Thursday, April 23, 2009

Semarak Cinta 16

Rumah Nek Mah meriah sekali. Hari ini mereka sekeluarga menjemput keluarga kak Yam ke rumah menjamu selera. Suara anak-anak kak Yam kelihatan seronok mendengar jenaka dari Adi Hamidi. Sesekali Adi Hamidi menjeling isterinya yang sedang menyusun pinggan.Kelihatan abang Mail baru mengatur langkah menuju ke rumah Tok Aki.
“Assalamualaikum..” Abang Mail memberi salam
“W’salam..Sila naik bang. Kami semua tengah tunggu abang ni. Suara Adi Hamidi kedengaran ramah menyambut kedatangan Abang Mail iaitu suami kak Yam.
“A’aa. Yea lah. Maaflah lambat sikit adi.”
“Takpe bang. Tapi kalau lambat sikit lagi nampaknya abg kena makan sorang-sorang lah jawabnya. Tak dapet den nak nolongnya…”Selorohnya. Anak-anak abg Mail ketawa, mereka seronok melihat Along Adi mengenakan ayah mereka.
“Jom makan. Semua dah terhidang tu.” Pelawa Tok Aki yang sudah pun berada di ruag makan. Mereka duduk bersila beralaskan tikar mengkuang. Cara kampung masih tidak dilupakan lebih-lebih lagi Tok Aki. Selesai Tok Aki mengaminkan doa, mereka sekeluarga menjamu selera.

“Lama ke cuti ni.” Soal abg Mail sambil memangku anak bongunya Munirah. Anak bongsunya terlalu manja dengannya.
“Tak lama, tiga hari aja. Esok balik lah bang. Lagipun Murni petang esok dah balik. Nanti takde sesiapa pulak kat rumah tu, tingal dia seseorang pulak.” terang Adi Hamidi. Sesekali tangannya gatal mencuit hidung Munirah.
“Murni kemana? Tak bawak dia sekali ke?”
“Murni tak ikut bang. Dia ada kem motivasi anjuran sekolahnya. Kan tahun ni dia nak periksa.” Jelas Adi Hamidi
“Ooo..patutlah abg tak nampak pun batang hidung dia.” Ujarnya
“Banyak dapat ikan memancing hari tu bang.” Adi Hamidi beralih topik setelah mereka sama-sama terdiam. Abg Mail seorang yang pendiam tidak banyak bercakap, kecuali topic yang menarik minatnya.
“Tak dapat langsung. Takde rezeki kali ni. Cadangnya bulan depan nak turun lagi.” Adi Hamidi dan Abg Mail semakin rancak bersembang, sesekali Tok Aki akan menyampuk.

Nur Alia membasuh pinggan mangkuk dibantu oleh Siti anak Kak Yam. Siti tidak langsung kekok bila mekukan kerja bersama Nur Alia. Malah kanak-kanak itu rancak bercerita. Sesekali pecah ketawa mereka mendengar celoteh Siti.
“Petang ni kamu buat apa Alia?” soal Kak Yam
“Entah la rasanya takde buat apa kak.” Terangnya sambil matanya memandang Nek Mah yang sedang meneguk air masak.
“Petang ni Kak Yam nak ke bendang. Kamu nak ikut? Darpada tak buta apa. Alia pun bukan selalu dating sini” Pelawa Kak Yam.
“Boleh jugak kak.” Nur Alia bersetuju. Wajahnya mula mengukir senyum.Nek Mah hanya tersengih memandang. Cucunya ini langsung tidak kekok, malah makin teruja mengenali budaya hidup dikampung.
“Boleh kan nek.” Nur alia meminta izin dari Nek Mah.
“Boleh. Apa tak bolehnya. Kamu kena kenal dengan pokok nasi yang kamu makan tu. Lain kali orang tanya kamu bolehlah ceritakan bentuk pokok padi tu.”Nek mah sengaja mengenakan cucunya. Nur alia hanya tersenyum.
“Pokok nasi.” Nur Alia menggaru-garu kepala nya.“Pokok beras lah nek.” Jawab Siti dengan bangga. Lalu pecah ketawa mereka
“Nah! Alia bawakan ubi rebus ni kedepan. Boleh mereka makan sambil bersembang.” Ujar Nek Mah sambil menghulurkan sepiring ubi rebus dan sepiring kecil kelapa parut yang digaul dengan garam dan gula.
“Baik lah nek. Balasnya. Nur Alai membawa dulang yang berisi ubis rebus dan seteko air kopi ke beranda.
“Jemput makan tok, abg Mail.” Dengan sopan Nur Alia mempersilakan mereka makan.
“Hai tok ngan abg Mail aja ke. Abang tak pelawa ke?” Adi Hamidi yang memandang wajah Nur Alia yang menatang dulang tadi sengaja mahu mengenakan isterinya.
“Jemputlah makan bang kalau rasa muka tak malu.” Nur alia mengenakan Adi Hamidi. Dia sudah dapat mengagak pasti ada aja hal yang hendak dikenakanya.Tok Aki dan abg Mail ketawa berdekah-dekah. Tak terduga Nur Alia akan mengenakan Adi Hamidi kembali.Adi Hamidi hanya tersenyum kelat. “Ni tak boleh jadi Alia dah pandai kenakan aku.” Getusnya didalam hati.

“Kami pun dah kenyang ni tok, nek, terima kasih banyak-banyak. Sedap Alia masak, kalah kak Yam Adi, beruntung kamu. Kak Yam memandang Adi Hamidi yang tersengih.
“tengoklah siapa suaminya.”Jawabnya dengan bangga.
“Apa kena pulak suaminya dengan masakan Alia.” Adi malu sendiri. Mulut nak kenakan orang aja tak sedar makan diri sendiri. Mereka semua ketawa setelah Adi Hamid terdiam tanpa kata.
“Minta diri dululah yea, petang nanti kita ke bendang yea Alia. Nanti Kak Yam suruh Siti datang kesini panggilkan kamu.” Terang Kak Yam.
“Yea lah kak.”
“Nak kebendang kak. Adi pun nak ikut juga.”
“Hai tak boleh berenggang langsung dengan bini.” Tegur Nek Mah memandang sekilas wajah cucunya. Pecah ketawa mereka mendengar kata-kata Nek Mah.
“Ala nenek ni. Adi nak pergi cari siput la. Teringin nak makan siput.”
“Dah teringin nak makan pulak. Sengaja alih topic lah tu. mengidam agaknya.” Sakat Kak Yam. Mereka ketawa melihat wajah kelat Adi Hamidi tersenyum.
“Ajis petang nanti kita pergi cari siput yea. Kita berkubang nak.”
“Horey... boleh long. Beresss…!”
“Eh siapa benarkan ni.”
“Ala mak. Sesekali berkubang takkan tak boleh bukannya pergi ngan siapa pun ajis pergi ngan Along Adi.” ujar Ajis mempertahankan diri.
“Ikut sangatlah perangai tak betul Along kau tu. celah Nek Mah.
“Kita tangkap banyak-banyak nanti kita jual kan Ajis..”
“Erm..tak sempat nak jualnya kamu dah habiskan dulu Adi.” Sanggah to kaki.Ketawa meledak lagi. Adi Hamidi. Tiada kata, dia terpaksa mengalah dan menelan semua kata-kata tok dan neneknya.

*******
Hampir pukul empat petang barulah Adi Hamidi dan Nur Alia menuju ke rumah kak Yam. Munirah sudah terlompat-lompat melihat kehadiran Adi Hamidi dan Nur Alia. Rupanya Kak Yam dan anak-anaknya dah lama tunggu.
“Maaf lah kak, lambat sikit. Dah lama akak tunggu. Adi sakit perut tadi, memulas sangat tak tahan makan pedas tadi lah ni. Kot-kot sengaja ada orang taruk cili lebih nak kenakan Adi agaknya.” Adi Hamidi menjeling Nur Alia. Dia sengaja mengusik. Sambal belacan tadi dia tahu Nur Alia yang sediakan. Sebab itu dia berani kata macam tu.
“Hiss… kamu ni Adi, dah tak boleh makan tu kenapa kamu makan juga. Jangan nak menyalahkan orang pulak. Bebel Kak Yam. Nur Alia hanya tersenyum. Dia tahu suaminya ingin mengenakannya.
“Lupa la Alia nak pesan sebelum makan tadi kak. Orang ada buasir tak boleh makan ni.” Ejek Nur Alia. Kak Yam ketawa gelihati mendengar jawapan dari Nur Alia untuk mengenakan Adi Hamidi.
“Erk ala..suka-suka aja mengata orang ada buasir.” Jeling Adi Hamidi sambil menjuihkan sedikit bibirnya.
“Bila pulak saya mengata. Takde kan kak. Saya cuma bagitahu orang yang ada buasir tak boleh makan. Bukannya saya sebut nama awak pun. Siapa makan hempedu dialah yang terasa pahitnya.” Nur Alia menjawab dengan pantas.
“Sudah-sudah. Tak habis-habis nak gaduh, kalau kamu berdua ni anak akak dah lama akak piat telinga tu.” sangah Kak Yam yang mula pening melihat pertelingkahan kecil antara Adi Hamidi dan Nur Alia. Ada saja yang tidak kena.Nasib baik bukan anak akak, kalau dapat mak garang macam ni bertompok-tompok lah badan Adi jawabnya…Adi Hamidi mengurut dada, saja mengenakan Kak Yam yang sudah membulatkan mata mendengar usikannya. Nur Alia hanya tersenyum menahan tawa.
“Jom lah. Dah nak petang ni. Nanti lambat pulak baliknya karang.” Ajak Kak Yam.
“Ajis mana kak?” Soal Adi Hamidi setelah dia tidak nampak kelibat anak sulong Kak Yam.“Dia dah pergi dulu. Dia pesan pada akak nanti dia tunggu kamu kat tali air tu.”
“Jom lah kak. Adi dah tak sabar ni.”
“Macam dia pulak yang baru datang ke kampung ni.” Adi Hamidi hanya tersengih. Kak Yam mengelengkan kepala, sedikit pun dia tidak bosan dengan kerenah Adi Hamidi. Ada-ada saja ideanya.

“Ooo..tak tunggu Along yea." Laung Adi Hamidi setelah melihat kelibat Ajis dan Epie sedang berendam. Baldi yang dibawanya tadi telah diletakkan bersebelahan pakaian Ajis dan Epie. Dua beradik itu hanya tersengih bila melihat Adi Hamidi mula melangkah dengan berhati-hati menuruni tebing tali air.
“Dapat banyak tak?”
“Belum cari lagi Long, tengah berdendam ni. Best.”
“La kenapa tak cari lagi. Ingatkan dah penuh baldi kecil tu.”
“Kami tunggu Along lah. Sementara menunggu ketibaan putera katak yang tak rupa seperti katak ni kami mandi dulu.” Terang Epie yang mula berkuak didalam air. Sengaja dia menguak Air dengan kuat agar percikan air terkena Adi Hamidi.
“Apa…. tunggu putera katak. Banyak la kau punya putera katak. Nah!” Adi Hamidi membaling selut ke arah meraka. Keadaan menjadi riuh dengan hilai tawa setelah kehadiran Adi Hamidi menyertai mereka.
“Best juga mandi kat sini kan Ajis. Dah lama benar Along tak mandi kat sini. Nasib baik dapat berkawan dengan korang, tak la malu sangat Along nak mandi kat sini.”Ajis dan Epie hanya tersengih. Dibiarkan Along Adi mereka mengelamun. Ibarat si luncai dengan labu-labunya. “Jangan ambik yang kecik sangat. Yang anak-anak tu tak payah ambik lah Jis..kita buah benih. Kita ambik mak ngan bapak aja.”
“Banyak lah kat sini along.” Jerit Ajis. Tangannya mula mengagau siput. Keruh air mula kelihatan bila dia mengangkat beberapa ekor siput didalam gemgamannya yang bersalut lumpur.“Ajak Epie cari sama kat situ. Along cari kat sini.” Mereka mengagau siput dengan penuh semangat. Sesekali terdengar ketawa Ajis dan Epie bila Adi Hamidi melawak.

1 comments:

Zass said...

apsal tulisan kecik sgt??? susah nak baca pulak.. jadik tidak menarik pulak kalau tulisan terlalu an lagi tulisan tu yer author!!!
bila agaknye cinta mereka berputik ye??? lambat lagi kew???

 
Copyright 2009 Diari Hati