“Assalamualaikum Tok, Nek.” Adi menyalami tangan Tok Aki dan Nek Mah yang sedang berdiri dihadapannya. Nur Alia juga menyalami tangan keda orangtua itu tanpa disuruh. Dia tersenyum manis memandang kedua-dua orang tua yang disayangi oleh Adi Hamidi dan juga Murni.
“Siapa ni..Ermm mesti menantu nenek ni kan?” Nur Alia menganguk kecil dan tersenyum manis, Nek Mah memeluknya erat. Diciumnya Nur Alia seperti telah lama terpisah. Nur Alia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh Nek Mah yang baru sekali bersua dengannya.“Kenapa datang tak bagitahu. Dah lama kamu sampai?”
“Ala ingatkan nak buat kejutan untuk nek, rupanya kami pulak yang terkejut.” Jawab Adi.
“Eh! Neknya takkan nak borak aja kat luar tak nak bagi menantu awak tu naik rumah ke.” Celah Tok Aki yang diam dan tersenyum dari tadi
“A’aa lupa pulak nenek. Jom Adi bawak orang rumah kamu naik ke teratak buruk nenek ni.”
“Buruk apanya cuma dah lama aja sikit. Orang bandar kata dah berumur. Sakat Adi, Nek Mah dan Tok Aki ketawa mendengar usikan Adi Hamidi.
“Ada-ada ajalah kamu ni.Lupa nenek siapa nama kamu.”
“Nur Alia. Panggil Alia aja nek”
“Ooo..cantiknya nama macam tuannya juga tak gitu toknya.” Tok Aki hanya senyum memandang Nur Alia isterinya cukup gembira ketika ini.“Kalau tak cantik takkan kamu nak kahwin dengan dia kan Adi. Seloroh Tok Aki, Adi Hamidi buat-buat tak tahu dia melangkah ke arah keretanya untuk mengambil semua barang yang dibawanya tadi
“Jangan puji sangat nek nanti perasan lah nanti tu”
“Isk kamu ni."
"Jom naik Adi, angkat barang-barang kamu tu. Mari Alia kita naik.” Pelawa Nek Mah sambil melagkah kerumahnya.
“Malam ni nek masak yang sedap-sedap untuk kamu yea. Tapi masakan kampong ajalah.”
“Alia tak kisah nek, masakan kampung pun makanan juga, makan dengan nasi juga kan nek.”Nek mah ketawa mendengar jawapan Nur Alia.
Adi Hamidi membawa masuk semua barang-barangnya kedalam bilik. Nur Alia yang mucul dari dapur menatang sedulang air dan juga kerepek pisang mengejutkan Adi yang baru keluar dari bilik. Nasib baik tak terlanggarnya Nur Alia kalau tidak bermandi air kopi lah jawabnya. “Mari minum.” Pelawa Nur Alia spontan.Adi Hamidi hanya mengekori dari belakang.
“Mana bilik air ni. Nur Alia tercari-cari bilik air disekitar dapur.Kebetulan Adi Hamidi yang menjegah ke dapur mencari Tok Aki terpandang akan Nur Alia yang melilau mencari sesuatu.
“Apa yang kau cari tu.” Tegur Adi Hamidi sambil menuruni tangga.
“Erm..bilik air.” jawab Nur Alia sepatah
“Tu kat belakang sana tu. Adi Hamidi meluruskan jari telunjuknya.Nur Alia memandang kearah yang dimaksudlan oleh suaminya tadi. Satu pondok kecil yag terletak lima meter jauhnya dari dapur rumah Nek Mah.
“Tapi kau kena angkut air dari telaga kat sebelah sana tu.” Jari telunjuk di arah kan ke sebelah kiri. Terdapat satu perigi tua dihujung sana.Nur Alia kehairanan zaman sekarang masih ada lagi ke orang menggunakan tanas diluar rumah jauh pula tu.Adi Hamidi hanya tersengih memandang wajah Nur Alia yang terpinga-pinga. Dia sengaja mengenakan Nur Alia. Seronok melihat wajah nur Alia yang bertukar wajah.Nur Alia melangkah keluar, dia perlu sgera membersihkan diri takut pula hari semakin gelap. dia mengambil timba yang tergantung ditepi perigi menimba air, sedikit termengah Nur Alia menghabiskan timbaan terakhirnya. Air yang ditimbanya telah pun penuh. Dia melangkah pula ke tandas yang terletak disebelah kanan. Beberapa kali juga dia berhenti rehat. Adi Hamdi yang terhendap dibalik pintu hanya ketawa memandang, tak sangka isterinya seorang lurus bendul. Namun ketawanya menjadi simpati pula apabila melihat Nur Alia mengesat peluh. Rasa simpatinya tidak mampu membantu Nur Alia kerana Nur Alia telah pun sampai ke bilik air.
“Apa kamu terhendap-hendap ni Adi.” Tok Aki juga terjenguk ke luar.
“Eh! Tok… takde lah.” Adi gugup, bimbang jika diketahuinya nanti marah pula orang tua itu.Tok aki ingin melangkah kebilik air yang terselindung sedikit dari bilik stor, langkahnya terhenti seketika ketika mendengar bilik air lama yang tidak digunakan itu seperti ada orang mencurah air. Dia memandang ke arah bilik air lama yang sudah tidak digunakan lagi. Tok Aki menghampiri Adi Hamidi yang masih lagi tercegat dipintu dapur.
“Siapa yang guna bilik air tu Adi?” Soal Tok Aki memandang tepat ke arah Adi Hamidi yang seakan gelisah.
“Err..” “Alia?” Tok Aki dapat mengagak siapa yang ada dibilik air itu kalau buka Nur Alia cucu menantunya yang baru bersua hari ini.Tok Aki mengeleng kepala, perangai cucunya ini tidak berubah-ubah. Dengan isteri pun dibulinya.
“Kamu ni Adi tak tahulah tok nak kata, tahu dek nenek kamu tidur luar lah kamu malam ni.”
“Err..”Tok Aki berlalu sambil menggelengkan kepala. Adi sudah melampau menganiaya isterinya sendiri.
Nur Alia yang telah siap mandi dari bilik air lama, terserempak dengan Nek Mah yang baru sahaja hendak ke dapur dari kebun sayur.
“Kamu dari mana ni Alia?” Soal Nek Mah kehairanan melihat Nur Alia yang sudah pun betukar pakaian, senja-senja begini berada diluar rumah.
“Mandi nek.”
“Mandi! Kat mana?”
"Eh! kenapa Nek Mah tanya mandi kat mana pula. Takkan lah nenek menyangka aku mandi sungai." Dia kehairanan namun soalan itu hanya bermukim dihati.
“Kat bilik air sana lah nek.” Dia mengarahkan tangannya ke bilik air hujung sana.
“Astagfirullahalazim… siapa yang suruh kamu mandi kat sana.”
“Abg Adi lah nek. Dia yang tunjukkan Alia bilik airnya.”
“Isk nak kena budak ni. Nanti kau Adi, suka sangat main-main.” Kedengaran suara Nek Mah seperti marah
“Adi..Adi..ooo..Adi mana kamu ni.” Nek Mah melaug mencari Adi Hamidi.
“Budak bertuah..”
“Yea nek.” Adi keluar dari bilik.
“Ada apa nek.” Soalnya dia dapat meneka apa yang menyebabkan neneknya marah. Nur Alia terpacak dibelakang Nek Mah. Nur Alia yang masih belum dapt menangkap apa yang hendak dimarahkan oleh Nek Mah kepada suaminya hanya diam memandang wajah suaminya.
“Kamu yang suruh isteri kamu ni mandi bilik air sana ke?”
“Err..”
“Apa nak jadi kamu ni Adi. Dah besar panjang nak main-main lagi. Buatnya disampuk benda-benda halus tak ke satu kerja pulak.”Nur Alia memandang wajah gelabah suaminya. Dia geram sanggup Adi mederanya sebegitu.
“Takpelah nek. Dia tak sengaja nak kenakan alia tu. suara Nur Alia seakan menyindirnya dia berlalu langsung tidak memandang wajah suaminya.Hatinya sedih. Kenapa Adi Hamidi tidak habis-habis ingin megenakannya.Adi hamidi serba salah, dia sudah melampau.
“Adi minta maaf nek.”
“Minta maaf bukan pada nenek tapi pada isteri kamu tu.” Nek mah berlalu meninggalkan Adi Hamidi terpinga-pinga. Nur Alia menyudahkan doanya selepas solat. Dia tahu Adi Hamidi telah masuk ke bilik. Nur Alia cepat-cepat melipat telekung solatnya dan ingin berlalu seberapa segera dari bilik itu. Dia masih terasa degan layanan suaminya sebentar tadi. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sayu. Adi Hamidi tahu Nur Alia masih marahkannya. Dia tidak tahu macam mana mahu meminta maaf.Akhirnya dia membuka mulut ketika Nur Alia ingin melangkah keluar
“Ermm.. Alia… pasal hal petang tadi aku minta maaf. “katanya sambil memandang wajah Nur Alia.Nur Alia berlalu tanpa kata. Biar suaminya rasa dirinya juga ada had untuk bergurau.“Isk!..macam mana ni.” Gerutu Adi Hamidi, dia mati akal memikirkan cara untuk bercakap dengan isterinya. Memang tadi dia dah melampau dan dia akui silapnya.
Nek Mah tahu Nur Alia terasa hati denganya Adi Hamidi, dia perlu menjernihkannya. Kalau tak, nanti tak bertegur sapalah mereka tu.“Alia pergi panggil suami kamu tu makan.” Tegur Nek Mah seraya Nur Alia baru ingin melabuhkan pungungnya disisi Nek Mah.
“Yea lah nek.” Dia melangkah menaiki anak tangga dengan perlahan, langkahnya juga lambat-lambat. Dia kaku didepan pintu bilik.
“Erm…” Nur Alia membetulkan suaranya. Kalau ikutkan hati dia akan biarkan aja suaminya keluar sendiri. Tapi takkan dia nak melakukannya didepan nenek dan tok. Nur Alia masih tercegat diluar bilik dia serba salah ingin diketuk pintu itu atau biarkan sahaja. Lama dia berdiri disitu. Terdengar derapan tapak kaki yang berpijak dilantai dari arah belakangnya. Nur Alia sedikit mengelabah. Dia pasti bunyi derapan tapak kaki tadi adalah Tok Aki, mungkin dari arah beranda rumah agaknya.
“Abang nenek panggil makan.” Nur Alia memanggil Adi Hamidi dengan paggilan “abang”, kalau dia bahasakan awak atau Adi pasti Tok Aki akan mengesyaki sesuatu.Adi Hamidi yang terdengar suara tadi terpinga-pinga. Betul ke suara Nur Alia tadi. Jangan-jangan dia salah dengar.
“Bang nenek panggil makan.” kelunakkan suaranya yang dilembutkan disertakan sesekali ketukan dipintu, membuat Adi Hamidi nanar.Sah itu suara Nur Alia. Adi Hamidi tersenyum. Mahu juga Nur Alia bercakap dengannya malah ganti nama juga sudah bertukar. Adi Hamidi tersenyum riang, cepat-cepat dia membukakan pintu, dia harus berlagak selamba didepan isterinya, takut nanti Nur Alia akan perasan akan kegirangan hatinya.
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment