Hari semakin beransur ke malam. Semua pinggan magkuk, periuk belanga telah selesai dibersihkan oleh keluarga Hj Ismail siang tadi. mereka keletihan maklumlah kenduri kahwin bukannya seperti kenduri tahlil. Masing-masing kepenatan. Tetamu dan saudara mara juga telah lama beransur pulang. Nur Alia yang masih malu dan segan dengan Adi, tidak banyak bercakap. Dia berasa kekok berada sebilik dengan orang asing walaupun yang berada bersamanya kini adalah suaminya sendiri. Nur Alia memberanikan diri bersuara.Awak tak nak tidur ke? Soalnya memecah kesunyian.Adi Hamidi yang sedari tadi asyik melayani SMS,terkejut dengan sapaan Nur Alia.Erm..kau dah nak tidur ke? Kalau kau nak tidur pergilah tidur dulu aku tak mengantuk lagi. Jawabnya endah tak endah, sambil jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefon bimbitnya “Hai kalau dah malam buta macam ni takkan lah nak buat kerja lagi. Mestilah nak tidur.” kata-katanya itu hanya terungkap di dalam hati. Nur Alia mengerling jam di dinding jarum pendek jam menunjukkan ke angka 1 pagi. Patutlah kerap kali dia menguap, rupanya dah dinihari. Ralit sangat berkemas tidak terasa masa berlalu dengan cepat. Saya tidur dulu. Nur Alia meminta izin. Melangkah kearah katil, dia kehairanan Adi Hamidi membahasakan dirinya ‘Aku’.Ermm..hanya deheman kecil mengantikan perkataan ‘Ya’ tanpa menoleh kearahnya.Malam pertama mereka berlalu dengan tandatanya dihati Nur Alia. Kenapa begitu dingin layanan Adi Hamidi padanya, namun tanda tanya itu hanya bersarang diminda Nur Alia. Mungkin Adi Hamidi belum dapat menyesuaikan diri lagi agaknya. Lagipun dalam tempoh bertunang dulu Adi Hamidi jarang sekali bertanya khabar tentangnya. Bersua muka jarang sekali. Nur Alia terlena dengan telahannya sendiri.
Nur Alia sedar dari jaganya setelah terdengar laungan azan subuh. Dia bingkas bangun, dalam kesaman cahaya lampu, dia mencari kelibat suaminya. Namun katil disebelahnya kosong. Bantal juga entah kemana dibawanya. Nur Alia tercari-cari dengan ekor mata, dalam kesamaran cahaya lampu penglihatannya yang masih lagi dalam mengantuk itu terbatas.“Ah.. ikut suka kau lah Adi tidur kat mana pun, ada katil best aku ni jual mahal.”Suarannya keluar antara dengar dan tidak, malas dia mahu memikirkan pasal kehilangan Adi Hamidi. Hilang pun tak kemana, dalam biliknya juga. Fikirnya“Hai kalau yea pun nak mengata, jangan cakap belakang-belakang. Adi Hamidi yang tadi tidur diatas lantai beralaskan tikar bangkit dari tempat pembaringan matanya tepat menikam ke wajah isteri yang baru dinikahinya semalam. Nur Alia yang terperanjat bilamana katanya disambut sesorang, dia tetunduk bila kepala Adi hamidi muncul disebelah katilnya sama paras dengan tilamnya. Adi Hamidi yang masih mengantuk tanpa menghiraukan Nur Alia yang masih terkejut merebahkan dirinya diatas katil. Sepantas kilat Nur Alia bangun mengambil tuala dan terus ke bilik air. Kepala nya diketuk-ketuk “Itulah kau, nak kutuk pun pandang-pandang lah. Jerit hatinya.
“Mana suami kamu Alia, tak ajak sarapan sekali ke?” Abahnya bertanya bila melihat hanya Nur Alia sahaja yang keluar dari bilik.“Adi tengah mandi bah, jawab Alia.” Nasib baik hanya abah dan Adif sahaja di meja makan. Adif tersenyum nakal. Kalau semua ada, terutamanya Abg Ngah mahunya kecoh satu rumah, pengantin baru lambat mandi. Hiss..malu, bila dibayangkan semua. Hj Ismail hanya diam membisu sambil meneguk air milo didalam cawannya. Nur Alia berlalu ke dapur, membantu emaknya yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka.
“Isk..mana pulak perginya seluar panjang aku ni.” Adi Hamidi mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia kehairanan setelah menyelongkar semua isi dalam beg pakaianya, tidak satu pun ditemui seluar slack yang dicari-carinya, yang ada hanya 3 helai seluar pendek paras lutut dan beberapa helai t-shirt.“Adoii!.. ini mesti kerja si Murni ni. Alahai takkan lah aku nak pakai seluar pendek ni depan mentua aku. Tak sekolah betullah budak tu. menyusahkan aja.” Adi Hamidi berasa geram. Salahnya juga kerana tidak mendengar cakap emaknya mengemas pakaian sendiri. Sudahnya dia tidak menemui seluar panjang yang dicarinya. Dia pasti ini kerja Murni. Lagipun selama ini adiknya itulah yang selalu menyediakan seluar baju didalam begnya jika dia dikehendaki berkursus kemana-mana. “Macam mana nak buat ni?” Soalnya sendirian. “Seganlah aku, takkan nak pakai seluar pendek. Eee malunya.” Dia memejamkan mata sambil membayangkan bagaimana dia hendak keluar berhadapan dengan mentua dan ipar duainya.Kedengaran pintu bilik diketuk dari luar. Adi Hamidi gelabah. Suara Nur Alia lembut menusuk ke gegendang telinga memanggil namanya. Adi Hamidi membuka pintu lalu menarik tangan Nur Alia yang masih diawangan ingin mengetuk pintu.Nur Alia yang sedikit terperanjat dengan kelakuan Adi Hamidi, dia terdorong kehadapan, nasib baiklah abah dan emaknya tidak nampak gelagatnya tadi.
“Kenapa ni?Nur Alia kehiranan dengan tingkah laku Adi Hamidi.Kau ada seluar tak? Soalnya setelah melihat riak wajah Nur Alia menantikan jawapan“Hah! Seluar?” Nur Alia kehairanan matanya memandang kearah tubuh Adi Hamidi yang masih berbalut tuala mandi separuh tubuhnya. Dia memandang dari atas ke bawah. Adi Hamidi lekas-lekas mengenakan pakaian ditubuhnya kecuali bahagian pingang ke kaki yang masih ditutupi dengan tuala.“Apa pandang-pandang?”. Adi Hamidi bersuara setalah melihat gelagak Nur Alia yang tercengang membuatkan dia malu sendiri.Nur Alia yang hampir tergelak terpaksa berlagak seperti biasa. “Hiss..takkan lah tak bawak seluar dia ni. Kalut betullah.”“Seluar apa yang awak nak? Yang panjang ke yang kecik”.. Nur Alia memperlahankan suaranya bila menyebut perkataan ‘kecik’. Adi Hamidi yang faham dengan pertanyaan Nur Alia itu terasa geram.“Hei.. Seluar panjang lah, apa kau ingat aku nak pinjam seluar kecik kau ke?” Suaranya dikeraskan, dia bertambah geram bila Nur Alia berlagak selamba dan tersenyum nakal.“Saya manalah ada seluar panjang saiz awak En.Adi Hamidi oii. Lagipun saya ni perempuan bukan lelaki.” Jelas Nur Alia tanpa melihat reaksi adi.
“Erm..kau pinjamlah dengan Adif ke atau Abg Ngah, atau kau tolong pergi belikan untuk aku.” Suaranya kedengaran perlahan.“Tak kuasa saya nak pergi beli seluar awak tu. dah la jauh dari kampung ni. Takkan awak nak berkurung aja delam bilik sampai saya balik. Selaur lain takde ke?” Sambil membelek satu per satu pakaian adi di atas katil. “Semuanya selaur pendek, awak ni nak pergi mana? nak berkelah ke En. Adi.” Sindir Nur Alia tanpa menghiraukan Adi Hamidi yang sedang melihat kelakuannya.“Bukan aku yang simpankan semua tu. Murni yang kemaskan beg pakaian aku.” Dia mempertahankan diri. Banyak pula peluang alia akan mengenakan dia nanti.“Erm..nanti saya cuba tanya Adif dulu mana lah tahu saiz awak dengan dia sama ke?” Nur Alia berlalu sambil tergelak kecil. Adi hamidi terus menanti didalam bilik. Dia sudah tidak keruan, janganlah diketahui oleh orang lain nanti malu jadinya. Alai muncul 10 minit kemudian, ditangannya terdapat beberapa helai seluar yang kelihatan seperti masih baru lagi.“Nah! try yang ni, muat tak dengan awak?” Nur Alia menghulurkan seluar panjang jenis jeans lembut warna kelabu kearah Adi Hamidi. Adi hamidi mencapainya dan memusingkan badan membelakangi Alia lalu cuba memakainya. Nur Alia yang masih berada disitu memadang kearah jendela yang terbuka kecil dia beralih kearah sana sementara menantikan jawapan Adi.“Tak muat..” kata Adi Hamidi bersahaja. “Yang ni besar sikit kot. Cuba yang ini pulak. Nur Alia menghulurkan satu lagi seluar yang belum dipakai Adif. Dua hari yang lepas dia terdengar Adif mengadu pada emaknya seluar yang dibelinya itu terlalu longgar. Seluar yang ditangan ini lah rasanya yang dimaksudkan Adif. Adi Hamidi mencapai satu lagi seluar yang dihulurkan Nur Alia, sambil berdoa dalam hati moga seluar yang ini sesuai denganya. Dia melakukan aksi seperti tadi membelakangi Alia. “Eh..Yang ni baru lagi? Kau pergi beli ke, tanda harga tak tanggal lagi ni.” Soal adi sambil melirik pada sekeping kertas kecik yang mekat disleuarnya.“A’aa..saya baru aja pergi beli tadi. Kat kedai runcit depan tu aja.” jawab Nur Alia selamba.Adi Hamidi berpaling ke arah Nur Alia, memandang kea rah wajah yang tidak sedikit tercalit apa-apa, rambutnya disembunyikan dalam anak telekung dia tahu Nur Alia saja mengenakannya. Lalu dia diam dan terus mencuba seluar warna coklat itu.“Yang ni muat dengan aku.”Sambil membetulkan kedudukan seluar barunya. Tak longgar tak ketat. Alia hanya senyum dia ingin berlalu pergi. Namun sempat ditahan oleh suara Adi. “Seluar siapa ni?” Soal Adi. Dia memandang ke arah Nur Alia yang sudah pun menghadapnya.
“Adif punya. Kenapa?” Jawab Nur Alia. Adi Hamidi berlalu ke arah katil dia mencari walletnya,yang disimpan didalam beg pakaian, dia ingin membayar harga seluar yang diapakainya itu. Alia yang dapat mengagak apa yang akan dilakukan oleh Adi Hamidi lalu bersuara menahan Adi Hamidi dari mengeluarkan duit dari walletnya. “Seluar tu Adif yang bagi, katanya kalau betul-betul padan dia akan hadiahkan sebagai hadiah kahwin kita.” Mujur seluar Adif muat-muat dengan Adi Hamidi. Nasibnya baik. Tak payah lah dia nak tebalkan muka pinjam seluar dengan Abg Ngah pula. Adi yang mendengar jawapan dari Nur Alia ketawa kecil. Dia tidak menyangka jawapan itu yang akan diberikan oleh Nur Alia. Tak pernah buat dek orang hadiahkan seluar sebagai meraikan pengantin baru. Ketawa Adi menjadi senyuman apabila dia terpandang wajah Nur Alia yang tidak ketawa atau senyum, dia cepat-cepat meyimpan walletnya ke dalam poket belakang seluarnya. Nur Alia mengatur langkah keluar dari biliknya. Dia ingin bersama keluarganya menikmati sarapan pagi. “Hai Pn Nur Alia baru bangun.. matahari dah tinggi galah ni.” sapa Abg Ngahnya yang sedang mengambil cucur udang yang sudah suam-suam kuku diisikan kedalam pinggannya, apabila terpandang Nur Alia baru keluar dri biliknya.“Siapa yang lambat bangun Abg Ngah sayang, Alia ke Abg Ngah?” Matanya dikerling ke arah jam yang tergantung cantik didinding ruang makan. Sah Abg Ngah nya bangun lambat hari ni. Matanya pun masih Nampak bengkak lagi.“Yang awak makan tu kita yang masakkan tau..” bibirnya dimuncungkan sedikit kehadapan. Suraya dan Adif yang menyaksikan kutuk mengutuk antara kakak dan abag mereka ketawa kecil. Abg Long hanya senyum memandang.Abahnya yang diam sedari tadi berdehem kecil. Alia faham maksud deheman tersebut, dia menarik kerusi bersebelahan Adif lalu duduk situ. Adi yang baru sahaja keluar dari biliknya, menyapa semua yang ada diruang makan. Hanya kak long dan kak ngah serta anak-anak saudaranya sahaja yang tidak kelihatan. Mungkin kerana mereka kepenatan, seharian bergotong royong meraikan majlis kahwinnya.“Jauhnya duduk, sorang dibarat sorang lagi ditimur, kamu bergaduh ke malam tadi.” Mata abg ngah bergilir-gilir sekejap memandang ke arah alia sekejap ke arah Adi kehairanan.Nur Alia hanya tunduk merenung cawan. Mukanya merah menahan geram dengan usikan abg ngahnya. Baginya biarlah duduk kat mana-mana pun,sama aja asalkan makan semeja. Itu pun nak dijadikan usikkan.“Dah la tu angah. Kamu ni sengaja nak usik Alia tu yea.” Mak Aji yang melihat anak lelakinya tak henti-henti menyakat Alia sepantas kilat mencubit lengan Abg Ngah. Adif ketawa bila muka Abg Ngah menahan sakit akibat cubitan emaknya. Suraya dan Alia tersenyum girang. “Hari ni bawak lah Adi ke rumah saudara mara kita Alia. Perkenalkan dengan Pak Long, Mak Lang, Mak Teh sekali yea. Lagipun semalam mana sempat mereka nak berkenalan dengan Adi ni. Sibuk sangat.” Hj Ismail menyarankan Nur Alia bertemu dengan saudara maranya agar terjalin hubungan mesra antara mereka nanti. Adi yang sedang menyuapkan cucur udang hanya mengangguk dan senyum memandang Hj Ismail. Dia mencongak akan mencuri sedikit masa untuk membeli beberapa lagi seluar slack untuknya. Lagipun mana mungkin dia akan memakai seluar ini hingga seminggu selama dia berada dikampunyg Nur Alia.
Kelihatan Adi Hamidi begitu rancak berbual bersama Abg Ngahnya dianjung rumah. Usia mereka pula sebaya. Tentu seronok ada kawan yang sebaya. Pelbagai topik dibualkan nya dari hal-hal besar hinggalah sekecil-kecil hal. Nur Alia hanya memerhati dari ruang tamu rumahnya, dia mencapai senaskah akhbar Utusan yang baru dibeli oleh abahnya pagi tadi. Dia tidak mahu menyertai mereka, pasti Abg Ngahnya ambil peluang untuk membulinya lagi. Kalau didepan adik beradiknya tidak menjadi soal, ini didepan suaminya yang masih lagi ada rasa malu dan segan. Sesekali terdengar juga suara ketawa meletus dari mereka. Apa yang melucukan, entah lah. Nur Alia turut tersenyum apabila mendengar gelak tawa mereka. Lucu. Jauh disudut hatinya memohon agar biarlah kemesraan yang dilihatnya hari ini akan dirasainya juga sauatu hari nanti. “Kenapa Mak Chik tenyum torang-torang ni.” Tegur satu suara halus yang berada betul disisinya. Ayat yang dituturnya masih pelat. Alia yang hampir terkejut, memandang ke arah si kecil Nadia yang masih memegang botol susu dan bantal busuknya, tentu baru bangun tidur. Dia semakin melebarkan senyuman. Tidak menyangka aksinya mencuri pandang kearah kedua-dua gelagat manusia dihujung sana menarik perhatian anak saudaranya itu. Sejak bila Nadia berdiri disebelahnya pun dia tidak sedar. Nur Alia menarik tubuh kecil itu kedalam dakapannya. Dia mencium beberapa kali wajah Nadia membuatkan si kecil kegelian dan meronta-ronta minta dilepaskan. Soalan yang ditanyakan oleh Nadia langsung tidak dijawabnya. “Adik intai Mak Chik yea.” Matanya dibulatkan untuk menunjukkan tanda marah yang sengaja dibuat-buat.” Tak baik tau.” Jari telujuknya digoyangkan ke kiri dan kanan. Nadia hanya senyum dan ketawa. “Makchik tengok cape tenyum torang-torang.” Dia masih bertanyakan hal itu, darinya. Seperti ayahnya juga Abg Ngah. Nur Alia mengecilkan mata, “Mana ada makcik tengok siapa-siapa, makchik tengok adik lah ni.” Alia berdalih. Kalau dijawabnya dengan jujur mahunya si kecil ini melaporkan kepada ayahnya yang sentisa menanti peluang mengenakkannya.“Adik makin tomel lah.” Alia meniru pelat yang sama apabila bercakap dengan anak saudaranya yang ini.
Wednesday, April 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment