Wednesday, April 22, 2009

Semarak Cinta 4

Enam bulan yang lalu.


Adi nak ke mana tu? Soal Kpt Mohamad apabila dilihatnya Adi Hamidi menuruni anak tangga.Adi Hamidi mematikah langkah,dia berpaling ke kanan dan melihat ayahnya tercegat dihadapan pintu bilik adiknya.

‘’Ayah. Adi nak keluar jumpa kawan sekejap.” Balas Adi sambil melihat jam ditangannya.

‘’Erm..takpelah nampaknya kamu macam nak cepat aja tu.” Katanya lagi bila dia melihat Adi Hamidi berulang kali melihat jam ditangan. Langkahnya diatur sama-sama menuruni anak tangga bersama Adi.

“Kenapa ayah,ada apa-apa yang tak kena ke, Macam ada sesuatu yang ayah nak bincang aja, kalau ada, Adi boleh cancelkan rancangan Adi malam ni ayah.’’ Soal Adi Hamidi kehairanan.Sambil menarik nafas Kpt menunjukkan tangannya ke kerusi di sebelah kanan.

“Memang ada perakara yang ayah nak cakapkan,tapi rasanya tak payah lah cancelkan rancangan kamu tu. Cuma kalau ada masa bolehlah kita berbincang sekejap.” Terang Kpt Mohamad sambil punggungnya berlabuh di sofa lembut berwarna hijau lumut. Adi turut membuntuti langkah ayahnya. Kepalanya mencongak hal apa yang bersarang dikepala ayahnya. Setahunya walaupun dia ini boleh dikategorikan kasanova tetapi dia tidak pernah meniduri mana-mana wanita yang keluar menemaninya. Dan rasanya tidak ada pula teman-temannya menghubungi dia minta dipertanggungjawabkan. Tak mungkin yang hal itu. Dia hanya mengangap teman wanitanya sekadar teman untuk berbual dan suka-suka,lagipun dia mana ada selera pada wanita sejak dia mengenali Azlin insan pertama yang bertahta dihatinya suatu ketika dahulu. Berjanji setia sehidup semati. Dan tanpa disangka rupaya Azlin seorang yang pisau cukur, tidak setia dengan cinta, nampak aja baik sopan tapi hati busuk. Kerana Azlin jugalah membuatkan dirinya merana dan tidak percaya masih wujud cinta yang suci pada hati seorang wanita.

‘’Kamu nak kemana ni Adi?..Pakai kemas-kemas ni,Nak keluar ke?’’ Soal Pn. Suzi tiba-tiba datang dari arah dapur lalu duduk bersebelah dengan Adi. Sapaan ibunya mematikan lamunan yang menyiggah seketika.

‘’A’aa mak,Adi nak keluar sekejap jumpa kawan. Jawab Adi,matanya terarah ke wajah tulus ibunya.

‘’Kawan lelaki ke kawan perempuan ni?’’ Matanya dilirikan ke wajah suaminya.“Lain macam aja soalan mak ni. Adi jumpa kawan lelaki mak.” Adi kehairan mendengar soalan dari emaknya. Tak pernah-pernah emaknya bertanyakan soalan itu setiap kali dia keluar. Dan malam ini tiba-tiba emaknya bertanya dengan siapa dia keluar. Sah mesti ada benda yang mereka nak bagitahu aku ni, jangan-jangan mereka minta aku perkenalkan bakal isteri. Masak aku! Hatinya resah menjawab teka-teki dari tingkah laku ayah dan emaknya.Kpt Mohamad terbatuk kecil, sebelum menyatakan hasratnya.

"Erm..Macam ni Adi, ayah dan mak nak pergi haji tahun ni. Ayah dah pun dapat jawapan dari pihak Tabung Haji. Terangnya lambat-lambat menunggu reaksi anak lelakinya itu. Mendengar sahaja kata-kata ayahnya Adi tersenyum gembira. Lapang terasa dada. Hal itu rupanya yang ayah dan mak nak bagitahu aku, bisik hati kecilnya.

“Betulke mak. Adi menyoal emaknya untuk mendapatkan kepastian, mulutnya melebar mengukir senyum.‘’Yea Adi,mak dan ayah dapat buat haji tahun ni. Ayah dapat surat dari pihak Tabung Haji minggu lepas. Lagipun memang dah lama kami teringin nak ke Mekah menunaikan haji. Alhamdulillah, akhirnya terkabul juga hajat kami."Balas Pn Suzi mengukuhkan lagi jawapan Kpt Mohammad tadi.Kpt mohamad hanya memandang reaksi keterujaan anaknya yang ingin tahu lebih lanjut soal keberangkatan mereka ke tanah suci.

“Bila nak berangkatnya mak.” Soal Adi.

"Kalu ikutkan jadualnya kami akan berangkat dengan penerbangan pertama pada 25 oktober, ada masa lagi enam bulan aja lagi. Sambung Pn. Suzi.

"Adi"..tiba-tiba kpt Mohamad mencelah, dia memandang tenang ke arah Adi. Adi hamidi yang sedang tersenyum itu kehairanan. Dia hanya menanti kata-kata yang terkeluar dari bibir ayahnya.

"Erm.. kami ada satu lagi hajat Adi." Kpt Mohamad memandang wajah isterinya sebagai isyarat meminta isterinya yang menyatakan.Pn Suzi membetulkan kedudukan, tangannya mengosok belakang Adi Hamidi membelai anaknya.

“Mak dan ayah berhajat nak tengok kamu kahwin,sebelum kami berangkat ke Mekah. Sekurang-kurangnya ada yang menjaga makan pakai kamu, lagipun tahun ni kan adik kamu,Murni tu nak periksa SPM tentu dia takde masa nak layan karenah kamu tu.”Adi memandang wajah ayahnya. Dia tahu ayahnya sedang menunggu reaksinya.

"Haa.. kan aku dah cakap mesti ada benda mak ngan ayah rancang ni. Adoii bukan masak dah ni hamper rentung aku jadinya." Kata-kata hatinya bermain seketika.

"Adi tak nak kahwin lagi lah mak. Lagipun bukan ada yang nak kan Adi pun." Dia memohon simpati dari emaknya.

Eh! kamu ni Adi umur dah nak masuk 32 tahun. Kamu ingat kamu tu muda lagi ke? Kalau kahwin, kamu tu dah ada anak dua. Tengok anak Mak Long kamu tu si Asri yang sama umur dengan kamu, dah ada anak tiga, itu pun tengah tunggu masa nak sambut yang orang baru lagi." Bidas emaknya. Adi tekedu. Jawapan apa yang dia bagi sampai emaknya boleh berleter macam tu. "Mak tak kisah siapa pun yang kamu nak perkenalkan kepada kami sebagai calon isteri kamu, tapi dengan syarat ayah yang tentukan lulus ataupun tidak. "Bebelan emaknya semakin panjang. Adi memandang wajah ayahnya, memohon simpati.

"Fikirkanlah Adi. “Ayah nak kamu perkenalkan kepada kami dalam masa sebulan ni, kalau tak jumpa juga kami sendiri yang akan carikan isteri untuk kamu, faham!.” Kpt Mohamad bangun dari duduknya dia ingin ke bilik bacaan, dia berhenti seketika setelah beberapa langkah berjalan.

“Ayah dengar kamu ni ramai teman wanita, buaya darat paling laris di Bandar kita ni, apa yang susah sangat bawak aja jumpa kami ni.” Adi terganga mendengar sindiran ayahnya, dia tidak menyangka ayahnya tahu selama ini dia digelar buaya darat terlaris. Huh itu semua sifat dengki rakan-rakanya yang tidak pernah senang melihat dia mempunya ramai teman wanita yang cantik-cantik dan seksi. Adi Hamidi tahu jika ayahnya berkeras dengan arahannya bermakna dia tiada peluang untuk menolak.


******

“Hei bro kenapa ni, monyok aja rupanya, ditinggalkan buah hati ke?” Sapaan Khairil diikuti dengan gelak kawan-kawannya tidak diendahkan. Adi Hamidi menarik kerusi kosong yang bersebelahan dengan Hamid. Kepalanya berserabut.

“Mari minum dulu sejukkan hati tu.” Khairil meminta pelayan bawakan segelas teh tarik untuk Adi. Khairul kehairan bilamana Adi Hamidi masih lagi tidak bersuara, dia memandang rakannya Hamid yang masih tersengih sambil mengangguk sedikit kepala yang juga kehairanan.Sejurus seorang pelayan lelaki membawakan segelas teh tarik untuknya, Adi mengambil dan meneguk dengan rakus. Mulanya dia gembira dengan berita orang tuanya akan berangkat ke Mekah, namun dalam gembira terselit pahitnya.

“Mak ngan ayah aku nak ke Mekah..”

“Eh berita baik ni. Ok lah tu tercapai juga hajat orang tua kau nak ke mekah. Apa yang kau nak susahkan sangat, takkan tak boleh langsung berpisah dengan orang tua, asyik nak duduk dicelah ketiak mak aja.” Hamid mencelah tanpa sempat Adi Hamidi menyudahkan ayatnya.

Isk! engkau ni bagilah aku habis cakap dulu." Adi mula menampakkan reaksi kurang senangnya apabila cakapnya dipotong.

“Ok..ok..sorry..sorry”. Hamid meminta maaf sambil mengangkat kedua tangannya.Adi masih lagi diam membisu. Matanya memandang ke seberang jalan. Melihat kenderaan bertali arus menuju ke destinasi yang tidak diketahuinya. Khairil dan Hamid masih lagi sabar menunggu. Adi tidak akan macam ni jika tiada perkara yang menyerabutkan fikirannya.

“Mak aku suruh kahwin..” Adi Hamidi bersuara setelah beberapa lama terdiam tadi.

"Kah..kah…" pecah tawa dari rakan-rakannya mendengar ayat yang keluar dari mulut Adi Hamidi. Benarkan Adi Hamidi yang berada dihadapan mereka kini.


"Kau orang gelak lah puas-puas. Dah lah aku nak balik. Tidur lagi baik lah dari dengar kau orang ketawa ni.” Adi bingkas bangun namun tangannya sempat ditahan oleh hamid.

“Hei duduk lah dulu bro, kau ni Adi hal itu pun nak kecil hati.” Hamid memujuk Adi.

“Habis kau orang ketawa tak ingat dunia. Aku dalam masalah kau orang boleh gelak-gelak lagi.” Suaranya sedikit meninggi,tanda kurang senang dengan kelakuan kedua-dua rakannya tadi.

“Apa yang susahnya bro, kau kan ramai teman wanita. Pilih aja mana yang kau berkenan. Tak susah pun.” Saran khairul bila dia mlihat Adi semakin sejuk sedikit.“Kau kan tahu aku dengan perempuan-perempuan tu semua hanya suka-suka takde yang serius pun, jauh sekali aku nak jadikan bini. Senang nak dapat beb!” Balas Adi, menguak rambutnya yang sedikit terjuntai kedepan.“Kau tahu tak, mak aku siap bagi syarat lagi. Dia cakap bawak lah mana-mana pun calon yang aku suka, tapi kalau ayah aku tak setuju gagallah jawabnya. Dah la bagi masa sebulan. Kalau aku takde calon pulak diaorang nak tolong carikan. Kalau aku nak bawak si mimie, wana, casey tak payah susah-susah2 bawak jumpa mak ngan ayah aku, jumpa adik aku pun dah memang segera direjeknya.”“Betul juga kata kau tu Adi. La ni aku rasa baik kau serahkan aja pada mak ngan ayah kau lagi senang habis cerita, tak payah duk pening-pening fakir cari calon.”Hamid memberi cadangan.“Kau kan tahu aku ni masih belum terbuka lagi dengan perempuan, takkan korang tak ingat macam mana Azlin buat pada aku dulu, setengah mati aku sayang dia alih-alih dia dengan jantan lain. Sampai sekarang aku tak pernah anggap cinta perempuan tu suci kau tahu.” Adi meluahkan rasa hatinya.“Eh… hal tu kan lama Adi. Tak semua perempuan macam tu. mana lah tahu calon yang ayah ngan mak kau cari ni memang sesuai untuk kau.” Khairil memujuk Adi yang masih dalam kebingungan.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati