Sunday, November 11, 2012
As-Salam Adoiyaiii... dah lama betol x update sebarang e-novel kat sini. aduhhhh makin berkepuk debu kat sini kan..kan.. bila nak ada entry baru... bila nak ada e-novel baru...huhuhu. Tak tau bila. Anyway thanks pada pembaca yang masih setia menjengah walaupun hampir setahun saya menyembunyikan diri dengan langsung tiada citer-citer menarik. hope tahun baru nanti ada la dua tiga entry e-novel baru kan...hmmm... Read More..
Thursday, February 9, 2012

Peon Oh Peon 20

“Eeeee..orang tak suka la mak..” kataku protes dengan wajah cemberut. Memang spoil betulah, aku baru hendak berseronok layan games ada pula si pengacau.
“Suka ke tak suka ke Ija kena keluar juga, tak kesiankan Is ke. Dah lama dia tunggu kat luar tu, dah habis air dua cawan dia minum.” emak bersuara perlahan,namun agak keras kata-katanya.
“Dia tu tak reti nak balik ke mak..tak paham-paham orang tak nak jumpa la...”
“Ija...tak baik buat macam tu, dia tu tunang Ija tak lama lagi dia akan jadi suami Ija, ingat tu...dah! pergi tukar baju, jangan nak buat perangai mak tak pernah ajar anak mak jadi kurang ajar macam ni Ija.” aku telan liur. Kalau mak dah bersuara begitu apa lagi mampu aku buat terpaksalah menurut. Tapi takpe jaga kau Awang, jangan harap kau akan menang selamanya.
“Mak..orang...”aku peluk erat bantal pelukku. Ada bau tapi takpe bau aku sendiri..hehehe
Pergi tukar baju mak cakap!.Siap kau kalau tak keluar jugak..” Tegas arahan itu membuatkan aku terkesima, ingatkan dapatlah bertolak ansur tapi rupanya mak dah naik hantu. Emak berlalu keluar dari bilikku agaknya hendak melayan bakal menantu dia lah tu.

Apa lagi aku nak buat ni, kalau tak keluar nanti karang sekarung aku kena bebel, kalau keluar nak cakap apa. Heish Awang ni betul-betul susahkan aku la. Hendak tak hendak aku terpaksa juga salin pakaiaan ialah takkan lah hendak keluar jumpa tunang pakai seluar pendek paras lutut, baju tanpa lengan tak ke pengsan dia nanti, daripada aku cari bala baik aku buat pahala. Baju kurung kedah yang tergantung elok dipenyangkut baju aku capai, ini baju kak Ayu aku pinjam untuk pergi kenduri kahwin kakak si Not tu, tapi dah lama buat macam harta sendiri tak pulang-pulangkan lagi, nasib baik kak Ayu tak bising kalau tak bernanah juga lah telinga ni nak dengar dia membebel. Setelah pakaian ku rapikan rambut yang mengerbang itu aku tocang dua, sengaja nak pamerkan wajah protesku pada si Awang. Biar dia nampak aku ni macam budak-budak sikit untung-untung nanti kalau dia balik rumah mak dia boleh lah dia ceritakan pada makcik Zaini yang aku ni macam budak baru habis sekolah jadi dengan perangai aku yang macam ni tentu dia tak hingin nak jadikan aku memantu dia or si Awang tu dah sah-sah tak nak aku jadi bini dia kan.. bijak tak idea aku ni.

“Bismilahahirahmannirahim...” aku keluar dari bilik. Sebelum keluar tadi sempat lagi aku berlatih senyum nak kata senyum tak juga sebenarnya aku ketawa aku dah dapat bayangkan dah tentu si Awang naik juling matanya tengok aku macam ni.
“Oh mak kau meletup..” aku terkejut beruk bila dengar mak melatah, tak sangka pulak buka pintu tadi emak betul-betul berdiri depan pintu bilik aku. Nasib baik aku takde sakit apa-apa nasib baik jugak kencing aku tak manis-manis kalau tak dah go sat tadi kan.
“Apa ni mak buat terperanjat orang ajalah. Kalau yea pun nak jemput Ija keluar sabar-sabar lah sikit, kan dah melatah tu..”
“Banyak lah kau aku nak menjemput-jemput bagai. Ni ha kenapa ikat rambut macam tu, nak ke mana..” Emak merenung wajahku. Aku hanya tanya gigi malas nak bersoal jawab dengan emak pasal rambut serupa teletubis ni.
Tapi naik hairan pulak aku dengan mak ni, boleh dia tanya aku nak ke mana bukan ke tadi dia yang suruh aku tukar baju kata tunang nak jumpa, ni ha aku dah lembut hati nak keluar pergi jumpa kalau tak keluar bukan ke kempunan budak tu.
“Tadi mak suruh orang keluar pergi jumpa Awang, ni nak pergi jumpa dia lah ni..”
“Dah tak payah..pergilah kau mengeram dalam bilik tu sampai ke pagi besok. Budak tu dah balik..tak..tak payah nak jenguk-jenguk, dia dah balik. Tadi jual mahal sangat. Kesian si Is tu dari tadi menunggu, mak pun dah naik malu apa nak jadi lah kamu berdua ni, tak boleh bertemu macam anjing dengan kucing.” Bebel emak tak semena-mena apa lagi tadah ajalah telinga ni dah aku buat salah tapi syok juga takde lah aku jumpa Awang petang ni. Apa lagi masuk bilik la salin pakaiaan tadi dan teruskan dengan aktiviti aku yang tertangguh tadi layan ps2 sampai pagi. Yihaaaaa..hai senangnya dalam hati kalau si awang pergi, dunia seperti ana yang empunya! Hoi!..hehehehe

Sedang asyik melayan ps2 aku dikejutkan dengan nada sms you got 1 massege, alahai menyibuk aja, handphone ku padang sepi biar lah mesti Ku Nor n the geng nak tanya aku keluar ke tak malam karang. Nanti-nanti lah aku balas.
“Ija..Ija...” aduh ada lagi gangguannya. Apa ni tak boleh tengok orang senang sikit ini yang malas aku nak melepak kat rumah ni ada aja yang nak ganggu.
“Ija..” semakin kuat ketukan dipintu.
“Ishhh...gerammnya time-time macam ni lah nak ganggu, kan dah kena langgar kereta aku tu baru nak menang race ada aja yang mengacau.” aku membebel sendirian.
“Apa dia....” soalku geram apabila melihat wajah kak Ayu didepan mata.
“Apalah yang kau duk terperuk dalam bilik tu, buat apa..membuta” tuduh kak Ayu sambil kepalanya menjenguk ke dalam. Aku semakin mengecilkan bukaan pintu bilik. Sengaja mahu menyakatnya.
“Ni nak apa gangu orang ni kak..”
“Mak ajak keluar..”
“Nak pergi mana..orang tak nak keluar la.”
“Tak nak..apa yang kau buat dalam bilik tu sampai kitaorang nak ajak keluar makan pun payah ni..” kak Ayu menolak kuat pintu bilik. Aku memberi laluan kepadanya apabila dia sudah melangkah masuk ke bilik.
“Ini yang kau layan dari tadi samapi tunang datang kau buat tak tahu dik..” Ini yang malas ni suka sangat membebel tak sudah-sudah lagi ke. Ala kak Ayu tak habis-habis nak menangkan si Awang tu, dah takde kerja lain ke. Semua orang sukakan Awang, ilmu apa yang budak tu pakai sampai semua orang sukakan dia tu.
“Ooo..kau main games kereta, kononya boleh menang la tu, bawak kereta ni ajalah yang kau reti dik, kereta sebenar ada beran..” Cabar kak Ayu dengan sengihannya.
Aik bunyi macam mencabar aja tu. Takpe kak Ayu, aku akan buktikan suatu hari nanti aku lah juara diatas litar, tengok lah nanti
“Dah.dah..tutup benda alah tu, kau pergi mandi sekarang lepas tu siap-siap kita keluar makan..”
“Ala kau tapau dah la..”
“Takde-takde..jangan nak mengada-ngada macam taik kuda, abang ipar kau nak belanja malam ni. Kalau tak pergi menyesal..”
Abang ipar datang ke..aiseyman..tentu kat tempat special punya ni. Apa lagi tunggu takkan nak lepaskan peluang makan sedap-sedap.

Aku teruja saat masuk ke restoran exclusive itu, rasanya kami belum pernah lagi menjejak kaki ke tempat mewah seperti ini. Kak Ayu kontrol ayu ialah takkan lah dia nak tunjukkan ke jakunannya depan tunangnya sendiri aku korang jangan tanyalah memang aku buat perangai aku sendirilah buat apa nak berlakon bagai. Dengan pantas aku berjalan menghampiri meja yang menghadap air terjuan buatan itu. Aku ni memang jenis suka air terjun lah gamaknya mak lahirkan aku dekat tempat perkelahan kot. Aku tersengih memanjang sedari tadi namun aku tersedar tatkala mereka tidak kelihatan. Ke mana ah sudah. Aku mencari-cari kelibat mereka. Takkanlah mereka tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Biar betul, apa aku nak order kat sini dan yang paling aku takut siapa nak bayar. Aku bukan ada duit nak makan tempat-tempat macam ni, kalau makan sepinggan mee goreng kak Ani, cukup lah untuk seminggu itupun kalau aku mintak air kosong.

Aku mengagau poket seluar mencari handfoneku. Nasib baik aku bawa kalau tak memang nahas aku. Belum pun sempat aku mendail nombor kak Ayu aku dikejutkan dengan satu tepukan dari belakang.
“Mak kau meletup.” ha ambik kau..sempat juga aku melatah. Ini menurun dari mak lah ni.
“Kau buat apa kat sini, kitaorang macam kucing hilang anak cari kau kat sini rupanya kau dik.” Kak Ayu datang menyergah. Abang ipar sudah tersengih memandang. Mak pula hanya menggeleng kepala tahu sangatlah aku kalau macam tu gayanya mak, tentu dia berapi nak marahkan aku.
“Kak Ayu pergi mana, ingatkan tadi ikut aku kat belakang..”
“Yang kau tak menyempat tu kenapa..dah lapar sangat erk, kalau ia pun jangan lah jakung sangat..cuba kawal sikit.” aduh pedihnya kata-kata kak Ayu tapi nak buat macam mana memang salah aku.
“Dah tu apa lagi duk tercegat kat situ, duduk la...mak..” aku memepersilakan mereka duduk.
“Eee...buat malu aja bawak kau ni lah dik, abang dah tempat meja kat dalam bukan kat sini, ni apa kelas kat luar. Yang kau ni pun satu lah, pantang nampak air terjun mesti nak terjun kan. Eee apa lah adik ni mak sampai teruk macam ni jadinya.” Abang ipar ketawa mendengar bebelan panjang kak Ayu. Mak tanyang muka masamnya. Aku perlahan-lahan bangun dari kerusi lalu membuntuti langkah kak Ayu yang sudah cemberut melihat gelagatku. Nak buat macam mana dah terlepas laku, nasib baik tak ramai orang kalau tak dah tentu dapat malu free. Dengan bakal abang ipar aku pun dah terasa bahangnya ini belum lagi Awang.
“Abang dah tempah la dik..kat sana tu..kat dalam..”
“Ooo..” aku hanya tayang muka selamba sambil mengekori langkah mereka.

Rupanya tempat yang ditempat oleh abang ipar lebih cantik dari tempat air terjun tadi. Kasihan diorang dengan kejakunanku itu, gara-gara aku nasib baik mood kak Ayu tak spoil walaupun tadi nampak sikit lah ke spoilannya itu. Saat hidangan sudah tersedia aku terkesima apabila memandang seraut wajah yang amat aku ingin jauhi dari bertemu muka dengannya. Kak Ayu dan mak tersengih macam kerang busuk memadangku. Rupanya diaorang ada rancanagn lain juga selain makan-makan yea. Ini tentu plan mak, nampak sangat mak terlebih gembira dari yang lain. Patut la siang tadi mak tak marah aku kaw-kaw, kalau tidak dah pekak rasanya aku menahan bebelan mak tu.

“Duduk sini Is, dekat Ija ni..” mak berkalih duduk memberi ruang kepada Awang duduk disebelahku. Mak pula duduk disebelah kak Ayu. Aku apa lagi tarik muka empat belas lah. Terus selera ku mati nak makan pun dah terbantut. Tapi fikir punya fikir rugi pula kan, bukan senang nak dapat peluang makan tempat-tempat macam ni so aku anggap ajalah si Awang ni patung cendana yer. Read More..
Wednesday, January 11, 2012

Dia Yang Terpilih..21

“Assalamualaikum Maira..” suara emak dihujung talian ku sambut dengan satu debaran. Kesibukakanku membataskan segala apa yang aku ingin lakukan sebelum itu termasuklah aku terlupa hendak menghubungi emak sejak aku memberitahunya tentang aku dan Naziah telah selamat sampai ke rumah sewa kami. Mendengar suara emak dihujung talian mengingatkan aku pada janjinya untuk menelefonku bertanyakan soal jodoh. Dadaku diasak lagi. Aku cuba kosongkan fikirannku seketika memberi ruang kepada emak untuk menyatakan tujuannya itu.
“W’alaikummussalam mak..” jawabku perlahan.
“Anak mak macam mana sihat...”soal emak lagi. Suara emak kedengarannya ceria sekali.
“Maira baik mak.” Aku ketawa dihujung talian menutupi debaran halus yang mulai mahu mengganas.
“Hujung minggu ni Maira balik tak..”
“Kenapa mak...” Sengaja aku bertanya padahal aku sudah mengerti maksud pertanyaan emak.
“Errmmm...mak nak bagitahu Maira ni, kaalu boleh balik..Maira balik la.”
“Maira tak janji lah mak, tapi kalau ikutkan jadual Maira, hari sabtu ni Maira kena turun site la mak, lagipun projek Maira dekat Semenyih tu baru aja nak mula. Mungkin lepas ni Maira sibuk sikit la kot..kenapa mak..” soalku lagi untuk mendapatkan kepastian. Aku mengerti hasrat emak dan opah tapi sudah ku katakan pada mereka aku terima sesiapa sahaja yang masuk meminang asalkan mereka suka dan syaratku telah ku nyatakan. Merisik dan bertunang sekali.
“Keluarga Haji Din nak datang merisik, nenek dan mak takde halangan...tapi mak nak tanya juga pendapat anak mak sepatah..Maira macam mana...”
“Anak Pak Din mak..anak Pak Din yang mana ni...” otakkku mula berputar ligat, menguis-nguis otak untuk mengingati nama-nama anak lelaki Pak Din selain Pian. Tiba-tiba dadaku diasak debar. Jangan-jangan memang Pak Din melamar aku untuk Pian ialah mana lagi datangnya anak lelaki Pak Din selain dari Pian anak Pak Din cuma dua orang, Kak Tini dan Pian.
“Anak Pak Din yang mana lagi Maira kalau bukan Pian tu, satu-satunya anak lelaki Pak Din yang ada pun.”
“Ya Allah!..” aku meraup wajhaku berulang kali terperanjat, memang aku terperanjat apabila emak memaklumkan kepadaku peminangan itu datangnya dari keluarga Pak Din untuk si Pian lelaki yang hilang entah ke mana sejak aku menyambung pelajaranku ke Australia dahulu.
“Opah berkenan sangat dengan Pian tu Maira, kamu macam mana pula..” soal emak tenang ada ketawa dihujung suaranya. Aku cuba menahan debar yang entah bagaimana hendak ku gambarkan. Tidak terlintas difikiranku akan jodohku dengan Pian tapi Dia telah mengatur yang terbaik untukku. Aku manarik nafas dalam menghalau segala debaran yang datang menyinggah. Otakku tidak lagi mampu berfikir. Tepu namun aku harus memberikan jawapan yang terbaik buat mereka. Aku telah menyerahkan segala urusan berkaitan kepada mereka mengapa aku harus menolak jika mereka sudah mempunyai pilihan.
“Kalau Opah dan mak suka Maira terima aja mak..” ucapku lancar walaupun perit untuk aku lafazkan.
“Alhamdulillah..”perlahan aku mendengar emak melafazkan rasa syukurnya.
“Maira...” emak memanggil namaku lembut, seakan dia dapat mengesan hati dan perasaanku ketika ini.
“Ya mak..” aku menyahut dengan sebak yang sedang bergulung didada.
“Maira..betul Maira nak kami terima peminangan Haji Din tu..”ucap emak mahu lagi memikirkan hati dan perasaanku ketika ini. Demi Imah aku sanggup menerima sesiapa sahaja.
“Ya mak..”
“Terima kasih Maira..” ucapan emak menyentak jantungku. Begitu emak menghargai persetujuanku. Selama ini aku tidak pernah peduli akan perasaan emak dan opah, aku hanya mengikut kata dan kehendak hatiku sahaja.
“Kenapa mak cakap macam tu.”soalku sebak.
Emak dihujung talian sudah teresak-esak. Aku serba salah, apakah pertanyaanku itu begitu menyentuh hatinya.
“Mak kenapa...kenapa mak nangis kan Maira dah setuju...”
“Mak gembira sangat Maira...mak gembira, hajat abah akan tertunaikan nanti. Hajat abah hendak menyatukan keluarga kita dengan keluarga Pakcik Khalid akan tercapai walaupun bukan dengan Maira, tapi mak bangga Maira bersetuju juga dengan permintaan opah.” Itu perkara yang membuatkan hati emak sayu dan sedih rupanya. Hajat yang sekian lama sepatutnya telah tertunai tertangguh disebabkan aku dan juga keras kepala opah yang tidak membenarkan Imah melangkah bendul. Aku tahu itu pantang bagi Opah. Bukannya apa Opah takut sangat jika Imah melangkah bendul, aku akan semakin susah mendapat jodoh. Airmata yang ku tahan sedari tadi akhirnya menitis juga, jika aku mengetahui bahwa yang bakal ditunangkan dengan aku dahulu adalah Kamil Hakim tentu wasiat itu telah lama aku tunaikan. Maafkan Maira abah. Aku cepat-cepat menyeka airmata supaya sesiapa tidak sedar aku sedang menangis sekarang ini.
“Mak insyaAllah hajat abah dan keluarga pihak lelaki akan tertunai, mak jangan sedih-sedih ya.”
“Mak bangga dengan Maira.” Aku menangis lagi, apa yang emak banggakan dengan aku ini, sedangkan aku seorang anak yang degil, anak yang tidak mendengar kata, yang suka ikut perasaan tapi emak masih berbangga mempunyai anak sepertiku. Aku merasa akulah anak yang paling jahat di alam ini, jika hendak dibandingkan dengan Imah jauh pangang dari api. Imah jauh lebih baik dariku.

“Mak nanti mak cakap la elok-elok dengan opah, maira tak dapat balik. Cakap juga dengan keluarga Pak Din Maira minta maaf banyak-banyak ya, mungkin Pak Din faham.” Pujukku kepada emak, memang kerja terus menuntut masa dariku, dalam seminggu tujuh hari aku berkerja. Penat memang penat tapi demi memastikan apa yang aku ingin lakukan untuk projek sahabat Encik Syukor ini aku harus korbankan banyak masa rehatku. Sudah ku rancang habis projek ini aku akan bercuti panjang, aku ingin bawa emak, opah dan adik-adikku ke Puket, tapi akan adakah percutian itu, sedangkan waktu perkahwinan Imah dan juga Kamil Hakim kian hampir walaupun mereka masih belum menetapkan tarikhnya. Opah takkan menunggu lama untuk tunaikan satu-satunya hasrat abah yang sudah lama terbengkalai disebabkan aku yang degil ini.
“Baiklah Maira nanti mak cuba cakapkan dengan opah ya. Takpelah Maira tentu Maira banyak kerjakan hari minggu nanti mak telefon lagi.”
“Terima kasih mak..Assalamualaikum..” Aku menyedut udara sedalam mungkin. Mahu menghilangkan rasa sesak yang bersarang diotak. Memikirkan tentang Pian lelaki yang bakal menjadi tunangku atau dalam waktu terdekat bakal menjadi suamiku.

“Maira..cepat la apa lagi terhegeh-hegeh tu. Buatkan abang air abang haus ni.” Jerit Pian marah dengan layanan kurang mesra ku padanya. Aku bosan bermain pondok-pondok asyik-asyik aku kena jadi isteru dia, tak mencabar langsung. Geram sungguh hadi isterinya balik-balik kena jaga suami balik-balik kena masak, kalau bab-bab macam ni elok sangat la diberikan watak sebagai isteri Pian kepada Naziah sudah tentu temanku itu sehabis baik akan melayan suami dan tak semena-mena Pian akan manjadi raja berhari-hari. Satu yang aku perasan tentang Naziah sejak aku diberi peranan menjadi isteri kepada Pian, Naziah sering menarik wajah kelatnya padaku dan aku pula mempamerkan wajah kelatku pada Pian. Dalam group kami Suffian lah ketua, apa-apa yang diajaknya main pasti dia yang menjadi ketua maklumlah diantara kami dialah satu-satunya yang lebih tua daripada kami. Aku tidak pernah membantah dia menjadi ketua sehingalah watak isterinya diberikan kepadaku. Dia mengugut jika aku tidak menerimanya dia akan memulaukan aku dari geng-geng kami. Takut dengan ungutannya aku dengan rela dan paksa mengikut sahaja kehendaknya dan natijahnya wajah kelat Naziah akan terus masam mencuka.
“Nah air!..” aku menyuakan juga walaupun dalam hati terasa ingin menjerit kuat melepas rasa yang berbuku dihati.
“Ayang nak jadi isteri derhaka ke..” soalnya secara tiba-tiba. Aku pula terkebil-kebil memandangnya.
“Eee meluatnya geli pula telinga di dengar berayang-ayang nanti ada juga yang melayang karang.” Aku jeling tajam pada Pian penuh dengan rasa geram.
“Abang tanya ni ayang nak jadi isteri derhaka ke..lain kali layan la suami elok-elok, syurga isterikan ditelapak kaki suami. Ayang tak nak masuk syurga...” cukup pandai Pian susun ayat-ayat cintanya, memang ku akui dia cukup pandai dalam bab-bab agama, sedari kecil Pak Din sudah ajarkan Pian mendekati surau dan masjid, setiap hari jugalah masuk waktu maghrib Pian dan Pak Din akan melintas dihadapan rumahnya ke surau berhampiran.
“Hah!..ye ke..” soalku bodoh. Aku segera menghampirinya lalu dengan kudrat yang ada aku angkat kedua-dua belah kakinya ke atas mengintai syurga yang disebutkannya tadi. Tak semena-mena habis baju dan seluar Pian basah disebabkan air ditanganya terlungkup dengan tindakan pantasku sebantar tadi. Pian bingkas bangun dari duduknya, mengesat air yang tumpah di baju. Wajah manisnya berubah riak. Aku tahu dia bengang dengan apa yang kubuat padanya sebentar tadi.
“Mana ada kau bohong.” Ucapku lantang sambil teman-teman yang lain terus berhenti dari mengerjakan peranan masing-masing.
“Apa lah kau ni Maira. Memang la tak nampak sebab kita bukan kahwin betul-betul.” Ucap Pian langsung tidak marah dengan tindakan ku sebentar tadi.
“Ok lah kawan-kawan kita sambung esok aja permainan kita ni, hari ni kita pendekkan waktu bermain kita, aku pun dah berlengas dengan air sirap bini aku ni, nak balik mandi..” ucap Pian disambut gelak rakan-rakan yang lain.
“Zie jom balik..” aku mengajak Naziah pulang, hari sudah nampak gelap patut pun Pian sudah tidak hendak bermain lagi rupanya matahari sudah lama terbenam. Pandai la dia kelentong yang lain-lain.
“Kau balik la sorang-sorang, aku balik dengan Odah ni.” Kata Naziah sambil berjalan beriringan dengan Saodah meningalkan aku sendirian yang terkebil-kebil memerhati langkah mereka. Ini memang kes berangin satu badan lah tu.

“Hoit! mengelamun jauh nampak...siapalah orang yang malang yang ada dalam fikiran Maira ni yea...kesian..kesian”. Aku mengurut dada. Kus semangatku apabila Naziah datang menyergah. Kalau dirumah pasti aku sudah membalingkan bantal pelukku padanya dipejabat bantal apa yang ada. Terpaksalah aku melupakan tabiat burukku apila disergah begitu.
“Kau ni dah berapa kali aku cakap.”
“Cop...cop...hoi cik kak sebelum kau marah aku biar aku cakap dulu, aku dah tercongok kat depan pintu bilikk kau ni dah naik kematu jari-jari aku ni ketuk pintu bilik kau, eh kawan berapa sen Encik Syukor bagi kat kau erk setiap kali mengelamun macam ni, kalau dia bagi gaji tinggi aku pun nak jugak la.” aku malas mahu membalas kata-kata gurauan dari mulut Naziah. Biar apa pun yang ingin dikatakan memang benar itulah satu-satunya hobi yang cukup payah aku tinggalkan.
“Pelik aku dengan perangai kau yang tak berfaedah tu. Sudah-sudah la Maira jangan dikenang cerita lama tu, tak baik untuk kesihatan tau..” ucapnya panjang lebar. Aku cuma diam seribu bahasa. Apa yang tak baiknya ada yang baik juga jika dikenang dan apa yang aku kenang itu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi, apakah Zie akan menarik muncung panjang apabila aku dan Pian akan disatukan nanti. Aku harap perasaan Zie pada Pian hanya waktu kecil-kecil dahulu. Aku tidak tahan jika Naziah menarik muncung panjangnya lama-lama.
“Apa hal Zie...”
“Takde apa, aku saja aja nak kacau kau.” Ucap Naziah selamba.
“Kau ni pun takde kerja ke asyik kacau aku aja, kan terkantoi dengan Encik Syukor macam hari tu tak serik-serik lagi erk.”
“Eh!..jangan sebut kuat sangat nama dia tu, kan tak pasal-pasal dia muncul. Dia tu bukan boleh diseru-seru namanya tetiba aja muncul mati aku.”
“Tahu kau takut..”
“Aku bukan takut la cuma segan aja sikit.” Aku menyambung kerja walaupun kerja yang bertimbun diatas meja itu langsung tidak menarik minatku. Persoalan tentang pertunanganku lebih memberat didalam kepalaku saat ini.
“Aku datang mula la tu buat-buat sibuk.” Naziah seakan merajuk dengan perlakuanku.
“La kau kan nampak, ni tengok bayak lagi aku nak kena hadap. Kau nak tolong.” Ujarku sambil menghulurkan fail ke arahnya. Nazaih mencebik.
“Yea la memang sibuk. Orang kuat bos katakan, masakan tak sibuk, sibuk dengan fail lah, dengan berangan lah, macam-macam lagi.” Aku cuma senyum.
“Ni ha, tadi abang Nikman, suruh aku kasi fail ni dekat kau.” Lalu fail yang dikatakan itu ditaruk atas meja. Aku memandang sambil otak mula berfikir.
“Fail apa..”
“Entah, aku tak tanya pulak, main ambik aja.” Aku mengambil fail yang diletakkan atas mejaku. Fail yang melibatkkan syarikat Encik Siddiq rupanya. Aku menarik nafas dalam apabila sebaris nama Encik Siddiq terlayar diingatan. Terasa meremang bulu roma mengingatkan sebaris nama itu.
“Kenapa Maira..dapat fail tu, muka kau lain macam aja..” tegur Naziah.
“Takde apa-apa lah. So ada apa-apa lagi...”tanyaku apabila Naziah diam membisu.
“Errr..takpe lah lain kali aja Maira lagipun aku ada kerja sikit nak kena buat.” Ujar Naziah sambil berlalu meninggalkan aku terkebil-kebil seorang diri. Lain macam pula sikap Naziah hari ini, seperti ada sesuatu yang dia ingin nyatakan tapi kenapa dia tidak terus memberitahu aku halnya. Aku menarik nafas dalam, jika Naziah berkeadaan begitu aku pasti ada sesuatu yang ingin diberitahukan kepadaku. Jangan-jangan pasal Kamil Hakim. Ah Zie aku dah tak nak dengar lagi perihal dia, biarkan dia dengan kehidupannya aku dengan kehidupanku, jalan kami berbeza. Fail diatas meja ku pandang sepi, mood untuk berkerja hilang begitu sahaja. Biarlah hari ini aku melayan perasaan daripada aku melakukan kerja tetapi sering silap. Hati dan perasaanku tidak berada di pejabat waktu ini. Aku segara mengambil tas tangan.
“Syikin..saya tak berapa sihat hari ni, kalau Encik Syukor cari saya awak bagitahu dia hari ni saya half day.” Sebelum aku melangkah keluar dari pejabat sempat lagi aku memberi pesan kepada Syikin. Dia hanya mengangguk.

Aku mengambil teksi ke tasik Titiwangsa, entah kenapa itu tempat yang menjadi distinasiku. Disinilah pertama kalinya aku dan Kamil Hakim berdating secara tidak sengaja. Kenapa dengan aku ini, adakah aku masih belum mampu melupakn Kamil Hakim dari hidupku. Ya Allah. Kuatkanlah aku untuk menerima suratan ini Ya Allah, jangan Kau membolak balikan hatiku setelah aku membuat keputusan untuk menerima mana-mana lelaki pun dalam hidupku. Aku memandang ke tengah tasik yang kelihatan tenang, waktu baru menjangkau ke angka tiga petang, masih belum ramai yang mengunjungi tasik Titiwangsa maklumlah bukan hari minggu. Perlahan-lahan aku melangkah, tidak tahu ke mana arah ingin dibawa kaki, akhirnya aku berhenti disebuah bangku. Sedang asyik melayan perasaan aku dikejutkan dengan rentapan kasar oleh sorang peragut yang meragut tas tangan ku secara tiba-tiba. Dengan debaran yang masih mengganas aku menjerit sekuat hati. Tidak ku hiraukan mata yang memandang, kakiku ringan sahaja mengejar lelaki itu walaupun aku tahu dengan berpakaian baju kurung aku takkan mampu menyaingi kelajuan peragut tadi, tapi aku telah nekad tetap akan mengejarnya selagi aku terdaya, mulutku masih menjerit meminta tolong, tidak adakah manusia yang baik hati tolong mengejar sama peragut tersebut. Walaupun tas tangan itu tidak mengandungi wang yang banyak kerana bukan lagi hari gaji tapi ianya tetap penting kerana didalamnya ada kad pengenalan malah yang lebih aku bimbangkan didalam tas itu aku masih menyimpan secebis nota yang diberikan Kamil Hakim padaku dahulu, begitu pentingkah Kamil Hakim dalam hidupku. Ah aku sepatutnya tidak lagi memikirkan dia, bila otakku mula memikirkan dia secara spontan dadaku terasa sebak. Rupanya aku masih belum mampu untuk memadamkan sebaris namanya dalam hidupku.
Larianku semakin perlahan, kelibat peragut itu sudah tidak kelihatan. Aku duduk terjelupuk ditanah, beberapa orang pengunjung disitu mendekatiku. Ada yang membantu mendudukkan aku, setitis dua airmataku mengalir lesu.
“Kenapa kak..” ujar salah seorang gadis berwajah bersih itu.
“Beg akak kena ragut dik...” ujarku perlahan dalam kelelahan.
“Akak tak apa-apa...”soal yang lain pula.
“Tak..akak tak apa-apa..terima kasih dik..” aku berdiri lalu dibantu mereka, menyapu baju kurung yang kelihat sedikit comot dan berkerenyuk. Tudung..aku betulkan tudung yang kurasakan mula menyenget, memeriksa agar rambutku tidak terkeluar dari anak tudung. Aku masih tunduk, mula memikirkan apa harus aku lakukan waktu ini. Zie..aku perlukan pertolongan zie, ah macam mana aku hendak menghubunginya telefinku sama diragut. Aku mula teringatkan Naziah yang masih berada di pejabat.
“Baik aka pergi buat laporan..” saran gadis cina itu. Aku memandang wajah gadis-gadis baik hati itu, mungkin baru pulang dari kuliah agaknya.

“Nah, tentu akak perlukan ini, ambillah saya ikhlas..” Dia menghulurkan not 50 ringgit kepadaku. Aku mendongak, menyapu airmata yang seakan tidak mahu kering.
“Akak pinjam dulu dik..nanti akak gantikan.”
“Eh takpe kak, saya ikhlas...ambillah kak...”
Aku masih lagi berat untuk menerima huluran dari gads itu, sungguh baik hatinya sedangkan aku langusng tidak mengenali siapa dirinya.
“Ambillah kak, jangan malu-malu, ini masa akak susah mana tahu esok lusa masa kami pulak.” Teman diseblahnya hanya mengangguk mengiakan kata-kata temannya itu.
“Betul tu kak, jangan fikirkan lagi, ambillah tentu akak perlukan duit tu, kami temankan akak ke balai polis ya.” kata gadis berbaju kurung hijau lumut itu. Wajahnya amat lembut, tentu dia seorang yang penyanyang.
Aku mengangguk perlahan, sungguh pertolongan tiga gadis itu aku amat hargai.
“Terima kasih dik..”
Aku mula melangkah mengikuti gadis-gadis itu namun tidak jauh aku melangkah ada suara dari belakang.
“Saudari..” tiba-tiba suara garau dari sisi mengejutkan aku. Aku tidak berminat untuk mengetahui panggilan itu ditujukan kepada siapa kerana saat ini hatiku sudah dihujani dengan pelbagai bebanan. Tapi mungkin sapaan itu ditujukan kepada gadis yang sedang berdiri disebalahku.
“Kak..tu...” aku berpaling ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh gadis itu. Ditangan dapat ku lihat tas tanganku yang telah diragut sebentar tadi. Aku menarik nafas lega, Ya Allah terima kasih menemukan kembali barangku yang telah hilang.
Aku mencapai tas tangan yang dihulurkan lelaki itu, segaris senyuman ku tujukan buatnya.
“Terima kasih Encik..” ujarku berterima kasih kepada lelaki yang baik hati menolongku.
“Maira...” sebaris namaku lancar disebut lelaki itu. Aku terus menatap wajahnya, mencari-cari dimana aku mengenali lelaki itu. Tiga teman baik itu meminta diri setelah dia yakin aku selamat bersama lelaki yang mengenaliku itu. Sebelum berlalu aku sempat meminta nombor telefon salah seorang dari mereka, aku berikan kembali not 50 yang dihulurkan mulanya dia menolak tapi setelah ku yakinkan yang aku masih ada duit dia menerimanya kembali, tentu dia lebih memerlukannya dari aku, mereka masih belajar. InsyaAllah, satu hari nanti aku akan menghubunginya untuk belanja mereka minum.
“Macam mana saudara kenal saya..”
“Maira tak kenal..lama ya kita tak jumpa sampai Maira langsung tak mengenali saya..” lelaki dihadapan aku cukup manis bila tersenyum. Kata-kata yang keluar dari dua ulas bibirnya itu membuatkan aku cuba lagi untuk berfikir siapa lelaki itu.
“Maaf, mungkin saudara kenal saya, tapi saya rasa saya tak pernah kenal atau jumpa saurda kat mana-mana.”
“Apa kata kita pergi minum..” ujar lelaki itu. Aku serba salah hendak menolak atau menerima, jika menolak aku seoalah-olah tidak menghargai pertolongannya itu, hendak menerimanya aku masih sangsi siapa dia sebenarnya.
“Maira jangan bimbang saya bukan orang jahat..InsyaAllah saya akan jaga Maira supaya tak terjadi lagi insiden macam tadi” Hendak tergelak pula aku bila dia mengatakan dia tidak jahat. Orang jahat manalah hendak mengaku dirinya jahat. Melihat dari raut wajahnya aku jatuh simpati, kejam sungguh aku jika aku menolak pelawaannya, sedangkan aku belum lagi mengucapkan terima kasihku padanya.
Awak jangan takut, kita pergi dekat-dekat sini aja, dekat ramai orang, kalau awak risau saya nak apa-apakan awak, awak boleh jerit. Nak pegang ic saya pun boleh. Aku ketawa kecil dengan ucapanya. Sampai begitu sekali dia ingin meyakinkan aku. Akhirnya aku mengangguk juga.
“Macam mana awak kenal saya...” Dia gelak kecil mendengar soalanku yang masih berbaur curiga.
“Maira tak kenal saya...” soalnya pula. Aku masih keliru takkan aku mahu merenung wajahnya lagi, bukankah elok kalau aku menjaga pandanganku. Sudah la wajahnya membuatkan sesiapa yang memandang akan terpaut hati. Tapi mata itu..mata itu mengintakan aku pada seseorang.
“Ya Allah..Pian..”lancar ucapanku, aku menekup mulutku seakan tidak percaya dihadapanku itu adalah Suffian. Dia masih lagi tersenyum memandang lalu mengangguk kecil.
“Ingatpun..”ujarnya sepatah lalu ketawa kecil masih bersisa dihujung bibirnya. Saat dan ketika ini wajahku merona merah. Inilah bakal tunangku dan bakal suamiku.
“Kenapa merah..ooo..maksud nama pun dah merah kan..merah jambu..” ah soalan bodoh terbit dari mulutnya. Aku semakin merona merah. Jika ada tempat untuk menyembunyikan wajahku sudah tentu aku akan melakukan itu. Aku langsung tidak memandang wajahnya, lidah ku kelu. Mengapa wajah itu lain benar lebih tampan dari yang dulu. Dialah yang dulu sering menjadi suami mainanku tetapi sedikit waktu lagi akan menjadi suami benarku. Read More..
 
Copyright 2009 Diari Hati