Tuesday, June 30, 2009

Hati Ini Milikmu 7

Rombongan pihak lelaki seramai 30 orang telah pun memenuhi perkarangan rumah Mak Jah. Sebanyak tujuh dulang hantaran kelengkapan bertunang tersedia ditelapak tangan anak-anak gadis disebelah pihak lelaki. Mak Jah lah yang paling gembira sekali senyuman dibibir tua itu tidak pernah lekang maklumlah bakal menerima menantu tidak lama lagi. Lagipula yang masuk meminang ini adalah anak datuk tentulah dia lebih berbangga lagi. Emy sedang leka membancuh air didapur walaupan ramai juga saudara maranya yang datang tapi tidak ramai yang membantunya hanya jiran-jiran yang mengenalinya, dia diibaratkan seperti orang gaji dirumah sendiri. Malah sanak saudaranya pula yang memerintahkannya melakukan semua kerja-kerja. Emy hanya menurut dia tidak mahu membantah setiap kali disuruh, dan juga tidak mahu merosakkan hari berbahagia kakaknya. Nadia siap berdandan rapi, dia terjenguk-jenguk mencari kelibat adiknya Emy yang tidak kelihatan, sudah dipesannya malam tadi agar tidak melakukan sebarang kerja, dia mahu Emy berada disebelahnya pada hari pertunangannya. Kepalanya terteleng-teleng mencari kelibat adiknya, ruang yang sempit dan dipenuhi dengan saudara maranya itu menyukarkan penglihtannya mencari Emy. Saudara maranya yang tidak tahu dia mencari Emy mengusiknya. ”Takkan lari gunung dikejar..sabar dah ada depan mata tu.” Usikkan itu disulami dengan ketawa sanak saudaranya yang lain. Nadia hanya tersenyum kelat, bukan bakal tunangnya yang dicari tapi adiknya yang dikasihi masih tidak nampak batang hidung sedari tadi.
”Emy mana tak nampak pun..”
”Ada kat dapur tu tengah siapkan makan.” Salina saudara jauhnya menjuihkan bibir.
Nadia mengeluh panjang. Dihari bahagianya Emy juga yang dikerahkan melakukan segala kerja. Nadia bingkas bangun dia ingin mencari Emy didapur.
”Eh! nak kemana tu, pihak lelaki dah sampai.” Salina menegah apabila melihat Nadia mula melangkah keluar.
”Sekejap aja nak cari Emy. Balasnya tanpa berpaling lalu meninggalkan suadara maranya yang terkulat-kulat.
”Adik.”.panggil Nadia perlahan. Emy menoleh kebelakang, dia tersenyum melihat kakaknya dengan pakaiann yang cantik dan solekan yang simple tapi menarik.”Adik buat apa lagi tu. Kenapa adik tak pakai baju yang akak belikan hari tu.” Nadia menghampiri Emy,tidak dihiraukan mata yang memandang. sanak saudaranya menumpukan perhatian mereka ke arah dua beradik itu. Apa pula yang dibualkannya oleh mereka. ”Sayang lah kak, Emy cuma duduk didapur aja, nanti pakai baju cantik-cantik pun kotor juga.” Nadia memegang tangan adiknya. ”Tinggalkan tu, Emy pergi tukar baju, akak nak Emy ada kat sebelah akak nanti.” Arahnya, pinggan mangkuk yang baru hendak disusun Emy dibiarkan begitu. ”Emy nak kena sediakan semuanya ni kak, nanti apa pula kata mak.” Sanggah Emy, dia tidak mahu Mak Jah melenting melihatnya duduk disebelah kakaknya nanti.”Emy tak sayangkan kakak ke?” Soal Nadia. Dia mahu berkongsi gembira bersama adiknya. Dah soalan itu pulak yang disoalnya Emy serba salah. ”Mestilah Emy sayangkan akak.” Katanya lembut.
”Kalau Emy sayangkan akak cepat pergi tukar baju, akak nak Emy duduk sebelah akak.
”Tapi kak..”belum sempat Emy membantah Nadia cepat-cepat memintas katanya.
”Takde tapi-tapi lagi. Cepat!.”
”Pergilah Emy, biar makcik yang tolong buat ni.” Makcik Senah menawarkan diri, entah bila Makcik Senah berada dibelakang mereka pun langsung tidak disedarinya. Nadia menarik tangan adiknya. Emy hanya membututi tanpa membantah. Dia sempat mengucapkan terima kasihnya kepada Makcik Senah. Bangun dari tidur pagi tadi lagi Emy sudah berangan duduk disebelah kakaknya, dia memang teringin menyaksikan acara pertunangan kakaknya, tapi belum pun sempat dia mengenakan baju pemberian kakaknya, Mak Jah telah menyuruhnya melakukan kerja-kerja rumah, sehinggalah dia sendiri tidak sedar majlis sudah hampir benar bermulanya.
Emy segera ke bilik mandi dan disitu jugalah dia menyalinkan pakaiannya. Dia terkocoh-kocoh naik ke atas apabila Salina memanggilnya. Nadia kelihatan anggun dengan busana kurung moden. Tampak cantik sekali. Emy duduk ditepi kakaknya sambil tangan mereka bertaut. Terasa sejuk tangan kakaknya. Sesekali usikan teman-teman dan sanak saudara menghilangkan sedikit rasa gugup dihati Nadia. Emy juga apa kurangnya baju kurung sutera pemberian kakaknya itu memang cantik tersalut dibadanya. Matanya yang bundar itu menambahkan lagi keayauan wajahnya. Sesekali Emy mencari kelibat emaknya takut juga jika Mak Jah menyedari dia lari dari tugas yang telah diamanahkan. Nadia tahu apa yang bergelodak dihati adiknya dia mengengam erat tangan adiknya sebagai semangat. Emy tersenyum manis. Keluarga dari pihak lelaki telah membuka bicara, mereka menyatakan hajat datangnya kesini, adakalanya diselangi dengan gelak ketawa mereka, apa yang lucu Emy sendiri tidak tahu hanya kedengaran gelak ketawa sahaja yang bergema. Mak Jah bukan main seronok lagi. Bakal tunang anaknya juga nampak kacak dengan berbaju melayu kuning langsat. Sekali pandang seperti pelakon hindustan Arjun Rampal. Emy juga turut terpegun. Tunang kakaknya begitu segak sekali.

Ayie duduk bertenggek dijambatan yang selalu dijadikan tempat melepaknya bersama Bidin. Ditangannya sebatang kail diperbuat daripada buluh cina dihalakan ke sungai. Bidin hanya tersengih apabila sesekali mata kail Ayie tersangkut pada ranting-ranting pokok senduduk yang tumbuh meliar ditepi sungai tua itu, setiap kali balingannya tersasar. Ayie hanya mempamirkan wajah selambanya. Hari ini dia tiada mood untuk bergurau malah aktiviti ini hanya untuk mengelakkan dirinya dari bertemu muka dengan ayahnya. Permintaan ayahnya terlalu berat untuk ditunaikan, dia sayang meninggalkan kampung tempat membesarnya. Dia lebih tenang disini berbanding dengn hidup dikota. Lagipun dia sudah mempunyai sebuah begkel motor walaupun keuntungannya tidaklah sebesar mana tapi dia cukup puas dengan hasil usahanya yang tidak bergantung pada orang tuanya. Selepas SPM dahulu dia bekerja sementara sebagi mekanik disebuah bengkel motorsikal milik taukeh cina yang baru sahaja membuka bengkelnya dipekan. Dari skill yang diperolehi itulah dimanfaatkan selepas dia memperolehi ijazah pertama dalam bidang perakaunan. Dan yang lebih sayang untuk ditiggalkannya adalah hobinya yang suka mengusik anak-anak gadis yang lalu lalang disekitar jalan kampungnya. Sesekali dia mengelengkan kepala apabila teringat akan riaksi anak-anak gadis sekarang, pantang diusik pasti tergoda dan yang paling sadia tidak sampai dua kali diusiknya telah menyatakan cinta kepadanya. Dia tersengih sendirian apabila terkenang akan kelebihan raut wajah yang dimiliknya. Cermin mata itu ditanggalkan lalu dikesatnya beberapa kali dengan t-shirt pagodanya. Sengaja dia mengenakan cermin mata yang berbingkai seperti cermin mata orang dahulu kala, walapun pernah ditegah oleh alongnya namun katanya itu sebagai menutup wajah tampannya dari pandangan liar anak-anak gadis dikampung itu. Bidin hanya memerhatikan tingkah laku teman baiknya itu, digelengkanya beberapa kali kepalanya, tadi dilihatnya muka si Ayie kelat semacam kini dah berubah pula dengan wajah yang tersenyum manis. Apa yang difikirkan oleh temannya itu langsung tidak dapat ditekanya.

”Eh! kau tak pergi ke majlis pertunangan abang kau tu. Manalah tahu nanti tersangkut pula anak dara yang ada kat situ. Aku dengar anak-anak dara kampung sebelah tu cantik-cantik. Bidin menyoal Ayie apabila teringat akan kedantangan keluarga Ayie petang semalam.
”Ah.. malas la aku nak pergi, bukan dia pergi nikah pun, cuma bertunang aja, nanti kalau aku pergi tertukar dengan aku pulak..”Bidas Ayie bersahaja. Bidin hanya tersengih ada betul juga kata-kata Ayie itu.
”Mak ayah kau lama ke balik kampung ni.”
”Esok balik lah kot. Kenapa?...Ayie memandang Bidin dengan kening yang sedikit terangkat.
”Takde apa-apa tanya jerk tak boleh ke..” Ayie hanya mendiamkan diri. ”Kau dengan mak ayah kau macam mana”
”Maksud kau?...”
”Maksud aku dia takde ajak kau tinggal bersama ke...”
”Ada, tapi aku malas la aku dibesarkan disini, lagipun nenek dengan atuk aku dah tua takde siapa pulak nak jaga nanti. Kau kan tahu orang tua takkan nak tinggalkan tempat kelahirannya duduk dibadar besar pulak tu, tentu tak panas lagi punggug dan suruh dihantarkan balik.” Kata Ayie lalu badanya dipusingkan menghadap Bidin. Batang kailnya dibiarkan tersadai dibidai jambatan.
”Eh ok lah tu nanti kau boleh naik kereta besar, dapat duduk rumah besar. Makan pun sedap.”
”Erk eleh kau ni, kalau kau nak sangat kau gantikan aku..boleh..”
”Eh! ada ke ,main ganti-ganti anak pulak. Kau ingat anak patung! Mana boleh....” Sanggah Bidin sambil menepuk bahu rakannya itu. Ayie hanya tersenyum kelat. Sepi seketika.
”Bila nak langsungnya tu..”
”Kan dah berlangsung tu bila apanya lagi.”
”Tak.. maksud aku bila diaorang nak nikah, tak sabar aku nak makan nasi minyak ni.”
”Emm..entah la, tapi kalau tak silap aku, nenek cakap bertunang setahun...”
”Perh lama tu, setahun..kalau aku... tak sabar lah nak kahwin. Boleh tahan ke abang kau tu.”
”Isk kau ni kalau dah tak tahan sangat baik kau kahwin aja, Milah tu pun dah lama nak kan kau. Tunggu kau kata yea aja..usik Ayie lalu ketawanya meletus.
”Isk! Milah pulak..takde yang cun lagi ke.” bebelnya.
”Malas la aku layan kau, aku nak balik ni malam karang kita jumpa lagi. Tapi kalau ayah ngan mak aku ada tak jadilah aku kelaur yea.” Bidin hanya tersengih, dia juga mengekori Ayie menghayunkan langkah pulang ke rumah.

2 comments:

::cHeeSeCaKe:: said...

ayie hero ek?
die ni yg buli emy aritu kn?

teeh said...

nk ag leh..
best cte ni.

 
Copyright 2009 Diari Hati