Thursday, April 23, 2009

Semarak Cinta 12

********
“Tok Aki nak kemana tu nek?”. Soal Nur Alia yang baru melabuhkan punggungnya disisi nek mah yang sedang menyudahkan lipatan kain yang terakhir, matanya terpandang akan kelibat tok aki mengatur langkah ke tali air yang beberapa meter dibelakang rumahnya.
“Nak ke tali air belakang sana tu, katanya nak memancing ikan keli. Si Adi tu suka sangat dengan ikan keli bakar cicah air asam dah puas makan tu dia makan ikan keli gireng masak cili pulak. Kuat betul dia makan tapi badan macam tu juga. Selalunya kalau balik ke sini dia ngan Tok Aki memancing kat sanalah.” Neh Mah memuncungkan bibirnya mengaerahkan ke sana. Dia menyambung lagi
“Dulu Adi suka bawak sekali kawannya budak Khairul dan Hamid, tapi sejak mereka dah kahwin ni jarang pulak datang kesini. Masing-masing sibuk dengan kelurga agaknya.” Luahnya lagi. Nek Mah turut memandang suaminya ditangannya terdapat beberapa batang kail yang diperbuat dari buluh serta seberkas umpan.
“Khairul, macam pernah dengar nama tu.” Nur Alia seakan mengingati nama yang disebutkan oleh Nek Mah tadi. Seketika kemudian baru dia teringat Khairul lah yang menelefon suaminya semalam. Dia tersenyum teringat kembali ucapan yang didengarya bila menjawab panggilan darinya.
“Ooo..yea ke. Tentu seronok kan nek. Alia nak ikut Tok Aki lah nek, boleh.”pintanya lembut.
“Jom lah, kalau kamu nak ikut. Nenek pun nak duduk bawah pangkin sana tu. Kita makan kat bawah sana bawak air ngan bekal sekali yea.” Tangan tuanya diunjukkan kearah pangkin dibawah pohon ketapang yang batangnya sebesar pemeluknya.
“Adi kemana?” Nek Mah bertanya setelah dia teringat yang dia terdengar ejin kereta Honda Accord dihidupkan setengah jam yang lalu.
“Tadi dia kata nak ke pekan sekejap. Buat apa entah.” Soalan Nek Mah di jawab dengan senyuman dan bahunya dijungkitkan.
“Kenapa kamu tak ikut sekali..” nek mah semakin galak bertanya.
“Saja nek, malas la nak ke pekan, dah muak asyik hidu asap jer, lubang hidung ni ha dah hitam legam macam bontut kuali dah jadinya.” Nur Alia menunjukkan jari telunjuknya ke hidung dan memandang wajah tua didepannya itu. Kedut-kedut diwajah tua itu semakin kelihatan bila ketawa. Mereka sama-sama ketawa
“Ada-ada je lah kamu ni…” Cepat benar kemesraan terjalin diantara mereka. Baru semalam Nur Alia diperkenalkan oleh Adi Hamidi kepada Nek Mah dan Tok Aki. Nur Alia tidak sedikit pun kekok bermesra dengan Tok Aki dan Nek Mah. Nek mah mengeleng kepala, lalu dia bangun dari duduknya, Nur Alia turut serta bingkas bangun apabila Nek Mah mula mahu melangkah. Dia menjinjit sebuah bakul yang berisi air dan beberapa jenis kuih yang dimasakkan oleh Nek Mah tengah hari tadi. Walaupun usia Nek Mah menjangkau hampir 70 tahun namun kudratnya masih lagi mampu menyaingi wanita berusi 50 tahun. Petua yang selalu diamalkan oleh Nek Mah adalah dengan sentiasa membasahkan anggota wajib dengan wuduk dan juga mengamalkna solat-solat sunat. Terutamanya solat sunat Tahajut diwaktu malam.Nur Alia menutup pintu dapur setelah diarahkan oleh Nek Mah. Mereka berjalan beriringan menuju ke pangkin sana. “Wah! Bestnya duduk melepak kat sini nek, petang-petang macam ni lagi lah. Nyaman betul lah. Nur Alia manarik nafas sedalam-dalamnya. Angin petang menyapa lembut pipinya seolah-olah merestui kedatangannya disini. Serta merta ingatannya melayang kepada abah. Apa yang abah buat sekarang ini. Dia selalu mengikut abahnya berkebun jika pulang ke kampung. Tentu dah berbuah terung yang ditanamnya bersama abah 3 bulan lalu. Nek Mah tersenyum melihat aksi Nur Alia yang mendepakan tangan menghirup udara segar.Tok Aki yang ralit dengan pancingnya memandag kearah pangkin dibawah pokok ketapang setelah kosentrasinya terganggu dek suara Nur Alia. Dia tersenyum sendirian, melihat cucu menantu angkatnya itu yang tidak kekok berada dikediamannya. Malah keramahan Nur Alia melayani dia dan isterinya menambat hati tuanya. Sejuk matanya melihat Nur Alia yang bertudung itu sewaktu pertama kali bertemu.Nur Alia berjalan menghampiri Tok Aki yang baru mengalihkan batang kailnya ke tempat lain. Mungkin lokasi tersebut tidak ada banyak ikan. Raga yang berada disebelah Tok Aki masih lagi kosong. Dia mengagak tentu Tok Aki belum lagi menaikkan sebarang ekor ikan.
“Tok.. Alia nak cuba mancing boleh tok?” Soal Nur Alia yang sedikit teruja bila melihat air yang semakin galak berkocak. Tentu banyak ikan. Tapi kenapa Tok Aki belum dapat seekor ikan pun.”
“Kamu tu reti ke memancing Alia.” Tok aki menjawab juga dengan soalan.
“Tak tahulah tok, Alia tak pernah memancing lagi. Alia nak cuba lah ni, manalah tahu nasib Alia baik dari tok, dapat ikan keli besar, boleh buat ikan bakar cecah air asam.” Alia cuba memancing simpati dari tok Aki. Orang tua itu hanya tersengih mendengar jawapan Nur Alia.
"Kamu ingat senang ke nak memancing ni, macam beli ikan kat pasar ke? Belum memacing dah sobong diri.” Tok Aki merenung Nur Alia, dia tersengih melihat Nur Alia seperti bersungguh.Alia tersengih dengan jawapan Tok Aki, dia melabuh punggungya diatas akar pokok duku, sambil memandang kearah ikan kecil yang sedang berkejaran dipermukaan air entah apa yang digaduhkan, merebut makwe agaknya, dia ketawa kecil dengan telahan bodohnya.Tok Aki berjalan kearahnya, dihulurkan sebatang kail untuk Nur Alia. Nur Alia bangkit dari duduknya lalu batang kail beralih tuan Tok Aki dan Nur Alia sama-sama tersenyum.
“Pegang baik-baik. Nanti tercucuk mata kail tu.” Pesan Tok Aki sebelum mengatur langkah. Nur Alai hanya mengangguk kecil. Dia bertambah teruja ketika mendengar beberapa kali air sungai berkocak mesra.Nur Alia menghampiri gigi air. Dia terus mencampakkan tali halus yang berada dihujung batang kail itu kedalam air. Dia meniru aksi yang dilakukan oleh Tok Aki yang dilihatnya dari jauh tadi. Tok Aki membatalkan langkahnya ketika Nur Alia mencampakkan kailnya ke sungai.
“Eh kamu dah taruk umpan ke belum?..”tanya tok aki yang sudah tercegat dibawah pohon duku tempat Nur Alia menapak tadi.
“Umpan!....umpan apa tok.” Nur Alia terpinga-pinga mendengar soalan Tok Aki. Dia tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Tok Aki.
Tok Aki hanya mengeleng kepala apabila melihat Nur Alia masih kebingungan. Dia menghampiri Nur Alia lalu manarik batang kail itu. Mata kail yang kosong tanpa umpan itu kelihatan bersinar berpadu dengan cahaya matahari.
“Kat mana kamu belajar memancing ni Alia. Tengok….” Tok Aki memperlihatkan mata kail yang kosong tanpa umpan itu. Nur Alia hanya tersengih. Dia sendiri tidak tahu kenapalah dia tak terfikir pasal umpan. Tok Aki terus mencucuk umpan perut ayam dihujung mata kail. Lalu dia menghulurkan kepada Nur Alia untuk dilemparkan ke mana-mana tempat yang dia suka. Nur Alia mengambil huluran batang kailnya dari Tok Aki. Hati-hati pesan Tok Aki. Alia membaling mata kail yang berisi umpan perut ayam itu kedalam air. Balingannya kuat sehingga Tok Aki yang berada disebelah terperanjat. Dia mengelengkan kepala.
"Dushhh!…alamak kuatnya." Nur Alia hanya tersengih lalu tunduk menatap bumi. Dia tersenyum. Nampak sangat dia tiada bakat memancing. Nek Mah yang melihat dari tadi ketawa terbahak-bahak disertakan dengan gelengan kepala, dia seronok melihat Nur Alia yang terkial-kial memancing ikan, lagaknya seperti pro tetapi asasnya pun tak tahu. Nur Alia melayan perasaan sementara menunggu umpannya dimakan ikan. Satu kepingan kecil selipar menerapung di permukaan air, kata to kaki tadi, kalau pelampung itu tengelam timbul dan dilarikan kedasar sungai ,maknanya ikan memakan umpan itu. Jadi untuk mengelakkan ikan itu tertelan mata kail lebih dalam. Kita perlu menarik batang kail dengan cepat. Matanya terarah tepat ke pelampung, bimbang andai seliper kecil dipotong kecil yang dijadikan pelampung tenggelam kerana dilarikan ikan.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati