Kenduri kesyukuran rumah Kpt Mohamad berjalan dengan baik sekali, majlis ini adalah sempena menyambut menantu dan juga kenduri kesyukuran sempena dia dan isterinya akan berangkat menunaikan Haji tahun ini. Tambahan Adi Hamidi sendiri yang meminta majlis sambut menantu dan kesyukuran diadakan sekali. Lagipun dia tidak mahu majlis besar-besaran, hanya sekadar menjemput rakan-rakan rapatnya. Kpt Mohamad dan Isterinya menerima permintaan Adi Hamidi, walaupun mereka sebenarnya bercadang untuk menyewa sebuah dewan bagi meraikan perkahwinan anaknya. Ramai tetamu memuji menantunya, cantik dan sopan. Kembang juga hati Pn Suzi. Bibirnya sentiasa terukir senyum melihat Adi Hamidi dan Nur Alia sama cantik sama padan.
“Penatnya!..” rungut Murni setelah majlis kesyukuran selesai. Dia merebahkan badannya ke atas sofa diruang tamu.Adi Hamidi yang baru masuk diekori oleh Nur Alia dari belakang menyampuk apabila mendengar rungutan Murni.“Penat apanya, bukan adik yang buat kerja tu. abang tengok adik duk tayang gigi aja kat depan sana tu. tahulah gigi awak tu gigi arnab. penat konon!”.Nur Alia hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya dia berlalu ke tingkat atas bilik Adi Hamidi yang akan dikongsinya. Dia ingin segera membersihkan badan dan menyempurnakan solat asar yang belum ditunaikannya.“Ketepi… biar abang pulak baring..” Adi Hamidi menolak sedikit tubuh Murni ketepi supaya berkalih. Tolakannya hampir membuatkan Murni terjatuh dari sofa.“Apa abang ni rumah punya lah besar tempat orang juga dia nak kacaunya.” Murni geram, lalu dia mencubit lengan abangya.“Aduh..! sakitlah jerit abangnya.” Adi Hamidi bingkas bangun mengejar Murni yang sudah melarikan diri ke raung tamu utama lalu bersembunyi dibelakang ayahnya. Murni terkekeh-kekeh ketawa apabila melihat Abangnya hampir terlanggar tubuh sasa ayah. Beberapa pasang mata ibu dan bapa saudaranya hinggap ke wajahnya, mungkin pelik dengan tingakh laku Adi Hamidi yang masih kebudak-budakkan. Adi Hamadi terkedu dia buat-buat tak tahu lalu mengatur langkah terus naik ke tingkat atas lalu masuk kebiliknya, takut ayahnya akan berleter.
Nur Alia terkejut ketika Adi Hamidi yang masuk kebilik secara tiba-tiba ketika dia sedang membuka bajunya ingin menyalin pakaian, dia hampir terjerit, mukanya bertukar kemerah-merahan menahan malu. Sangkanya Adi Hamidi masih lagi ditingkat bawah, tidur disofa atau sedang bergelak ketawa menyakat Murni.Adi hamidi yang ternampak bahagian belakang tubuh Nur Alia yang sedikit terdedah tadi tertunduk sedikit namun dia buat-buat selamba seakan-akan tidak nampak, dia menuju ke meja tulisnya. Adi Hamidi juga terkejut sebenarnya, salahnya juga kerana tidak mengentuk pintu bilik sebelum masuk. Lagipun dia terlupa ada teman baru yang akan menghuni biliknya. Nur Alia berlalu kebilik air. Dia tidak sanggup berada sebilik dengan Adi Hamidi ketika ini. Perasaan malunya semakin menebal.“Hoi apa kau buat kat dalam tu lama-lama, mengeram ke?” Adi Hamidi sedikit meninggikan suara, apabila isterinya tidak keluar dari bilik air setelah setengah jam berada dibilik air. “Takkan malu kot, tadi gatal sangat tayang kat aku..” dia mula mengatur strategi untuk mencari gaduh dengan Nur Alia. Nur Alia yang terkejut mendengra suara suaminya, gelabah. Ayat terakhir tadi menambahkan rasa hangat diwajahnya.Nur Alia memulas tombol bilik air, dia melihat Adi Hamidi tercegat didepan pintu bilik air menanti dia keluar, dibahunya tergantung tuala putih. Mungkin dia hendak mandi. Nur Alia keluar dari bilik air dengan wajah yang menunduk, dia masih segan dengan insiden tadi,malu untuk menatap wajah suaminya. Adi Hamidi yang masih lagi merenungnya sedikit mencuka. “Buat apa kat dalam tu ,bertelur ke?”. Soal Adi Hamidi tersengih mengejek lalu menutup pintu bilik air. Nur Alia hanya mengetap bibir geram dengan kata-kata Adi hamidi yang sentiasa mencari pasal dengannya.Setelah menunaikan solat Asar, Nur Alia turun ke tingkat bawah. Dia ingin membantu emak mentuanya mengemas rumah. Kelihatan saudara maranya yang jauh masih lagi berada di rumah, berbual-bual dengan emak dan ayah mentuanya. Saudara mara yang ada sudah dikenalinya sejak semalam. Nur Alia juga tidak kekok melayan tetamu. Adi Hamidi turun dan berlabuh disisi Nur Alia. Dia ingin tunjukan kemesraannya pada saudara mara agar tidak nampak kepincangannya.Pn Suzi tersenyum meleret. Dalam hati dia berharap agar mereka berkekalan.“Nanti bawak Alia pi rumah Mak Lang, yea. Nanti boleh kenaikan dengan sepupu-sepupu hang.” Mak lang Bedak bersuara setelah meneguk minuman yang tersedia ada.“Baiklah Mak lang, nanti Adi bawak pi sana na.” Balas Adi Hamidi matanya menjeling ke arah Nur Alia yang sedang tersenyum ke arah Mak Lang.
*******
Diam tak diam sudah dua minggu Nur Alia menghuni rumah Kpt Mohamad, dia tidak rasa terasing pun bila berada dikalangan dengan ahli keluarga kawan baik abahnya yang kini merangkap ayah dan emak mentuanya, terasa bagai dia berada dalam rumahnya sendiri walaupun tiada kelibat abah, emak,Suraya dan Adif. Murni sendiri bagaikan pengganti Adif. Dia bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik dan saling sayang menyanyangi.
“Selama mak dan ayah ke Tanah Suci kamu jaga menantu mak dan adik kamu baik-baik yea Adi. Jangan asyik nak bergaduh aja dengan adik kamu tu, tahun ni dia nak periksa, lagi satu kamu ni kerja-kerja juga jangan sampai tak ingat nak makan.” Pesan Pn. Szi sehari sebelum berangkat ke tanah suci. Adi Hamidi hanya mengangguk, Murni disebelah emaknya tersengih sambil menunjuk mimik muka untuk menyakiti hati abangnya. Adi geram. Alia hanya tersengih dengan gelagat Murni yang sengaja cari pasal dengan abangnya. Teringat dia kepada Abg Ngah yang begitu rapat dengannya. “Rindunya pada Abg Ngah.” Bisik hati kecilnya. “Nanti bawak Alia jumpa Nek Mah ngan Tok Aki. Tentu mereka gembira dapat berjumpa dengan Alia.” Kpt Mohamad bersuara setelah isterinya menyampaikan pesanan. Nur Alia kehairanan siapa pula Nek Mah dan Tok Aki yang dimaksudkan oleh ayah mentuanya, setahunya Adi Hamidi sudah tidak mempunyai Datuk dan Nenek. Kpt mohamad perasaan akan kehairanan pada wajah Nur Alia. Dia tersenyum. “Kamu tak tahu lagi yea siapa Nek Mah dan Tok Aki tu?, mereka tu nenek ngan tok angkat kepada Adi Hamidi dan Murni. Dulu mereka tu kawan baik kepada arwah Toki dan Tok Wan mereka ni. Mereka takde anak. Jadi ayah ni lah diambil sebagai anak mereka.” Terang Kpt Mohamad. Barulah Nur Alia faham siapa Nek Mah dan juga Tok Aki. Dia tersenyum memandang wajah kedua mentuanya. “Malam ni kita makan kat luar lah mak…dah lama kita tak makan kat luar, sesekali pau abang kat best juga.” Celah Murni memandang wajah kedua orang tuanya.
“Ha yea lah. Kalau nak menghabiskan duit abang, dialah orangnya.” Adi Hamidi membantah. Dia menjelig ke arah Murni yang tersengih menyembunyikan wajah disebalik lengan baju emaknya.“Takpe malam ni biar Alia yang belanja mak, ayah..” Sampuk Alia bila Adi Hamidi hanya buat tak endah.“Hurey!..dapat juga kita makan kat luar malam ni. Baik sungguh Kak Alia tak macam abang kedekut sangat, macam lah duit tu boleh beranak kalau simpan..”jeling Murni.“Boleh beranak apa..Nah tengok semalam abang simpan 10 sen hari ni dah jadi 50 sen kan untung tu.”“Uwekk!!..Kalau dah dasar kedekut tu..kedekut juga kan mak..“Dah..dah… kamu ni ada-ada aja nak digaduhkannya, mak baru aja pesan tadi.“Pn suzi memadang anak lelakinya. Anaknya suka sangat cari pasal.“Ala tadi mak pesan lepas mak pergi hajikan..pesanan tu belum lagi dikuatkuasakan, betul tak dik..? Dia menghalakan mukanya ke arah Murni, meminta sokongan.“A’aa..betullah cakap abang tu mak.. mak pesan selepas mak pergi haji…bukan sekarang.. “bela murni.“Eeee..kamu dengan abang kamu ni sama aja, kita marahkan dia, kita pulak yang dibulinya..” Pn suzi menampar lembut wajah anak gadisnya. Geram. Kini gilirannya pula kena buli. Mereka semua ketawa mendengar rungutan Pn Suzi.“Eh jom lah mak, ayah bersiap-siap, kata nak keluar makan,”Murni bangun dari duduknya dia sudah tidak sabar-sabar lagi makan diluar.“Eh macam kamu pulak yang nak belanjanya.”tegur Kpt Mohamad menjeling nak gadisnya. Murni hanya tersengih sambil berlalu untuk bersiap-siap.
Nur Alia hanya berdua dengan Adi hamidi didalam kereta Honda Accord milik Adi Hamidi. Tadi dia ada mengajak murni naik bersamanya,namun cepat-cepat gadis itu menolak dia tidak mahu dibuli lagi dengan abangnya, nanti hilang mood hendak makan. Dia memilih untuk naik bersama-sama dengan emak dan ayahnya.“Nak makan kat mana ni?” Tanya Adi setelah memulakan perjalannan.“Entah.. Saya tak tahu tempat mana yang best kat sini.” Jawab Nur Alia jujur“Eh tadi kau yang beria-ria ajak keluar makan, aku pulak yang kena cari tempatnya..” Adi Hamidi menjeling sepintas lalu ke arah Nur Alia.“Yea la memang arr saya ajak. Saya cakap nak belanja makan tapi saya takde cakap kat tempat mana-mana kan..”Adi megelengkan kepala dia geram..“Erm..habis tu kita nak makan kat mana ni sekarang, ayah kat belakang tu tengah follow kita…Adi Hamidi memandang cermin belakang. Ayahnya masih lagi membuntuti keretanya.mungkin ayahnya sendiri teranya-tanya kemana yang ingin dibawanya.“Erm..takkan awak takde tempat nak tuju, awak kan selalu keluar mesti awak tahu kata mana tempat best-best kan..”“Aii..ambil kisah nampak aku keluar rumah.” Adi Hamidi memandang wajah Alia seketika.Nur Alia hanya menundukkan wajah. Bukan niatnya mecampuri urusan suaminya. Dia hanya meminta Adi Hamidi yang carikan tempat.“Erm..ok aku ada satu tempat best..”tutur Adi hamidi setelah diam seketika tadi.Dia merancang ingin mengenakan Nur Alia, dia akan ke satu tempat yang paling best dan harga makanan disitu boleh di katakan mahal juga.
Adi hamidi memandang sinis seraut wajah Nur Alia yang berasa disebelahnya. Nur alia perasan akan senyuman itu pasti Adi Hamidi mempunyai rancangan untuk mengenakannya. “Ya Allah, janganlah dia buat yang bukan-bukan..” doanya didalam hati.Nur Alia hanya mengikut tanpa bertanya dimana. Dia menyerahkan tugas mencari tempat kepada Adi Hamidi. “Ermm.. dah nak sampai pun tapi kenapa gelap aja…”Adi memberhentikan keretanya didepan Retoran Gemilang Rasa,betulkah ini tempatnya. Adi Hamidi bersoal jawab dengan dirinya sendiri.“Eh! dah betullah tapi kenapa gelap….”“Ermm..Patut lah tutup rupanya, buka pada Isnin malam.. Cuti agaknya.” Adi Hamidi mebuat telahan sendiri setelah terpandang satu notis yang tertera di papan tanda hadapan restoran tersebut.“Apa lah nak berniaga macam tak nak berniaga aja..rosak rancangan aku hari ni…” rungutnya. “ macam tahu-tahu aja aku nak kenakan si Alia ni, Itu lah niat tak baik..” celah hatinyaAdi mengaru kepala. Ayahnya yang mengekori dari belakang tadi membuka tingkap.. “Dah tutup ke Adi..” Adi Hamidi hanya mengangguk “Kita makan kat tempat lain aja, tempat ni kan mahal..Ayah ada satu tempat. Kamu ikut ayah aja….” Saran Kpt Mohamad. Adi Hamidi mengekori kereta ayahnya pula kali ini. Nur Alia disebelahnya hanya diam membisu. Namun dihatinya cukup gembira hajat Adi Hamidi untuk mengenakannya tidak dimakbulkan.
“Kenapa abang pilih restoran tu tadi, kan mahal, tak sedap pulak tu. Murni bertanya setelah ayahnya memesan makanan. Abang nak kenakan Kak Alia yea.” Murni menduga pasti abangnya nak kenakan Kak Alia, dia tahu abangnya tidak suka ke restoran itu katanya mahal bilamana dia pernah meminta abangnya belanja makan disitu sewaktu dia lewat pulang tadi kelas tambahan.“Abang ni jahat tau, nak kenakan kak Alia lah tu. Tak baik tau isteri sendiri pun nak buli”“Mana ada abang buli, ni namanya bermanja. Takkan nak bermanja dengan isteri pun tak boleh… kan sayang..? tangannya dilingkarkan ke bahu Nur Alia. Jantung Nur Alia bedegup kencang, bukan kerana kata-kata Murni tetapi tangan suaminya yang melingkar dibahunya kini. Dia mampu tersenyum dalam kegugupan. Pn Suzi dan Kpt Mohamad yang duduk bertentangan dengan mereka seakan percaya akan kata-kata Murni.“Betul ni kamu tak buli Alia?”..tanya Pn Suzi memandang wajah Adi Hamidi dan Nur Alia serentak
“Alia…”
“Eh takade lah mak. Abang tak buli Alia pun, Murni salah sangka tu. kami memang macam ni, ada aja benda nak digaduhkan tapi tak lah sampai membuli.”dia memaniskan wajahnya memandang Adi Hamidi dan juga mentuanya. Nur Alia perlu menyembunyikan dari pengetahuan emak dan ayah mentuanya. Bimbang akan jadi hal besar, kalaulah mereka tahu hubungan dia dan Adi Hamidi sedingin salju pasti mentuanya tidak senang hati untuk menunaikan Haji. Adi Hamidi cuba berlagak tenang walaupun debaran didadanya semakin berombak. Dia semakin erat memaut bahu isterinya. Nasib baik Nur Alia pandai memberi alasan kalau tidak, mahu dia akan disoal jawab oleh orang tuanya dan dia yakin orang tuanya akan kecewa dengan sikapnya yang acuh tak acuh terhadap Nur Alia. Adi Hamidi melebarkan senyumannya.
Murni tersengih. Pn Suzi lega mendengar jawapan yang keluar dari mulut menantunya.“Kalau Adi buli kamu Alia, jangan sembunyikan dari mak dan ayah. Tahu lah ayah nak ajarnya nanti.” Pesan Kpt Mohamad. Adi Hamidi terkedu.
“Ha.. makanan dah sampai..ermm best nya bau. Mesti sedapkan ayah..” Murni mencedok Tomyam campur kedalam setiap mangkuk yang ada. Setelah dua orang pelayan menghidangkan lauk pauk diatas meja mereka.“Mari makan, tengok apa lagi..”Kpt Mohamad bersuara.
Nur Alia menghidangkan lauk pauk kedalam pinggan suaminya. Dia tidak perlu menunjukkan sifat sayangnya kepada mentuanya kerana sifat yang satu ini bukan dibuat-buat. Dia memang menyanyangi suaminya Adi Hamidi, tapi dia cuma hairan kenapa suaminya bersikap dingin terhadapnya. Apakah Adi Hamidi telah mempunyai kekasih hati sebelum mereka berkahwin dahulu. Jika benarlah semua itu apakah yang perlu dia lakukan.. Adi Hamidi memandang kearah Nur Alia yang sedang menghidangkan lauk ke dalam pinggannya, dia terpesona seketika, kelakuan itu sama seperti layanan emak kepada ayah. Apakah Nur Alia akan berjaya mencairkan perasaan bencinya kepada permpuan. Adi Hamidi makan tanpa bersuara, dia takut dengan perasaannya sekarang.“Eh! kenapa termenung tu Alia, makanlah..”Pn Suzi menegur Nur Alia setelah dia perasan Nur Alia belum menyuapkan makanan.“A’aa..mak, Alia nak makan lah ni..”jawab Nur Alia sambil mencedok lauk kedalam pinggannya.
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment