Saturday, September 12, 2009

Hati Ini Milikmu 15

Emy menyanyi riang. Motorsikal kesayangannya telah pun dibaiki. Dia cukup senang hati hari ini. Dibawanya perlahan-lahan menyusuri jalan yang tidak berturap. Wajah abang fFiz terbayang dimindanya. Kenapa pulak aku tebayangkan abang faiz yea, mungkin perangai dia lain kot. Tak mesra macam kat rumah. Agaknya malu lah tu takde kak Nadia. Emy membuat telahan sendiri mengenai perangai Ayie yang disangaknya Faiz tadi. Ah biarlah asalkan dia bahagia. Emy memulas minyak seberapa laju yag mungkin dia ingin menguji break motorsikalnya yang baru manalah tahu nanti timbul masalah lagi. Dia lega apabila break barunya berfungsi dengan baik. Senyumannya mekar dihujung bibir.

”Assalamualaikum..Emy memberi salam sebaik sahaja menjejak kaki ke dapur. Pintu dapur adalah pintu utama baginya sejak dia bersekolah rendah. Tiap kali pulang dari sekolah dia akan dimarahi emaknya jika dia naik ke rumah melalui pintu utama. Sering kali juga dia terfikir kenapa kakaknya tidak pla dimarahi oleh emak jika dia masuk melalui pintu itu. Letih berfikir dia hanya membiarkan sahaja waktu meluputkan apa yang dirasa. Nadia muncul bersama sebuah senyuman.
”Dari mana Emy?” Soal Nadia mendapatkan adiknya.
Ni lagi sorang tadi dah dibagitahu ambil motor, apa penyakitlah psangan ni yea. Sempat lagi dia mengata kakaknya dalam hati. Bibrnya mengukir senyum. Dijawab juga soalan kakaknya waluapundirasakannya tidak perlu.
”Emy baru lepas ambil motor. Abang Faiz tak bagitahu ke dia jumpa Emy. Nadia sedikit hairan, bila masa pula tunangnya itu berjumpa Emy sedangkan mereka seharian berdua ke bandar. Mak Jah muncul sebaik sahaja Emy melangkah masuk.
”Emy hantarkan kueh ni ke rumah makcik Senah.”
”Baik mak. Emy membalas lembut. Dia mencapai sebekas kueh yang dihulurkan Mak Jah. Nadia tidak sempat menyoal dengan lebih lanjut lagi, Emy berlalu meningalkannya termanggu sendirian memikirkan kata-kata adiknya.
”Rabun agaknya si Emy tu.” dia mebuat telahan sendiri lalu mengelengkan kepalanya.
”Ha Nadia buat apa lagi tercegat kat situ.” Nadia menoleh apabila disapa oleh Mak Jah yang melihat tingkahnya tadi.
”Takde apa-apa lah mak.” Dia mengikuti langkah ibunya.
”Mari sini, mak nak tunjukkan sesuatu pada kamu.”
”Apa dia mak.”. Mak Jah membiarkan sahaja soalan itu tanpa jawapan. Langkah kakinya sudahpun bertapak didalam biliknya. Mak Jah membuka pintu almari pakaiannya dia mengeluarkan sebuah kotak segiempat lalu duduk disisi katilnya bersama Nadia.
”Apa tu mak...”
”Ni barang kemas peningalan arwah nenek Nadia. Mak nak hadiahkan pada Nadia.” Mak Jah mengelurkan satu set barang kemas yang kelihatan masih baru walaupun barang kemas itu berukiran lama.
”Arwah nenek. Cantiknya mak. Tapi nampak macam baru aja ni..”
”Mak pergi cuci dengan makcik Senah minggu lepas.”
”Ooo..” Nadia memadankan rantai itu ke lehernya sambil kepalanya tertoleh-toleh ke arah cermin. Mak Jah tersenyum gembira dengan penerimaan anaknya.
”Takde apa lagi yang mak nak bagi pada Nadia hanya tu aja harta yang mak ada.”
”Ini pun dah cukup mak. Tapi...” Nadia mematikan kata-katanya, dia teringat akan adiknya Emy. Jika Emy berkahwin apa pula hadiah yang mak akan diberikan kepadanya. Atau adiknya itu langsung tidak dapat apa-apa.
”Kenapa Nadia.. tak suka hadiah ni ke?” soal Mak Jah, melihat anaknya seperti sedang memikirkan sesuatu.
”Errr..kalau mak bagi pada Nadia semua ni, untuk Emy mak bagi apa pula.”
”Hai tak cukup lagi ke apa yang mak bagi selama ni pada dia.” Mak Jah berwajah kelat apabila soalan itu yang diberatlan oleh anaknya.
”Mak.. bukan ke Emy anak mak juga. Tak adil rasanya kalau Nadia dapat semua ni tapi emy tak dapat apa-apa.” nadia berintonasi lembut memujuk emaknya.
”Sudah lah kalau Nadia tak nak mak simpan aja barang kemas ni.” Mak Jah malas berketak dengan anaknya. Dia mengambil semula barang kemas dari tangan Nadia lalu memasukkan semula ke dalam kotak empat segi itu.
”Mak..Nadia tak bermaksud macam tu mak.. takpelah hadiah tu mak simpan dulu nanti tiba hari kahwin nanti, Nadia pakai yea mak.” Nadia memujuk Mak Jah yang kelihatan masam mencuka. Berkecil hati agaknya dengan kata-kata Nadia. Jika Nadia tahu kenapa dia bersikap begitu pada Emy tentu anaknya itu tidak berkata sebegitu.
”Mak..” panggil Nadia lembut sambil memegang bahu emkanya. Mak Jah membatu lagi. ”Nadia laparlah mak...” Nadia merengek manja bagi memulihkan keadaan yang tidak selesa tadi.
”Kueh yang mak buat tu mak dah letak bawah tudung saji, nak makan ambil aja.” Mak Jah bersuara, termakan juga dengan pujukan anaknya.
”Marilah kita makan sama-sama yea mak..” ajak Nadia mengambil hati emakanya semula.
”Erm..” Mak Jah hanya mengagguk kecil lalu mereka berlalu ke dapur.

*****

”Assalamualaikaum..makcik.” Emy tersenyum apabila kelibat makcik Senah sedang terbongkok-bongkok dibelakang rumahnya, entah apa dibuatnya perempuan sebaya emaknya itu sendirian disitu.
”Wa’alaukummussalam..eh Emy. Terkejut makcik ingatkan siapa lah datang petang-petang macam ni ke rumah makcik ni.” Makcik Senah tersenyum lebar menerima kujungan yang tidak disangka-sangkanya. Susah benar sekarang ini anak kawannya itu bertandang ke rumahnya.
”Ala makcik ni macam lah Emy tak pernah datang ke sini waktu-waktu macam ni.” Emy mencium tangan wanita yang kini berada dihadapannya.
”Ala itu dulu masa kamu kecik-kecik dulu, sekarang dah besar panjang mana ada datang rumah makcik lagi dah..” separuh merajuk suara makcik Senah menuturkannya. Emy tersenyum mesra. Dia tahu wanita ini terlalu baik denganya.
”Ala makcik, Emy tak datang pun Emy tetap sayangkan makcik.” Mesra benar mereka berdua. Hanya dibelakang Mak Jah sahaja Emy bersikap mesra dengan Makcik Senah. Dia takut menunjukkan kemesraan mereka berdua nanti menimbulkan sakit hati emaknya. Sesekali dia merasakan makcik Senah yang layak jadi emaknya. Perhatian yang diberikan oleh makcik Senah tidak pernah diberikan oleh emaknya. Separuh kasih sayang seorang ibu yang diperolehinya adalah melalui makcik Senah. Sejak kecil lagi dia sering dibela oleh makcik Senah jika emak sering memukulnya walaupun dia sendiri tidak tahu apa kesalahnya pada masa itu. Pernah dia dipukul tanpa sebab apabila dia baru pulang dari mengaji apabila kakaknya Nadia telah terjatuh dari basikalnya sendiri sedangkan Emy pada masa itu hanya berjalan kaki. Mak Jah terlalu marah lalu dia yang menjadi mangsa di atas kecuaikan kakaknya menungang basikal. Dia menangis minta dibelas nasib baik makcik Senah menolongnya.
”Eh termenung pulak dia ni, apa yang dimenungkan tu Emy” Suara makcik Senah yang hampir dengannya melantun semua ingatannya dizaman kanak-kanak.
”Er..takde apa-apa lah makcik, Emy teringat masa Emy kecil-kecil dulu, kan makcik selalu jamu Emy makan buah setiap kali tiba musim buah. Tapi sekarang dah tak dapat nak merasa macam dulu lagi dah.”
”Eh kenapa pulak.” Makcik Senah hairan dengan jawapan yang kelaur dari bibir manis itu.
”Iye lah mana nak dapatnya makcik, kan makcik dah tebang separuh dari pokok tu.” sambil matanya menghala ke halaman rumah yang sedikit gondol.
”Ala paa yang nak dirisaukan Emy, makcik dah tanam pokok buah-buahan kat kebun sana tu. Tahun depan kalau ada rezeki insyaallah boleh la merasa tahun ni baru nak belajar bebuah.” Bersinar mata Emy apabila makcik Senah menghabiskan ayatnya.
”Tak sabar lah Emy makcik, tentu seronok walaupun tak sama macam zaman kanak-kanak dulu tapi sekurang-kurangnya Emy dapat mengembalikan kenangan masa kecik-kecik dulu. Nanti bolehlah Emy ajak kak Nadia sekali yea makcik.”Mak cik sSenah hnaya mengangguk dan tersenyum kecil.
”Eh lupa pulak Emy makcik, mak kirimkan kueh untuk makcik, kak Nadia ada balik...”
”Bila kakak kamu balik.”
”Semalam makcik.”
”Tak nampak pun keretanya makcik lalu semalam.”
”Dia balik dengan abang Faiz. Katanya hendak hantar barang-barang kahwin.”
”La cepatnya buat persiapan.” Emy hanya tersenyum kecil. Dia menghulurkan bekas berisi keuh itu kepada makcik Senah.
”Emy bila lagi, Nadia dah nak kahwin takkan Emy nak membujang aja tak nak cari teman..”.hanya ketawa kecil sahaja yang menyambut pertanyaan makcik Senah.
”Orang macam Emy ni siapalah yang pandang makcik, lagipun Emy bukannya ada apa, wajah pun tak seberapa.” Emy merendah diri.
”Tak baik cakap macam tu Emy, syukurlah dengan apa yang Allah jadikan, tak baik kita merungut macam tu. Siapa kata Emy tak cantik. Buta agaknya orang tu, makcik tengok Emy ni banyak kelebihan. Dengan kesabaran yang ada pada Emy tu menjadikan Emy lebih cantik tau tak.” Makcik Senah meraih jari jemari Emy lalu dielusnya perlahan. Dia tahu apa yang dirasakan oleh gadis itu ketika ini.
”Pakcik mana? Tak nampak pun...” tidak mahu dibuai perasaan sayu Emy menukar topik.
”Pakcik kamu mana nak lekat duduk rumahnya, ke rumah kawan. Katanya nak menjerat burung, entah la makcik dengan perangai orang lelaki ni pening dibuat..”
”Makcik ni tadi baru aja suruh Emy cari teman, sekarang makcik kata pening pulak. Ni yang buat Emy rasa takut nak cari teman lelaki...”
Makcik Senah pecah tawa apabila Emy berkata demikian. Emy turut ketawa melihat makcik Senah ketawa.
”Dah! Jom... makcik nak buatkan air”
”Eh tak payah la susah-susah makcik, lagipun Emy datang sekejap aja ni.” Emy menolak lembut pelawaan makcik Senah. Wajah tua itu sedikit mendung.
”Takde susahnya lagipun rumah makcik ni mana ada sesiapa. Nak harapkan Bahar balik. Errmm.. berjangutlah makcik tunggunya.” Dalam pada membantah langkah kakinya turut mengekori makcik Senah ke dapur. Tidak sampai hati pula menghampakan pelawaan makcik Senah.
”Ala makcik ni abang Bahar tentu sibuk dengan studynya, nanti kalau ada kelapangan dia balik lah tu. Dia kan tengah berjuang tu, makcik kena sabar. Macam emy ni.” Dia sengaja menghiburkan hati tua milik makcik Senah. Makcik Senah mengelengkan kepalanya beberapa kali. Anak itu masih lagi mahu menghiburkan hatinya walaupun dia tahu gadis itu banyak menyimpan kedukaan.
”Makcik duduk kat sini yea, biar Emy yang buatkan air untuk makcik.” Sambungnya apabila makcik Senah kembali ceria. Makcik senah menganguk kecil, dengan kehadiran Emy hari ini, terubat juga kesunyiannya jika dia mempunyai naka perempuan sudah tentu dia tidak kesenyuian seperti sekarang. Bahar satu-satunya anak tunggal mereka. Rindunya pada Bahar sedikit berkurang apabila kehadiran Emy menceriakan harinya.
”Abang Bahar bila habis belajarnya makcik?” air yang dibancuhnya sudah sedia terhidang. Makcik Senah beredar ke meja makan dia mengambil beberapa keping biskut kering didalam tin.
”Awal tahun hadapan. Kenapa, Emy dah tak sabar nak jumpa abang Bahar yea..”usik makcik Senah. Dia tahu Bahar merupakan kawan Emy sejak kecil. Anaknya itulah selalu memujuk Emy jika gadis itu dalam kesedihan.
”Dah lama Emy tak jumpa abang Bahar makcik.” Dia senang berada disamping wanita yang kaya dengan senyuman itu. Alangkah bahagianya dirinya andai didepan mata kini adalah emaknya.
”Sabar lah tahun depan panjang umur, insyaAllah dapat jumpa dia.” Emy hanya menganguk kecil. Terbayang macam mana lah rupa abang Baharnya yang telah lama meninggalkan tanah air. Berjambangkah, bermisai lentikkah, atau berkulit gelap, akhirnya dia geleng kepala sendirian sambil tersenyum. Makcik Senah hanya memerhatikan sahaja gelagat Emy. Dia terut tersenyum. Dan di fikirannya terbayangkan sesuatu....

*****

”Lama adik kat rumah makcik Senah tu, ha buat apa?” usik Nadia dengan mata sengaja dibulatkan. Emy hanya membalas soalan kakaknya dengan sebuah senyuman. Dia membawa bekas yang telah kosong ke dapur. Setelah itu dia mendapatkan kakaknya yang berada dirunag tamu sambil menonton tv.
”Lama erk, tak sedar lah kak, Emy ingatkan baru aja perginya. Sembang punya sembang dengan makcik Senah sampai lupa nak balik rumah.” Mak Jah yang kebetulan lalu dihadapannya hanya memadang dengan jelingan. Emy menundukkan wajah. Takut dengan jelingan yang seakan mahu menerkamnya itu.
”Aku suruh pergi hantar kueh aja, yang kau pergi duduk bersembang tu dah macam takde kerja lagi kat rumah ni yea..” soal Mak Jah mula bersikap garang. Kecut perut Emy bila emaknya berkata begitu. Dia mula menikus. Nadia sedikit terperanjat dengan sergahan emaknya tadi. Kesalan Emy tidak lah sebesar mana, jika dia pun sudah tentu berlama juga jika disuruh menghantar apa-apa. baginya Makcik Senah terlalu baik orangnya malahna makcik Senah juga merupakan kawan baik emaknya. Apa yang menyebabkan emaknya suka mencari salah terhdapa adiknya. Bilalah adiknya itu akan hidup sepertinya.
”Mak..” Nadia menegah emaknya daripada berleter panjang. Emy mengambil peluang melarikan diri, bimbang juga dia jika berlama berdiri di situ dia aka terus dimarahi emaknya. Nadia hanya mampu memerhati kelibat adiknya menyusup ke bilik. Bila lah kemesraan mereka akan berputik. Sudah lama dirasakan hubugan mereka tidak sebulu.

”Emy..”boleh akak masuk
”Masuk lah kak, pintu tak kunci...”
”Emy buat apa ni? dilihatnya Emy sedang melipatkan telekung solatnya.
”Baru lepas mengaji kak, takde apa nak buat malam-malam macam ni. masuklah kak, apa lagi tercegat kat situ, dah tak sudi masuk ke bilik Emy yea..” usik emy apabila melihat Nadia masih lagi tercegat di pintu biliknya. Nadia melangkah perlahan. Dia kasihan dengan adiknya setelah lama dia berhijrah ke Kuala Lumpur tidak pernah dia membayangkan apa yang berlaku bila emak dan Emy hanya tinggal berdua. Masing-masing seperti orang asing pada pandangannya.
”Esok akak balik kan? Pukul berapa akak gerak?” Soal Emy sebaik sahaja Nadia melabuhkan pungungnya di atas tilam usang miliknya.
”Petang selepas makan tengah hari..kenapa?Emy nak ikut akak balik ke kl ke?”
Takde lah kak, Emy nak masak special untuk akak...” ujarnya penuh semangat. Nadia mencubit pipi gebu milik Emy.
Emy nak makak cekodok pisang untuk akak..hahaha” Nadia membulatkan matanya sempat lagi adiknya mengusik. Belumpun sempat Nadia mencubit pipinya kali kedua Emy cepat-cepat menepis tangan lembut kakaknya. Mereka berdua ketawa bersama. Suasa sepi seketika apabila masing-masing menghabiskan ketawa.
”Kenapa ni dik, macam orang ada masalah aja ni?” soal Nadia apabila Emy berwajah muram.
”Takde apa-apalah kak. Saja tanya. Kalau akak takde sunyilah Emy, takde teman nak bersembang, nak bercerita nak ketawa...” katanya perlahan
”Kalau macam tu Emy ikut akak lah, cari kerja kat KL nak?” Nadia memberi cadangan.
”Tak nak lah kak. Nanti mak tinggal sesorang lagipun siapa nak tolong mak pergi pasar, tolong mak basuh baju...”
”Hmmm...Nadia mengeluh kecil, dia yang sepatutnya mengalas tangungjawab itu selaku anak sulong, tapi tangungjawab itu dilepaskan sepenuhnya kepada adik yang sering menjadi mangsa emaknya.
”Kenapa mengeluh ni, akak yang ada masalah erk. Ceritalah kak manalah tahu Emy boleh tolong kali ni.. setulus hati dia akan memberikan pertolongan jika kakaknya memerlukan pertolongan. Hanya Nadialah satu-satunya ahli keluraga yang sangat mengambil berat tentang dirinya.
”Takde lah, akak bukan mengeluh la dik, akak cuma tarik nafas panjang aja.” bohongnya.
“Hiss… ada pulak macam tu.” Nadia mula bebaring diatas tilam beradu adiknya, dia melihat disekeliling bilik adiknya yang kelihatan kemas dan teratur. Emy seorang yang rajin berkemas malah jika dibandingkan semua tugas rumah dia memang kalah. Dan yang paling tidak dapat disangkal lagi jika dibandinkan masakannya dengan emy sudah pasti dia kalah. Adiknya lebih arif tentang masakkan. Beruntung siapa yang menjadi suaminya nanti, alamaknya perut tak sempat nak kempis lah.
”Hei masuk bila kita mengelamun pulak dia, kenapa ni kak. Tadi dia tanya kita ni kita pulak tanya dia.” Emy mula membaringkan badannya disebelah kakaknya.
”Macam mana erk kalau akak kahwin nanti..”
”Macam mana apanya kak, macam orang lain kahwin lah ada khemah, ada nasi, ada mak andam ada tetamu ada pengantinya. Apa lah akak ni yang tu pun nak dirisaukan..”
”Maksud akak, macam mana akak lepas kahwin nanti tentu takde masa nak menyembang dengan Emy macam ni lagi.”
”Emy dah biasa lah kak, yang tu akak jangan risau lah yea. Kita tetap adik beradik walaupun akak dah kahwin dah beranak pinak. Sesekali akak balik bercuti Emy akan kidnap lah akak sekejap masuk bilik ni.” Nadia ketawa mendegar usikan adiknya, walapun hatinya begitu sayu.
”Ermm..macam mana kalau kita kahwin sama-sama nak, naik pelamin sama-sama..” cadang Nadia lalu bangun dari pembaringannya.
”Tak mahu lah kak, nanti orang pandang akak seoarang aja atas pelamin tu, Emy ni mana cantik kalau nak dibadingkan dengan akak ni. Lagipun manalah ada orang nak kan Emy kak..”
”Ala Emy tu yang jual mahal, abang Bahar kan ada, tadi pun Emy balik dari rumah bakal mentua kan..”Seloroh Nadia. Dia tahu sedari kecil adiknya itu tidak suka dipadankan dengan abang Bahar.
”Akakkkk!!!...” jerit Emy sambil membaling bantal miliknya. Dia tidak suka diusik begitu. Nadia suka memadankan Emy dengan Bahar, lelaki yang sering menjadi teman sepermainan mereka semasa kecil dulu, yang akan meredakan tangisannya setiap kali dimarahi Mak Jah.
”Emy anggap abang Bahar tu macam abang kandung lah kak, tak mau lah kenen-kenen macam tu.” Nadia ketawa besar apabila adiknya mula menarik muka masam.
“Emy dah ada pilihan sendiri erk...sabaik sahaja ketawanya reda dia terus bertanyakan adiknya. Umur sebegini Emy sepatutnya sudah mempunyai teman lelaki.
”Takde kak, belum ketemu lagi pilihan hati.” Sepintas lalu wajah abang Faiz yang ditemui siang tadi terbayang di mata. Emy mengelengkan kepalanya beberapa kali.
”Ha ni kenapa pulak tergeleng-geleng ni,mesti ada sesuatau kan. Baik bagitahu akak, siapa yang nak kan Emy sampai Emy mengeleng macam tu.” Serkap jarang Nadia hampir-hampir memutuskan tangkai jantungnya
”Takde lah kak..” Emy terasa berdebar, mati jika kakaknya tahu dia terbayang wajah abang faiz.nadia tidak berpuas hati dia mnegeletek adiknya supaya memberitahu apa yang ada didalam fikirannya ketika ini.
”Takde apa-apalah kak, Emy cuma bayangkan kalau kita sama-sama kahwin tentu mak tak setuju malah mak kejar Emy dengan batang penyapu.” bohong Emy hanya dengan cara itu sahaja kakaknya akan berhenti dari mengeleteknya.
”Hiss apa lah Emy ni, kesitu pulak difikirnya. Tapi kalau Emy dah ada calonnya bagitahu akak, jangan sorok-sorok pulak. Nadia tersenyum melihat adiknya buat-buat tidak tahu. Dia masak benar dengan sikapa Emy yang cukup perahsia orangnya.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati