Thursday, October 13, 2011

Peon Oh Peon 19

“Apa buat ramai sangat kat sini mak, macam nak buat kenduri kahwin aja ni.” aku gelak kecil melihat Encik Ahmad dan isterinya juga berkumpul sama. Semua mata tertumpu padaku. Aku jeling sekilas pada Awang yang duduk bersila disebelah atuk Dasuki. Takdelah hensem sangat pun dia ni, yang Ku Nor bekenan sangat tu tang mana.
“Memang pun..”jawab emak sepatah aku cuma tersengih. Kak Ayu senyum manis, kalau wajahnya berseri-seri dah tentu hal kahwin mawin ni hal kak Ayu. Tentu makcik Zaini nak sponser majlis kahwin kak Ayu maklumlah makcik Zaini kan rapat sangat dengan mak takde anak perempuan pulak tu.
“Sedapnya mak, itu kueh kegemaran Ija tu..mak masakkan untuk Ija erk..” kataku tanpa mengendahkan mata-mata yang memandangku. Memang muka tak malu. Iayalah siapa tak pandang hari ini aku dipaksa lagi memakai baju kurung. Rimas memang la rimas tapi nak buat macam mana ini rumah orang terpaksa juga lah ikutkan, kalau rumah sendiri dah lama aku sinsing lengan baju kurung sampai ke bahu. Tapi kat sini aku kena sopan la sikit lebih-lebih lagi depan si Awang yang suka curi pandang tu. Menyampah betul.
“Duduk itu elok-elok sikit Ija kang mak cubit baru tahu.” Aku betulkan duduk, terlupa sebentar dimana aku berada. hahaha

“Lambat lagi ke boleh makan nek..” Dengan selamba aku bertanya, godaan kueh seri muka semakin mencabar keimanan.
“La dah lapar cucu nenek ni...”nenek dan atuk Dasuki ketawa, tapi yang tak tahannya jari jemari emak sudah merayap ke peha ku dan dengan tidak disangka-sangka satu cubitan tertusuk ke pahaku. Aku mengaduh. Emak menjeling keras. Aku tahu memang salahku, selayaknya aku bersopan dihadapan tuan rumah tapi nak buat macam mana perhimpunan yang sunyi sepi bagai dilanda garuda, entah apa la yang dibincangkan tadi, nasib baiklah aku ketinggalan tadi, daripada aku bertanya tentang itu baik aku datang makan aja kan senang tak payah la aku nak pening kepala macam diaorang yang diam sedari tadi. Macam la besar sangat masalahnya tu. Aku dah anggap mereka-meraka ini sudah seperti kaum kerabatku, jadi tak perlulah bersopan sangat.
“Nah Ija makan lah..” nenek suakan kueh seri muka padaku. Aku sambut dengan senyuman. Kak Ayu menjeling. Marah nampak. Aku sengih sempoi sengaja menyakiti hati kak Ayu.
“Siapa buat ni nek..sedap..”mataku beralih pada si Awang yang masih diam membisu, hairan juga aku kenapa masing-masing sepi aja, seperti meratapi sesuatu, mana perginya kecerian mereka. Makcik Zaini turut diam membisu. Betul-betul masalah besar ni.

“Nek petang nanti jom kita pergi mandi air terjun. Lama dah Ija tak merasa mandi air terjun.” nenek ngan atuk Dasuki berpaling menatap wajahku. Aku tayang gigi. Dah semua sepi baik aku yang buka mulut. Bukannya selalu aku dapat mandi air terjun mak pun bukannya nak kasi sangat aku pergi tempat-tempat macam tu, takut aku dibawa air lah, itulah inilah.
“Boleh jugak tu” Encik Ahmad tiba-tiba menyampuk. Aku cuma menjeling Encik Ahmad
“Orang tak ajak bos pun..” kataku segera. Isterinya ketawa kecil. Encik Ahmad menjeling geram tak puas hati lah tu aku kenakan dia kali ni.
“Boleh...kita pergi ramai-ramai nanti, tapi sebelum tu nenek nak tahu dari mulut Ija sendiri, Ija setuju tak..”soal nenek matanya tunak memandang wajahku.
“Setuju lah nek, apa tak setuju pulak..orang buta aja yang tak setuju, tak baik tolak permintaan orang kan nek..”kataku sambil gelak kecil. Nenek dan atuk dasuki tersengih memanjang.
“Alhamdulillah...”ucap makcik Zaini. Dia tersenyum lebar. Emak merenungku hairan tidak percaya agaknya aku setuju untuk pergi ke air terjun bersama-sama. Dah lama aku nantikan. Harap-harap mak tak marah kali ni.
“Betul ni..”soal mak pula.
“Betullah mak Ija setuju…dah tak sabar rasanya.” Kataku ceria. Kak Ayu memandang hairan. Ah! aku peduli apa dengan pandangan kak Ayu, dia memang dengki lah tu, tapi yang tak sedap pandangnya Awang juga melirik padaku dengan senyuman yang tak dapat ku tafsirkan apa maksudnya.

“Kalau macam tu Ros, mak rasa baik kita sarungkan cincin tu, tak payah la buat majlis bertunang kita sarungkan aja, cincin ni tanda jadi. Tiga bulan dari sekarang kita dah boleh buat persiapan.” Tutur nenek lalu menghulurkan sekotak cincin berbaldu merah ke arah emak. Emak mengangguk kecil. Kotak baldu kecil itu dibuka nenek lalu terlihatlah oleh aku sebentuk cincin permata satu. Emak senyum kelat. Aku terkebil-kebil apabila tangan nenek sudah memegang tanganku. Perlahan-lahan cincin disarungkan ke jari manisku. Aku terkesima. Makcik Zaini tersenyum gembira. Dan mereka-mereka yang ada turut senyum sekuntum.
Apa makna semua ni.. tiga bulan dari sekarang, cincin apa pulak ni. Pening memang pening kepala ku terasa berpusing-pusing. Cincin apa yang tersarung ke jari manisku. “Tak..tak mungkin...”jerit hatiku. Emak memanggil lembut namaku, mengembalikan aku ke dunia nyata.
“Salam nenek..salam atuk..makcik Zaini...”ucap emak perlahan ditelingaku. Aku masih lagi terkebil-kebil. Lantas saranan emak aku turuti. Wajah Awang menunduk. Adakah aku sekarang menjadi tunang kepada Awang, lelaki yang tidak pernah ku jangka akan menjadi tunanganku. Ah tidakkkkk!!!!...tolong aku Ku Nor...lelaki idaman kau dah jadi tunang aku.
“Mak...”kataku sebak.

Aku masih cemberut, usikkan kak Ayu bagaikan mendidih ditelingaku. Aku jeling sepintas biar dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk bergurau senda denganku. Hatiku sedang berkecamuk, masih tidak percaya apa yang baru sahaja berlaku padaku. Aku duduk diatas katil. Cincin tunang aku sudah tanggalkan sebaik sahaja majlis bersurai. Cincin itu aku letakkan diatas meja. Sakit hati dan rasa mahu menangis sahaja aku waktu ini.
“Dah jadi tunangan orang Ija kena jaga tingkah laku, kena jaga sopan santun sikit jangan nak buat perangai lama tu, mak tak suka Ija.” Pesan emak disebelahku, bila entah emak berada disisiku. Aku masih duduk berteleku diatas katil sambil memeluk lutut kemas. Saat ini aku rasa mahu meraung sahaja. Kenapa boleh jadi macam ni, Awang sukakan aku ke..aku suka kan Awang ke..tak aku tak sukakan Awang, kalau macam tu mana boleh kahwin. Kenapa mak tak cakap majlis siang tadi tu majlis merisik.. Nasib baik emak tak perasan cincin sudah kutanggalkan jika tidak sudah sebakul dia membebel. Mak tak tahukah anak emak ini dalam dilema.
“Mak Ija nak pulang balik cincin tu..” kataku sebaris. Aku pandang wajah emak mohon simpati. Emak terkejut.
“Kenapa.... cincin tu tak muat ke..ketat yea..”
“Bukan..”kataku sebak
“Habis tu..Ija tak berkenan, batu berlian tu tak besar erk..”Soal emak lagi. Apalah mak ni itu yang difikirkan.
“Bukan itulah mak..Ija tak setuju dengan pertunangan ni..Ija tak nak..tak nak..”ucapku geram.
“Kau ni kenapa Ija..jangan buat pasal ingat kahwin mawin ni perkara yang boleh di buat main-main ke...” Tiba-tiba emak naik angin. Baru sebentar tadi dia berlembut dengaku.
“Mak..Ija tak setuju mak..”kataku lagi.
“Ish budak ni nak kena lempang juga kan..yang tadi Ija setuju tu apa..”
“Mak..mana Ija tahu nenek tanya Ija pasal ni, Ija ingatkan dia tanya pasal air terjun tu..”
“Dah! kau jangan nak mengada-ngada, cincin dah tersarung ke jari jangan kau nak buat hal pulak.” Emak mengintai cincin dijariku. Sempat aku sembunyikan tangan. Emak menarik tanganku pantas.
“Mana cincin tu.jangan buat pasal Ija, mak tak suka..”kata emak keras. Kecut juga perutku apabila emak merenung dengan pandangan tajam.
“Mana..”soal emak lagi apabila soalannya masih ku biarkan sepi.
“Tu..” aku muncungkan bibirku ke arah meja.
“Mak Ija tak nak la mak...”suaraku semakin tersekat. Aku yakin sekejap lagi pasti airmataku menitis. Emak bangun berlalu ke meja lalu mengambil cincin yang ku tanggalkan tadi. Dia meraih jari jemariku lalu menyarung kembali.
“Ija..emak senang hati bila ada orang nakkan anak mak yang sorang ni. Ija tak kesiankan mak ke, setiap hari mak fikirkan fasal Ija. Is tu budak baik Ija. Mak takan setuju kalau Is tu budak jahat. Mak dah kenal lama dengan makcik Zaini, kami dah macam adik beradik, dia dah lama berhajat nak sunting Ija. Mak tahu Ija takkan hampakan harapan mak dan makcik Zaini. Tunaikanlah permintaan kami ni sebelum kami tutup mata nak...”ucapan emak menusuk hingga ke dasar hati. Aku memeluk emak. Yea aku akan tunaikan permintaan mereka. aku sayangkan mak, aku mahu emak bangga mempunyai anak seperti aku walaupun aku sering membantah setiap katanya dengan perbuatanku. Apalah salahnya aku tunaikan permintaan ini. emak memeluk erat dan akhirnya aku menangis dibahu emak.

3 comments:

IVORYGINGER said...

hahaha... stuju pasal nk p mandi air terjun tp org lain tafsir dia setuju terima pinangan. ke ija yg salah faham soalan.he... :D
nice cant wait for the next part. mintak cik writer cepat2x la sambung ceta ni. suka sgt. ;D

Diari Hati said...

terima kasih ivoryginger..InsyaAllah sedang berusaha...

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

 
Copyright 2009 Diari Hati