Monday, June 13, 2011

Pion oh Pion 18

“Ija..ooo Ija..mana pulak perginya budak bertuah ni..Ayu adik kamu mana…” Soal Rosminah pada anak sulongnya. Rambutnya yang sedikit terkeluar itu diselitkan ke dalam tarbus. Entah ke mana pula hilangnya anak daranya yang seorang itu. Langsung tidak menampakkan wajah selepas bersarapan tadi. Marayau aja kerjanya bukan nak lekat dirumah. Malu pula pada tuan rumah terutama emak si Zaini tu, selalu juga bertanyakan Ija itu ini. Entah kan jadi entahkan tidak hasratnya bersama Zaini. Kalau perangai anak gadisnya serupa jantan. Pening sungguh kepalanya memikirkan tentang si Ija. Kan senang kalau anak perempuannya itu berperangai macam anak sulongnya Ayu ni.

“Entah la mak, dari tadi Ayu tak Nampak adik..kat belakang agaknya.”
“Buat apa dia kat belakang tu, pandai lah dia nak ngelat kena masak la tu agaknya..Ayu pergi cari adik kamu kita sama-sama duduk dapur Bantu makcik Zaini dengan nenek.” Arah Rosminah tanpa berbasa basi lagi dengan Ayu.
“Ala mak,.sekejap lagi dia datang la tu”
“Takde sekejap-sekejap..pergi panggil sekarang, anak dara apa pemalas sangat, kita ni kat rumah orang bukan kat rumah sendiri, ringan-ringan la tangan tu sikit tolong tuan rumah kalau anak jantan takdenya mak nak bising macam ni. Kamu semua anak dara, esok lusa nak jadi bini orang, jadi mak orang, kalau tak belajar dari sekarang bila lagi. Dah Ayu baik kau pergi cari adik kau sekarang sebelum mak membebel lebih panjang.”
“Yea lah..yea lah..orang nak pergi lah ni.” Belum pun sempat Ayu keluar dari biliknya Ija sudah tercegat didepan pintu bersama sengihan yang panjang.

“Hah! panjang pun umur kau…Nasib baik kau datang sendiri kalau tak aku dah tarik hidung kau kat belakang rumah tadi.” Bebel Ayu pada adiknya.
“Per hal..” Soalku bersahaja.
Amboi anak lelaki ke perempuan kau ni Ija. Apa yang kasar sangat cakapnya tu. mak tak ajar tau..” Emak dah marah dah. Itulah mulut lancang sangat, cakap tak pandang langsung.
“Mak..orang tak sengaja la..”balas aku sambil mengigit jari langsung tak perasan kelibat emak yang sedang tercegat bagaikan patung cendana. Kak ayu tersengih
“Kau ke mana..orang sibuk-sibuk kat dapur kau pergi merayap tak tentu hala. Cepat pergi tolong nenek kat dapur tu, jangan nak tunjuk malas kau depan orang erk.”

“Ala mak..Ija mana pandai masak. Kalau kat rumah pun bukan orang yang masak tapi kak ayu, mak suruh la kak ayu yang masak erk.” rayuku. Aku bukannya apa malas sesangat masuk dapur nanti kena buat itu ini. Benda yang aku tak suka la yang disuruhnya. Kalau disuruhnya aku ke kedai ke, jalan-jalan ke kan best takde lah aku nak tarik muka empat belas. Mak ni..geram betullah. Aku nak masak apa.
“Kalau tak reti belajar, bukannya asyik menolak aja bila diajak. Cepat..turun ke dapur mak tak nak tengok anak-anak mak jadi pemalas macam ni. Cepat pergi Ija..Ayu..”
Aku cemberut.. itulah masalah utamaku, pantang kena duduk didapur mula nak tarik muka enam belas. Kalau tak memikirkan dimana aku berada sekarang rasanya dah lama aku melepak bersama Not. Hai rindunya aku pada kome..
“Tunggu apa lagi, cepat la..”kak Ayu menolak bahuku. Aku menjeling tajam ke arahnya. Tahulah dia tu padai serba serbi jangan la berlagak sangat.

“Masak apa tu nek ..” sengaja aku menyoal beramah mesra la kononya. Nenek awang tersenyum. Ada can lah nampaknya aku duduk bersembang dengan orang tua ni tak payah la aku susah payah nak perah tenaga masak tu masak ni. Dan tentu nenek tak bagi aku buat kerja punya. Nenek kan sayang aku.
“Ija, mai cu, mai sini duduk dekat nenek..”alamak tersalah ayat ke sampai nenek minta aku duduk disebelahnya. Jangan lah dia minta aku buat itu ini. Mati aku. Kak Ayu sudah tersengih-sengih macam tahu-tahu aja apa yang ada dihatiku.
“Nenek nak masak pejeri nenas, rendang tok, ayam percik…”belum pun sempat nenek menghabiskan ayatnya aku sudah kecur liur. Alahai lamanya aku tak merasa itu semua.

“Nah!..”sebiji kelapa yang sudah dikupas diletakkan keatas pehaku. Aku tersengih lalu mengambil kelapa itu. Nak buat apa dengan kelapa ni nak main bowling ke. Bergurau pulak nenek ni, nasib baik la kelapa tu tak besar dan tak berat mana. Aku pegang kelapa lalu ku golek-geleknnya. Aku tersengih-sengih. Dah jadi barang mainan pulak. ralit pula aku bermain buah kepala.

“Hoit!..” jerkahan nenek begitu memeranjatkan aku. Sengihanku terus mati. Aku menatap wajah nenek yang memandang bagaikan ingin mengatakan sesuatu.
Kak Ayu sudah terburai ketawa.emak menjeling geram dengan tingkahku yang lagaknya seperti ayam berak kapur. Mata pula terkebil-kebil. Emak memuncungkan mulutnya seperti ingin memberitahu aku kelapa itu hendak dibuat apa. Tapi aku mana reti bahasa isyarat macam tu muncung sana muncung sini. Aku tak sempat belajar bahsa isyarat itu pun. Aku hanya tersengih. Kak Ayu masih ketawa gelihati dengan wajah selambaku. Nenek awang didepan mata masih terkebil kebil.

“Ros, anak kamu tak pernah diajar ke dapur ke…”tiba-tiba nenek Awang menyoal emak. Aku terkesima. Mai aii sampai begitu sekali dia bertanyakan emak.
“Err…Ija ni memang macam tu makcik, dah berbuih mulut saya ajak dia ke dapur tapi itu lah asyik ngelat aja, saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi makcik.” Jujurnya jawapan emak hingga membuatkan aku jadi termalu sendiri.
Nenek awang cuma menggeleng. Mungkin tidak senang dengan jawapan emakku.
“Hari ni Ija kena belajar, apa yang nenek suruh Ija mesti buat tidak kata tidak.” Lembut nenek Awang bersuara. Aku mengangguk laju. Mungkin terasa malu apabila kekuranganku diketahui nenek awang. Selama ini tidak pernah aku rasa malu begitu.
“Ija pergi kukur kelapa tu dulu. Kukuran ada kat tepi sana.” arah nenek Awang.

Kukuran..apa kebenda tu. Peluh mula memercik, apa aku nak buat ni nak ambik apa bukan aku kenal kukuran yang disebutkan nenek tu. aku pandang wajah emak mengharapkan simpati namun emak sengaja buat tak endah. Emak betul-betul nak balas dendam agaknya. Aku tersengih tatkala ternampak hanya benda itu satu-satunya terletak ditepi dinding seperti yang diarahkan oleh nenek. Dengan bangga aku melangkah menghampiri.
Sempat aku mengerling pada dua orang perempuan kesayanganku Kak Ayu dengan emak entah apa yang dibisikkan, aku tidak mengendahkan mereka berdua. Makcik Zaini belum menampakkan wajah ke mana pula orang tua tu pergi pasti keluar dengan anak bujangnnya best juga takde makcik Zaini takdelah aku bengang sangat.

Kukuran kelapa aku kelek dah macam aku kelek papan skateboard dah. Emak hanya menggeleng sambil membulatkan matanya. Kak Ayu tak payah cakap lah dia makin sambung ketawa tapi nasib baik la dia pandai control kalau tidak boleh pengsan nenek awang ni dengar dia ketawa.
“Macam mana ni nek..” aku mula bertanya apabila aku kebingungan tidak tahu hendak dimulakan dari mana.
“Bawak sini kelapa tu ke mari.”

Aku segera menghampiri nenek lalu menghulurkan kelapa tua seperti yang diminta.
“Belah dulu kelapa ni. Cara-cara nak belah tu macam ni kamu cari mata kelapa yang ganjil tu ada satu jalur kamu ketuk kat situ nanti dia terbelah.” Ajar nenek pada diriku yang tak tahu satu apa pun. Kalau kat kampong mak beli kat kedai aja yang dah siap dimesin. Kan senang kalau macam tu, tapi takpe lah mungkin kat sini belum ada yang pandai mesin kelapa agaknya.
Aku mengambil posisi seperti yang ditunjukkan. Berusaha menampilkan persembahan terbaikku. Tapi bukan satu jalur yang ada berjalur-jalur. Alahai emak tolonglah anak mu ini. Hmmm aku menarik nafas sedalam mungkin hentam ajalah yang mana satu, asalkan ada jalur dah betul lah ni kalau aku ketuk jalur-jalur tu. Aku menghayunkan parang yang diberikan nenek sekali ketuk terbelah 3..mak aii ganasnya aku. Kak Ayu ketawa terbahak-bahak. Nenek awang cuma mampu gelengkan kepalanya. Betul-betul kuat aku hempuk kelapa tadi. Malu seh..tapi aku coverkan aja mana yang patut.

“Dah pecah macam ni tak boleh nak kukur lagi ke nek.”
“Boleh tu boleh tapi larat ke kamu nanti, nanti kelapa tak terkuku tangan kamu pula yang hancur.”
“Hmm..nenek jangan risau Ija akan setlekan kelapa ni yea…”
“Macam mana nak setle hari ni baru belajar belah kelapa dah jadi macam ni.” Nenek bagaikan menghancusskan semangatku yang baru berkobar-kobar untuk menjadi seperti ceff Wan.
“Ayu pergi ambik sebiji lagi kelapa. Nenek nak ajar adik kamu ni.” Kak Ayu pantas bergerak ke arah selonggok kelapa. Aku cuma telan liur, banyaknya, mana larat aku nak kukur sebanyak tu. yang sebiji ni pun belum mahir lagi.
“Nek..nak buat apa kelapa banyak sangat tu nek..takkan kita nak buat kenduri.”
“Ermmm..kenduri kamu tu lambat lagi, belajar masak dulu.” Aik lain macam aja bunyinya. Aku tak tanya kenduri aku pun…tapi kenduri aku kenduri apa..ada ada ajalah nenek ni.
“Nah nek.” kak Ayu hulurkan sebiji kelapa seperti yang diminta oleh nenek.
“Ija…cuba lagi.”
“Aihh..tak membazir ke nek kalau Ija belah jadi macam tadi.”
“Nak jadi pandai bukannya sekali buat aja Ija, cuba lagi. Kelapa masih banyak tu.” nenek masih memerhatikan diriku. Nenek ni suka membazir ke..orang diluar sana punyalah susah nak dapatkan santan nenek kat sini boleh bazirkan macam tu aja.
“Yang dah berkecai-kecai tu nanti nenek suruh Is hantarkan ke kedai Usin.” Nenek Awang bersuara. Macam boleh baca pulak apa yang aku fikirkan. Hmm.bahaya ni. Tak boleh nak kutuk sebarangan orang tua ni, nanti dia tahu tak pasal-pasal pulak aku kena.

Berjaya juga aku membelah kelapa menjadi dua bahagian, aku tersenyum bangga. Kak Ayu mencebik. Kalau setakat belah kelapa aku pun boleh..itu agaknya yang bermain dikepala kak Ayu sekarang ni.
“Duduk sini..” nenek Awang mengarahkan aku duduk diatas kukuran kelapa itu. Aku mengangkang sambil kedua lututku tegak berdiri.
“MasyaAllah..apa yang teruk sangat cucu aku ni.” Aku pandnag wajah nenek. Tak betul ke aku duduk.
“Duduk tu biar la sopan sikit, awak tu anak dara Ija, mak mentua nampak lari lintang pukang dia nanti. Memang la kalau mak mentua lalu lintang pukang tapi kalau balak yang lalu dah tentu kena terkam kan.. haii gatal jugak aku ni kan. Hehehe
Nak duduk macam mana lagi macam tu ajalah.
“Duduknya macam ni sayang…” nenek betulkan dudukku. Alahai banyaknnya aku nak kena belajar, kukur kelapa pun dah banyak aku buat silap inikan benda lain-lain lagi. Teguran yang diberikan membuatkan aku lemah semangat. Aku ni bukanya boleh ditegur-tegur mula lah naik rimas.

Aku mula duduk seperti yang diarahkan, emak dan kak Ayu buat-buat sibuk sedangkan aku tahu ketika ini mereka gelakkan aku. Percutian apa macam ni, ini bukan percutian mak ini deraan. Aku laung dalam hati apabila mengenangkan ajakan emak dahulu, katanya mereka semua mahu pergi bercuti. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku berteriak di sini. Nenek masih membetulkan kedudukanku. Bagaikan duduk diatas pelamin pulak rasanya. Sakit pingang aku duduk bersimpuh macam tu. Senget sebelahla la aku berjalan nanti. Sedang nenek betulkan duduk aku Encik Ahmad tiba-tiba muncul. Dia tergelak sakan. Aku jadi malu sendiri. Betul-betul mangkuk hayun la Encik Ahmad ni. Nak gelak tu cover-cover la sikit.

“Alahai nek sopannya budak tu, anak dara siapalah yea.” Aku merenung tepat ke wajah Encik Ahmad. Mulutnya takde insuran langsung la. Kak Sal menepuk bahu Encik ahmad sekadar menegur agaknya. Encik Ahmad masih dengan selamba badaknya. Aku merenung wajah emak, emak berwajah kelat. Entah mungkin terasa dengan kata-kata Encik Ahmad itu agaknya. Maafkan Ija mak, Ija dah malukan mak.
“Nenek nak buat apa tu..” Sola Kak Sal. Aku hanya menundukkan kepala.
“Nenak nak ajar dia kukur kelapa ni. Kau berdua ni dari mana Mad..”
“Hmm..kami dari pekan tadi, ramainya orang berasak-asak jugalah nak membeli.” Terang Encik Ahmad panjang lebar. Kak Sal sudah berlabuh disebelahku. Dia tersenyum manis.
“Cepat kukurkan kepala tu.” Arah nenek apabila melihat aku masih belum melakukan apa-apa lagi.

“Kan senang kalau nenek hantar aja ke kedai tak pun nenek beli santan yang dalam kotak tu.” Aku sekadar memberi cadangan.
“Budak ni, yang tu memang la senang nak dapat, tapi tak sama dengan santan segar ni. Terbaik dari ladang. Uihh…pandainya nenek. Aku tergelak kecil.
“Apa tunggu lagi..cepat la”
“Macam mana ni nek. Ija mana pernah buat benda-benda ni semua.”
“Macam ni Ija..” Kak Sal mengambil kelapa ditanganku. Dia menunjukkan cara-caranya mengukur kelapa, sekali…. dua kali.. dan kali yang ketiga dia serahkan padaku.
“La akak tak nak habiskan ke..”usikku. Dia cuma ketawa.
“Kalau isteri saya yang habiskan awak nak buat apa..tengok aja.” Tegur Encik Ahmad. Aku hadiahkan jelingan tajam. Sakit sungguh hati aku. Kenapalah aku ni sering aja sangkut dengan Encik Ahmad. Asyik-asyik tengok muka dia. Boring betullah.

*****
Petang yang membosankan. Emak dan makcik Zaini entah ke mana menghilang sejak makan tengah hari lagi. Kak Ayu pula terbungkam atas katil tanpa riaksi. Sah tidur mati dia tu. Kalau ikutkan mata aku ni sepatutnya dah lama terkulai tapi tak tahu apa pula penyakitnya kali ni tak nak tertutup pula. Aku duduk diberanda rumah sambil menompang dagu itulah satu-satunya kerja yang boleh aku buat saat ini. Hendak menungang basikal atuk Dasuki dah dirantainya awal-awal. Takut sangat aku jahanamkan basikal dia agaknya. Nak menyakat Encik Ahmad tak nampak pula kelibat dia dan kak Sal. Apa punya percutian lah macam ni kalau masing-masing asyik dengan kerja masing-masing. Tak syok langsung la. Menyesal pula aku ikutkan mereka datang sini, tapi itulah aku dah janji dengan mak, takkan nak mungkiri jugak. Terpaksa la duduk terperap macam ni. Aku ketuk meja mencipta irama yang aku sendiri tidak mengerti. Gasak ajalah asalkan ada bunyi. Sambil bernyanyi kecil mataku tetap melilau mencari kelibat si Awang. Tak nampak batang hidung pun dia ni sejak makan tengah hari tadi. Entah-entah dia pun sama tengah melayan mimpi macam kak Ayu agaknya.

Bosannya macam ni, aku nak cakap dengan siapa ni.. sendiri tanya sendiri jawab.
Tapi bila sebut aja pasal si awang ni best pulak kalau aku fikirkan tentang dia. Aku bayangkang si awang tu lembik macam pompuan, pakai kasut tumit tingi mekup sana sini tentu cun. Tapi memang cun pun kalau dia jadi pompun bibirnya merah mengalahkan perempuan. Kalau bibir merah dah sah la dia tak merokok kan. Aku kan suka lelaki tak merokok tapi ngapa dengan si awing ni aku takde kuch kuch hota hai pun. Langsung takde deria rasa. Sebab aku tak suka dia kot.

Hmm.macam mana ni aku nak cari pakwe dalam masa tiga bulan. Mampu ke aku yang tak cun dan terlebih lelaki ni memikat lelaki, belum tentu lagi pakcik jual tempe sebelah rumah aku tu terjatuh hati kat aku, inikan pula lelaki muda kacak bergaya. Aku hanya mampu gigit jari. Otak dah tak mampu fikirkan apa-apa lagi. Aku cuba pejam mata seketika tatkala angin petang mula menghembuskan nafasnya menyapa lembut pipiku. Wahh mata cam dan kuyu ni, layan tidur sebarang dua best juga kan. Mulut mula menguap nguap ni. Aku alihkan kaki ke atas bangku supaya selaras dengan dudukku. Aku pandang kiri kanan mencari-cari kelibat manusia yang bakal menegurku andai mereka melihat aku berkeadaan begini. Line clear, aku mencari keselesaan diri.

Baru sahaja hendak melayan mimpi sayup-sayup kendengaran petikan gitar, aku tak endahkan, aku biarkan sahaja bunyi itu menganggu seketika tapi semakin lama semakin tak tahan pula telingaku ini. Kugiran dari kampong mana pula mengacau orang nak tidur ni. Aku bangun tak jadi pula nak bermimpi sebarang dua. Aku mecari-cari dimana bunyi alunan yang begitu mengasikkan. kakiku melangkah perlahan –lahan turun ke tanah mengikut arah datangnya bunyi yang ditiup angin. Terhendap-hendap aku dibuatnya. Bukan senang nak mencari kelibat orangnya dah la terlindung dek pokok pisang banyak nyamuk pulak tu, macam mana la mamat tu tahan dengan nyamuk begini punya banyak. Aku menyabarkan diri walalupun disengat lebah aku tetap mahu melihat siapa gerangan yang sedang bermain gitar kapok tu. best siot. Takkan aku nak biarkan daripada melangut sorang-sorang kat situ baik aku tumpang sekaki layan lagu sebarang dua.

“Buat apa terhendap-hendap kat situ, kalau iya pun nak dengar datang la sini. Nak malu apa.” Suara jantan yang cukup aku kenali. Terperanjat juga lah aku bilamana pemain gitar itu menegurku. Aiseyman rupanya si awang yang petik gitar tu, aku ingat mamat hensem mana lah tadi. Kalau aku tahu dia yang main tak hingin aku nak terhendap-henap macam ni tau..membazir darah aja sedekahkan pada nyamuk. Dah berbiji-biji lengan aku ni dengan warna merah bekas gigitan nyamuk.
Aku tersengih-sengih apabila matanya merenung tepat ke arahku. Malu siot tak sedar aku rupanya asyik sangat mengendap aku dah hamper benar dengan tempat dia menyanyi. Ini kaki punya pasallah berjalan tak ada lampu isyarat langsung main ikut sedap berjalan aja.
“Marilah Ija..”Awang memanggilku. Aku tak tahu nak buat apa blah dari situ atau duduk sama-sama dengan Awang.
“La apa layan menung dalam hutan ni pulak. teringatkan mata air ke. Kalau iya pun nak berangan tunggu lah malam sikit.” Mak aii sedapnya mulut si Awang ni mengata aku. Ooo main kasar nampak. Ini Ija lah pantang dicabar tau.
“Apa barang menung-menung ni cik Awang, aku tengah fikirkan sesuatu lah ni..”

“Fikir sesuatu..fikir apa..”
“Boleh tuju lagu…” pintaku bersahaja.
“Hahahaha..nak tuju lagu rupanya..berapa awak nak dua..tiga.. sepuluh.” alahai bongkaknya dia ni. Aku mula melangkah, kalau adik aku dah lama dah aku jentik mulut dia tu, berlagak nak mampus la.
Itu lah tengah duk fikir-fikir ni. Suara tu sedap ke idak, kang kalau aku mintak 3 lagu tapi suara sumbang tak guna jugak kan. Hmmmm..nak tuju berapa lagu erk. Aku mula bertenggek di atas tunggul sambil sengaja aku mengerutkan muka konon-kononnya sedang berfikir untuk meminta lagu darinya. Si Awang masih tetap tersenyum. Menyampah pulak aku tengok. Kalau tak kantoi tadi dah lama dah aku blah dan jika aku tahulah yang main gitar itu dia tak hingin aku melangkah ke sini.
“Macam nilah Awang kita test dula lah yea sedap ke idak suaranya tu.”
“Hai nak kena test juga ke. Tak payah lah test awak cakap aja lagu apa awak nak saya nyanyi.”
“Mana boleh macam tu Awang, suara kau aku tak pernah dengar, jadi lebih baik aku test dulu.”
“Hmm…baik lah..awak nak test saya nyanyi lagu apa.”
“Aku bagi yang mudah aja ..do..re..mi..boleh” sengaja aku pekena kannya.
Hik..hik..perut aku dah geletek tengok muka si Awang berkerut. Padam muka dia berlagak sangat.
“Itu aja ke..senang sangat tu.”

Awang mula petik gitar, dan saat itulah suara jantannya bergema. Bukan lagu yang kuminta dinyanyikannya tapi sebuah lagu yang aku tidak pernah dengaar sehingga jantungku yang stabil sejak tadi berdegup tidak menentu. Sedap pula lagu “Debu Debu kasih” dinyanyikannya sehingga aku terpaku. Bergetar kepala lututku. Suaranya memang power langsung tiada cacat celanya. Aku tidak sedar bilamana dia sudah menghabiskan lagunya. Rasanya tak puas dengar petikan gitar bersama suara emasnya. Kalau dia jadi penyanyi sudah tentu ramai yang jatuh hati pada suaranya. Kalau korang tak caya aku kata best lagu ni cuba korang search dalam youtube, grenti jatuh hati punya…terbaik dari ladang..hahahaha
“Ha macam mana Ija pass tak..”soalnya memecah angananku. Aku angguk laju. Macam mana pula aku boleh bersekongkol dengan dia pulak.
“Suara sedap tapi nyanyi dalam hutan. Entah apa-apa..” Aku sengaja mencari balah. Tidak mahu dia perasan kemerduan suaranya membuatkan aku hamper-hampir lentok tadi wei.
“Hahahaha..kalau saya nyanyi tempat terbuka dah tentu awak tak dapat hayati suara saya yang sedap ni kan sampai nyamuk gigit pun tak terasa.” Usiknya aku termalu sendiri.
Aku belum puas untuk mendengar sekian kali lagi suaranya. Baru nak minta tambah satu lagu dia sudah berdiri.

“Jom balik.. lagi lama awak kat sini nanti kering pula darah awak tu.” Ajak Awang sambil mengelek gitarnya.
“La dah sudah ke..”
“Iya lah..nak lagi..”tanya Awang lembut. Aku tidak menjawab. Segan gilerr..
“Satu tu cukup la…nak lebih-lebih kena bayar tau. Nasib baik saya tak minta upah kalau saya minta tadi tak terbayar awak.” Berlagak pulak mamat ni. Aku sekeh kang.
“Saya nak simpan suara saya ni untuk seseorang yang saya sayang. Saya nak dia ingat sampai bila-bila kenangan kami.” Aku tertegun. Layan perasaan pulak mamat ni. Baru puji sikit dah macam tu. tapi untung lah siapa yang jadi pasangannya. Suaranya sedap weii..sebiji macam Sham Visa. Aku suka la…

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati