Wednesday, April 22, 2009

Semarak Cinta 5

Adi Hamidi pulang ke rumah dengan wajah yang kelat, hatinya dirundum resah. Kata-kata ayahnya yang berbaur arahan itu terpaksa dituruti. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Walaupun kata-kata ayahnya seakan arahan, namun dia masih bersyukur sekurang-kurangnya ayahnya masih bersifat terbuka dengan menyuruhnya memilih sendiri calon isteri namun dia juga akur dengan kata ayahnya jika ayahnya tidak berkenan dengan pilihannya, mereka sendiri yang akan carikan untuknya. “Mana pulak aku nak cari calon isteri ni? Malas betullah nak fakir. Aku mana lah ada calon yang sesuai. Yang aku bawak kehulu kehilir tu takkan nak dijadikan isteri. Tak sesuai langsung arr.” Dia merebahkan diri diatas tilam empuknya, kepalanya ligat memikirkan kata-kata ayahnya, badannya berpusing ke kiri dan kanan, dia tidak menyangka secepat itu ayahnya mahukan calon isteri untuknya.“Takkan aku nak jadikan Mimie isteri aku? Tak masuk akal lah. Dah tentu awal-awal kena reject oleh mak. Hiss..susahnya.” Adi Hamidi tertidur dalam keletihan memikirkan calon isteri.


Pn. Suzi sedang membawa sarapan pagi ke meja makan, ketika Adi Hamidi sedang menuruni tangga. Gaya jalannya seperti orang yang tak bermaya. Murni yang melihat kelibat abangnya yang sedikit monyok tersensgih lucu.

“Hai abang, pagi-pagi lagi muka macam orang mati bini aja ni. Kenapa?” Sengihannya masih lagi tidak berkurangan, lagipun jarang sekali dia melihat muka abangnya seperti hari ini. Abangnya sentiasa ceria. Inilah peluang untuk mengenakan abangnya. Selama ini dia tak berpeluang. Masa inilah yang sesuai dan tepat.

“Dah tahu Tanya lagi”. Jawab Adi Hamidi acuh tak acuh. Dia meraik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Murni. Pn Suzi yang melihat gelagat kedua-dua anaknya mengelengan kepala. Dia tahu kenapa anak lelakinya berperangai macam itu. Dia senyum sediri dan berlalu ke dapur.

“Siapa pulak yang malang dapat abang ni yea. Kesian. Tapi kan bang, setahu Murni mak ngan ayah tak pernah lagi buat majlis kenduri kahwin untuk abang. Abang kahwin kat Thailand ka?” Bibirnya semakin lebar tersenyum, dia masih mahu menyakat abangnya. Murni menyenduk nasi goreng yang masih berasap kedalam pinggan abangnya. Adi Hamidi hanya menjeling mendengar usikan Murni.

“Yea lah tu. Dah! makan cepat. Tak pasal-pasal pergi sekolah jalan kaki nanti. Arahnya bilamana dia merasakan Murni makin galak mengusiknya. Adi Hamidi hanya meneguk air nescafe kegemarannya, dia tiada selera untuk makan. Murni yang mendengar arahan abangnya segera menguyah nasi goreng. Takut juga dengan ugutan abangnya. Tak pasal-pasal berjalan kaki ke sekolah nanti. Walaupun jarak sekolah dari rumahnya cuma 1.5 km. Kalau berjalan kaki lambat pulak dia masuk ke kelas nanti. Lagipun ayah atau abang akan menghantarnya ke sekolah. Hari ini mata pelajaran pertama pembelajaran adalah Sejarah. Subjek kegemarannya. Dia tidak mahu ketinggalan nanti.


Kpt Mohamad dan Pn. Suzi sedang bersantai dihalaman rumahnya, ketika kereta Honda Accord milik Adi Hamidi memasuki perkarangan rumah. Adi Hamidi tidak perasan akan kelibat orang tuanya yang sedikit terlindung dari dahan pohon mangga yang rendang. Dia melangkah pantas masuk ke rumah. Kpt Mohamad dan Pn. Suzi hanya memandang dan mengeleng melihat tingkah laku Adi Hamidi. Mereka tahu anaknya semakin tertekan. Tempoh yang diberikan semakin hampir tamat. Selama masa yang diberi oleh mereka, Adi Hamidi tidak pernah membawakan seorang pun calon untuk dijadikan isteri. Mereka merasakan Adi Hamidi tidak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana teman wanitanya, sebab itulah Kpt Mohamad terpaksa bertegas dalam dengan Adi hamidi. Dia tidak mahu anaknya merosakkan anak gadis orang. Dan gelaran ‘buaya darat terlaris’ untuk anaknya itu pun sudah membuatkan dia hampir sakit jantung dan kali ini dia perlu bertegas. Jika Adi Hamidi tidak menemui calonnya, dia dan isterinya sendiri akan carikan jodoh untuknya. Biarlah orang kata caranya ketinggalan zaman namun bagi mengelakkan anaknya terus dengan perangainya dia akan berusaha carikan calon yang betul-betul sesuai untuk Adi Hamidi.


“Eh! nak kemana tu Adi?.” Pn Suzi meninggikan sedikit suaranya agar dapat didengari oleh Adi yang sedang berjalan ke arah kereta, dia melihat Adi berpaling ke arahnya, yang sedikit terlindung dek pohon mangga. Sebaik sahaja mendengar suara emaknya Adi melangkah kearah orang tuanya yang sedang bersantai sambil menghayunkan buaian.

“Oh.. Mak ngan ayah berdating kat sini rupanya. Patut lah Adi masuk tadi sunyi sepi aja rumah.” Dia mengukir senyum kearah ayahnya yang sedang melipat surat khabar mungkin sudah habis dibacanya. Pn Suzi hanya memandang dengan senyuman teruskir mendengar perkataan ‘dating’ yang dituturkan oleh anaknya.

“Nak kemana kamu ni Adi?.” Dia mengulangi soalan yang masih belum dijawab.“Keluar sekejap jumpa kawan mak.” Jawabnya sambil menuang air teh yang masih berbaki itu kedalam cawan kosong diatas meja, berdekatan ayahnya. Dia menghampiri emaknya lalu duduk bersebelahan emaknya. Kpt Mohamad hanya memandang ke arah Adi. Sambil berdehem kecil.

"Kawan lelaki ke kawan perempuan?” Soal Kpt Mohamad tiba-tiba. Adi yang sedang meneguk minuman tersedak dan terbatuk kecil. Pn Suzi yang berada disebelahnya menepuk belakang adi. Kpt Mohamad hanya mengeleng, melihat tingkah adi yang tersedak apabila disoal sebegitu.

“Itulah gelojoh sangat minum kan dah tersedak.” Tegur Pn Suzi apabila Adi masih lagi terbatuk kecil.Setelah sedikit lega dari batuknya Adi menjawab dengan sopan. “Jumpa kawan lelaki, khirul dan Hamid, rasa Adi ayah kenal mereka tu.” Kpt Mohamad sedang mencongak. Mindanya sedang memproses nama kawan-kawan anaknya.

“Oh! yang kamu selau ajak ke rumah Nek Mah tu yea.” Kpt Mohamad memberi jawapan setelah mindanya dapat menangkap siapa Khairul dan Hamidi yang dimaksudkan oleh Adi tadi.“A’aa, ayah. Diaorang lah.” Jawab adi ringkas

“Erm..macam mana dengan hal yang ayah cakapkan pada kamu hari tu. dah ada calon?” Soal Kpt Mohamad selepas terdiam seketika. Pn Suzi juga menunggu jawapan dari Adi. Dia berharap sekali jawapan yang akan keluar dari mulut anaknya nanti menyatakan dia sememangya mempunyai calon. Dan akan mempertemukannya minggu ini.Adi Hamidi yang kelihatan tunduk apabila soalan itu diutarakan oleh ayahya . Perlahan-lahan dia mengankat muka memandang ibunya yang berharap.

“Adi takde calon mak, ayah.” Suaranya kedengaran perlahan. “Adi terima aja siapa pun pilihan mak dan ayah.” Dia nekad akan menerima siapa sahaja pilihan ayah dan emaknya. Dia tidak mahu menghampakan harapan emak dan ayahnya yang mahu melihat dia berumahtangga sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Dia takut hajat emak dah ayahnya tak kesampaian.Kpt Mohamad dan Pn Suzi saling berpandangan. Kini segala urusan mencari calon akan tergalas dibahu mereka. Kpt Mohamad hanya mengertak sahaja Adi sebulan yang lalu, sangkanya bila dia berkata hendak carikan calon untuk Adi, pasti Adi akan memperkenalkan mereka dengan calon isteri pilihannya namun lain pula jadinya. Mereka pula akan pening kepala. Nampaknya macam tak tercapai lah hajat mereka untuk melihat Adi naik pelamin sebelum mereka berangkat ke Mekah. “Mak, ayah. Adi pergi dulu lah. Nanti tertunggu-tunggu pulak Hamid ngan Khairul tu.” Adi meminta diri setelah dia melihat ayah dan emaknya terdiam dengan kata-katanya tadi. Pn suzi hanya mengangguk kecil. Mengiakan pemergian anaknya.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati