Thursday, April 23, 2009

Semarak Cinta 13

“Sunyi aja ni. Macam takde orang la pulak. Takkan diaorang keluar, baru kejap tadi aku keluar. Adi Hamidi melangkah menaiki anak tangga. Dia menolak daun pintu namun tidak terbuka. Dicubanya lagi. Hai berkuci lah pulak.”
“Assalamualaikum…"Adi memberi salam beberapa kali, namun tiada sahutan dari isi rumah. Beberapa minit kemudian baru dia dapat meneka kemana lagi Tok Aki dan Nek Mah melepak kalau bukan ditali air belakang rumah mereka. Dia menuju ke belakang rumah tempat selalu dia dan Tok Aki memancing. Barang-barang yang dibelinya tadi dibawakan sekali.
“Assalamualikum nek!..amboi seronok nampak. " Sakat Adi Hamidi yang mucul tiba-tiba dibelakang Nek Mah. Barang-barang yang dibimbitnya tadi diletakkan ditepi pangkin.
“Eh kamu ni Adi, bila baliknya. Nek tak dengar pun bunyi kereta kamu. Kamu kemana? Soal Nek Mah mengesot sedikit ketepi.
“Mana nak dengarnya nek kalau mata tu kearah sana aja, tersenyum-senyum macam orang angau aja, takkan rindukan Tok Aki pulak nek..” Adi Hamidi menambahkan lagi usikkannya. Nek Mah menampar lembut lengan sasa cucunya, dia seronok dengan usikan cucunya itu. “Mari minum sekali.” Pelawa Nek Mah menuangkan secawan air kopi lalu dihulurkan kepada Adi Hamidi.
“Mana Alia nek.” Tanya Adi kepada Nek Mah setelah kelibat Nur Alia tidak kelihatan hanya kelibat Tok Aki sahaja yang kelihatan.
“Hai tadi bukan main cakap kat nenek, yang awak tu pun sama juga baru tak jumpa bini lima minit dah resah gelisah. Tu ha… Bini kamu nak belajar jadi nelayan pulak.” Muncungnya dihalakan kearah kawasan yang banyak pokok-pokok renek. Mata Adi Hamidi melilau mencari kelibat isterinya. Terpandang dia akan isterinya yang sedang bertengek keseorangan seakan termenung.
“Eh! reti ke dia memancing tu nek. Tekun aja gayanya. Soalan itu ditanya kepada Nek Mah yang turut memerhatikan Nur Alia dihujung sana.
“Nak tahu reti ke tak reti pergilah sana. Nek nak tengok siapa dulu yang boleh naikan ikan, kamu ke Alia.” Nek Mah seakan mencabar dalam senyuman.
“Mestilah Adi nek, kalau tak caya tengok lah nanti. Cucu jantan nek ni yang akan dapat ikan dulu.” Adi Hamidi berlagak sambil mendabik dada. dia akan menyahut cabaran dari neneknya lalu turun perlahan dari pangkin dan melangkah kearah Tok Aki dihujung sana.
“Tok mana kail Adi tok? Soal Adi Hamidi bila langkahnya sudah hampir benar dengan Tok Aki. Dah dapat ikan ke tok?” Dia memandang bakul raga yang kosong, lalu tersengih.
“Ini tok mesti tak dapat ikan lagi ni. Kalau aku dapat ikan bolehlah aku kenakan Tok Aki. Alia budak hingus tu sampai esok pun takkan dapat ikan.” Kata hatinya. Tok Aki memandang kearah Adi Hamidi, lalu senyum. Dia tahu apa yang berada dibenak cucunya sekarang. Selalunya mereka begitu. Sengihan Adi Hamidi mengandungi maksud untuk mengalahkannya.
“Tu ha kat sana, tok sandarkan pada dahan pokok manggis tu.” muncungnya dihalakan kearah pohon manggis bersebelahan pohon duku tempat Nur Alia bertengek tadi. Kail itu hanya dikhaskan untuk Adi Hamidi, dia sendiri pun tidak menggunakan kail yang dibuatnya untuk cucunya itu. Adi Hamidi melangkah untuk mengambil batang pancingnya. Setelah menyiapkan umpan dia memadang Nek Mah yang sedang tersengih diatas pangkin, dia mencuit sedikit hidungnya tanda berlagak hero. Nek Mah mengelengkan kepala. Adi Hamidi melangkah lalu berlabuh tidak jauh dari tempat Nur Alia memancing. Nur Alia yang melihat tingkah Adi Hamidi dari tadi hanya diam membisu, sepatah pun tidak disapanya. Dia membiarkan Adi Hamidi dengan pancingnya. Adi memandang Nur Alia dengan sengihan mengejek.
“Memancing tak reti ada hati nak dapat ikan.” Adi sengaja meninggikan kata-katanya sengaja mahu menyakitkan hati iserinya. Nur Alia hanya mencebik. Malas dia melayan Adi Hamidi yang sengaja mencari fasal dengannya.. Anak-anak ikan yang sedang berkejaran dipermukaan air lebih menarik minatnya dari bertekak dengan suaminya.

Hampir setengah jam Adi Hamidi membenamkan mata kailnya didalam sungai, namun tiada seekor ikan pun yang sudi menjamah hidanganya.
“Apa kena pulak ikan hari ni, biasanya pantang nampak umpan aku, nak meyambar aja.” Rungutnya. Tangannya diligas ke kiri kanan menghalau nyamuk. “Boleh tahan juga Alia ni. Tak takut kena gigit nyamuk, kalau perempuan yang aku kenal dah tentu pantang bebirat sikit mengadu pada, eee...Rimas dibuatnya. “ bebelnya sendirian.Nur Alia yang sedang ralit memandang pancingnya sedikit terkejut, apabila pelampungnya sesekali tergelam timbul.. dadanya berdebar. Dia pasti sekejap lagi dia akan merasai nikmatnya menaikkan ikan ke darat. Dan dia sangat berharap beroleh kemenangan, akan ditayangkan kepada Tok Aki dan juga Adi Hamidi yang menjeling ke arahnya kini.
“Alamak Alia dah dapat ikan lah.” Adi Hamidi sedikit cuak.Nur Alia mengangkat batang kailnya, dia cukup seronok, kesabarannya kini membuahkan hasil terbit senyuman panjang menyerikan wajahnya yang sedikit kemerahan menahan panahan mentari. Dengan sekuat hati Nur Alia menarik batang kailnya, ‘Zapppp’….teroleng-oleng makhluk panjang berwarna gelap yang berada dihujung mata kailnya. Alia kaget. Batang kail terlepas dari gengamannya. Nur Alia sedikit terjerit berlari sekuat hati ke arah pangkin, melarikan diri dari makhluk itu. Makhluk panjang yang memakan umpanya itu sedang elok berlabuh dipangkuan suaminya, setelah Nur Alia tanpa sengaja melepaskan batang kailnya. Adi Hamidi yang terkejut dan kegelian terus melompat kedalam air. Habis basah semuanya. Tok Aki yang melihat kejadian itu, bergegas berlari ke arah tempat Adi Hamidi duduk tadi.. dia ingin memastikan makhluk apa yang dikailnya Nur Alia sehingga cucunya bertindak begitu.
“Kah..kah..”Tok Aki yang ketawa melihat makluk panjang yang berwarna keperangan berukuran setengah meter panjangnya meronta-ronta diatas tanah minta dilepaskan, ketawanya hampir membuatkan dirinya tersungkur ke tanah. Dia tidak menyangka makhluk panjang yang disangkanya ular itu adalah belut. Adi Hamidi yang baru sahaja memanjat tebing kehairanan, Tok Aki masih memegang makluk panjang itu. Cuba megeluarkan mata kail yang ditelan tadi.Adi Hmaidi cuba melangkah perlahan-lahan kearah Tok Aki bimbang juga akan disengat ular air, sangkanya. Tok Aki menyuakan belut itu kerah Adi Hamidi. Ini belut lah. Bertuah betul budak Alia tu, tak pernah-pernah orang memancing dapat belut,alih-alih dia sekali memancing aja terus dapat menundukkan belut. Adi hanya mencebik. Dia tak menyangka Tok Aki akan memuji isterinya.

Nur Alia yang berada disisi Nek Mah, kelihatan pucat. Dia ditenangkan oleh nek Mah yang masih tersenyum. Nek Mah juga menyangka Nur Alia memancing ular. Adi Hamidi dan Tok Aki kelihatan mengemas perkakas memancing. Adi Hamidi kelihatan basah kuyup, belut yang tadi diisi kedalam raga. Tok Aki menjinjit sekarung guni kecil warna coklat yang berisi beberapa ekor ikan. Nur Alia yang terpandang akan Adi Hamidi yang turut sedang memandangnya sedikit menunduk, dia takut bertentangan mata dengan suaminya ketika ini. Dia takut akan dimarahi oleh Adi Hamidi. Nur Alia mengesot sedikit kesisi Nek Mah.
“Nah! siang ‘ikan panjang’ ni buat goring kunyit.” Arah Adi Hamidi kepada Nur Alia sambil mengunjukkan bakul yang berisi belut itu. Sengaja ditekankan perkataan ‘ikan panjang” untuk melihat mimik muka isterinya yang kegelian. Nur Alia terpinga-pinga dia memandang Nek Mah, mohon simpati.
“Apa yang dia dapat tadi tu Adi. Ular air ke?” Soal Nek Mah meredakan ketegangan Nur Alia. Tok Aki yang masih lagi terbayang insiden tadi, ketawa kecil.
“Cucu awak tu memang bertuah, tak pernah-pernah kita dapat belut. Malam ni dapat lah makan belut hasil pancingan cucu awak tu Nek Mah nya.” Nek mah membulatkan mata, dia sedikit pun tidak menyangka Nur Alia memancing belut. Adi Hamidi yang sering memancing bersama suaminya itu pun tidak pernah memperolehi belut. Alih-alih Nur Alia yang baru datang sehari disini boleh memancing belut. Rezeki mereka. Tok Aki cuba mengeluarkan belut dari raga untuk ditunjukkan kepada Nek Mah. Adi Hamidi geram. Neh Mah dah mula menyebelahi Nur Alia. Tadi baru sahaja Tok Aki memuji isterinya, dan sekarang Nek Mah pula yang memujinya. Adi Hamidi kalah. Nur Alia hanya tersenyum memandang suminya sebagai sindiran dia mencuit sedikit hidungnya. Dia mula merasa kemenangan.

0 comments:

 
Copyright 2009 Diari Hati