Sunday, September 27, 2009

Hati Ini Milikmu 16

”Suriati pangilkan Faiz masuk, katakan saya nak jumpa..”arah Datuk Kamal kepada setiausahanya.
”Baik datuk..”
Seketika kemudian pintu bilik Datuk Kamal diketuk.
” Assalamualaikum ..Ada apa pa, macam penting aja” Faiz menyoasl sebaik sahaja dia memasuki bilik papanya.
”Duduk dulu Faiz papa ada perkara nak bincang dan tanya pendapat Faiz.” Datuk Kamal mengarahkan anaknya duduk. Faiz menarik kerusi dihadapan papanya lalu duduk mendenpangi lelaki berusia 53 tahun itu. Walaupun usianya separuh abad tetapi Datuk Kamal masih lagi kelihatan muda. Dan jika papanya ingin beristeri muda pun rasanya masih ramai lagi yang sanggup menjadi isterinya. Faiz sedikit tersenyum apabila fikiran nakalnya memikirkan ke arah yang bukan-bukan.
”Hai belum papa cakap apa-apa pun lagi dah senyum ni kenapa? Ada yang lucu.”
Faiz tersedar dari perbuatannya tak sangka pula Datuk Kamal boleh perasan dengan senyumannya tadi.
”Takdelah pa, Faiz terfikir kalau-kalau papa jumpa Faiz ni pasal nak tanya pendapat Faiz papa nak kahwin lagi satu..lambat-lambat dia menutukan katanya. Tapi Faiz tahu papanya bukan mahu membincangkan hal-hal pejabat. Papanya tidka kelihatan serius malah masih boleh tersenyum lebar.
”Isk budak ni kamu ni takde benda lain ke. ingat sikit tahun depan papa dah nak timang cucu takkan kamu nak adik kamu sama umur dengan anak kamu.” Tegur Datuk Kamal apabila anak sulongnya berfikir yang bukan-bukan. Faiz cepat-cepat mengelengkan kepalanya. Datuk Kamal tersenyum melihat gelagat anak lelaki pertamanya.
”Ada hal apa papa nak bincangkan ni...” Faiz tidak sabar untuk mengetahui perbincangan mereka ini.

Datuk Kamal menekan interkom dia meminta setiuasahanya membawakan air untuk mereka berdua. Begitulah seringkali dilakukan apabila dia ingin membincangkan sesuatu hal yang mengambil masa yang lama. Datuk Kamal menaggalkan kotnya lalu membuka kancing lengannya, dengan cara begitu dia terasa selesa. Dia melipat beberapa kali lengan kemejanya. Faiz hanya memerhatikan sahaja papanya berbuat demikian. Papanya seorang usahawan yang berjaya. Dan dia mahu mengikuti jejak langkah papanya dalam selok belok dunia perniagaan.
Suriati masuk dengan membawa dua cawan kopi, setiausahanya tahu kegemaran Datuk Kamal apabila terlibat dengan meeting tidak rasminya. Dua botol air mineral turut tersedia. Gadis itu tersenyum mesra apabila matanya bertembung dengan Faiz yang memang tampak lebih tanpan dari dulu maklum lah seri bakal pengantin.
”Letak kata situ, Terima kasih.” ujar Datuk Kamal sejurus Suriati meletakkan air yang dipintanya.
”Ada apa-apa lagi datuk..” soal Suraiti lembut.
”Takde..terima kasih”
”Saya keluar dulu ye datuk.”
”Yea baiklah.”
Datuk Kamal bangun lalu melangkah ke arah sofa hitam dikuti Faiz. Dua bingkai gambar pemandangan bersaiz sederhana tergantung cantik di ruang pejabatnya. Bunga-bungaan plastik yang pelbagai warna terletak elok di beberapa sudut. Sebaik sahaja Faiz melabuhkan punggungnya Datuk Kamal mula menyatakan kenapa dia dipanggil untuk berjumpa dengannya.
”Papa nak bincangkan sesutu dengan kamu...” Faiz tekun mendengar ayat seterusnya dari Datuk Kamal, sesekali dia meraup wajahnya beberapa kali. Sesekali dia kelihatan terangguk-angguk
”Tapi pa macam mana kalau dia tak setuju...” Setelah memahami dan mendengar usulan papanya Faiz kurang yakin dengan cadangan papanya.
”Kamu cubalah pujuknya dulu. Kamu kan kembarnya tentu kamu boleh lakukan.” Faiz hanya berdiam diri seketika memikirkan cadangan papanya yang ingin menambah cawangan baru dan yang akan menerajuinya nanti adalah Ayie, kembarnya. Dia cukup kenal dengan adik kembarnya yang ingin hidup berdikari.
”Hmm..papa dah takde orang lain lagi Faiz, Cuma kamu berdua sahaja anak lelaki papa. Lagipun papa dah lama dalam perniagaan ni, dah masanya papa bersara. Mama kamu pun sering leterkan papa makin tua makin kuat berkerja katanya. Kesian mama kamu dah lama papa tak melaungkan masa dengannya. Sekarang anak-anak papa dah besar, masa ni lah paling sesuai untuk papa bersara. Lagipun dah tiba masanya papa nak tumpukan pada ibadah dah lama benar papa dalam bidang ni.” Luah Datuk Kamal dengan hati yang lega. Dia mahu anaknya pertimbakan usulannya tadi. Faiz turut simpati pada papanya. Terlalu lama papanya bekerja dan kini tibalah masanya dia membalas segala pengorbanan papa dan mamanya. Faiz juga sering mendengar mamanya berleter apabila papa terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan mengabaikannya.
”Baik lah pa Faiz akan cuba pujuk Ayie.” Datuk Kamal tersenyum memandang anaknya yang semakin dewasa ini dia menepuk bahu anaknya beberapa kali.
”Tapi macam dengan nenek dan atuk kat kampung pa. kalau Ayie kerja kat sini dah tentu nenek dan atuk takde orang jaga.”
”Yang tu Faiz jangan risau, ayah dah bincang dengan mama kamu, dia akan pujuk nenek dan atuk tinggal dengan kita, tapi kalau nenek dengan atuk kamu tak nak duduk dengan kita, papa cadang nak buat sebuah rumah kat kampung. Kami akan menetap kat sana pula.” Faiz sedikit terkejut dengan cadangan papanya. Sudah nekadkah papanya ingin melepaskan perniagannya kepada mereka berdua. ”Setinggi manapun si bangau terbang akhirnya pulang ke sarang juga.” Datuk Kamal faham apa yang bermain di fikiran anaknya seraya tersenyum.
”Kalau takde apa-apa lagi Faiz keluar dulu yea papa.”
”Baik lah tapi jangan lupa pujuk Ayie.” Faiz mengagguk seraya tersenyum melihat papanya timbul juga rasa kasihan apabila memandang wajah papanya yang terlalu berharap.


”Apa long, la kenapa aku pulak kan kat syarikat papa tu ramai yang layak. Suruh ajalah papa lantik mereka, lagipun aku mana tahu urus syarikat besar tu.” Ayie sedikit terkejut dengan permintaan papanya yang disampaikan oleh alongnya.
”Kau ni cuba lah dulu angah, lagipun kalau bukan kita yang ambil alih syarikat tu nanti siapa lagi.”
”Ala kau ajalah long uruskan syarikat papa tu, aku tak minat lah. Aku mana reti bergelumang dengan dunia korporat ni.” Ayie masih lagi menolak pujukan kembarnya.
”Kau ni kan angah, cuba lah dulu. Along dulu pun tak tahu juga pasal business ni tapi aku belajar dengan papa. Lagipun....”kata-katanya mati disitu. Ayie menanti ayat seterusnya dari Faiz yang diam dihujung talian. ”Lagipun papa berharap sangat ngah, dia dah lama sangat dalam bidang ni, papa nak bersara dah lama benar dia abaikan mama. Dalam usia macam nilah dia patut berehat dan banyak beribadah. Kau tak kesiankan mama ke. Dia pun dah banyak berkorban masa demi papa. Sangup dia ketepikan masa sunyinya. Dan sekarang kita sebagai anak patut balas jasa mereka. Along tahu kau tak dibesarkan oleh mereka, tapi setiap hari mama tak pernah lupa menyebut nama kau. Diam-diam papa dia masih juga merisik khabar tanyakan kau dari along.” Ayie hanya terdiam mendengar luahan alongnya. ”Papa bukan saja-saja mahu tinggalkan kau pada nenek tapi papa kasihan kan nenek, lagipun nenek yang nak sangat jaga kau.”
Ayie tekun mendengar pujukan Faiz. Memeng benar kata Faiz walaupun dia tinggal bersama nenek, papa dan mamanya tidak pernah mengabaikan tangungjawabnya, nenek sering juga menasihatinya agar layan papa dan mama dengan baik, tapi hati remajanya sering memberontak. Dia pernah menganggap mama dan papanya telah membuangnya jauh dari hidup mereka. Setelah terdiam seketika Ayie bersuara lemah.
”Bengkel aku tu siapa nak urus?”
”Kau suruh aja Bidin uruskan itu tak jadi masalah lah ngah, yang penting along nak tahu kau setuju atau tak itu saja.
”Nantilah aku fikirkan. Nenek ngan atuk nak kena bagitahu juga nanti kecil hati pulak mereka lagipun long bagi aku kalau nenek dan tok tak setuju aku tetap tak kan tinggalkan mereka. Itu keputusan aku.” Nada Ayie kembali tegas.
”Baiklah ngah. Tapi sebelum kau buat keputusan kau fikirlah masak-masak. Along harapkan jawapan yang positif dari kau.”

Ayie menggaru kepalanya buntu juga dengan permintaan papanya yang baru sahaja disampaikan along tadi.
”Eh apa menung ni malam- malam buta kat luar sesorang, nak kata teringat mata air rasanya takde lagi, nak kata bengkel tak operasi seingat nek tak pernah tutup..” sapaan nek Som memeranjat Ayie yang sedang leka memikirkan bagaimana caranya untuk menyampaikan hajat papanya.
”Takde apa-apa lah nek, saja ambil angin malam.” Balas Ayie lalu melemparkan senyum.
”Ha iye lah tu, buang tebiat ke apa kamu ni, angin malam apa hujan-hujan macam ni. Tu adalah benda yang berserabut kat kepala ni sampai hujan kat depan mata pun tak nampak.”
”Alamak tak perasan la pulak.” Ayie bersuara lemah.
”Meh duk kat sini. Apa kena dengan kamu malam ni, cerita kat nenek anak dara mana yang tolak cinta kamu ni, sampai resah gelisah macam tu.” gurau nek Som apabila melihat cucunya resah gelisah.
”Eh.. kesitu pulak nenek ni. siapa yang nak kat Ayie ni nek, tak berharta, takde rupa...”
”Alasan kau tu dah lapuk la Ayie. Kalau dah ada yang berkenan tu cakap aja pada nenek ni, biar nenek pergi merisik.” Ujar nek Som bersunguh-sungguh.
”Bukan pasal mataair lah nek. Ni pasal....” ayatnya dimatikan berat terasa lidah untuk menyatakan permintaan papanya.
Ayie melangkah menghampiri nek Som yang duduk bersila menghadapnya. Wanita yang semakin diammah usia dan penuh ditumbuhi uban dikepala melemparkan senyum.
”Papa nek..” Ayie merebahkan kepalanya di atas peha nek Som. Begitulah keadaan Ayie jika dia berada dalam dilema. Dia suka meletakkan kepalanya di atas ribaan nek Som dengan cara itu dia mendapat ketenangan. Dia selesa berkeadaan begitu jika dia mempunyai isteri pasti perkara yang sama akan dilakukannya.
”Hai dah tua bangka pun nak bermanja lagi.” Nek Som sengaja menepuk Ayie dengan kuat.
”Saja nak buat atuk jeles tengok Ayie macam ni.” gurauan Ayie meyebabkan nek Som ketawa terbahak-bahak.
”Nak jeles apanya atuk kamu tu dah lama mimpikan Nanu lah.” Ayie hanya tersengih mendengar nama Nanu disebut neneknya.
”Nek..”panggil Ayie dengan lembut. Nek som menantikan kata-kata seterusnya dari Ayie. Dia melurut lembut rambut hitam cucunya.
”Nek tadi along telefon Ayie.. papa minta Ayie kerja dengannya. Ayie tak nak lah nek.”
”Eh elok lah tu Ayie kerja dengan along, tolong papa kamu tu..”
”Tapi nek kalau Ayie pergi nenek dengan atuk macam mana? Siapa nak jaga nenek, siapa nak jaga atuk...”
”Pasal nenek dengan atuk kamu jangan risau lah. Tahu lah nenek nanti. Lagipun bukannya jauh sangat bandar tu dengan kampung ni. Tiap-tiap minggu Ayie boleh jenguk nenek kat sini.” Ujar nek Som. Mereka sama-sama terdiam.
”Papa dan mama kamu dah bagitahu nenek minggu lepas. Nenek sengaja suruh dia bagitahu kamu sendiri. Papa dan mama kamu dah buat perancangan dia nak menetap kat sini bila kamu adik beradik dah boleh ambil alih perniagaannya.” Terang nek Som bersahaja. Ayie bangkit dari pembaringan lalu duduk bertentangan dengan nek Som, dia tercengang-cengang mendengar penjelasan nek Som yang selama ini telah mengetahui rancangan papanya. Patutlah neneknya tidak kisah jika dia berhijrah ke kota. Rupanya papa sudah memberitahu rancanganya pada nenek terlebih dahulu.
”Jadi nenek dah tahu dari awal rancangan papa.” Soalnya perlahan. Nek Som hanya mengangguk dan tersenyum.
”Kamu masih muda Ayie, peluang macam ni lah digunakan sebaik-baiknya. Bagi peluang pada papa dan mama kamu berehat pula. Papa dan mama kamu bercadang nak ke mekah nenek dan atuk pun ikut sekali. Jadi pasal nenek dan atuk kamu tu tak payah nak dirisaukan lah. Lagipun mereka cuma tunggu lampu hijau aja dari kamu. Pergilah Ayie.” Saran nek Som sambil menepuk bahu cucunya. Ayie hanya membisu. Sekilas bayangan gadis yang dituduh mencuri motorsikalnya terbayang. Hatinya terasa sesuatu.......

1 comments:

Anonymous said...

lau ayie pegi bandar
macam mane ngan emy...
sambng yer..

 
Copyright 2009 Diari Hati