Wednesday, April 22, 2009

Semarak Cinta 2

‘’Tak siap lagi gubah bunga tu Suraya?’’. Laungan suara Mak Aji dari tingkat bawah mematikan keriuhan gelak tawa anak-anaknya yang sedang galak bercerita.

“Belum lagi.. tinggal sikit aja lagi mak”. Balas suraya sambil tangannya lincah menyambung kerja-kerja yang tertangguh kerana terlalu seronok mendengar cerita dari kakak-kakanya. Dia mengelabah.

“Isk budak ni, dari tadi tak siap-siap lagi. Kau buat apa dengan bunga tu Suraya oii, kau gubah bunga ke kau tanam bunga?” Tanya Mak Aji tidak berpuas hati dengan jawapan Suraya. “Banyak lagi kerja yang nak dibuatnya, ni ha.. ruang tamu kamu tak kemaskan lagi, takkan nak suruh kak long kamu yang tengah sarat tu buat kerja”. Bebel Mak Aji sambil memjinjit satu beg plastic berisi ikan kering ke dapur.

“Alamak mak dah marah la”..Suraya mengelabah. Kakak-kakaknya hanya tergelak melihat tingkah laku Suraya. Adik mereka yang ini pantang bercerita pasti akan lupa kerja-kerja yang perlu disiapkannya.“Biar Kak Ngah habiskan gubahan ni. Kau pergi kemas ruang tamu tu dulu, nanti datang mak, angin pulak satu bakul”. Arah Kak Ngah kakak iparnya.

“Ha nasib baik ada Kak Ngah, kalau tak matilah Su kena dengar ceramah percuma dari yang berhormat”.katanya sambil bingkas bangun lalu menuju ke ruang tamu.Kak long dan kak ngah tergelak medengar panggilan yang diberikan oleh suraya pada emak mereka. Ada-ada saja lawak yang dibuat oleh adiknya ini. Mak Aji meletakkan beg plastic yang berisi ikan kering itu di hujung dapur, dia akan menbasuh dan mengoreng ikan kering selepas dia menyiapkan kerja-kerja memotong nenas.

“Macam ni lah Yati oii budak-budak sekarang, kalau tak ditegurnya buat kerja nampaknya tak siap lah jawabnya. Rumah macam kapal pecah jadinya.”Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Yati sambil melepas keluhan pada Yati. Azura yang berada disebalah ibunya tersenyum mendengar sungutan Mak Aji. Yati dan anak sulongnya Azura membantu Mak Aji memotong nenas untuk dibuat acar. Anak lelakinya sedang membantu Adif menyiapkan bunga mangar. Nur Alia yang mengikuti perbualan mereka tadi hanya tersenyum gelihati. Perasaannya mula berkecamuk antara gembira dan berdebar-debar, maklumlah tidak berapa jam lagi dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang hanya beberapa kali dipertemukan oleh kedua-dua orang tua mereka. Tidak banyak yang diketahui oleh Alia tentang bakal suaminya, lagipula tempoh bertunang tidak lama hanya 3 bulan sahaja. Dia hanya menurut apa yang dipersetujui oleh orang tuanya dan juga keluarga pihak lelaki. Dia pasti pilihan abah adalah yang terbaik untuknya. Lagipula orang yang akan menjadi besan abah adalah kawan baiknya yang sama-sama berkhidmat di Bosnia dahulu. Mereka telah lama terputus hubungan sejak Kapt. Mohammad bersara awal dalam pekhidmatan tentera 10 tahun dahulu. Dan Nur Alia tidak menyangka kehadiran mereka sekeluarga ke majlis perkahwinan rakan sekerjanya mempertemukan dua sahabat yang telah lama terputus hubungan. Sekarang mereka mengeratkan lagi silatulrahim dengan menyatukan Nur Alia dan anak lelaki kpt. Mohammad iaitu Adi Hamidi.


"La, mengelamun pulak pengantin kita ni ". Suara Abg Ngahnya mematikan lamunannya sebentar tadi.‘’Apa ni Abg Ngah kalau yea pun nak masuk bagi lah salam dulu, ini tak main redah aja lah’’. Marah Alia dengan sapaan abg ngahnya tadi menyebabkan dia sedikit terkejut.“Habis Abg Ngah tengok syok sangat Alia termenung sambil senyum-senyum. Fakir apa tu..’’ Matanya dikenyit nakal langkahnya diatur menghampiri Alia di birai katil dan melabuhkan punggungnya bersebelahan Alia.

“Dah.. jangan nak sakat-sakat alia pulak..’’

"Mana ada abg ngah sakat alia. Takde pun lah, tadi tu apa?’’. Soalnya tak berpuas hati dengan jawapan Abg Ngahnya.

"Tadi apanya Alia’’. Dia masih mahu menyakat Alia walaupun dia tahu Alia akan bengang dengan usikannya itu.

“Mata Abg Ngah terkedip-kedip tu apa tadi..”

“Ooo..alahai org kenyit mata pun salah ke..kenapa alia senyum sesorang tadi”. Dia semakin galak melihat wajah Alia berubah kemerah-merahan.

“Mana ada..” Sambil tangannya mencapai kotak yang berisi barang kemas, lalu dibelek satu persatu.Abg Ngah medekati mulutnya ke cuping telinga Alia yang sedang asyik membelek barang kemasnya lalu dia membisikkan sesuatu.

‘’Nak rahsia-rahsia lagi, Alia bayangkan malam pertama erk, nak Abg Ngah bagi tips ke?” Usiknya, Nur Alia yang terasa malu diusik begitu terus mencubit lengan Abg Ngahnya.

Aduh!.. Sakitlah Alia, mak aii kalau yea pun marah jangan lah cubit Abg Ngah, sakitlah! Kak Ngah pun tak pernah cubit Abg Ngah tau..”. Dia sengaja memancing simpati Alia“Memanglah Kak Ngah tak pernah cubit Abg Ngah kat situ, sebab Kak Ngah suka cubit Abg Ngah kat sini!.” Nur Alia berkalih cubitannya dari lengan menghala ke perut.

“Mak!…”Jerit Abg Ngah sambil tangannya masih lagi memegang jejari mulus Alia yang masih belum lepas dari cubitannya.Mak Aji yang berada didapur terperanjat mendengar jeritan Angah anak lelakinya yang sulong.

“Hai kenapa pulak anak aku ni..” Lalu Mak Aji bingkas bangun menuju ke bilik Alia. Suraya, Kak Long dan Kak Ngah yang terdengar angah jeritan Abg Ngah memanggil nama emaknya juga melulu ke bilik Alia. Dan beberapa kanak-kanak yang sedang leka bermain diruang tamu juga terut terpinga-pinga

“Ada apa Angah.” Mak Aji menghampiri anak lelakinya.“Ni ha mak, Alia cubit Angah, sakit arr. Mulutnya dijuihkan ke arah Alia yang sedang mengekek ketawa. Tangannya masih ligat menggosok perut menghilangkan rasa sakit kesan cubitan Alia tadi. Kelihatan sedikit kemerahan berbekas diperutnya yang tidak berbaju.

“Isk.. kau ni kan Angah ingatkan apa tadi, terkejut mak, orang duk sibuk buat kerja kau orang masih sempat lagi bergurau yea.” Mak aji yang masih berbaki geramnya dengan pantas menarik telinga Angah.

“Aduh mak!.. Sakit telinga Angah mak.”Tangannya masih menahan tarikan Mak Aji, kakinya juga terjungkit sedikit mengimbangi ketinggian daya tarikan emaknya.“Angah panggil mak sebab nak mintak tolong, hai tak sangka pulak menambahkan lagi sakit yang ada.” Mukanya berkerut seribu menahan sakit.

“Dah jadi bapak orang pun masih nak bergurau lagi. Tolong abah kat luar tu ada juga faedahnya Angah.” Mak Aji menarik telinga Angah sampai ke luar bilik.Kak Long, Kak Ngah dan suraya yang melihat kejadian itu terkekeh-kekeh ketawa.

“Padan muka Angah!..” Tu lah orang lain buat kerja dia duk senang lenang dalam bilik. Jerit Suraya sambil menunjukkan ibu jari tangan kanannya ketika Angah melepasi pintu bilik Alia.‘’Nanti kau Su, Angah dapat kau tahu lah nanti.’’Suraya masih dengan gelagatnya, menjelir lidah menambahkan lagi rasa sakit dihati Abg Ngah nya. Alia juga ketawa melihat telatah Abg Ngah dan Suraya. Memang begitulah meraka kalau bertemu ada-ada saja benda nak digaduhkan. Tak pernah sunyi dengan keletah Angah.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati