin hanya selamba dia sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata Kak Maya yang sudah lama dikenalinya.
”Emy motorsikal tu kena bawa ke bengkel Bidin tak bawak peralatan.”
”Kalau baiki lama ke tak...”
”Ermm..Entah nanti jap akak panggilkan Bidin ke sini.”
”Bidin...Bidin..”laung Maya sambil melambaikan tangannya. Bidin menghampiri mereka
”Ada apa kak..”
”Lama tak kalau baiki ni.”.
”Boleh la kak. Lagipun banyak juga nak kena tengok ni..”
”Haa Emy macam mana, Bidin dah kata lama tu”
”Kalau macam tu takpelah, Emy tinggalkan lagipun Emy memang nak tukarkan break tu sekali. Petang nanti Emy datang ambik.”
”Habis tu kamu nak balik dengan apa ni.”
”Jalan kaki. Lagipun tak juah mana kak”. Emy mulai bangun dari duduknya
”Isk budak ni jalan kaki kau kata tak jauh...” Pintas makcik itu yang diam dari tadi.
Emy hanya mengangguk. ”Nak bawa barang-barang kamu lagi, nak ambil keuh lagi, larat ke kamu tu kaki pun tak elok lagi.”
Emy tersengih. Hanya itu sahaja caranya.
”Macam ni lah Bidin, kau bagi dia pinjamkan motor kau petang nanti dia hantar lah balik bila nak ambik motorsikalnya tu.” Saran Maya berkalih ke arah Bidin yang sedari tadi melangut.
”Err..” Bidin serba salah bimbang juga dia nanti dimarahi Ayie. Lagipun motor yang dibawanya itu motor Ayie.
”Kau jangan risualah Bidin akak kenal Emy ni. Dia tinggal kat kampung sebelah aja.” Bidin berfikir sejenak
”Kalau macam tu takpelah kak, dia boleh bawa balik motor ni tapi jangan lupa tau pulangkan balik.”
”Isk kamu ni Bidin...”tegur Maya. Bidin hanya tersengih.
”Ok Emy pinjam motor Bidin ni dulu nanti petang boleh datang ambil balik motor Emy tu dibengkelnya.”
”Ermm..” Emy serba salah. Hendak ditolak bimbang juga lambat sampai ke rumah, hendak diterima rasa bagai termakan budi pula.
”Takpe.. Emy pinjam aja motor tu, jangan risaulah, Bidin ni ok jerk.”
”Kalau macam tu terima kasih banyak-banyak.” Emy berjalan menghampiri motorsikalnya, dia mengeluarkan barang-barang yanag ada didalam tong ajaibnya dibantu oleh Maya yang bersimpati dengannya. Bidin hanya mengelengkan kepalanya beberapa kali.Selepas selesai dan mengucapkan terima kasih kepada semua, Emy meneruskan perjalanannya ke rumah Makcik Bedah.
Read More..
Wednesday, July 8, 2009

Hati Ini Milikmu 9

******
”Jaga diri baik-baik ye dik..” pesan Nadia kepada Emy sebelum berangkat ke Kuala Lumpur pagi tadi. Nadia pulang bersama family tunangnya. Abang Faiz yang memandu kereta Nadia. Setelah kakaknya pulang Emy kesunyian, segala kerja telah dibereskan. Dia mambatukan dirinya dijendela merenung pohon-pohon senduduk yang dihiasi beberapa kuntum bunga bewarna kundang berliuk lentok seakan menari. Beberapa ekor buruh kelicap hinggap mendekati kudup-kudup bunga indah itu. Sesakali dia tersenyum dengan keletah si burung kecil yang bersemangat sesekali bergomol dengan kawan-kawannya. Mak Jah entah hilang kemana selepas asar tadi. Sedikit pun dia tidak dimaklumkan kemana mahu perginya. Suara tv bergema di raung tamu menambat hatinya untuk melihat siapa pula dirumahnya. Dia mengintai dibalik pintu, dilihatnya abang Azhar sedang leka menonton tv. Emy tersenyum sekurang-kurangnya dia tidak kesunyian boleh la dia bersembang dengan abangya. Azhar balik ke Kuala Lumpur esok pagi dia sengaja mahu berlama di kampung alasannya bila ditanya. Emy dapat mengagak abangnya belum puas mahu bertemu dengan buah hatinya Kak Ana yang tinggal bersama bapa sudaranya dijhujung kampunya ini.
”Ermm..!!” dia berdehem beberapa kali. Azhar menoleh
”La adik ada ke, buta apa dalam bilik tu abang ingatkan adik ikut mak ke pekan.”
Buang tebiat ke abangnya, mana pernah Mak Jah mahu mengajaknya ke mana-mana, sedangkan mahu dikhabarkan perginya pun langsung tidak inikan untuk mengajak ke pekan bersama.
”Ada lah.. Emy ingatkan abang belum mahu balik ke rumah lagi maklumlah tak sanggup nak tinggalkan buah hati kat sini sorang-sorang.” Azhar tersenyum mendengar kata-kata adiknya.
”Mana ada pandai lah Emy ni.. Jom duduk sini ajak Azhar sambil tangannya dihayunkan beberapa kali. Dia menghulurkan jajan yang dibelinya semasa singgah dikedai runcit. Emy melangkah dengan perlahan.
”Mak pergi dengan siapa bang.” Dia mengambil huluran jajan abangnya lalu mengunyah perlahan-lahan.
”Dengan kawan baik dia lah tu mak cik Senah siapa lagi.”
”Macam mana abang tahu kan abang keluar dari tengah hari tadi.”
”Sebelum abang keluar mak bagitahu dia tanyakan abang ada nak pesan apa-apa ke...”
”Ooo..balas Emy pendek.
Sedang leka mereka bergelak ketawa menonton sketsa itu, sebuah kereta proton Iswara berhenti didepan rumahnya, Emy bangkit dari duduknya dia ke pintu melihat siapa yang datang.
”Alamak mak dah balik lah bang.. ”jerit Emyl kepada abangnya. Azhar masih tidak berganjak dari duduknya. Dia masih ralit menonton tv, Emy segera menghilangkan diri ke dapur. Dia tahu pasti emaknya akan mengajak Makcik Senah naik ke rumahnya. Sebelum emaknya menyuruhnya membuatkan air lebih baik dia terlebih dahulu melakukannya. Sangkaannya betul tidak lama dia didapur Mak Jah melaungkan namanya dimintanya membancuh air untuk tetamu. Tidak sampai satu minit Emy keluar bersama dengan air yang dibancuhnya. Makcik Senah sedikit terkejut, baru sebentar tadi Khadijah menyuruh anaknya membuatkan air belum sempat dia menoleh ke arah lain anak gadis temannya sudahpun menatang dulang yang berisi air sambil tersenyum memandangnya. Emy mengenali Makcik Senah, boleh dikatakan kawan emaknya itulah yang sellau juga bertanya khabarnya dan paling tidak lupa Makcik Senahlah yang membantunya ketika majlis pertunangan Nadia dan kerana pertolongan itulah dia akhirnya berada disisi kakaknya itu. Makcik Senah membalas senyumannya entah kenapa hati tua itu merasa kasihan melihat anak yang tak berdosa itu tidak pernah dihargai oleh temannya. Emy menyusun cawan kosong diatas meja, abangnya entah hilang kemana tadi bukan main lagi macam dah kena paku tak berganjak dari duduknya kini entah bila pulak abangnya lesap.
”Abang kamu kemana..” soal Mak Jah sambil menanti penuh tumpuan.
”Entah la mak tadi ada tengok tv, dalam bilik dia lah tu.” Terang Emy.
Mak Jah mendengus ”anak bujang aku tu macam anak dara pulak.” Makcik Senah hanya ketawa kecil. ”Ala dia segan lah tu Jah, birakan lah dia tu.” Bela Makcik Senah. ”Alangkah bagusnya jika yang bersuara lembut itu adalah emaknya.” Bisik hatinya.
”Emy ke bilik dulu yea.” Pinta Emy meminta diri. Mak Jah hanya diam, mengangguk tidak mengiakan pun tidak hanya Makcik Senah aja yang mengangguk kecil seraya melemparkan senyuman.
”Baik betul anak kamu ni Jah. Sejuk mata aku tengok.”
”Dah..dah kau jangan nak memuji-muji pulak..”marah Mak Jah.
”Kau ni kenapa marah sangat pada dia tu, dia tak bersalah Jah.”
Dah lah Senah aku tak nak ungkit cerita lama lagi, setiap kali aku ingat semua tu hati aku sakit kau tahu tak..” dia mengengam leher bajunya, kelihatan tanggannya berurat-urat, tahulah Makcik Senah sakit hati temannya itu masih belum reda.




”Ayie kau dah tutup ke bengkel tu?..”
”Dah.. nak harapkan kau tak tertutuplah bengkel aku tu kau tahu tak.. ”marah Ayie. Sesekali geram juga dengan sikap Bidin yang liat setiap kali disuruh mengemas bengkel mereka. Apabila habis aja waktu kerja Bidin akan mengelak dan terus sahaja lesap. Yang ditahunya melepak di bangku tepi jalan mengurat anak-anak gadis yang baru pulang dari kerja kilang plastik dihujung kampungya. Bidin hanya tersengih mendengar luahan majikan dan merupakan sahabat baiknya.
”Ala Ayie yang tu pun kau nak marah ke, aku dah dapatkan kau sorang awek..cun punya.” Balas Bidin.
Ha itu aja yang kau tahu buta Bidin. Tapikan yang cun tu aku tahu itu untuk kau aja kan yang tak cantik muka macam belon itu yang kau bagi pada aku kan..” Bidin ketawa diikuti Amir teman yang sering melepak bersama mereka setiap kali petang menjelma. Amir kerjanya tidak menentu maklumlah kerja kampung sesekali dia akan banti Ayie jika dia tidak ada kerja lain yang hendak dibuat, boleh lah juga menampung tangki motor yang sering minta diisi. Gitar kapuk yang ada ditangan Bidin dicapainya Ayie. Dia duduk dibangku yang menghadap ke parit. Petikan gitarnya kedengaran bersama irama yang dilagukan juga amat mengasyikkan Amir dan Bidin. Suaranya boleh tahan juga. Bidin tersengih lalu membuat isyarat mata kepada Amir. Amir mengangkat ibu jari tangannya menunjukkan lagu yang diamainkan oleh Ayie memang sedap didengar.

Sedang leka mendengar alunan lagu yang diyanyikan oleh Ayie, Bidin yang mata keranjang itu tersengih-sengih. Tiga orang minah kilang melitasi dihadapan mereka. ketiga-tiga gadis itu tersenyum malu memandang Bidin dan Amir yang merenung nakal kepada mereka. Ayie masih lagi asyik dengan gitar kapoknya langsung tidak menyedari ada bunga sedang berkembang. Bidin mencuit sedikit bahu rakannya itu. Ayie mendongak. Sekilas matanya tertumpu pada gadis yang merenungnya manja.
”Wahh! dia minat kat hang la Ayie..” kata Amir dalam gembira.
Ayie sengaja mengenyitkan matanya lalu gadis yang sedang merenungnya tersenyum menunduk. Mereka bertiga masih kelihatan ragu-ragu. Nampak macam malu-malu tapi mahu.
”Jerat dah mengena.” Bisik Bidin. Ayie hanya tersenyum. Bibirnya sengaja dilebarkan. Sesekali dia bosan juga kebanyakkan gadis terlalu murah dengan senyuman. Dan adakalanya sekali usik sahaja sudah boleh diajak keluar.
”Hai cik adik boleh berkenalan.” Laung Ayie apabila gadis bertiga itu melepasi mereka. Bidin dan Amir hanya berpandangan. Nampaknya ayam jantan sudah mula mahu berkokok. Ayie sudah mula mahu mengatal. Dia sudah mula menunjukkan minat untuk memancing gadis-gadis itu. Bidin menepuk beberapa kali bahu rakannya dengan bangga. ”Ulat dah naik daun..”
Gadis yang memakai baju kurung merah jambu itu menunduk apabila Ayie masih lagi merenungnya apabila pandangan mereka bertembung.
”Ala sombongnya..” jerit Ayie lagi. Sengaja dia mahu memancing lagi. Ketiga-tiga gadis itu ketawa mengekek apabila Ayie mengatakan mereka sombong. Ayie menyanyikan lagu Gadis Ayu dari kumpulan black dog bone ”gadis ayu..lesung pipit dipipi..gadis ayu..senyum menawan..” suara gadis-gadis itu ketawa masih lagi kedengaran. Bidin berlari ke arah mereka, Dia sengaja mahu memancing dengan caranya. Kalau boleh dia mahu dapatkan nombor telefon dari mereka. Senanglah nanti jika dia kebosanan pada hari minggu, bolehlah dia mengajak salah seoarang dari mereka ke bandar. Ayie mula masuk ke dunianya dengan lagu berirama sentimental. Amir membaling sabut ke arah Ayie. Bidin berlari-lari anak ke arah Ayie dan Amir yang sedang menunggunya kedatangannya. Berjayakah dia mendapatkan no telefon awek yang baru sahaja lalu didepan mereka tadi. Dengan senyuman melebar dia melambai-lambaikan tangannya ke atas sambil mengibarkan cebisan kertas putih, dengan senyuman yang melebar itu sudah pasti Bidin telah berjaya mendapatkan no telefon gadis tersebut. Ayie hanya mengelengkan kepala.
”Apa kau ayat hah.” soal Amir
”Ala kacang aja beb.. tengok lah siapa ni...” Bidin menepuk beberapa kali dadanya. Amir hanya mencebik. Jari jemarinya Ayie masih lincah memetik tali gitar, tidak sedikit pun terganggu dengan cebisan ketas yang diperolehi temannya. Sesekali rambut yang terjuntai ke dahi itu ditepis. Kacamatanya ditanggalkan seketika.
”Kau baca jampi apa senang sangat dapat tu.”
”Adalah..”jawab Bidin sepatah. Maanya masih tertumpu pada nombor yang tertulis dikertas putih itu.
”Hei kawan, apa kau ayat perempuan tu senang-senang aja boleh dapat.”
”Aku kata kau yang nak, apa lagi berebut lah awek tu bagi..”jawab Bidin sambil tersengih. Ayie membulatkan matanya, dia mencapai seketul batu kerikil untuk dibalingkan ke arah lelaki tinggi lampai itu. Bidin sempat melarikan diri dengan ketawa yang panjang.
”Tak guna punya kawan, nama aku pulak yang jadi mangsanya yea.” Jerit Ayie. Amir turut ketawa mendengar sungutan Ayie.
Bidin menghampiri Ayie setelah Ayie kemabali memetik gitar.
”Kau nak tak nombor ni..”
Ayie cuma menggelangkan kepalanya, malas dia mahu melayan. Setakat mengusik sahaja hobinya, tidak pernah dia keluar dengan mana-mana gadis yang diusiknya lagipun hatinya masih belum lagi tersentuh dengan mana-mana wanita. Bidin dan amir hanya menegelengkan kepala sudahnya hanya Bidin dan Amir sahaja yang beria-ria mencatitnya ke dalam telefon bimbit masing-masing.
Read More..
Sunday, July 5, 2009

Hati Ini Milikmu 8

Ketika Ayie melangkah ke dalam rumah neneknya, emak dan ayahnya telah pun menantikannya. Datin Maimun tersenyum melihat anak lelaki bujangnya yang semakin meningkat dewasa, selayaknya Ayie juga mempunyai teman wanita ketika ini, jika ada gadis yang ingin disuntingnya khabarkan sahaja dia sanggup meminang anak gadis sesiapa pun yang berkenan dihati anaknya itu. Dan jika boleh dia mahu Ayie juga bersanding bersama dengan alongnya dengan pasangan masing-masing. Datuk Kamal berdehem beberapa kali. Ayie menoleh sekilas, hajatnya ingin terus ke bilik air tapi bila terdengar ayahnya berdehem beberapa kali dia tidak jadi melangkah. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi panjang menghadap kedua ibu bapanya.
”Kamu dari mana ni Ayie, senja-senja macam ni baru balik.” Soal Datin Maimun dengan lembut. Ayie telah lama balik ke rumah selepas memancing dengan Bidin petang tadi, dek kerana kebosanan menunggu neneknya balik dari majlis pertunanngan Alongnya, dia ke padang bola bermain bola bersama rakan-rakannya. “Baru lepas main bola mama.” Jawabnya ringkas. Dia mengibas-ngibas t-shirtnya yang sedikit lenjun dengan peluhnya. Datuk Kamal hanya mengelengkan kepala, anak lelakinya ini tidak seperti anak sulongnya yang mendengar kata.
”Dah nak maghrib baru baliknya.” Tegur Datin Maimun. Ayie hanya tersengih. Bimbang juga jika neneknya dengar bebelan mama pasti leteran itu digubal menjadi ceramah percuma.
”Along ngan Tina mana ma, tak nampak pun... along pergi bernikah ke bertunang ni.” Soalnya seperti orang bodoh. Dia terasa kekok bersembang dengan ibu bapanya tak seperti nenek dan atuk yang dianggap seperti emak dan ayah baginya.
”Isk kamu ni bertunang lah, bernikah apanya kan dah dibagitahu. Itulah ajak ikut tak nak..” Sanggah mamanya.
”Along kamu tu pergi hantar mak long sekejap. Pak long tak ikut tadi ada kursus jadi along hantarkan mak long balik...sambung Datin Maimun.
”Oooo...” Ayie mengangguk kecil. ”Ayie minta diri dulu lah mama..papa, Ayie nak mandi dulu.” Pintanya setelah dirasakan tiada apa lagi yang igin dibualkannya.
Datuk Kamal hanya mengangguk. Tidak banyak yang dibicarakan dengan anaknya. Datin Maimun hanya mengeluh. Dia ingin merasai kemesraan antara anak dan ibu, sejak lahir Ayie dipelihara oleh emak mentuanya. Semasa kecil Ayie sering menangis, puas dicuba pelbagai cara namun tidak berhasil akhirnya emak mentuanya menawarkan diri untuk menjaga anaknya. Walaupun terasa berat untuk berpisah tetapi Datin Maimun terpaksa akur lagipun dia masih ada Faiz dan dia juga seoarang wanita yang bekerjaya sedikit sebanyak permintaan emak mentuanya sekurang-kurangnya meringankan sedikit tugas dibahunya.

*******
”Apa dimenungkan lagi tu, kamu dah fikir ke apa yang mama dengan papa kamu cadangkan pagi tadi tu. Nek tak kisah apa pun keputusan Ayie, baik pada Ayie baiklah pada nek dan tok.” Katanya sayu. Ayie memandang wajah tua yang berada dihadapannya, kedut-kedut diwajahnya menandakan dimakan usia.
”Dah nek..Ayie tetap dengan keputusan Ayie. Ayie takkan tinggalkan kampung ni selagi nenek dengan tok masih ada, biarlah Ayie pulak yang menjaga nek dan tok, lagipun Ayie dah buka bengkel walaupun tak banyak untungnya tapi cukuplah sebagai permulaan untuk Ayie.” Terangnya panjang lebar.
Nek Som tersenyum sebak..sebak dengan semangat cucunya yang tidak sanggup meningkal mereka yang tua ini ketika orang lain yang seumur dengannya telah lama berhijrah ke kota besar. Setitis air mata tuanya menitis, cepat-cepat disapunya. Nek Som menepuk nepuk belakang cucunya. Bangga dengan sikap tegas cucu peliharaanya ini. Ayie mengengam tangan neneknya kemas dia berjanji akan tetap menjaga kedua orang tua ini yang sudah dianggap seperti mama dan papanya. Orang tua inilah yang menjaga dia sedari kecil, bersengkang mata ketika dia demam, mengembirakannya jika dia dalam kesedihan. Ah terlalu banyak jasa mereka.
”Eh! atuk mana nek, tak nampak pun....”
”Ha atuk kamu kemana lagi kalau tak dengan si Nanu tu. Pagi petang berdating.”
”Nek tak cembiru ke atuk jatuh hati kat si Nanu tu cantik, muda lagi..gigi pun masih tersusun rapi lagi tu nek.” Usik Ayie
”Hah! buang karen aja nek nak jeles kat kambing atuk kamu tu Ayie. Bairlah mereka nak bercinta pun nek tak kisah.” Ayie ketawa mendengar jawapan neneknya, dia merebahkan kepalan dipaha neneknya. Nanu adalah nama gelaran bagi kambing peliharaan atuknya, sudah 3 kali bersalin dan ank-anakya telah lama menjadi korban semasa raya haji tahun lalu.
”Dah nak masuk maghrib ni, pergi mandi tu dulu apa ni baring-baring macam budak-budak..”
”Ala nek Ayie nak bemanja pun tak boleh ke..”
”Awak tu kalau kahwin dah beranak pinak tau tak..nak bermanja-manja lagi, patutnya Ayie bermanja dengan isteri sekarang ni bukannya dengan nenek lagi dah.tengok along kamu tu dah nak kahwin pun, Ayie cakap aja gadis mana yang Ayie nak nek akan pinangkan untuk Ayie.”
Ayie cepat-cepat bingkas bangun dari pembaringannya apabila neneknya mula melalut hingga ke beranak pinak.
”Ha tau pun nak bangun, baru kita sebut nak kahwinkan dia terus aja lesap.” Nek Som mengelengkan kepalanya melihat gelagat cucunya itu.
Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati