Wednesday, July 22, 2009

Hati Ini Milikmu 11

”Macam motor aku aja tu, tapi siapa pula naik motor tu, Ayie mengelengkan kepalanya sambil tersengih takkan dia seorang yang mempunyai motor lagenda warna biru, ramai lagi yang ada motorsikal sepertinya. Awek pula yang menungangnya. Terasa pula gerak hati nakalnya ingin mengusik, lagipun jalan ini masih lengang. Gadis bertudung coklat itu sesekali memandang kiri dan kanan seperti mencari sesuatu.
Motor lagenda itu semakin mendeka, dikayuhnya basikal Amir dengan senyuman sesekali naik basikal best juga kata hatinya, sudah lama dia tidak menaiki basikal tua, datuknya pernah mempunyainya namun basikal tuanya itu diberikan kepada Zabidi anak Pak Murad yang tinggal dihujung kampung. Dahulu Zabidi ke sekolah hanya berjalan kaki, bersama adiknya Syikin tapi kini dia selalu juga terserempak dengan Zabidi jika dia rajin ke surau bersama atuknya, seawal pagi Zabidi bersama adiknya yang membonceng basikal ke sekolah bersama. Berjasa juga basikal tua itu.
Motorsikal Lagenda itu semakin mendekat, dengan jelas Ayie dapat mengecam plat motorsikalnya apabila motorsikal itu semkain menghampirinya, dia berpaling ke belakang apabila matorsikal itu semakin menjauh.
”Hoi..hoi..”jerit Ayie sambil mengayuh basikal tua milik Amir itu dengan laju berpatah ke belakang, siapa yang berani mencuri motorsikalnya disiang hari. Perempuan pula tu, memang betul-betul berani menempah sakit.
Emy memecut laju meninggalkan pemuda yang mengejarnya dengan basikal secara tiba-tiba, entah apa yang dimahunya terjerit-jerit. Tidak dipedulikan dengan lambaian tangan pemuda itu Emy yang memandang cermin sisi sedikit kaget, lelaki itu terus mengejarnya. Terkejut juga dia apabila mendengar laungan yang keluar secara tiba-tiba dari lelaki tadi terasa hendak pecah jantungnya. Ayie terus mengejar motorsikal yang dinaiki Emy, dia tidak sanggup kehilangan motorsikalnya ditangan seorang wanita yang cukup berani mencurinya.walaupun terasa hendak putus urat tekaknya namun digagahinya jua, biar apa pun yang terjadi dia nekad akan mengejar motorsikalnya.

Setelah kelibat lelaki itu hilang dari pandangnnya Emy memperlahankan motorsikalnya dek kerana terkejut akan laungan lelaki tadi dia telah terlajak jalan. Simpang empat mana pula yang diterjahnya. Kalut betul. Apa lah yang ditakutkan dia bukan mencuri atau mengambil barang sesiapa pun. Lelaki sekarang tak boleh percaya muka aja nampak baik tapi belum tentu lagi isi didalamnya elok. ”Nak merompak pun tunggulah malam sikit, tengok aku dah tersesat dah..” Bisik hatinya. Entah orang gila mana yang mengejarnya tadi, dia tidak dapat mengecam wajah lelaki itu. Kesian muda lagi dah tak betul hidupnya. Dengan sedikit ketenangan Emy mula mengingati kembali jalan ke rumah Makcik Bedah. Dia mula bergerak perlahan-lahan berpatah kembali kebelakang mencari simpang empat yang terdapat sebiji tayar dijadikan sebagai penanda. Nasibnya baik puas mencari akhirnya dia menjumpainya. Emy tersenyum puas sesekali dia menoleh ke kiri dan kanan takut juga bertembung dengan pemuda yang disangkanya gila tadi.

Ayie yang tercungap-cungap kelelahan akhirnya berhenti berhampiran dengan sebatang pokok kelapa. Dia keletihan perempuan yang melarikan motorsikalnya telah hilang dari pandangan entah kemana pula perginya. Jika dia dapat mengejar perempuan itu tahulah untung nasib budak itu nanti. Dia akan kerjakan cukup-cukup. Ayie tertanya-tanya macam mana pula motorsikalnya terlepas ke tangan wanita itu, jangan-jangan Bidin terlupa menanggalkan kuncinya. Selalunya temannya suka sangat membiarkan anak kunci motorsikal tanpa menanggalkannya. Bila ditegur ada sahaja alasannya katanya berhenti sekejap aja. Sudahnya bukan motorsikal Bidin yang dicuri tapi motor aku.jerit hatinya dalam keadaan geram. Basikal tua yang diletakkan bersebelahnanya di belek seketika, jika tidak kerana rantai basikalnya yang terputus sudah lama dia dapat mengejar perempuan itu. Baju t-shirtnya telah lenjun dengan peluh, dilibas-libasnya beberapa kali angin yang menghembus langsung tidak terasa membelai tubuhnya. Dikepalanya sarat memikirkan gadis yang berani mencuri motorsikalnya. Terasa ingin menjerit namun ditahannya rasa amarah itu. Ayie bangun perlahan-lahan dia mengheret basikal yang tidak dapat dipulihkannya. Sudahlah penat mengejar ditambah pula penat mengheret basikal yang tidak dapat ditungganginya, jika bukan kerana basikal Amir sudah tentu dicampakkan sahaja basikal tua itu disitu. Ayie mengesat peluh yang mulai berjujuran membasahi pipinya, dia kelihatan penat. Alangkah baiknya jika ada yang menumpanginya ketika ini. Tekaknya mulai perit, jika disuakan air setempayan sudah tentu dia mampu mengahabiskannya.

Bidin sedang leka membaiki motorsikal milik Emy, banyak juga barang yang hendak digantikannya, motorsikal yang terlalu uzur itu mengundang kelucuan kepadanya. Masih ada lagi manusia yang menggunakan motorsikal yang sudah lama lenyap di muka bumi, memang patut dimasukkan kedalam muzium itu. Plug yang tertanggal tadi sudah diganti baru, dia membaiki pula break motorsikal yang sudah tidak berfungsi itu, rasa kasihan menumbuh dihati. Miskin benar keluarga gadis ini.
Ayie menyandarkan basikal Amer pada bongkah kayu, Amer tidak kelihatan. Mungkin terlalu lama menunggunya tadi. Dia terlihat akan Bidin yang sedang leka dengan kerja-kerjanya, dia menoleh ke kanan, motorsikal Bidin terletak elok disitu hanya motorsikalnya sahaja yang tidak kelihatan. Bidin masih berlagak selamba apabila melihat kelibat Ayie yang mula melangkah deras menghampirinya, sedikit pun dia tidak dapat mengagak akan diserang dengan Ayie ketika itu.
”Bidin kau masih kat sini, motorsikal aku mana.. jerkah Ayie
Bidin yang terkejut dengan jerkahan Ayie tadi terketar-ketar, dia tidak menyangka Ayie semarah itu.
”Sabar Ayie..sabar.” katanya sambil menenang Ayie yang kepanasan itu
”Sabar kau kata. Motorsikal aku mana.?”
”Motor kau aku pinjamkan pada tuan punya motor ni.” Katanya perlahan.
”Tuan punya motor ni...siapa.?” soalnya nadanya sedikit kendur.
”Emy nama budak tu, aku sekarang tengah baiki metorsikal dia lah ni, mulanya aku takut juga nak kasi dia pinjam tapi Kak Maya jamin motorsikal tu tak hilang, sebab tu aku berani pinjamkan, lagipun budak tu tiggal kat kampung sebelah aja, kau jangan risaulah Ayie, aku jamin dia hantar balik pentang ni.”
”Kenapa dia tak tunggu aja motorsikalnya tu.”
”Banyak juga rosaknya. Ni pun aku tengah pening, apa benda aku nak ganti, kalau ikutkan aku suruh aja dia beli motorsikal baru..”
”Habis tu suruh ajalah dia beli baru.”
”Itu lah. Aku baiki ni aja dulu.”
”Dah layaknya motorsikal tu jual kat kedai besi buruk aja, tu pun entah laku entah tidak.” Saran Ayie dengan perasaan semakin beransur kendur. Bidin hanya tersengih.
”Ha lagi satu kalau kau nak kasi orang pinjam bagitahu aku dulu takdelah aku terkejar-kejar macam kejar perompak.”
”Kau dari mana ayie.”
”Kejar motorsikal aku lah.” Jawabnya selamba
”Hah kau kejar.. habis tu dapat tak”
”Kalau aku dapat dah tentu aku aku bawak balik motorsikal tu dengan budak perempuan tu sekali tahu tak....”
”Kau kejar dengan apa..berlari erk.”katanya sambil ketawa.
”Berlari kau kata. Tu ha aku kejar dengan basikal Amer.. kau tolong baik rantai basikal tu dah putus, terpaksa pulak aku seretkan bawa balik...” Bidin mengilih pandangannya beberapa saat ke arah basikal Amer yang terletak elok tersandar.
”Aku nak balik..motor kau aku pakai, petang sikit aku datang.”
Bidin hanya mengaguk mendengar kata-kata bosnya. Biarlah Ayie berehat seketika, lagipun tidak banyak kerja yang perlu dibaikinya petang ini.

2 comments:

Anonymous said...

lawak ayie kejar motor dgn basikal, hahaha

Ummie AM said...

best-bset cepat sambyng yer...

 
Copyright 2009 Diari Hati