Wednesday, April 22, 2009

Semarak Cinta 3

Becok mulut mak andam mengarahkan Nur Alia duduk diam-diam. Nur Alia kegelian bilamana bulu-bulu halus berus makeup meyentuh pipinya. Sebelum ini dia bukanlah seorang yang suka menghiaskan mukanya dengan alat-alat mekup yang pelbagai color tu,naksebut apapun dia tak tahu. Dia ke tempat kerja hanya sekadar menyapu bedak compact sahaja untuk menanbahkan seri wajahnya.

“Hik..hik.. Gelilah Mak Uteh”. Mukanya terus melektok-lentok menahan geli.

“Hisk.. kau ni Alia, duduk lah diam-diam, macam mana Mak Uteh nak solekkan kamu kalau asyik menunduk aja. Hiss budak ni.” Bebel Mak Uteh selaku juruandamnya.“Gelilah. Tak tahan la mak uteh.” Suaranya menahan getar ketawa, matanya dipejam rapat, sambil kepalanya teroleng ke kiri dan ke kanan mengikut gerakan tangan Mak Uteh yang sedang bersungguh-sungguh mewarnakan serata wajahnya agar kelihatan cantik.

“Tahan sikit aja. Ni baru Mak Uteh sapu bedak belum lagi torehkan mata kamu dengan celak lagi ni. Kan tak siap rupa kamu nanti jadinya Alia oii..”“Ala sapu bedak sudah la. Yang lain-lain tak payah la susah-susah Mak Uteh.’’

‘’Eee…Budak ni kan..’’ Tanganya sedikit terangkat ingin saja dia menjentik bibir mulus Alia tapi disabarkan saja hatinya.

“Orang lain hari bahagia nak lah bersolek sakan, kamu ni nak biasa-biasa aja. Hei.. Alia kat luar tu bukan main ramai lagi nak tengok wajah kamu berseri-seri dengan solekan. Sebelum ni, kamu tu bukannya pakai apa-apa pun kat muka tu. Kalau kamu cantik hari ni saham Mak Uteh naik lah juga, mesti orang tertanya-tanya siapa pulak juruandamnya, tak ke untung Mak Uteh. Kau jadi perhatian Mak Uteh pulak dapat buat duit…” makin panjang leteran Mak Uteh, namun tangannya masih ligat menyapu wajah mulus Nur Alia. Dia menjuihkan bibirnya.

“Dah memang Alia cantik tak makeup pun nampak cantik juga. Eh perasan lah kau tu cantik, kalau kau cantik dah lama orang pikat kau lah.” Kata hatinya bertelingkah sesama sendiri. Alia hanya senyum membenarkan kata hatinya.

‘’Cuba kamu duduk diam Alia, tangan tu tak payah usik apa-apa lah.” Mak Uteh menepis tangan Alia yang sedang rancak memintal hujung bajunya. “Mak Uteh nak celakkan mata kamu ni. Buka mata tu luas-luas. Duduk diam-diam tau nanti kamu bergerak tak pasal-pasal tercucuk dalam mata. Bersanding pulak macam lanun jadinya." Gertak Mak Uteh.Alia cuba menahan ketawa, dia membuka matanya luas, bimbang juga andai dia terlebih bergerak, mata celak tak pasal-pasal menjunam tepat ke dalam anak matanya, dia masih belum mahu kehilangan matayang menawan itu. Mak Uteh terus menjalankan tugas nya dengan tekun.

‘’Cantik juga Alia ni.’’ Hatinya mengakui kecantikan alia dalam diam.‘’Orang tua-tua cakap kalau geli bila orang menyetuh wajah kita, maknanya orang tu sayang laki, kamu tahu. Dia tak malu menunjukkan sayang suaminya pada orang. Entah-entah kamu ni pun macam tu jugak kot.’’ Sakat mak uteh.

"Iye ke mak uteh, boleh percaya ke tu semua.’’ Dia sangsi dengan kata-kata Mak Uteh. Itu Cuma anggapan orang tua-tua sahaja baginya.

“Okey dah siap!.” Tangan mak uteh memegang wajah alia, dia membelek muka Alia ke kiri dan ke kanan,takut-takut terdapat kecacatan pada solekannya. “Dah pergi salin baju. Sekejap lagi pengantin sampai.’’Alia mengenakan sepasang baju kurung malaysia moden warna putih bersulamkan batu permata. Dia begitu angun dengan busana yang ditempah oleh Kak Ngah untuk acara akad nikah.


‘’Pengantin dah sampai!’’

‘’Pengantin dah sampai!’’jerit Firdaus anak saudaranya yang sulong berusia sembilan tahun sambil melompat-lompat bersama dengan beberapa orang lagi kanak-kanak, menambahkan lagi kekalutan yang ada. Tetamu yang hadir juga salaing berpandangan ke arah rombongan pengantin lelaki. Nur Alia yang mendegar jeritan tadi tidak keruan duduknya, jantungnya tidak henti-henti berdegup, aircond yang terpasang menambahkan lagi rasa sejuknya. Teman-teman dan saudara mara yang menemaninya dalam bilik pengantin tersenyum nakal, menabahkan lagi debaran dihati Alia. Tangannya sejuk.Adi hamidi duduk bersila didepan tok kadi, dia yang segak dengan baju melayu warna putih dan bersongkok itu tenang bersahaja.Kelihatan sanak saudara memenuhi ruang menyaksikan upacara akad nikah.Tok kadi yang sabar menanti meminta izin daripada Hj Ismail akan memulakan upacara sebentar saja lagi. Tangan dan matanya sibuk meneliti kertas-ketas yang ada dihadapannya. Upacara akad nikah dimulakan. Hanya dengan sekali lafaz sahaja Nur Alia binti Ismail sah menjadi isteri kepada Adi Hamidi bin Mohamad. Satu perasaan yang sukar dimengertikan bagi Nur Alia bila dia mendengar lafaz ijab dan kabul yang dilafazkan oleh Adi Hamidi. Hatinya tiba-tiba sebak.

Selesai upacara akad nikah,mak andam ruih minta diberi laluan agar Adi Hamidi boleh malakukan acara pembatalan air sembahyang.Lampu kamera berkelip-kelip memenuhi ruang bilik pengantin apabila Alia mencuim tangan suaminyan dan Adi Hamidi mencium dahi Alia selaku miliknya.



****

“Oooo..kat sini rupanya kau yea Adif patutlah aku cari kau takde tadi. Ermm.. rupanya ada blind date kat sini jumpa buah hati rupanya..”Bisik Suraya didalam hati. Dia melangkah perlahan-lahan membelakangi Adif dan Azura ,badannya dibongkokkan sedikit lagak seperti pencuri agar langkahnya nanti tidak didengari oleh mereka.

"Hoi!..Jerkahan Suraya memeranjatkan Adif dan Azura. Terjungkit sedikit bahu mereka kerana disergah begitu‘’Apa ni Kak Su, terkejut Adif. Hiss..’’

‘’Lain kali bagi lah salam. Ini tak, main sergah aja. Kalau kami ni ada sakit jantung mahunya dah dikebumi..’’ Sambung Adif sambil mengurut dada, Azura juga begitu tangannya masih melekat didada mententeramkan dengupan jantung yang hampir mahu luruh tadi. Sedikit pucat wajahnya.Suraya yang melihat tindakan refleks kedua-duanya tadi terhembur ketawa. Dia gelihati melihat gelagat adiknya yang terkejut sakan dengan sergahannya.

“Apa kau orang buat kat sini hah!..orang lain duk sibuk dengan kerja, kau orang duk sibuk bercinta. Gatal. Nak ikut jejak Kak Chik ke? Tok kadi pun bukannya jauh lagi ni, boleh Kak Su suruh abah panggilkan..Nikahkan kamu sekali nak?.’’

‘’Amboi Kak Su ni tak sayang mulut agaknya. Balas Adif. Dia geram melihat Suraya masih lagi dengan tawanya.Azura yang berada diantara mereka tersipu-sipu malu sambil menundukkan wajah.

‘’Kau ni pun satulah Adif, kalau yea pun nak berjumpa, nantilah dulu tunggu habis kerja baru lah nak berceriata pun. Kak su dari tadi melilau cari kau, alih-alih kat sini rupanya kau sembunyikan anak dara orang.”

“Kalau tunggu habis kerja jawabnya tak bercakap lah Adif, Kak Su. Sekejap lagi pakcik Karim dah nak balik.” terang Adif mempertahankan diri.

“Yea lah..yea lah! Kamu ni macam bercinta pulak.

Ada apa-apa ke?’’Usik suraya matanya galak mengarah ke wajah Azura yang sedari tadi diam membisu. ‘’Jangan lama sangat Adif. Ala kalau nak bersembang lama-lama nanti korang tukar-tukar lah no phone kan senang. Sekarang zaman canggih la, macam-macam ada.. pakai mms pun boleh. Ujarnya memberi cadangan kepada Adif dan Azura. Suraya belalu bila namanya di laungkan oleh seseorang. Dia mengatur langkah dan meninggalkan Adif bersama Azura.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati