Wednesday, April 22, 2009

Semarak Cinta 1

Cinta Hadir tanpa disedari
Ianya wujud didalam hati
Benarkah ianya bisa merubah diri
Atau sekadar mengusik hati

Cinta itu manis sekali
Namun payah berada dihati
Menanti ianya mekar sendiri
Atau mungkin dibiar pergi



Suasana awal pagi dikediaman hj Ismail agak kelam kabut sedikit memandang hari ini merupakan hari berbahagia anaknya yang ketiga, Alia. Segala persiapan telah pun dilakukan sejak dua hari yang lalu, beberapa khemah para tetamu telah tersedia, khemah untuk memasak juga turut didirikan oleh hj Ismail dan orang-orang kampung. Memandangkan kampung Serai Wangi masih lagi mengamalkan adat bergotong royong bila mengadakan kenduri kendara, segala persiapan kenduri menjadi mudah dan cepat. Lagipula Hj Ismail merupakan orang yang disegani oleh penduduk kampung. Hj Ismail merupakan bekas anggota tentera berpangkat Leftenan Kolenal yang diketahui mempunyai sifat ketegasan namun kemesraan antara mereka tidak pernah berubah, walaupun Hj Ismail baru sahaja menetap dikampung kelahirannya. Hj Ismail juga sering kelihatan dimana-mana majlis keraian penduduk kampong. Dia mudah bergaul dan cepat mesra. Walaupun kehidupannya semasa berkhidmat dalam tentera berpindah randah dari satu kem ke satu kem namun kampung Serai Wangi adalah tempat kelahirannya. Setelah bersara dari pehidmatannya sebagai seorang tentera, dan dia begitu selesa menghabiskan sisa-sisa usianya bersama isteri dan anak cucunya dikampung. Lagipula anak-anaknya cukup seronok bila Hj Ismail mengusulkan mahu berpindah kekampung suatu waktu dahulu. Dan sehingga ke hari ini jika tiada halangan setiap kali cuti hujung minggu anak-anaknya yang merantau akan pulang ke kampung menjenguknya.

“Assalamualaikum Tuan Haji”. Kedengaran satu suara menyapanya dari belakang.
“Wa’alaikummussalam. Eh! kamu Karim”.. Sambil tersenyum dan menghulurkan tangan dia berjabat tangan sambil memeluk bekas tukang kebunnya dahulu.
“Mana Yati dan anak-anak kamu Karim? Tak bawak sekali ke?” Tanya Hj Ismail matanya melilau mencari kelibat Yati dan anak-anak bekas tukang kebunnya.
Dah lama benar tak jumpa kamu semua. Dah besar anak-anak kamu yea Karim. Tambahnya lagi.
“Ada tuan haji,sampai-sampai aja tadi terus dia ke dapur cari mak aji,dah lama benar tak jumpa itu yang tak menyempat jumpa tuan haji.Anak-anak semuanya dah besar Tuan Haji”. Katanya sambil melirik mencari kelibat anak-anak dan isterinya.
“Biasa la Karim orang perempuan ni tak macam kita, ada aja lah benda yang nak dibualkannya tu, maklumlah dah lama tak jumpa. Kamu kerja kat mana sekarang ni Karim?” Sambil mengajak karim bebual-bual dipangkin bawah pohon jambu airnya.
“Dah tukar kerja tuan haji, saya jadi driver Datuk Hassan pulak sekarang ni. Jawabnya mengiringi langkah hj ismail.
Hj Ismail melambai tangannya ke arah Adif, anaknya yang bogsu. Dia meminta Adif bawakan dua gelas air kesana. Mereka berbual sementara menunggu Adif membawakan air. Tidak lama kemudian Adif membawa 2 gelas air sirap yang sudah dibancuh, sambil meletakkan air tadi dia menyalami Karim.
“Apakhabar Pak Karim’’. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.
‘’Baik Adif, kamu dah besar sekarang ni yea, dah lama benar pakcik tak jumpa kamu, dah jadi anak muda sekarang ni’’. Balas Karim sambil merenung sebatang tubuh tegap didepannya. Matanya tidak melepas pandang dirasakan bukan Adif yang berada didepan matanya sekrang ini. Jauh berbeza dari dulu, maklumlah ketika dia berhenti kerja dahulu Adif masih lagi bersekolah rendah dalam darjah satu.
Hj Ismail perasan dengan tingkah laku adif lalu menegurnya. “Apa yang kau cari tu adif? Leher kamu dah nak sama panjang dengan leher si bangau tu ’’. Tanya Haji Ismail sambil matanya juga mengarah ke laman rumah. Hj Ismail saja mahu mengusik anak bongsunya Adif. Dia tahu anaknya mencari kelibat Azura anak perempuan Karim yang menjadi temannya semasa tinggal dibandar dahulu.
‘’Yang kau cari tu takde kat depan tu lah. Tu ha kat dapur. Pergilah kat dapur tu kalau nak jumpa.’’ Makin galak dia menyakat anaknya. Terasa panas muka Adif menahan malu, dia tidak menyangka abahnya perasan dengan tingkah lakunya tadi, bertambah malu bila pakcik karim turut tersenyum melihat gelagatnya.
‘Tu lah kau Adif gatal sangat kan dah kantoi’. Bisik hati Adif.
‘Eh takde lah bah, Adif cari Firdaus aja, dari tadi tak nampak muka’. Adif nak ajak dia....
Adif cuba memberi alas an untuk meuntup rasa malunya.
‘Hah. Tak payah la kau nak goreng abah Adif, bukan abah tak tahu apa yang ada dalam kepala kau tu’. Potong Hj Ismail sambil memcapai gelas yang berisi air sirap yang dibawakan Adif tadi lalu diteguknya. Adif semakin serba salah, lagipula pakcik Karim semakin melebarkan senyumnya.
‘Adif pergi dululah bah, pakcik, lagipun Adif belum siap pacakkan lagi bunga mangar tu’. Adif meminta izin dari abahnya.
‘Ha pergilah tapi jangan kau nak melencong ke dapur pulak, nanti bunga mangar tak terpacak alih-alih kau pulak terpacak kat dapur tu’. Usik Hj Ismail pada Adif sambil mengeleng kepala melihat wajah anaknya yang semakin bertukar warna. Adif berlalu meninggalkan abahya dan pakcik Karim, lagi lama dia disitu lagi banyak pula dia terkena peluru tabur dari abahnya. Hj ismail cukup sporting dengan anak-anaknya, malah dia juga boleh menjadi kawan dengan anak-anaknya, dia akan menjadi tegas bila anak-anaknya tidak mendengar kata.
Karim bekas pekerjanya cukup kagum dengan cara didikan Hj Ismail, kadang-kadang dia juga sering mendapat tips dari Hj Ismail bagaimana caranya melayan karenah anak-anak. Masih teringat pesanan Hj Ismail sewaktu dia memarahi Azura didepan Hj Ismail tanpa disedarinya. Masa itulah hj ismail menegur caranya mendidik anak-anak. Peasanan itu masih kukuh diigatan Karim.
‘’Karim, kamu jangan berkasar sangat dengan anak-anak kita kena pandai menyelami hati mereka. Masa terluang macam nilah kita kena ajak mereka bersembang, kita dah seharian bekerja dan jarang melekat dirumah, macam mana anak-anak nak bermesra dengan kita jangan sampai anak-anak bila Nampak kelibat kita aja dia dah takut. Jadilah kawan dan pendengar pada mereka, masa nilah kita nak bentuk dia’’.
Karim hanya menganguk dan menelan kata-kata Hj Ismail. Dalam diam dia mengakui kata-kata majikannya. Lagipun selama ini tugas mendidik semuanya diserahkan kepada isterinya Yati. Dia hanya menyediakan makan pakai mereka sahaja.
“Insyaallah Tuan Haji. Saya cuba berubah”. Jelasnya pada majikannya.
Atas nasihat yang diberikan Tuan Haji dahulu, hari ini Azura begitu akrab dengannya. Berkecai seketika lamunannya ketika suara Hj Ismail menyapa gegendang telinganya.
Haji Ismail bangun dari duduknya lalu mempelawa Karim ke khemah masakan. “Marilah kita kesana karim”. Ujarnya.
“A’aa ye lah Tuan Haji. Mari”. Balas Karim
Haji Ismail dan Karim sama-sama mengaturlangkah menuju ke khemah masakan. Bau keenakan lauk pauk yang dimasak oleh rakan taulan memenuhi ruang udara. Haji ismaial turut membantu rakan-rakanya yang sedang memasak.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati